Novel : Isteri di atas Kertas 6, 7

19 April 2012  
Kategori: Novel

20,818 bacaan 17 ulasan

Oleh : sarah iman

BAB 6

Sudah seminggu berlalu sejak dia dimasukkan ke hospital.Peristiwa dia pengsan kerana fobia dengan darah sering dijadikan bahan usikan oleh Helina.Namun dia tidak peduli dengan usikan tersebut kerana semenjak seminggu lepas kepalanya serasa tak boleh berfungsi dengan betul.Neneknya telah memberitahu seisi rumah mengenai hubungan mereka dengan Syaqira.Dan seperti yang dijangka,daddy dan Aimran sangat gembira dengan berita tersebut.Macam menang loteri pulak,excited semacam.Dia mendengus meluat.

“Woi,kau tidur mata terbuka ke?”sergah satu suara betul-betul di tepi telinganya.Lukman teranjak ke belakang kerana terkejut dengan sergahan itu.Tanpa dapat ditahan dia tergolek ke belakang.

Rizman terlongo memandang rakannya yang dah terbongkang atas lantai.Sesaat kemudian ketawa Rizman memenuhi ruang bilik pejabat Lukman.Kelakar sungguh dia melihat Lukman yang lengkap berkot terbongkang macam nangka busuk.Dia menghulurkan tangan ingin membantu Lukman berdiri,namun ditepis kasar.

“Apesal kau tak bagi salam?Tak ketuk pintu?Dah tak tahu adab masuk bilik orang?”suara dia melengking.Sakit hati melihat Rizman yang tersengih-sengih di hadapannya.

“Aku tak bagi salam amendanya?Dah dekat lima ratus lima puluh lima kali kut aku bagi salam.Ni tengok tangan aku ni,merah sebab ketuk pintu bilik kau tu tak henti.Kau tu yang pekak,”selamba dia berkata sambil melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Lukman.

Lukman mendengus kuat.Tubuhnya dihempaskan atas kerusi,matanya merenung tajam Rizman yang masih tak habis sengih. “Kau nak apa?”

“Takde apa-apa,saje je nak jenguk kau,”jawabnya selamba.Matanya tak lepas merenung Lukman.Kadang-kadang dia pun rasa kelakar melihat gelagat sahabatnya itu.Perwatakan Lukman memang berubah seratus peratus sejak peristiwa mencalar hati,kira-kira lima tahun lepas.Dia menjadi seorang yang serius,tak mudah mempercayai orang dan lebih teruk talam dua muka.Dah macam psiko pun ye gak.

Lukman bulat mata mendengar jawapan Rizman.“Kalau macam tu,baik kau hantar notis berhenti kerja 24 jam sekarang jugak,”

Rizman hanya ketawa.Tak takut pun. “Aku jenguk kau ni pun atas dasar rasa kasih sayang aku kat kau tau,”dia buat muka gatal kat Lukman.

Lukman menjegil. “Aku tak perlukan kasih sayang kaulah.Weh,sejak bila kau jadi homo ni?”dia buat aksi geli-geleman.

Rizman ketawa besar mendengar tuduhan Lukman.Ada pulak homo,aku dah tunanglah. “Ok,dah.Stop.Aku straight to the point,”mendadak dia berhenti gelak.Wajahnya serius. “Kau apesal?Seminggu ni dah macam zombi bergerak je aku tengok,”

Lukman mengeluh. “Teruk sangat ke?”dia mengajukan pertanyaan.

“Teruuuuk……..sangat.Satu pejabat dah buat gosip masing-masing tau.Ada yang cakap kau putus cintalah,kena paksa kahwinlah,kena tangkap basahlah dan yang paling best diorang cakap kau dah bankrap,”dia menyebut satu persatu gosip yang telah tersebar di dalam bangunan Masyriq Holdings.

Lukman ketawa mendengar berita yang baru disampaikan.Sampai macam tu sekali?Isy,pekerja aku ni semua ada bakat terpendam jadi wartawan rupanya.Kepala Lukman tergeleng-geleng memikirkan kerenah para pekerjanya.

Rizman turut tersengih. “So,gosip yang mana satu betul?”

“Satu pun tak betul.Sebenarnya….”dia terhenti.Lukman mendongak merenung wajah Rizman yang nampak sangat gelojoh nak tahu.Hei,dia ni pun sama penyibuk rupanya. “Kau ingat tak orang gaji baru kat rumah aku tu?Syaqira,”

“Orang gaji baru?Syaqira?”dia mengurut dagu tanda berfikir.Seketika kemudian dia memetik jari. “Oh,yang pengsan malam nenek sampai tu?Yang buat drama Hindustan serentak dengan kau tengah-tengah malam buta tu?”dia bertanya,teruja.

Lukman buat muka tak puas hati. “Yang pengsan tu,betullah.Tapi bila pulak aku buat drama Hindustan?Aku pengsan sebab fobia tengok darahlah,”suara dia meninggi.“Ah,apa-apa jelah.Nenek bagitau kitorang yang sebenarnya Syaqira tu cucu dia,anak pak cik aku dan sepupu aku.Faham?”belum sempat Rizman menyampuk,dia menyuarakan masalah yang terasa membebankan dirinya seminggu ini.

Rizman ternganga sesaat. “Budak tu sepupu kau?Macam mana boleh jadi macam tu pulak?”dia buat muka confuse.

Lukman mengeluh.Apa punya lembablah,budak ni.Dia menceritakan kembali apa yang diberitahu oleh neneknya waktu family gathering pada malam selepas Syaqira keluar hospital.Selesai cerita dia pandang muka Rizman yang terkebil-kebil tengok dia. “Sekarang kau dah faham?”

Rizman terangguk-angguk macam Woody Wood Peaker. “Dah tu,apa masalahnya sampai kau jadi zombi bergerak seminggu ni?” dia kerut dahi,tak faham.Bukan patut seronok ke tambah ahli keluarga?

Lukman menyandar ke kerusi. “Itulah masalahnya.Aku dapat rasa yang nenek ada rancangan tertentu.Dia selalu cakap ‘nak rapatkan hubungan antara ahli keluarga’.Tu yang buat aku risau,”dia meluahkan syak wasangkanya terhadap Toh Puan Zahara.Neneknya itu boleh tahan licik juga.

“Lah,bagus apa rapatkan hubungan antara ahli keluarga.Kau ingat nenek nak suruh kau kahwin dengan sepupu baru kau tu ke?” Rizman serkap jarang.

Lukman mengangguk. “Aku takut kalau nenek suruh aku kahwin dengan budak tu.Kau tau,bila dia cakap pasal nak rapatkan hubungan bagai mesti mata dia pandang aku.Seram weii,”

“Tapi,tak mungkinlah.Bukan kau sorang je teruna dalam rumah tu.Aimran kan single available jugak?”

“Tulah.Harap-harap prasangka aku ni tak betullah hendaknya,”dia berharap.Tak dapat dibayangkan jika dia terpaksa berkahwin dengan orang gaji aka sepupunya itu.

Perbualan mereka terganggu apabila Azmira,setiausaha Lukman mengetuk pintu. “Masuk,”Lukman melaung.

Azmira melangkah masuk dengan senyuman di bibir.Memang bakal ibu itu sangat murah dengan senyuman. “Sori ganggu,bos.Cik Khaterine ada kat luar.Dia kata bos janji nak jumpa dia waktu lunch hour,”dia memberitahu.

Lukman tepuk dahi.Macam manalah boleh lupa? “Oklah,Riz.Aku nak gi lunch.Mira,saya mungkin masuk lambat sikit,jadi mana-mana appointment saya petang ni awak susun balik,”pesannya sambil melangkah keluar.

Rizman dan Azmira berpandangan sebelum tergelak serentak.Perangai player tak pernah berubah. “Haih,jangan anak kamu ikut perangai bos kamu dahlah Mira,”Rizman berkata.

Azmira ketawa kecil sambil tangannya mengusap-usap perutnya yang memboyot. “InsyaAllah,encik Rizman.Saya keluar dulu ye?” dia minta diri.

“Yelah,” Rizman menghantar langkah Azmira dengan ekor mata.Dia sendiri pun tak tahan dengan sikap Lukman yang menganggap wanita sebagai barang permainan sahaja.Tukar perempuan macam tukar baju.Matanya meliar ke sekeliling bilik pejabat Lukman sebelum terpaku pada sekeping kertas yang terkeluar dari bawah fail.Segera dia bangun menarik kertas tersebut.Ternganga dia sekejap bila baca isi kandungan kertas itu.Penuh dengan nama-nama perempuan beserta dengan nombor telefon sekali.

Gila ke apa Luk ni?Nak bukak agensi cari jodoh ke?Panjang gila senarai,ada kira-kira lima puluh nama dan nombor telefon wanita.Luk,Luk,Dia menggeleng sambil meletakkan kembali kertas ‘cari jodoh’ tu kat tempat asalnya.Tak boleh jadi,mesti report kat nenek.Sori,Ezryl Lukman.Rizman keluar dari pejabat Lukman sambil tangannya mendail nombor Toh Puan Zahara.

BAB 7

Syaqira mundar mandir di depan kedai bunga sambil mulutnya tak henti bersungut.Mana oniichan ni?Kata nak jumpa pukul berapa,ni dah pukul berapa?Dia mengerling jam tangan.Dah setengah jam aku tawaf kedai ni,batang hidung pun tak nampak-nampak.Tangannya menggagau isi beg tangan.Blackberry dikeluarkan.Baru je dia nak mendail,terasa tubuhnya dirempuh dari belakang.Blackberrynya terjatuh,nasib baik tak berkecai.

“Astaghfirullahalazim.Saya minta maaf,saya betul-betul tak sengaja,”ujar wanita yang melanggarnya.Wanita itu menyerahkan Blackberry yang terjatuh kepada Syaqira.

“Oh,takpe.Saya pun salah,jalan tak pandang,”balas Syaqira.Matanya galak memerhati wanita berjubah hitam lengkap dengan purdah dihadapannya itu.Ada gak orang Melayu yang pakai tutup semua camni ek?Aku ingatkan minah Arab je yang pakai cover from top to toe.

“Emm..handphone awak tak rosak ke?Kalau ada rosak saya bayar ganti rugi,”wanita itu menawarkan diri.

“Eh..eh.Takpe.Rasanya tak rosak.Lagipun handphone saya ni tahan lasak,macam tuan dia,”Syaqira berseloroh sambil melayangkan Blackberrynya.

Wanita itu menghela nafas lega. “Kalau macam tu saya pergi dululah ye?Sekali lagi saya minta maaf banyak-banyak.Assalamualaikum,”ucapnya seraya berlalu pergi.

“Waalaikumussalam,”balas Syaqira.Hatinya tertarik dengan budi bahasa yang ditunjukkan wanita tersebut.Dia menapak menuju ke tangga bergerak.Niat hati nak pergi MPH cari novel baru.Pandai-pandailah oniichan tu kalau dia dah sampai.Elok je dia melangkah terasa bahunya dipeluk dari belakang.Syaqira sedikit terkejut namun dia selamba meneruskan langkah.

“Ehem,tak nak buka langkah silat ke cik adik?”orang yang peluk dia bersuara mengusik.

“Tak payahlah nak perli,orang dah kenallah bau oniichan.Nak silat buat apa?”

Adam ketawa mendengar rungutan Syaqira. “Erm,abang minta maaf sebab lambat.Tadi meeting habis lambat.Tengok,baju pun tak sempat nak salin,”dia mengadu.

“Orang dah faham sangat dengan perangai oniichan.Kalau cakap jumpa pukul dua mesti pukul tiga baru nampak muka,”Syaqira meluahkan rasa tak puas hatinya.

“Ala,Nawa tak percaya abang ke?Oklah,Nawa nak apa?Abang belanja,”Adam mengumpan gadis dihadapannya.

Mata Syaqira bersinar-sinar memandang Adam. “Betul oniichan nak belanja?”dia bertanya.

Adam mengangguk.Tersenyum dia melihat gelagat Syaqira.

“Ok,mula-mula Nawa nak buku.Jadi jom kita pergi MPH.Lepas tu,nanti Nawa fikir Nawa nak apa lagi.Oniichan belanja,”dia mengheret Adam ke arah escalator.

“Amboi,siap nak fikir.Kopaklah abang,Nawa,”Adam separuh bersungut.Namun kakinya turut mengikuti langkah Syaqira.Saja je nak mengusik gadis kesayangannya.

Laju Syaqira melangkah ke dalam MPH menuju ke rak novel.Adam menggeleng.Sikap hantu buku Syaqira tak pernah hilang sejak kecil.Dia hanya mengekori langkah Syaqira tanpa bersuara.Sesekali dia tersenyum melihat gelagat Syaqira yang seolah hilang dalam dunia sendiri.

“Tak rindu abang ke?” bosan dengan suasana bisu antara mereka,dia bertanya.

“Hmmm?Oniichan tanya apa?”Syaqira berpaling.Sesaat dia terpaku.Matanya memandang lurus ke belakang kepala Adam.

“Abang tanya,tak rindu abang ke?”dia mengangkat kepala dari novel ditangan.Melihat Syaqira yang terpaku merenung belakangnya,Adam berpaling.Takde hantu pun.Ada orang je kot.
Dia melambai-lambaikan tangan depan Syaqira. “Nawa tengok apa?Sampai terbuntang mata,”dia bertanya pelik.

Syaqira tersedar. “Eh,takde apa-apa.Oniichan,Nawa nak novel ni.Jom bayar,”dia mengheret Adam ke kaunter bayaran.Sikit pun dia tak pandang Lukman yang tengah berpeluk dengan seorang perempuan seksi membelakangkan Adam.Suwei betul hari ni.Macam manalah Hell Boy ni boleh ada kat sini pulak.

Selesai membayar,Syaqira mengheret Adam keluar dari MPH.Jangan pandang belakang.Jangan pandang belakang.Ayat itu bergema dalam hatinya.Adam melihat perlakuan Syaqira dengan hairan.Aku ni kambing apa?Asyik kena heret je.Dia menarik tangan Syaqira,menghentikan langkah mereka.

“Hey,slow down girl.Ni apa jalan macam kena kejar hantu ni?”dia menyoal.

Syaqira terbata-bata mencari alasan. “Erm…Nawa…errr,Nawa sakit perut.Hah,betul.Sakit perut.Nak gi tandaslah oniichan,” spontan dia memegang perut.

Adam tergelak. “La,kenapa tak cakap awal-awal?Nawa pergi toilet dulu,lepas tu jumpa abang depan cinema.Kita tengok wayang,”

“Ok.Nawa pergi dulu tau,”dia melangkah laju mengarah ke tandas.Sori,oniichan.Bohong sunat.Tak sanggup aku nak terserempak dengan King of the Devil tu.
________________________________________

Lukman mengetuk pintu bilik bacaan Toh Puan Zahara sebelum memulas tombol pintu.

“Nenek panggil Luk ke?”dia menyoal.

Toh Puan Zahara menutup buku agama yang sedang dibaca.Dia tersenyum memandang Lukman. “Masuk Luk.Yang tercegat kat situ buat apa?”pelawanya lembut.

Lukman melangkah masuk seraya menutup pintu.Dia melabuhkan punggung di sofa bertentangan dengan neneknya.Seulas senyum diukir buat wanita kesayangannya. “Kenapa nenek nak jumpa Luk?”

Toh Puan Zahara tertawa. “Takkan nak jumpa cucu sendiri pun tak boleh?”

Lukman tersengih. “Bukannya tak boleh,cuma pelik.Yalah,jumpa pulak private camni.Buat orang musykil je,”

“Ada-ada jelah kamu ni.Nenek ada hal nak cakap dengan kamu ni,”

Lukman kerut dahi. “Hal?Hal apa,nek?”

Toh Puan Zahara menarik nafas sebelum meneruskan. “Tentang Najwa Syaqira,”ringkas dia menjawab.

Wajah Lukman berubah.Dia memang tak suka kalau nama tu disebut di depannya.Walaupun dalam seminggu ni dia dah tak cari pasal dengan perempuan tu,tak bermakna rasa bencinya dah hilang. “Kenapa dengan dia?” Lukman acuh tak acuh bertanya.Tangannya dipanjangkan mencapai sebuah buku di rak di sebelahnya.

“Hmm.. Berat nenek nak cakap.Ini ada kaitan dengan kamu juga,”Toh Puan Zahara merenung Lukman.Dia sudah dapat menjangka reaksi Lukman jika perihal Syaqira dibangkitkan.

Lukman membelek buku ditangan.Kata-kata neneknya ibarat angin lalu ditelinganya.Mood dia hilang apabila nama Syaqira disebut neneknya.

“Nenek nak kamu kahwin dengan Syaqira,”ujar Toh Puan Zahara,tegas.

Buku ditangan terlepas.Lukman mendongak merenung neneknya tajam. “Apa nenek cakap?” dia bertanya terkejut.ke

“Nenek nak kamu kahwin dengan Syaqira,”ulangnya.

Wajah Lukman merah padam. “No,nenek.You know I won’t marry her,”dia bertempik.Nafasnya naik turun mengawal marah.Toh Puan Zahara kekal tenang.

“Kamu kena kahwin dengan dia kalau kamu nak nama kamu tersenarai dalam list pewaris sah Toh Puan Zahara,”suara dia berlagu tenang menuturkan kata-kata berbaur ugutan.

“Nenek….”suara Lukman melengking.Dia berdiri berhadapan dengan Toh Puan Zahara.Mengigil tangannya menahan marah.Apa yang dirisaukannya benar-benar terjadi.

Toh Puan Zahara turut berdiri.Dia merapati Lukman.Tangannya mengusap bahu cucunya itu dengan penuh kasih.Dia faham akan trauma yang dihadapi Lukman dan ketidak percayaannya terhadap perkahwinan.Tetapi Toh Puan Zahara tidak mahu Lukman terjerat dalam trumanya hingga membujang sampai ke tua.

“Luk dengar dulu apa nenek nak cakap.Nenek belum habis cakap lagi,Luk dah mengamuk macam ni,”dia memujuk lembut sambil menarik tangan Lukman agar kembali duduk.Lukman menurut,namun api kemarahannya masih belum surut.

“Luk ingat Ima kan?”Toh Puan Zahara menanti reaksi Lukman.Tetapi cucunya hanya memandang dengan riak marah. “Sebenarnya,lepas dia keluar dari rumah ni lima tahun dulu,baru nenek sedar yang dia dah curi sijil saham yang nenek pindahkan untuk dia….”

“Apa?”Lukman memotong kata-kata neneknya.

“Dengarlah dulu apa nenek nak cakap ni.Sijil tu nenek dah batalkan tapi hanya untuk sementara sahaja.Ianya akan kembali berkuatkuasa hujung tahun ni.Jadi,nenek rasa walau jauh mana sekalipun dia pergi mesti dia akan balik Malaysia sebelum hujung tahun ni untuk mengesahkan sijil saham itu,”Toh Puan Zahara menamatkan kata-kata.

“Nenek dah gila ke?Kenapa nenek buat macam tu?”suara Lukman kembali melengking.Dendamnya kepada perempuan tak guna itu semakin menyala-nyala.Dahlah kau porak-perandakan keluarga aku,sekarang kau nak ambik harta kitorang?Jangan harap…Lukman mengepal penumbuk.

“Nenek pun macam kamu dulu.Sayang sangat dengan dia,macam cucu sendiri.Tak sangka pulak dia sanggup buat kita macam ni.Nenek pindahkan saham tu pun untuk kamu berdua bila dah kahwin nanti.Hadiah buat kamu,tapi lain pulak yang terjadi..”Toh Puan Zahara menghela nafas berat.Matanya bergenang,tapi lekas diseka.Dia sudah reda dengan semua ketentuan Allah.Itu salah satu ujian supaya dapat membersihkan dosa lampaunya.

Lukman terdiam mendengar ucapan neneknya.Memang….Memang tak siapa pun menduga perkara seperit itu akan terjadi kepada mereka sekeluarga.Dia mengeluh,lantas duduk disisi neneknya.Tangan Toh Puan Zahara digenggam seraya dicium lembut.

“Luk minta maaf nenek.Luk lupa yang bukan Luk sorang je yang rasa sakit dengan peristiwa lalu.Maafkan Luk ya nek?”pohonnya lemah.Sedar yang seisi rumah turut berduka tapi tidak dipamerkan demi untuk tidak memburukkan keadaan.

Toh Puan Zahara tersenyum sayu.Kepala Lukman diusap penuh kasih. “Tapi,Luk tak rasa yang Luk kena kahwin dengan cucu baru nenek tu semata-mata nak cari perempuan tak guna tu.Luk boleh jejak sendiri dia kat mana,”dia merenung tepat kedalam mata Toh Puan Zahara,mengharapkan persetujuan.

Toh Puan Zahara tertawa mendengar gelaran Lukman kepada Syaqira. “Nama dia Syaqira,Luk.Kalau rasa malas nak sebut,panggil Ira je dah cukup.Tak payahlah sampai jadi cucu baru pulak,”dia menasihati lembut.Lukman hanya mencebik.

“Macam mana nenek?Biar Luk cari sorang-sorang ye.Tak payahlah sampai kena kahwin bagai,’Lukman tak menghiraukan usulan neneknya.

Toh Puan Zahara termenung seketika.Dia berpaling kepada Lukman seraya berkata “Kamu yakin ke yang Ima akan tunjukkan diri dia kalau nampak kamu?”

Lukman diam tak menjawab.Kalau ikut logik akal orang yang dah buat salah,mana ada nak jumpa orang yang dia aniaya,ye tak?Kepalanya mula menimbang-nimbang perkara tersebut.

“Lagi satu,Ira tu dia ada ijazah Psikologi.Maknanya dia adalah orang yang sesuai untuk berdepan dengan situasi macam ni.Tambahan pula Ima tu kan licik orangnya.Nak harap kamu?Belum apa-apa dah meletup,”sindir Toh Puan Zahara.

Lukman panas hati.Nenek ni,baru je nak sejuk dia dah bagi berasap balik. “Nenek bagi Luk masa nak fikir benda ni sedalam-dalamnya.Kahwin bukan perkara main-main,”dia berkata serius.

Toh Puan Zahara tersenyum lebar.Walaupun belum ada kata putus,tetapi dia yakin yang Lukman akan bersetuju dengan ideanya. “Nenek tak pernah anggap perkahwinan itu main-main Ezryl Lukman.Lagi satu,kalau kamu berjaya bawa balik sijil tu saham tu jadi milik kamu,”

Lukman hanya medengus sambil berdiri.Dia melangkah ke pintu bilik. “Luk keluar dulu nek…” Tangannya memutar tombol pintu namun pergerakannya terhenti apabila neneknya kembali bersuara. “Tolong panggil Syaqira jumpa nenek Luk.Nenek tunggu kat sini,”

Lukman berpaling dengan muka tak puas hati.Nenek dah tahu aku alergi dengan budak tu,nak suruh aku panggil pulak.Takkan aku nak cakap dengan dia? “Baik,nek,” dengan berat dia berkata.Tangannya menarik daun pintu.Terasa nak dihempas sahaja,namun perasaan hormat membatasi pergerakannya.Lukman menghala ke tingkat bawah dengan perasaan yang mendongkol.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

17 ulasan untuk “Novel : Isteri di atas Kertas 6, 7”
  1. EYA says:

    to ZERO: pe kena mengena blog yg awak tulis 2 ngan blog writer?

    To WRITER: best…cepat2 la upload lagi yea…witer de blog x??

  2. ki aja says:

    Bez gile ! !
    Updates cpt ya .ILY

  3. sarah iman says:

    salam…aik???dh beribu kali letak blog asik hilang je. taperlah kita letak lagi skali ye. http://sarah-iman.blogspot.com…silalah melawat.*ehek*

  4. tasya says:

    bestlah…teruskan berkarya….

  5. AliahMohdSalleh. says:

    Ceriter ni best dan sangat menarik.

  6. sarah iman says:

    tasya..terima kasih byk :) T^T

    aliah..thanks2 sbb bc n komen :) T^T

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"