Cerpen : Pengawas Terlebih Tauliah

17 April 2012  
Kategori: Cerpen

20,027 bacaan 143 ulasan

Oleh : Mady

“Ada budak complaint kat aku, kau tahan dia tanpa sebab.”Dein angkat kepala memandang Nita, Penolong Ketua Pelajar. Fail-fail markah Merit-Demerit disimpan ke tempatnya kembali. Dia mematah-matahkan jari seketika. Lenguh.

“Siapa? Avi?”Nita mengangguk. Dia mengambil tempat di depan Dein yang sedang menghirup secawan kopi. Bilik ni bilik pengawas. Tapi sekali tengok macam teacher’s lounge dah. Siap ada Coffee maker segala. Nak buat macam mana dah bilik ni berkongsi dengan bilik disiplin. Cikgu cikgu disiplin pun duduk dekat bilik ni jugak.

“Mata dia warna coklat hari ni.”datar suara Dein menjawab. Dia dah mengangkat cawan ke sinki. Pili air dibuka.

“Maksud kau.. contact lens?” kali ni Dein pula mengangguk. “Bukan memang coklat ke warna mata dia?”Nita bertanya lagi.

“Yelah. Tapi mata dia selama ni warna coklat biasa je. Tapi hari ni warna coklat hazel.”Nita yang mendengar dah angkat kening.

“Oooookay. I smell something fishy here.”Nita tersengih-sengih memandang Dein. Kantoi! Ketua Pelajar suka kat Avi. Hot news ni. Kejap lagi boleh canang kat orang lain.

“Apasal?”

“Caring nya kau pasal warna mata dia.”

“Apa kau merepek ni? Caring apa ni?”

“Taklah.. Aku rasa pelik lah pulak dalam banyak banyak orang, mata Avi jugak kau perasan.”

“Mana ada. Dah dia pakai contact lens, aku perasan la mata dia.”

“Ok. Let’s see. Cuba teka warna mata aku apa?”Nita menutup matanya menggunakan tangan. Dia melangkah ke belakang sedikit.

“Hitam.”

“Tengok tu. Nampak lah kau suka Avi. Aku punya mata Dark Brown lah.”Matanya dibuka. Senyuman masih tak lekang dari bibir. Mengaku je lah, Dein.

“Aku saja je. Malas nak tengok mata kau lama-lama. Dosa tengok perempuan lama-lama ni.”

“Eleh.”

“Apa?”

“Tengok Avi boleh pulak.”

“Nita!”jerit Dein pada Nita yang sudah melarikan diri ke luar bilik. Dein menggelengkan kepala beberapa kali.

**********

“Name tag mana?”soal Dein sebaik Avi melangkah masuk ke dalam pagar sekolah.

“Baju baru.” Ujar Avi selamba sebelum kakinya mula nak melangkah kembali.

“Amboi, tiap-tiap hari kau pakai baju baru nampak.”

“Dah kata orang kaya kan.”

“Whatever, Avia Insyirah. Nana. Ambik nama dia.”arah Dein pada pengawas tingkatan 2 yang turut bertugas menjaga pagar.

“Kejap. Kejap. Kau pakai stoking adik kau ke?”Avia yang baru mula nak menulis namanya pada borang salah laku berhenti seketika. Dia memandang Dein.

“Ha?”Avia blur. Ni sejak bila pulak aku ada adik ni, yang dia memandai cakap pakai stoking adik.

“Pendek semacam.”sambung Dein lagi. “Kata orang kaya. Tak mampu ke nak beli stoking panjang sikit.”Dein memerli. Sinis.

“Huh. Sibuk je.”

“Nana. Doublekan kesalahan dia.”arah Dein lagi. Nana mengangguk laju. Avia dah buat muka menyampah.

********

“Eeee. Sakitnya hati aku. Dasar pengawas kerek. Blah la kau.”mulut Avia menyumpah-nyumpah sebaik masuk ke kelas awal pagi itu. Beg sekolah dilempar ke atas meja.Kuat. Geram dengan Dein masih tak hilang lagi. Kalau nak tegur tu tak boleh tegur elok-elok? Nak jugak sakitkan hati orang.

“Apahal kau? Sekolah tak start lagi kau dah bising dah.”Hana yang duduk berhampiran Avia menegur.

“Si Dein tu lah.”

Hana yang sedang membuat latihan Bahasa Melayu yang tertangguh dah mendekati Avia. Dia memang pantang dengar nama musuh nombor satunya tu. “Dein? Dia cari pasal lagi dengan kau? Dengan aku pun sama.”

Avia membuka buku latihan Bahasa Inggeris. Essay semalam tak siap lagi. Namun mulutnya masih bertanya, “Dia cakap apa kat kau?”

“Dia cakap, ‘Hana, tudung kau singkat.’”Hana mengajuk cara percakapan Dein.

Avia meninggalkan buku essay kesayangannya dan mengelilingi Hana yang sudah pun berdiri.

“Singkat? Ok je aku tengok.”

“Tu lah apa yang aku cakap kat dia. Tapi dia tak dengar. Aku rasa kalau ada pembaris panjang dekat situ, mau dia ukur dah berapa panjang tudung aku ni.”

Mulut Avia dah ternganga. “Gila lah mamat tu.”.

“Memang gila pun. Gila kuasa. Lepastu elok pulak dia cakap kat aku, “Hana, tudung kau tak sampai 30 cm pun kat belakang ni.”

“Kepala hotak dia nak sampai 30 cm. Dia ingat kita sekolah agama ke apa? Apa dia ingat kita ni budak maahad tahfiz?”

“Budak Dein tu memang suka cari pasal dengan kita.”kali ni Jaja menyampuk. Dia turut mengambil kerusi dan duduk berhampiran dengan Hana dengan Avia. Mereka sudah pun membuka persidangan meja bulat seperti biasa. Bezanya, kali ni persidangan dibuka lebih awal.

“Kau kena apa dengan dia pagi ni, Ja?”tanya Hana ingin tahu. Avia juga mengangguk-angguk. Jaja bukan selalu buat masalah. Kalau dia ni lain. Dia, tiap-tiap hari kena tahan dengan Dein.

“Dia tahan aku sebab name tag.”

“Bukan kau pakai name tag dah ke?”

“Mamat tu memang tak puas kalau dia tak tahan kita.”

“Dia cakap apa, Ja?”

“Dia cakap, ” Cik Jaja, awak ingat sekolah ni kindergarten ke benang name tag warna-warni. Warna yang dibenarkan untuk jahit name tag hanya warna putih. Warna lain tak dibenarkan. Apatah lagi warna pink striking. ”
“Ya Allah. Benda tu pun dia nak comment jugak.”

“Korang tahu, time tu aku rasa macam nak sumpah seranah je kat situ. Setinggi tinggi dia tu pun, aku nampak kecik je tadi. Dia tak tahu ke yang aku punyalah stay tengah-tengah malam nak jahit nametag aku ni. Apa dia ingat senang?”

“Dah apasal kau tak sumpah seranah je dia tadi?”Hana bertanya.

“Hensem sangat. Tak berani.”

“Eeehhh. Blah la kau Ja. Aku ingat betul-betul lah kau marah kat dia tadi.”Jaja sengih mendengar kata-kata Avia.

“Korang punya biasa je. Aku ni ha lagi lah.”kali ni Jasmin turut serta dalam persidangan mereka. Dia duduk di atas meja sambil menghadap Jaja, Hana dan Avia.

“Apa? Apa? Dia tahan kau sebab apa?”soal Avia.

“Cuba kau tengok muka aku. Ada apa-apa tak?”

“Emm. Selain jerawat batu atas hidung kau tu. Aku tak nampak apa-apa dah. Kenapa?”ujar Jaja tanpa nada. Avia dengan Hana masing-masing dah senyum.

“Bertuah punya kawan. Kau mengutuk jerawat aku eh?”Jasmin dah bercekak pinggang memandang Jaja.

Jaja sengih. “Eh, tak. Aku memuji. Mana ada orang lain yang boleh hasilkan jerawat sebesar tu. Kau sorang je.”senyuman Avia dan Hana makin melebar. Jasmin sudah mengeluarkan penumbuknya.

“Kau nampak ni?”buku limanya yang tidak berapa besar itu dihala pada Jaja.

“Sorry Min. Kita lupakan eh. Kau cerita lah. Dia tahan kau sebab apa?”Jaja meminta maaf.

“Dia cakap, “Min. Kau pakai blusher? Nana. Ambik nama dia.”

“Blusher? Tak nampak langsung kau pakai blusher.”

“Habis? Kau tak defend diri kau ke? Suka hati dia fitnah kau pakai blusher.”

“Tak.”Jasmin menggeleng.

“Apasal? Kau ni.. Makin banyak lah dimerit kau nanti.”

“Masalahnya, aku memang pakai blusher pun.”

“Laaa.”

“Tapi aku sapu sikit gila. Senipis-nipisnya dah aku sapu kau tahu. Kalau boleh ukur berapa tebal, tak sampai 0.1 mm pun blusher aku ni.”Jasmin cuba membela diri tetapi yang lain-lain dah menggelengkan kepala. Jasmin ni sorang. Tak sah kalau pergi sekolah tak pakai makeup.

“Dein tu betul-betul over lah. Ok. Fine. Dia hensem. Cerdik. Kalau bawak jumpa mak bapak aku pun confirm dorang restu jadi menantu. Tapi tak perlu lah kan nak over over sangat. Orang lain pun jadi pengawas jugak. takde lah macam dia tu.”Avia berhenti sekejap telan liur.

Avia menyambung. “Dia tu memang..”

“Selfish.”Hana menyambung kata-kata Avia.

“Arrogant.”kali ni Jasmin menyampuk.

“Lame.”Jaja menambah.

“Annoying.”Avia kembali menyusun kata.

“Gentleman.”Masing-masing menoleh ke belakang. Siapa pulak yang kata Dein ni gentle ni. Oh tidak. Dein! Habislah.

“Kau dengar ke kitorang cakap apa, Dein?”Jasmin dah bertanya cuak.

“Korang cakap apa?”Hana, Jasmin dengan Jaja dah tarik nafas lega. Dein melemparkan senyuman.

“Tapi.. eh, apasal bahu kiri korang senget?”ujar Dein sebelum berlalu ke tempat duduknya.

“Bahu kiri kita senget ke Avi?”Jaja bertanya. Serentak kepalanya disekeh Hana.

“Dia tu perli kita je lah wei. Bahu kiri senget maksudnya, berat. Berat maksudnya banyak dosa. Banyak dosa sebab kita mengumpat dia, faham.”kali ni Jasmin menjelaskan. Avia cuma diam. Dia memerhati Dein yang kini sedang berbual dengan Arief, satu-satunya pengawas kelas diorang. Apa masalah dia sebenarnya?

******

Avia memerhati jam loceng di sebelahnya buat kali kedua. Gila! Dah lambat. 7.15? Untung dia cuti, kalau tak sah sah terbabas Subuh. Dia berlari menuju ke almari. Mencapai baju sekolah yang sudah siap digosok. Baju kurung yang di ambil dipakai.

Hari ni dah tak sempat nak mandi. Alah, balik karang boleh mandi. Gosok gigi? Tak payah la, kejap lagi makan Dentyne habis cerita. Basuh muka? Kan dah pakai bedak ni, mana orang tahu basuh muka ke tak, kan? Eee, serius pengotor, Avi!

Avi berlari turun ke bawah. Dia pergi ke ruang makan. Muka Mak Munah yang sedang menghidang makanan dipandang.

“Mak Munah kenapa tak kejut saya?”Cara biasa jika bangun tidur lambat; Menyalahkan orang lain.

“La, Mak Munah ingatkan Avi dah bangun. Pukul 6 lagi Mak Munah dah ketuk-ketuk bilik Avi.”

Avi tidak mengendahkan jawapan Mak Munah. Dia mencapai sekeping roti, jus oren diminum sedikit. Beg sekolah digalas. Stokin dipakai. Rambut diikat kuda. Pintu rumah dibuka.

*******

“Eh awal nya datang. Bagus. Punctual. Ini lah ciri-ciri pelajar cemerlang. Patutnya student lain kena ikut perangai kau.”sapa Dein sinis sebaik Avia masuk ke pintu pagar sekolah. Tanpa disuruh, Avia mencapai borang salah laku yang berada di tangan pengawas yang bertugas sebelum mengisinya.

“Nak buat macam mana jam loceng aku baru beli dekat Indonesia. Waktu pun ikut waktu dekat sana. Lupa nak tukar. Itu yang terlebih awal tu.”

“Heh, ikut waktu dekat Indonesia konon. Cakap je lah jam kau yang takde bateri. Itulah, kaya-kaya bukan nak beli bateri sibuk duk beli benda tak berfaedah.”Avia jeling Dein. Pagi pagi nak buat aku panas nampak, brader?

“Kau ni kalau sehari tak cari pasal dengan aku tak sah kan?”tanya Avi.

“And kau ni kalau sehari tak buat kesalahan tak sah kan?”balas Dein. Avi diam. Dengan budak ni memang dia tak dapat nak lawan cakap. Ada je modal mulut tu nak membalas.

“Dah. Aku dah siap tulis. Ada apa-apa lagi kesalahan aku yang kau dapat kesan, Dein?”

“Hmm, aku rasa takde dah kot. Eh kejap kejap, cantik jam. Baru beli dekat Indonesia jugak ke?”Dein memandang jam di pergelangan tangan Avia.

“Indonesia? Please, jam ni imported from Paris tahu? Guess. Limited Edition.”Avia senyum bangga. Sengaja dia mengusap-usap jam tangannya.

“Wow, limited edition. Oh my god. I am soooooo jealous.”sengaja Dein buat nada teruja. Senyum Avia mati. Ni mesti ada benda yang dia tak puas hati dengan jam aku ni.

“Nurul Avia Insyirah, aku rasa kau dah terlupa satu peraturan sekolah kita.”suara Dein kembali serius.

“Peraturan apa?”soal Avia. Dein ni dah hafal satu buku peraturan sekolah ni ke? Semua peraturan dia ingat. Melampau!

“Jam tangan yang dibenarkan di sekolah hanya lah jam tangan plain. Berwarna tidak menonjol. Dan tidak mempunyai corak yang berlebihan. Apatah lagi berbentuk seperti bracelet.”

“It is not a bracelet. It is a watch!”tegas Avia.

“But it looks like a bracelet.”

“God!”Avia meraup muka. Sekolah ni yang terlebih strict atau budak depan aku ni yang terlebih disiplin?

“Habis tu kau nak buat apa? Rampas jam aku ni?”Avia memandang Dein tajam.

“Tak. Aku takkan ambik jam kau tu. Sebab ni baru first time. Aku baru bagi amaran.”Avia menarik nafas. Sedikit lega. Kalau Dein rampas jam ni, memang aku akan bagi free kick dekat dia. Suka suka nak rampas jam orang. Dah la jam ni aku tak show off lagi dekat Hana, Jaja, Jasmin semua tu. Jam baru ni!

“Jangan lega sangat Avi. Nama kau still kena ambik. Dimerit kau still makin bertambah.”Dein lempar senyuman maut.

“Mana aci macam tu. Aku tak tahu pun pasal peraturan merepek pasal corak corak jam semua ni. Kau mana boleh nak ambik nama aku, nak tambah merit aku. Kau patut bagi warning je lah.”

“Ooooh, tak tahu? Habis buku peraturan sekolah yang kau dapat waktu mula-mula masuk sekolah ni kau campak mana? Nampak sangat kau tak baca.”

Avia ketap bibir. See? Memang dia takkan menang lawan cakap dengan Dein ni. Hai, nampaknya dia kena siap sedia lah buat kerja amal sampai pengsan nanti untuk turunkan dimerit.

*********

“Aik, dah pakai spec?”Dein sudah seperti penyambut tetamu, menegur kedatangan Avi setiap pagi di pagar sekolah.

“Ye lah. Sebab kalau pakai contact lens, nama kena ambik.”Avi membalas.

“Tu sebab kau pakai contact lens berwarna. Cuba kau pakai yang natural colour punya, memang lah aku takkan ambik nama kau.”

“For your information, Dein, contact lens natural colour lagi mahal berbanding yang ada colour.”

“But for my information, orang yang dekat depan aku ni orang kaya. Apalah sangat kalau setakat nak beli contact lens natural colour tu. Tak gitu, Avi?”

Ugh. I hate him. I just hate him. “Whatever.” kaki sudah mula melangkah pergi.

“Chop, kau nak pergi mana tu?”tanya Dein.

Avia berpaling. “Masuk kelas lah. Takkan kau nak suruh aku jadi penunggu pagar dekat sini macam kau?”

“Aku ingatkan bila aku tegur kau pasal jam limited edition kau hari tu, kau balik rumah kau pergi study pasal buku peraturan sekolah. But I guess you are not.”

Avia angkat kening. “Means?”

“Dalam buku peraturan sekolah ni, cermin mata yang dibenarkan di sekolah ni cuma yang berwarna gelap. Contoh macam biru gelap dan warna hitam. Warna biru aqua macam kau tengah pakai tu memang absolutely, totally forbidden here.”
Patut ke aku tukar sekolah sebab sekolah ni terlampau ketat peraturan atau aku patut gulingkan jawatan Dein yang gila kuasa tu?

Avia jadi geram. “Okay. So kau nak buat apa sekarang ni? Ambik aku punya spec?”

Dein geleng. “Kalau aku ambik kau punya spec tu, karang meraba pulak kau nak berjalan. Tak nampak.”

“Habis tu?”

“As usual, Avia.” tangan Dein mempersilakan Avia mengambil borang salah laku yang dipegang pengawas tingkatan 4 di sebelahnya. Avia tarik nafas. Cuba bersabar. Kalau hari-hari macam ni, memang tak mustahil dia akan dapat darah tinggi.

********

“Avi!”jerit Jaja sebaik Avia melangkah masuk ke dalam kelas. Dia baru balik dari tandas. Basuh muka. Tadi waktu sejarah, punyalah mengantuk. Sampai tersengguk-sengguk.

“Kenapa kau tiba-tiba jadi teruja bila nampak aku ni?”soal Avia pelik.

Jaja sengih. “Cikgu takde la, Avi. Ada mesyuarat tergempar.”

“And?”Avia angkat kening.

“And jom lah kita lepak kelas sebelah. Aku dengar budak yang baru masuk last week gila hot.”Jasmin yang datang menyampuk. Dia tersengih-sengih.

“Oh, cikgu kelas sebelah pun takde jugak?”Avia bertanya lagi.

Hana yang berada di situ tepuk dahi. “Dah nama mesyuarat tergempar Avi. Semua cikgu terlibat.”

Avia pula sengih. “So, korang tunggu apa lagi jom lah pergi.”

“Jom.”masing-masing dah bernada teruja.

“Eh kejap kejap.”yang lain berhenti melangkah. Memandang Avi yang berada di belakang.

“Kenapa?”Jaja bertanya.

“Aku rasa kita kena bawak something lah. Ye lah, at least kita kena bawak buku dua tiga buah. Baru lah nanti bila cikgu masuk tiba-tiba kita boleh kata yang kononnya kita tengah study group. Kan?”Avia memandang kawan-kawannya yang lain.

“Genius. terbaik lah kau, Avi!”Mereka sudah mula kembali ke meja masing-masing. Mengambil buku latihan. Avia mencapai buku latihan Fizik dan buku rujukan. Pencil case juga turut dicapai.

Pap! Pap! Pap! Bunyi orang menepuk tangan membuatkan satu kelas memandang ke arah pintu kelas.

“Ok semua. Hari ni cikgu ada mesyuarat. So, kitorang selaku pengawas dah diberi tanggungjawab untuk jaga kelas korang. Aku harap korang semua boleh duduk tempat masing-masing. Buat kerja sendiri. Jangan bising.”suara yang sering mengganggu ketenteraman hidup aku. Dein!

Avia memandang Dein yang segak berbaju putih, berseluar putih itu. Lama. Geram.

“Hah Avi. Kau nak berhijrah pergi mana pulak tu? Tak dengar apa aku cakap tadi? Duduk tempat masing-masing.”tegur Dein kepada Avia yang dilihat sedang memegang buku.

Avia, Jaja, Hana dan Jasmin saling berpandangan. Rosak plan kita!

Avia menghempas buku-bukunya ke atas meja. Hana dan Jasmin yang duduk di depan dia dan Jaja sudah memusingkan kerusi ke belakang.

“Dah kita nak buat apa ni, Avi? Takkan sepanjang cikgu bermesyuarat, kita terpaksa duduk dekat tempat masing-masing, tak boleh buat bising. Bosan kot, Avi.”Hana merungut. Kepala sudah dibaringkan ke atas meja Avia.

Avi ukir senyum tiba-tiba. “La, cikgu tengah mesyuarat, kita pun mesyuarat jugak lah. Buat apa nak kisah pasal Dein tu.”

“Brilliant, Avi. So, korang dengar cerita tak pasal Najwa dengan Hakiem dah putus?”Jaja mulakan mesyuarat mereka.

*********

Jaja ketawa kuat. Avia juga. Hana juga. Jasmin ikut serta. Dein yang sedang berbual dengan Johan berpaling ke arah mereka.

“Kejap eh bro. Aku nak tegur budak kejap.”Dein meminta diri. Johan mengangguk.

Dein berjalan menuju ke arah tempat duduk Avia. Pen ditangan diketuk-ketuk ke atas meja Avia.

“Seronok nampak.”beritahu Dein kepada keempat-empat perempuan di depannya.

“Hidup ni kena ceria, Dein.”balas Avia. Yang lain cuma diam. Mereka memang tak berani nak berbalas mulut dengan Dein. Avi lain. Dia dah tiap-tiap hari berlawan mulut dengan Dein dekat pintu pagar sekolah sana tu.

“Tapi ni bukan ceria dah ni. Ni namanya g-a-l-a-k.”Avia ketap gigi.

“Tak ni bukannya galak. Ni namanya ketawa. Ketawa sebab gembira.”

“Kalau gembira tak semestinya kena ketawa. Senyum pun boleh.”

“Tapi sekadar senyuman tak cukup nak buktikan kita ni tengah gembira.”

“Buat apa nak beritahu semua orang yang kita tengah gembira? Asalkan kita tahu kita sedang gembira cukup, kan?”

“Tak jugak. Kita kena ketawa supaya orang tahu kita tengah gembira so orang lain jadi gembira sama dengan kita.”

“Bukan semua orang yang tahu kita tengah rasa gembira akan rasa gembira.”

“Sekurang-kurangnya kita mampu menceriakan suasana dengan ketawa kita.”

“Tak semestinya ketawa akan menceriakan suasana. Kadang-kadang ketawa pun boleh merosakkan suasana.”

“Yelah. Tapi at least ketawa boleh menghidupkan suasana yang sunyi.”

“Tak jugak. Lagipun, bukan semua orang suka dengan cara kita ketawa.”

“Dan bukan semua orang jugak yang suka cara kita senyum.”

Dein diam memandang Avia. Dia senyum tiba-tiba. “But still senyum is better.”

“Nope. Ketawa is better.”

“Senyum tu sedekah.”

“Ketawa tu pengubat hati.”

“Avi… kalau nak ubat hati baca Al-Quran cukup. Tak perlu nak ketawa kuat-kuat macam pontianak.”kali ni Avia pula dah terdiam. Tak tahu nak jawab apa. Fine. Kali ni Dein menang LAGI. Ish.

*******

Dari dalam kereta Avia sudah dapat melihat muka serius Dein yang setia menjaga pagar. Avia memerhatikan penampilannya hari ini. Jam, awal awal lagi dia dah pakai jam Swatch yang warna hitam plain tu. Hari ni dia tak pakai contact lenses. Dia pakai spec. Spec pulak bukan spec yang bingkai biru aqua macam hari tu. Dia rembat spec tak ada bingkai warna biru gelap. Avia menyelak kainnya. Stoking pulak dia ambik stoking putih yang panjang hingga ke betis. Yang bila dia selak kain tinggi-tinggi pun orang takkan nampak kaki dia. Yelah, dia taknak lagi dituduh pakai stoking adik. Rambut pun dia dah ikat pony tail. Dia dah pastikan yang tak ada rambut pun tidak masuk dalam ikatan.

So, hari ni dia rasa akan jadi ‘hari dalam sejarah’ dalam hidup dia. Hari ni dia tak akan lagi jumpa borang salah laku yang sentiasa dia jumpa hari-hari tu. Avia senyum. Sebaik pemandunya memarkirkan kereta di depan pagar sekolah. Dia membuka pintu kereta dan turun dengan riang.

Avia memandang kedua-dua orang pengawas perempuan tingkatan 2 yang menjaga pagar itu. Senyuman dilemparkan kepada mereka. Sengaja dia memperlahankan langkah. Biar Dein sedar yang dia tak buat apa-apa kesalahan pun hari ni.

“Avia Insyirah.”suara itu memanggil namanya. Avia menoleh. Nak puji aku sebab aku tak buat apa-apa kesalahan lah tu. Heh, ingat aku tak tahu. Muka masih mempamerkan riak bangga.

“Kenapa, Dein Asyraaf?”aku bertanya senada.

Dein seperti biasa. Sebelum menegur ‘pesalah’nya, dia akan tarik senyum terlebih dahulu.

“Hair band yang dibenarkan sekolah kita warna apa?”Dein angkat kening pandang Avia. Avia dah berkerut. Eh, ada jugak ke kesalahan aku yang budak ni dapat scan? Aku ingat dah perfect dah hari ni.

“Err, hitam atau putih.”Avia membalas teragak-agak. Aku salah pakai hair band ke? Tadi rasa aku ambik hair band betul dah.

“Habis tu kau pakai hair band warna apa?”

Avia mencabut ikatan rambutnya yang dia ikat selama 15 minit itu. Rambutnya separas bahu itu mengurai. Hair band yang dicabut ditunjuk pada Dein.

“Betul lah hair band aku pakai.”Avia tak puas hati.

“Avi, hair band yang dibenarkan hitam atau putih. Kau pakai hairband hitam dan putih.”

Avia dah memalingkan mukanya ke arah lain. Rasa dah tak boleh tengok lelaki depan dia ni. Rasa menyampah.

“Habis tu apa bezanya, dua dua ada hitam putih.”

“Kau belajar Bahasa Melayu ke tak ni? Frasa ATAU dan DAN membawa maksud yang berbeza. Kau jangan nak suruh aku bukak kelas Bahasa Melayu pulak dekat pagar ni Avi.”Dein geleng kepala.

Avia dah jatuh rahang. Eh budak ni dulu dia pergi kursus kepimpinan dekat mana ni? Terlebih sangat sifat kepimpinan dia tu.

“Dah tu tunggu apa lagi, isi lah borang.”tegas nada Dein sebaik melihat Avia diam di tempat dia berdiri.
Avia memasamkan muka sambil tangannya menulis maklumat dalam borang salah laku.

“Itulah, kalau pakai tudung kan senang.”kata Dein perlahan tapi mampu memikat deria telinga Avia. Avia menjeling Dein.

“Apa?”Dein bertanya pura-pura tak bersalah.

“Alah kalau aku pakai tudung pun kau tahan aku jugak. Sebab apa? Oh, sebab tudung aku tak sampai 30cm.”sinis nada Avia memerli.

“Itu kalau pakai tudung singkat. Kalau pakai tudung ikut standard yang sekolah tetapkan memang aku takkan lah tahan kau. Lain kali pakai tudung, tutup aurat penuh. Jangan pakai semata-mata nak cover rambut je. Aurat kita bukan rambut je. Leher, dada semua tu aurat.”Dein berceramah panjang lebar.

Sebenarnya dia pun naik muak dengan fesyen tudung zaman sekarang. Berapa kerat sangat yang betul tutup aurat? Tak percaya? Pergi shopping mall, masuk satu kedai atau restoran yang ramai orang, bilang berapa orang yang betul-betul tutup aurat full dari kepala hingga kaki. Confirm tak lebih dari suku.

“Oh terima kasih lah Dein. Tapi, kelas pendidikan agama Islam aku lepas rehat nanti. Bukan sekarang.”ujar Avia sebelum berlalu.

Haish. Susah betul nak nasihat anak Dato’ Azmi yang sorang ni.

*********

Dein melihat jamnya lagi. Dah pukul 7.25 pagi. Hari ni hari Isnin. Ada perhimpunan pagi dekat tapak perhimpunan. Perhimpunan start pukul 7.20. Mana Avi ni? Tak datang ke? Biasa dah datang waktu-waktu macam ni. Dia demam ke? Selalu Avi tu jarang tak datang sekolah.

“Abang Dein tunggu Kak Avia ke?”Suzana pengawas tingkatan 3 yang bertugas memandang Ketua Pengawas di sebelahnya yang dari tadi melihat jam.

“Eh mana ada. Awak ni. Pandai-pandai je.”Dein cuba berdalih. Ish. Mana boleh kantoi dengan budak lain. Malu. Malu!

“Kak Avia baru je lalu kejap tadi, Abang Dein.”beritahu Suzana lagi.

“Kenapa awak tak tahan dia?”Dein bertanya. Macam mana dia boleh terlepas pandang Avi lalu tadi. Musykil. Selalu time jaga pagar, mata dia paling celik sekali. Pantang ada kesalahan mesti dia akan tegur.

“Saya tengok dia tak buat kesalahan apa-apa pun. Saya biar je lah dia lalu.”jelas Suzana.

“Ye ke?”Dein soal tak percaya.

“Ya. Lagipun Kak Avia dah pakai tudung.”suara Suzana bertukar gembira sedikit. Dein memandang Suzana.

“Awak biar betul?”

“Betul. Cantik sangat Kak Avia pakai tudung. Saya rasa sebab tu lah kot Abang Dein tak perasan.”Suzana sengih.

“Dia pergi hala ke mana?”

“Tapak perhimpunan lah. Kan hari ni hari Isnin.”jawab Suzana.

“Abang Dein nak pergi mana tu?”tanya Suzana apabila melihat Dein sudah berkira-kira hendak pergi. Selalunya Ketua Pengawas tu akan pantau pengawas lain bertugas dekat pagar hingga pukul 7.40 pagi.

“Err, abang ingat nak masuk perhimpunan dulu lah. Ada hal.”

*******

Streeeeeet! Bunyi brek kuat kedengaran dari belakang. Avia mengucap panjang. Ya Allah, macam mana boleh tak nampak ada kereta dekat belakang ni. Avia menjeling cermin sisi keretanya. Pemandu kereta di belakangnya sudah mula keluar. Degup jantung Avia makin kuat berbunyi. Dahla sekarang ni dekat basement parking. Orang tak ramai. Janganlah ada apa-apa yang buruk jadi. Amin. Avia berdoa dalam hati.

Cermin kereta diketuk. Avia menurunkan cermin kereta.

Lelaki berkaca mata hitam itu memandangnya. “Tolong keluar kejap.”arah lelaki itu. Tegas.

Mulut Avia dah berkumat kamit membaca doa. Dia buka pintu kereta. Lelaki tadi sudah memeluk tubuh menunggunya keluar.

“Umur kau berapa?”tanya lelaki itu tiba-tiba. Avia berkerut dahi seketika. Lambat-lambat dia menjawab.

“27.”

“Dah berapa lama dah bawak kereta?”lelaki itu terus bertanya.

“Er.. Adalah dalam.. dalam 9 tahun.” Avia masih takut-takut nak memandang wajah lelaki di depannya itu. Entah kenapa dia rasa macam tengah bersoal jawab dengan polis pulak sekarang ni.

“Oh lama dah. Habis tu tak reti-reti lagi ke nak bawak kereta? Kau tahu tak, cara kau bawak kereta tu bahaya?”
Senyap.

“Dulu time kau ambik lesen dulu kau tak belajar ke yang kau boleh didakwa dekat mahkamah atas kesalahan memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa yang tidak melibatkan kematian seksyen 43 dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh membawa kepada denda RM4000 hingga RM10000 dan penjara tak lebih 12 bulan.”

Avia yang mendengar penjelasan tu hampir jatuh rahang. Gila mamat ni. Dia hafal ke semua akta jenayah. Belajar law ke apa?

“Takpun kau boleh didakwa dekat mahkamah atas kesalahan memandu dengan melulu dan membahayakan yang tidak melibatkan kematian seksyen 42, yang boleh membawa kepada penjara mandatori sekurang-kurangnya satu hari tetapi tak lebih lima tahun dan denda RM 500 hingga RM15000.”

Avia dah mula naik menyampah. Dia memang pantang kalau ada orang yang hafal-hafal peraturan atau akta-akta ni. Dia jadi teringat dekat Dein, dan lelaki dekat depan ni dah mengingatkan dia pada Dein.

“Habis tu kau nak buat apa dekat aku, sekarang ni? Nak dakwa aku dekat mahkamah?”Avia memberanikan diri bertanya lelaki itu.

Lelaki itu geleng. “Tak. Aku tak kejam macam tu. Ni baru first time kau buat hal dengan aku. Aku cuma kasi kau warning. Supaya nanti bila kau bawak kereta kau jadi beringat sikit.”Avia pandang lelaki di depannya. Ayat lelaki ni pun dah ala-ala Dein. Muka dia pun macam..

“Dein?”

“Macam mana kau tahu nama aku?”Dein sudah mula pelik. Tak sangka kerja peguam pun dah jadi famous macam ni. Tak payah tunjuk kad nama, dah ada orang kenal. Wah tak sia-sia dia pilih profesyen ni. Boleh mengalahkan artis dah tahap popularitinya.

Avia ketawa tiba-tiba. Sah! Dein lah tu. “Tak ada orang lain lagi yang macam kau.”

Dein cabut spec hitam yang dipakai. Diperhati perempuan bertudung di depannya. Keningnya berkerut.

“Avia Insyirah?”nama penuh Avi disebut. Ada nada teruja terselit di situ.

Avia anggukkan kepala. “Kau dari dulu tak habis-habis cari pasal dengan orang kan?”

Dein senyum. “I just do my job.”

“Kau kerja apa? Polis?”

“Lawyer. So, kalau kau ada nak saman siapa-siapa, just call me. I’ll do my job for you.” Senyum. Gembira. Teruja. Dein dah tak tahu macam mana dia nak ekspresikan dia punya perasaan sekarang ni. Dah dekat 10 tahun tak jumpa Avia. Siapa tak teruja, beb?

“For free?” Sengaja dia bertanya lelaki di depannya itu. Tiba-tiba dia teringat zaman sekolah. Zaman Dein tegur dia hari-hari dekat pintu pagar sekolah. Masa dia berperang mulut dengan Dein. Serius, dia jadi rindu.

“Of course kena bayar. Aku bukannya peguam yang buat kerja kebajikan.”

“So ,kau kerja apa sekarang ni?”sambung Dein.

“Kau rasa?”

“Aku tak pandai rasa-rasa ni. Aku lawyer. Bukan Chef.”

“Habis tu lawyer tak boleh rasa lah? Merepek.”Avia angkat kening.

Dein senyum. “How about you? Kau kerja apa?”

“Aku tak mampu lebih-lebih. Doktor je mampu.”

Dein terdiam seketika. “Like seriously?” Avia angguk.

“Wow! Kau dapat 2A1B1C1D1E4G dalam First Term Exam in Form 5 sampai kau kena turun kelas dan kau jadi doktor? Impressive.”

“Okay. Aku tak tahu nak terharu ke menangis bila kau mampu ingat result First Term aku. But, yes. Here I am right now. Nothing is impossible right?”

“Kau tak rasa kau hebat gila ke Avi? Daripada budak ada banyak rekod disiplin kat sekolah terus jadi doctor.”rasa kagum dalam diri Dein terhadap Avia masih belum hilang.

“Err, entahlah. Aku tak tahu rasa. Sebab aku bukan Chef. Aku doctor. Dan mak aku cakap, nak jadi doctor kena heartless baru berani nak bedah orang.”

Dein senyum. Kali ni dia malas nak menjawab balik. Biarlah Avia pulak menang sekali sekala.

“Dein. Sorry. Tapi aku kena pergi dulu. Ada hal. Ni kad aku. Apa-apa, contact. See ya.”Avia tarik senyum sebelum kembali masuk ke dalam keretanya. Dein memerhati kereta Avia berlalu dari parking lot itu. Dia kena buat something ni.

********

Avia bukak peti surat. Sampul putih itu diambil. Dibelek-belek dua tiga kali. Tiada setem. Cuma nama dia sahaja yang terdapat di sampul itu. Siapa pulak yang hantar ni?

Dia menutup pintu bilik.

Dibuka sampul itu. Satu kepingan puzzle. Dahi berkerut. Siapa pulak ni nak main puzzle-puzzle dengan aku ni. Apa ingat aku ada masa sangat ke nak melayan puzzle ni. Dah la sekeping. Itu pun warna hitam pekat. Kalau banyak boleh la jugak aku menguji minda, siapkan puzzle. Ni kalau sekeping jadi apa je. Kepingan puzzle itu diletak dalam laci.

********

“Avi, surat.”Sampul surat dihulur abang kesayangan, Abanglong.

“Ni siapa bagi ni?”sampul surat itu bertukar tangan.

“Abanglong lah yang tengah bagi ni.”See? Sebab tu dia sayang gila dekat Abanglong.

Kepingan puzzle lagi. Dia berlari menuju ke dalam bilik. Mengharap agar sekurang-kurangnya dua kepingan puzzle yang diperolehi dapat membantu dia menyelesaikan apa yang cuba disampaikan oleh si penghantar surat.

********

Kali ni dah masuk hari ke-37. Hari ni jugak dah 37 kepingan puzzle dia dapat. Semua dia lambakkan dalam laci. Malas nak susun lagi. Apa yang dia pasti, si penghantar surat bukannya posmen. Sebab? Hari Ahad pun ada jugak surat ni sampai. Pernah jugak dia tunggu dekat tepi tingkap semata-mata nak tangkap orang yang seludup surat ni. Hasilnya? Memang tak berjaya lah.

Avia tarik laci. Dia mencurah isi laci itu ke atas lantai. Dia duduk bersila. “Ok, jom kita main puzzle.”

Ditenung puzzle yang sudah suku siap itu. Kemudian dia senyum sendiri. Tiap kali dia tengok puzzle yang terbengkalai itu dia akan senyum. Perkataan ‘WILL’ yang berjaya dicantum itu sudah membuatkan hatinya berbunga-bunga.

Dia jadi teringat babak-babak dalam novel ataupun movie cinta. Ala, kan biasa. Apa lagi ayat kalau dah mula dengan perkataan Will? Mesti lah Will you marry me kan? Heh. Tak payah tunggu kepingan puzzle yang lain pun dia dah tahu lah. Tipikal. So, agak-agak siapa lah lelaki yang sanggup kirim satu keping puzzle tiap-tiap hari ni eh? Diimbas kembali satu persatu nama lelaki yang dia pernah minat.

******

Huruf ‘I’ yang berjaya dicantum itu sudah membuatkan hati dia tak senang duduk. Bukan ke lepas ‘WILL’ mesti ‘YOU’ kan? Tapi kenapa.. kenapa tiba-tiba ‘I’ pulak lepas Will ni? Dia jadi teringat penyanyi kesukaannya. Will.I.Am. Ah sudah. Siapa pulak nak prank aku ni? Eh, tapi mungkin jugak orang yang hantar surat ni still nak melamar aku. Mana tahu dia nak tulis Will I be Your Husband ke kan? Avia menyedapkan hati.

******

Sah! Will.I.Am. Ini tak lawak. Siapa-siapa yang bagi dia puzzle ni memang fail dalam buat lawak. Dia tak tahu ke yang aku ni punyalah berharap ada orang romantik melamar dia through puzzle. Tak ke sweet ? Nanti dia tua-tua boleh la dia cerita dekat anak cucu,

“Atuk korang dulu lamar nenek guna puzzle. Dia tulis Will You Marry Me gitu. Korang ada?”

Takkanlah nak cakap,

“Atuk korang dulu hantar puzzle kat nenek. Dia tulis Will.I.Am gitu. Sweet kan dia? Tahu artis fevered nenek.” Tak romantik langsung ok.

Ketukan di pintu menghentikan lamunan. Abanglong muncul dengan baju Melayu. Hari ni hari Jumaat. Jam pun dah nak dekat pukul 3. Baru balik sembahyang Jumaat la tu.

“Kenapa?”

“Ada surat.”

“Lagi?” Abanglong angguk.

“Bukan ke orang dah ambik semua surat ke tadi?”Abanglong angkat bahu. Tanda tak tahu.

Avia seperti biasa, membuka surat itu dengan tergesa-gesa. Puzzle lagi ke? Tapi puzzle yang ni kan dah siap. Surat itu ditulis tangan. Kemas.

Kepada: Avia Insyirah
Daripada: Dein Asyraaf

Ingat tak waktu sekolah dulu kau ada tampal gambar Will.I.Am atas meja? Aku pelik jugak. Apa punya taste kau ada. Dalam banyak-banyak ahli Black Eyed Peas, Will.I.Am jugak kau minat. Tapi tak apa lah. Aku hormat citarasa kau tu. And aku anggap kau suka Will.I.Am. Hari tu bila aku pergi jalan-jalan, aku terjumpa puzzle tulis Will.I.Am. Aku terus ingat kat kau. See? Baik tak aku? Aku pun decide nak bagi puzzle ni kat kau. Tapi aku ni tak ada lah bosan sangat. Nak kasi direct macam tu je. Tak thrill lah.

Aku hantar satu hari satu keping. Kau jangan nak terharu lebih pulak. Sebenarnya, aku tak ada lah tak ada kerja sangat nak datang rumah kau sorok-sorok, lepas tu seludup masuk surat dalam peti surat rumah kau. Lawyer macam aku mana ada masa nak buat kerja kebudak-budakan macam tu. Ehem.
Aku bagi satu puzzle ni dekat jiran kau. Aku bagi dia satu bungkus envelope putih yang dah tulis nama kau. Tugas jiran kau Cuma perlu ambik satu keping puzzle, letak dalam envelope, letak dalam peti surat. Mula-mula memang lah dia taknak. Tapi, ni Dein lah. Pandai lah aku guna kata-kata manis aku ni dekat dia sikit. Then, dia setuju. Tengok? Mana ada kebudak-budakan cara aku.

Well, aku dengar dari jiran kau tu. Bila dah siap puzzle ke 37 dia hantar, dia kata kau tak habis-habis senyum sorang-sorang. Aku pun tanya dia, perkataan apa yang akan jadi bila puzzle tu siap cantum. Dia kata perkataan Will. Jadi aku nak tanya kau sekarang ni. Kau tak pernah anggap yang aku nak kasi puzzle ala-ala romantik macam tu kan. Kau tak harap maksud sebenar puzzle tu tulis ‘Will You Marry Me’ kan?

Tiba-tiba Avia rasa darah menyerbu ke muka.

Come on lah Avi. Aku ni tak ada lah romantik macam tu. Aku kalau nak melamar perempuan yang aku suka takkan guna puzzle. Orang lain maybe anggap sweet. Tapi aku rasa pengecut. Nak sangat kahwin perempuan tu, jumpa mak ayah la woi! Apa kelas der main hantar puzzle. Perkahwinan ni bukan macam puzzle. Tapi tanggungjawab. So, Will You Marry Me?

Eh? Maksud aku eeehhhhhhhh? Dia cakap melamar guna puzzle pengecut dah tu melamar guna surat tak pengecut pulak ke?

Tak. Melamar guna surat bukan pengecut. Itu adalah cara paling cool. Sebab bagi aku puzzle tu permainan. Tapi surat tu bukan. Surat tu lambang keikhlasan. Berapa orang je yang tulis surat kat kau sekarang ni? Tak ada kan? Aku sorang je kan? Tu lah lambang keikhlasan sebenar. ;p

Banyak lah dia punya keikhlasan. Apa-apa pun, Alhamdulillah. Kenapa? Sebab doa aku dah termakbul. Terima kasih Ya Allah. Mata Avia sempat membaca nota kaki di bawah surat itu.

P/S: Kau jangan pulak pergi serbu rumah jiran-jiran kau tanya siapa yang tolong aku sebab orang tolong aku tu bukan jiran rumah kau. Tapi jiran bilik kau. Thanks to him.

Avia kerut dahi seketika. Jiran bilik? Kalau jiran bilik tak lain tak bukan… Abanglong!!

“Avi! Jangan turun ruang tamu.”Abanglong bukak pintu bilik tiba-tiba. Riak muka nampak gelisah.

“Kenapa?”Avia yang pada mulanya ingin memarahi abanglongnya terus melupakan hasratnya. Wajah gelisah abangnya itu lebih mengundang rasa kurang senang.

“Ada orang datang rumah kita. Nak jumpa mama dengan abah.”

“Siapa?” Aku dah jadi risau. Pencuri ke? Penagih dadah? Habislah aku. Macam mana ni abanglong?

“Dein and his family.”

________________________________________

Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.
Terima kasih sudi baca. Jemput baca karya saya yg lain di penulisan2u.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

143 ulasan untuk “Cerpen : Pengawas Terlebih Tauliah”
  1. atira says:

    superb….tp kalau boleh tambah cerita diorang dg besar n bercinta lagi sweet…hehhehehe..apa2 pun thumbs up

  2. anon brutal says:

    best. best. teruskn berkarya

  3. . says:

    Cerita ni kalau dikembangkan lagi , bertambah best! Good Job writer :)
    For me , ni cerita yang agk straight to the point and tak melalut mcm most “penulisan” skrg. I like ~ Tambahkan lagi pengajaran dlm cerita. Good Luck!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"