Novel : Projek Memikat Suami 24,25

24 April 2012  
Kategori: Novel

77,513 bacaan 187 ulasan

Oleh : Hanina Abdullah

BAB 24

Francois la Croix, wakil syarikat Peranchis yang akan menjalankan urus niaga dengan Alimin Industires tiba di Kuala Lumpur dengan teamnya menjadikan pejabat Alimin International sibuk tidak terkira. Alhamdulillah, semua perbincangan berjalan lancar. Untuk malam kedua Monsieur la Croix di ibu negara, Tan Sri Zainal meminta Zahrain membawa Monsieur la Croix makan malam di sebuah hotel terkemuka. Disebabkan isteri Monsieur la Croix menemaninya ke Kuala Lumpur, maka Zahrain diarahkan oleh Papanya untuk membawa Husna makan malam bersama.

Arahan Papanya diterima Zahrain dengan hati yang kelat. Budak hingusan itu, nak dibawa makan malam dengan client dari Peranchis? Jangan hancus, sudah! Kalaulah aku boleh bawa Adira yang sofistikated, tentu semuanya berjalan lancar. Namun arahan Papa tidak berani disanggah. Laju dia memberikan arahan kepada pembantu setiusahanya untuk menelefon Husna, supaya bersiap sedia untuk keluar makan malam nanti.

“Azlina, sudah call isteri saya?”

Takut-takut pembantu setiausahanya menjawab, “dah hampir sejam saya cuba menelefon isteri Tuan tapi tidak berjawab.”

Hah? Ke mana budak itu pergi? Kemalangankah dia? Atau terlalu asyik shopping sampai tidak sedar ada panggilan telefon? Lalu dia sendiri cuba menelefon, juga tiada jawapan. Talian diputuskannya tanpa meninggalkan pesanan di peti simpanan suara.

“Keep calling her. Connect her to me when you manage to get through,” arahannya kepada pembantu setiausaha. Mukanya sudah masam. Ke manalah budak itu pergi merayau? Tak reti duduk di rumahkah? Inikah kerjanya setiap hari?

Dia kembali ke bilik mesyuarat dengan hati yang mencuka. Hampir sejam selepas itu, barulah pembantu setiusahanya masuk ke bilik mesyuarat dan memberikan isyarat panggilan telefon. Zahrain meminta izin untuk keluar seketika.

“Where the hell have you been? Dah dua jam staf I cuba call you!” sergahnya ke dalam telefon.

Husna di hujung talian terpaksa menjarakkan telefon dari cuping telinga. Mak aih! Bingit telinga aku dibuatnya. Bagi salam pun tidak, sergah terus!

“Saya ke gym….,” baru sahaja Husna menjawab, terus dipotong oleh suaminya.

“Dua jam! Gym apa sampai 2 jam?”

“Zumba, selepas tu sauna,” jawab Husna sudah mula sakit hati. Oh! No hourly report for him, tapi aku pula perlu melapor setiap pergerakan.

“Zumba? Apa kebenda tu? Whateverlah,” getus Zahrain dalam hati.

“Malam ni ada dinner dengan client penting. Kita bertolak selepas maghrib. Dress up, jangan lambat. Dengar tak ni?” Zahrain mengarah dengan suara yang kuat.

Dia ingat aku ni staf dia ke? Bagi arahan menengking-nengking. Husna menahan kesabaran. Geram dengan lelaki yang tak tahu menghargai isteri.

“Roger that.”

Roger that!? Jawapan Husna membuat darah Zahrain mendidih. Jawapan macam budak kecil!

“Awak boleh serius tak? Ini bukan dinner main-main. Client ini penting untuk syarikat keluarga saya!”

Oh! Syarikat keluarga “saya,” bukan syarikat keluarga “kita.” Husna berasa sungguh jauh hati.

“Ya, saya faham, lepas maghrib bersiap untuk dinner dengan client awak.” Satu persatu Husna mengulang arahan suaminya.

Talian telefon diputuskan suaminya begitu sahaja. Eeee, bukan reti nak jawab “terima kasih” ke “bye-bye” ke, bebel Husna.

_ _ _ _ _

Zahrain pulang sebelum maghrib, sempat juga mereka solat maghrib berjemaah. Usai solat maghrib, Husna mengenakan kebaya nyonya berwarna ungu bersulam-sulam bunga. Inilah kali pertama dalam hidupnya memakai kebaya nyonya. Agaknya kalau tidak berkahwin dengan lelaki korporat seperti Zahrain, tak pakai lah aku kebaya nyonya, fikir Husna. Sedang dia memakai mekap, suaminya keluar dari bilik air. Ditenungnya Husna dengan mata mencerun.

“Tak ada baju lain ke nak pakai?” soal Zahrain dengan suara mendatar.

Aik! Apa kurang kebaya ini? Terlalu ringkaskah? Hairan juga Husna dibuatnya.

“Ada.” Jawab Husna ringkas, malas nak memanjang-manjangkan isu. Sejak dari siang tadi mamat ketul ais ini buat hal.

“Tukar,” arah suaminya.

Husna menarik nafas panjang dan mengingatkan dirinya untuk bersabar. Almari pakaian dibuka dan dia mencapai sehelai blaus chiffon kelabu muda bercorak pua kumbu di bahagian depan. Dikenakan dengan inner berwarna perak dan seluar panjang berwarna kelabu gelap.

Sekali lagi di renung Zahrain. Product inspectionlah tu. Tak kata apa-apa pula, oklah tu. Mereka bertolak ke hotel untuk makan malam.

Masuk ke dalam kereta, Zahrain memberitahu, “Nama client saya tu Francois la Croix, orang Peranchis.”

“Fghan-swa,” sebut Zahrain, sebutir-sebutir. Nada suaranya bagai mahu Husna berlatih menyebut nama lelaki Peranchis itu.

“Fghan-swa,” ikut Husna mendatar. Ah, macamlah aku ni budak kecil!

“la Kgh-wa” sebut Zahrain.

“la Kgh-wa” Husna menurut.

“Hmph.” dengus Zahrain. Puas hati agaknya, teka Husna.

Tiba di restoran, mereka menunggu Monsieur la Croix dan isterinya. Selang beberapa minit, pasangan Peranchis itu tiba. Bergaya betul isterinya, orang Peranchislah kata kan, memang ada panache! Monsiuer la Croix memperkenalkan isterinya kepad Zahrain dan Husna. Kemudian Zahrain pula memperkenalkan isterinya kepada pasangan Peranchis itu.

“Bonsoir, Monsieur, Madamme! Comment allez-vous?” ucap Husna dengan loghat Peranchis yang begitu autentik. Terkejut Zahrain dibuatnya, dia tidak tahu Husna boleh berbahasa Peranchis. Isterinya direnung dalam-dalam.

“Oh, kamu boleh berbahasa Peranchis? Seronoknya!” tanya Madamme la Croix dalam Bahasa Peranchis. “Panggil saya Margaux saja.” Cepat mesra wanita Peranchis ini kerana dia gembira bila mendapati Husna boleh berbahasa ibundanya.

“Ah, Bahasa Peranchis tahap sekolah menengah sahaja,” jawab Husna, merendah diri, masih berbahasa Peranchis. Bukan pandai sangat dia, di universiti, dia mengambil subjek Bahasa Peranchis hingga ke tahun dua, tapi memanjang mendapat B.

“Baguslah awak boleh berbahasa Peranchis, sebab Bahasa Inggeris saya tak mencapai tahap sekolah menengah pun,” gurau Margaux, disambut ketawa kecil Husna dan Francois. Hanya Zahrain terkebil-kebil, tidak faham apa yang diperkatakan. Padan muka kau, kata Husna dalam hati! Nak latih aku menyebut nama Peranchis konon!

Sepanjang makan malam, Husna dan Margaux rancak berbual. Sekali sekala Francois mencelah apabila Husna tersangkut dengan Bahasa Peranchisnya ataupun Margaux tersangkut dengan Bahasa Inggerisnya. Zahrain tidak habis terkebil-kebil, nak mencelah perbualan isterinya dengan isteri Francois pun bukan dia tahu, cuma dapat meneka-neka apa yang dibualkan. Apabila mereka ketawa, dia menampal senyum palsu di bibir.

Margaux rupanya seorang pencinta alam. Dia pernah terdengar tentang Pusat Perlindungan Orang Utan Sepilok di Sabah dan teringin mahu ke sana. Laju saja Husna mengeluarkan telefon pintarnya dan mencari maklumat di internet. Terdapat beberapa syarikat perlancungan tempatan yang menyediakan pakej perlancungan ke Sepilok. Setelah membanding-bandingkan pakej yang ditawarkan, Margaux dan Francois membuat keputusan untuk ke sana untuk beberapa hari selepas selesai Francois bermesyuarat dengan Alimin International.

“Kamu pula bila mahu ke Peranchis?” tanya Margaux. Maka Husna pun membuka cerita tentang pengembaraannya di benua Eropah. Zahrain hanya mendengar kerana dia sendiri tidak tahu isterinya banyak sekali mengembara.

“Your wife has travelled to almost all four corners of Europe!” puji Francois.

“Never to Scandinavia though,” jawab Husna, polos.

“Why not?” tanya Margaux.

“I was planning to till my parents called me home for my wedding,” jelas Husna dengan senyuman tawar.

“Your marriage was arranged!?” terkejut Margaux dibuatnya. Zahrain sudah tidak senang duduk. Apa kata Francois? Tentu dia fikir aku ini kuno, kahwin pun mengikut pilihan keluarga!

“I wouldn’t mind an arranged marriage if the bride is as beautiful as Una!” usik Francois, diikuti dengan tawa isterinya. Husna senyum tersipu-sipu. Zahrain pula hanya tersenyum kelat.

Makan malam diakhiri dengan ucapan terima kasih dari pasangan la Croix.

“Kalau ke Paris, jangan lupa hubungi saya,” pesan Margaux sambil mencium pipi Husna kiri kanan. Orang Peranchis beginilah adatnya, berjumpa cium pipi, nak berpisah pun cium pipi. Nasib baik Francois tidak pula mencium pipi aku. Tentu kena jelingan maut mamat ketul ais beku!

Dalam perjalanan pulang, Zahrain bersuara, “Saya tak tahu awak boleh berbahasa Peranchis.”

“There’s a lot about me that you don’t know, Monsieur Zahrain,” jawab Husna pendek.

BAB 25

Keesokan harinya, Zahrain keluar makan tengahari lagi dengan Adira. Berangin betul supermodel itu. Marah bukan kepalang kerana dia baru terlepas sebuah kontrak besar dengan syarikat kosmetik antarabangsa. Bodoh punya agen! Gara-gara dia, aku melepas kontrak ratusan ribu ringgit, getus Adira dalam hati. Apa alasan wakil syarikat itu? Adira Sulaiman doesn’t have a wholesome lifestyle, which is not the image our company wants to project. Wholesome lifestyle konon!! Don’t they know that I am the epitome of style? Hatinya hangat tak terperi, kalau boleh mahu sahaja Adira menjerit kuat-kuat.

Kontrak ratusan ribu ringgit pun aku terlepas, anak jutawan aku terlepas. Aku pun dah nak masuk 27 tahun. Berapa tahun lagi boleh bertahan dalam dunia modeling ini? Hai, tak boleh jadi ni!! Anak jutawan ini harus ku cekup juga. Tak laku modeling nanti, boleh goyang kaki jadi bini orang kaya.

Kemarahannya disorokkan, di hadapan Zahrain dia berlagak manja. Alah, bukannya susah, memang itu kerjanya di depan kamera. Anak jutawan ini memang sudah tergoda, tapi masih belum membuka mulut mengajaknya kahwin. Hmph, kena ambil tindakan ni, tidak boleh dibiarkan lagi.

“Darling, one minute ye. I need to go to the powder room,” Adira meminta diri.

Sambil melangkah ke bilik air, matanya melilau-lilau mencari orang untuk membantu dia menjalankan rancangannya. Dia ternampak seorang pelayan restoran. Digamitnya lelaki muda itu dan tanpa melengahkan masa, dia membisikkan arahan serta menyerahkan beberapa keping duit RM50 dan telefon pintarnya. Kemudian dia berpatah balik ke meja makan tanpa pergi ke bilik air seperti yang diberitahukan kepada Zahrain.

_ _ _ _

Husna sudah mula bosan dengan rutin sehariannya. Sediakan sarapan, kemas rumah, ke gym, sediakan makan malam. Esok ulang semula. Zahrain keluar pagi, pulang hampir maghrib, dan keluar semula selepas makan malam. Dinihari baru pulang bila Husna sudah tidur. Nasib baik dia tidak pernah tercium bau minuman keras pada suami atau baju suaminya. Husna tidak pernah bertanya ke mana suaminya pergi kerana dia maklum dengan perangai suaminya yang pantang diminta ‘hourly report’!

Entah, agaknya dia keluar dengan model itu. Jenuh dia melaram pakaian seksi di rumah, Zahrain buat tidak nampak sahaja.

Apa lagi yang boleh aku buat? Habis-habis bosan pergi shopping! Takkan tiap-tiap hari hendak pergi shopping? Dah penuh dapur dengan kelengkapan periuk belanga dan pinggan mangkuk. Ruang tamu pun sudah dia hiaskan. Set sofa kini dipenuhi dengan kusyen-kusyen berwarna putih, kelabu dan perak. Ada yang berbulu, ada yang berhias aksesori metalik dan ada yang bersulam. Di atas meja kopi dan meja makan diletakkan gubahan bunga orkid putih dan bunga camellia putih. Dinding dihiasi dengan foto-foto perkahwinan mereka dalam bingkai foto ukiran kaca. Barulah hilang aura klinik dan rasa macam rumah yang selesa.

Telefon Mamalah, ada projek yang Husna mahu cadangkan kepada ibu mertuanya. Usai berbual dengan Mama, telefon pintarnya berbunyi tanda masuk pesanan ringkas. Husna membelek skrin telefonnya, ada MMS, dari nombor yang tidak dikenali. MMS dibuka, melopong Husna dibuatnya. Terdapat kiriman gambar suaminya makan bersama-sama dengan model terkenal, Adira Sulaiman! Sesak nafas Husna melihat adegan mesra suaminya dengan model itu. Siap bersuap makanan. Oh, betullah dia hendak teruskan juga rancangannya berpoligami. Atau pun dia menunggu masa sahaja untuk menceraikan aku dan berkahwin dengan model itu. Tangannya diletakkan di dada yang berombak-ombak kencang. Hati, oh hati, kau masih okeykah?

Sayu sungguh rasa Husna. Sejak berkahwin ini, dia berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi isteri yang terbaik buat Zahrain. Macam-macam perkara yang menerjah ke dalam fikirannya. Bodoh sungguh aku, menagih kasih dari mamat sombong itu. Kalau tidak memikirkan Ummi dan Babah, sekarang juga aku berambus dari rumah ini.

Kenapa sedih sangat, Husna? Kau kasihkan dia? Husna duduk di atas sebuah kerusi empuk mengadap dinding kaca. Dilayannya pemandangan bandaraya Kuala Lumpur di petang hari. Soalan tadi dianalisa sekali lagi. Husna sayang Zahrain? Dia bertanya kepada dirinya sendiri. Ya, dia tidak dapat nafikan, perasaan kasih sayang terhadap suaminya sudah mula bercambah di hati. Walau pun layanan suaminya menyakitkan hati, Husna sedar dia seorang perempuan Melayu tulin. Hatinya hanya untuk suami!

Aku sayang dia! Apa aku nak buat? Tergelak kecil Husna, dalam situasi ini pun aku masih cuba mencari penyelesaian yang rasional? Kalau mereka berdua bercinta, kau hanya jadi penghalang! Tapi dia melafazkan akad mengambil aku sebagai isteri. Apa lafaz akad nikah kami itu hanya mainan bagi dia? Dan bukan mudah kalau iya pun aku hendak menyerahkan Zahrain semula kepada buah hatinya. Hati Mama, Papa, Ummi, Babah pun perlu diambil kira.

Argggh! Sakit kepala memikirkan hal ini. Husna tidak nampak penyelesaiannya. Dia bergerak ke bilik tidurnya, mengambil wudhu, menunaikan solat sunat dan membaca al-Quran. Moga Allah berikan aku ketenangan dan petunjuk, doa Husna.

Sedang dia membaca al-Quran, terlintas pula di benak Husna, “Eh! Siapa ya yang menghantar MMS itu? Apa tujuannya? Hendak merosakkan hubungan aku dengan suami? Atau atas dasar kasihan kepada seorang wanita yang diperbodohkan suaminya? Walau apa pun motifnya, aku perlu berhati-hati. Mungkinkah ada orang yang dengki dengan suamiku? Maklumlah, dia kan orang korporat. Makin difikirkan makin bimbang Husna dibuatnya. Ya Allah, lindungilah suamiku dari niat-niat jahat manusia, Amin!

_ _ _ _ _

Seperti biasa, selepas Maghrib, Zahrain tiba di rumahnya. Hairan dia bila Husna tidak kelihatan di ruang tamu. Setiap hari isterinya taat menunggu dia pulang. Ke gym kah dia? Selepas membuka dan menyimpan kasut, Zahrain melangkah ke ruang tamu. Dek kerana terlalu fokus untuk mengelak isterinya setiap hari, dia tidak perasan perubahan dekorasi ruang tamu. Dipandangnya kusyen-kusyen di atas sofa, foto-foto di dinding dan gubahan-gubahan bunga di atas meja kopi dan meja makan. Semakin cozy rumah aku! Nampak ketara sentuhan seorang wanita, tanda rumah ini ada surinya.

Tapi mana pula si suri? Di dapur? Dia melangkah ke sana. Tiada juga. Terhenti dia seketika dari usaha mencari isterinya. Ruang dapur pun sudah berubah, malah perubahannya lebih drastik dari ruang tamu yang masih mengekalkan konsep urban minimalis. Ruang dapurnya pula sudah bertukar konsep dari urban minimalis ke shabby chic. Aksesori berwarna hijau dan ungu lembut memenuhi dapur. Siap dengan sebuah sofa comel dan rak-rak baru. Dulu tiada meja makan di ruang ini, sekarang sudah ada meja makan berkerusi empat. Pokok-pokok bunga berwarna ungu, putih dan merah jambu membarisi dinding kaca ruang dapur. Ruang dapur ini memantulkan personaliti dia, si suri itu. Feminine yet simple, cozy and unassuming!

Mana dia? Di bilik tidur? Sambil memanjat tangga ke tingkat atas, Zahrain tersedar; budak itu tidak menunggu di ruang tamu, aku pulak yang kalut mencari dia. Takkan rindu kot? Zahrain tertawa sinis. Pintu bilik tidur dibuka perlahan. Budak itu bertelekung, duduk di atas sejadah, sedang membaca al-Quran.

Buat seketika pandangan mata mereka bertaut. Cepat-cepat Husna menyudahkan bacaan, membuka telekung, menyalami dan mencium tangan suaminya.

“Dah minum?” terbit soalan standardnya. Hari-hari itu yang ditanya aku, tak bosankah? Fikir Zahrain.

“Belum.”

“Saya ambilkan. Jus atau air?” Husna sudah bergerak ke pintu.

“Nawwal,” seru Zahrain. Husna yang sudah memegang tombol pintu berhenti dan berpaling memandang suaminya. Zahrain memandang isterinya dalam-dalam. Apa hal dia ini? Wajahnya kelihatan lain.

“Ya?” tanya Husna apabila Zahrain masih tidak berkata apa-apa.

“Air.” Sebut Zahrain, Husna mengangguk dan turun ke bawah. Hati Zahrain tertanya-tanya, lain macam dia petang ini.

_ _ _ _ _

Usai solat maghrib, Zahrain merenung isterinya dalam-dalam. Apa ya? Kenapa sejak petang tadi semacam sahaja perangai dia.

“Saya siapkan makan malam,” beritahu Husna dan segera berlalu.

Apabila Zahrain tiba di ruang makan, juadah makan malam sudah terhidang di meja. Fetucine carbonara, sup tomato dan salad. Manisannya pula tiramisu. Mereka makan tanpa bicara. Dan seperti biasa, usai makan malam, Husna menuangkan kopi secawan untuk suaminya. Zahrain meneguk kopi perlahan-lahan.

“Awak,” Husna memulakan kata. Terkejut juga Zahrain bila suara isterinya memecah kesunyian.

“Saya ada sesuatu nak tunjukkan kepada awak.” Telefonnya dihulurkan kepada Zahrain.

Foto lagak manja Adira menyuapnya makan ditatap Zahrain. Kemudian MMS itu dihantar ke telefonnya sendiri.

Dia memandang muka Husna, sambil bangun dia berkata, “Baguslah kalau awak sudah tahu.”

Terkedu Husna dibuatnya! So… that’s it? Satu petang aku memikirkan hal ini sehingga sakit kepala. Dia pula hanya berkata….bagus?

“Err…awak kenal nombor pengirim MMS itu?” tanya Husna.

“Nope, but he has done me a favour.” Bagai dihiris-hiris hati Husna mendengar jawapan selamba Zahrain.

“Orang yang menghantar surat, email, SMS, MMS tanpa mengenalkan diri, bagi saya berniat serong. Awak tak bimbangkah?”

“Nak bimbang apa, no harm done,” ringkas jawab Zahrain tanpa sebarang perasaan sambil berlalu pergi, meninggalkan Husna menjeruk hati.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

187 ulasan untuk “Novel : Projek Memikat Suami 24,25”
  1. zura says:

    Bila nak terbitkan novel? Xpuas baca tsangkut2 gini…x sabarlah….tahniah…amat menarik

  2. asupathy says:

    i agree with zura’s comment…bila nak terbit nie?

  3. inarina says:

    bila nak sambung nie….x sbarlah…please…..sambung eh????

  4. aq gadis comel says:

    citer nie mmg the best ^_^ tpy bila agknya nk keluar??? x sbar sye nk tggu buku nie klau..sye harap buku nie dpt dikeluarkan scpt mngkin.^_^ harap buku nie boleh di terbitkan..

  5. aina says:

    Love this novel?

  6. sal says:

    Best sangat citer nie..

  7. faizal says:

    best

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"