Novel : Isteri di atas Kertas 4

3 April 2012  
Kategori: Novel

22,476 bacaan 19 ulasan

Oleh : sarah iman

BAB 4

Suara tangisan mengganggu lena Syaqira.Kepalanya bergerak-gerak mencari arah suara tangisan itu.Perlahan-lahan dia membuka mata,terasa silau dek panahan cahaya lampu kalimantang yang berada tepat atas kepala.Eh,ni bukan bilik aku.Kat mana ni?Oh no,aku kena culik.Syaqira tersentak bangun dari pembaringan.Dia memandang sekeliling sebelum pandangannya jatuh pada seorang perempuan tua yang duduk kat tepi katil dia.Wajah perempuan tua itu berlinangan air mata.

“Syaqira dah sedar sayang?”soalan pertama dari perempuan tua itu membuatkan dahinya berkerut hairan.

Melihat reaksi Syaqira,perempuan tua itu menyambung “Kamu tak ingat ke,kamu pengsan semalam?”

Pengsan?Dia cuba mengingati peristiwa semalam.Oh,ya,baru aku ingat.Syaqira petik jari.Tak guna punya bapak setan,nanti kau,I will sue you.Tangannya meraba kepala yang dah berbalut.Namun perhatiannya kembali terarah kepada perempuan tua yang tak dikenalinya itu.

“Erm maaf makcik.Boleh saya tahu makcik ni siapa?”tanya Syaqira hati-hati.

Mendengar pertanyaan Syaqira lagi kuat perempuan tua tu menangis.Syaqira serba-salah.Adoyai,aku tanya pun nak nangis ke?

“Maafkan nenek sayang.Nenek tahu,ni semua salah nenek.Terlalu memandang kemewahan dan pangkat,menyebabkan nenek hilang anak dan cucu,”

Syaqira semakin terpinga-pinga.Aku terhantuk kuat sangat ke semalam,sampai amnesia?Bila masa aku ada nenek?Ke nenek ni yang amnesia,sampai salah cucu?Teragak-agak tangannya di angkat mengusap lengan perempuan tua itu.

“Nenek janganlah menangis.Tengok nenek nangis,saya pun rasa nak nangis,”dia berseloroh.

Perempuan tua itu mengesat air mata dengan sapu tangan.Tangisannya sudah berhenti namun riak sedih masih terpancar di wajah itu.

“Kamu betul-betul tak tahu apa-apa tentang nenek?”soalnya.

Syaqira yang masih bingung menggeleng.Dia hanya memerhatikan perempuan tua itu dengan hairan.Mananya aku tak bengong,sedar-sedar je ada lak orang mengaku aku cucu.Dahlah tu,aku tak kenalpun.Hatinya berkata-kata.

“Nama nenek,Zahara.Toh Puan Zahara,”perempuan tua itu memperkenalkan diri.

Rasa macam pernah dengar nama tu.Syaqira cuba mengingatDia bulat mata,oh ya,nenek Helin.Tapi apa kena mengena aku dengan nenek Helin ni?

“Nenek Helina kan?”dia bertanya.

Buat pertama kali Toh Puan Zahara tersenyum.“Betul,”dia berhenti sekejap.“Dan nenek kamu jugak,”

Syaqira ternganga.Nenek aku?Adeh,rasa nak kena amnesia pulak.Dia dah mula pening-pening lalat.
“Kejap-kejap.Ayah saya cakap dua-dua nenek belah mak ngan ayah dah meninggal.Jadi,nenek ni belah mana pulak?”

Wajah Toh Puan Zahara berubah.“Ayah kamu cakap macam tu?”

Syaqira mengangguk bersungguh-sungguh.Sumpah,tak tipu.

Wanita tua itu mengeluh berat.Wajahnya muram.“Nenek tak salahkan dia,kamu tahu.Memang patut pun dia cakap macam tu,lepas apa yang nenek dah buat kat mak ayah kamu,”

“Nenek boleh tak cerita apa sebenarnya yang dah berlaku?Saya rasa macam nak kena amnesia jer,”Syaqira mencelah.

Toh Puan Zahara tergelak mendengar kata-kata Syaqira.Dia merenung sayang kepada Syaqira.“Nenek ni mak ayah kamu,Omar Khalil.Mak kamu namanya Tunis Hajar kan?”

Syaqira mengangguk hairan.

“Ayah kamu tu adik kepada Fauzan Khalid,majikan kamu tu.Dua puluh lima tahun dulu ayah kamu putuskan hubungan dengan nenek sebab paksa dia kahwin dengan anak Puan Sri Azizah,sedangkan masa tu dia dah pun bernikah dengan mak kamu.Nenek tak restu perkahwinan mak ayah kamu sebab mak kamu tu bukan dari keluarga berada.Lagipun dia baru berhijrah ke Malaysia,seorang diri pulak tu.Nenek ugut ayah kamu,sama ada ceraikan mak kamu atau keluar dari rumah dan hilang kelayakan sebagai pewaris Toh Puan Zahara.Nenek tak sangka yang ayah kamu sanggup keluar rumah sehelai sepinggang.Tapi nenek cuba yakinkan hati yang seminggu kemudian mesti dia pulang dan mintak maaf kat nenek sebab tak mampu hidup berdikari.Sekali lagi nenek silap bila dia langsung tak jejakkan kaki kat rumah tu dah.Nenek menyesal sebab ikut sangat sikap tamak dan pentingkan diri hingga tak fikirkan kebahagiaan ayah kamu,”luah Toh Puan Zahara sebak.

Syaqira membisu.Sejujurnya dia terkejut mendengar pengakuan wanita dihadapannya ini.Kalau betullah aku cucu nenek,maka aku dengan Hell Boy tu sepupulah?Tidakkkk!!!!!!!!!!!
Jeritan itu bergema dalam hatinya.

“Maafkan nenek ye Syaqira?” Suara Toh Puan Zahara mengejutkannya.

“Kalau betullah nenek ni nenek Ira,kenapa tak pernah cari kitorang?” Separuh hatinya masih menidakkan cerita yang baru sahaja didengarnya.

“Siapa cakap nenek tak cari?Macam orang gila nenek cari kamu sekeluarga.Tak pernah berhenti,sampailah dua bulan lepas.Tapi ayah kamu lebih bijak.Dia tahu nenek mesti akan dapat kesan dia,jadi dia berpindah ke banyak tempat semata-mata nak menegelakkan nenek daripada menjumpai kamu sekeluarga,”

Syaqira teringat yang ayahnya selalu membawa mereka berpindah lebih dari tiga kali setahun.Sampai dia naik lali berpindah-randah.

“Apsal nenek cakap sampai dua bulan lepas?”

“Yelah,dua bulan lepas nenek dah jumpa dengan ayah kamu.Nenek dah minta maaf dan Alhamdulillah dia pun dah maafkan nenek.Tapi nenek tak sempat nak jumpa kamu.Sebab tulah nenek suruh mak kamu pujuk kamu kerja kat rumah nenek sebagai pembantu rumah,” Toh Puan Zahara tersenyum memandang Syaqira.

Syaqira terlopong.Patutlah umi beria-ia suruh dia kerja jadi pembantu rumah.Dapat tambah pengalamanlah.Dapat rajinkan diri yang memang pemalaslah.Dapat tambah duitlah.
Macam-macam idea umi nak suruh aku kerja jadik orang gaji kat Teratak Autumn tu.Rupa-rupanya ada pakatan bawah tanah ek?

“Kalau Ira cakap yang Ira masih tak percaya,macam mana?”dia menyoal sambil tersengih musang guntang.Bukan tak kesian kat nenek yang buat muka sedih kat depan dia ni,tapi nak bukti yang lebih nyata.Salah ke?

Toh Puan Zahara tersenyum.Dah agak,bukan senang nak umpan gadis dihadapannya ini.Kalau orang lain,dah laju mengaku cucu.Siapa yang tak nak jadi kaya kan?
Dia mengeluarkan telefon bimbit dan mendail sambil bergerak menjauhi Syaqira.

Syaqira hanya memerhati tingkah laku wanita itu dengan pandangan pelik.

Seketika kemudian,Toh Puan Zahara merapatinya dan menghulurkan telefon bimbitnya.Syaqira teragak-agak menyambut.Dia merenung Toh Puan Zahara dengan dahi yang berkerut.Wanita itu membuat isyarat menekapkan telefon di telinga.

“Assalamualaikum?”dia menyapa orang yang berada di hujung talian.Kerutan semakin bertambah apabila mendengar suara umi membalas salamnya.Dia mendengar dengan teliti apa yang diceritakan oleh uminya tanpa bertanya sepatah pun sambil sesekali matanya merenung wanita yang mengaku sebagai neneknya itu.Selesai uminya bercerita dia menuturkan salam dan mematikan telefon.

Ton Puan Zahara berdebar menuggu reaksi gadis di hadapannya itu.Namun,melihat Syaqira yang kekal membisu dia bertanya,“Macam mana?Umi Ira dah cerita perkara sebenar?”

Syaqira mengangkat muka memandang neneknya yang jelas teruja.Perlahan-lahan bibir dia mengukir senyum lebar.“Nenek?Ira nak tanya..”dia terhenti.

Toh Puan Zahara yang mendengar panggilan ‘nenek’ dari mulut cucunya itu mengalirkan air mata gembira.“Sayang nak tanya apa?” dia bertanya serak.

“Can I get a hug?”

Mendengar je ucapan tersebut,Toh Puan Zahara meluru memeluk cucu yang tak pernah dijumpanya itu.Air mata kesyukuran tak henti mengalir,membasahi bahagian bahu Syaqira.Berbeza reaksi dengan Syaqira yang tak menitiskan air mata setitik pun.Dia hanya ketawa gembira dalam dakapan neneknya itu.

Toh Puan Zahara merungkai pelukan.Matanya menatap puas-puas wajah cucu perempuannya itu.“Ya Allah,kamu tahu tak betapa leganya nenek dapat jumpa kamu?Dekat depan Ka’abah tak henti-henti nenek berdoa agar nenek sempat jumpa kamu sebelum nenek tutup mata,”

Syaqira tersengih.Bibirnya terasa seperti tak boleh berhenti tersenyum.“Ira pun.Macam mimpi je bila tahu yang Ira sebenarnya ada nenek lagi.Ira selalu dengki tengok kawan-kawan balik kampumg jumpa atuk nenek waktu hari raya.Tak sangka Ira masih ada nenek,”ulangnya.

Toh Puan Zahara mengangguk-angguk memahami.“Nenek faham dan nenek minta maaf sangat sebab abaikan kamu.Kamu maafkan nenek ye?”

Syaqira tergelak.“Nenek ni mesti banyak tengok drama kan?Mestilah Ira maafkan nenek.Ira takkan dendam macam yang selalu ada kat dalam drama tulah,nek,” Tergeleng-geleng dia memikirkan kalau-kalau dia membalas dendam kerana marah dengan apa yang dibuat neneknya kepada umi dan abinya,seperti yang selalu ditunjukkan dalam drama.

Toh Puan Zahara turut tergelak.“Manalah taukan,kalau-kalau Ira marahkan nenek,”

“Tak mungkinlah Ira nak buat camtu.Abi ngan umi pun dah maafkan nenekkan?Ira takde hak pun nak marahkan nenek kalau umi ngan abi dah tak marahkan nenek.Lagipun,apa yang nenek buat itu urusan nenek ngan abi umi,bukan ngan Ira,”terangnya panjang lebar.

Toh Puan Zahara mengangguk,bersyukur.Dapat dilihat ketulusan Syaqira ketika berkata demikian.

“Jom,nenek,”Syaqira menarik neneknya bangun.Dia turun dari katil.

Toh Puan Zahara kerut dahi.“Nak pergi mana?”

“Jom,ambil wudhu’,kita buat solat sunat dua rakaat dan sujud syukur,” Syaqira menarik tangan neneknya ke bilik air.Tangannya menyentuh balutan di kepala.Alah,kena air sikit boleh kot.

Sekali lagi Toh Puan Zahara memajatkan rasa syukur dalam hati.Nampaknya Omar dan Hajar telah berjaya mendidik cucunya menjadi seorang rendah diri.Terima kasih Ya Allah,kerana beri aku kesempatan bertemu dengannya.Hatinya berdetik sambil kaki mengekori langkah Syaqira menuju ke bilik air.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

19 ulasan untuk “Novel : Isteri di atas Kertas 4”
  1. blinkalltheday says:

    wah, best2…tp, npe pendek sgt..

  2. sarah iman says:

    Salam… Tq100x kpd yg baca and 100x lagi kpd yg komen.Sbrg cdgn dialu2kan utk memperbaiki cerita ni. Love you all…. >_<

  3. danish oh says:

    ade blog x”’

  4. eunhae87 says:

    sarah iman ade blog x???

  5. misscienda says:

    sarah iman best la cite awk nie…sempoi tau..seronok baca…nti smbung pjg2 tau…tak pun wat novel gerenti sy beli…hheheehe…^_^

  6. eiyza says:

    bestlah.
    ble nak smbung ag??
    huhu

  7. AliahMohdSalleh says:

    Saya hanya boleh simpulkan senua mengenai ceriter ini dalam tiga perkataan Best….Best….best.

  8. esya says:

    haha.. best sangat!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"