Novel : Rasa Yang Tertinggal 12

13 April 2012  
Kategori: Novel

4,737 bacaan 4 ulasan

Oleh : ma asma

BAB 12

“ APA kata kalau kita pergi mall dulu baharu kita pergi restoran adik kau?” cadang Ryan sewaktu memandu kereta. Walaupun tidak sihat tetapi dia tetap bersemangat kalau pergi bersiar- siar.

“ Nak buat apa pergi mall? Kau nak shopping ke?” tanya Balqis pelik. Dia menjeling pada Ryan yang berada di sebelahnya. Sedikit sebanyak dia kagum dengan penampilan Ryan yang kelihatan tampan dengan t-shirt polo tersarung di badan tegapnya dan dipadankan pula dengan seluar jeans Levi’s 506 berwarna hitam. Rambutnya yang panjang mencecah kolar baju itu dipotong ala- ala Korea itu sesuai sangat dengan wajahnya yang putih kemerah- merahan. Sekali pandang macam Wallace Huo pun ada. Kalau dua kali pandang tak tahulah macam siapa pula. Desis hati Balqis. Tanpa disedari dia mengulum senyum.

“ Yang kau senyum macam tu kenapa? Seram aku tengok. Kau mengumpat aku dalam hati ye?” tanya Ryan sambil melirik pada Balqis yang sudah menutup mulut.

“ Eh mana ada. Pandailah kau fitnah aku. Soalan aku tadi kau tak jawab.” Balqis mengalih topik. Dia membuang pandangan ke luar tingkap.

“ Taklah. Aku tak nak pergi shopping cuma kita pergi jalan- jalan je. Tengok wayang ke? Karoke ke?” cadang Ryan sambil tersengih.

“ Tengok wayang? Karoke? Aku mana pernah pergi ke tempat macam tu. Kau tahu kan, seumur hidup, aku tak pernah pergi ke tempat macam itu.” bantah Balqis.

Ryan tersenyum. “ Sekarang ni kau pergi dengan aku. Suami kau dan tak salah aku rasa kita pergi enjoy sikit. Lagipun kita bukan buat maksiat pun.” Balas Ryan namun dia terdiam sejenak.

“ Eh kalau kita buat maksiat pun bukannya salah pun. Kita dah halal kan lainlah kalau masa sekolah dulu.” Sambung Ryan sambil ketawa kecil.

“ Mengarutlah kau ni ada ke sampai ke situ.” Tutur Balqis. Dia tersipu- sipu malu.

Balqis masih ingat semua kawan- kawannya suka tengok wayang kadang- kadang ada yang sanggup menggunakan duit belanja sekolah untuk menonton wayang tetapi berbeza pula dengan Balqis yang lebih suka duduk rumah bila waktu cuti dan kalau ada duit lebihan belanja dia akan gunakan duit itu untuk membeli novel. Maklumlah Balqis memang hantu novel.

“ Betullah apa yang aku cakap. Hubungan kita sekarang dah halal jadi kita nak buat apa pun tak salah.” Balas Ryan membantutkan lamunan Balqis.

“ Kau nak tengok cerita apa?” tanya Balqis mengalah. Dia malas bertekak dengan Ryan yang memang tidak akan pernah kalah.

Ryan tersenyum. nampaknya Balqis bersetuju.

“ V3- Samseng Jalanan.” Cadang Ryan.

“ Tak nak. Kita tengok Harry Potter.” Bantah Balqis.

“ Alah cerita budak- budaklah Qis. Kita tengoklah cerita Melayu. Sokong sikit filem kita.” Sangkal Ryan. Dia membelokkan kereta ke KLCC.

“ Kalau kau nak tengok cerita tu kau tengok sorang. Aku tak minat.Ryan kita tengok Harry Potter lah. Best tau cerita tu.” Pujuk Balqis lembut. Dia sengaja melembutkan suaranya berharap Ryan akan termakan pujukannya.

Ryan mengeluh. Cair juga hati lelakinya bila mendengar suara Balqis yang lembut itu kerana sebelum ini mana pernah Balqis bercakap selembut itu asyik hendak menyinga 24 jam. Sudah macam singa betina Afrika pun ada.

“ Yelah- yelah. Hari ini kita tengok Harry Potter nanti kita tengok cerita V3 pula.” Ryan mrmberi kata putus.

Balqis tersenyum lebar. Akhirnya Ryan mengalah. Tak sangka mudah je nak bodek Ryan ni. Bisik hati kecil Balqis. dia tersenyum tanpa menyedari dirinya sedang diperhatikan oleh Ryan.

“ Yang kau duk tersenyum sampai lekuk pipi tu kenapa? Aku cium baru tahu.” Ucap Ryan tiba- tiba. Sebenarnya dia sendiri seakan terpana melihat senyuman Balqis yang manis. Nampak menawan dengan lesung pipit yang terukir di pipinya.

Balqis mematikan senyumannya. Dia menjeling pada Ryan yang sudah ketawa. Rasa mahu back hand je muka Ryan yang kacak itu. Suka- suka je nak cium aku. Ingat aku anak kucing ke? Bebel Balqis dalam hati.

“ Kau ingat senang- senang aku nak bagi kau sentuh pipi aku yang gebu ni? Huh, dalam mimpi pun kau tak dapat.” Ujar Balqis sambil menjelirkan lidah. Mengejek.

“ Kau cabar aku ke?” tanya Ryan menjongketkan kening. Dia merenung tajam wajah Balqis.

“ Kau rasa aku cabar kau ke?” tanya Balqis kembali kemudian dia ketawa kecil.

Ryan geram mendengar ketawa Balqis yang seolah- olah mengejeknya. Hek eleh sukanya dia. Nampak sangat dia nak cabar aku. Tak apa Qis, siaplah kau kejap lagi. bisik hati Ryan sambil tersenyum penuh makna.

“ Daniel!” jerit Ryan sambil menunjuk jarinya ke luar tingkap.

Spontan Balqis berpaling ke tempat yang ditunjukkan apabila nama Daniel disebut. sejak bila Daniel pandai melepak di tempat membeli belah sedangkan selama ini kalau Daniel ingin membeli belah pasti dia akan mengajak Balqis sekali. Balqis mengerutkan dahi. Tak ada pun.

“ Tak ada pun Ryan. Kau tipu aku ek?” soal Balqis sambil matanya masih melilau memandang ke luar tingkap. Tiba- tiba..

Chuppp!! Satu ciuman lekat di pipi Balqis membuatkan mata Balqis terbeliak. Dia terdengar suara Ryan tergelak besar. Dia berpaling.

“ Padam muka kau. Tulah siapa suruh cabar aku lagi. Memanglah aku ni tak suka pada perempuan tapi itu tak bermakna aku ni pengecut tau.” Ucap Ryan dengan tawa yang masih bersisa. Dia melangkah keluar daripada perut kereta.

Balqis memegang pipinya yang masih berbekas dengan ciuman Ryan. Tak guna punya Ryan. Jaga kau!

“ Berani kau sentuh aku. Aku backhand kan?” marah Balqis turut keluar daripada kereta. Dia menghampiri Ryan yang santai berdiri tanpa rasa bersalah. Siap lelaki itu melemparkan senyuman yang manis lagi. Meluat Balqis melihatnya.

“ Tak takut pun. eleh nak backhand aku konon, masuk taekwando pun tak pernah ada hati nak backhand aku. Lainlah aku ni siap ada black belt lagi tak adalah nak salah gunakan kuasa macam kau.” Perli Ryan. Dia mencebik.

Balqis terdiam namun itu tidak bermakna dia kalah. Dengan rasa bengang dia mencubit lengan Ryan dengan kuat sehinggakan lelaki itu terjerit kesakitan. Lantas tangan Balqis ditepis. Jeritan Ryan menyebabkan beberapa mata memandang mereka. Macam tengok pertunjukan percuma pun ada lagaknya.

“ Sakitlah Qis. Apa kau ni? Kasarnya.” Protes Ryan sambil menggosok lengannya yang berbekas merah.

“ Padam dengan muka kau. Siapa suruh nak gatal dengan aku? ingat sikit kita ni bukannya suami isteri yang betul- betul jadi kau jangan nak lebih- lebih dengan aku. walaupun aku ni tak ada black belt, white belt atau sit belt sekalipun tu tak bermakna kau boleh buat suka hati kau je. Ni baru sikit tau.” Balqis memberi amaran. Keras suaranya kedengaran. Dia menentang wajah Ryan yang sedang berkerut namun dia terpaksa mendongak kerana ketinggian Ryan yang enam kaki itu melebihi ketinggiannya.

Ryan mencebikkan bibir. Geram dengan sikap Balqis yang tidak pernah berubah. Walau bertudung dan sentiasa berbaju kurung namun itu tidak mengubah sikap Balqis yang kasar. Kadangkala Ryan terfikir bagaimana dia ingin meneruskan rumah tangga mereka jika sikap Balqis terus begini. Nampaknya terpaksalah dia mencari wanita lain yang lebih lemah lembut.

“ Kau tahu tak sikap kau macam ni tak ada lelaki yang nak tau.”

“ Ada aku kisah!”

SETELAH selesai menonton wayang, Ryan membawa Balqis bersiar- siar di sekeliling KLCC. Walaupun lenguh, tetapi Balqis tetap mengekori langkah Ryan yang tidak ada arah tuju itu. Namun lelaki itu kelihatan santai siap bersiul- siul lagi.

“ Eh, Ryan kau nak bawak aku kat mana ni? Sejak tadi asyik berputar je. Kau tahu tak masuk kali ini dah dua kali kita keliling tempat ini. Kalau kita keliling lagi lima kali, boleh jadi tawaf nampaknya nanti.” Bebel Balqis geram.

Dia menghentikan langkah sambil menarik nafas melepaskan lelah. Dia mengelap peluh yang sudah terpercik di dahi.

“ Kenapalah kau ni lembik sangat Qis? Baru sikit je jalan dah pancit. Macam manalah nak daki Gunung Everest kalau baru lima minit jalan dah surrender.” Balas Ryan. Dia mendapatkan Balqis yang sedang termengah- mengah.

“ Lima minit kau cakap ni dah nak masuk lima jam kita kat dalam KLCC ni bila kita nak pergi restoran adik aku ni? Kalau aku tahu aku tak ajak kau.” Tambah Balqis geram.

Dia ingatkan bolehlah dia menolong adiknya di restoran memandangkan dia tidak bekerja hari ini tapi disebabkan Ryan yang banyak kerenah terpaksalah dia mengikut. Kalau tidak mengikut nanti dikatakan isteri derhaka.

“ Kau ni banyak bunyilah. Nanti kita pergilah kat restoran Hani tu. Aku tahu kau rindukan dia tapi sabar sikit la aku nak cari barang sekejap.” Ucap Ryan sambil memandang wajah Balqis.

“ Ye aku tahu kau nak cari barang, tapi barang apa?” Tanya Balqis pelik. Dahinya berkerut. Tadi tak cakap pun nak cari barang. Bebel Balqis dalam hati.

“ Adalah. Jom ikut aku.” ajak Ryan sambil tersenyum. dia menarik tangan Balqis dengan lembut lantas dipimpinnya menuju ke kedai emas Habib Jewel.

Balqis terkesima. Dia bertambah pelik bila Ryan menariknya ke situ. Buat apa kat kedai emas ni. Takkanlah Ryan nak pakai emas kot. Buang tebiat ke apa? Hati Balqis berkata- kata. Tetapi dia hanya mengikut langkah Ryan tanpa banyak cakap.

Sampai sahaja dia Habib Jewel, Ryan meminta sesuatu daripada petugas di kaunter tersebut. Balqis hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu masuk campur dalam urusan Ryan. Mungkin Ryan ingin membelikan barang kemas untuk uminya kot. Fikir Balqis. Dia mengambil kesempatan itu untuk meninjau barang kemas yang terdapat di dalam peti kaca yang dipamerkan. Rata- rata semua barang kemas di situ berharga lebih puluhan ribu. Balqis menelan air liur. Sampai tujuh keturunan kalau dia simpan duit pun dia tidak mampu untuk memiliki set barang kemas yang bertatahkan berlian itu. Lebih baik dia simpan duit buat pergi Mekah. Baharu tidak membazir.

“ Qis, sini kejap.” Panggil Ryan mengamit Balqis ke arahnya.

Balqis tersedar lantas dia mendekati Ryan yang sedang memegang seutas rantai tangan.

“ Nak apa?” tanya Balqis selamba.

Sempat dia melemparkan senyuman pada pekerja yang bernama Rina itu tetapi hampeh, senyumanya tidak berbalas. Balqis mencebikkan bibir, sombongnya. Ingat aku hadap sangat nak senyum kat dia? aku nak bagi sedekah pun tak nak kerek betul minah ni. Bebel Balqis dalam hati.

“ Hulur tangan kejap.” Pinta Ryan lembut. Dia tersenyum.

Dengan rasa malas, Balqis menghulurkan tangannya. Namun dalam hatinya timbul juga tanda tanya. Untuk siapa rantai tangan emas putih yang berada di dalam genggaman tangan Ryan itu. Mesti untuk kekasih baharunya. Tetapi setahu Balqis, Ryan tidak pernah menyebut pasal mana- mana perempuan pun selama mereka mendirikan rumah tangga ini.

Ryan mencapai tangan Balqis lalu dia memakaikan rantai tangan emas putih di pergelangan tangan isterinya. Dia tersenyum kerana rantai tangan itu padan dengan pergelangan tangan isterinya. Memang Ryan sengaja merahsiakan tentang pemberiannya itu pada Balqis kerana dia ingin memberi kejutan pada Balqis. Walaupun perkahwinan mereka hanya sandiwara tetapi dia tetap berhutang budi pada Balqis kerana sanggup berkorban untuk dirinya.

“ Cantiknya Ryan. Kau nak bagi pada siapa ni? Kau dah ada girlfriend baru ek? Kenapa tak cerita kat aku?” tanya Balqis bertalu- talu. Dia ralit memerhatikan rantai tangan yang berkilauan itu.

Cantik sungguh. Puji hati Balqis. Rantai tangan bersadur dengan emas putih itu tambah cantik dengan sebiji batu permata berwarna merah hati terletak di atas permukaanya. Kemudian dia membelek lagi tanpa sedar dirinya sedang diperhatikan oleh Ryan. Balqis mendongak.

“ Kenapa?” tanya Balqis mengerutkan kening.

“ Aku tahulah kau ni lurus bendul tapi tolonglah tinggalkan bendul kau tu kat rumah sekejap. Ada ke tanya aku nak bagi pada siapa. Dah tentulah untuk kau.” Balas Ryan. Dia menepuk dahinya melihat ‘kebendulan’ isterinya yang merangkap teman baiknya itu.

“ Kau nak bagi aku?!” tanya Balqis separuh menjerit. Kemudian dia menutup mulut selepas menyedari keterlanjurannya. Oppss! Tak sengaja.

“ Sorry, sorry aku excited sangat. Betul ke kau ni?” tanya Balqis inginkan kepastian. Dia memandang Ryan dan petugas itu silih berganti. Dia tidak percaya.

“ Betullah, tak ada masa untuk aku main tipu- tipu dengan kau. Kalau main polis pencuri best jugak.” Seloroh Ryan tersenyum. Dia turut melemparkan senyuman pada Rina yang asyik memandang gelagat mereka. Senyumannya berbalas.

“ Tapi untuk apa?” Tanya Balqis lagi. dia masih lagi kebingungan dengan sikap murah hati Ryan. Kalau nak bagi pun bagilah rumah banglo ke, kereta Mitsubishi Lancer ke ini ada ke bagi emas putih yang sememangnya tak boleh gadai. Nanti time aku sengkek aku nak gadai apa? Gumam Balqis dalam hati.

“ Kita cakap nanti ye, biar aku bayar dulu. Kau suka tak?” tanya Ryan merenung ke dalam anak mata Balqis yang hitam pekat. Dia nampak sinar bahagia terpancar dari mata itu.

“ Sukalah. Terima kasih.” Ucap Balqis lembut. Dia tersenyum manis.

Sebenarnya Balqis sengaja berlembut dengan Ryan sebab dia tengah sakit hati melihat Rina petugas di kaunter itu asyik tersenyum melihat wajah Ryan. Kalau Ryan tersenyum, pasti Rina itu tersenyum juga tapi bila Balqis senyum, sedikit pun senyumannya tidak berbalas. Balqis sedar memang Ryan kacak malah ke mana- mana Ryan pergi pasti menjadi tarikan berbanding dengan dirinya yang langsung tidak sesuai untuk bergandingan dengan Ryan. Entah- entah perempuan rambut perang ini mengutuk aku dalam hati. Bisik hati Balqis.

“ Sama- sama.” Balas Ryan sambil mengusap kepala Balqis yang bertudung. Romantiknya.

Balqis sedikit terkedu dengan perbuatan spontan Ryan. Hati wanita berdetak dengan tiba- tiba.

“ HAPPY BIRTHDAY!” ucap Ryan berbisik di telinga Balqis saat mereka berjalan beriringan keluar daripada Habib Jewel.

Balqis terperanjat. Dia berpaling memandang jauh ke dasar mata Ryan yang sedang melempar senyuman padanya.

“ Hari ini berapa hari bulan?” Tanya Balqis kebingungan. Dia terlupa hari ini adalah hari lahirnya.

“ Satu haribulan. Kau lupa ke?” tanya Ryan pula.

Balqis mengangguk. Tak sangka hari ini hari lahir aku. Tapi macam mana Ryan boleh ingat. Selama ini Ryan tak pernah wish pun birthday aku. Desis hati Balqis.

“ Aku dah agak dah. Sebab itu aku nak bagi surprise pada kau. Aku harap kau suka.” Ucap Ryan. Dia mengenggam tangan Balqis lalu dipimpin mengikut langkahnya. Jika bagi sesiapa yang melihat keadaan mereka tentu mereka menyangka Balqis dan Ryan pasangan bahagia tetapi hakikat yang sebenar adalah sangat berlainan.

“ Aku suka Ryan tapi tak ke kau rasa pemberian kau ni terlalu mahal untuk aku. Aku rasa macam aku tak layak untuk dapat hadiah semahal ini. Aku rasa kau simpanlah hadiah ini untuk isteri kau yang sebenar- benarnya nanti sebab aku tak layak nak pakai barang kemas ni.” Ujar Balqis perlahan. Dia menundukkan wajah.

Ryan sedikit tersentak. Dia tidak menyangka Balqis akan menolak. Tadi bukan main gembira sekarang wajah gadis itu berubah duka.

“ Kenapa ni? Aku bagi hadiah ini tak ada kena mengena pun dengan pernikahan kita. Kau anggap jelah hadiah aku ni sempena hadiah hari jadi kau dari umur satu tahun hinggalah sekarang.” Jawab Ryan tersengih.

Balqis tersenyum. Baik betul hati Ryan tetapi Balqis tetap tidak dapat menerimanya. Dia sedar siapa dirinya yang sebenar. Dia tidak mahu nanti ada yang mengata dia hanya mahu mengikis harta Ryan sahaja. Perlahan- lahan dia menanggalkan rantai tangan tersebut lalu diletakkan di telapak tangan Ryan. Dia melihat wajah Ryan yang terkejut.

“ Aku tak dapat terima. Kita akan berpisah dan aku tak nak rasa terkilan pulak bila berpisah dengan kau nanti. Kau simpan untuk bakal isteri kau ek.” Ucap Balqis lembut. Tiba- tiba dadanya sebak. Dia tidak mahu rasa terikat dengan Ryan apabila berpisah dengan lelaki itu nanti.

“ Qis, kenapa dengan kau? Aku ada sakitkan hati kau ke? Aku ikhlas bagi rantai tangan ini untuk kau. Lagipun pengorbanan kau untuk aku tidak ternilai dengan barang kemas mahupun permata. Selama persahabatan kita, aku tak pernah bagi kau apa- apa salah ke kalau aku bagi kau hadiah ni tanda persahabatan kita?” Suara Ryan berubah sayu.

“ Memang tak salah Ryan tapi aku tak nak kau layan aku macam ni lagi. Aku tak nak nanti aku rasa sedih bila nak berpisah dengan kau lagipun aku tak harapkan apa- apa dari persahabatan kita cukuplah kau tak lupakan aku nanti sebab antara kita banyak bezanya Ryan macam langit dengan bumi, macam kerbau dengan kucing. Amat jauh berbeza.” Balas Balqis.

Dia mengalihkan pandangan ke tempat lain. Gelagat anak- anak remaja yang sedang bersuka ria menarik perhatian Balqis untuk terus memandang ke tempat itu. Selain itu dia cuba meredakan perasaannya yang tidak keruan saat ini. Kenapa agaknya?

“ Aku tak peduli macam kerbau ke, macam anak kerbau ke, aku nak kau ambil rantai tangan ni balik. Bukan senang tau aku nak bagi seorang perempuan hadiah macam ini. Kira kau wanita yang bertuahlah sebab jadi sahabat baik aku.” ujar Ryan memujuk. Dengan selamba dia memeluk bahu Balqis. Lantas rantai tangan tersebut dipakaikan semula ke pergelangan tangan Balqis.

Balqis terharu. Pantas dia mendongak memandang wajah Ryan yang kacak. ternyata lelaki itu turut memandang padanya membuatkan mata mereka bertautan. Dada Balqis mula berdetak namun cepat- cepat dia menyedarkan dirinya. Dia mengalih pandangan ke tempat lain.

“ Aku terima hadiah ini sebab kau yang bagi tau tapi bila kau dah jumpa bakal isteri kau nanti, aku bagi balik hadiah ni kat dia. Sebab dia permata kau yang sebenarnya bukan aku. tapi buat masa sekarang tak mengapa kalau aku pakai kan?” soal Balqis sambil tersenyum kecil.

Ryan mengeluh. Tidak tahu bagaimana lagi mahu menerangkan pada Balqis bahawa dia memang ikhlas dengan hadiah itu tanda persahabatan mereka.

“ Suka hati kaulah. Tapi mana aku nak cari lagi bakal isteri yang nama Balqis sebab dekat rantai tangan itu ada nama ‘Balqis’.” ucap Ryan sambil melirik pada Balqis yang jelas terkejut.

“ Ye ke?” tanya Balqis kebingungan.

Pantas dia membelek rantai tangan tersebut dan ternyata benar kata- kata Ryan. Nama Balqis tertera di permukaan rantai tangan itu. Hati Balqis tersentuh.

“ Ryan..aku..” dia kehilangan kata.

Ryan tersenyum. Dia tahu Balqis serba salah dengan apa yang terjadi sebab itu gadis itu keberatan untuk menerima pemberiannya. Memang mereka akan berpisah dan membawa haluan masing- masing suatu hari nanti tetapi sebelum mereka berpisah tidak salah rasanya kalau mereka memanfaatkan masa ini sepenuhnya.

“ Sudahlah Qis. Aku faham perasaan kau tapi tak salah kalau aku nak menghargai kau sebagai kawan aku. kaulah satu- satunya kawan perempuan yang baik dengan aku yang tak pernah pandang aku sebagai anak pemilik hotel yang berjaya kat KL ni. Kau kawan dengan aku sebab diri aku sendiri dan sebab itulah kau lain daripada kawan perempuan aku yang lain.” Luah Ryan ikhlas. Itulah rasa dia yang sebenar.

Balqis tertunduk. Sedikit sebanyak hatinya terkesan dengan kata- kata Ryan itu. kalau lelaki itu terus mengungkap kata- kata seperti itu, Balqis takut dirinya akan cair. Maklumlah dia perempuan yang mempunyai hati dan perasaan yang lembut walaupun secara luarannya dia nampak keras tapi bila diayat dengan kata- kata seperti itu, cair juga hatinya.

“ Okeylah kalau begitu aku terima. Terima kasih banyak- banyak. Tapi macam mana kau tahu saiz tangan aku? tak pernah pun aku tengok kau ukur tangan aku.” ucap Balqis sambil ketawa kecil.

Ryan menelan liur. Alamak macam mana nak jawab ni? Dia tidak mahu rahsia yang selama ini dia simpan pecah. Belum tiba masanya untuk Balqis tahu apa yang dia sembunyikan selamanya ini. Dia menggigit bibir.

“ Err,aku agak- agak je. Masa aku nak pergi tempah rantai tangan tu, aku tengok tangan jurujual tu sama besar dengan tangan kau jadi aku hentam jelah ikut contoh tangan dia. Nasib baik muat kan?” Ryan memberi alasan. Fuhh, nasib baik lepas jawab. Bisik hati Ryan sambil mengelap peluh di dahinya.

“ Oh, macam tu. Dahlah jom kita blah.” Ajak Balqis tanpa mengesyaki apa- apa.

“ Jomlah.” Sahut Ryan menarik nafas lega. Nasib baik Balqis tidak banyak tanya kalau tidak jenuh juga dia ingin menjawab setiap soalan gadis itu. Balqis kalau sudah bertanya mengalahkan Nas Ahmad dalam rancangan Melodi itu belum masuk segmen terjah dia. Pening kepala Ryan memikirkan Balqis.

Selepas puas berdebat, mereka berdua mengatur langkah untuk pulang. Namun tiba- tiba suara Balqis menghentikan langkah Ryan.

“ Kau nak apa lagi Qis? Tak nak pergi jumpa Hani ke?” tanya Ryan pelik.

“ Kau tunggu aku kat keretalah. Aku nak beli barang sekejap.” Ujar Balqis tersenyum penuh makna. Matanya tertancap pada patung beruang berwarna coklat yang berada di dalam kedai cenderahati di hadapannya sekarang.

“ Barang apa? Kau beli jelah aku tunggu.” Ucap Ryan.

“ Tak payah. Kau tunggu aku kat kereta je.” Bantah Balqis.

Ryan menjongketkan bahu. Dia meninggalkan Balqis seperti yang dimahukan gadis itu. sedang asyik dia berjalan menuruni tangga bergerak secara spontan matanya menangkap seraut wajah yang dikenali. Namun dia tidak pasti sama ada wanita cantik berambut perang dan berskirt pendek itu adalah wanita yang dikenalinya satu ketika dahulu.

“ Zarryn….” Ucap Ryan sayu. Tiba- tiba dia teringatkan wanita yang amat dicintainya itu. wajah gadis yang dilihat tadi memang saling tidak tumpah seperti Zarryn cuma penampilan wanita itu jauh berbeza dengan Zarryn. Memang dahulu Zarryn seorang yang seksi tetapi tidaklah seseksi seperti wanita yang dilihatnya tadi.

“ Mungkin pelanduk dua serupa kot..” pujuk hati Ryan.

Dia meneruskan langkah menuju ke parkir kereta. Selepas membuka pintu kereta, Ryan melangkah masuk ke dalam kereta Camry kesayangannya itu. Dia menyandarkan kepalanya ke belakang sambil menunggu Balqis yang tak kunjung tiba.

‘ Manalah Qis ni. Suka betul naikkan darah akulah.’ Bebel Ryan.

Namun dia tidak menunggu lama apabila cermin keretanya diketuk. Terjengul wajah Balqis sambil tersenyum manis. Pantas Ryan membuka lock dan membiarkan Balqis masuk.

“ Kau ke mana? Kalau kau lambat 45 saat lagi memang aku nak tinggalkan kau kat sini je. Biar kau tidur dekat dalam KLCC ni.” Bebel Ryan sambil memandang wajah Balqis yang bertudung merah itu.

Balqis mencebik. Macam aku takut je. Kalau Ryan tinggalkan aku dekat sini aku boleh panggil Daniel lagipun dah lama aku tak jumpa dia. Rindulah pula. Bisik hati Balqis nakal.

“Sorrylah. Alah tunggu sikit nak merungut. Ini aku belikan kau sesuatu. Tak sedap pulak aku tak balas hadiah kau tu. walaupun pemberian aku ni taklah semahal hadiah kau tapi keikhlasan aku mengatasi harga hadiah kau tu. Ambillah. Hope you like it.” Ucap Balqis tersenyum manis.

Dia menghulurkan beg plastic kepada Ryan yang tercengang- cengang. Huluran Balqis bersambut. Dia tersenyum lagi melihat Ryan membuka beg plastic itu dan mengeluarkan isi kandungannya.

“Cutenya. How sweet of you Qis..” puji Ryan.

Dia ketawa kecil melihat teddy bear yang sederhana besar berada di dalam tangannya. Comel. Puji hati Ryan. Walaupun teddy bear itu ringkas tapi tetap menarik di pandangan Ryan mungkin warnanya yang coklat pekat membuatkan teddy bear itu tidak kelihatan seperti perempuan sangat.

“Aku tak mintak pun kau balas hadiah aku tu. tapi memandangkan kau dah bagi aku tak tolak. Terima kasih ye. Untuk apa kau bagi aku teddy bear ni? Tak pelik ke? Selalunya lelaki yang bagi teddy bear ni kat perempuan, tapi kau terbalik pulak.” Tutur Ryan kehairanan. Dia meletakkan teddy bear di atas ribanya. Dia senang hati dengan pemberian Balqis itu.

Balqis hanya tersengih. Sebenarnya dia tidak tahu hadiah apa yang sesuai untuk diberikan pada Ryan memandangkan dia ternampak teddy bear itu tadi jadi terlintas di fikirannya untuk menghadiahkan teddy bear itu pada Ryan sebagai kenangan.

“Saja je. Sebab tak pernah orang buatlah aku buat untuk kau. Aku kan pelik daripada orang jadi lepas ni kau tak payah peliklah kalau aku bagi benda pelik- pelik pada kau. Sekurang- kurangnya dengan ada teddy bear ni kau tak lupakan aku. jadikan dia sebagai kenangan.” Suara Balqis kedengaran serius.

Ryan tersenyum. dia menyelak sedikit rambutnyan yang terjuntai di dahi sebelum kembali merenung wajah isterinya di tepi. Dia terharu dengan sikap Balqis yang tidak suka meminta tapi suka memberi itu. memang payah untuk dia berjumpa dengan wanita seperti Balqis lagi.

“Aku akan hargai setiap apa yang kau lakukan pada aku sebab aku…” Ryan mematikan kata- katanya. Dia mengetap bibir. Hampir je tersasul.

“Sebab apa Ryan?” tanya Balqis mengerutkan dahi.

“Tak ada apa- apalah. Aku lupa nak cakap apa dah. Jomlah kita gerak.” Ryan mengalih topik. Kalau boleh dia tidak mahu sesiapa pun tahu apa yang tersimpan jauh dalam lubuk hatinya. Biarlah segalanya menjadi rahsia bagi dirinya seorang.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Rasa Yang Tertinggal 12”
  1. wanie says:

    BEST..
    Bila agak nya qis boleh tau isi hati ryan….
    tak sabar nak tunggu

  2. Nieyah says:

    Best…..x sbr nak tggu next n3… Ada blog x …

  3. eila says:

    best. :)

  4. farisha_zeisha says:

    best..bset..best..
    teruskan penulis..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"