Novel : Isteri di atas Kertas 5

11 April 2012  
Kategori: Novel

20,989 bacaan 12 ulasan

Oleh : sarah iman

Bau ubat yang kuat terasa menyesakkan rongga pernafasan Lukman.Segera dia berpaling kepada mommynya yang tengah mengupas buah epal.

“Mommy,bila Luk boleh keluar ni?”dia merengek.

“Nanti kejap lagi bolehlah keluar.Tunggu doktor buat last check up,lepas tu Luk baliklah,”jawab Datin Aisyah lembut.

“Luk rasa rimaslah,mommy.Bau ubat,busuk,”rengekkan Lukman masih tak hilang.Bau hospital ni sungguhlah buat aku rasa lagi sakit.

Helina mencebik melihat gelagat abangnya yang manja tak bertempat.”Abang Luk,sat lagi abang dah boleh balik jadi duduklah diam-diam.Tak payahlah nak merengek bagai.Bingit tau tak?”

Lukman menjelirkan lidah kepada adiknya.”Taulah dengki,abang manja-manja dengan mommy,”sakatnya.

“Takde maknanya Helin nak dengki kat abang.Cuma tak payahlah nak menggedik depan orang,gelilah tengok,”balas Helina,meluat.Datin Aisyah tersenyum mendengar bicara kedua anaknya.

Lukman ketawa mendengar kata-kata Helina.Gedik dia cakap aku?Tak ke sikit punya macho,gagah perkasa aku ni?

“Abang Luk…”panggil Helina panjang.

Lukman memandang adiknya itu dengan kening yang terangkat.Tangannya mencapai hirisan buah epal dan dimasukkan ke dalam mulut.

“Actually,what had happened last night?I mean between you and kak Ira.Dah macam drama pun ye gak,dua-dua pengsan serentak,”tanya Helina.

Lukman cepat-cepat menelan sisa buah epal di dalam mulutnya.Nyaris dia tercekik.Helin ni nak buat aku tambah masa lepak-lepak kat dalam hospital ni ke? “Rasanya ni dah kali kesepuluh Helin tanya,”dia jawab soalan adiknya dengan soalan jugak.

“Dan ini kali kesepuluh jugak abang tak jawab soalan Helin.Abang ngelat eh,sebab abang yang buat kak Ira cedera sampai pengsan kan?” Helina serkap jarang.Sungguh dia musykil dengan apa yang berlaku kepada mereka berdua sampai boleh pengsan serentak.

“Abang kamu ni pengsan sebab alergi dengan darah.Mommy pun tak faham apesal dia fobia sangat sampai boleh terpengsan kalau nampak darah,”Datin Aisyah yang membisu dari tadi,menyampuk.

“Pengsan kalau nampak darah?”dia melopong.”See kan Helin dah cakap,you are sooo gedik,” Helina ketawa.Sungguh dia tak pernah sangka yang Lukman fobia dengan darah.

Datin Aisyah turut tumpang menggelakkan Lukman yang dah berubah wajah jadi Incredible Hulk.”Helin cakap baik-baik sikit eh?Abang pengsan bersebab tau.Abang alergi dengan darah,bukannya suka-suka je nak pengsan,”suara dia dah naik satu oktaf.

Helina berhenti ketawa,namun senyum mengusik masih bergayut di bibir.”Ok,abang Luk pengsan sebab alergi tengok darah,” dia menekankan perkataan alergi. “Tapi Helin still tak paham camne kak Ira boleh cedera sampai pengsan,”

Lukman megeluh.Hesy,adik aku sorang ni ler,boleh jadi detektif. “Berapa kali abang nak cakap,tanya lah budak tu sendiri.Yang Helin tanya abang buat apa?”suara dia dah tinggi balik.

Datin Aisyah segera menyampuk”Mommy rasa dia terhantuk bucu meja dapur.Mungkin dia tersandung waktu nak keluar dari dapur,”dia membuat andaian sendiri.Andaian yang sengaja dicipta untuk meleraikan suasana tegang antara kedua anaknya.Namun dalam hati,dia merasakan semua ini ada kaitan dengan Lukman.Cuma dia tak mahu membuat tuduhan melulu.

Lukman hanya diam mendengar kata-kata mommynya.Kang tersalah sampuk,terus jadi suspek.”Mommy,daddy ngan Im mana?”tanya Lukman mengubah tajuk perbualan.

“Mana lagi,officelah.Macam tak faham pulak perangai daddy dengan Im tu.Kan sama perangai dengan kamu?Gila kerja,”sindir Datin Aisyah.

Lukman hanya tersengih.Mommy aku kalau bukak mulut,boleh tahan pedih nak dengar.Datin Aisyah bangun dari kerusi.Lukman kelam-kabut melihat mommynya yang menuju ke pintu.”Mommy marah Luk ke?”soalnya panik.Aku cakap dalam hati pun mommy boleh dengar?

Datin Aisyah berpaling,kerut dahi.”Apa kamu merepek ni?Nak marah kenapa pulak?”

“Habis tu mommy nak pergi mana?”soalnya balik.

“Mommy nak pergi cari doktor kamu,nak suruh dia buat last check up cepat sikit.Cepat sikit kamu keluar hospital,”terang Datin Aisyah.

Lukman sengih serba-salah.Hatinya terasa lega.Ingatkan mommy dengar apa yang aku cakap.

“Ke kamu mengata mommy dalam hati,hmm?”

Soalan itu buat sengih Lukman terus padam. “Eh,mana ada mommy.Tak baik tau tuduh-tuduh orang macam tu,”dia buat muka masam.

Serentak Helina dan Datin Aisyah ketawa. “Mommy tak nak gi tengok kak Ira ke?”soal Helina.

“Sekalilah.Lepas jumpa doktor Luk,mommy nak gi jumpa kak Ira dengan nenek kamu kejap,”

“Helin ikut,”Helina yang bertenggek di hujung katil abangnya,melompat turun.

Muka Lukman semakin kelat.Takkan nak tinggal aku sensorang kat sini? “Alah,takkan nak tinggal Luk sensorang kat sini?” Kecoh sangat pasal orang gaji tu kenapa?Langsung tiada rasa bersalah dalam hatinya kerana telah mencederakan Syaqira.

“E’eleh mamat gedik ni.Kitorang pergi kejap jelah,bye.Jom mommy,” Helina menolak tubuh mommynya keluar dari bilik wad kelas satu itu.Lukman yang tak sempat nak halang,hanya mampu ketap bibir menahan geram.Kalau pasal orang gaji tu,semua laju je.Baik aku pergi jalan-jalan,hilang boring.Lukman menolak selimut ke tepi dan melangkah ke pintu.
________________________________________
“Baguslah kalau abang Luk boleh keluar hari ni,Helin tak tahan nak dengar dia merengek.Bilalah nak keluar.Boringlah duduk kat sini.Itu baru tak sampai satu hari kena tahan kat wad.Kalau setahun,agaknya macam manalah nasib abang Luk ye mommy?”Helina berkata sambil mereka berdua melangkah ke wad kelas satu yang menempatkan Syaqira.

Datin Aisyah ketawa. “Kamu cakap abang kamu yang tak reti diam,sekarang dah berjangkit pulak ke?”dia mengusik anak gadisnya.

Helina tarik muncung.”Ala,mommy ni.Orang nak luahkan rasa,kena kat kita balik.”

“Dah..dah.Tak payah nak muncung,pengsan balik kak Ira kamu nengok nanti,”dia mengusik lagi.

Helina menarik muncung semakin panjang.Dia mendahului mommynya mengetuk pintu wad dan melangkah masuk.

“Assalamualaikum,”dia menyapa neneknya dan Syaqira yang tengah bergelak ketawa.

“Waalaikummussalam,”serentak salamnya dijawab.Syaqira tersenyum melihat Helina dan Datin Aisyah.

“Ha,elok pun kamu datang Aisyah.Mak dah jumpa doktor yang merawat Ira ni,dia cakap esok dah boleh discharge.Lukman bila keluar hospital?”tanya Toh Puan Zahara.

“Petang ni.Dia pun dah merengek nak balik,tak sabar-sabar,”balas Datin Aisyah.Dia mengambil tempat di sisi Syaqira. “Ira macam mana?Kepala sakit tak?”dia bertanya sambil tangannya mengusap-usap balutan di kepala Syaqira.

“Tak sakit pun auntie.Ira tak rasa apa-apa pun,”Syaqira tersenyum.Dia senang dengan kasih-sayang yang dipamerkan mak ciknya itu.Terasa seolah-olah uminya berada dekat dengannya.

“Macam mana kak Ira boleh cedera?”Helina bertanya.

Syaqira terkedu dengan soalan mendadak itu.Tiga pasang mata memandangnya menunggu jawapan,membuatkan dia semakin serba-salah.Nak tipu ke,nak bagitau hal yang sebenar?

“Kak Ira?”teguran itu membuatkan dia tersentak. “Kak Ira terhantuk bucu meja waktu nak keluar dari dapur,”jawabnya.Syaqira memandang Helina sambil tersenyum.

“Ye ke?Ke abang Luk yang buat kak Ira terhantuk sampai pengsan?”soal Helina,curiga.

“Apesal lak Helin tuduh Encik Lukman macam tu?Tak baik tau,”

“Betul,akak sendiri yang tersandung.Takde kaitan dengan abang Helin tu,”dia cuba meyakinkan Helina yang masih tayang muka tak percaya.

“Dah lah tu,Helin.Kak ira cakap macam tu,maknanya betullah bukan salah abang kamu,”potong Toh Puan Zahara sebelum Helina sempat buka mulut bertanya lagi.

Helina angkat bahu.”Kalau akak dah cakap macam tu,nak kata apa lagi,”
________________________________________

Lukman tercangak-cangak memandang sekeliling.Konon nak jalan-jalan dah tu sendiri tersesat.Haih.Dia mengeluh sambil berpatah balik.Sampai di depan kaunter dia terhenti.Akal jahatnya mula merencanakan sesuatu.Dia berpaling ke arah jururawat yang bertugas dengan senyuman menggoda.

“Excuse me,tumpang tanya,”

“Ya?”jururawat yang memakai tag name Zaya menjawab.Bibirnya turut mengukir senyuman manis.

“Boleh saya tahu bilik pesakit yang bernama Syaqira tak?”dia bertanya.Senyuman menggodanya masih tak luntur.

“Sekejap ya,saya periksa,”Zaya meneliti skrin komputer di hadapannya.”Najwa Syaqira Binti Omar Khalil?”dia angkat muka,meminta kepastian dari Lukman.

Lukman terpinga-pinga.Manalah aku tahu nama penuh dia.Ah,gasaklah. “A’ah,dia daftar malam tadi,”

“Oh,kalau macam tu bilik dia nombor 276.Encik jalan terus,lepas tu pusing kanan.Bilik nombor dua dari sebelah kiri,”jururawat itu menerangkan sambil tersenyum manis.

“Ok,terima kasih,”ucap Lukman.Sempat dia mengenyit mata,membuatkan Zaya tersipu-sipu malu.

Lukman ketawa dalam hati.Heh,takde perempuan dalam dunia ni yang tak tergoda dengan Ezryl Lukman Datuk Fauzan.Hatinya berdetak bangga.Sampai sahaja depan bilik nombor 276,dia berhenti.Setelah memastikan tiada orang yang memerhatikannya,perlahan-lahan dia menekapkan telinganya ke pintu.Lukman ingin tahu sama ada Syaqira telah menceritakan perbuatannya kepada Datin Aisyah atau belum.
________________________________________

“Nenek ada good news untuk kamu berdua,”Toh Puan Zahara berkata.Suaranya menggambarkan perasaan teruja.

Syaqira berpaling memandang wajah neneknya.Alah,takkan nak bagitau sekarang,nenek ni.Dia mula tak senang duduk.Toh Puan Zahara yang perasan kegelisahan Syaqira menggenggam tangan cucunya itu.Syaqira membalas genggaman neneknya,cuba menyalurkan kekuatan buat diri sendiri.Dia risau kalau Helina dan Datin Aisyah tidak dapat menerimanya.

Datin Aisyah dan Helina saling berpandangan.Hairan dengan kelakuan mereka berdua.”Good news apa nenek?”

“Helin suka tak kalau ada saudara lain selain family kita ni je?”tanya Toh Puan Zahara kepada Helina.

Helina kerut dahi. “Mestilah suka.Tapi apa kaitan….oh no.Takkanlan kak Ira?”

Toh Puan Zahara mengangguk.

“Kak Ira apa Helin?”tanya Datin Aisyah,blur.

“Kak Ira nak kahwin dengan abang ke?Abang Im atau abang Luk?”suara dia naik satu oktaf kerana terlampau excited.

Serentak Syaqira dan Toh Puan Zahara meledakkan ketawa. “Ya Allah,budak bertuah.Ingatkan dia dah faham apa yang kita cakap,ini tak dibantainya kak Ira nak kahwin dengan abang dia,”suara Toh Puan Zahara mengah menahan ketawa.

“Yalah,nenek cakap jadi saudara maknanya jadi kakak ipar Helinlah,”

Datin Aisyah semakin tak faham. “Kenapa pulak kak Ira kamu jadi kakak ipar kamu?”

Toh Puan Zahara menarik nafas. “Sebenarnya,Syaqira ni cucu nenek yang nenek sendiri pun tak pernah jumpa.Inilah kali pertama nenek kenal cucu nenek ni,”jelasnya kepada Datin Aisyah dan Helina.Penat nak menunggu mereka berdua faham.

Helina dan Datin Aisyah terlopong tak percaya.Syaqira cuak melihat gelagat mereka.Selang beberapa minit,tiada sesiapa pun yang bersuara.

“Nenek,boleh tolong tampar Helin tak?”soalan Helina memecah kesunyian di antara mereka.

Toh Puan Zahara ketawa kecil,tangannya menampar lembut pipi Helina.

“Betullah nenek.Helin tak mimpi,”katanya sambil terkebil-kebil memandang Syaqira yang tersengih cuak. “Jadi,kak Ira ni sepupu Helinlah,nek?”

Toh Puan Zahara mengangguk.Serentak dengan itu Helina melompat memeluk Syaqira yang bersandar di kepala katil.Dia ketawa gembira,mulutnya tak henti-henti mengucap syukur.Syaqira tergamam melihat perlakuan Helina.Perlahan-lahan tangannya membalas pelukan itu sambil menitiskan air mata gembira.

Toh Puan Zahara turut mengukir senyuman.Dia lega melihat penerimaan Helina.Seorang je lagi.Dia berpaling kepada Datin Aisyah yang masih terpaku tak bergerak. “Aisyah,kenapa terpaku je ni?”

Suara Toh Puan Zahara menyentakkan lamunan Datin Aisyah.Dia memandang ibu mertuanya.Syaqira dan Helina turut menghentikan drama spontan mereka.Serentak mereka memandang Datin Aisyah yang tak bersuara.Helina melompat turun katil dan melangkah ke arah ibunya.

“Meh sini,Helin sedarkan mommy,”dia berkata.Tangannya menepuk-nepuk pipi mommynya berulang kali.Datin Aisyah tergelak dengan telatah anak perempuan tunggalnya.

“Mommy sedar sepenuhnya sayang,” dia melangkah merapati Syaqira.Syaqira berdebar-debar,serasa jantungnya nak terkeluar.Tatkala Datin Aisyah mengangkat tangannya,Syaqira memejamkan mata.Dia menyangka Datin Aisyah ingin menamparnya,tapi sangkaannya meleset apabila Datin Aisyah memeluknya erat.

“Kamu anak Hajar dengan Omar?”dia bertanya sebak.Sudah lama dia ingin bertemu dengan anak kakaknya,sekarang barulah hajatnya tertunai.

Syaqira hanya mampu mengangguk.Tangannya membalas pelukan Datin Aisyah.Kalau tadi dia berasa begitu takut dengan penerimaan Datin Aisyah,namun sekarang hatinya lega.Dia dapat merasakan bahunya basah dengan air mata.

Toh Puan Zahara dan Helina turut sebak melihat kelakuan Datin Aisyah.Lama Datin Aisyah memeluk Syaqira tanpa sebarang perkataan yang terucap.

“Mak ayah kamu sihat?”dia bertanya setelah merungkaikan pelukan,

“Sihat,”dia membalas,serak.

“Syukurlah,auntie sempat jumpa kamu.Kamu tahu tak yang mak kamu tu kakak auntie?”soal Datin Aisyah,Tangannya membelai rambut ikal Syaqira.Syaqira mengangguk.Bermacam-macam perkara yang mereka berempat bualkan sambil diselangi gelak ketawa.Sungguh Syaqira gembira kerana dipertemukan dengan keluarga umi dan abinya yang mengambil berat dan serta penyayang.
________________________________________

Lukman tersandar dipintu.Mukanya pucat tak berdarah.Orang gaji tu sepupu aku?God,bala apa lagi ni?




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

12 ulasan untuk “Novel : Isteri di atas Kertas 5”
  1. JSN says:

    bestlah cerita ni. good job sarah. watak Lukman tu kelaka je.. :D

  2. AliahMohdSalleh says:

    Best…best sangat ceriter ni.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"