Novel : Rasa Yang Tertinggal 11

5 April 2012  
Kategori: Novel

4,179 bacaan 3 ulasan

Oleh : ma asma

BAB 11

“ EH Ryan kau rasa Balqis itu dah berpunya ke?” Soal Shafiq tiba- tiba sewaktu mereka bermain bola sepak pada petang itu.

Ryan sedikit terperanjat namun dia bersikap selamba. Air mineral yang berada di tangan di teguk perlahan. Wajah Shafiq yang mendambakan jawapan daripadanya dipandang sekilas.

“ Kenapa kau nak tahu? Kau dah suka pada dia ke?” Tanya Ryan berseloroh.

“ Taklah macam itu tapi kalau dia suka kat aku apa salahnya.” Jawab Shafiq sambil tergelak kecil. Sementara Ryan hanya mendiamkan diri.

“ Setahu aku, Qis tak ada boyfriend sebab kau tahulah perangai Qis yang gila- gila dan kadang- kadang sengal itu siapalah yang suka.” Balas Ryan tersenyum.

Wajah teman baiknya terlayar ke ruang fikiran. Senyuman dan raut wajah Balqis yang ceria menjelma dalam otaknya.

“ Mana tahu dalam diam kau suka pada dia ke? Dia kan kawan baik kau. Takkan sikit pun kau tak suka dekat dia?” Shafiq pula yang bertanya. Pertanyaan itu membuatkan Ryan tergelak.

“ Are out of your mind Fiq? Aku dengan Qis? Oh tidak. Kalau aku dengan dia aku rasa memang setiap hari aku kena kick dengan dia. Kau tengok je dia sopan bertudung litup macam itu tetapi mulut laser lepas itu kasar bukan main lagi. Kau tahulah aku ni suka perempuan yang lemah lembut bukan macam Qis tu.” ujar Ryan sambil terjuih- juih.

Ish ada ke cakap aku dengan Qis, tak nak aku kasar mengalahkan makhluk apa entah. Silap- silap kalau aku kahwin dengan dia hari- hati aku kena tibai terpaksa pulak telefon tali dera. Bebel Ryan dalam hati.

“ Kau tengok dari segi luaran je. Aku tak rasa Qis tu kasar sangat. Dia baik.”

“ Memang dia baik. Kalau kau suka kat dia kau cubalah try. Tapi jangan nak lebih- lebih pulak.” Ryan memberi amaran. Dia mengikat tali kasut sukannya yang terurai.

“ Aik tadi kata tak suka tapi sekarang marah aku pulak nak lebih- lebih dengan dia. Apa citer kau ni?” Tanya Shafiq pelik.

Ryan berpaling pada Shafiq yang berada di sebelahnya. Wajah Shafiq yang sawo matang dipandang lama. Dia menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Ya tak ya jugak kenapa aku nak marah pulak.

“ Sebab dia kawan baik aku. Aku tak nak ada orang main- mainkan dia. walaupun aku tak ada apa- apa perasaan pada dia tapi itu tak bermakna aku biarkan orang nak main- mainkan perasaan dia.” Tegas Ryan serius.

“ Okey aku akan ingat amaran kau ni.” Ucap Shafiq sambil ketawa kecil.

“ Tapi macam mana kalau suatu hari nanti dia jadi isteri kau?”

“ RYAN bangun! Dah pukul berapa ni? Takkan tak nak bangun lagi. kau ingat ni waktu Dubai ke nak bangun lambat!” jerit Balqis.

Dia mencekak pinggang melihat Ryan yang masih berlingkar di atas tilam sambil berselimut tebal menimbulkan sakit hati Balqis yang sejak daripada tadi cuba membangunkan Ryan. Dia menarik nafas panjang apabila melihat Ryan yang masih culas untuk bangun. Memang mendatangkan kemarahan betul mamat ni.

“ Ryan bangunlah dah lewat ni kau tak nak pergi kerja ke?” tanya Balqis lagi dengan nada geram. Kalau nak ikutkan hatinya yang tengah membara ini mahu sahaja dia campakkan Ryan melalui tingkap itu cuma hari ini merupakan hari baik sedunia jadi dia membatalkan hasrat itu.

Oleh sebab terlalu geram, Balqis merentap selimut yang membaluti tubuh suaminya. Dia terkejut bila melihat badan Ryan sedikit menggigil. Kenapa pulak dengan mamat ni? Tanyanya dalam hati. pantas dia menghampiri Ryan.

“ Ryan, Ryan…” Panggil Balqis lembut. Dengan tangan yang sedikit terketar- ketar dia menyentuh lengan Ryan.

Tubuh Ryan bergerak sedikit. Dengan mata yang terpejam Ryan mencapai tangan Balqis. Dia terasa tubuhnya berbahang hebat. Nampaknya dia sudah diserang demam.

“ Ryan are you okey?” tanya Balqis risau. Dia menyentuh dahi Ryan dengan telapak tangannya.

“ Mak aii, panasnya dahi kau. Kau demam ni Ryan jom aku bawak kau ke klinik.”

Dengan pantas Balqis menarik tangan Ryan yang sedang mamai, namun tangannya kembali ditarik oleh Ryan.

“ Aku tak nak ke klinik aku nak duduk rumah je. Kau temankan aku. Aku tak larat sangat ni.” Ujar Ryan dengan terketar- ketar. Suaranya juga kedengaran serak dan tidak bermaya.

“ Tapi kau tak sihat ni. Kau kena pergi klinik. Kau tak payah takut aku ada. Aku temankan kau ya.” Pujuk Balqis lagi.

Dia mengambil tisu lalu peluh yang membasahi dahi suaminya di lap perlahan penuh dengan perhatian. Dia menyuakan segelas air masak lalu disuapkan ke mulut Ryan. Kesian pulak dia melihat Ryan yang menggigil.

“ Aku tak nak nanti doktor tu injact aku dengan jarum besar. Aku tak nak, aku takutlah.” Ryan bersuara.

Balqis menahan gelak. Apa punya lelaki dia ni, badan bukan main besar macam Aaron Aziz tapi penakut dengan klinik macam orang kerdil. Kutuk Balqis dalam hati.

“ Kalau kau nak gelak, kau gelaklah.” Marah Ryan seakan berkecil hati. Dahlah aku tak sihat dia boleh pulak nak gelakkan aku. Memang mendatangkan kemarahan betul Balqis ni.

“ Aku bukan nak gelakkan kau tapi yang kau takut tak bertempat ni kenapa? Aku kan ada.” Ujar Balqis seakan memujuk.

Ryan tetap menggelengkan kepala. Dia tidak mahu pergi ke klinik dia tidak suka dengan persekitaran klinik yang berbau ubat- ubatan. Bila teringatkan bau ubat- ubatan spontan Ryan terasa tekaknya loya. Kepalanya turut berpinar- pinar.

Melihat wajah Ryan yang berubah membuatkan Balqis kerisauan. Apa kena pula dengan mamat ni?

“ Ryan kau okey tak ni?” tanya Balqis risau.

Ryan menggeleng laju. Dia rasa seperti mahu muntah. Ryan cuba untuk berdiri tetapi dia jatuh semula. Sudahlah tekaknya loya nak bangun pun payah. Namun saat dia mencuba sekali lagi untuk bangun, ada tangan lain yang memaut lembut lengannya. Ryan berpaling dan kelihatan Balqis tersenyum padanya.

“ Kalau tak larat mintak tolong jangan nak ego sangat.” Ucap Balqis.

Dia memaut lengan Ryan dan memapah tubuh sasa itu hingga ke dalam bilik air. Walaupun Ryan menolak pertolongan Balqis namun gadis itu tidak mempedulikannya langsung sebaliknya dia mengurut belakang Ryan untuk memudahkan lelaki itu memuntahkan segala isi perutnya.

Ryan terasa lega bila segalanya telah dimuntahkan. Dia rasa selesa bila Balqis mengurut belakangnya. Rasa pening sedikit sebanyak hilang bila tangan Balqis lembut menyentuh belakang badannya tetapi bila melihat wajah Balqis yang masih lagi risau, Ryan mula terfikirkan sesuatu. Dia tersenyum nakal.

“ Qis kepala aku peninglah…” adu Ryan manja. Dia memegang kepalanya sambil memejamkan mata.

“ Oh ya ke? Kalau begitu jom aku bawak kau pergi klinik.”

“ Aku tak nak pergi klinik!” tegas Ryan.

“ Habis kau nak apa?” tanya Balqis semakin hilang sabar.

Ryan tersenyum. walaupun sakit dia masih mahu mengenakan isterinya itu. Maklumlah bukan selalu dapar bermanja dengan Balqis ni.

“ Kau tolong picitkan kepala aku boleh?” tanya Ryan lembut.

“ Hah? Kau jangan nak mengada-ngada pulak Ryan. Aku ajak pergi klinik kau tak nak. Nak suruh aku picit kepala kau pulak. Kalau macam ni aku hantar kau balik rumah umi kau kan.”

Balqis membentak. Banyak pula cekadak mamat ni. Aku ajak pergi klinik takut mengalahkan budak kecil ni nak suruh aku picit kepala dia pulak. Melampau betul. Marah Balqis dalam hati.

Wajah Ryan berubah. Dia menundukkan wajah kecewa dengan reaksi Balqis. Dia ingat Balqis akan mengikut cakapnya tetapi nampaknya gadis itu tetap dengan perangai kasarnya. Perlahan- lahan Ryan mengorak langkah untuk keluar daripada bilik air itu.

“ Tak mengapalah kalau kau tak nak tolong aku. Tinggalkan aku sendiri.” Pinta Ryan sedih.

Balqis menggigit bibir. Dia sudah terlepas cakap dia lupa yang Ryan tengah sakit sekarang dan mungkin kata- katanya tadi menyinggung hati Ryan. Balqis mengutuk diri sendiri.

“ Ryan I’m sorry aku tak patut…”

“ Dahlah. Kau mesti banyak kerja kan? Kau pergi buat kerja kau biar aku sendirian.” Tolak Ryan lembut tetapi cukup menyentakkan hati Balqis.

Balqis serba salah. Merajuklah pulak mamat ni. Ish macam mana nak pujuk ni? Aku memang failed kalau nak pujuk orang ni. Balqis menggigit kuku. Dengan perlahan dia memeluk lengan Ryan dan memapah lelaki itu keluar daripada bilik air. Walaupun lelaki itu menepis tetapi Balqis tetap mengeraskan diri. Dia membawa Ryan hingga ke katil. Dengan penuh prihatin dia mendudukkan Ryan di atas tilam.

Lalu dengan penuh kelembutan dia memicit kepala Ryan tetapi dengan pantas Ryan menepis tangannya. Balqis mengerutkan dahi.

“ Kenapa?”

“ Tak payahlah kau jaga aku. Aku okey je..” ucap Ryan.

Dia membaringkan dirinya ke atas tilam dan menyelubungi diri dengan selimut. Tidak langsung dia mempedulikan reaksi Balqis yang terkejut dengan sikapnya. Padahal sebenarnya Ryan sengaja ingin menduga kesabaran Balqis dalam melayani kerenahnya.

“ Ryan kau jangan macam ini. Kau buat aku rasa bersalah pulak. Aku tahu kau terasa dengan kata- kata aku tadi tapi aku cuma bergurau je. Come on Ryan janganlah merajuk macam perempuan. Aku mintak maaf.” Ucap Balqis sambil menarik- narik selimut Ryan. Dia tidak mahu Ryan marah padanya dan dia tidak mahu Ryan bermasam muka dengannya kerana semua itu membuatkan Balqis sedih. Entah kenapa dan untuk apa dia mempunyai perasaan seperti itu.

Ryan cuba menyembunyikan ketawanya di dalam selimut. Dengan muka yang sengaja diketatkan Ryan menurunkan selimut. Dia memandang wajah isterinya yang kelat.

“ Aku akan maafkan tapi dengan satu syarat.” Ujar Ryan.

“ Syarat? Syarat apa?” tanya Balqis pelik. Dia menjongketkan kening.

“ Kau kena masak nasi ayam, puding kuah, speghati dan fresh orange untuk aku…” ucap Ryan selamba dan cukup bersahaja.

“ Mak aii, banyaknya kau nak makan. Kau makan ke kau nak melantak?” tegur Balqis.

“ Satu lagi…”

“ Ada lagi ke?” balas Balqis.

“ Yup, lepas kau masak, aku nak kau suapkan untuk aku. Boleh? Baharulah aku maafkan kau.”

Balqis mengetap bibir. Ryan memang sengaja ingin mengenakannya. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia ketuk- ketuk kepala Ryan yang mengada-ngada itu biar demam lelaki itu pulih secepatnya. Tetapi bila difikir dengan akal waras, tak sanggup pula rasanya.

“ Yelah- yelah aku masakan. Kau berehat dulu.” Ujar Balqis malas. Dia bingkas bangun dan melangkah keluar daripada bilik Ryan.

Sebaik sahaja Balqis hilang daripada pandangan mata, Ryan tergelak sendirian. Yess! Balqis sudah terkena. Memang sengaja dia lakukan semua itu sekadar untuk bergurau dengan Balqis tapi tak sangka pula Balqis menurut kata- katanya. Ryan tersenyum. rupa- rupanya dalam keras Balqis ada terselit kelembutan yang tersembunyi.

PERLAHAN- lahan Balqis meletakkan segala makanan yang telah dimasak di atas meja di tepi katil Ryan sebelum dia melabuhkan duduk di birai katil. Dia merenung wajah Ryan yang sedang tidur dengan perasaan simpati. Dia mengeluh. Sampai bilakah lakonan mereka ini akan berterusan? Balqis mula dirundung gelisah. Jika salah seorang daripada mereka tidak menemui pasangan, adakah mereka akan terus hidup dalam perkahwinan yang sia- sia ini?

Balqis terus memandang wajah Ryan yang sedang tidur. Walaupun sedang tidur tetapi itu tidak mengurangkan rupa paras lelaki itu yang kacak. Dengan rambut yang hitam pekat bersama keningnya yang lebat, matanya yang besar, hidungnya yang mancung dan bibirnya yang sensual cukup membuatkan wajah lelaki itu sempurna pada pandangan Balqis. Dia akui suaminya itu seorang yang kacak disebabkan itulah Balqis rasa dia tidak sesuai dengan lelaki itu kerana Ryan berhak mendapatkan seorang yang lebih sempurna.

Balqis menunduk. Dia lebih rela jika terus menjadi sahabat kepada lelaki itu. Betul ke? Balqis menjongketkan bahu. Ryan pernah cakap pada Balqis dahulu yang dia mahukan seorang wanita yang sempurna cantik, lemah lembut, manja dan pandai mengambil hatinya. Disebabkan itulah Balqis terasa jauh daripada Ryan kerana dia tidak mempunyai ciri- ciri yang diidamkan oleh lelaki itu. Apa nak buat ALLAH sudah menjadikan dirinya seorang yang sederhana dalam segala hal. Wajahnya sederhana, hidupnya sederhana, tingginya juga sederhana. Apa nak buat? Sudah takdirnya begitu.

Balqis tersedar bila terasa tubuh Ryan bergerak- gerak. Dia memfokuskan pandangannya pada wajah Ryan yang sudah membuka mata. Lelaki itu tersenyum.

“ Dah siap ke?” tanya Ryan.

“ Siap apa?” Tanya Balqis pelik.

“ Makananlah. Aku dah lapar.” Jawab Ryan tidak sabar- sabar.

Balqis ketawa kecil. Ryan ni sakit bukannya nak rehat asyik ingat nak makan je. Tidak hairanlah selama dua bulan dia tinggal bersama Ryan, belum pernah Ryan menolak apa yang dimasak Balqis. Apa yang dihidangkan semuanya dibelasah. Buruk lantak betul. Kutuk Balqis dalam hati.

“ Aku confuse dengan kau ni Ryan. Orang demam tak ada selera nak makan tau tapi selera kau mengalahkan orang sihat. Kau demam tak ni?” tanya Balqis selepas tawanya reda.

Ryan tersengih. Memang dia demam tapi selepas melihat wajah Balqis membuatkan hatinya sejuk lantas demamnya sedikit berkurang. Dia sendiri tidak tahu bagaimana itu semua boleh terjadi.

“ Aku demam betullah ni bukan main- main cuma selera aku je yang tak demam.” Jawab Ryan pantas.

Balqis hanya mengelengkan kepalanya. Dia membetulkan duduk Ryan sebelum mencapai pinggan nasi ayam lantas perlahan- lahan dia menyuapkan Ryan sesuai dengan apa yang lelaki mahukan. Dah tua pun nak bermanja lagi. Guman Balqis.

“ Kau tak kerja ke hari ni Qis?” Tanya Ryan. Dia merenung wajah Balqis yang berada di hadapannya.

“ Kalau aku ada depan kau ni maknanya tak kerjalah. Apa punya soalanlah kau ni. Tapi aku ingat petang nanti aku nak pergi kat restoran adik aku kejap dah lama aku tak pergi situ. Boleh ya?” pinta Balqis.

Walaupun perkahwinan ini tanpa rela Balqis tetapi dia tetap menghormati Ryan sebagai suami disebabkan itulah walau ke mana dia pergi, dia akan meminta kebenaran daripada Ryan.

“ Kalau aku tak benarkan kau pergi tak?” tanya Ryan menguji. Dia mencapai air fresh orange lalu diteguk perlahan.

“ Kenapa kau tak nak bagi pulak? Bukannya aku nak pergi disko.” Balqis tidak puas hati. dia menarik muka.

Ryan tergelak melihat wajah Balqis yang masam mencuka. Buruk betul rupanya.

“ Aku gurau jelah. Aku benarkan kau pergi tapi dengan syarat..”

“ Syarat apanya Ryan? Banyak betullah syarat kau ni. Semua benda nak bersyarat.” Bebel Balqis. Tanpa sedar dia sudah mengambil tempat alih Ryan yang suka membebel.

“ Syaratnya aku nak ikut sekali.” Tutur Ryan.

“ Eh mana boleh kau kan tak sihat. Kalau dah tak sihat buat cara tak sihat. Duduk jelah kat rumah ni sibuk nak merayap je kerja kau. Nanti kalau panas, demam lagi. Tak. Kau tak boleh ikut aku.” Tegas Balqis. Dia meletakkan pinggan nasi tadi di atas meja. Dia berpeluk tubuh.

“ Kalau begitu, aku tak payah izinkan kau..” tutur Ryan bersahaja sambil mengelap mulutnya.

Balqis terkedu. Nampaknya Ryan telah menggunakan kuasa vetonya sebagai suami. Ish apa aku nak balas ni? Balqis menggigit kuku.

“ Tak bolehlah macam tu Ryan. Dulu kau dah janji aku dengan cara aku dan kau dengan cara kau. Mana boleh kau tak benarkan aku.” Ujar Balqis.

Ryan menjongketkan bahu.

“ Dulu lain sekarang lain, dahulu bujang sekarang dah kahwin..” sempat lagi Ryan menyanyikan sebaris lirik lagu yang pernah dipopularkan oleh Tan Sri S.M Salim. Memang cari nahas betul Ryan ni.

Balqis mengetap bibir. Sedaya upaya dia menahan diri daripada ketawa. Bercakap dengan Ryan seperti bercakap dengan orang utan. Tidak pernah serius.

“ Ryan aku serius ni.” Bentak Balqis keras.

“ Aku pun. You have two choice now, kau nak aku ikut atau aku tak benarkan je terus.” Ugut Ryan serius. Wajah Balqis dipandang.

Balqis mengetap bibir. Geram gila!

“ Yelah- yelah. Kau boleh ikut tapi kalau kau pengsan jangan nak salahkan aku pulak.”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Rasa Yang Tertinggal 11”
  1. HaS says:

    So sweet, cinta sudah mula berputik. Tak sabar nak tunggu bab seterusnya.

  2. azura says:

    cite ni takde blog ke? rasa terseksa gak nak tunggu update ni.

  3. farisha_zeisha says:

    like it..
    takde blog ker..??

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"