Novel : Akanku ‘Tackle’ Kau Sampai Dapat! 1

24 April 2012  
Kategori: Novel

11,104 bacaan 10 ulasan

Oleh : HARIISSA HARIIS

PROLOG

Kaki Seng menguis-guis pasir pantai yang halus..putih bersih sambil mata merenung pantai dengan penuh harapan. Hatinya tidak sabar menunggu kepulangan Abdullah dari laut.Sesekali pangkin usang dibawah pondok menghadap ke laut itu di ketuk-ketuk melagukankan irama keresahan yang tersemat di hatinya. Melilau mata mencari kelibat Abdullah dengan bot kecilnya pulang dari menangkap ikan.

“Mana Abdullah ni…semalam cakap tunggu dalam pukul lima petang tapi sekarang dah pukul 6 petang lebih..batang hidung pun belum Nampak…haiya..penat tunggu ini macam..”getus hati kecilnya. Memang betullah kata orang penantian satu penyiksaan.

“ isyy…baru tunggu satu jam lebih sudah banyak bosan..tapi tak mengapa.. buat buat Mary Jane tersayang seribu tahun pun sanggup tunggu..” Seng bermonolog sambil tersenyum sendirian. Masih teringat butir percakapannya dengan Abdullah petang semalam di jeti.

“ Lah, esok kalau dapat ikan jenahak ,kerapu atau ebek engko simpan untuk aku ye..Mary Jane teringin nak makan. Kau tahu Lah,semenjak dia mengandung ni macam-macam yang dia nak makan.Aku nak beli kat pasar dia tak mahu.. katanya tak fresh”, kata Seng yang senang ber’aku’-‘engkau’ dengan Abdullah.Lidah Melayunya cukup fasih langsung tiada pelat cina.” Alah..biasalah tu Seng, dulu masa Maimun mengandung lagi teruk. Bulan pertama hinggalah bulan keenam mengandung kau tahu.. dia pernah mintak dengan aku nak makan ayam hutan . Kalau tak dipenuhi kehendaknya, berhari-hari dia tak tegur aku..tarik muncung empat belas.Lepas tu.. setiap kali dia dengar bunyi enjin motor Honda Cup aku ni dia terus muntah. Yang peliknya masuk bulan keenam semuanya macam biasa semula.Tiada lagi dia mengidam itu dan ini.” Bersungguh-sungguh Abdullah memberitahu Chee Seng Perihal isterinya.

“Dah berapa bulan Mary Anne mengandung Seng? Anak perempuan aku usianya baru dua bulan,kalau Mary Anne bersalin sebelum akhir tahun ni..sempat lagi anak kau dan anak aku sekolah bersama.”Teringin Abdullah melihat anaknya berkawan bersekolah bersama seperti persahabatan yang terjalin antara dia dan Chee Seng.

Walau pun berlainan bangsa , dia dan Chee Seng bersahabat sejak darjah 3 lagi apabila keluarga Chee Seng berpindah ke situ mengusahakan bot-bot nelayan.Keluarga Seng mempunyai banyak bot dan ayahnya dikenali sebagai Tauke Tan. Walau pun anak tauke ikan dan resort pelancongan yang kaya, Chee Seng tetap berkawan dengan Abdullah, anak salah seorang awak-awak bot nelayan ayahnya. Keakrabannya dengan Abdullah kadang-kadang mengundang rasa benci bapa saudaranyanya,

Uncle Kenny yang memang sentiasa prejudis dengan orang melayu. Namun begitu Tauke Tan seorang tauke yang baik dan disenangi oleh tekong-tekong dan awak-awaknya yang terdiri daripada orang melayu. Namun, itu semua sudah berlalu.Tauke Tan dan isterinya sudah meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri dan mereka meninggal dunia di tempat kejadian. Kereta yang mereka naiki telah jatuh ke dalam gaung lalu terbakar.Lebih tragis lagi mayat mereka rentung. Chee Seng bernasib baik kerana dia tidak mengikuti mereka ke bandar. Dia menghabiskan masa dengan Abdullah dan budak-budak kampung bermain guli. Uncle Kenny mengambil alih pengurusan bot-bot ikan dan juga pengurusan Ocean

Blue Resort milik abangnya sebagai pemegang amanah. Sebagai ‘trustee’, sampai masanya semua harta dan perniagaan mesti diserahkan kepada Chee Seng apabila Chee Seng tamat belajar nanti.

Kini setelah Chee Seng telah tamat belajar, pengurusan perniagaan Ocean Blue Resort terpaksa diserahkan kepada Seng kerana tauke Tan telah meninggalkan wasiat yang perniagaan dan hartanya yang bernilai jutaan ringgit itu mesti diserahkan kepada satu-satu anak lelakinya Chee Seng apabila berumur 21 tahun. Walau mewarisi perniagaan keluarga dan kaya, Chee Seng tetap meneruskan persahabatannya dengan Abdullah tetap akrab walaupun Abdullah hanyalah awak-awak di salah sebuah bot nelayan yang dimilikinya. Seng sangat mengkagumi semangat Abdulah yang kental dan tabah. Dia cuba memperbaiki taraf hidupnya walau pun dia terpaksa berhenti sekolah di awal usia lantaran kemiskinan hidup setelah bapanya hilang dilaut. Baginya, Abdullah adalah sahabat dan orang yang dia paling percaya lebih daripada dia mempercayai bapa saudaranya sendiri.

“ Sekarang macam mana? Dari dulu lagi gua suruh lu hapuskan Seng. Patutnya dulu-dulu lagi lu paksa dia ikut abang dan kakak ipar lu pergi ke bandar.Kalau tidak sudah tentu lu punya anak saudara sudah mampus bersama dengan ibu bapa dia. Kita sudah rancang kemalangan itu dengan rapi tapi lu sayang sangat sama lu punya anak saudara. Sekarang tengok..rancangan kita sudah lari daripada rancangan asal. Kalau tak sekarang ni lu sudah kaya –raya, sudah jadi jutawan mewarisi harta abang lu tau! Kalau anak saudara lu tiada, lu satu-satunya pewaris yang sah harta abang lu! Gua tak mahu nanti gua sama anak kita, Ah Chai merempat kalau lu sudah tiada.”Susan merenung Kenny dengan renungan yang tajam.

“ Lu jangan risau Susan. Lu isteri gua. Gua akan jaga lu dan Ah Chai baik-baik.Lu kena percaya sama gua.Gua tak akan bagi lu hidup susah. Pasal Seng, lu jangan bimbang gua sendiri yang akan uruskan. Gua akan pastikan dia hanya patung boneka sahaja. Pemain dan pengawalnya kita…dia tidak akan tahu apa-apa. Sampai masanya dia tak ada apa-apa lagi. Dia percaya pada Gua..Gua kan Uncle Kenny. Apa yang gua cakap dia mesti percaya.” Kenny cuba menyakinkan dan mententeramkan kerisauan Susan tentang rancangan mereka mahu membolot harta abangnya.

Sangkanya dulu setelah abang dan kakak iparnya mati dalam kemalangan yang dirancangnya 15 tahun yang lalu, dia akan kaya menjadi pewaris harta.Akhirnya dia dapati anak saudaranya Chee Seng terselamat kerana tidak mengikuti abang dan kakak iparnya ke Bandar dan yang paling menyakitkan hatinya ialah mendiang abangnya ada membuat wasiat yang diuruskan peguam Lee dan Associates. Dalam wasiat itu dia hanyalah pemegang amanah kepada anak saudaranya dan semua harta dan perniagaan yang berjuta ringgit itu mesti diserahkan kepada Chee Seng setelah dia berusia 21 tahun. Dan semalam hatinya cukup panas membara apabila tanpa pengetahuannya Chee Seng telah berkahwin dengan seorang perempuan berketurunan Inggeris dari Australia yang dikenalinya ketika dia belajar di sana. Mary Jane..itulah nama perempuan yang dikahwini oleh Chee Seng.

“Maafkan uncle Seng Chai…uncle terpaksa ‘hapuskan’ kau dan isteri kau dari muka bumi ini kerana uncle lebih sayangkan isteri dan anak uncle..” sambil tin carlsberg di tangannya diteguk rakus.

“ Seng..dah lama kau tunggu? Maaflah aku balik lambat sikit. Kau tahu kenapa? Ni ha..aku nak tangkap ikan yang besar ini untuk Mary Jane. Abdullah menunjukkan ikan kerapu merah yang besar kepada Seng dengan harapan Seng tidak marah kepadanya kerana dia tahu sudah tentu Seng sudah lama menunggunya. Ekspresi muka Seng terus bertukar gembira bila melihat ikan kerapu itu.

“ Terima kasih Abdullah kerana sanggup bersusah –payah untuk aku.

“Apa susahnya pulak..kau kan tauke aku..kata Abdullah merendah diri. “ Apa ni Lah..dah berapa kali aku cakap.Aku tak suka kau panggil aku ‘tauke’.Aku anggap kau sahabat aku dulu,sekarang dan selamanya. Apa kata kau dengan Maimun datang rumah aku esok kita makan tengahari sama-sama. Mary Jane tentu suka. Dia tengah berusaha nak belajar cakap bahasa Melayu. Nanti Maimun boleh ajar bahasa Melayu pada Mary Jane dan Mary Jane boleh ajar Maimun cakap bahasa Inggeris”, pelawa Seng bersungguh-sungguh.

“Betul ke? Kalau macam tu esok aku datang.” Mereka bersalaman dan berlalu ke rumah masing-masing.

“ Honey..they are here!” Mary Anne termengah-mengah apabila bersalaman dengan Maimun isteri sahabat baik suaminya.

“ ..who is this cute little one?” sambil tangannya mencubit kedua-dua pipi anak perempuan Abdullah dan Maimun.

“ She is so cute and adorable” lalu pipi anak kecil itu dicium berkali-kali.

“ This is their daughter, Adrianna and she is seven months old” , kata Seng memperkenalkan anak Abdullah dan Maimun kepada isterinya.

“ Jom masuk.Untuk engkau ,aku dah sediakan makan tengahari yang special tau..” sambil ketawa mereka beringan masuk menuju ruang makan di bawah gazebo yang nyaman dengan tiupan bayu laut yang mengasyikkan.

“ Apa yang kau menungkan ni Seng?..kau ada masalah ke? Bagi tahulah kat aku mana tahu aku boleh tolong”, kata Abdullah dengan perihatin. Dari tadi lagi dia melihat Seng seperti tidak gembira dengan riak muka yang seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Seng merenung muka Abdulah dengan satu keluhan yang berat dan dalam.

“ Entahlah Lah, kebelakangan ni hati aku berdebar-debar dan tak tenteram.Tak tahulah kenapa.”Lalu pandangannya dilontar kepada Mary Jane yang sedang sarat mengandung. Wajah isterinya direnung dengan penuh kasih dan gelagat Mary Jane melayan anak perempuan Abdullah dan Maimun yang baru pandai merangkak sungguh mencuit hatinya.

“ Aku rasa kau berdebar-debar sebab tak lama lagi kau akan jadi ayah.kau jangan risaulah..itu perasaan biasa. Aku dulu pun macam kau’”, Abdullah menyusun kata cuba mententeramkan hati sahabatnya itu. Seng merenung muka Abdullah dengan renungan yang sukar ditafsirkan oleh Abdullah.

“ Bukan pasal excited nak jadi ayah. Aku risau sebab Uncle Kenny macam tak sukakan Mary Jane. Semenjak aku kenalkan Mary Jane sebagai isteri, dia jarang dia bertegur sapa dengan aku. Aunty Susan dan Ah Chai pun nampak macam tak sukakan Mary Jane. Aku risau nak tinggalkan Mary Jane sorang-sorang di rumah.”Seng menzahirkan apa yang terkandung dalam hatinya.

“ Abdullah, kalau aku nak minta tolong boleh tak?”.

“ Apa dia? Aku akan tolong selagi terdaya. Kau pun selalu tolong aku sejak kita kecil lagi..”

“Lah aku nak kau janji..kalau sesuatu terjadi pada aku.. kau jaga Mary Jane dan anak aku ye….kau berjanjilah yang kau akan jaga Mary Anne dan bakal anak kami nanti..walau apa pun yang terjadi kau mesti jaga Isteri dan anak aku.Aku dah tiada sesiapa lagi.Aku tak percayakan Uncle Kenny”, pinta Chee Seng bersungguh-sungguh.”

Tergamam Abdullah mendengar permintaan sahabat yang dikenalinya sejak bersekolah rendah itu.

“Kau cakap apa ni Seng? Jangan bimbang..tiada apa yang akan terjadi pada kau..percayalah itu Cuma perasaan kau saja tu…”

“Kau janji pada aku Lah walau apa pun yang terjadi kau akan jaga Mary Anne dan anak aku.” Seng memegang erat tangan Abdullah. “Baiklah Seng..aku berjanji.” Banyak sungguh yang diperkatakan oleh mereka berdua sehinggalah tidak sedar sang mentari semakin condong ke ufuk barat. Dari cerita Seng, Abdullah mengetahui bahawa Mary Jane mempunyai kembar yang bernama Mary Anne. Walau pun keluarga tidak berapa setuju dengan perkahwinan mereka, namun demi kebahagiaan Mary Jane, mereka sanggup bersetuju Mary Jane berkahwin dengan Chee Seng. Walau pun dengan berat hati mereka sanggup merelakan Mary Jane mengikut Chee Seng pulang ke Malaysia. Betapa besar pengorbanan Mary Jane, demi cinta dan kasihnya kepada Chee Seng sanggup terbang beribu batu meninggalkan keluarga terutamanya kembarnya, Mary Anne.

Suatu malam, Abdullah dikhabarkan oleh Chee Seng bahawa Mary Jane sakit perut dan dikejarkan ke hospital. Pantas Abdullah memberitahu berita itu kepada Maimun.

“ Mai.. abang nak ke hospital. Tadi Seng Beritahu Mary Jane sakit perut nak bersalin. Mai nak ikut tak? Kesian pulak abang dengan mereka.. abang nak teman kan Seng. Mungkin dia perlukan abang sebagai sahabat di saat dia kesusahan.”

“ Abang pergilah.. Mai tunggu abang kat rumah sajalah..lagi pun Rianna dah tidur. Takkan nak bawak dia naik motor malam-malam ni..kena angin malam..sejuk nanti tak sihat pulak dia. Mai doakan Jane melahirkan anak dengan selamat. Abang sampaikan salam Mai untuk mereka ya. Esok Mai pergi melawat. ” Tutur Maimun dengan lembut.

“Kalau macam tu abang pergi dulu.” Ubun-ubun si isteri di kucup lembut lantas kunci motor Honda cup di ambil dari atas almari.

Dari jauh Abdullah meninjau-ninjau mencari kelibat Chee Seng. Akhirnya dia ternampak Chee Seng melangkah keluar dari sebuah bilik sambil mengendong seorang bayi. Abdullah melambai ke arah Chee Seng dan lambaiannya disambut dengan senyuman meleret.

“ Lah.. dah lama kau sampai? Ini anak aku. Aku dapat anak lelaki Lah. Ini lambang kasih aku dan Mary Jane.” Seng menyuakan bayinya kepada Abdullah dengan senyuman yang lebar.

“ Mary Jane macam mana?” Tanya Abdullah. “ Dia selamat. Tadi doctor bagi dia ubat supaya dia dapat berehat. Dia sedang tidur. Lah, pegang anak aku sekejap. Aku nak pergi ke bilik air sekejap. Dari tadi aku menahan hajat..” sambil mukanya berkerut menahan ‘hajat’ yang belum dilaksanakan sejak dari tadi.

“ Jeffrey duduk dengan uncle sekejap ya.. Papa nak pergi tandas sekejap. Lepas ni kita pergi jumpa Mummy..” pipi mongel si kecil dikucup lembut sebelum berpaling meninggalkan bayinya dalam dukungan Abdullah ,sahabat yang amat dipercayainya.

Abdullah dan Chee Seng berjalan beriringan menuju ke bilik di mana Mary Jane ditempatkan. Tiba-tiba, “ bang! Bang! Bang!” sejurus dengan itu, sekujur tubuh Chee Seng rebah ke lantai. Darah membuak keluar daripada dada dan perut Chee Seng. Riuh- rendah bunyi suara panik semua orang yang berada di dalam wad pesakit wanita.

“ Lah..anak aku.. Mary Jane…selamatkan…janji..”. Dengan nafas tercungap-cungap Chee Seng cuba menuturkan kata.

“ Sabar Seng…sabar..doktor! doktor! Selamatkan kawan saya! Dalam kekalutan itu, tiba-tiba mata Abdullah terpaku pada sekujur tubuh berdiri tegak tanpa suara. Mary Jane..memandang suaminya tanpa kata, tanpa suara..beberapa minit kemudian dia rebah tidak sedarkan diri lagi. Sebelah tangannya mengendong bayi Seng dan sebelah lagi menggengam erat tangan Chee Seng. Air matanya bercucuran mengenangkan nasib sahabat yang di kasihinya. Tiba-tiba tangan kanannya terasa panas dan di tapak tangannya terdapat satu kunci.”

Bawa anak aku… Mary Jane dari sini..janji…perrr gii…kunciii….bannkkk….amm ..billl…perrrgiii….sekarang…tak selaa..mat..jann..ji…” itulah kata-kata terakhir Chee Seng. Dalam kekalutan panic semua pesakit di dalam wad itu, sedaya upaya Abdullah mengendong bayi dan sebelah lagi cuba memapah Mary Jane yang tidak sedarkan diri. Demi janji dan kasihnya pada seorang sahabat, Abdullah meredah kegelapan malam dan cuba bersembunyi takut kerana di ekori oleh pembunuh yang menembak Chee Seng di depan matanya. Dengan segala keberanian yang ada, dia memapah Mary Jane ke arah kereta Toyota Corona buruknya dan Mary Jane di baringkan di tempat duduk belakang manakala bayi lelakinya di letak di atas tempat duduk . depan.Lantas kereta di pandu selaju yang mungkin. Dalam fikirannya hanyalah Maimun dan anak perempuannya. Setibanya dirumah ,

“ Mai ini abang! Bukak pintu..” Pintu di ketuk sekuat hati. “ Abang apa yang berlaku?”, berkerut muka Maimun dengan seribu pertanyaan.

“Nanti abang cerita.. Pergi ambil Rianna dan barang yang penting sahaja. Cepat Mai! Kita takde masa!”. Dalam kepekatan malam Abdullah membawa pergi keluarganya dan juga Mary Jane serta zuriat sahabatnya telah pergi buat selama-lamanya. Hatinya sarat dengan pelbagai persoalan apa yang harus dilakukannya dan yang paling penting ke mana hendak di tuju. Apa pun yang berlaku, dia mesti mencari tempat yang selamat untuk mereka semua.

“ Ya Allah..selamatkanlah Mary Jane dan bayinya..hanya Kau tempatku mengadu.”

“ Bodoh! Sia-sia aku upah kau mahal-mahal! Sniper pro konon..tuih! kerja senang pun tak boleh nak selesai! Aku nak kau cari anak isteri Seng sampai dapat! Kalau kau tak dapat cari, jangan ingat aku akan lepaskan kau dengan mudah.” Susan mengamuk lalu diludah, tampar dan ditendang lelaki yang di upahnya untuk membunuh Chee Seng dan keluarganya. Marah dan geram sungguh kerana apa yang dirancang tidak menjadi. Terkocoh-kocoh lelaki yang di kenali sebagai Ice meninggalkan tempat pertemuan mereka.

“ Nak harapkan Si Kenny ambil tindakan alamatnya sampai bila pun habuk pun tarak…tapi takpe kerana anak saudara Kenny yang di anggapnya batu penghalang sudah mampus!”, Susan mengorak langkah meninggalkan bilik karaoke yang di tempah khas dengan senyuman. Otaknya ligat memikirkan rancangan jahat seterusnya.

BAB 1

Selepas 28 tahun………

“ Jemput minum bang..Mai ada buat kopi 0 kesukaan abang dan ini bubur jagung special untuk abang.” Dulang yang berisi secawan kopi o panas bersama semangkuk bubur jagung di letakkan di atas meja. Sejurus selepas itu, Datin Maimun melabuhkan punggung di kerusi batu berhadapan dengan suaminya.

“ Mai ke Mak Yam yang buat?”, sengaja Datuk Abdullah mengajukan pertanyaan walau pun dia tahu memang isterinya yang buat. Sepanjang usia perkahwinan mereka, Maimun tidak pernah membiarkan orang lain menyediakan makanan untuknya walau pun sekarang sudah bergelar datin dan mempunyai pembantu untuk menguruskan rumahtangga.

“See the handlah bang…takkan abang tak tau lagi”. Datin Maimun pura-pura menjeling suaminya dengan lirikan mata yang manja. Mereka diam seketika menikmati hidangan minum petang di bawah gazebo yang di kelilingi landskap taman dan kolam –kolam kecil yang cantik.

“ Dah pukul 5.30 petang ni..mana chef selebriti dan interior designer kesayangan awak tu? Kata nak minum petang sama-sama tapi sampai sekarang batang hidung pun tak nampak?”, Tanya Datuk Abdullah kepada isteri kesayangannya.

“ Baru sekejap tadi Rianna telefon katanya Jeff mintak dia ambik dia dekat Sri Pentas. Kereta Jeff buat hal.. tak boleh nak start.”

Diam tak diam sudah 29 tahun Datuk Abdullah dan Datin Maimun mendirikan rumahtangga bersama.Dalam tempoh itu pelbagai dugaan dan rintangan yang terpaksa mereka hadapi sebelum mengecapi kesenangan dan kemewahan yang mereka miliki sekarang. Dari hanyalah seorang awak-awak sehinggalah sekarang Datuk Abdullah mampu tersenyum lebar dengan memiliki sebuah syarikat pembinaan dan hartanah yang gah dan terkemuka di tanahair.

Tidak lama lagi syarikatnya akan mengorak langkah selangkah ke hadapan apabila tidak lama lagi syarikatnya akan tersenarai di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur. Malah dia juga mempunyai anak syarikatnya sendiri yang terlibat dalam bidang senireka landskap dan hiasan dalaman. Anak perempuan permata hatinya, Adrianna yang menguruskan anak syarikatnya itu setelah menggenggam ijazah dari salah sebuah university yang terkemuka di Ireland. Datin Maimun pula mempunyai beberapa buah nurseri dan tapak semaian bunga-bungaan dan tumbuhan landskap. Semua pokok bunga dan barang-barang untuk landskap dan taman .Sememangnya mereka semua satu kepala kerana mempunyai hobi dan minat yang sama.Tidak hairanlah banglo 3 tingkat mereka yang tersergam indah di kawasan berbukit amat memukau mata memandang. Keindahan taman dan landskap banglo mereka memang terkenal di kawasan perumahan elit itu. Rekaan banglo dan landskap direka sendiri menggabungkan idea mereka anak-beranak.

Tapi lain pula dengan hero kesayangan mereka, Jeffrey. Kerjayanya agak sedikit tersasar dengan ahli keluarganya yang lain. Dia memilih untuk menjadi seorang chef dan sekarang menjawat jawatan head pastry chef di Hotel Ritz Carlton, sebuah hotel yang bertaraf 5 bintang di Kuala Lumpur. Bukan calang-calang orangya! Dan sejak setahun yang lalu Jeffrey mempunyai program tv rancangan masakan ‘ cooking with love’ yang mempunyai rating paling tinggi di stesen Tv3. Apa taknya..mukanya yang handsome seakan-akan Keanu Reeves ( masa muda 20an lah..) di tambah dengan western dan Chinese looknya.. mak aii..sememangnya dia menjdi kegilaan semua perempuan dari segenap usia. Laman facebooknya beribu-ribu follower dari budak kecik sampailah ke makcik-makcik senah dan joyah seantero dunia! Fuhh.. dashyat sungguh penangan chef handsome ni. Sampaikan resepi kek ‘keju cinta kasih’ dan ‘brownie hatiku’ menjadi antara carian yang popular di Google.

Walau pun berbeza bidang kerjaya, Datuk Abdullah dan Datin Maimun tidak pernah menghalang minat dan cita-cita anak teruna mereka. Jeffrey adalah amanah Chee Seng dan Mary Jane dan demi sebuah janji dan kasih pada seorang sahabat sejati mereka membesarkan Jeffrey seperti anak sendiri dan di didik dengan penuh kasih sayang sama seperti anak kandung mereka, Adrianna. Jeffrey dan Adrianna menjadi adik beradik susuan .Tidak hairanlah hubungan mereka sangat akrab dan selalu menghabiskan masa bersama walau pun hakikatnya mereka lahir daripada rahim wanita yang berbeza.

“ Assalamualaikum Mama..Baba, sorrylah kami lewat sikit”, Adrianna memulakan bicara sejurus tiba. Tangan Datuk Abdullah dan Datin Maimun di cium bergilir oleh mereka berdua. Pipi Datin Maimun di cium oleh Adrianna sambil tangannya merangkul manja mama kesayangan.

“ Tepilah sikit..giliran Jeff pula nak cium dan peluk Mama”,lantas tangan kanan Rianna yang memeluk bahu Datin Maimun di tarik. Jeffrey menyelit di tengah-tengah lalu kedua belah pipi ibu kesayangannya di cium.”

“Ishh.. kamu ni sama sahaja.Kamu baru balik kerja ..busuk tahu tak.Mama baru lepas mandi tadi.nampak gayanya Mama kena mandi lagi lepas ni”,Datin Maimun berpura-pura marah sambil memicit hidungnya. Datuk Abdullah hanya ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah putera puterinya dengan ibu mereka. Tidak dinafikan telatah Adrianna dan Jeffrey yang suka bergurau dan mengusik antara satu sama lain menjadi pengubat dan penyeri keluarga mereka.

“ Mak aii..bestnya.ada bubur jagung. Dah lama tak makan bubur jagung ..ni bubur jagung Mama ke bubur jagung Mak Yam?”. Spontan sahaja ayat keluar daripada mulut Jeffrey.

“ Yelah..bubur jagung Mama mana sedap kalau nak banding dengan masakan chef selebriti tu..”,Datin Maimun pura-pura merajuk.

“ Sapa yang cakap masakan Mama tak sedap tu..cuba bagi tau Jeff, biar Jeff sekeh kepala dia. Sedap-sedap je mulut cakap masakan mama tak sedap.Dia tak tau yang mama Jeff adalah chef yang paling hebat dan sedap sekali kat dunia ni. Sebabnya..setiap masakan mama adalah penuh dengan kasih sayang…”

Jeffrey bersuara seperti sedang berlakon lantas bahu Mamanya dipeluk. Perlakuan Jeffrey itu mengundang gelak-ketawa mereka sekeluarga. Telatah mereka sekeluarga menjadi perhatian Mak Yam dan suaminya Pak Din yang juga merangkap tukang kebun kediaman mereka.

“ Ya Allah..kekalkanlah kebahagiaan dan suburkanlah kasih sayang antara mereka sekeluarga”, doa Mak Yam di dalam hati.

Suatu malam, Datuk Abdullah berada di dalam bilik bacaannya. Kunci di dalam poket pijamanya dikeluarkan.

Perlahan-lahan laci meja kayu mahogany buatan Eropah ditarik lalu sebuah kotak kayu yang berbentuk seperti peti harta karun yang kecil di keluarkan. Matanya tertancap pada objek yang di simpan rapi sejak 28 tahun yang lalu. Seutas rantai di keluarkan lantas loketnya di buka. Gambar Chee Seng dan Mary Jane bersebelahan direnung. Sebuah medallion yang di buat daripada batu jed di usapnya. Dia teringat Chee Seng pernah memberitahunya bahawa, medallion jed itu adalah warisan daripada turun –temurun nenek moyangnya sejak beberapa generasi yang diwarisi oleh anak lelaki dalam keluarganya. Hatinya berdebar-debar dan kadang-kala rahsia yang disimpan rapi sejak 28 tahun lalu amat merisaukan dan menyesakkan dadanya.

Janjinya pada Seng telah dia tunaikan. Jeffrey sudah berumur 28 tahun dan sudah tiba masanya rahsia yang di simpan rapi itu diberitahu. Peristiwa yang berlaku 28 tahun lepas masih segar di dalam ingatannya. Mana mungkin dia melupakan peristiwa pembunuhan sahabat baik di depan matanya sendiri.

“ Jangan risau Seng, aku akan cari pembunuh kau sampai dapat..”.Datuk Abdullah bermonolog sendirian.

Ketukan pada pintu menghentikan lamunan Datuk Abdullah. Suara Datin Maimun memecah keheningan suasana yang baru menginjak ke detik 10 malam. Datin Maimun datang dengan membawa secawan minuman bersama beberapa biji ubat meredakan tekanan darah tinggi yang perlu diambil oleh Datuk Abdullah setiap hari. Wajah Datin Maimun direnung dalam. Renungan Datuk Abdullah beralih pula kepada peti kayu kecil di atas meja. Daripada renungan itu, Datin Maimun sudah dapat membaca apa yang tersirat di dalam fikiran suaminya.

“ Dah tiba masanya Mai…Jeff perlu tahu”. Datin Maimun hanya menggangguk perlahan. “ Tapi sebelum tu..kita kena pastikan Mary Jane dah bersedia.”

Usai solat asar berjemaah bersama isterinya, Datuk Abdullah melangkah ke balkoni bilik. Matanya jauh memandang ke arah permandangan yang tanpa mengasyikkan dari luar balkoni. Perbagai persoalan bermain-main diruang mindanya. Beberapa ketika selepas itu, dia masuk semula ke dalam bilik dan melabuhkan punggungnya di sebuah wing chair. Satu keluhan yang berat di lepaskan. Perlakuannya diperhatikan oleh Datin Maimun tanpa disedari.

“ Apa yang abang fikirkan? Abang ada masalah ke? Cuba beritahu Mai..mana tahu Mai boleh tolong..ceritalah mungkin hati abang lebih lapang.” Lembut suara Datin Maimun. Tangan suaminya diraih dan diusap-usap perlahan.

“ Abang tengah fikirkan masa depan Rianna dan Jeffrey.Mereka berdua dah lebih daripada layak untuk mendirikan rumahtangga. Kita berdua ni pun bukannya muda lagi. Kalau boleh sebelum mata abang terpejam, abang nak lihat Jeff mempunyai isteri yang baik dan setia, yang boleh berkongsi susah senang,yang boleh menjaganya ketika sakit demam. Begitu juga dengan Rianna. Tapi abang risau betul Rianna dengan gila kerja dan garang. Jeff pulak dengan perangai yang tak pernah serius, perempuan keliling pinggang. Bila ditanya semuanya peminat. Pening kepala saya ni Mai..kalau macam ni rasanya sampai bila-bila pun tak merasa kita nak menimang cucu.”panjang lebar Datuk Abdullah mengomel tentang anak-anak yang sudah besar panjang.

“Ada Mai Tanya Jeff atau Rianna pasal ni? Yelah takut-takut mereka dah ada pilihan hati.”

“ Kalau Jeff..Mai confirmed dia takde sapa-sapa yang special..chef romeo katakana.Mengayat perempuan je lebih, sangkutnyaa tidak. Perempuan gedik yang terhegeh-hegeh nakkan dia adalah..bukan seorang dua tapi berderet-deret. Rianna pulak sejak putus dengan Shamsul, langsung dia tak hiraukan mana-mana lelaki. Fokus pada kerja sahaja. Bukan takde yang nak tackle Rianna tapi dia yang reject awal-awal lagi. Pening kepala saya ni bang…hari tu pun Datin Endon ada tanyakan pasal Rianna. Saya pujuk supaya dia kenal-kenal..berkawan dulu dengan anak Datin Endon. Kali pertama dia keluar dengan Daniel anak Datin Endon tu..abang tahu apa yang Rianna buat? Nasib baik tak patah hidung Si Daniel di tumbuknya.. malu saya. Sejak daripada peristiwa tu..Datin Endon tak tegur saya lagi.Kalau terserempak dekat kelab pun dia buat-buat tak kenal saya tau.” Panjang lebar Datin Maimun memberitahu suaminya.

“ Kalau ,macam tu Mai..kita kena lancarkan satu misi penting.” Datuk Abdullah mengusap-usap dagunya. Renungan matanya pada Datin Maimun penuh dengan agenda yang tersirat.

“ hah.. misi apa bang? Abang bercakap macam panglima nak pergi berperang je..”. Datin Maimun tergelak kecil.Ada uncur kecindan dalam pertuturan suaminya.

“ Eh.. Mai ni..abang serius dia ketawa pulak.. Misi ni pun bukan mission imposibble tau! Misi ini misi yang penting untuk kita berdua dan juga misi penting untuk masa depan Jeff dan Rianna.” “ Misi apa tu bang?”. Datin Maimun bertanya dengan penuh tanda tanya.

“ Misi mencari mencari menantu-menantu. Isteri untuk Jeff dan suami untuk Rianna.” Selamba sahaja jawapan yang diberikan oleh Datuk Abdulllah.

“ hah..biar betul bang!”. Jawapan Datuk Abdullah membuatkan mulut Datin Maimun melopong luas. Sungguh terkesima dia dengan kata-kata Datuk Abdullah. “ Mana kita nak cari bang?..”

BERSAMBUNG…….




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

10 ulasan untuk “Novel : Akanku ‘Tackle’ Kau Sampai Dapat! 1”
  1. mazlita mohamad says:

    not bad…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"