Novel : Suamiku tak romantik, tapi autistik 24, 25

7 March 2012  
Kategori: Novel

22,163 bacaan 38 ulasan

Oleh : FARISHA IMANI

BAB 24

Datin Maizura menuang air kopi ke dalam cawan vantage dengan cermat.Wajahnya melemparkan senyuman pada suaminya.Datuk Syed Azman membalas seadanya.Dia yakin pasti ada sesuatu yang telah menggembirakan hati isterinya itu.Dia cuba mengingati hari ini hari apa.Mungkin hari ini hari jadi sesiapa.Setelah berfikir panjang,Datuk Syed Azman mengeluh kecewa.Dia tidak berjaya mengingati tarikh-tarikh keramat yang berkaitan hari ini.

Akhbar yang dibaca dilipat dua.Tumpuan diberikan kepada Datin Maizura.

“Kenapa abang tengok Mai gembira semacam aje ni?Hari ni hari jadi siapa?Apa abang terlepas apa-apa ke?”Sungguh dia tidak mampu berfikir lagi.Lebih baik rasanya andai dia bertanya langsung kepada isterinya.Datin Maizura senyum lagi.Dia melabuhkan punggung di kerusi sebelah suaminya.Tangan Datuk Syed Azman digamit mesra.

“Apalah abang ni.Takkan lupa kut hari ni siapa nak balik.”Ujar Datin Maizura dengan nada yang ceria.Datuk Syed Azman terkedu.Dia berfikir sejenak.Ada orang nak balik?Siapa?Sungguh dia tidak mampu menjawab teka-teki isterinya.

“Anak menantu kesayangan kitalah cik abang oi.Hari ni kan diorang balik dari honeymoon.Dah lupa ke?”Datin Maizura menyoal pula.Datuk Syed Azman tersengih.Oo… ingatkan siapalah nak balik tadi.Mai,Mai… Patutnya gembira semacam.Rupa-rupanya anak kesayangan nak balik.

“Laa abang ingatkan siapalah nak balik tadi.Risau jugak abang bila diorang kata tak dapat balik semalam.Sepatutnya dari semalam lagi diorang balik kan?Tapi tak apalah.Nanti abang suruh Pak Abu pergi jemput diorang kat airport.”

Mereka berdua sudah pun dimaklumkan awal-awal oleh Boboy mengatakan dia dan Nura Alia akan balik lewat sehari gara-gara ombak besar itu.Terdetik juga kerisauan di hati Datin Maizura mengetahui perkara itu.Namun,sebagai seorang ibu dia tidak putus-putus berdoa memohon kesejahteraan anak menantunya.Biarlah lewat sehari pun janji mereka baik-baik saja.

“Mai dah rindu benar kat Boboy,bang.Beberapa hari tak tengok muka dia,Mai rasa bimbang sangat.Mai harap Lia dapat menjaga Boboy dengan baik.”Datuk Syed Azman mengangguk mengiyakan kata-kata isterinya.Harap-harap Nura Alia dapat bersabar melayan kerenah Boboy.Tapi bukankah menantunya itu sebelum ini merupakan pengasuh peribadi kepada Boboy.Sudah pasti gadis itu dapat menjalankan tanggungjawab menjaga makan pakai Boboy dengan baik dan teratur.Tiada apa yang perlu dirisaukan sangat.

“Abang percaya menantu sulung kita tu dapat jaga anak sulung kita tu dengan baik.Mai tak payah risau sangat ya?”Datuk Syed Azman mengusap-ngusap bahu isterinya.Datin Maizura mengulum senyuman.Ya,dia harus memasang keyakinan tu pada menantunya.Bukankah Nura Alia dan Boboy sudah lama saling kenal.Pasti Nura Alia dapat mengawal kerenah anak kesayangannya itu.

“Bang…”

“Ya Mai kenapa?”

“Azmi baik-baik saja ke,bang?Dah lama dia tak hubungi kita kat sini.Entah macam mana keadaan dia sekarang.”Sebagai ibu,dia tidak ingin bersikap pilih kasih.Dia ingin menyayangi anak-anaknya dengan kasih sayang yang sama rata.Kalau dia merindui Boboy,Syed Azmi juga dia rindu sama.Kalau Boboy berbahagia dan gembira dengan hidupnya,dia juga menginginkan perkara yang sama berlaku pada Syed Azmi.

Kadang-kadang dia bingung memikirkan masalah antara Syed Azmi dan Syed Azwan.Kalau dulu,mereka adik beradik saling menyayangi.Kini,kebencian Syed Azmi sangat terserlah.Dia tidak habis-habis menuduh Boboy menjadi penyebab kematian adik bongsu mereka,Sharifah Azlina.Dituduhnya Boboy sebagai pembunuh.Entah kenapa Syed Azmi berkata seperti itu.

“Mai…”Panggil Datuk Syed Azman.

Datin Maizura terbangun dari lamunan.Wajahnya suram memandang wajah suaminya.

“Semua orang dalam rumah ni rindukan Azmi.Insya-Allah,Azmi baik-baik saja kat sana.Abang dah upah beberapa orang bodyguard untuk mengawasi dan menjaga dia dari jauh.Mai tak payah risau sangatlah.”Datuk Syed Azman memujuk.Hatinya bertambah rungsing andai isterinya ini berdukacita macam ni.Memang sudah lama Syed Azmi tidak menghubungi mereka di sini tapi dari semasa ke semasa,dia sentiasa mendapat berita dari penyiasat yang diupahnya.

Syed Azmi berada dalam keadaan baik dan terkawal.Cuma,dikhabarkan lelaki itu suka sangat keluar lewat malam dan berhibur di pusat-pusat hiburan.Kecewa dia mendengarnya.Dia sentiasa berdoa kepada Tuhan agar anak lelaki keduanya itu tidak hanyut dalam kancah kemaksiatan yang berpanjangan.Dia terpaksa merahsiakan hal ini dari pengetahuan Datin Maizura.Biarlah hanya dia seorang yang tahu.Jikalau isterinya tahu tentang perkara ni,pasti dia akan merasa sangat kecewa dan sedih dengan Syed Azmi.Apa lagi andai isterinya itu tahu bahawa Syed Azmi tidak berniat untuk pulang ke Malaysia lagi.

<<<<>>>>

Nura Alia terdiam sepi melempar pandangannya jauh menerawang entah ke mana.Otaknya kusut memikirkan bermacam-macam hal.Dia juga tidak tahu kenapa dia harus berfikir sedalam ini mengenai masalah ini.Dia cuma takut ada benih yang bercambah dalam rahimnya nanti.Dan benih itu sudah pasti milik Boboy,budak tak cukup seringgit!Sungguh dia belum bersedia nak menjalankan tanggungjawab seorang ibu.Diri sendiri pun masih belum terjaga.Ah!Aku dah berfikir terlalu jauh.Tak mungkin aku mengandung.Tak mungkin!Cool,Lia.Cool.Lupakan perkara tu.Boboy sendiri tak ingat apa yang dah terjadi antara korang berdua.So,buat apa kau nak kusutkan fikiran kau fikir mengenai masalah ni lagi.Dia cuba mempositifkan minda.

“Err… Boboy.”Panggilnya tiba-tiba.Boboy yang tengah asyik melayan perasaan,segera berpaling patuh menghadap isterinya.Akhirnya,Nura Alia bersuara jua.Dari pelabuhan hingga ke lapangan terbang,gadis itu hanya mendiamkan diri.Rungsing dia memikirnya.

Boboy menatap lama wajah isterinya.Dia menunggu gadis itu berkata-kata.

Nura Alia gelisah dipandang sebegitu rupa.Dadanya berdebar semacam.

“Err… tak ada apalah.”Ucapnya setelah berjeda lama.Bukan itu yang dia ingin katakan.Ah!Biarlah.Lupakan saja keinginannya untuk berjumpa dengan ibu dan abahnya.Lain kali dia boleh pergi sendiri melawat ibu bapanya itu.

Boboy menghela nafas lemah.Dia pasti ada sesuatu yang ingin diperkatakan oleh isterinya tadi.

“Kenapa kakak?Kakak nak apa?Cakaplah.”Pujuk dia dalam diam.Nura Alia geleng kepala.

“Tak ada apa-apa.Dahlah akak nak tidur.Sampai nanti jangan lupa kejutkan akak.”Arah Nura Alia agak tegas.Dia memejamkan mata.Dia cuba mengosongkan minda.Mereka berdua sudah selamat sampai ke Kuala Lumpur.Sekarang mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.Dalam beberapa minit lagi mereka akan sampai ke rumah agam itu.

Boboy berasa semakin sakit hati melihat kedinginan layanan Nura Alia terhadapnya.Perubahan wanita itu terasa sangat drastik.Dia tidak bersedia menerima layanan seperti ini dari isterinya.Perasaan bersalah bagaikan sedang bersarang dalam tangkai hatinya.Mungkin salah dia sehingga Nura Alia jadi dingin seperti ini.Mungkin terlalu awal hubungan suami isterinya itu terjadi antara mereka.Bulan madu kali ini memang telah berjaya mengikat mereka berdua.Namun di sebalik itu,bulan madu ini juga telah membuatkan hubungan mereka menjadi semakin dingin.

<<<<>>>>

Boboy menggerak-gerakkan bahu isterinya.Dia tidak sampai hati nak mengejutkan Nura Alia dari tidur tapi mereka berdua sudah lama sampai di hadapan pintu pagar rumah.Pemandu teksi pun dah pandang semacam saja kepada mereka berdua.Nak tak nak,Boboy terpaksa juga mengejutkan isterinya.

“Kakak… Kakak kita dah sampai ni.”Ujar Boboy perlahan ke telinga isterinya.Nura Alia dapat rasanya ada sesuatu berbisik ke telinga.Dia pantas terjaga dari tidur.Matanya terkebil-kebil memandang Boboy di sebelah.Dia tersentak.Serentak itu dia menjauhkan diri dari Boboy yang terlalu hampir dengan dirinya.Dia tidak suka berada terlalu rapat dengan Boboy lagi.Boboy menyimpan keluhannya.Dia harus bersabar.

“Kita dah sampai rumah.Jom…”Ajak Boboy.Sebagai suami yang memahami,dia akan cuba bersabar dengan kerenah isterinya saat ini.Sedikit sebanyak semua ini berpunca darinya juga.Maka,tak salah rasanya andai dia bertolak ansur dan memahami keadaan Nura Alia sekarang.

Nura Alia turut turun dari teksi.Dia meluru masuk ke dalam kawasan rumah.Namun,belum beberapa tapak berjaya diatur olehnya,tangannya tiba-tiba ditarik oleh Boboy.Langkahnya terhenti mengejut.

“Tunggulah kita dulu.”Pinta Boboy laju.Dia bukan apa,dia cuma tidak ingin mama dan papanya melihat ketidakmesraan antara mereka berdua.Andai itu terjadi,pasti perempuan itu akan disoalsiasat oleh kedua-dua orang tuanya terutama mamanya.Dia cuma tak nak Nura Alia menanggung itu semua.Dia tidak ingin menyesakkan lagi fikiran isterinya itu dengan soalan-soalan tidak penting dari mamanya.

“Jomlah!”Tegas suara Nura Alia mengajak.Boboy menarik nafas dalam-dalam.Hembusannya dihela lemah.Lakonan harus bermula lagi.Dia mengambil mood Boboy masuk ke dalam dirinya.Cap di kepala di sengetkan.Sengihan di wajahnya terukir lebar.Dia membuntuti Nura Alia dari belakang.Welcom back,Boboy!Welcome home!

“Assalamualaikum…”Gema suaranya memberi salam memenuhi ruang tamu rumah agam itu.Matanya melilau-lilau mencari kelibat penghuni yang lain.Takkan tak ada orang kut kat rumah hari ni.Hatinya menyoal.Dia melangkah menuju ke dapur.

“Assalamualaikum,mama,Kak Jah…”Dia memberi salam dengan nada gembira.Segala duka yang melanda hatinya harus disimpan rapi dalam kotak hatinya yang paling dalam.Dia berpura-pura bagai tiada apa-apa yang berlaku.Dia masih Nura Alia yang ceria dan happy-go-lucky.Harap-harap tiada apa-apa yang berubah.

Datin Maizura yang sedang sibuk mengisar cili kering dengan pengisar cepat-cepat menutup suis sebaik sahaja melihat wajah tersenyum menantunya berdiri di muka pintu dapur.Dia meluru memeluk menantu kesayangannya itu.Pipi Nura Alia dikucup kanan dan kiri.Nura Alia mencapai tangan ibu mertuanya lalu disalami olehnya penuh hormat.

“Lia baru sampai ke?Boboy mana?”Matanya melilau-lilau mencari kelibat Boboy.Belum sempat Nura Alia menjawab,tiba-tiba muncul lelaki yang disebut-sebut oleh ibu mertuanya tadi.Sepantas itu dia mengatur tapak mendapatkan Kak Jah yang sedari tadi tersenyum memandangnya.Dia memeluk Kak Jah.Rindu pula dia dengan Kak Jah.

“Hai,mama.Kita dah balik.”Boboy mendepakan tangannya.Dia meluru mendapatkan Datin Maizura.Dipeluk erat mama kesayangannya itu.Datin Maizura mencium dahi Boboy beberapa kali.Dia melepaskan rindu yang bersarang di hatinya.Digenggam kemas tangan Boboy.

“Boboy sihat,sayang?Mama rindu kat Boboy tau.Boboy rindu mama tak?”Seperti burung belatuk,Boboy mengangguk.Nura Alia dan Kak Jah saling berbalas senyuman melihat jejak kasih antara ibu dan anak yang baru beberapa hari saja tidak berjumpa itu.

“Dah,dah… sekarang Boboy dengan Lia pergi naik mandi-mandi,rehat-rehat dulu.Mama dan Kak Jah akan masakan korang berdua menu masakan yang paling enak malam ni.Paling special untuk pengantin baru.”Kak Jah mengiyakan ucapan Datin Maizura.Nura Alia menelan liur.Pengantin baru?Ya,memang sangat baru.Baru kahwin tapi dah… Hisy!Sengalnya!Tak semena-mena dia menyepak kaki meja di hadapannya.Semua mata memandang ke arahnya.Dia terkedu.

“Kenapa Lia?”Tanya Datin Maizura kepelikan.Kak Jah di sebelah juga hilang punca.Tiba-tiba saja gadis itu menendang kaki meja.

“Hah?Err… tak ada apa-apa,ma.Err… Lia naik atas dulu ya ma,Kak Jah.Lia mintak diri dulu.”Terburu-buru dia melangkah meninggalkan ruang dapur.Tidak diajak sekali Boboy yang sedang merenungnya.Datin Maizura agak hairan namun dia cepat-cepat melupakan perkara itu.Tak ada apa-apalah.Desis hatinya.

“Boboy pun pergi naik mandi.Bila mama dah siap masak nanti,mama panggil Boboy.”Boboy mengangguk lagi.Watak autistiknya memang tidak bercakap banyak.Mengangguk dan menggelengkan kepala merupakan medium utamanya untuk dia berkomunikasi dengan orang.Kadang-kadang ciri-ciri autistik yang direka-reka olehnya ini bagaikan mula sebati dengan dirinya.Membuatkan dia menjadi semakin kurang bercakap.

Datin Maizura menghantar Boboy dengan pandangan matanya.Dia mengucap syukur dalam hati kerana anak menantunya sudah selamat sampai ke rumah.Dia menyambung kembali tugas memasak dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya.

<<<<>>>>

Nura Alia termangu atas katil.Dia duduk bersila sambil termenung jauh.Merenung masa depannya dengan Boboy.Mungkinkah mereka berdua punya masa depan bersama?Lambat-lambat tangan kanannya diangkat lalu melekap ke perut.Diusap-usap perlahan perutnya yang kempis dan ‘tidak berisi’ itu.Bermula dari hari ini,dia harus bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku dalam hidupnya.Kemungkinan yang dia akan mengandungkan zuriat Boboy.Bencinya dia apabila memikirkan hal itu.Kedatangannya ke rumah ini dulu adalah untuk memporak-perandakan keluarga ini.Alih-alih sekarang andai dia memang ditakdirkan mengandung itu bermakna dia telah menggembirakan keluarga ini.

Ke mana hilangnya cita-cita dan misi-misinya untuk membalas dendam pada lelaki yang bernama Syed Azmi itu?Semua itu bagaikan sudah terkubur dalam hatinya.Perasaan marah dan sakit hati pada Syed Azmi masih bersisa dalam hatinya.Namun,dalam diam dia juga bagaikan mulai menerima hakikat bahawa kehadiran perasaan cinta dan sayangnya pada Boboy dan keluarga ini bagaikan telah mengatasi perasaan dendam itu.

“Kakak sakit perut ke?”Sepantas kilat dia melarikan tangannya dari perut.Jantungnya berdegup laju.Dipandang Boboy yang berada di muka pintu bilik dengan gelabah.

“Dah tak reti nak bagi salam ke?Main sergah-sergah orang pulak.Ugh!”Dia meloncat turun dari katil.Kakinya menapak ke almari baju.

Boboy berdiri di belakang isterinya.Hatinya tertanya-tanya kenapa gadis itu tadi mengusap-usap perut.Adakah Nura Alia sedang berangan dia sedang mengandungkan anaknya?Boboy tersenyum lagi.

“Kakak sakit perut ke?Kita tengok kakak urut perut tadi?Biar kita bagitahu mama ya.”Dia ingin melangkah namun tangannya ditarik kuat oleh Nura Alia.Pandangannya jatuh ke pergelangan tangan mereka berdua.Serentak itu Nura Alia melepaskan pegangannya.Terasa bagai terkena kejutan elektrik saja.

“Err… akak tak sakit perutlah.”Suaranya bergetar.Boboy tahu Nura Alia tidak sakit perut dia sengaja memancing perbualan dengan isterinya.Hidupnya kini terasa tidak lengkap andai dalam sehari dia tidak berbual-bual dengan gadis ini.Apabila mendengar suara dan hilai-tawa daripada isterinya,dia terasa ruang yang kosong dalam hatinya kembali terisi.

“Kalau kakak tak sakit perut kenapa tadi kita nampak kakak urut perut kakak.”Sambung Boboy agak lurus.Nura Alia mengetap bibir.Banyak soallah mamat ni.Aku siku karang.Ugh!

“Akak tak apa-apalah!Full-stop!Akak nak mandi.Tepilah!”Tangannya laju mencapai sehelai t-shirt putih lengan pendek dan tuala mandi.Dilanggar bahu Boboy dengan sengaja.Kakinya diatur menuju ke bilik mandi.Dia ingin menyegarkan badan.Badannya terasa cukup lesu hari ni.Selesu jiwanya.

Boboy mengeluh kecil.Sampai bila perempuan itu akan melayannya seperti ini?Harap-harap apabila berada di depan mama dan papa nanti Nura Alia tidak melayannya seperti ini lagi.Moga-moga gadis itu pandai membawa diri dalam keluarga ini dan menjaga statusnya sebagai seorang isteri.Walaupun sebagai seorang isteri kepada seorang suami ‘autistik’ sepertinya.

Boboy tahu usia perkahwinan mereka masih terlalu mentah.Baru beberapa hari saja mereka dinikahkan.Terus-terang dia juga masih belum mengenali diri sebenar Nura Alia macam mana.Begitu juga dengan mama dan papanya.Mereka mengenali perempuan itu pun hanya sebagai seorang pengasuh peribadi kepada dirinya.Boboy bukan ingin berfikir yang tidak elok pada isterinya sendiri namun sikap sebenar gadis itu masih kabur.Dia berharap Nura Alia dapat hidup gembira di samping keluarga barunya ini.Dia juga berharap hubungan mereka tidak semakin renggang gara-gara apa yang sudah berlaku antara mereka berdua pada malam tu.

<<<<>>>>

Selesai mengisi ke semua pinggan dengan nasi,Nura Alia duduk diam di sebelah Boboy.Pandangannya langsung tidak terarah ke lelaki itu.Dia lebih senang berbalas senyuman dengan Kak Jah di hadapannya.

“Boleh Boboy baca doa makan?Dah lama papa tak dengar.”Ujar Datuk Syed Azman sambil memandang Boboy.Boboy dengan bersemangatnya mengangkat tangan.Semua yang lain turut menadah tangan bersedia untuk mengaminkan doa.

“Aminnn….”Doa makan telah selesai dibaca.Sejurus selepas dia menyapu mukanya,Boboy terus menyambar seketul ayam goreng dari dalam piring kaca.Dia menggigit peha ayam goreng itu tanpa menghiraukan orang di sekelilingnya lagi.Datuk Syed Azman dan Datin Maizura saling memandang ke arah anak lelaki mereka itu sambil senyum.

“Jangan gopoh sangat makan ayam tu sayang.Ada banyak lagi ni.”Boboy hanya tersengih mendengar ucapan mamanya.Dia meneruskan santapan.Nura Alia mengeluh kecil melihat kerenah suaminya itu.Lelaki macam ni ke nak jadi seorang bapa andai dia benar-benar mengandung nanti?Diri sendiri pun tak reti nak jaga.Ah!Kenapalah malam tu aku miang sangat?Kalau aku tak ikutkan hati,pasti semua ni takkan berlaku.Sepatutnya aku tendang aje mamat ni malam tu.Argh!Benci!

Tak semena-mena dia menghentak meja makan.Sekelip mata semua pandangan mula terarah kepadanya.

“Kenapa Lia?Lia tak apa-apa ke?”Tanya Datin Maizura khuatir.Risau dia melihat keadaan menantunya itu.Perangai macam lain macam aje.Kelihatan gadis itu sudah tidak seceria mana.Bagaikan ada masalah.Tapi masalah apa?Adakah berkaitan dengan kerenah Boboy?Datin Maizura tertanya-tanya dalam hati.

“Hah?Err… tak ada apa-apalah mama.Lia okey aje.Sedap lauk mama masak malam ni.Pandai mama masak.”Cuak juga Nura Alia ketika itu.Dia cuba menenangkan diri.Kenapalah setiap detik dan ketika dia harus berfikir tentang perkara tu?Kalau macamlah keadaannya,rasa-rasanya mahu saja dia jadi sewel nanti.Sewel macam Boboy.

Boboy memperlahankan kunyahan.Dia mengerling ke arah isterinya.Kesian pula dia melihat wajah kusut gadis itu.Pasti Nura Alia sedang menanggung masalah itu berseorangan.Apa yang harus aku buat untuk meringankan beban fikiran dia?Perlukah aku berterus terang dengan dia?Tapi aku belum bersedia lagi.Boboy berbisik lemah.Seleranya mati.

“Kalau sedap jangan segan-segan tambah nasi ya,Lia?Boboy pun makan banyak-banyak tau.Mama tengok anak mama ni macam dah kurus sikit.Macam tak cukup makan aje.”Nura Alia yang sedang meneguk air hampir-hampir tersedak mendengar telahan ibu mertuanya.Macam tahu-tahu aje aku tak bagi makan kat mamat ni.Tapi sekali aje pun.Takkan dah kurus kut.Ngomel dia sendirian tak berpuas hati.

“Seronok tak bercuti-cuti makan angin di Terengganu tu,Lia,Boboy?Boboy ceritalah pada mama dengan papa.Kami pun nak tahu jugak pengalaman korang berdua berada di sana.Mesti best,kan?”Datin Maizura menganggukkan kepala mengiyakan kata-kata suaminya.

Semenjak dari tadi,Boboy langsung tidak membuka mulut bercerita mengenai percutian mereka di Terengganu.Biasanya lelaki itu sangat bersemangat bercerita mengenai pengalamannya.Siap buat diari lagi.Tidak pula kali ini.

Nura Alia bungkam.Sudah!Bab-bab ni yang aku lemah ni.Kalau boleh dia memang tak nak ingat lagi pasal percutian mereka berdua di Terengganu itu.Andai saja boleh dia membuang memori ingatannya,sudah pasti dia akan melakukan hal sedemikian.Walaupun percutian mereka itu hanya beberapa hari namun ia telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam dirinya.Terutama ‘malam candle light dinner’ itu.

“Lia?Lia…”Nura Alia masih tidak sedar namanya dipanggil.Datin Maizura memandang Datuk Syed Azman.Datuk Syed Azman hanya mampu menjungkitkan bahu.Boboy pula pura-pura hanyut dalam dunianya sendiri walhal dia sedang memerhatikan isterinya dari ekor matanya.Kelihatan Nura Alia mengeras di situ.

“Lia!”

“Tak ada apa-apa yang berlaku pada malam tu,ma,pa.Kami tak buat apa-apa pun.Sumpah!”Laju saja dia mengucapkan kata-kata itu dek kerana terperanjat dengan sergahan dari Datin Maizura sebentar tadi.Datin Maizura dan Datuk Syed Azman terkedu lagi.Pelik benar mereka melihat keadaan perempuan itu sekarang.Lain yang ditanya,lain yang dijawab.Kak Jah yang sedari tadi diam turut hairan dengan gadis muda di hadapannya ini.Serba-serbi tak kena aje.Sakit ke apa.

Nura Alia mengetuk kepala setelah tersedar akan keterlanjuran katanya.Dia tidak senang duduk.Pandangannya bersilih-ganti memandang semua yang ada di ruang makan itu.Akhir sekali matanya memandang tepat ke arah Boboy.Dia mengharapkan lelaki itu dapat membantunya di saat ini.

“Best sangat kita dapat pergi jalan-jalan kat Terengganu.Kita pergi mandi laut,tengok ikan,bagi ikan makan… Kita jumpa Alex dengan kawan-kawan.Seronok sangat.”Tutur Boboy ceria setelah berjeda lama.Bibirnya mengukir senyuman lebar.Dia rasa dia faham pandangan mata isterinya tadi.Dia juga sedar akan keterlanjuran kata Nura Alia tadi.Pasti fikiran gadis itu sedang bercelaru.

Nura Alia menarik nafas lega.Sekurang-kurangnya Boboy telah membantunya menyelamatkan keadaan.

“Boboy ada belikan kami hadiah tak?”Boboy mengganggukkan kepala menjawab soalan daripada mamanya.Datin Maizura tersenyum sumbing.Fikirannya masih terarah pada kata-kata menantunya tadi.Malam apa?Kenapa gadis itu sampai bersumpah-sumpah.Dia semakin pelik.Namun,dibiarkan saja perasaan itu berlalu.

“Eloklah kita makan dulu,Mai.Lepas makan nanti kita sambung borak lagi.Dan Boboy…”Boboy yang leka memandang Nura Alia segera berpaling ke arah papanya.Dia tersengih lagi.

“…dan Boboy kena tunjukkan pada kami semua hadiah-hadiah yang dah Boboy beli untuk papa,mama dan Kak Jah nanti ya?Dah,jom kita makan dulu.”Datuk Syed Azman menyudahi ucapannya dengan senyuman.Dia menyambung kembali menjamah nasi.

“Nah Boboy rasa masak lemak ikan keli ni.Kak Jah yang masak.Special tau.Lia pun rasalah.”Tangan Datin Maizura sibuk menyeduk kuah masak lemak ikan keli.Dia memberi Boboy merasa masakan istimewa itu.Boboy menadah pinggannya.Dia tersengih tanda menyukai masakan Kak Jah.Kak Jah gembira melihat anak majikannya itu menyukai masakannya.

Nura Alia juga turut menyeduk kuah yang sama.Walaupun dia tiada selera saat ini,dia terpaksa juga berpura-pura.Dia perasan yang pandangan Datin Maizura sudah lain macam memandangnya.Bagaikan wanita tua itu dapat menghidu sesuatu saja.Ah!Harap-harap telahannya tidak benar.Mungkin perasaannya saja.

<<<<>>>>

Boboy cuba menfokuskan matanya memandang skrin televisyen yang sedang menyiarkan rancangan Animal Planet itu.Namun,kefokusannya tergugat apabila deria baunya menghidu aroma wangian yang disembur oleh isterinya di meja solek sana.Gadis itu kelihatan leka pula melumur losyen di tangan.Liuk-lintuk badan Nura Alia menjadi santapan matanya.Jiwa kelakiannya tiba-tiba berkocak.Semput nafasnya.

Nura Alia bagaikan dapat merasa anak mata Boboy sedang memandangnya.Dia terasa dirinya terperhatikan.Dia berpaling ke belakang.Serentak itu Boboy memalingkan wajahnya memandang kaca televisyen.Dia masih belum berpuas hati.Dia yakin Boboy sedang memerhatikannya tadi.Dia cepat-cepat menyudahkan sapuan losyen di lengannya.Usai saja melakukan itu,dia segera mengangkat punggung.Tanpa menghiraukan Boboy,dia menapak menuju ke sofa.

Malam ini dan malam-malam seterusnya,biarlah dia tidur di sofa sahaja.Tidak sanggup lagi dia nak tidur di atas katil yang sama dengan lelaki yang telah ‘meragut’ kesuciannya itu.Biarlah dia mengalah.Dia takkan berebut-rebut dengan Boboy lagi.Walaupun dia tahu dia takkan selesa tidur bertilamkan sofa,dia tetap harus melaluinya.Hanya dengan cara ini saja dia dapat menjauhkan diri dari Boboy.

Melihat saja Nura Alia menghenyakkan tubuh di atas sofa,Boboy bingkas bangun.Dia berjalan mendapatkan isterinya.

“Kenapa kakak tidur kat sini?Kat atas katil tu tak ada orang pun.Pergilah tidur kat sana.”Arah Boboy.Nura Alia menutup mukanya dengan bantal.Dia tidak ingin bercakap dengan lelaki itu lagi.Boboy mengeluh perlahan.Dia menggaru-garu kening.

“Kakak tak boleh tidur kat sini.Kat sini banyak nyamuk.Nanti nyamuk gigit kakak.”Nura Alia tetap mendiamkan diri.Boboy naik geram.Kenapa pulak dia tak nak tidur atas katil?Tak pernah-pernah dia tidur atas sofa.Atau dia… dia takut malam tu berlaku lagi.Boboy membuat kesimpulan sendiri.Mungkin sebab tu.

“Kalau kakak tidur kat sini,kita pun nak tidur kat sinilah.”Ujar Boboy tanpa diduga.

Sepantas itu Nura Alia mengangkat bantal dari wajahnya.Tajam matanya merenung Boboy.Boboy tetap membuat muka selamba.Dia menunggu reaksi dari isterinya.Bukan niatnya untuk mencari gaduh malam-malam macam ni.Tapi dia tidak sanggup melihat isteri kesayangannya tidur di atas sofa semata-mata fobia untuk tidur sekatil dengannya lagi.

“Kenapa pulak Boboy nak tidur kat sini jugak?Kalau Boboy tak ganggu akak tak boleh ke?Boleh tak kalau dalam sehari Boboy jauhkan diri dari akak?Akak tak suka Boboy menyibuk-nyibuk pasal akak.Faham?!”Nura Alia berbaring membelakangi Boboy.Sekali lagi dia menekup kepalanya dengan bantal.Dia mengharapkan Boboy faham dengan kata-katanya tadi.Dia tahu dia berdosa kerana bercakap kasar seperti itu dengan suaminya sendiri.Tapi hatinya tetap merasa sakit hati dengan apa yang telah terjadi antara mereka di resort kelmarin.

Boboy terpana mendengar tengkingan isterinya.Dia terdiam terkaku di situ.Begitu sekalikah Nura Alia sedang membenci dirinya?Ini semua pasti berpunca dari masalah yang sama.Bukankah pada malam itu mereka berdua saling rela melakukannya?Kenapa Nura Alia bagaikan terlalu menyesal dengan perkara yang sudah berlaku itu?Malam pertama sudah pun menjadi milik mereka.Kenapa gadis itu hampir gila memikirkannya lagi?Jijikkah dia dengan hubungan suci itu?Boboy menggeleng lemah.Dia mengangkat kaki keluar dari bilik.Langkahnya diatur dengan penuh kecewa.

BAB 25

Irama muzik rancak menjadi halwa telinga para pengunjung di pub yang paling eksklusif di ibu kota itu.Rata-rata dari mereka ialah anak-anak remaja dari keluarga yang berada dan disegani.Di sinilah tempat golongan kaya menghabiskan masa senggang mereka.Tidak sepatutnya golongan belia remaja menghabiskan masa di pub seperti ini.Namun,jiwa remaja siapa yang berani lawan.Semuanya hanya inginkan keseronokan yang dirasakan perlu dimiliki oleh setiap orang yang bergelar remaja.Hidup hanya sekali,katanya.

Dirangkul pinggang ramping gadis di hadapannya dengan erat.Dia yang duduk di atas kerusi mendongak menatap wajah gadis yang sedang berdiri di depannya itu.Bibir yang merah bak delima itu menjadi santapan mata Syed Azwan.Dadanya berkocak hebat.Mungkinkah malam ini gadis tinggi lampai ini akan menjadi teman tidurnya?Kalau ya,dia pasti akan mempersiapkan diri dengan sebaik mungkin.

Syed Azwan menghulurkan minuman berwarna biru kepada Kristine.Kristine menyambutnya dengan penuh menggoda.Syed Azwan tersenyum lebar saat gadis itu mensisip air yang telah diisi olehnya dengan pil estecy tadi.Pil yang akan membawa mereka ke ‘dunia lain’.Dunia khayalan yang hanya ada mereka berdua sahaja.Syed Azwan menunggu beberapa detik untuk mempastikan pil yang diguna olehnya tadi bertindak dengan berkesannya.Satu,dua dan tiga.

Kristine mula hilang keseimbangan.Syed Azwan bingkas berdiri memeluk Kristine ke dalam dakapannya.Dia mengusap-usap rambut ikal gadis itu.Sungguh dia sudah tidak sabar melalui malamnya dengan gadis yang baru dua bulan dia kenali ini.

Dua bulan yang lalu,saat dia keseorangan di pub ini tanpa teman tiba-tiba dia disapa oleh seorang gadis yang cukup hot.Berpakaian cukup menggoda.Gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai Kristine.Mereka berdua mula berkenalan antara satu sama lain.Nombor telefon bertukar tangan.Akhirnya,dalam masa beberapa hari mereka berkawan Syed Azwan dengan beraninya telah menyunting Kristine menjadi teman wanitanya.Ayat-ayat cinta yang digunakan oleh Syed Azwan berjaya membuatkan Kristine mempercayai setiap kata yang diucapkan oleh Syed Azwan,womaniser kelas atasan yang paling hot.

“Kenapa dengan you ni sayang?You sakit ke?”Tanya Syed Azwan buat-buat ambil berat.Suara cemas yang dilontarkan olehnya membuatkan Kristine hanya mampu menjawab dengan anggukan.

Syed Azwan tersenyum sinis.Sekarang dia akan memulakan agendanya.

“Jom I bawa you pergi klinik.Kita pergi klinik ya?”Kristine pantas menggeleng.

“I bukan sakit pun nak pergi klinik.I cuma pening kepala aje.Tiba-tiba aje pening.”Lemah kedengaran suara Kristine.Dia memicit-micit kepala.Tanpa sedar mereka telah pun melangkah keluar dari pub.

“Kalau macam tu I bawa you balik kondo I.You boleh berehat kat sana.I tak ada niat apa-apa cuma I risaukan keadaan you aje.Okey sayang kita balik rumah I ya?”Kristine angguk lagi.Sudah pasti dia mempercayai kata-kata kekasih hatinya itu.Kerana selama dua bulan mereka bercinta,lelaki itu tidak pernah meminta atau memaksanya melakukan hubungan intim.Cinta Syed Azwan pada dirinya amat suci dan ikhlas.Dia yakin akan hal itu.

Tanpa berlengah lagi Syed Azwan memapah Kristine berjalan menuju ke Skyline merah miliknya.Kereta yang dihadiahi oleh papa di hari jadinya yang ke-20.Papa memang memahami setiap kegemarannya.Skyline mewah itu meluncur laju meninggalkan perkarangan bangunan pub.Mereka kini menuju ke kondominium bertaraf lima bintang di Kota Damansara sana.Kondo yang hanya mampu dimiliki oleh orang-orang berada.Kondo yang mempunyai sistem kawalan yang amat ketat.Orang awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan bangunan kondominium itu.

<<<<>>>>

Dia menekan suis lampu.Sekelip mata kondominium miliknya menjadi terang-benderang disinari oleh cahaya.Kristine masih utuh berada dalam pelukannya.Dia membawa gadis itu berehat di sofa di tengah-tengah ruang tamu.Ditinggalkan Kristine keseorangan di situ lalu dia melangkah laju menuju ke dapur.Tetamu yang baru sampai harus dihidangkan dengan minuman.Sekali lagi Syed Azwan menyediakan minuman mengkhayalkan kepada Kristine.Apa pun yang berlaku,dia nekad untuk menjadikan Kristine miliknya malam ini.

Dia mengaku sebelum-sebelum ni dia tidak pernah melakukan hubungan intim dengan mana-mana kekasih hatinya.Kristinelah orang yang pertama mendapat keistimewaan ini.Dalam main-main dia bagaikan sudah jatuh hati dengan gadis kacukan Cina-British ini.Dia tidak pernah merasa perasaan seperti ini dengan kekasih-kekasihnya yang terdahulu.Dengan Kristine dia menjadi gila bayang dan angau.Dia merindui gadis itu apabila tidak bertemu walau sehari.

Kini,dia ingin Kristine menjadi miliknya seorang.Dengan cara ini saja dia dapat mengikat Kristine.Dia bukan serius dengan hubungan ini tapi dia hanya tidak ingin Kristine jatuh ke tangan lelaki lain.Dia ingin Kristine menjadi miliknya seorang.

“Minum air ni sayang.I tolong tanggalkan jaket you ya.”Kristine meneguk sedikit jus oren yang disediakan oleh lelaki itu.Dia membiarkan tangan lelaki itu merayap menanggalkan jaket dari badannya.Kedudukan mereka begitu hampir.Deruan nafas Syed Azwan menyapa ke muka Kristine.Dia sengaja melakukan itu.Dia ingin menggoda Kristine.

“I love you,sayang.Don’t you love me?”Penuh gemersik dan romantik Syed Azwan mengucapkannya ke telinga Kristine.Kristine angguk kepala beberapa kali tanda menjawab soalan lelaki itu.Syed Azwan tidak mampu menahan gelora perasaannya lagi.Perlahan-lahan bibirnya membasahi bibir gadis itu.Ternyata Kristine menyukai apa yang dilakukan olehnya.Perempuan itu membalas ciumannya tadi.

Tanpa menunggu lama,dia mencempung tubuh Kristine masuk ke dalam bilik tidur utama.Mereka hanyut dalam gelora nafsu yang dicipta oleh syaitan yang membisik ke dalam hati kedua-duanya.

<<<<>>>>

Boboy terbangun dari lamunan panjang apabila bingkai gambar yang dipegangnya terjatuh ke lantai.Dia beristighfar dalam hati.Cepat-cepat dia mengutip sisa-sisa kaca yang bertaburan di atas karpet dengan penuh hati-hati.Tangannya melekap pula pada sekeping foto.Pada foto itu terdapat wajah seorang gadis yang sedang tersenyum ayu.Keayuan dan kecantikan gadis itu semakin terserlah apabila mengenakan baju kurung berlatar warna biru muda.Sejuk matanya memandang.

Boboy terduduk lemah.Dia meraup-raup mukanya berulang kali.Perasaan bersalahnya pada gadis itu semakin melambung tinggi.Dia tidak sempat meminta maaf kepada gadis itu.Dia tidak sempat memohon kemaafan atas segala yang telah dia lakukan pada gadis itu.Dia takkan pernah memiliki peluang untuk memohon maaf kepada gadis itu kerana gadis itu telah pun pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya.Dan hal itu terjadi berpunca dari dirinya.Penyesalan masih terbuku di hatinya.

Kenapakah dia harus bertindak terlalu kejam pada gadis itu dulu.Dia seharusnya bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku.Dia cuba lari daripada masalah.Alih-alih masalah yang kecil menjadi semakin besar dan masalah itu telah meragut tiga nyawa yang tidak berdosa.Sepatutnya biar dia saja yang menanggung semua ini.Tapi semua itu sudah terlambat.Kini,dia menerima hukumannya.

Hidupnya takkan pernah tenang selagi perasaan bersalah pada Sharifah Azlina,Kristine dan bayinya masih bersisa.Ya,anak kandungnya.Anak yang tidak sempat melihat dunia.Anak yang terhasil dari hubungan luar nikah antara dia dan Kristine.Dia lari dari tanggungjawab.Dia tidak mengaku anak yang dikandung oleh Kristine adalah anaknya.

Boboy amat menyesali itu.Usianya masih terlalu muda pada ketika itu.Keseronokan menguasai dirinya.Kini,dia benar-benar sudah bertaubat dan tidak akan sesekali melanggar suruhan agama lagi.Dia takut dengan balasan Allah S.W.T.

<<<<>>>>

Kristine menilik jam di pergelangan tangan.Sudah hampir setengah jam dia menunggu Syed Azwan.Biasanya lelaki itu tidak pernah lambat.Dia menyedut minuman sambil anak matanya tercari-cari kelibat lelaki itu.

Dia faham lelaki itu sedang sibuk mengulangkaji pelajaran bagi menduduki peperiksaan akhir di universiti.Dia tidak berniat mahu mengganggu teman lelakinya itu.Namun,ada perkara mustahak yang harus dia bincangkan dengan Syed Azwan.Hanya Syed Azwan dapat membantu kekusutan di benaknya kini.

Tiba-tiba matanya terpandang wajah kesayangannya.Kristine segera melambai-lambaikan tangan ke arah Syed Azwan yang sedang berdiri di tepi kaunter restoren.Kelihatan lelaki yang berpakaian serba hitam itu melangkah ke arahnya dengan senyuman manis.

“Hai sayang.Sorry I’m late.I ada study group dengan member tadi.You dah lama ke sampai?Sorry okay.”Dicapai tangan Kristine lalu dikucup lembut.Sambil menyulam tangan,mereka duduk saling bertatapan antara satu sama lain.

“Ada apa you nak jumpa dengan I?Rindu I ke?I pun rindu gila kat you tau.”Dicuit hidung mancung Kristine.

Kristine bermuka masam.Syed Azwan kepelikan.Kenapa pulak ni?Rasanya tadi aku tak salah cakap pun.Desis hatinya.Kristine memang seorang yang cepat terasa hati dan manja.Suka dibelai dan dimanjakan.Itu membuatkan dia semakin angau dengan gadis itu.

“Tak boleh ke I nak jumpa dengan you sekarang?I ganggu you ke?Kalau you rasa terganggu,I takkan jumpa dengan you lagi.Sorry kalau I ganggu you,Azwan.”Kristine berkecil hati.Dia ingin bangun namun tangannya dipegang kemas oleh Syed Azwan.Dia terduduk kembali.

“Kenapa ni sayang?Maksud I bukan macam tulah.Sorry okay?Dah,dah senyum balik.Tak cunlah muka you bila masam macam ni.”Syed Azwan bercanda.Kristine masih tidak tersenyum.

“Kalau I tak cun lagi,you nak break-up dengan I ke?You nak cari perempuan yang lagi cun dari I ke?Hmm?Answer me Syed Azwan bin Datuk Syed Azman.”Syed Azwan terkedu.Dia semakin hairan dengan perangai Kristine.Kenapakah gadis itu suka menyalahtafsirkan kata-katanya?Dia cuba bersabar.Mungkin Kristine sedang menghadapi masalah.

“Kenapa ni sayang?You ada masalah ke?Atau you tak sihat?You demam ya?”Dia pantas melekapkan tapak tangannya ke dahi Kristine.Kristine pantas menepisnya.

“Kenapa dengan you ni hah?!”Suara Syed Azwan meninggi.Kesabarannya tercabar.Tak ada angin tak ada ribut,tiba-tiba nak naik hot dengan aku pulak.Apa kes minah ni.Huh!Bisik hati Syed Azwan geram.

Kristine terpana dengan tengkingan Syed Azwan tadi.Dia merengus keras.

“For your information,Syed Azwan.I,Kristine Lydia Stockstil sedang mengandungkan anak you.Anak you!And I nak you bertanggungjawab dengan kandungan I ni.Its yours!”

Kali ini Syed Azwan pula yang terkesima.Dia mencari kebenaran di sebalik kata-kata yang dilontarkan oleh Kristine tadi.Selama ini gadis itu tidak pernah berbohong dengannya.Adakah benar apa yang didengari olehnya sebentar tadi?

“Apa you cakap?You mengandungkan anak I?No!I tak percaya.Tak mungkin!”Suara masih dikawal agar tidak menganggu pelanggan lain.Tangannya semakin mengemas memegang pergelangan tangan Kristine.

“Kenapa pulak tak mungkin sedangkan kita pernah tidur bersama.Lebih dari sekali,Syed Azwan.Dah lupa ke?Atau pura-pura lupa?!”Bidas Kristine bengang.

Itulah kenyataannya.Dia sedang mengandungkan anak lelaki itu.Dia amat yakin bahawa bayi yang ada dalam perutnya ini adalah anak Syed Azwan kerana dia tidak pernah melakukan hubungan intim selain dengan lelaki itu seorang sahaja.

Beberapa minggu ini dia dapat rasakan ada sesuatu perubahan melanda dirinya.Dia sering rasa mual-mual,pening kepala dan periodnya juga sudah tidak datang selama hampir dua bulan.Itu bukan sesuatu yang biasa.Itu luar biasa.Lantas,dia mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan kehamilan sendiri.Ternyata telahannya memang tepat.Dia memang mengandung.Alat ujian hamil menunjukkan positif.

Syed Azwan tidak senang duduk.Patutkah dia mempercayai berita mengejut ini?Tapi jauh di sudut hatinya dia punya perasaan yakin itu.Kerana dia tahu Kristine tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki selainnya.Ah!Tapi benarkah dia betul-betul mengandung?Atau dia sengaja cakap macam tu supaya aku terikat dengan dia?Bisiknya curiga.

“I tak percaya you mengandung.Apa lagi mengandungkan anak I.Non-sense.I takkan bertanggungjawab dengan hal yang I tak buat.Sorry,I have to go.”Dia bingkas bangun.Dia melangkah laju meninggalkan Kristine yang tercengang di situ.

Perkara ni belum lagi selesai.Lelaki tu tak boleh melarikan diri macam tu saja.Kristine pantas mengejar Syed Azwan dari belakang.

“You harus bertanggungjawab,Azwan!Ini anak you!”Direntap kasar lengan sasa Syed Azwan.Lelaki itu berhenti melangkah.Dia menggeleng-geleng.

“No!Tu bukan anak I… I takkan bertanggungjawab dengan bayi dalam perut you tu.Let me go!”Dia menepis kasar pegangan tangan Kristine.

Kristine tersentak dengan kekasaran Syed Azwan.Tanpa sempat dia menbidas kata-kata itu,Syed Azwan dengan lajunya menerobos masuk ke dalam kereta.Dalam diam dia sebenarnya ketakutan.Andai papa dan mamanya tahu pasal perkara ni sudah pasti dia akan diminta bertanggungjawab.Tak!Dia belum bersedia memikul tanggungjawab menjadi seorang ketua keluarga.Apa lagi menjadi seorang bapa di usia muda seperti ini.Masih banyak benda yang belum dia capai.Masih banyak keseronokan yang masih belum dia nikmati.Dia takkan memperjudikan hidupnya untuk menjadi seorang suami kepada Kristine.

“Azwan!Azwan tunggu dulu I belum habis cakap lagi!Azwan!!”

Syed Azwan menghidupkan enjin kereta lalu meluncur laju tanpa menghiraukan jeritan Kristine itu.Terasa lemah-longlai tubuh Kristine menghadapi penerimaan lelaki itu.Sungguh dia tidak menyangka lelaki itu akan mempertikai kebenaran tentang status anak yang dikandungnya ini.Dia tidak menyangka lelaki itu sanggup menolak tanggungjawab yang sepatutnya digalas oleh mereka bersama.Tanggungjawab menjaga dan membesarkan bayi dalam kandungannya ini.

Kau takkan semudah tu dapat lari dari tanggungjawab,Syed Azwan.Kau harus bertanggungjawab.Aku dah banyak berkorban demi kau!Kau tunggu,Syed Azwan.Kau tunggu!Dia nekad.Dia takkan membiarkan lelaki itu dengan mudahnya lari dari bebanan dan tanggungjawab ini.Berani buat,berani tanggung.

“Arghhh!!”

Dia menjatuhkan semua barang yang terdapat atas meja studi.Dia ingin menjerit sekuat hatinya namun suaranya terpaksa dikawal perlahan.Jiwanya memberontak lagi.Boboy duduk bersandar di badan meja.Pandangannya kosong memandang siling bilik.

“Maafkan aku… Maafkan aku,Kris.Maafkan aku.Aku dah berdosa dengan kau.Aku minta maaf.Aku minta maaf…”Boboy mengetuk-ngetuk kepalanya dengan tangan.Setiap kali perasaan bahagia membajai hatinya,setiap kali itu jugalah dia akan terfikirkan dosa semalamnya.Dosa mengkhianati dan menyakiti hati seorang gadis yang tidak bersalah.

Dia merasa tidak layak untuk merasa gembira.Kalau beberapa hari ini dia gembira dengan hidup barunya dengan Nura Alia,esok lusa dia pasti akan menghukum dirinya untuk merasa berdukacita.Kerana dia merasa dia tidak layak hidup gembira sedangkan dia tahu selama hayat Kristine dulu,gadis itu tidak mampu tersenyum gembira lagi gara-gara perbuatannya.

Semahunya dia melupakan apa yang sudah berlaku.Tapi dia tidak mampu.Dosa semalam terus menghantui hidupnya.Mungkin sampai bila-bila.

<<<<>>>>

Nura Alia menggosok-gosok matanya berulangkali.Dia membesarkan mata melihat jarum jam pada pergelangan tangannyaTak nampak apa-apa pun.Keadaan terlalu kelam.Tapi rasa macam awal pagi lagi.Kenapa pulak aku terkejut pagi-pagi buta ni.Ayam pun belum bangun lagi.Bebel dia sendirian.Kepalanya dipalingkan ke katil.Hatinya tiba-tiba dipagut risau.Kelibat Boboy tidak kelihatan.Dia bingkas bangun dari sofa.

“Ouch!Sakitlah…”Adu satu suara parau.

“Oh mak kau jatuh tergolek!”Nura Alia melatah.Kakinya terasa terpijak sesuatu.Keadaan bilik yang agak kelam itu membuatkan dia tidak pasti dia sedang memijak apa.

“Boboy ke?Boboy buat apa tidur kat bawah ni?”Dia terduduk di tepi sofa.Dia duduk sambil meraba-raba tubuh Boboy.Niatnya hanya ingin memastikan suara yang dia dengar tadi adalah milik suaminya.Jangan suara makhluk tak diundang sudah.

“Kakak gelilah.Kita Boboylah.”Ujar Boboy sambil menggamit tangan isterinya.Dalam tiada cahaya itu dia mengukir senyum.Matanya masih terpejam.Nura Alia menarik nafas lega tatkala dia mendengar jawapan itu.Tanpa dia sedar dia membiarkan Boboy menggenggam tangannya.

“Boboy duduk kat sini diam-diam.Biar kakak pergi buka lampu.”Dia cuba berdiri.

“Aduh sakitlah kaki kita kakak.Janganlah pijak.”Sekali lagi Boboy mengadu kesakitan.Dahlah tadi perutnya menjadi mangsa pijakan gadis itu.Kali ni kaki pulak.Kes penderaan ke apa macam ni.

“Sorry,sorry… Sorry akak tak nampaklah.”Dengan penuh hati-hati Nura Alia menyambung langkahnya.Dia menuju ke suis lampu yang terdapat pada dinding di tepi pintu.Sekelip mata bilik tidur itu diterangi oleh cahaya lampu.Matanya agak silau.Dia berdiri di situ beberapa ketika menunggu matanya tidak silau lagi.

“Kenapa Boboy tidur kat bawah tu?Katil tu bukan main besar.Pergilah tidur kat sana.”Bebelan Nura Alia mula kedengaran.Boboy duduk bersila atas sofa.Dia menggaru-garukan kepalanya.

“Kita nak temankan kakak tidur.Nanti kalau kita tak temankan ada hantu usik kakak.Eee… takutnya.”Dalam keadaan mengantuk pun dia masih mampu berlakon menjadi Boboy,si budak austistik.Tapi dia memang sengaja tidur di atas lantai ini.Dia rela.Dia melakukannya kerana dia tidak sanggup membiarkan isterinya tidur berjauhan darinya.Selepas keluar dari ‘bilik rahsianya’ tadi,dia terus masuk ke dalam bilik.Pada masa itu Nura Alia sudah pun lena diulit mimpi.Lantas,tanpa berfikir panjang dia mengambil comforter dan bantal lalu merebahkan diri tidur atas lantai berhampiran dengan isteri kesayangannya.

Nura Alia melabuhkan punggung di hujung sofa jauh dari Boboy.Mereka saling memandang.

“Nak takut-takutkan kita pulak.Ingat kita budak 4 tahun ke?Ugh!”Dia menjeling.

Krukk.Krukk.Bunyi yang terhasil dari dalam perutnya memecahkan kesunyian antara mereka berdua.Boboy menahan tawa.Nura Alia memegang perutnya.Ni tak lain mintak isilah ni.Ugh!Memalukan aku aje perut ni.Mungkin kerana berasa lapar dia terjaga dari tidur tadi.Tulah tadi makan sikit sangat.Padahal petang tadi dia lapar gila.

“Kakak lapar ke?”Tanya Boboy.Nura Alia pantas menggeleng.Dia masih menafikannya.Semakin dia menafikan,semakin galak perutnya berkeroncong.Tawa Boboy meletus lagi.

“Apa gelak-gelak?Biarlah akak lapar pun.Bukan ada kaitan dengan Boboy pun.Ugh!Dahlah akak nak pergi dapur kejap.Jangan nak menyibuk ikut akak.Akak siku karang menangis pulak.”Boboy hanya tersengih mendengar ugutan dari isterinya itu.Dia langsung tidak takut.Hatinya kembali gembira.Nampak gayanya,tiada apa-apa yang berubah dalam diri Nura Alia.Gadis itu masih mampu ‘membulinya’.Membuli yang membawa maksud pura-pura garang dan memarahi Boboy.Mungkin gadis itu sudah tidak ingat mengenai malam tu.Syukurlah kalau dia dah tak ingat.Luahnya lagi.

Nura Alia terhenti di depan pintu.Dia memalingkan kepalanya ke belakang.Boboy yang termangu cepat-cepat menyengihkan wajahnya.

“Kenapa kakak?”Soalnya lagi.
Nura Alia mengetap bibir.Inilah yang susahnya kalau duduk rumah banglo besar-besar macam ni.Nak pergi dapur pun kena fikir banyak kali.Perasaan takut tiba-tiba menghinggapi hatinya.Dalam berani dia sebenarnya takut.Andai saja dia terserempak dengan makhluk yang tidak diingini di bawah sana nanti macam mana?Mahu terkencing dia nanti.

“Err… err… akak… akak…”Ayat tersekat di kerongkong.Huh!Sengalnya.Kenapa aku kena minta tolong dia pulak.Dia mesti akan gelakkan aku nanti.Tapi kalau aku tak suruh dia temankan,kesianlah kat aku.Kelaparan sepanjang malam.Hu hu hu…

“Tolong temankan akak pergi dapur kejap.Kejap aje.”Terluah juga kata-katanya.Lantaklah mamat tu nak fikir apa.Boboy tertawa mengejek.Dengan malasnya dia bangun.Mulutnya luas menguap.Nura Alia tahu Boboy sedang memberi hint padanya mengatakan bahawa dia malas nak menemani dirinya.

“Jomlah.Kita pun dahaga ni.”Boboy tidak mahu mencetuskan perasaan segan dalam hati isterinya.Mana tak segan tadi gadis itu beria-ria menidakkan perasaan takutnya.Sekarang alih-alih minta teman pulak.

Boboy mendahului keluar dari bilik.Nura Alia membuntuti suaminya dari belakang dengan perasaan malu yang menggunung.

Sesampai saja mereka berdua di dapur,dengan pantasnya dia mengangkat tudung saji.Dia mengeluh hampa tatkala melihat isi di bawah tudung saji itu.Kosong.Kering.Tiada apa-apa.Dia melabuhkan punggung ke kerusi lalu menopang dagu.Bibirnya dicebirkan.Ke manakah menghilang lauk-pauk yang banyak terhidang atas meja tadi?Takkan dah dibuang kut.Ruginya.Ugh!Dia memegang perut.Kenapalah perut ni gatal sangat nak lapar pagi-pagi buta macam ni.

Cuping telinganya terdengar bunyi butang microwave dihidupkan.Dia berpaling ke arah bunyi itu.Sekali lagi dia mencebir bibir.Macam manalah aku tak terfikir pasal microwave ni ya?Oo… bukan aku kuno sangat eh.Tapi rumah aku mana ada benda alah ni.Kalau ada pun mungkin dia tak pernah guna.Yalah dia kan seorang gadis semasa yang sibuk dengan aktiviti.Nak masuk dapur?Jangan haraplah.

“Mama selalu letak lauk tak habis dalam ni.Kita panaskan ajelah kalau kita nak makan.”Bagitahu Boboy seraya tersengih.Tangannya ligat mengambil dua biji mug dari cabinet atas.Dia menghulurkan mug itu kepada Nura Alia.Nura Alia menyambutnya dengan hairan.Nak buat apa bagi aku mug kosong?

“Buatkan kita air milo panas.Kita suka air milo panas.Kakak buatlah air yang kakak suka minum.”Arahan diberikan.Boboy duduk sambil mengetuk-ngetuk jari-jemarinya ke meja.Dia menunggu isterinya bergerak mengikut arahan.

Eee… budak nikan!Bajet pandailah tu.Ugh!Aku taulah ni rumah kau.Nak arah-arahkan kita pulak.Dalam membebel sakan,dia terpaksa juga menyediakan air yang dipesan oleh suaminya tadi.Faham sangatlah dia dengan Boboy ni.Kalau tak ikut apa yang dia nak,pasti lelaki itu akan memberontak dan boikot pada keesokan harinya.Kalau perkara itu terjadi,dia juga yang kena jawab dengan ibu bapa mertuanya.

Mereka berdua menikmati makan lewat malam itu bersama-sama.Tiada lagi perbalahan antara mereka.Boboy tidak makan sama sebaliknya dia hanya menemani Nura Alia sambil menatap lama wajah isteri kesayangannya itu.Dia menadah telinga mendengar setiap cerita isterinya.Cukup polos Nura Alia ketika itu.Perasaan bahagia kembali melanda hatinya.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

38 ulasan untuk “Novel : Suamiku tak romantik, tapi autistik 24, 25”
  1. norra says:

    syok baca.. Gud job bebeh

  2. Dad says:

    Meragut ‘kesucian’? WTF? Boleh tak novel2 berhenti letak watak2 heroin yg bangang(konon2 akan belajar dari ‘kesilapan’ kemudiannya)? Tolong la, ni lebih kurang mcm tulih heroin syok2 berzina, pastu nyesal kemudian. Komen ikhlas.

  3. Dila says:

    lamenye nk tggu sambungan..huhu..excited..
    bila bc novel ni,watak Boboy tu sy bygkan Jiggy (kumpulan Gman RL6)..comel!!
    Alia lak sy byg kn penyanyi Adira ms die rmbut pndek dlu..sbb nmpk cm grg tp sweet n kecik2 comel gitu..bestnye kalo novel ni dijadikan telenovela.. =))

  4. adyan says:

    bla nk smbg… xsbr la nk tggu… bla boboy nk cte spew dy sbnrnyer… wat excited je…=)

  5. amyza says:

    Salam.Yuhuu.Dah beli Novel ni..baru habis baca….mmg best sgt..sgt Unik… lain dari yg lain.. Tahniah Farisha Imani..rasa sgt berbeza..selalunya Hero Macho je…ni hero Autistik… mmg unik..kelakar! best….suspen hingga ke akhirnya..x boring langsung baca walaupun tebal !!

  6. Rahimah says:

    Salam, saya amat sedih dengan tajuk pilihan saudari. Seolah-olah mempermain-mainkan serta memperkecilkan golongan autistik yang merupakan insan istimewa. Pengarang dan penerbit perlu buat kajian agar novel picisan yang tidak kukuh sensitiviti ini tidak dibenarkan untuk terbit ke khalayak. Sememangnya, telah mengguris perasan ibu bapa yang dianugerahkan anak istimewa ini. Sama seperti dylexia, serebral palsy dan sebagainya. Golongan istimewa ini tidak boleh dipermainkan sesuka hati walau bagi tujuan penulisan. Ini tidak bermkana saya tidak berfikiran terbuka. Tetapi sekiranya ingin menjadikan autistik sebagai tema juga, gantikan tajuk novel kepada tajuk yang lebih gramatis agar tidak mempersendakan golongan istimewa ini.

  7. erynn syasya says:

    cite ny mmg best.mnyesal ary 2 x bli,,rsenya x puas bce dlm on9

  8. best lah buku ni….x sia-sia beli…
    best sangat sangat(25)x
    :) ..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"