
Novel : Sayangku Yayen! 10
Oleh : appledimpleangle
Atia cepat-cepat masuk ke dormnya. Rakan-rakannya yang lain sudah ditinggalkan. Ah, tak sabar nak tengok hadiah yang abang Aiman bagi. Dia menarik kerusi lalu duduk menghadap meja. Jeng, jeng, jeng. Dia menggosok-gosok telapak tangannya. Tarik nafas, hembus. Tarik, hembus. Okey. I’m ready!
Atia membuka kotak yang agak besar. Rasa macam Abang Aiman buat magik pun ada. Macamana kotak yang besar macam ni boleh muat dalam saku seluar ya? Pelik. Pelik. Takpe lah. Yang tu boleh tanya Abang Aiman balik. Yang penting sekarang hadiah yang diberi! Hahaha.
Terbuntang mata Atia sebaik sahaja melihat isi di dalam kotak. What? Wow! Ferroro Rocher! Coklat! Dia bagi aku coklat! Huaaaaaa. Hati Atia berbunga. Mana tak nya, ada orang bagi coklat. Mahal pulak tu. Kalau nak suruh papa beli pun, dia fikir empat-lima kali. Ayat klise yang papa selalu guna “lebih baik lah kakak beli nasi bungkus daripada makan coklat ni. Bukannya kenyang pun.” Takpe lah papa. Ada orang dah bagi. Tangan Atia mengambil satu bungkusan coklat. Setelah membuka pembalutnya, Atia mencampakkannya kedalam mulut.
“Woi, makan coklat tak ajak aku!” sergah Ifti. Huk. Huk. Atia terbatuk-batuk. Nasib baik tak tercekik aku kat sini. Kalau tak, sia-sia aje masuk jail. Atia memukul dadanya yang terasa sakit.
“Ish, mati tercekik aku kat sini kang!” Atia menjenggilkan matanya. Pura-pura marah. Padahal tak marah pun. Saja nak buat gimik.
“Eh, sorry.” Hee. Ifti sengih busuk. Kesian lah pulak.
“Mana kau dapat ni?” Aimi mengangkat bekas coklat. Nak jugak! Mulutnya dimuncungkan.
“Abang Aiman bagi.” Selamba sahaja dia berkata. Satu biji coklat disumbatkan kedalam mulut. Emm. Sedap!
“Abang Aiman bagi? Serius?” terbuntang mata Iman menyoal. Eh, mana aci! Apasal Abang Aiman tak bagi kat aku jugak? Pilih kasih betul lah.
“Kau orang nak, cakap aje lah nak. Hehe. Lagipun, mana habis kalau makan semua. Nah, ambik dua sorang.” Atia mengangkat bekas coklat. Hee. Mereka sengih busuk. Ni yang sayang Atia ni.
“Thanks.” serentak.
“Eh, Abang Aiman tu siapa?” Ifti tiba-tiba menyelit. Siapa lelaki tu?
******
“Hahaha.. Serius wei, lawak. Hahahaha.” Atia menghemburkan tawanya. Sampai dah merah mata akibat ketawa.
“Rugi tau kau tak de.” Ifti menambah. Memang tak boleh lupa tengok muka 3G yang mencuka. Ada hati nak tuduh orang lesbian.
“Ha’ah. Mula-mula tu, memang nampak berani sangat. Tapi, bila kena sound dengan Adam dan Rayyan, memang tersenyap terus. Nak nak lagi semua member kelas defend kita. Hahaha. Padan muka.” giliran Iman pula menambah. Hai~ Amanda, Amanda. Kalau tak puas hati tu, terus terang aje lah. Ini tak. Mahunya tabur fitnah kata orang lesbian.
“Apa yang lawak sangat ni?” Adam tiba-tiba muncul. Macam best aje. Rayyan dibelakang hanya senyap.
“Hah?” Aimi mendongak. Entah apa-apa lah Adam ni. Dia memandang wajah member yang lain sebelum sama-sama menghamburkan ketawa. Haila~ Lawak, lawak.
“Eh, orang tanya, dia sambung gelak pulak. Nak join boleh?” Adam melabuhkan punggungnya diatas bangku sebelah Aimi.
“Hoi, apa ni.” Apakehal lah mamat ni. Nasib baik tak tersentuh. Rayyan turut sama duduk. Tempatnya strategi iaitu diantara Atia dan Ifti. Haa! Macam ni lah tindakan orang bijak. Hee. Rayyan sengih dalam hati. Sementara Ifti dah berdebar habis. Hish dia ni!
*****
“Aiman rasa macam nak kahwin jugak lah.” Aiman menyatakan hasrat hatinya. Hei, gatal! Murni yang berada disebelah menjeling sekilas. Orang tengah sibuk uruskan bunga-bunga telur, dia sibuk kata nak kahwin. Aku ni pun belum lepas lagi.
“Oh ya? Dengan siapa? Akak kenal ke?” Murni buat muka selamba. Aku ketuk jugak budak ni karang!
“Man rasa akak kenal kot. Kenal sangat-sangat.” Hee. Aiman sengih. Fikirannya tiba-tiba melayang pada gadis comel tu.
“Hah? Akak kenal? Siapa? Siapa?” Murni jadi excited. Tangkai bunga yang dipegang sudah dibaling ke belakang.
Hee. Aiman sengih lagi. Malah lebih lebar. “Jiran sebelah.” Erk. Murni diam. Jangan kata dekat Balqis!
“Balqis?!” kuat suaranya menyoal. Aiman, kau jangan dik! Minah tu sosial kau tahu tak?
“Ish, bukan Balqis lah kak. Atia.” Haila kakak aku sorang ni! Nak sangat dengan si Balqis tu. Murni menghembuskan nafas lega. Huh. Nasib baik. Eh, kejap. Dia kata siapa tadi?
“Eh, Man sebut nama siapa tadi?” Aku rasa telinga aku masih tak pekak lagi. “Cuba kau ulang, dik.”
“Atia. Atia Insyirah.” Aiman sengih. Dadanya dipegang. Haish, angau overload.
“Hei!” Murni memukul Aiman dengan bunga telur. Budak ni! “Kau jangan. Budak tu ada exam besar tahun depan. Menggatal nak kahwin!” Free aje Murni bagi ceramah. Eh, ceramah ke tu? Ah, apapejelah.
Hee. Aiman sengih lagi. “Bukan sekarang lah kak. 8 tahun lagi.” Aiman sengih. InsyaAllah.
“Abang! Ada lagi sorang anak kita nak kahwin!” jerit Datin Fatimah sebaik sahaja mendengar perbualan anak-anaknya. Haish, Aiman.
“Mama!” Aiman meluru ke mamanya. Ditengkup mulut Datin Fatimah dengan tangan. Murni terkekeh-kekeh ketawa. Macam-macam.
*Sory lah guys. entry pendek.
Tinggalkan komen okey? Amat2 memerlukan komen korang..













best jln citer…truskn menulis ye,,bg pnjg cikit…bru nk filing2,dh abis…
Entahnya..ada blog tak?