Novel : Dia Bukan Adikku 4

25 April 2012  
Kategori: Novel

4,490 bacaan 8 ulasan

Oleh : Yaya Elle

Aliya terbangun apabila cahaya matahari mencecah matanya. Perit dirasakan. Dia menenyeh-nenyeh matanya. Ketika dia berkira-kira ingin bangun, tiba-tiba sahaja dia merasakan ada tangan yang melingkar di pinggangnya. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang. OH MY ALLAH !

Aliya menekup mulutnya. Apa abang Aiman buat kat sini? terkejut benar dia melihat Aiman tidur di katilnya. Dengan keadaan tidak berbaju pulak tu!

Spontan tangannya meraba tubuh. Dia melihat tubuhnya berkali-kali apabila merasakan tiada sehelai benang pun yang melekat di tubuhnya. ‘Apa abang Aiman dah buat ni..?’ Masa sudah seakan-akan berhenti. Dunia terasa gelap.

Tiba-tiba dia terasa ada tangan yang memeluknya dari belakang. Tidak cukup dengan itu, bahunya turut dikucup lembut.

“Sayang.. awalnya bangun? Tidurlah kejap lagi.. awal lagi nih..” pelukan dieratkan sambil tangannya mengusap lengan Aliya.

Aliya merasa semakin rimas. Matanya terasa panas. Mulutnya seakan-akan terkunci untuk berkata-kata.

“Sayang.. kenapa ni? hmm..?” bisik Aiman perlahan di telinga Aliya.

“Aaa.. aappa abba..bang dah bu.. buat kat Aya??” tanya Aliya tersekat-sekat. Akhirnya keluar juga pertanyaan itu.

“Hei, sayang.. What do you mean??” tanya Aiman kembali.

“What? Abang..?! Apa abang dah buat kat Aya! Abang dah buat perkara tak senonoh kat Aya ke??” mencerlung mata Aliya memandang abangnya. ‘Dia boleh buat muka tak bersalah kat aku?! Ya Allah..! apa dah jadi nih??!’ Air matanya mengalir deras tidak tertahan.

“Hey, sayang.. shhhh.. shh.. apa nangis-nangis nih? and what do you mean by ‘perkara tak senonoh’ ? kitakan dah halal..?” kata Aiman lagi sambil mengesat air mata Aliya.

Dah halal?! Aliya bingung. Macam mana mereka boleh halal sedangkan mereka belum berkahwin?

Dia menolak Aiman untuk menjauhi dirinya.

“Abang jahat! Abang kotorkan Aya! sampai hati abang rogol adik sendiri! jahat! jahat!” kata Aliya sambil membaling-baling bantal yang terdapat diatas katil kearah Aiman.

“Sayang, wait! Bila masa pulak abang rogol Aya?! kitakan dah kahwin, so we are already legal right? And this is not our first time! Dah 3 minggu dah pun kita berkahwin, takkan sayang tak ingat? Sayang mengigau eh..?” kata Aiman sambil mendekati Aliya semula.

Aliya ligat memerah otaknya. Kahwin? 3 minggu? What the..?!

Sedang dia berusaha untuk mengembalikan ingatannya, Aiman datang lalu memegang kedua belah pipinya. Dia tunduk lalu mengucup hidung Aliya.

“Sayang boleh lupa? comellah..” kata Aiman sambil jarinya bermain-main dengan bibir Aliya. Setelah itu, bibir Aliya dikucupnya lama.

Aliya masih keliru. Dia lemas di dalam kucupan Aiman. ‘Apa dah jadi ni? Apa semua ni? Apa? Apaaa??!

“Apaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?!” Jerit Aliya lantang.

“Sayang?? Sayang kenapa? Buka pintu ni sayang!” Jerit Aiman dari luar pintu bilik Aliya. Mahu tak terkejut dia tatkala mendengar suara gadis itu menjerit lantang.

Nafas Aliya tercungap-cungap. ‘Hah? Mimpi..? Aku mimpi?? Alhamdulillah Ya Allah!’ Aliya meraup mukanya.

“Aya..? Aya ok ke tak ni?!”

“Aya.. Aya ok abang! Lipas je tadi..” jawab Aliya sambil menahan gentar di dada.

”Oh.. Abang ingatkan ape.. Cepat bangun, sarapan.. Abang hantar Aya lepas ni..” Kata Aiman. Setelah itu dia menuju ke tingkat bawah. ”Ish, buat terkejut aku je..” gumam Aiman perlahan.

Aliya masih duduk di birai katil. Dia berfikir sejenak. ‘Kenapa aku mimpi macam tu? Apa maksudnya? Ah! mimpi kan mainan tidur..’

Dia terus mengangkat punggung dan masuk ke bilik air.

‘Mimpi yang seram untuk aku kenangkan..’

**************************************************************

Di dalam kelas Aliya masih terkenang-kenangkan mimpi yang dia alami pada pagi tadi. Dia gelisah kerana bayangan mimpi itu sentiasa muncul di ingatannya. Dia menarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan perlahan.

‘Aku harus lupakannya!’

“Weyy.. Aliya. Morning!” kata Razzi ceria.

“Morning..” jawab Aliya lemah.

“Aik? kau ni kenapa babe? Ada masalah ke? Pasal abang kau?” tanya Razzi.

Zuppp! Jantung Aliya berdetak laju. Tekaan Razzi amat tepat.

“Err, takdelah.. Aku ngantuk je. Malam tadi tidur lewat. Hehe,” Aliya menayang giginya yang tersusun rata.

“Lahh.. siapa suruh tidur lewat? Dah macam panda aku tengok.. hahaha!” Razzi ketawa lepas sehingga menarik perhatian beberapa orang pelajar di dalam dewan kuliah itu.

“Diamlah kau..”

“Ok, class.. Silent please.” Dewan kuliah yang tadinya bising bertukar senyap setelah kehadiran Sir Fakrul.

“Harini, kita ada pelajar baru.. Ok, Helmi. come here..” terdapat seorang lelaki tinggi lampai di sebelah Fakrul.

Lama Aliya memerhati wajah itu. ‘Macam pernah tengok..’ desis hatinya.

“Nama saya Muhammad Helmi Rayyan bin Datuk Razali. You can call me Helmi, nice to meet you guys..” kata lelaki itu dengan senyuman. Matanya meliar ke setiap pelajar dan akhirnya berhenti pada wajah yang amat dia kenali. Senyuman sinis dilemparkan.

‘Aik? Apehal pulak mamat tu? Dia tengok aku ke?’ Aliya menoleh ke kiri dan ke kanan. Hanya dia dan Razzi yang duduk di kerusi paling belakang. Untuk privasi katanya.

“Ok, Helmi. You may have a seat. Duduk je kat mana kamu nak,” Kata Sir Fakrul.

Wajah pelajar perempuan sudah bersinar-sinar tatkala Helmi menuju kearah mereka. Helmi terus melangkah sehingga ke tempat duduk yang paling belakang. Dia duduk di sebelah Aliya.

‘Weyy.. mamat ni buat apa pulak kat sini? Duduk kat sebelah Aliya pulak tu!’ Razzi mengepal penumbuk.

“Nice to meet you Nurul Yuni Aliya…” bisik helmi perlahan di telinga Aliya.

Aliya tersentak. Siapa lelaki ni? Dia memerhati wajah lelaki itu dalam-dalam.

“Youuuu…..??!!” Kata Aliya perlahan.

“Yes, I’m Helmi. Datang nak ambik ‘hutang’ dengan kau..” katanya sambil tersenyum sinis.

Mata Aliya membulat. No way !!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

8 ulasan untuk “Novel : Dia Bukan Adikku 4”
  1. myo_kun says:

    kenapa pendek sangat….aya boleh mimpi macam tu…dia mcm tau2 je ape yang terjadi…tapi sapa helmi…aya utang ape dengan dia….nak tau cepat lah sambung……..

  2. tj says:

    pendek la….x puas baca… :( hehehe

  3. lydia says:

    hehehe….i dh follow yayaelle blog…
    But knp kat your blig lg best dr sini yek….

  4. Yaya Elle says:

    juz follow my blog, yayaelle.blogspot.com baca dari bab 1 so korg akan lbih fhm dgn lbih lnjut coz yaya dh edit chpter2 sblum nih..

    lydia: hehe, tak thu?? :)

  5. syaz nafisa says:

    citer ni memang best..saya dah follow sampai bab8,,

    sambung lah lagi yer. x sbr nk baca dah ni..

  6. ladida says:

    great .

  7. ratu says:

    warm up da gempak…tapi pendek nauu!tak puas baca.heee

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"