Novel : Izinkan Aku Terus Mencintaimu 4

4 April 2012  
Kategori: Novel

2,836 bacaan 5 ulasan

Oleh : Rodhiathul Rashid

4

Qhairul dan Zamree saling berpandang dan kemudian keduanya lalu tersenyum.

“Bila pulak kau pandai reka syarat-syarat tu untuk Nisha?”

“Entahlah, tiba-tiba idea spontan aku muncul, perasaan aku lain bila tengok muka Nisha tu, Nisha tu macam ada daya penarik seperti minta dilindungi dan disayangi, entahlah mungkin kita berdua ni tak ada adik kot sebab tu bila jumpa Nisha yang nampak manja macam tu kita jadi sayang”ujar Qhairul sambil menatap wajah Zamree.

“Aku kan dah cakap dengan kau semalam jadi sekarang kau dah caya kan. Bagi aku Nisha tu ciptaan Tuhan yang terindah yang pernah aku lihat, mata,hidung,mulut,bibir ,dagu, tubuh badan semuanya kesempuranaan yang diinginkan oleh seorang perempuan”,
Qhairul memandang ke wajah Zamree, matanya seperti mengiakan kata-kata sepupunya itu.

“Aku nak ke bilik dululah, lunch nanti kita pergi sama”Qhairul pun melangkah keluar dari bilik Zamree menuju ke bilik CEO.
Beberapa orang pekerja PJ Holding berbisik sesama sendiri melihat kemunculan Qhairunnisha hari itu.

“Siapa budak perempuan yang datang sama Datuk Zamree tu? tanya Rita pada Salmah salah seorang pekerja PJ Holding.

“Entah.. tapi aku nampak bos besar kita tu pun jumpa budak tu dalam bilik Dato’ Zamree, apa hubungan dia orang bertiga tu, tapi budak perempuan tu cantik, comel, buah hati Dato’ Zamree tak?”
Rita cuma mengangkat kedua belah bahu mendengar kata-kata Salmah.

Sewaktu duduk di kerusi CEOnya, Qhairul tersenyum sendiri. Bibirnya melafaskan sesuatu,

“17 tahun! You are too young for my taste!kenapa kau tak 25 tahun ke? tapi kau cantik Nisha,neutral beauty, tak perlu pakai make up, tak pernah aku jumpa wajah gadis cute sangat macam ni,betul kata Zam Nisha adalah ciptaan tuhan yang paling indah yang pernah aku lihat. Nisha…Nisha! kenapa kau buat jantungku berdebar-debar macam ni .” Qhairul mengeleng-gelengkan kepalanya

“Baik aku buli budak kecik ni kejap, mungkin budak ni boleh buat hilang release kot?”

“Zizie, suruh Nisha masuk bilik saya sekejap”

“Baik Datuk ”

“Nisha, bos besar suruh awak masuk”

“Abang Qhairul?”
Zizie agak terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Nisha.

“Kenapa budak ni panggil Datuk Qhairul tu abang”Zizie berbisik sendiri dalam hati.

“Ya”
Qhairunnisha melangkah kaki menuju ke bilik CEO Permata Jaya Holding.Hatinya berdebar-debar, Dia rasa selesa berhadapan dengan Datuk Zamree berbanding Datuk Qhairul. Mungkin kerana Abang Qhairul nampak lebih tegas dan berketrampilan berbanding Abang Zamree yang lebih lembut dan agak bersifat penyayang.

“Abang Qhairul panggil Nisha ke?”

“Ya, duduklah Nisha ”

Datuk Qhairul merenung wajah Nisha tanpa berkelip.Nisha membalas renungan Qhairul dengan satu senyuman yang cukup manis.Jantung Qhairul semakin berdebar kuat bila menatap senyuman itu.Qhairul terus memusingkan kerusinya membelakangan Nisha. Dia melontarkan pandangannya jauh menembusi dinding kaca pejabatnya lalu dia tersenyum sendiri.

“Aku mesti kawal perasaan sekarang , aku harus kuat kalau tak aku akan tewas oleh budak ni”, dengan wajah yang serius Qhairul memutarkan semula kerusi lalu menghadap Nisha yang seperti tertunggu-tunggu sesuatu.

“Nisha ada berapa orang adik beradik?”

“Dua, saya dengan adik Qhairil tapi lain mak”

“Nisha ada cita-cita ke?”

“Mestilah bang, Nisha nak belajar sampai U, lepas tu dapat kerja tetap, kahwin dan bina keluarga bahagia bersama suami dan anak-anak Nisha”

“Nisha pandai masak ke?”
Nisha merenung wajah Qhairul, “kenapa abang Qhairul tanya soalan yang melalut-lalut macam ni, aku bukan nak jadi orang gaji kat ofis ni”
Mata Nisha merenung tajam ke wajah Qhairul.Dada Qhairul berdebar tidak keruan bila ditenung Nisha sebegitu.

“Kenapa Nisha pandang abang macam tu”

“Tak! ehh… pandailah jugak kalau masak mee segera”

“Pandai Nisha ni nak kenakan aku” Qhairul berbisik sendiri.
Nisha mengukir senyuman

“Orang perempuan mesti pandai masak kalau nak suami sayang”

“Nisha bukannya ada suamipun”

“Nanti-nanti Nisha tak nak kahwin ke?”

“Mesti ke syarat nak kahwin tu perempuan harus pandai masak, apa suami tak boleh jadi tukang masak ke?jawab Nisha pula.
Jawapan Nisha seolah-olah mencabar mindanya.

“Biasa yang masak tu kan kah isteri?”

“Ya ke?Tapi kalau Nisha kahwin nanti, Nisha nak suami masak untuk Nisha, Nisha kerja suami jaga rumah jadi house husband”Nisha tergelak sendiri.

“Malang betul siapa kahwin dengan Nisha ni”sahut Qhairul sambil tersenyum sinis.

“Tak malang,walaupun suami Nisha nanti jadi Mr.Mama tapi Nisha sayang dia sepenuh hati, sebab kalau lelaki tu sanggup buat kerja rumah untuk isterinya tulah lelaki yang paling penyayang dan paling romantik kat dunia ni”balas Nisha sambil mengukir senyuman di bibirnya.

Qhairul mengeleng-gelengkan kepalanya mendengar jawapan Nisha.

“Aku nak buli Nisha ke atau Nisha buli aku ni?”Qhairul berbisik dalam hatinya.

“Eer..Abang Qhairul ni dah kahwin ke?”

“Nisha boleh teka tak lelaki yang dah kahwin dengan lelaki yang belum kahwin”tanya Qhairul sambil tersenyum.

“Biasanya lelaki yang dah kahwin ni lebih berani dari lelaki yang belum kahwin”Nisha memberi faktanya.

“Berani pasal apa”tanya Qhairul sambil matanya tak berkelip memandang ke wajah Nisha.

“Berani pikat perempuan”sahut Nisha lagi.

“Kalau abang ni, Nisha fikir abang ni dah kahwin ke belum?” tanya Qhairul seolah-olah ingin menguji gadis hingusan macam Nisha.

“Macam belum kot sebab tak nampak berani pun”jawab Nisha agak berani.

Qhairul membutangkan matanya memandang Nisha sambil mengetap bibir.

‘Nisha ni nampaknya nak kenakan aku lagi’bisiknya dalam hati.

“Ok, kalau Nisha kata abang ni tak berani pada perempuan, malam nanti abang ajak Nisha keluar tengok macam mana abang pikat perempuan”Kata-kata Nisha seolah-olah mencabar kelakiannya dan imejnya yang memang terkenal sebagai lelaki kasanova dan playboy di kalangan tokoh-tokoh korporat serta wanita-wanita glamour dan selebriti.

‘Mamat ni biar betul, pantang di cabar ke?’ Nisha berbisik sendiri dalam hati.

“Nisha tunggu malam ni pukul 8 abang jemput Nisha kat rumah”matanya merenung tajam pada Nisha.

“Tapi..”Nisha jadi serba salah.

“Tak da tapi-tapi, sekarang Nisha boleh keluar sambung kerja”arahan yang seperti tak boleh diingkari.

‘Nasib baik muka mamat ni sebijik macam Lee Min Ho, kalau macam kambing dah lama dah aku lompat atas belakang dia dan cekik-cekik lehernya sampai lidahnya terjelir’.Nisha merunggut dalam hati.
Qhairunnisha memandang seketika ke arah Qhairul yang seolah-olah menyibukkan diri membuka fail-fail di atas meja, kemudian terus berpaling dan keluar dari bilik CEO.

Qhairul menghembus nafas leganya bila pintu biliknya sudah tertutup semula.Jantungnya seperti nak meletup selagi Nisha berada di biliknya.

‘Nisha..Nisha kenapa kau buat aku macam ni,dahlah kau buat jantung aku ni macam nak masuk ICU, kau cabar aku pulak, semua orang kata aku kacang je pikat perempuan tapi kau sorang kata aku ni tak berani pada perempuan, malam ni kau tengok macam mana aku pikat perempuan’ Qhairul merungut sendiri di dalam hati.
Perasaannya tidak tentu arah.Apa saja yang hendak dilakukan bagaikan tidak kena. Kemunculan Qhairunnisha menyebabkan konsentrasinya tiba-tiba hilang hari itu.Hatinya seolah-olah mendesak-desak untuk sentiasa melihat wajah comel gadis itu.

‘Apa kena dengan aku ni macam tak pernah tengok perempuan?aku ni dah kena sakit otak ke?’keluhnya sendiri dalam hati.

‘Ehhh.. tak kanlah aku …. dengan budak belasan tahun..ehh susahlah macam ni lama-lama aku boleh jadi gila kalau lama macam ni’ Qhairul bangun dari kerusi,melalui tingkap dinding kaca di belakangnya. Dia melontarkan pandangannya jauh ke bandaraya KL yang kelihatan begitu indah jika dilihat dari bangunan setinggi itu.Kehadiran Nisha seolah-olah mencabar perasaan dan keegoannya selama ini.

“Kak Zizie ni dah kahwin ke?”

“Dah! Kenapa?”

“Saje nak tanya”

“Apa hubungan Nisha dengan bos dan big bos tu?”

“Abang Zam dengan Abang Qhairul”

“Ya lah!”

“Abang Zam tu abang angkat Nisha”

“Sejak bila?”

“Sejak kenal”

“Ya lah, sejak bila kenal?”

“Tu kena tanya abang berdua tu, Nisha dah diprogramkan untuk menyatakan bahawa segala maklumat tentang diri Nisha adalah sulit jadi Nisha tak dapatlah beritahu akak, ini atas arahan Abang Qhairul”ujarnya sambil tersenyum.

Zizie melepaskan nada kekesalannya kerana gagal mencungkil maklumat tentang gadis remaja itu.
Nisha menghabiskan masanya sehingga lam 12.30 tengah hari dengan menatapi skrin komputer yang ada di depannya.

Zamri keluar dari bilik pejabatnya kemudian terus masuk ke bilik pejabat CEO, matanya sempat menjerling sekejap ke meja Nisha.Gadis itu sedang asyik menatap komputernya.Beberapa minit kemudian kedua-dua bos besar Permata Jaya Holding itu kelihatan keluar dari bilik CEO.

“Nisha..jom kita lunch” Dato’ Qhairul bersuara kemudian menarik lengan Nisha yang sedang leka menatap skrin monitor komputer.
Seperti anak kecil, Qhairunnisha mengikut langkah kedua bos besar PJ Holding tersebut.
Mereka masuk di sebuah restoran yang terletak tidak jauh dari bangunan tersebut.

Qhairul dan Zamree mencari sebuah meja yang sesuai untuk duduk bertiga.
Nisha berasa kekok menemani dua lelaki yang hebat yang amat maco dan bergaya yang baru di kenalinya itu.Walaupun sepatutnya Nisha merasa berbangga bila duduk di antara dua lelaki yang berpangkat,kacak dan bergaya seperti itu tetapi ketidakselesaan lebih dirasai oleh Nisha.

“Nisha nak makan apa?”

“Tak tahu, Nisha tak reti lah nak buat order ni, abang Zam order apa-apa je Nisha makan je”

Qhairul merenung wajah comel Qhairunnisha,dia sempat memuji ciptaan tuhan yang paling indah yang baru ditemuinya .

“Ya Allah,sempurna sungguh ciptaan Tuhan yang maha esa,mata.hidung,mulut, pipi terlalu cantik dan mempersona, bisa bergoncang jiwa setiap kaun adam yang melihatnya.Sambil menghayati ciptaa tuhan yang indah itu, Qhairul teringat kata-kata yang dilafaskan oleh Nisha semasa di biliknya pagi tadi masih lagi bermain di fikirannya.

“Tak kan aku rasa tercabar oleh gadis hingusan macam ni?”bisiknya sendiri dalam hati

“Kenapa rul, kenapa kau pandang Nisha macam tu, kau orang berdua bergaduh ke?”

“Nisha kata aku ni tak berani pikat perempuan, Nisha cabar aku”
Nisha terkejut mendengar kata-kata Datuk Qhairul kemudian dia tersenyum.

“Tak kan mamat ni ambil serius apa yang aku cakap tadi” detik Nisha dalam hati.

“Hah! Kau ambil hati jugakkah dengan cakap budak kecik” Zamree ketawa.

“Apa…budak kecik, banyaklah kau punya budak kecik., jangan sebut nama Qairunnisha kalau kau orang berdua tak nangis depan budak kecik ni nanti”Getus Nisha dalam hati.

Seorang waitress menghantar beberapa makanan yang di pesan oleh Zamree.
Semua jenis makanan yang tiba terlalu asing bagi Nisha, tapi kerana perut memang sedia minta diisi, Nisha terus menadah kedua tangannya untuk membaca doa makan kemudian terus menjamah sahaja makanan yang ada di depannya.

Qairunnisha lebih dulu selesai makan berbanding kedua-dua datuk yang asyik berbual ketika menikmati makanan mereka.
Nisha menghirup jus tembikai yang ada di depan, sambil duduk matanya memerhati meja yang sedang diduduki oleh dua orang lelaki mat saleh. Salah seorang dari lelaki mat saleh itu mengangkat tangan dan tersenyum pada Qhairunnisha kemudian bercakap sesuatu pada kawannya sambil tangannya mencatat sesuatu.Qhairunnisha melemparkan senyuman pada lelaki mat saleh itu.Nisha merasa agak gementar bila tiba-tiba salah seorang lelaki mat saleh itu bangun dari tempat duduknya lalu menghampiri Qhairunnisha.

“Hello Mis, I am David, boleh berkenalan? Kemudian lelaki mat saleh itu menghulur tangan pada Nisha.
Qhairul dan Zamree tiba-tiba terkejut bila melihat lelaki mat saleh itu mendekati Nisha.

“Biar betul orang putih ni, biji matanya tak nampakkah aku dan Zam ada kat sini”runggut Qhairul dalam hati.

“Hai”,Nisha cuba menyambut salam lelaki mat saleh tersebut,tetapi dengan pantas dan serentak tangan Zamree dan Qhairul menahan tangan Nisha .

“Sorry sir, she is my wife”, dengan pantas Datuk Zamree bersuara.

Lelaki mat saleh itu terpegun seketika kemudian tersenyum lalu meminta maaf.

“Sorry, I think this girl just your friend” Lelaki mat saleh itu kemudian kembali semula ke mejanya sambil bercakap sesuatu dengan kawannya.
Suasana di meja makan agak kurang selesa, kedua-dua datuk kelihatan kurang senang dengan kejadian tadi Qhairul dengan wajah yang keresahan terus bersuara.

“Nisha dah habis makan ke,jom kita balik pejabat”

“Dah.. jom”Nisha menjawab selamba.
Ketika melalui meja lelaki mat saleh tadi, lelaki mat saleh itu tersebut tersenyum pada Nisha. Qhairul terus menarik lengan Nisha supaya berjalan lebih laju dan terus menuju pintu ke lif.

“Kenapa Nisha layan lelaki mat saleh tu?” Zamree tiba-tiba bersuara.

“Bila Nisha layan, dia yang datang jumpa Nisha”

“Nisha senyum tu bererti Nisha layanlah tu”sambung Qhairul pulak.

“Ehh..kan senyum tu sedekah”jawab Nisha selamba.

“Kalau lelaki dengan perempuan mana boleh di kira sedekah, tu menggoda namanya cik adik sayang oi” balas Qhairul

“Nisha mana tahu tu semua, kan Nisha ni budak kecik, masih hingusan, tapi lelaki dari negara yang lebih dulu bertamadun tak pula anggap Nisha ni budak hingusan atau budak kecik.” Keduanya berpandangan mendengar kata-kata Nisha. Kata-kata bagaikan memulang paku buah keras.

Nisha terus terdiam sepanjang perjalanan menaiki lif menuju ke tingkat 25.
Nisha laju berjalan meninggalkan kedua lelaki yang telah memperlekehkannya tadi, tiba di hadapan meja Zizie Nisha terus teringat sesuatu.

“Kak Zizie, kat pejabat ni ada surau ke?”

“Ada, Nisha nak solat ke?”

“Ya, Nisha nak solat Zohor”

“Nisha pergi kat hujung sebelah kanan,situ ada bilik solat wanita”

“Kat bilik tu ada telekom tak?”

“Ada”

“Nisha terus melangkah laju menuju ke arah yang dinyatakan oleh Zizie”

“Zizie, Nisha mana?” Zamree dan Qhairul serentak bertanya tentang Qhairunnisha yang tiada di mejanya.

“Pergi surau nak solat Zohor katanya”

Qhairul memandang Zamree dengan penuh persoalan.

“Nanti awak fotostat IC Nisha, beri kat saya bila dah ada”Qhairul memberi arahannya pada setiausahanya.

“Baik datuk”

“Zam, kau masuk bilik aku sekejap, ada perkara aku nak bincang dengan kau”
Keduanya melangkah masuk ke bilik pejabat CEO PJ Holding.

Zamree duduk berhadapan dengan Qhairul di mejaya.

“Kau perasan tak dengan kata-kata Nisha tadi”

“Ya, dia tuju khas untuk kita berdua” jawab Zamree selamba.

“Nisha tu memang bijak,pandai dia perangkap kita dengan kata-katanya.

Aku rasa Nisha tu spesiallah Zam, dia macam ada satu aura yang menyebabkan kita jadi sayang kat dia, walaupun masih bawah umur tapi nampak kematangannya ,dia seorang yang tak mudah diperlekehkan”. Jelas Qhairul lagi.

“Aku rasa ada sebab musabab dan hikmahnya tuhan mempertemukan kita dengan Nisha

“Tengok, kita sering lupa tanggung jawab kita sebagai muslim, tapi Nisha yang kita anggap budak kecik dan hinggusan tu tak lupa tanggungjawab dia, mungkin sebab tu tuhan selalu tolong dia dalam segala hal”balas Zamree.

“Aku fikir aku nak Nisha tu jadi PA aku, nanti aku ajar dia buat kerja”Qhairul menyatakan hasratnya. Zamree tersenyum, dia cukup faham dengan sikap sepupunya itu,
Qhairul seorang yang cepat berfikir, advance dan tegas tidak hairan kalau setiap cadangan dan usulnya akan diterima oleh semua orang dan tidak ada sesiapa yang berani membantah arahannya.

“Dengan satu senyuman je dia dapat tarik mat saleh tu datang pada dia”Zamree menyambung kata-kata setelah fikirannya mengelamun seketika kemudian dia ketawa.

“Dia ada senjata yang cukup hebat yang boleh menundukkan seorang lelaki Zam.”Qhairul menyuarakan kebimbangannya.

“Qairunnisha dalam bahasa arab bermaksud sebaik-baik wanita.”terpacul kata-kata yang keluar dari mulut Qhairul.

“Mana kau dapat maksud nama tu?

“Aku cari dalam internetlah”

“Ehh Zam, malam ni aku ajak Nisha keluar, aku nak bawa dia ke kelab, Nisha macam cabar aku” tegas suara Qhairul.

“Kau jangan rosakkan dia rul, aku tak mahu ada di antara kita yang akan menyesal nanti”

“Tak,kau jangan bimbang, aku tak pernah fikir macam tu, aku akan jaga dia, aku bawa dia malam ni pun bukan seperti perempuan-perempuan lain tu”

“Aku dah mula sayangkan dia, malah aku terhutang nyawa padanya ,dia seperti satu amanah yang dihantar oleh tuhan pada aku, kalau kau lukakan dia bererti kau lukakan hati aku, kalau kau hormat dan sayangkan aku, tolong aku jaga Nisha dengan baik lebih-lebih lagi dia anak yatim piatu rul, dosanya terlalu besar kalau kita menganiya mereka”.

“Aku tahu tu Zam,kau jangan susah hati,petang nanti biar aku hantar Nisha balik,beri alamat dia kat aku”

“Kalau macam tu, aku jemput Nisha pergi kerja, kau pulak hantar dia balik kerja”

“Ok aku setuju, nanti kita beritahu Nisha”balas Qhairul sambil tersenyum
Zamree kemudian memberitahu alamat rumah Cikgu Roziah kepada Qhairul.
Perbualan mereka berhenti bila Zizie melangkah masuk sambil membawa satu salinan my kad Nisha di tangannya,

“Datuk, ni benda yang datuk nak tadi” sambil menghulurak salinan ic Nisha kepada Datuk Qhairul kemudian Zizie keluar semula dari bilik tersebut. Datuk Qhairul memerhati seketika salinan wajah comel Nisha yang berumur 12 tahun pada my card tersebut,

“Kau tengok gambar Nisha umur 12 tahun ni Zam, cute macam anak patung”sambil menghulurkan salinan fotostat my kad pada Zamree. Zamree turut tersenyum melihat gambar comel Qhairunnisha kemudian dia melihat satu persatu maklumat yang tercatat pada my kad tersebut. Mata terhenti pada tarikh lahir Qhairunnisha 1 September 1991.

“Rul, Nisha lahir 1 September lah?”Zamree seperti terkejut kemudian terus memandang wajah Qhairul.

“Tu tarikh lahir kau kan?”jawab Qhairul selamba.

“Kau tengok ni, Nisha pun lahir 1 September, kami berdua birthday samalah rul”

“Kau ni biar betul Zam”Tangannya terus mencapai salinan my kad yang dihulurkan oleh Zamree.
Datuk Qhairul mengamati seketika salinan my kad milik Qhairulnissa.

“Ya tak ya juga,kenapa kebetulan sangat macam ni Zam?”

“Itu lah kuasa tuhan Zam, jarang kita dapat jumpa orang sambut hari jadi pada tarikh yang sama dengan kita”

“Tapi tarikh lahir Nisha ni cantiklah rul 1.9.1991, senang diingat”balas Zamree lagi.
Dalam diam-diam Qhairunnisha semakin istimewa di mata Datuk Zamree.

“Nisha tu sekarang bukan adik angkat kau tapi adik kembar kau, ”sambung Qhairul lagi.

Mereka berdua akhirnya ketawa disebab perkara yang tak pernah diduga itu.

Jam sudah pukul 5.45 petang, pekerjaPJ Holding sudah ramai yang telah meninggalkan pejabat untuk balik ke rumah masing-masing. Nisha masih lagi menatapi skrin komputer di atas mejanya, Tapi kali ini dia cuma melayari internet.Zizie kelihatan sedang mengemas mejanya untuk balik.Sebentar kemudian Datuk Qhairul keluar dari pintu biliknya dengan membawa briefcase di tangan kirinya. Dia kemudian melangkah kakinya menuju ke arah Nisha yang sedang leka menekan-nekan tertikus di tangannya.

“Nisha, jom kita balik ,abang hantar Nisha”.Nisha terkejut bila Datuk Qhairul tiba-tiba menegurnya.

“Abang Zam?”tanyanya sambil mendongak memandang wajah Qhairul.

“Abang Zam biasanya balik lewat masih ada kerja nak di siapkan”

Nisha terus menutup komputer di atas mejanya kemudian melangkah menuruti Datuk Qhairul menuju ke pintu lif.Terus menjadi tanda tanya penyambut tetamu di lobi bangunan itu bila gadis itu kemudian balik bersama Pengurus Besar PJ Holding. Sepanjang perjalanan menuju ke hadapan lobi bangunan mereka tidak banyak bercakap. Nisha cuma mendiamkan diri.

Sebuah kereta Lamborghini berwarna biru gelap menunggu di hadapan lobi..
Nisha agak terkejut memandang kereta yang terlalu canggih dengan reka bentuk berbeza dari kereta-kereta yang biasa dilihatnya di jalan raya.Sesuai dengan jiwanya seorang lelaki yang telah merangkul gelaran kasanova dan playboy.

‘Ni kereta abang ke?”

“Ya, kenapa?”tanya Qhairul sambil matanya menatap ke wajah Nisha.

“Tak pernah Nisha tengok kereta macam ni,macam kapal angkasa”

Qhairul tergelak.

“Menang kapal angkasa, lepas ni abang bawa Nisha terbang ke bulan”

“Abang biar betul, rumah Nisha bukannya kat bulanlah”

“Jadi Nisha tinggal di mana?”

“Kayangan”balas Nisha sengaja menyambung loyar buruk Qhairul. Satu kepala betullah mereka berduani.

“Boleh tahanlah Nisha ni kalau diajak loyar buruk”balas Qhairul sambil tergelak.

“Abang yang mulakan”balas Nisha lagi.

Dengan gelak yang masih bersisa mendengar jawapan Nisha, Datuk Qhairul membuka pintu kereta sebelah tempat duduk penumpang kepada Nisha. Dengan perasaan yang amat teruja Nisha memboloskan diri di dalam Lamborghini tersebut. Datuk Qhairul perlahan-lahan mengerakkan kereta kemudian menyusur laju menunju ke jalan raya Kuala Lumpur yang agak sesak ketika itu.Kadang kala lagak Qhairul memandu agak laju lagak seorang pemandu F1 bila berada di jalan yang tidak banyak kenderaan. Kerana kecanggihan dan mutu buatannya walaupun dipandu laju ketika menaikinya namun tidak pula terasa kelajuannya. Kereta mewah milik CEO dan timbalan CEO PJ Holding memang sering menjadi perhatian pengguna-pengguna jalan raya yang teruja melihat kereta mewah tersebut.

“Kenapa Nisha diam je ni, tak da modal nak cakap lagi ke?”

“Budak kecik mana ada banyak modal nak cakap, cakap pun bukannya betul”
Dahi Qhairul berkerut, kemudian setelah mengingatkan sesuatu dia terus ketawa.

“Jadi Nisha ni merajuk dengan abanglah ni?”ujar Qhairul sambil matanya menjerling memandang Nisha di sebelahnya.

“Kalau Nisha ni merajuk makinlah orang anggap Nisha ni budak kecik” Qhairul tergelak, satu cubitan singgah di pipi yang putih dan gebu miliknya.

“Eee..sakitlah”

Nisha kemudian mengibas-gibas kesan cubitan tersebut dengan tangannya.Hati sangat geram dengan tindakan nakal Datuk Qhairul.

“Malam nanti jangan lupa, abang Qhairul ambil Nisha pukul 8”
Nisha cuba menyatakan sesuatu tapi cepat-cepat dihalang oleh Datuk Qhairul.

“Abang tak nak dengar apa-apa,keputusan abang muktamad, stop”

“Kalau Nisha tak nak pergi jugak?”

“Esok abang akan cium Nisha depan semua pekerja PJ Holding”.
Membutang mata bundar Nisha mendengar ugutan Datuk Qhairul.

“Bahaya betul mamat sorang ni” rungut Nisha dalam hati.

“Ini arahan ke,ugutan ke atau paksaan?tanya Nisha dengan sedikit geram.

“Kesemuannya, kerana abang nak Nisha tahu salah satu perangai buruk abang iaitu kalau abang nak kan sesuatu dan demi kepentingan abang, abang akan bertindak dengan apa cara sekali pun”

“Patutlah abang jadi big bos”

“Sindir abang nampak”

“Bukan sindiran tapi kenyataan”

“Abang tak kisah, Nisha boleh kutuk abang apa-apa je abang tak marah malah makin sayang” ujar Qhairul sambil tangannya cuba memicit hidung mancung gadis tersebut. Nisha cepat-cepat menepis tangan lelaki tersebut dengan wajah yang merah padam mendengar usikan Datuk Qhairul sebentar tadi.

“Oh ya, abang dah sepakat dengan Abang Zam, pergi kerja Abang Zam jemput Nisha tapi bila balik kerja Abang Qhairul akan hantar Nisha balik”.

“Nisha ni tak menyusahkan abang berdua ke?”

“Dah abang katakan pagi tadi hal kecik je,Nisha cuma perlu patuhi semua syarat, yang lain tu abang berdua aturkan”.sahut Qhairul lagi.

“Nisha takut sebab abang berdua beri layanan yang istimewa sangat pada Nisha sedangkan Nisha ni bukan siapa-siapa pun dengan abang berdua,saudara pun bukan, abang tahukan Nisha asal dari mana, budak kampung, tak da saudara mara, anak yatim piatu, tak da apa yang istimewa pada Nisha bang”Nisha hampir tersendu menyatakan siapa dirinya yang sebenar.

Terkilan juga rasa hati Qhairul mendengar ucapan yang keluar dari mulut gadis tersebut.

“Kerana Nisha begitulah abang berdua tolong, sekiranya Nisha ni anak jutawan buat apa abang berdua nak tolong, tapi sebenar Nisha yang tak nampak keistimewaan yang ada pada diri Nisha, Abang dan Abang Zam nampak keistimewaan yang ada pada Nisha, abang berdua nak menjaga Nisha dan memberikan kebahagian pada Nisha” jawab Qhairul dengan nada yang serius.

“Tapi kan abang berduakan baru kenal Nisha, terutama Abang Qhairul baru je hari ni kenal Nisha”

“Kenal lama atau baru kenal bukan sesuatu yang penting sangat jika tuhan telah mentakdirkan kita untuk saling menyayangi dan sekiranya orang itu memang sejak azali lagi dah dijodohkan untuk kita.Tapi walaupun seratus tahun kita mengenali seseorang itu, kalau ia bukan jodoh kita, kita tetap tak kan boleh bersama juga”.ujar Qhairul sambil matanya menumpu pada pemanduannya.

Nisha termenung mendengar ungkapan yang penuh makna lahir dari mulut lelaki tersebut. Mungkin tuhan telah merencanakan semuanya sehingga kedua lelaki tersebut amat mudah untuk menerima dan menyayanginya seperti seorang adik dan memberi peluang dirinya menumpang kesenangan hidup yang tidak pernah dirasai selama ini.

Kereta Lamborghini Datuk Qhairul akhir sampai di depan rumah Cikgu Roziah, Roziah yang memang menanti kepulangan Nisha untuk mendengar cerita pengalaman hari pertama Qhairunnisha bekerja. Mendengar deruman enjin kereta dia terus membuka pintu rumah untuk mempastikan pemilik kereta tersebut. Datuk Qhairul keluar dari kereta kemudian terus berlari anak membuka pintu kereta untuk Nisha.Cikgu Roziah agak terkejut bila melihat bukan Encik Zamree yang menghantar Nisha balik petang itu tetapi seorang lelaki lain yang begitu bergaya dan maco dengan sebuah kereta yang sama-sama mewah seolah bersaing hebat dengan Encik Zamree.

“Terima kasih bang sebab hantar Nisha balik”

“Jangan lupa pukul 8 nanti ,abang jemput Nisha semula, ok Nisha, take care”
Nisha menghantar kereta Datuk Qhairul dengan ekor matanya sehingga ia hilang dari pandangan.
Cikgu Roziah senyum memandang Nisha, tanpa membuang masa pertanyaan demi pertanyaan keluar dari mulut Cikgu Roziah.

“Siapa pulak tadi tu Nisha, bukan Encik Zamree kan?”

“Abang Qhairul”

“Encik Zamree mana, kenapa orang lain hantar Nisha balik”

“Ada,masih kerja sebab Abang Qhairul tumpangkan Nisha balikøKak Rozi nak dengar cerita tak?”

“Mestilah Nisha”

“Abang Zamree bawa Nisha kerja kat Permata Jaya Holding”

“Nisha kerja kat Permata Jaya Holding ke?”

“Ya, kenapa Kak Rozi?”

“Syarikar besar tu Nisha, kalau tak silap milik dua orang sepupu yang hartawan, dengar cerita CEO dan Timbalan CEOnya masih single lagi”.

“Ya,Yang ambil Nisha pagi tadi tu Timbalan CEOnya, Datuk Zamree yang Nisha panggil Abang Zam tu”

“Apa, biar betul Nisha, bertuahnya badan kau, boleh kenal timbalan CEO Permata Jaya Holding, datuk pulak tu, siap ambil kau kat rumah lagi tu”.Cikgu Roziah seolah tidak percaya apa yang didengarnya dari mulut Nisha

“Yang hantar Nisha balik tadi tu CEO PJ Holding, Datuk Qhairul Azamin”
Mulut Rozi melopong mendengar kata-kata Nisha.

“Betul ke Nisha, macam mana cerita kau jadi macam ni, boleh tackle dua datuk dalam satu hari. Dua-dua bujang dan dua-dua bos besar dan maco lagi tu”

“Setiap pagi mulai esok Abang Zam akan jemput Nisha dan balik pulak Abang Qhairul yang akan hantar”.

“Macam mana badanlah kau bertuah sangat macam ni Nisha”

“Tuah anak yatim piatu Kak Rozi”balas Nisha sambil matanya meleret memandang Cikgu Roziah.

“Kau tak panggil datuk ke dia orang berdua tu”

“Tak, dia orang berdua suka Nisha panggil dia orang abang, dan katanya cuma Nisha je yang panggil di orang berdua macam tu kat dunia ni”sambung Nisha sambil tersenyum.
Cikgu Roziah mengeleng-gelengkan kepala bagaik percaya dengan cerita adik angkatnya itu.

“Siapa lebih maco dia orang berdua tu Nisha”
Nisha tersenyum mendengar pertanyaan kakak angkatnya itu.

“Dua-dua kacak, tapi mata Nisha ni lagi minat tengok Abang Qhairul kot, sebab abang Qhairul ada extra lawa sikit, kulit dia putih tapi Abang Zam sawo matang sedikit tapi muka macam hindustan,Abang Qhairul lebih besar dan lebih tinggi sikit dari Abang Zam, kalau akak nak tahu muka abang Qhairul sebiji macam Lee Min Ho pelakon Korea yang Nisha minat tu”beritahu Nisha sambil tersenyum.
Cikgu Roziah tergamam mendengar kata-kata adik angkatnya itu.

“Dia baik sangat ke dengan Nisha”tanya Cikgu Roziah lagi.

“Entahlah,dia orang berdua tu mungkin anggap Nisha ni adik angkat je.Nisha ni kan jauh lebih muda manalah sesuai jadi kekasih dia orang berdua tu.Tapi sekarang nampak macam hari-hari Nisha kena ikut buntut dia orang berdua tu pergi lunch” Nisha cuba membuat andaiannya.

“Tapi dah kira bertuahlah tu Nisha, sebab dua orang datuk boleh layan kau macam tu”komen Cikgu Roziah lagi.
Nisha teringat ajakan Datuk Qhairul petang tadi.

“Malam ni, Abang Qhairul ajak Nisha keluar pukul 8”.

“Betul ke?pergi mana?”

“Entahlah”Malas pula rasa hendak bercerita dengan Cikgu Roziah tentang Qhairul yang tercabar dengan kata-katanya.

“Kalaulah Nisha diberi pilihan, Nisha pilih siapa antara mereka tu”

“Abang Zamree tu baik, penyayang dan bertanggungjawab, Abang Qhairul pula romantik, tegas dan suka berterus terang tapi kalau Nisha ni diberi peluang untuk memilih, Nisha pilih Abang Qhairul kot tapi malaslah Nisha nak fikir benda yang tak masuk akal macam ni sebab tu dah macam cerita dongeng pulak, baik Nisha fikir macam mana nak keluar dengan Abang Qhairul malam ni. Baju apa yang sesuai? Nisha bukannya ada pakaian cantik. Tak kan nak pakai baju kurung kot”ujarnya lagi sambil mengelamun memikirkan sesuatu.

‘Tu biasalah pada awalnya, lama-lama nanti kakak jamin abang angkat tu entah ke mana, percayalah cakap kakak ni”Nisha tergelak mendengar kata-kata kakak angkatnya.

“Tapi Nisha percaya kedua-duanya mereka tu baik, kalau Nisha ni lelaki, Nisha akan madukan mereka berdua tu”membutang mata Cikgu Roziah mendengar kata-kata Nisha.

“Tamaknya engkau Nisha”balas Cikgu Roziah lagi.
Nisha tergelak, lucu melihat wajah Cikgu Roziah. Bila ketawanya berakhir dia termenung seketika.

“Kenapa Nisha?”

“Malam ni macam mana kak?nak pakai apa? Nisha bukankan reti, entah mana abang Qhairul tu nak bawa Nisha?“Nisha tak tahulah nak pakai baju apa malam ni, takkan nak pakai baju kurung kot?”tanyanya seperti mengharapkan buah fikiran wanita itu.Cikgu Roziah tergelak mendengar kata-kata Nisha.

“Tak pa,nanti kakak pinjamkan baju blouse merah dan Skirt jean levis warna hitam labuh pada Nisha,muat rasanya.Rambut tu nanti pakai scarf kain warna merah, pasti menyerlah dengan kulit Nisha yang putih melepak tu, kakak nak CEO tu terpegun dan terus terpikat dengan Nisha. Nisha jangan risau, pakai apa pun Nisha tetap nampak cantik” sambil kepalanya berfikir cara untuk menyerlahkan penampilan adik angkatnya malam itu.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Izinkan Aku Terus Mencintaimu 4”
  1. qiqi says:

    best…tapi kesian la plak kat zamree kalau nisha pilih Qhairul…cik penulis cepat2 sambung ye…

  2. EYA says:

    woou…suka sngat cite nii tapi pendek laa x puas baca. cepat2 la upload lg..:D
    writer de blog x???

  3. kodok says:

    yez….. memang bez cite nie x sbar nk tahu kisah seterusnya….cepatla upload suka sgt dgn Qhairulnisha & Qhairul lebih2 lg ada rupa le min ho tringat dgn Hilman yong….

  4. sya says:

    knpe da lme cte ni xbersmbung ek,,tertgu2 nk bce smpi abs kalau bole..

  5. Kenapa stop. Tak seronok Membaca only to realize Sampai sini je

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"