Cerpen : Cinta Seorang Sahabat

17 April 2012  
Kategori: Cerpen

18,496 bacaan 86 ulasan

Oleh : MPH_MHLM

“Kita putus!”

“Okey.” Erk?! Okey?? Biar betul. Selambanya.

“Kita putus. P.U.T.U.S. Over.” Tekan ku lagi.

“Yupp, I know. It’s over. Thanks by the way.” Lantas dia berlalu bersama senyuman.

*****

setahun kemudian.

“kau gayut dengan sape?” soal Shahril tika aku melangkah meninggalkan balkoni bersama telefon di tangan.

“Jiha.” Sepatah aku bersuara sambil mengambil tempat di sebelah nya di sofa.

“Izara Najiha?” soalnya terkejut. Lantas aku mengangguk.

“Kau dah couple balik dengan dia ke?” tanya Shahril lagi aku sambut dengan tawa kecil.

“Nope. Aku dengan dia kawan je sekarang.” Jelas aku sambil menonton berita di TV3.

“Ooooooo….” Sekilas aku lihat dia terangguk-angguk.

*****

“Iz, jom lepak Bistro.” Ajak Jiha sambil menempel di tepi Shahril. Sekilas dia senyum pada Shahril yang nyata terkejut dengan kedatangannya itu.

“Okey, Bila?” soal ku.

“Hurmm, after your class.” Aku mengangkat tangan tanda setuju.

“Kenapa korang tak couple balik je?” tanya Shahril selepas Jiha berlalu dari library.

“Perlu couple balik ke?” soal aku kembali. Shahril mendengus bila soalannya aku jawab dengan soalan kembali. Aku tersenyum sebelum menyambung.

“Berkawan lebih baik dari berpacaran.”

“Pelik lah korang berdua ni, kalau pasangan lain lepas putus mesti dah tak bertegur siap tarik-tarik muka lagi kalau jumpa.” Kata-katanya aku sambut dengan tawa.

“Orang tak matang je buat macam tu. Aku dengan Jiha lain. Dah bukan jodoh kami bersama, redha je la. Hidup perlu diteruskan. Sekarang kau pun nampak kan kami lebih serasi berkawan. Lagipun Jiha dah jumpa kebahagiaan dia.” Jelas ku. Shahril mengangguk.

“Eh, Jiha dah. Kau bila lagi nak cari awek baru?” soalnya sambil tersengih.

“Haha, belum jumpa lagi yang sesuai.”

“Cehh, belum jumpa konon. Cakap je la kau tu memilih, Iz. Bukan tak de yang nak kan kau, berbaris awek yang nak tackle, tapi sorang pun kau tak layan.” Perlinya sambil menutup buku. Dah malas la tu.

“Wei, nak buat bini memang ar kena memilih. Kau ingat main tangkap muat je ke. Lagipun diorang tu semua tak de ciri-ciri isteri idaman aku.”

“Oo, kiranya kau tengah cari calon isteri la ni eh? Perempuan yang macam mana kau nak, meh aku tolong carikan.” Usulnya bersama sengihan tersirat.

“Kau carikan? Haha. Kau carikan untuk diri kau dulu la. Diri sendiri pun terkontang kanting, ada hati nak tolong carikan untuk aku. Haha.” Perli aku sebelum melangkah keluar dari perpustakaan. Sekilas aku memandang Shahril yang menarik muka masam. Terkena.

*****

“Jiha, laju nya jalan. Tunggu kejap.” Laungan Aqiem menghentikan langkahku. Pantas ku menoleh dan menghadiahkannya senyuman. Mustaqim. Buah hati pengarang jantung aku. Wajahnya manis di pandang. Walaupun dia tidak sekacak Izran tapi aku tetap sayangkan dia. huhu. My muncit!

“Sayang jom pergi makan, Aqiem lapar la.” Aku ketawa kecil apabila Aqiem sengaja memanjakan suaranya seperti budak umur 3 tahun minta susu. Hehe.

“Alalala, muncit saya lapar ye. Ciannya dia. jom gi makan.”

“Yeahh…” soraknya sambil tersenyum lebar.

“Banyaknya makan, patut lah makin buncit. Haha.” Usik ku membuatkan Aqiem menarik muka masam. Bertambah kuat tawa ku sampai menarik perhatian pelanggan yang makan di meja sebelah.

“Suka la kan ketawakan orang macam tu. Maklum lah orang kan buncit, tak handsome. Sape lah orang ni kan.” Ayat sedih pulak mamat muncit ni. Comel! Aku tersenyum.

“Alolo, muncit saya dah merajuk. Comelnya dia merajuk macammmm….” aku masih ingin mengusiknya. Sengaja aku biar ayatku tergantung.

“Macam apa?” pantas dia bertanya. Aku makin tersenyum.

“Hehe, macam panda bear.” Kata-kataku membuat Aqiem makin menarik muka masam. Haha. Comel! Sungguh aku suka mengusik pengarang jantung, My Mr. Muncit! Love Him So Much.

“Sorry, saya gurau-gurau je. Ala Aqiem ni macam tak biasa kena usik je. Awak tahu lagi awak tarik muka masam lagi comel. Hehe.” Perlahan-perlahan bibir itu mula mengukir senyuman.

“Hah?! Muncit jangan senyum macam tu, jantung saya nak jatuh dah ni. adeh, nak tertanggal dah ni.” aku kembali mengusiknya sambil melakonkan seolah-olah jantung aku benar-benar ingin jatuh. Kelihatan pipinya kemerah-merahan. Muncit aku ni malu macam perempuan pulak. Sweet.

*****

“Hey, Mus. Tu bukan awek kau ke?” pantas aku menoleh pada tempat yang di tunjukkan oleh Faizal. Benar telahan Faizal. Kelihatannya Jiha dan Izran sedang ketawa ceria. Apakah yang di bualkan mereka agaknya? Jiha pernah memberitahu ku Izran itu adalah sahabat baik dia. Tetapi kekadang aku ragui jugak dengan hubungan mereka.

“Ha’ah, Jiha dengan Izran.” Jawabku senada.

“Izran? Eh, kalau tak salah aku, Izran tu budak ragbi yang wakil universiti kita kan, hero ragbi pujaan perempuan-perempuan kat kampus ni kan? Dengar katanya dia tu susah nak layan perempuan tapi dengan awek kau bukan main mesra lagi. kau tak cemburu ke, bro.” aku mendengus kuat. Sungguh aku tidak senang dengan kata-katanya itu. Aku menoleh sekilas pada Jiha yang sedang ketawa mesra itu, sampaikan tidak sedar aku memerhatinya. Lantas aku membawa langkah meninggalkan perpustakaan. Mood berkobar-kobar untuk mencari bahan tugasan sebentar tadi hilang ditelan kemesraan pasangan itu.

“Wei, kalau ye pun makan hati jangan la sampai tinggalkan aku. Tunggu la Mus. Tadi cakap nak cari bahan, ni nak pergi mana pulak?” soal Faizal sambil menyaingi langkahku yang laju.

“Tak de mood lah nak cari, esok-esok je. Aku nak balik, mengantuk.” Aku memberi alasan.

*****

“Jiha, tu Aqiem kan?”

“Mana?” pantas Jiha menoleh ke belakang. Kelihatan susuk tubuhnya melangkah menghala ke pintu keluar perpustakaan.

“Ala, dia da keluar baru ingat nak panggil.” Ujar Jiha sambil kembali meneruskan kerjanya.

“Hurm, Jiha. Kau dengan Aqiem okey ke?” teragak-agak aku bertanya. Ternyata pertanyaanku menarik Jiha untuk memandang aku dengan riak wajah yang berkerut.

“Okey je. Kenapa?”

“Oh, tak de pape. Saja tanya. Buat lah kerja kau tu cepat aku nak balik ni.” Dalihku dari di soal Jiha. Melihatkan Jiha yang kembali meneruskan kerjanya, aku juga kembali berfikir tentang pandangan Mustaqim tadi. Kenapa ya dia pandang semacam je? Takkan lah dia cemburu kot. Jiha cakap dia tahu kami kawan baik. Hurm, pape je lah.

*****

“Ish, mana dia pergi pulak ni?” aku merungut sendirian memikirkan perangai muncit aku yang hilang tiba-tiba ni.

“Kau kenapa Jiha? Dari tadi aku tengok kau tot tet tot tet tekan fon kau tu, kau call sape? Aku cakap dari tadi kau dengar ke tak?” soal Izran mungkin pelik dengan tingkah ku yang tidak menghiraukannya.

“Si Aqiem ni la, dah beratus-ratus kali aku call tak angkat-angkat, mesej aku pun dia tak balas. Mana entah dia hilang. Dah tiga hari dah, Tiba-tiba je macam ni. Pelik lah dia tak pernah buat macam ni tau.” Beritahu ku dengan riak risau.

“Dia sibuk kot. Mungkin dia ada handle program. Come on Jiha, think positive. Nanti dia reply la tu. Dah-dah tak payah nak kerut-kerut sangatlah muka tu, macam nenek kebayan tau. Haha.” Cinabeng punya kawan.

Bukkk! Nah amek kau. Haha. Nenek kebayan ye.

“Adoii, sakit la sengal! Kau ingat bahu aku ni tempat testing ketebalan buku kau ke.” Marah Izran, aku balas dengan menjelir lidah.

“Eh, lupa nak tanya tournament rugby antara universiti tu minggu depan kan?” soalku.

“Ha’ah, kau datang tak?” teragak-agak aku menggeleng takut Izran kecil hati. Yelah, sebelum ni setiap perlawanan dia aku mesti datang. Bukan mesti lagi tapi wajib datang.

“lorhh, kenapa?”

“Erk?! Aku nak ajak Aqiem keluar. Dah lama aku tak keluar dengan dia. Hehe. Rindu bro.” ucapku sambil tersengih-sengih. Izran hanya mencebik.

“Geli aku der. Tolonglah. Tapikan kalau kau tak datang pun bagus jugak…” lantas aku memintas kata-katanya.

“Cisskek betol kau. Ayat kau tu bawak-bawak lah bertapis sikit. Sentap aku bro.” aku menarik muncung.

“Haha, kau sentap macam perempuan der. Tak lah kau cakap kau tak boleh datangkan, takkan lah aku nak paksa pulak, lagipun aku dapat rasa akan ada yang datang nanti.” Ujarnya sambil tersengih.

“Aku memang perempuan lah sengal! Nama pun tournament kan mesti lah ada orang yang datang. Apa lah kau ni.” Balasku sambil ketawa terbahak-bahak.

“Wahai Cik Izara Najiha, maksud aku akan ada someone yang datang tengok aku main nanti.” Kata-katanya menghentikan ketawa aku.

“Apa? Someone? kau dah ada makwe kau tak roger aku langsung. Sampai hati kau, macam ni ke kawan?” aku berpura-pura sedih.

“Makwe hotak kau. Bukanlah, tapi entah lately ni aku rasa something je, rasa macam diperhatikan tapi puas aku cari tak jumpa. Aku macam dapat rasakan ada seseorang yang akan datang nanti dan akan ada sesuatu yang berlaku.” Keliru. Itu yang dapat aku bayangkan dari riak wajahnya.

“Ishh, kau ni Iz. Biar betol? Seram pulak aku dengar. Kau kena sampuk hantu apa ni?” Balasku bersama riak takut yang sengaja dibuat-buat.

“Dah laa, cakap dengan kau menyakitkan hati je, aku nak balik berangankan bakal makwe aku. Chow.” Izran bingkas bangun ingin berlalu. Sempat aku perlinya sebelum dia jauh.

“Fuyooo, dalam hati ada taman. Malanglah sape jadi makwe kau tu. Haha.” Dia melayangkan buku tiga lima padaku.

“Izran Izran, semoga bahagia milik kau.”

*****

“Aqiem, kenapa tak jawab call Jiha?” soal aku selepas keluar dari dewan kuliah. Itu pun nasib aku sempat halang dia kalau tak dah berdesup hilang.

“Saya sibuk sikit.” Tiada kemesraan suara itu. Aku memandang pelik wajahnya.

“Aqiem, kenapa ni? Jiha ada buat salah pape ke?” dia hanya menggeleng tanpa memandang aku seperti selalu. Aku terasa hati dengan sikapnya itu.

“Okey, fine!” aku cukup malas nak layan orang yang acuh tak acuh je. Nampak sangat tak suka dengan kedatanganku. Di saat aku menoleh untuk melangkah, lenganku dipaut. Tersentak seketika dibuatnya, tak pernah tubuh ku dibenarkan sentuh oleh orang bukan muhrim. Aku menjelingnya tajam membuatkan lenganku di lepas perlahan.

“Jiha, I’m sorry. Aqiem .. erk?! Aqiem tahu Aqiem salah, tak sepatutnya …”

“Shuhhh,” aku meletakan jari telunjuk di bibir memintanya untuk berhenti bercakap. Aku menghadiahkan senyuman padanya lantas mengajaknya berbual di café. Selepas pelayan mengambil pesanan, aku mulakan perbualan. Aku memerlukan penjelasan atas kehilangannya yang tiba-tiba itu.

“Aqiem, Aqiem okey ke? Kenapa sejak akhir-akhir ni Aqiem macam melarikan diri dari Jiha je?” seketika pertanyaanku dibiarkan sepi. Aku masih sabar menanti kerana aku pasti ada sesuatu yang mengganggu dia. seandainya ada masalah aku ingin menjadi pendengar untuknya meskipun aku tak mampu untuk membantunya.

“Jiha, Aqiem okey Cuma lately ni sibuk sikit. Sorry Aqiem tak de niat pun nak larikan diri.” Entah kenapa aku terasa seperti Aqiem sedang menyembunyikan sesuatu dari aku. Aku memberi ruang kepada pelayan yang menghantar makanan itu seketika sebelum aku melanjutkan perbualan kami.

“Kenapa ye, Jiha terasa Aqiem macam sorokkan sesuatu dari Jiha.” aku mengerling tingkahnya sekilas yang kelihatan tersentak dengan kata-kataku. Dia mengeluh perlahan.

“Sorokkan sesuatu? Haaha, mana ada. Aqiem nak sorok ape? Aqiem letih je la, tak sempat nak rehat.” Aku mengangkat kening sebelah inginkan kepastian dari penjelasannya. Dia membalas dengan anggukan serta senyuman.

“Betul ni? okey lah kalau macam tu. Tapi ingat eh kalau ada pape yang tak kena dengan kita jangan sorokkan ye, nanti timbul salah faham lagi susah. Dah jom makan.” Aku mengalah mungkin perasaan aku je, mungkin memang betol dia sibuk. Bak kata Izran, think positive.

*****

“Riss, kau betul-betul ke nak pergi tengok tournament rugby tu?” soalan Marina menghambat lamunan aku tentang seseorang. Aku tersenyum pabila mendengar tentang tournament itu.

“Yupp, I’m serious. Kenapa salah ke aku nak pergi? Lagipun universiti kita kan tuan rumah, nak jugak beri sokongan pada wakil universiti kita.” Aku menjawab bersama kerdipan mata.

“Betol ke kata-kata yang aku dengar tadi tu dari mulut Najaha Arissa? Weird. Manusia yang selama ni hanya berduniakan buku nak pergi beri sokongan untuk ragbi. Haha. I can’t believe it.” Marina ketawa guling-guling sambil memegang perutnya. Cisskek betol, perli aku tahap overboard. Aku hanya membiarkan dia ketawa puas-puas, suka sangat perli aku. Salah ke aku nak pergi tengok rugbi tu. Bila fikir-fikir balik betol jugak cakap Marina, yelah aku mana pernah nak pergi tengok sukan-sukan ni, terlibat jauh sekali la. Hah, memang kau dah kena sampuk lah Riss oi, kerana dia kau sanggup pecah tradisi berduniakan buku kau tu.

“Tengok tu, berangan lagi. Riss, sejak akhir-akhir ni kau pelik sangat tau. Daripada rajin mengadap buku, sekarang kau rajin berangan. Daripada tak pernah turun padang tengok perlawanan walaupun puas aku paksa ikut, sekarang kau sendiri yang nak turun padang, nak tengok ragbi pulak tu. Yelah, ragbi kan permainan lelaki. Lelaki? Hah, kejap?!” jeritan Marina membuat aku terkejut. Dah kenapa budak ni, tadi membebel sekarang menjerit pulak. Aku menyengetkan sedikit badanku ke sisi sofa bila Marina berdiri sambil membongkokkan badannya menghadapkan muka peliknya dengan muka ku.

“Riss, tell me. Kau ada minat dekat one of rugby’s player ke?” bisiknya dengan riak senyuman yang menakutkan. Terkedu aku seketika. Aku membulatkan mata padanya.

“Ma..Mana ada. Kau ni gila la Rina. Kalau kau tak nak aku pergi cakap je lah, tak payah nak provok aku macam tu.” Dalihku sambil berpura-pura merajuk. Dia mengalihkan kedudukannya mengambil tempat di sisi aku.

“Eh, bukan tu maksud aku. Aku tanya je, kau jangan marah pulak. Okey okey, nanti kita pergi tengok ye.” Aku menoleh padanya.

“Betul ni?”

“Ye, betul. Aku janji.” Lantas aku mengukir senyuman gembira serta-merta aku memeluk Marina. Yeahhh, dapat jugak aku pergi tengok dia main. Biarpun hanya dari jauh jadilah, janji dapat tengok dia.

*****

Selepas perasmian daripada Timbalan Naib Canselor HEPA, Dato’ Dr. Sallehudin, maka bermulalah perlawanan ragbi antara universiti-universiti awam. Suasana pagi itu sungguh meriah. Tetapi perlawanan yang di nantikan adalah perlawanan kedua yang melibatkan universitiku iaitu Universiti Malaya menentang Universiti Utara Malaysia. Tika perlawanan pertama ini aku dan para pemain yang lain mengisi tempat-tempat kosong di barisan tepi padang selaku penonton dan penyokong.

“Iz, kau dah ready?” pertanyaan serta tepukan perlahan di bahuku menghalau lamunanku. Aku menoleh dan menghadiahkan senyuman yakin pada Shahril selaku “fly-half” manakala aku menyandang posisi “tighthead prop”.

“InsyaAllah. Mudah-mudahan kita berjaya.” Ujarku sambil menoleh sekeliling.

‘Alamak dia toleh pulak.’ Pantas aku halakan mata aku ke tengah padang. Nasiblah si Marina tak sedar perlakuan aku sebentar tadi. Khusyuk gila dia tengok diorang bermain. Aku mengerling sekilas pada susuk tubuh yang aku perhatikan tadi nampaknya dia masih memandang ke belakang. Matanya meliar ke sekeliling. Erk?! Dia tahu ke aku tenung dia. mampus lah, harap-harap dia tak tahu. ‘Begok lah kau Riss, tenung orang sampai macam tu. Nasib tak kantoi.’ Bebel ku dalam hati sambil mengetuk perlahan kepalaku.

“Kau cari sape? Jiha eh?” pantas aku menggeleng tapi mataku masih meliar memandang ke tempat duduk penonton. Aku seolah-olah terasa ada mata yang merenung aku lama. Tapi bila aku mencari tak de pulak riak yang mencurigakan, semuanya khusyuk memerhati ke perlawanan yang sedang berlangsung.

“Bukan, Jiha tak datang. Dia keluar dengan Mustaqim.”

“Habis tu, kau cari sape?” soal Shahril lagi, pelik dengan Tingkahku yang tidak menumpukan perhatian pada perlawanan di padang.

“Entah laa, bro. Aku terasa macam ada orang pandang aku. Tapi bila aku cari tak jumpa pulak. Pelik.” Kata-kataku membuat shahril ketawa kecil.

“Memanglah ada orang pandang kau. Iz, kau tu hero ragbi pujaan para gadis, tak mustahil la kalau ada orang curi-curi pandang. Haha.” Aku hanya menggeleng sambil tersenyum.

“Eh, tapikan baru aku perasan, dalam banyak-banyak perempuan yang pandang kau, yang curi-curi pandang jugak yang kau ambil kisah. Pelik ni.” Katanya lagi sambil mengurut dagunya.

“Kau jangan nak merepek lah, Shah.”

“Betul la. Look Iz, sebelum ni kau tak pernah ambil kisah langsung dengan perempuan-perempuan yang cuba nak tackle kau. Cun-cun pulak semua awek tu, kau pandang pun tak, Iz. Tapi sekarang, kau tercari-cari orang yang perhatikan kau. Mesti perempuan yang curi-curi pandang tu special person kan.” Andaian Shahril menarik bibirku untuk tersenyum mengiyakan andaiannya dalam diam.

“See, you smile! Izran, you are fall in love, man.” Usik Shahril sambil menepuk bahuku mematikan terus senyumanku.

“Mana ada. Kau ni gila la Shah. Dah la, jom game kita pulak.” Aku bangun meninggalkan Shahril yang masih terkial-kial hendak bangun. Fall in love? Bibirku kembali tersenyum. Mungkin, mata itu membuat aku rasa sesuatu.

*****

Sekitar tengah hari, perlawanan pusingan pertama tamat dan Alhamdulillah pasukan ku layak ke pusingan seterusnya setelah berjaya menewaskan pasukan UUM. Semasa sedang berkemas barang-barang di tepi padang, aku sekali lagi terasa di tenung seseorang. Aku mengerling sekilas ke tempat duduk penonton, nampaknya sudah ramai yang bergerak meninggalkan padang, tak susah untuk aku menangkap mata itu. Aku mencari akal. Aku terpandangkan Shahril yang sedang berdiri di hadapan yang membelakangi tempat duduk, aku senyum sekilas, idea sudah datang. Aku menegakkan badan berdiri setentang dengan Shahril dan bertanya sesuatu padanya tetapi mata aku biar meliar mencari mata itu. Nampaknya idea aku menjadi, akhirnya mata itu tertangkap juga sepertinya dia tidak sedar tenunganya itu sudah diketahui kerana mata itu masih tetap merenung. Aku menentang renungan itu dalam diam. mempesonakan mata yang curi-curi pandang itu. Aku tersenyum.

“Hoi, kau dengar ke tak ni?” sergah Shahril mencantas renungan ku itu.

“Dengar…kot. hehe. Dah jom gerak.” Aku pantas mengajak Shahril keluar kerana pemilik mata itu sedang melangkah meninggalkan padang. Aku mempercepatkan langkah untuk mendekatinya. Lantas “Terima kasih” bisik ku perlahan betul-betul di cuping telinganya. Seperti jangkaanku dia terpinga-pinga dengan bisikanku itu. Aku menghadiahkan nya senyuman sebelum mengorak langkah meninggalkannya dengan seribu persoalan.

*****

“Riss, kenapa ni? tiba-tiba berhenti tengah jalan, halang laluan orang tu.” Marina menarik aku ke sisi jalan. Aku menoleh sekilas pada orang-orang yang melintasi ku dengan riak tidak puas hati.

“Riss, kau oke ke tak ni? Semacam je kau ni?” tegur Marina lagi bila aku masih tidak bersuara. Aku memandangnya lama sebelum menggelengkan kepala. Lantas aku mengorak langkah bersama kejadian sebentar tadi. ‘Terima kasih’. Untuk apa? Rasanya aku tak pernah tegur atau buat apa-apa pun untuk dia. kenapa dia ucap terima kasih? Bingung.

*****

“Hai sayang!”

“Gila!” sepatah aku menjawab. Lantas di sambut Izran dengan tawa yang besar. Aku menjeling tajam.

“Gurau sikit pon tak boleh ke? Haha.” Soal nya sambil melabuhkan diri di kerusi kosong hadapan ku. Aku mencebik geram.

“Haha, touching kuat!” pantas aku menyepak kakinya di bawah meja. “Ouch, sakit laa sengal!” marahnya dengan nada yang perlahan. Maklumlah dalam perpustakaan suara kuat sikit siap la kena halau.

“Padan muka! Kacau aku sape suruh.” Aku menjelir lidah padanya.

“Ala Jiha, kau macam baru kenal aku semalam. Aku mana boleh kalau tak kacau kau sehari, rindu tau. Haha.” Usiknya lagi. aku menggeleng kepala, dah lali dengan perangainya yang bila datang angin gila-gila dia habis dengan aku nak digilakan macam dia jugak.

Pada masa yang sama, Mustaqim turut berada di perpustakaan bersama dengan Faizal.

“Kau siap kan part ini nanti kita compile kan… Mus! Kau dengar tak ni?”

“Huh?!” tersentak aku dengan pertanyaan Faizal, erk?! Apa dia cakap tadi? Pantas aku menoleh padanya yang sedang mencerun merenung aku.

“Apa kau cakap tadi, Zal?”

“Sudah la, malas aku nak ulang banyak kali. Kau pandang sape sampai apa yang aku cakap langsung kau tak dengar?” Faizal meninjau ke arah sasaran yang mengganggu perbincangan kami sebentar tadi.

“Huh! Patut lah. Tengah pandang love bird bergurau senda rupanya.” Sindir Faizal. Tajam aku memandang riak tak bersalahnya. Aku mendengus keras.

“Mus Mus, Boleh kau pandang awek kau bergurau mesra macam tu dengan lelaki lain. Haha, kalau aku dah lama lebam mamat tu aku bedal. Jangan jadi lelaki dayus lah Mus, mana ada lelaki dan perempuan yang berkawan baik semesra tu. Haha.” Seperti menyimpah minyak ke bara yang panas. Tidak betah untuk aku terus di situ melihat cerekarama mereka dan menadah telinga mendengar sindiran pedas Faizal.

“That girl! Jiha, tu perempuan yang aku tegur semalam.” Bisiknya sambil memuncungkan mulutnya ke arah belakangku. Lantas aku menoleh mencari. ‘Mana? Erk?! Takkanlah yang bertudung ungu tu?’ aku bersoal dalam hati.

“Iz, yang bertudung ungu tu ke?” tanyaku setelah ku toleh mengadapnya kembali. Anggukkannya mengiakan pertanyaanku. Berkerut dahiku seketika. Pelik. Biar betul budak Izran ni.

“Kau kenapa pandang aku pelik macam tu?” soal Izran. Matanya masih dilabuhkan pada pemilik tudung ungu itu.

“Kau biar betul Iz. Kau tegur perempuan tu?” dia mengangguk lagi dengan pandangan yang berkerut.

“Asal .. tak boleh ke aku tegur dia?”

“Bukan tak boleh Cuma … macam pelik je.” Dia menjongket kening tanda tidak memahami maksudku.

“Yelah, Iz. Kau tahu tak perempuan tu hanya berduniakan buku saja. Dia memang famous, Ramai dah lelaki yang cuba masuk jarum tapi sorang pun dia tak layan. Masa kau tegur dia tu, reaksi dia macam mana?” panjang lebar aku bercakap. Izran tersengih seketika sebelum menjawab.

“Hehe, dia diam je.”

“See .. Iz, tak payah laa kau nak try dia. confirm dah dia tak layan.” Aku menegah dia sebelum apa-apa berlaku kerana aku tahu sifat Izran, dia takkan menegur perempuan sebarangan.

“aku yakin dengan mata itu!” Ucapnya sambil berdiri dengan senyuman lebar. Aku hanya mampu menggeleng, biarlah! Lantas aku berkemas meninggalkan perpustakaan.

*****

“Hai !” tercampak pen yang di pegangnya itu dengan sapaan ku. Riak terkejut nya menarik bibirku untuk tersenyum. Comel!

“Erk?! A.. awak na.. nak ape?” takut-takut dia bertanya. Pertama kali aku mendengar suara pemilik mata yang selalu curi-curi pandang aku. Makin lebar senyumanku. Gelisah sungguh dia.

“Saya tahu apa awak buat selama ini?” aku merapatkan muka ku ke mukanya. Tersentak! Pantas dia menegakkan badannya menjauhi mukaku.

“Hah?! Ap.. apa yang a.. awak tahu?” bergetar suara itu. Makin ketara ketakutannya sepertinya dia tak pernah sebegini dekat dengan lelaki. Aku merenung mata itu, mata yang berani merenung aku dalam diam. Biar kali ini aku pulak yang merenungnya tetapi secara dekat. Teramat dekat. Sangat mempesonakan mata itu. Arghh, lama-lama pandang aku yang cair nanti. Aku turut memandang arah mata itu berlabuh sedari tadi. Sekilas aku terpandangkan namanya yang terukir indah di buku catatannya.

“Najaha Arissa!” aku menyebut perlahan nama itu lantas menarik pemilik nama juga mata itu memandang aku. Aku membalas pandangannya bersama senyuman ikhlas. Bergetar hati aku tika itu.

“Cantik nama awak .. Secantik mata yang selalu mencuri pandang saya dalam diam.” Membulat mata itu dengan kata-kataku.

“Erk?! Say…”

“Syuhh, tak perlu minta maaf malah saya nak ucapkan terima kasih. Thank you so much Najaha Arissa! I like that.” Aku mengenyit mata sebelum berlalu dari situ. Riaknya tidak berubah dari awal aku duduk di hadapannya sehingga aku bangun malah makin tercengang.

*****

“Kak, teh o ais satu.”

“make it two, kak!” terjengul muka Si Izran di depan ku tiba-tiba. Aih, tadi bukan tengah mengayat budak perempuan tu ke?

“Eh, cepatnya jual minyak? Tak laku ke?” perli aku mencetus tawa besarnya. Izran ni kalau dengan aku memang takde nya nak cover macho. Hancur adalah.

“Hello, ini Izran Asyhraf oke. Slow and steady aje.” Ujarnya sambil menepuk dada bangga. Aku mencebik.

“Jiha.. I think I fall in love!” perlahan dia menutur kata-kata itu selepas kakak kafe menghantar minuman kami. Aku memandang wajahnya. Terserlah ketulusan kata itu pada wajahnya. Nampaknya dia sudah menemui kebahagiaannya.

“Akhirnya Iz. Inilah saat-saat yang aku nantikan. Kau temui kebahagiaan yang tak mampu aku berikan dahulu.” Aku mengeluh halus.

“Jiha please… jangan pernah menyalahkan diri kau. Apa yang berlaku dulu adalah satu kesilapan tapi mujurlah kita mampu kembali bersama.” Aku senyum padanya.

“Yeah, kembali bersama sebagai sahabat. Terima kasih untuk persahabatan ini, Izran.” Dia mengangguk sambil tersenyum manis. Sesungguhnya persahabatan ini terlalu berharga berbanding sebuah percintaan.

“Eh, Aqiem? Aku pergi dulu Iz, nak jumpa muncit aku. And you.. go, fight for your love!” lantas aku bangun mengejar langkah Aqiem yang makin menghilang.

*****

“Aqiem!” dia menoleh sekilas sebelum mempercepatkan langkahnya. Eh?! Makin laju pulak. Pantas aku mengejar.

“Aqiem! Tunggu laa. Kenapa laju sangat jalan. Macam melarikan diri je, kenapa?” aku berdiri di hadapannya mematikan langkahnya. Riak mukanya masam mencuka.

“Aqiem, kenapa ni? asal masam je? Aqiem ada masalah ke?” bertalu-talu aku menyoal. Dia mendengus kasar. Semakin pelik dengan tingkahnya.

“Aqiem, ken…”

“Tak payah nak pura-pura ambil berat lah kalau tak ikhlas.” Tersentak aku dengan kata-katanya yang kasar. Tak ikhlas?

“Aqiem ni kenapa? tiba-tiba nak marah-marah Jiha?” aku tertanya-tanya dengan sikapnya yang berubah tiba-tiba.

“Jangan berpura-pura lagi lah Izara Najiha! Muak saya tengok.” Tengkingnya mengejutkan aku. Nasib lah laluan pejalan kaki itu tiada orang kalau tak pasti malu di pandang orang. Tiba-tiba pipi ku dibasahi air mata. Pantas aku menyeka air mata. Pertama kali aku mengalirkan air mata di sebabkan lelaki dan lelaki itu adalah lelaki yang aku sayangi.

“Tak Perlu nak pura-pura menangis Jiha!” pura-pura lagi?

“Apa masalah Aqiem ni? pura-pura apa nya? Kalau Aqiem nak sakit hati Jiha, Fine! Aqiem dah berjaya.” Bentak aku. Cukup untuk aku bersabar, sabar aku ada batasnya. Kalau di tindas begini memang sukar untuk aku bertahan. Sakit!

“Ohh, tahu pulak awak sakit hati, awak ingat apa yang awak buat tu tak menyakitkan hati saya lah ye? Huh?!” kasar Mustaqim menyindirku. Aku memandangnya dengan dahi yang berkerut. Tak faham!

“Saya buat apa?”

“Awak masih nak berpura-pura Jiha. Awak ingat selamanya awak boleh berpura-pura macam ni. depan saya bukan main baik, tapi belakang saya bermesra dengan lelaki lain. Awak kalau ingat dah berjaya mempermainkan saya, awak silap!” tercengang aku dengan pernyataannya. Lelaki lain? Mesra? ‘Aku mana ada rapat dengan mana-mana lelaki apatah lagi mesra melainkan Mustaqim dan …’ lantas aku memandangnya.

“Maksud awak Izran ke?” aku inginkan kepastian.

“Huh?! Kenapa? awak ada bermesra dengan lelaki lain ke. Tak sangka pulak awak kaki melayan jantan.” Tersentap! Seperti ditikam dengan pisau yang tajam. Tak sangka begitu pandangannya pada aku selama ini. Aku tak mampu untuk terus berdiri di situ di hambur dengan kata-kata nista oleh insan yang aku cintai. Kecewa! Juraian air mata ku makin laju menuruni lekuk pipi ku. Ku biarkan ia mengalir bersama langkahan kaki. Beginikah pengakhiran kisah aku dan dia?

*****

Seminggu aku jalani hidup tanpa dia di sisi. Tiada lagi panggilan darinya. Tiada lagi mesej berisikan rindu dan sayang seperti selalu. Kosong! Kaki yang melangkah tanpa arah tuju melalui lorong pejalan kaki itu menarik peristiwa perit seminggu lalu. Untuk kesekian kalinya ku biarkan air mata ku menjamahi pipi ku. Kaki yang melangkah membawa ku ke tepian tasik yang lengang.

Pada masa yang sama Izran sedang mencuba menambat hati Arissa di kafe.

“Awak kenapa selalu tergagap-gagap bila bercakap? Awak memang gagap eh?” sengaja aku menyoal begitu kerana aku tahu dia tidak gagap. Kalau gagap pun aku tak kisah. Cinta yang ikhlas akan menyempurnakan segala kekurangan yang ada pada pasangan. Aku tersengih.

“Eh, tak la! Mana ada saya gagap!” marah nya sambil memasamkan muka. Nada marah tapi suara perlahan gila! Buat aku makin seronok nak mengusiknya.

“Ohh, tak gagap rupanya. Habis tu, dah duk a.. er.. ikk.. saya ingat gagap lah. Haha.” Jelingan matanya membuat aku ketawa kecil.

“Comel awak jeling macam tu. Hurmm, dah lama saya tak nampak mata ni curi-curi pandang saya macam dulu, mana menghilang ye?” muka memerah setelah aku mengungkapkan kata-kata itu. Malu kah?

“Mana ada saya curi pandang awak. Perasan!” dalihnya membuat aku makin tersenyum.

“Eleh, tak nak ngaku. Dah lama saya sedar ada mata yang perhati saya dari jauh, dah banyak kali saya mencari tapi tak pernah jumpa. Tapi masa tournament hari tu, saya berhasil dapat tangkap mata itu tanpa disedari pemiliknya. Ternyata mata itu sangat mempesonakan!” bisik ku perlahan tanpa aku mengalihkan anak mataku dari wajahnya. Makin merah wajah itu. Dia hanya tersenyum. Manis! Sungguh aku yakin dengan hati aku, aku sudah jatuh cinta. Aku juga pasti hatinya juga sepertiku. I’m fall in love with you Najaha Arissa!

*****

“Mus! Awek kau tu?” ku toleh pantas. Sorang diri di tepi tasik? Mana ‘kawan baik’ dia tu?

“Dia sorang tu, kau tak nak tegur dia ke?” sambung Faizal lagi. Aku hanya mendiamkan diri sambil berkira-kira sama ada nak pergi tegur atau tak. Baru aku ingin melangkah menghampirinya, seseorang terlebih dahulu memintas dan mengisi ruang kosong di hadapan Jiha. Izran Asyhraf! Nampaknya betul lah sangkaan aku, kau memang ada hubungan dengan dia, Jiha. Aku merengus kasar dan meneruskan langkah ke tujuan asalku iaitu fakulti, bermakna aku harus melintasi meja yang sedang dihuni oleh love bird itu. Ketika aku hampir menuju ke meja mereka aku perasan yang Jiha sedar akan aku. Aku tidak mengendahkan pandangan Jiha malah aku mempercepatkan langkahku meninggalkan kawasan tasik itu. Menyakitkan mata lama-lama di situ. Terkial-kial Faizal mengejar aku dari belakang.

“Jiha, kau dengan Aqiem bergaduh ke?” soalku selepas Mustaqim melepasi meja yang kami duduk serta riak sendu Najiha. Pertanyaanku tidak dijawab Cuma sendunya makin ketara. Sepanjang persahabatan kami yang sudah menjangkau empat tahun, tak pernah sekali pun Jiha mengalirkan air mata disebabkan lelaki. Semasa percintaan kami yang tak jadi dulu pun dia tak pernah sedih apatah lagi menangis. Ini baru gaduh dah macam panda mata dia.

“Jiha, tell me why?” aku cuba memujuknya untuk menceritakan apa yang terjadi.

“A..Aqiem ma..marah aku ra..rapat dengan kau. Di..dia cakap aku mainkan dia. Dia…” dalam sedu sedan Jiha menceritakan kesemuanya. Rupanya Mustaqim salah faham dengan hubungan aku dan Jiha. Aku penyebab Jiha bersedih begini, aku mesti bantu Jiha! Aku sayang kau, Jiha. Aku tak akan biarkan kau menangis begini. Aku akan tolong kau! Lantas aku berdiri, tujuan aku adalah mencari Mustaqim. Jiha mendongak memandang aku yang berdiri tiba-tiba dengan kening yang bertaut.

“Kau nak pergi mana, Iz?” aku hanya menghadiahkannya senyuman nipis dan terus melangkah meninggalkannya dengan tanda tanya. Sengaja aku tak beritahu niat ku itu kerana aku pasti Jiha akan menghalang aku. Biarlah dia tenangkan fikirannya dulu sementara aku selesaikan dengan Mustaqim.

*****

“Mustaqim!” aku melaung namanya apabila melihat kelibatnya yang baru keluar dari bilik pensyarah bersama dengan Faizal. Dia menoleh sebelum berjalan tanpa menghiraukan panggilan aku. Riak mukanya turut berubah. Nyata benarlah dia salah sangka dengan aku. Aku mengejar pantas berdiri di hadapannya menghalang laluannya. Dia merengus marah!

“Mustaqim, apa yang kau dah buat pada Najiha?” soalku menerbitkan tawanya tiba-tiba. Sinis sekali.

“Apa yang aku dah buat dengan ‘kekasih’ kau tu eh?” tanyanya kembali seolah menyindir.

“Najiha tu kawan baik aku la bukan kekasih aku! Kau yang salah faham.” Aku cuba menerang.

“Kawan baik konon. Eh, Izran kau jangan ingat aku tak tahu ye, kau cintakan Najiha kan. Orang bodoh je yang tak sedar semua tu.” Tengkingnya. Kesabaran aku mula teruji.

“Ya, memang aku cintakan Izara Najiha! Tapi…” tengkingku kembali. Kebetulan tika aku mengucapkan kata-kata itu aku terpandangkan kelibat Arissa yang tiba-tiba muncul, riak wajahnya nyata tersentak. Pantas dia berpusing dan melarikan diri dari situ. Terkesan aku akan takungan air di matanya. Ya Allah, Arissa dah salah faham. Ingin aku mengejarnya tetapi bila aku terpandangkan Mustaqim, aku membatalkan niatku. Aku harus selesaikan masalah Najiha dulu. Arissa, maafkan saya!

“Dasar lelaki penipu!” tersentak aku dengan jeritan seorang gadis yang muncul tiba-tiba di tasik itu. Mujurlah kala itu tidak ada sesiapa yang mengunjungi tasik universiti ini melainkan aku, sepertinya dia tidak menyedari kewujudan aku di sebalik pokok.

“Aku benci kau! Aku benci kau Izran Asyhraf! Sampai hati kau permainkan hati aku.” Aku tersentak lagi, kali ini disebabkan sebaris nama yang disebutnya. Aku cuba mengintai wajah gadis itu yang terlindung dengan tudungnya. Sekilas dia menoleh ke sisi tasik membuat aku terpana. Najaha Arissa! Jelas dimataku juraian air matanya yang membasahi pipinya. Izran buat apa dengan dia?

“Dasar lelaki playboy! Aku benci kau, Izran!” luahnya perlahan bersama sendu yang makin jelas. Dia menekup mukanya ke lutut. Aku memberanikan diri mendekatinya.

“Assalamualaikum!” perlahan dia mendongak sebelum mengesat sisa air mata di pipinya. Perlahan salam ku sambut.

“Boleh saya duduk sini?” dia teragak-agak namun tetap mengangguk membenarkan. Lantas aku melabuhkan diri di sisinya yang sedang duduk di atas rumput sambil memeluk lututnya. Dia hanya mendiamkan diri mungkin kekok pabila seseorang yang tidak pernah bertegur sebelum ini berada di sebelahnya sekarang.

“Sebenarnya tadi saya terdengar jeritan awak dan saya nak minta maaf sebab setiap ayat awak saya dengar dengan jelas.” Reaksinya seolah terperanjat dan seakan malu. Mungkin tidak menyangka ada orang yang mendengar jeritannya.

“Saya di sini bukan berniat untuk mengganggu awak, tetapi saya sekadar ingin menyatakan Izran Asyhraf bukan seperti yang awak sangkakan.” Terus kepalanya berpusing memandang aku. Tenang ku sambil senyum meyakinkannya.

“Mak.. maksud awak?” akhirnya keluar juga suaranya yang hanya membisu sedari aku di sisinya.

“Izran tidak pandai menipu, tidak pernah mempermainkan hati orang dan Izran Asyhraf yang saya kenal bukan lelaki playboy!” tenang aku membongkar sikap Izran. Tetapi tiba-tiba aku terdengar sendu Arissa dengan linangan air mata yang kembali membasahi pipinya. Dia hanya membiarkan ia mengalir.

“Tapi.. tapi dia tidak jujur dengan saya.” Tidak jujur? Bertaut keningku memandangnya yang melontarkan pandangan ke tengah tasik.

“Tadi sa.. saya terdengar dia mengaku cintakan seseorang. Kenapa dia beri saya harapan kalau dia sebenarnya cintakan perempuan lain? Kenapa dia datang dalam kehidupan saya sedangkan cintanya milik Izara Najiha?” dalam nada kesayuan dia menyambung membuat aku terpanar. Erk?! Dia tak kenal aku ke?

“Tapi apa? See, kau sendiri dah mengaku. Tak payahlah kau nak berpura-pura baik Kononnya nak berkorban cinta.” Sinis Mustaqim memerliku. Aku merenungnya tajam.

“Aku tak sebaik itulah nak berkorban cinta demi lelaki yang tak tahu menghargai cinta suci seorang perempuan. Untuk pengetahuan kau, aku dan Jiha saling mencintai tetapi cinta kami hanya cinta seorang sahabat. Kau tak nampak ke tulusnya cinta Jiha sebagai kekasih untuk kau.” Aku berhenti seketika, memberi ruang untuk Mustaqim berfikir kembali.

“Kalau selama ini kau fikir Najiha nak permainkan kau, curang dengan kau, kau salah. Izara Najiha yang aku kenal adalah seorang perempuan yang terlalu setia pada cinta, tetapi cintanya pada dua lelaki iaitu kau dan aku. Najiha mencintai kau setulus hati sebagai seorang kekasih. Tapi, dia mencintai aku tak lebih dari seorang sahabat. Kalau betul aku nak rampas Jiha dari kau, aku tak perlu tunggu sekarang dari dulu lagi aku boleh miliki dia tetapi cinta kami, sayang kami hanya sebagai sahabat. Setahun kau bercinta dengan Jiha, tak pernah kah kau sedar keikhlasan dia, kasih sayang dia untuk kau. Kebahagiaan dia adalah kau, Mustaqim. Dan kebahagiaan aku adalah apabila dia bahagia. Pergilah pujuk dia kembali. Izara Najiha sentiasa menunggu kau!” panjang lebar aku menjelaskan kedudukan sebenar cerita ini. nampaknya Mustaqim seperti menyedari sesuatu, perubahan pada wajahnya mencerminkan kekesalan nya atas keterlanjurannya itu.

“Izran, aku… aku nak minta maaf banyak-banyak pada kau. Aku tahu aku tak sepatutnya cemburu membuta tuli macam ni. Aku tak sepatutnya marahkan kau begini.” Pohonnya dengan penyesalan. “Iz, aku pun nak minta maaf, sebab aku lah Mustaqim jadi begini. Aku pun ingat kau dengan Jiha ada hubungan. Maafkan aku!” selit Faizal tiba-tiba. Aku tersenyum. Syukurlah mereka fahami juga akhirnya.

“Tak pe, lagipun salah kami jugak sebab tak jelaskan betul-betul pada korang tentang hubungan kami. Yang penting, kau kena janji dengan aku, kau tak akan buat Jiha menangis lagi. kalau aku dapat tahu kau buli Jiha, siap kau!” selorohku menghambat jauh ketegangan sebentar tadi.

“Aku janji, Izran. Aku takkan sia-sia kan Jiha lagi. Terima kasih, bro.” ujarnya yakin sambil menjabat tangan denganku sebelum berlari mencari kekasihnya. Syukur Ya Allah! Sekarang sasaran aku adalah Najaha Arissa! Aku mula mengorak langkah mencari pemilik mata kesayanganku!

“Kau nak kemana pulak?” jerit Faizal terkejut dengan larianku tiba-tiba.

“Aku nak kejar cinta aku pulak!” aku melaung dari jauh. Tidak ku hiraukan mata-mata yang memandang. Tujuan ku adalah Arissa! Di mana kau Arissa?

“Awak… kalau saya cakap apa yang awak dengar tu tak seperti apa yang awak fikirkan, awak percaya tak?” lantas Arissa merenung ku pabila soalan itu ku ajukan.

“Maksud awak?”

“Macam ni, sebenarnya Izran dengan….” kata-kata ku terbantut disebabkan terkejut dengan kehadiran Mustaqim yang tercungap-cungap sambil membongkok memegang lututnya. Pantas aku dan Arissa berdiri.

“Kenapa ni?” soalku pada Mustaqim yang sedang menghilangkan penat yang sepertinya baru lepas berlari. Ada acara larian pecut ke?

“Sayang! Aqiem.. Aqiem nak mintak maaf. Truly sorry from the bottom of my heart! I knew I was wrong. Aqiem dah tahu cerita sebenar. Please forgive me, Izara Najiha. I’m begging you.” Bertalu-talu ucapan maaf terbit dari bibirnya.

“Awak Izara Najiha?” tanya Arissa tiba-tiba, aku memandang Mustaqim sekilas sebelum angguk kepala mengiyakan.

“Erk, jadi awak dengan Izran.. ini? kalau tak salah saya, pada awak lah Izran mengaku tadi kan?” soal Arissa keliru kemudian menuding jari pada Mustaqim. Nyata aku pula yang terkejut.

“Aqiem jumpa Izran?” Mustaqim menggeleng.

“Izran yang datang jumpa Aqiem, Iz dah ceritakan segala-galanya tentang dia dan Jiha. Sayang, Aqiem tahu Aqiem tak sepatutnya cemburu buta macam ni, Aqiem tak sepatutnya ragui cinta Jiha pada Aqiem. I’m sorry, sayang.” Aku tersenyum mendengar butir bicaranya. Ternyata Izran lebih pantas bertindak, patutlah tiba-tiba tinggalkan aku tadi rupanya pergi cari Mustaqim.

“Aqiem sepatutnya dengar penjelasan Jiha dulu hari tu. Jiha takut sangat kehilangan Aqiem. Aqiem janji jangan ragui Jiha lagi ye. Jiha rindu Muncit!” rengek ku perlahan menerbitkan tawa kecil Mustaqim. Ternyata seminggu tanpa suara Mr. Muncit ku sangat menyeksakan. Deheman seseorang menyedarkan kami yang di lambung ombak rindu. Pantas aku menoleh ke sisi dan terpandangkan wajah Arissa yang sedang memeluk tubuhnya dengan dahi yang berkerut. Hampir terlupa aku dengan kehadirannya.

“Saya ada sesuatu nak ceritakan pada awak tentang Izran.” Lengannya ku paut membawa ke meja di sebalik pokok yang aku tinggalkan tadi. Aku juga mengarahkan anak mataku pada Mustaqim untuk mengikuti kami. Aku mengambil tempat di sisi Mustaqim manakala Arissa berhadapan denganku.

“Sebenarnya saya dengan Izran sudah empat tahun bersahabat. Tapi masuk tahun kedua persahabatan kami, kami lakukan kesilapan. Kami menyedari yang kami saling menyintai tetapi ternyata kami tersalah ertikan dengan cinta yang wujud itu sehingga membawa kami kepada hubungan kekasih. Masa sebulan awal tu semuanya berjalan lancar, bahagia sangat tetapi masuk bulan kedua kami sering bertengkar. Pantang silap sikit pasti mengamuk sakan, masing-masing tak nak beralah. Sampailah kami duduk berbincang dan kami ambil keputusan untuk putus.” Tenang aku mengimbas kembali kisah lalu antara aku dengan Izran. Aku toleh pada Mustaqim yang juga tenang mendengar, kemudian aku pandang Arissa yang nyata tidak sabar untuk mendengar cerita seterusnya. Aku mengambil nafas sebelum menyambung cerita.

“Beberapa bulan selepas tu, kami kembali berhubung sebagai sahabat dan sehingga kini kami masih bersahabat baik. Cinta dahulu masih kekal di hati kami tak pernah berubah Cuma cinta kami hanya sebagai sahabat. Memang kemesraan kami, ramai yang ragui..” aku kerling riak Mustaqim sekilas yang terasa. Aku tersenyum sengaja ingin buat dia terasa.

“Arissa…”

“Awak tahu nama saya?” membulat dia memandangku. Aku tertawa kecil sebelum angguk kepala.

“Izran banyak bercerita tentang awak pada saya. Bahkan setiap sesuatu yang berkaitan awak mesti dia cerita pada saya. Dari setiap cerita dia, saya tahu awak sangat bermakna untuk dia.” makin besar matanya memandangku.

“Arissa, Izran cintakan awak! Sebelum ini dia tak pernah berminat untuk mendengar cerita berkaitan perempuan apatah lagi nak bercerita tetapi suatu hari apabila dia bercerita tentang awak, terpancar sinar keterujaan dia. dia cakap kat saya dia terpaut pada sepasang mata awak. Pertama kali dia tunjuk awak pada saya, saya yakin awak perempuan yang istimewa sebab mampu cairkan hati beku Izran tanpa berbuat apa-apa. Arissa, percayalah Izran menyintai awak sebagai kekasih! Jangan ragui cinta antara kami. Kebahagiaan Izran adalah awak, Arissa. Dan kebahagiaan saya apabila dia bahagia.” Terangku padanya sambil memegang erat tangannya sedari tadi.

“Eh?! Ayat Jiha yang last tu sebijik dengan ayat Izran tadi!” selit Mustaqim tiba-tiba. Aku pandang Mustaqim sebelum mendabik dada.

“Mestilah, kami kan sahabat baik!” meletus tawa kami bertiga. Tiba-tiba aku terpandangkan susuk tubuh Izran yang sedang berlari di lorong pejalan kaki sambil matanya meliar ke serata tempat. Dia cari siapa?

“Eh?! Izran ??” jeritku perlahan mematikan tawa Arissa, pantas dia bangun dan menoleh ke belakangnya mencari pemilik nama itu. Laju langkah kakinya di atur menemui Izran. Aku menoleh pada Mustaqim yang juga turut memandang mereka. Setelah menyedari dirinya di tenung, dia menoleh membalas renunganku bersama senyuman manis. Ahh, serious aku rindu muncit aku!

*****

“Izran!” berpusing kepala ku mencari suara yang melaungkan namaku itu. Terperanjat aku apabila menyedari suara yang memanggil itu adalah milik insan yang aku cari sedari tadi. Aku menghembus nafas lega kerana dia masih berada dalam kawasan universiti, ingatkan dah balik kolej tadi. Hampir keseluruhannya tempat aku cari dia. Penat oi. Lantas ku aturkan langkahku menuju padanya.

“Awak, saya.. saya boleh terangkan pasal tadi. Apa.. apa yang awak de.. dengar tadi tu salah. Saya..” dia meletak jari di bibirnya meminta aku menghentikan percakapan ku yang tidak teratur disebabkan nafasku tercungap-cungap. Dia mengeluarkan sapu tangan dari begnya sebelum mengesat peluh di dahiku. Aku tersentak! Tidak percaya dengan tindakan beraninya itu. Terkedu aku memandangnya sampai tidak sedar dia sudah lama menghentikan tindakannya tadi.

“Saya minta maaf Izran!” suara sayunya yang perlahan menyedarkan aku kembali.

“Tak, awak tak salah apa-apa, tadi tu… Arissa, antara saya dengan Izara Najiha hanya sahabat. Saya..” sekali lagi kata-kataku dipintasnya kali ini dengan bicaranya.

“Saya dah tahu. Saya dah tahu kesemuanya, Izran. Tentang awak dengan Najiha. Tu.. dia dah terangkan segalanya. Masa saya lari tadi saya datang ke tasik, saya jerit macam-macam sampai tak sedar ada orang dekat situ.” Beritahunya sambil menunding jari pada tempat Jiha dengan Aqiem duduk. Aku turut memandang mereka yang sedang ketawa bersama. Nampaknya hubungan mereka telah kembali pulih, syukurlah! Aku menghembus nafas lega! Aku toleh pada Arissa kembali dan berfikir macam mana nak luahkan perasaan padanya, aku tak sanggup kehilangannya. Cukuplah dengan salah faham tadi. Nak putus nyawa aku melihat dia menangis!

“Arissa, saya… saya. Sebenarnya saya.. arghhh.. Arissa jom kahwin!” perghh kahwin pulak yang keluar. Lantaklah! Lagipun memang aku nak dia jadi isteri aku.

“Hah?!” dia menjerit kecil. Membulat matanya memandangku, mungkin dia tidak menyangka itu yang keluar dari mulutku.

“Ya, Arissa. Saya cintakan awak, sayangkan awak. Saya nak awak jadi isteri saya, ibu pada anak-anak saya. Najaha Arissa, be my wife!” yakin aku mengungkap kata-kata itu tanpa mengalihkan renunganku pada anak matanya. Dia tertunduk malu dengan pengakuan ku itu. Aku intai wajahnya yang memerah. Comel!

“Arissa.” Perlahan aku memanggil namanya.

“Izran, saya ada mak dan ayah. Kalau awak yakin dengan kata-kata awak tadi, datanglah jumpa dengan mereka.” Seakan tidak keluar suaranya berbicara. Aku tersenyum lebar.

“Yakin! Saya akan bawa rombongan merisik terus nanti. Saya nak awak jadi milik saya cepat-cepat.” Dia menjeling ku dengan cebikan.

“Eleh, yakin je yang mak ayah saya terima awak.” Provoknya aku sambut dengan tawa kecil.

“Arissa…” aku memanggil namanya lembut. Ketika dia mendongak membalas renunganku, aku berbisik.

“Awak sayang saya?” lantas dia menunduk kembali. Lama aku menunggu balasan darinya. Aku tahu dia malu, ketika kemudian dia mengangguk perlahan. Aku tersenyum.

“Betul ni?” dia mengangguk lagi. Pantas aku menjerit sambil mendepangkan tangan.

“yearhhhh, aku nak kahwin!!!”

“Hoi, sawan ke?” tempikkan Jiha mematikan jeritanku. Aku menjelir padanya. Masa bila dia dengan Mustaqim datang sini pun tak tahulah, tadi di meja sana lagi.

“Jiha, aku kahwin!” aku jerit lagi tetapi tidak sekuat tadi. Jelas Najiha terkejut.

“Apa? Mana aciii… aku nak kahwin jugak! Aqiem, nak kahwin jugak!” rengek Jiha pada Mustaqim meletuskan tawa kami bertiga.

“Hoi, apalah tak malu ajak lelaki kahwin. Haha.” Aku mengusik Jiha membuatkan dia menjeling aku tajam.

“Suka hati aku lah, kau ni memang kan…” terus Jiha mengejarku, apa lagi berkejaran lah kami berdua sekeliling taman itu dan diketawakan oleh Arissa dengan Mustaqim.

“Tak sangkakan.” Ujar Mustaqim tiba-tiba pada Arissa.

“Hah?!”

“Wujudnya cinta seperti mereka. Susah nak jumpa lelaki dan perempuan yang mampu untuk menjadi sahabat semata, selalunya mesti ada yang ter’accident’.” Sambung Mustaqim lagi disambut dengan anggukkan Arissa.

“Betul. Cinta mereka unik! Cinta seorang sahabat! Dan kita berdua bertuah kerana miliki cinta mereka.” Kata-kata Arissa membuat Mustaqim memandangnya dengan senyuman.

“Hurmm. By the way, saya Mustaqim! Mana tahu kita pun boleh jadi sahabat seunik mereka?” Seloroh Mustaqim disambut dengan cebikan Arissa.

“Mimpilah awak!” kata-kata Arissa di sambut dengan tawa besar Mustaqim sehingga menghentikan aksi kejar-mengejar antara Izran dengan Najiha itu. Mereka saling berpandangan dan merenung pelik pada Arissa dan Mustaqim. Mereka sama-sama melangkah menghampiri pasangan masing-masing dengan sebuah azam dan tekad. Terpancar sinar kebahagiaan di mata keempat-empat insan itu. Semoga cinta mereka dirahmati Allah S.W.T.

TAMAT

p/s: saya masih baru dalam bidang penulisan ini. Setiap kritikan dan komen pembaca sangat saya harapkan bagi membantu penulisan saya. Untuk cerpen kedua saya ni agak panjang, saya terpanggil untuk menulis tentang kisah sahabat yang jarang kita jumpa. sukar untuk kita temui lelaki dan perempuan yang mesra sebagai sahabat sahaja, pasti salah seorang akan ter’accident’ perasaan. Tapi pasangan unik seperti ini tetap ada di bumi Allah ini. Kuasa Allah, siapa tahukan? Wallahualam. Terima kasih kerana meluangkan masa anda membaca karya saya ini. ^_^




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

86 ulasan untuk “Cerpen : Cinta Seorang Sahabat”
  1. wanie says:

    cerita nye menarik.. tp terlalu bnyak “aku” dalam cerita ini yg membuatkan sedikit keliru ketika membaca nye pada awal nye..

  2. Aina says:

    jln cerita menarik,tp banyak penggunaan “aku” di dalm cerpen ni sampai boleh confuse…

  3. naibar says:

    sy suka la cite ni.sy nk ada shbat y mcm ni.suka duka dkongsi bersama.best.

  4. siti najerah says:

    agak keliru pada awal’y tp masi bley dperbaiki lg.!

  5. asyiekin_ash says:

    the character ‘aku’ is for who actually? confused lah with your writing , writeer. better you make improvement for better stories, yeah?! ~cuma pandanagn. fighting!
    :) ;p

  6. mrs uglybeauty says:

    Very unique..gud job!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"