Novel : Isteri di atas Kertas 8, 9

26 April 2012  
Kategori: Novel

31,367 bacaan 31 ulasan

Oleh : sarah iman

BAB 8

Gelak tawa memenuhi ruang tamu Teratak Autumn.Syaqira dan Helina khusyuk menonton rancangan Naruto.Sesekali mereka tergelak,adakalanya dahi berkerut.Aimran menggeleng melihat telatah kedua-duanya.Niatnya nak menonton tv terbantut apabila melihat televisyen dah diambil alih oleh kuasa jajahan asing.

“Korang ni,terbantut ke apa?Dah tua bangka pun tengok Naruto lagi ke?”soalnya seraya mencapai majalah di atas meja kopi.

Syaqira menoleh,tersengih. “Lah apa salahnya.Im tak nak join ke?”

Aimran tergelak.Takde maknanya aku layan cerita kartun. “Tak kuasa,nyah,” dia buat lagak pondan.Syaqira tergelak.

“Tak payah layan abang Im tu kak Ira.Dia tu memang minda sempit.Mana ada undang-undang cakap budak-budak je boleh tengok citer kartun.Pandai-pandai je buat undang-undang sendiri,”Helina berkalih sekejap dari tv.Dia menjelir lidah ke arah Aimran.

Aimran hanya ketawa tak ambil hati.Arif sangat dengan Helina yang adakalanya laser tak tentu pasal. “Hai……Bertambahlah kanak-kanak ribena dalam rumah ni,”dia berpura-pura mengeluh.Aimran berpaling kepada Syaqira. “Im tak tahu pulak Ira suka cerita kartun,”

Syaqira tersengih. “Bukan suka je.Dah takat obses dah.Lebih-lebih lagi cerita kartun Jepun,”dia menjawab ringkas.

Aimran angkat kening sebelah. “Ye ke?Selain Naruto,Ira suka cerita apa lagi?”soalnya berminat nak ambil tahu.Saje nak kumpul informasi tentang gadis yang dah lama tarik perhatiannya ini.

Syaqira angkat tangan tanda ‘tunggu sekejap’.Bibirnya ikut mengalunkan lagu penutup cerita Naruto.Aimran tersengih.Mangai,lagu pun hafal.Matanya tak berkalih dari memerhatikan tingkah laku Syaqira yang nampak comel dimatanya.Helina yang perasan renungan miang abangnya berdehem kuat membuatkan Aimran mengalih pandang.Syaqira turut menoleh ke arah Helina. “Helin sakit tekak ke?”soal Aimran dengan muka tak berdosa.

Helina mencebik.Tahu yang abangnya pura-pura tak faham. “A’ah,sakit tekak.Helin nak gi ambik air jap,”ujarnya seraya bangun melangkah ke dapur.Syaqira berpaling ke arah Aimran. “Tadi awak tanya apa?”

“Im tanya,selain cerita Naruto..kartun apa lagi yang Ira suka,”ulangnya.

“Hmm..Ira suka Detective Conan..One Piece…Doraemon..Shin Chan..Pokemon..Digimon,”Dia melirik ke arah Aimran yang dah juling mata. “Ada banyak lagi,tapi penatlah nak cakap,”dia menghentikan aktiviti mengira kartun yang disukainya sambil tertawa kecil.Reaksi Aimran nampak lucu.

Aimran menghela nafas lega. “Fuh,nasib baik Ira tak sambung.Kalau tak mau terputus wayar dalam kepala,”dia bercanda membuatkan Syaqira menyambung gelak.

“Kak Ira,you left your phone in the kitchen,” Helina muncul dengan mug ditangan beserta Blackberrynya. “Tadi ada call masuk tapi Helin tak sempat nak jawab,” Dia menyerahkan Blackberry kepada Syaqira.

“Oh,thank you,” Baru je Blackberry tersebut bertukar tangan,lagu Kasih Kekasih berkumandang.Syaqira kerut dahi.Bila masa pulak aku set lagu In-Team ni? “Helo.Assalamualaikum,”

“Waalaikummussalam.Najwa Syaqira?”suara di talian sebelah sana bertanya sejurus menjawab salam.

Syaqira hairan.Sapa pulak ni? “Ya,saya.Boleh saya tahu siapa yang bercakap?”

Kedengaran keluhan lega dari talian sebelah sana. “Maaf kalau saya mengganggu.Saya Zara Amira.Ermm..Cik Najwa Syaqira ingat tak yang kita pernah berlanggar kat Mid Valley semalam?”

Syaqira terdiam sejenak.Aku berlanggar dengan sapa semalam? Kepalanya ligat berfikir Ha…..dah ingat. “Ya,ya.Saya dah ingat.Perempuan pakai jubah..tudung labuh dengan purdah tukan?”suara dia meninggi sedikit melambangkan keterujaan kerana telah berjaya meneka.

Zara Amira tergelak. “Betul,yang tulah.Sebenarnya saya nak bagitahu yang kita tertukar Blackberry.Yang ada dengan Cik Najwa Syaqira tu,Blackberrry saya,”

Syaqira menarik Blackberry yang sedang ditekap ditelinga.Matanya memerhati Blackberry tersebut macam X-ray.Baru dia perasan aksesori yang bergantung tidak sama dengan aksesori Blackberrynya.Warna keypad pun lain,walaupun warna cover sama. “Yelah..Maaf Cik Zara Amira.Saya pun tak perasan,sebab tak terima apa-apa panggilan.Bila kita boleh jumpa?”soalnya pantas.

Zara ketawa. “Tak payahlah nak bercik-cik.Panggil saja Zara.Ermm..esok Cik Najwa Syaqira free tak?”

“Syaqira je dah cukup,”tukas Syaqira. “Esok saya free tapi belah petang.Kita jumpa dekat tempat semalamlah,boleh?”

“Boleh.Saya minta maaf sekali lagi sebab boleh tak perasan yang dah tertukar Blackberry.Saya pun waktu tu tengah pegang Blackberry saya,” Zara memohon maaf sekali lagi.

“Eh,takde apa-apalah.Benda kecik je,”balas Syaqira.Dia cukup senang hati dengan kata-kata sopan yang digunakan Zara.Sama seperti sewaktu mereka berlanggar di Mid Valley semalam.

“Baiklah kalau macam tu kita jumpa esok ye?Assalamualaikum,”

“Waalaikummussalam,” Syaqira mengakhiri perbualan.Dia berpaling kepada Aimran dan Helina yang memandangnya dengan perasaan ingin tahu. “Akak tertukar phonelah.Ni bukan phone akak,”ujarnya lebih kepada Helina.

“Macam mana pulak boleh tertukar phone?” laju Aimran bertanya.

“Long story short.Semalam Ira pergi Mid Valley,ter‘excident’ dengan sorang perempuan ni.Blackberry Ira terjatuh,dia tolong amik tapi tak sedar kitorang punya tertukar,” ceritanya ringkas.

Aimran dan Helina mengangguk-angguk.Serentak perhatian mereka bertiga kembali ke skrin televisyen yang tengah menayangkan cerita K-On.Kali ni Aimran turut melayan cerita kartun tersebut tanpa merungut.Cambest je cerita ni.

Namun kekhusyukannya tak tahan lama apabila suara Lukman yang dah macam petir menjegah ke pendengaran.

“Weh,nenek nak jumpa kau,” dia berkata kepada Syaqira,kasar.

Serentak tiga pasang mata membulat ke arahnya disertakan mulut yang terlopong.

“Kau cakap dengan sapa,Luk?” Aimran terlebih dahulu bersuara sambil menepuk-nepuk pipinya.Aku berhalusinasi ke?Helina dan Syaqira turut bereaksi seperi baru terlihat Orochimaru.Hampir dua minggu Lukman seolah-olah mogok,tak nak bercakap dengan Syaqira.Bergaduh pun tak.Alih-alih hari ni……Langgar sumpah ke mamat ni?

Lukman mendengus keras.Aku sikit punya kena merendahkan ego cakap dengan budak ni,boleh dia buat bodo je? “Nenek nak jumpa kau,”ulangnya tanpa mengendahkan soalan Aimran.Matanya tepat memandang Syaqira.

“Kenapa?” soalnya.

“Manalah aku tahu.Dia tunggu kau dekat bilik bacaan,” Lukman berlalu usai menyampaikan pesanan Toh Puan Zahara.Buat panas je mengadap muka budak tu lama-lama.

Syaqira bangun.Dalam kepalanya dah bermacam-macam andaian yang terbentuk,kenapa neneknya ingin berjumpa dengannya.Dia melangkah pantas memanjat anak tangga dan menghilang di tingkat dua.Aimran dan Helina saling berpandangan.Riak hairan terukir di wajah keduanya.

BAB 9

Syaqira bergolek-golek di atas katil.Perasaan resah masih menjadi penghuni tetap dalam hatinya.Segumpal keluhan dilepaskan.Dia bangun menyandar ke kepala katil dengan kepala terngadah merenung siling bilik yang terukir cantik.Perbualannya bersama Toh Puan Zahara terngiang-ngiang ditelinganya.Terasa berat sungguh permintaan neneknya itu,melibatkan masa depan dirinya.

***********************

Syaqira mengetuk pintu.Senyap dua saat sebelum Toh Puan Zahara mengizinkan Syaqira masuk.Dia melangkah masuk dan duduk di sofa bersebelahan dengan neneknya.Hatinya sedikit berdebar namun otak tak berhenti berfikir sebab musabab neneknya ingin bertemu dengannya.Toh Puan Zahara masih tak bersuara.Dia leka membelek album gambar ditangan.Syaqira hanya diam memerhati,tak berani nak menegur.Seketika dia teringat muka kelat Lukman sebentar tadi.

“Ira,mari sini.Dekat nenek,” Toh Puan Zahara bersuara sambil tangannya menepuk-nepuk sofa sebelahnya.Arahan supaya Syaqira merapatinya.Syaqira akur.Tanpa berlengah dia merapati neneknya.

Toh Puan Zahara mengunjuk album ditangan. “Ni ayah kamu dan yang ini pak cik kamu.Gambar ni atuk kamu ambil waktu ayah kamu darjah satu.Comelkan?”soalnya.Bibir Toh Puan Zahara mengukir senyum.Sungguh dia rindu pada zaman kanak-kanak kedua anaknya itu.

Syaqira turut melihat album gambar yang ditunjukkan.Dia tersengih melihat gelagat ayahnya beraksi didepan kamera. “A’ah.Comel.” Dia bersetuju dengan pendapat neneknya.
Seketika kemudian,Toh Puan Zahara kembali tenggelam dalam lautan kenangan membuatkan Syaqira terkebil-kebil memandang neneknya.Nenek ni nak jumpa aku suruh tengok dia termenung ke?Teragak-agak dia bersuara. “Maaf nek,boleh Ira tahu kenapa nenek nak jumpa Ira?”soalnya.Serasa tak sanggup dia duduk tercongok disitu tanpa berbuat apa-apa.Dahlah K-on tak habis lagi.

Toh Puan Zahara berpaling ke arah Syaqira.Dalam hati dia tersenyum.Ada jugak perangai tak sabar Omar kat cucu aku ni.Dia menutup album gambar ditangan dan mengemaskan duduk sebelum bersuara. “Nenek sebenarnya ada benda nak minta tolong kamu,” dia membuka bicara.

Syaqira kerut dahi.Minta tolong? “Macam nilah,nenek jenis yang tak suka pusing-pusing.So nenek straight to the point je lah.Nenek nak minta kamu kahwin dengan Lukman,” Macam peluru berpandu ayat itu meluncur dari mulut Toh Puan Zahara seterusnya menghentam tepat ke Syaqira.Dia ternganga tak percaya.

“Nenek,janganlah buat American Joke.Kita kat Malaysialah,” Syaqira menggeleng-gelengkan kepala.Tak lawak pun.Dia tarik muka masam.

“Nenek tak buat American Joke pun.Nenek serius.I want you to marry Lukman.Boleh?” Toh Puan Zahara tayang muka serius.Syaqira semakin ternganga.Kahwin dengan Lukman?What the?????

“Nenek,I love you so much you know?”

“Nenek tahu dan nenek memang percaya yang Ira sayangkan nenek,” Toh Puan Zahara menggenggam tangan Syaqira.”That’s why I’m doing this,”sambungnya.

“Kalau nenek tahu tahu kenapa benda mengarut ni yang nenek minta Ira tolong?Dan lagi satu,why Lukman?He hate me nenek.Don’t you realize?” Syaqira meluahkan perasaannya.Tegang rasanya segala urat dalam tubuhnya mendengar permintaan tak masuk akal Toh Puan Zahara.

“Nenek tahu yang Lukman tak suka Ira.Tapi semua tu boleh berubah kalau kamu kahwin kan?” Syaqira mendengus mendengar alasan tak masuk akal tersebut.

Toh Puan Zahara mengeluh. “Baiklah.Sebabnya nenek nak kamu kahwin dengan Lukman,adalah untuk mendapatkan balik sijil saham syarikat nenek.Kamu tahu Arima kan?”

Kepala Syaqira berputar ligat.Rasamacam pernah dengar nama tu. “Bekas tunang Lukman kan?”tekanya.

“Betul.Bekas tunang Lukman dan juga pernah menjadi orang kesayangan nenek.Tapi nenek rasa makcik kamu dah ceritakan semuanya jadi kita pendekkan cerita jelah,” dia mengerling ke arah Syaqira.Toh Puan Zahara mengulang kembali apa yang baru diceritakan kepada Lukman.Syaqira hanya diam mendengar tanpa menyampuk.Selesai neneknya bercerita dia mengeluh kuat.Besarnya masalah.

“Jadi nenek nak kamu bantu Lukman cari Ima sebelum hujung tahun ni,”pintanya penuh harap.

Syaqira bangun tanpa sepatah kata.Dia melangkah ke pintu namun terhenti. “Ira nak buat solat sunat Istikharah dulu.Esok Ira bagi jawapan.Assalamualaikum,” Tanpa berpaling dia bersuara.Sejurus kemudian dia menghilang dari balik pintu menuju ke kamarnya.

Toh Puan Zahara menghela nafas panjang.Dalam helaanya itu dia tersenyum.Sesungguhnya Allah telah mengurniakan aku seorang cucu yang baik.Adakah ini petanda bahawa taubatku diterima Ya Allah?Hatinya berkata-kata sambil mata merenung ke luar tingkap yang gelap.

************************

Detingan jam dinding menyentakkan lamunan Syaqira.Perlahan-lahan dia bangun meluruskan pinggang yang terasa macam dah bengkok.Mesti sebab tak minum Anlene ni.Dalam hati dia ikut mengira dentingan jam yang masih tak berhenti.Dah pukul dua belas.Syaqira melangkah masuk bilik air.Baik aku gosok gigi dan..tidur.Buat pening kepala je fikir benda luar alam ni.

************************

Selesai menghidangkan makanan,Syaqira membancuh minuman.Tangannya lincah menyusun cawan dan jug yang berisi air milo atas dulang.Walaupun dia bukan lagi pembantu rumah,namun dengan rela hati Syaqira menawarkan diri untuk membantu membuat kerja-kerja rumah.Dia tak betah duduk sahaja tanpa berbuat apa-apa.Belum sempat dia mengangkat dulang,sepasang tangan terlebih dahulu mencapai cawan dan selamba menuang milo.Syaqira nyaris melatah.Dia menarik nafas sambil mengurut dada,mengurangkan rasa terkejutnya.Matanya merenung tajam ke arah sesusuk tubuh yang selamba melabuhkan punggung di atas kerusi bertentangan dengannya.

“Encik ni kenapa?Nak minum pun tunggulah semua orang turun,”tegur Syaqira.Kebiasaannya,jika berdua dengan Lukman secara automatik lidahnya akan membahasakan Lukman sebagai Encik.

Lukman hanya tersenyum sinis.Budak ni, waktu jadi orang gaji tak takut dengan aku.Ni dah declare sepupu ni,lagilah haram dia nak takut.Betul-betul mencabar kesabaranlah.Lukman mengetap bibir. “Aku malas nak gaduh.Aku cuma nak cakap yang aku nak kau terima permintaan nenek.Itu sahaja,”katanya perlahan.Takut ada yang terdengar perbualan mereka.

Syaqira tergamam.Darahnya terasa meruap mendengar bicara kasar malaun di depannya ini. “Senangnya Encik cakap.Terima permintaan nenek,”ajuknya. “Apa Encik ingat saya boneka ke?” Syaqira membuntangkan mata ke arah Lukman.

Wajah Lukman merah padam.Menggigil tubuhnya menahan amarah mendengar ucapan berani mati Syaqira.Memang tak reti hormat aku langsung. “Aku suruh kau terima permintaan nenek,sebab aku ada kepentingan aku sendiri bukannya sebab aku hadap sangat nak kahwin dengan kau.Tapi takpe,aku yakin seratus peratus yang kau akan setuju.Yelah…mungkin nanti nenek bayar kau?” Dia mengerling sinis ke arah Syaqira. “Kau kan mata duitan?”sambungnya tajam.

Syaqira terhenyak mendengar kata-kata sinis penuh penghinaan itu.Terasa seperti tiada maruah diri. “Yelah,saya mata duitan.Macam Encik jugak.Lagipun kita kan sepupu,mestilah perangai tamak tu sama kan?” Digagahkan dirinya supaya tidak menitiskan air mata dihadapan Lukman.Mukanya tegang menahan marah dan sedih.Lukman membuka mulut namun Syaqira terlebih dahulu memintas. “Saya akan pastikan yang saya takkan terima wasiat nenek.Biar syarikat tu kena rampas,baru padan muka Encik.Nanti dah miskin baru sedar diri agaknya,” Pedas kata-kata yang dituturkan.Syaqira dapat lihat wajah Lukman berubah.

Lukman bingkas berdiri merapati Syaqira.Perempuan ni memang nak kena dengan aku.Tangannya mencengkam dagu Syaqira dengan kuat. “Kau dengar sini.Kalau kau tak setuju dengan permintaan nenek,aku akan buat kau kahwin dengan aku walau apa pun caranya.Kau faham?” Lukman merapatkan wajahnya.Syaqira yang meronta-ronta terkaku dengan renungan bengis Lukman. “Kau tentu tak nak hilang maruah kan?” Lukman melepaskan cengkamannya dan melangkah keluar dari dapur.

Syaqira mengurut dagunya yang terasa sengal dek cengkaman Lukman.Hatinya berdebar menggila.Tak pernah dia melihat Lukman sebegitu.Macam kena rasuk.Jantungnya seakan terhenti apabila suara Lukman kembali menerjah.Dia angkat muka merenung sepupu setannya yang terpacak di pintu dapur.

“Oh,aku lupa nak bagitahu.Kau tahukan yang nenek ada sakit jantung?” Usai berkata-kata dia melangkah kembali ke ruang makan.Syaqira terasa seperti mahu menangis.Ugutan Lukman dan permintaan neneknya saling bertindih membuatkan kepalanya terasa berat.Ya Allah,dugaan apa ni?Walaupun dia sudah pun bersetuju dengan permintaan neneknya,namun sengaja dia mencabar kesabaran Lukman dengan mengatakan sebaliknya.Mampukah dia untuk hidup bersama dengan lelaki yang seperti tidak berperasaan itu?

Dia bangun,membawa dulang berisi jug dan cawan ke ruang makan.Dia hanya meletakkan dulang tersebut di atas meja dan kemudiannya berlalu.Sedikit pun dia tak pandang wajah sombong Lukman.Dasar Hell Boy,perangai pun tak guna.Syaqira memanjat tangga menuju ke kamarnya dengan pantas.Dia tak nak bertembung dengan penghuni rumah yang lain.Nanti banyak cerita pulak.Syaqira ingin menunaikan solat sunat Istikharah sebanyak yang mungkin sebelum dia memberi jawapan yang tepat kepada neneknya.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

31 ulasan untuk “Novel : Isteri di atas Kertas 8, 9”
  1. amirah says:

    bukan sepupu bapa adik bradik tak boleh kawin ke?
    kira muhrim per…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"