Novel : Suamiku tak romantik, tapi autistik 31, 32

7 April 2012  
Kategori: Novel

29,443 bacaan 96 ulasan

Oleh : FARISHA IMANI

BAB 31

Nura Alia termangu di luar jendela.Pandangannya dijatuhkan memandang ke arah bulan di dada langit.Bintang-bintang yang agak bergemerlapan itu menambahkan lagi suasana malam yang terasa cukup dingin ini.Sedingin hatinya.

Semangatnya untuk berterus-terang dengan Boboy,akhirnya terbantut.Lelaki itu balik lewat petang.Bayangkan dari pagi Boboy dan Syakira keluar berdua-duaan saja.Ke manakah agaknya mereka berdua pergi?Adakah Boboy mengalami sebuah lagi pengalaman yang menyeronokkan dengan gadis itu?

Persoalan demi persoalan menerjah ke dalam benak Nura Alia.Hatinya sakit bila mengenangkan perkara ini.Dek kerana itu sedari tadi dia langsung tidak bercakap walau sepatah dengan suaminya.Mungkin sekarang bukan masa yang paling sesuai untuk dia berterus terang mengenai perasaannya.Biarlah.Biarkan masa yang menentukannya.

“Kakak duduk buat apa tu?”Muncul entah dari mana suara Boboy bertanya.Nura Alia cepat-cepat mengesat air mata yang bergenang di tubir matanya.Entah kenapalah semenjak dua menjak ni dia menjadi semakin sensitif.Tak pernah-pernah dia selemah ni.

Tanpa menjawab soalan dari lelaki itu,dia segera menutup daun pintu lalu merebahkan diri ke katil.Dia berbaring mengiring membelakangi Boboy.Boboy agak tercengang melihat perubahan watak isterinya itu.Dia tahu dia bersalah.Ada dua kesalahan yang telah dia lakukan pada isterinya hari ni.

Pertama,dia bersalah kerana telah bergurau dengan mengeluarkan kata-kata yang pedas dalam kereta pagi tadi.Kesalahan kedua ialah kerana dia telah pulang lewat ke rumah.

Boboy tahu Nura Alia sedang marah dan merajuk dengan dirinya.Dia juga marah dengan dirinya sendiri.Kerana apa?Kerana dia tidak mampu memaksa Syakira untuk pulang awal tadi.Gadis itu terlalu baik melayan kerenahnya.Dan Syakira juga bersungguh-sungguh ingin membawa dia pergi berjalan-jalan di sekitar kampung dan pekan.Mereka berdua betul-betul mengisi masa lapang bersama-sama tadi.Tapi hati dan ingatannya menerawang entah ke mana apabila bersama dengan Syakira.Dia rindukan Nura Alia.Sungguh dia rindukan isterinya itu.Dan perasaan takut berjauhan daripada Nura Alia mula melanda hatinya tadi.Dia merasa keseorangan.Hidupnya tiba-tiba rasa tidak ceria dan tenang.Dia perlukan gadis itu untuk melengkapkan harinya.

Boboy duduk di birai katil.Serentak itu Nura Alia mengengsot ke tepi dinding.Boboy semakin rasa bersalah.Andai saja dia dapat memeluk isterinya itu lalu memujuk dan menjelaskan hal yang sebenar,pasti dia akan lakukan semua itu.Tapi pergerakannya terlalu terbatas.Apa yang harus dia lakukan sekarang?Dia mengeluh lemah.

“Kakak tadi kan kita….”

“Tutup lampu tu… Lia nak tidur.”

Boboy terkedu mendengarnya.Daripada tadi lagi dia tidak berpeluang menjelaskan hal yang sebenarnya.Mungkin wanita itu perlukan masa untuk bersendirian.Dengan langkah akur dia menutup lampu bilik.Dia melangkah keluar dari situ.Tak sanggup dia nak menghadap kedinginan isterinya yang semakin hari semakin menjauh darinya itu.Rancangannya kali ini benar-benar sudah gagal.

Sebaik sahaja Boboy menutup pintu,Nura Alia bingkas bangun.Kelopak matanya mengalirkan air mata kecewa.Kenapa lelaki tu langsung tidak cuba memujuk dirinya?Perkara seperti inilah yang paling dia takuti.Berhadapan dengan perasaan duka dan kecewa seorang diri.Dia bersuamikan seorang lelaki autistik yang tak mungkin pandai memujuk hati wanitanya.Adakah seumur hidupnya nanti dia harus berhadapan dengan keadaan ini?Menyulam duka sendirian tanpa sebarang pujukan daripada sang suami.Mampukah dia bertahan lama?

<<<<>>>>

Boboy duduk termenung di atas kaki tangga.Malam kian larut.Semua orang dah tidur.Tapi dia tidak mampu melelapkan mata.Bagaimana dia nak tidur dengan tenang apabila hatinya dilanda gundah-gulana.Perasaan bersalah kepada Nura Alia semakin bergunung-gunung jadinya.Dia tahu hati gadis itu cukup terluka dengan apa yang sudah terjadi.Ditinggalkan isterinya itu untuk menenangkan diri.

Dia tidak mampu memujuk apa lagi memeluk isteri kesayangannya itu.Kerana takut rahsianya terbongkar dia rela mendera perasaan Nura Alia seperti itu.Maafkan abang sayang.Abang perlukan sedikit masa lagi.Bila abang dah pasti perasaan sayang pada abang nanti,abang akan berterus-terang pasal semuanya.Abang janji.Bisik Boboy dalam hati.

Mungkin sudah sampai masanya dia berterus-terang dengan semua orang.Tempoh sebulan yang diberikan oleh bapa mertuanya juga semakin menghampiri.Dia harus bertindak sebelum tempoh itu berakhir.Yang paling penting sekarang,dia harus tahu apa perasaan Nura Alia terhadap dirinya.Dia cuma tak ingin bertepuk sebelah tangan.Tapi entah kenapa jauh dari sudut hatinya,dia dapat merasa gadis itu turut mencintainya.Tapi dia tak berapa pasti.Maka dia harus pastikan perkara itu sebetul-betulnya dulu.Dia tak nak bertepuk sebelah tangan.

Boboy menghela nafas panjang.Moga-moga rancangannya esok bakal membongkar perasaan sebenar Nura Alia terhadapnya.Dia sudah merancang.Harap-harap rancangannya tidak gagal lagi.

<<<<>>>>

Pagi-pagi lagi Nura Alia sudah bangun dari tidur tidak berapa nyenyaknya.Dia meringankan tulang untuk membantu Mak long Kiah dan Syakira di dapur.Dia pun tak tahu kenapa tapi dia tidak mampu lagi berbalas pandangan dengan Syakira.Perasaan cemburu masih menguasai dirinya.

Syakira dapat menghidu perubahan kakak sepupunya itu.Daripada semalam lagi perempuan itu hanya mendiamkan diri.Langsung tak bertanya mengenai pengalaman Boboy keluar jalan-jalan semalam.Tidakkah gadis itu berminat ingin tahu mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh Boboy sepanjang hari semalam?Dia pun tak pandai nak buat andaian apa-apa.Mungkin saja Nura Alia masih tiada mood untuk bercakap gara-gara apa yang berlaku dalam kereta semalam.

“Wan belum bangun lagi ke Nora?Sarapan dan siap ni.Pergilah kejutkan dia.Kita makan sama-sama.”Ujar Mak long Kiah sambil menyeduk mee goreng ke dalam pinggan.Wajah tuanya sentiasa kelihatan tersenyum.Nura Alia yang sedari duduk dan mendiamkan diri hanya menurut arahan ibu saudara suaminya itu.Dia meminta diri untuk pergi mengejutkan Boboy dari tidur.

“Kenapa dengan Nora tu,Kyra?Kamu ada buat dia terasa hati ke?Mak tengok lain macam aje budak tu.Dah tak ceria macam selalu…”Mak long Kiah turut merasa perkara yang sama.Diperhatikan gadis itu dari tadi.Bagaikan dia sedang memikirkan masalah yang besar.

“Kyra pun tak tahu mak.Daripada semalam lagi Kak Lia mudi macam tu.Semalam dalam kereta dia gaduh dengan Abang Boboy.Dia terasa hati dengan Abang Boboy kut mak.Entahlah Kyra tak tahu…”Mak long Kiah mendengar sambil angguk kepala.

Betul apa yang dikatakan oleh Syakira itu.Daripada semalam lagi keadaan diam Nura Alia itu bermula.Terkejut juga dia semalam bila gadis itu pulang ke rumah seorang diri hanya dengan berjalan kaki.

“Assalamualaikum,mak long…”Ucap Nura Alia sebaik saja menjejak kaki di halaman rumah kayu itu.Mak long Kiah yang sedang sibuk menyapu sampah berpaling seraya menjawab salam.Wajahnya agak terperanjat.

“Nora buat apa kat sini?Bukan tadi Nora naik kereta pergi jalan-jalan ke dengan Kyra?”Wajah Mak long Kiah serius.

Nura Alia mendekati wanita tua itu.Dia memeluk Mak long Kiah.Hatinya sedang gembira dan bahagia saat ini.Sikit masa lagi dia akan menyatakan perasaannya kepada Boboy,lelaki yang paling dicintai olehnya.Dia dah tak sabar.

“Mak long ni terkejut macam nampak hantu aje.Nora tak jadi pergilah mak long.Nora ada surprise untuk Boboy.”Ujar dia ceria.Daripada tadi senyuman tidak lekang dari bibirnya.

“Surprise?Apa pulak tu Nora?Mak long tak fahamlah nak oi…”Nura Alia tergelak mendengar pengakuan Mak long Kiah.Dia memimpin tangan mak long untuk duduk bersama-samanya di pangkin.

“Surprise tu maknanya kejutan.Nora nak buat kejutan istimewa untuk Boboy sebab… sebab Nora ada sesuatu nak bagitahu dia.So,mak long kenalah bantu Nora.”Mak long Kiah menggeleng-geleng kepala.Dia tak faham maksud sebenar gadis itu.

“Mak long janganlah buat muka pening macam tu.Mak long tak sudi ke tolong Nora?”Nura Alia buat muka sedih.Dia menundukkan pandangannya ke bawah.Mak long Kiah senyum nipis.Merajuklah pulak.Sambil menggenggam tangan Nura Alia,mak long memaksa gadis itu mendongak memandang ke arahnya.

“Mak long tak kata pun tak nak tolong.Nora nak minta tolong apa dengan mak long ni?Kalau mak long boleh tolong,Insya-Allah mak long cuba tolong.”Jawapan Mak long Kiah menceriakan kembali hati Nura Alia.Dia pantas memeluk tubuh mak long sambil membisikkan sesuatu ke cuping telinganya.Macamlah ada orang lain kat situ.

Mak long Kiah tersenyum lebar selepas mendengar permintaan Nura Alia itu.

“Bertuah Wan dapat isteri macam Nora…”Tersenyum simpul Nura Alia mendengar pujian Mak long Kiah.Pipinya merona merah.

“Apa kita tunggu lagi?Jomlah kita ke dapur.”Mak long Kiah bangun lalu melangkah naik ke dalam rumah.Hati Nura Alia terasa berbunga-bunga saat ini.Inilah masanya untuk dia memulakan permulaan yang baik untuk hubungannya dengan Boboy.Harap-harap usahanya ini tidak sia-sia.

“Maksud mak,Kak Lia yang masak semua lauk-pauk tu semalam?”Tanya Syakira sebaik sahaja mendengar cerita emaknya.Mak long Kiah menganggukkan kepala.Dia berasa simpati dengan Nura Alia.Bersungguh-sungguh gadis itu belajar memasak dengannya semalam.Walaupun sekali-sekala dimarahi olehnya,Nura Alia tetap kental untuk meneruskan pembelajaran.

“Habis tu kenapa dia tak makan sama-sama semalam?Kan dia yang masak.”Tanya Syakira semakin ingin tahu.

“Walaupun dia tak cakap tapi mak tahu kenapa dia beria-ia nak masak semalam.Dia masak semua tu untuk Wan.Tapi Wan dengan kamu balik lambat pulak semalam.Lama Nora tunggu.Mak pun naik risau dengan kamu ni Kyra.Dari pagi turun,petang-petang baru reti nak balik.Tak eloklah kalau orang kampung tengok.”Syakira terkedu.Dia tertunduk bersalah.

Mungkin gara-gara kelewatannya kakak sepupunya itu menjadi sedingin ni pagi ini.Mungkin dia merajuk dan terasa hati kerana dia dan Boboy pulang lewat semalam.Pasti perempuan itu merasa sia-sia saja dia memasak untuk Boboy.Syakira khilaf.Dia harus meminta maaf dengan kakak sepupunya itu.Mungkin syaitan dah menghasut dirinya semalam sehinggakan dia dengan sengaja melambat-lambatkan masa untuk pulang ke rumah.Dia beristighfar dalam hati.Ya Allah,hilangkan perasaan ni dalam hati aku.Ada perasaan sayang dalam hatiku untuk Boboy.Tapi aku tak sanggup nak jadi orang ketiga dalam rumahtangga mereka.Lupuskan ingatanku pada lelaki itu,ya Allah.Doa Syakira dalam hati penuh keinsafan.Dia bagaikan baru tersedar bahawa apa yang dia rasa selama ini adalah tidak betul.Sama sekali tidak betul.

Boboy yang berada di balik pintu hanya diam memasang telinga.Kini dia baru tahu apa yang sepatutnya dia tahu.Perasaannya sekarang bercampur-baur.Dari satu sudut,dia merasa sangat gembira dan bahagia mendengar isterinya belajar memasak semata-mata untuk dirinya.Tapi dari sudut yang lain,dia sangat merasa bersalah kerana langsung tidak menghargai apa yang dah isterinya lakukan.Dia betul-betul tak tahu mengenai hal ni.

<<<<>>>>

Nura Alia duduk termenung atas pangkin.Termenung dan terus termenung memikirkan masa depan hubungannya dengan Boboy.Terasa ujian ini terlalu berat untuk dipikul olehnya seorang diri.Andai saja Boboy kembali normal macam dulu-dulu,pasti dia tidak akan menjadi tertekan seperti hari ini.Niat di hatinya untuk mengejutkan lelaki itu terbantut tiba-tiba bila mengenangkan lelaki itu pulang lewat petang semalam.Hatinya masih merajuk.Tapi malangnya tiada siapa pun yang sudi memujuk.

Lantas dia bawa diri ke halaman rumah.Lebih tenang berada di luar rumah sambil menghirup udara segar.Dengan cara ini saja dia dapat menghilangkan sedikit tekanan dan mungkin ini saja cara untuk dia pujuk hatinya sendiri.

Satu keluhan berat dilepaskan oleh Nura Alia.Selepas pulang dari kampung nanti,entah bagaimanalah keadaan hubungannya dengan Boboy.Adakah dia akan terus makan hati?Entah bilalah dia dapat bertahan dengan kerenah dan sikap Boboy.Kalau dulu ketika dia menjadi pengasuh kepada Boboy,mungkin dia boleh larikan diri dari lelaki itu andai lelaki itu menyakiti hatinya.Namun kini semuanya sudah berubah.Apa saja perbuatan lelaki itu yang menyakiti hati dan perasaanya,dia tetap harus tinggal sebumbung dan sebilik serta terpaksa juga menghadap muka lelaki itu setiap hari.Ah!Sungguh dia bengang dengan keadaan seperti ini.Stress!

“Kakak,mak long panggil makan.”Laung Boboy dari atas rumah.Nura Alia mencebir bibir tanpa memandang ke arah suaminya itu.Dia tidak berganjak.Melihat Nura Alia masih tidak bergerak,dengan segera Boboy pergi mendapatkan isterinya itu.

“Mak long suruh kakak makan.Jomlah.”Boboy bertindak menarik lengan Nura Alia.Nura Alia merentap tangannya kasar.Anak mata mereka bersabung.

“Jangan nak paksa-paksa Lia boleh tak?!Lia bukan budak-budaklah.Ugh!Tepilah!”Nura Alia bingkas bangun dari pangkin.Dia menyarung selipar dengan tergesa-gesa.Boboy mengepal penumbuk.Jiwanya sakit melihat penderitaan isterinya ini.Dia yakin,Nura Alia sedang tertekan dengan ini semua.

“Boleh tak kalau kakak jangan buat kita macam ni?Kita tahu kita salah.Kita tahu kita dah buat hati kakak sedih.Kita minta maaf.Kita janji lain kali kita takkan buat kakak sedih-sedih lagi.”Ucap Boboy ke telinga Nura Alia sambil memeluk tubuh gadis itu dari belakang.

Jantung Nura Alia berdegup hebat.Dia terpana dengan tindakan Boboy ini.Terasa cukup mendamaikan apabila dipeluk seperti ini oleh lelaki yang kita cintainya.Terasa selamat saja.

“Lepaskan Lia!”Dia tersedar dari terus terhanyut dibuai perasaan indah yang pastinya bukan milik dia.Nura Alia cuba melepaskan rangkulan Boboy yang semakin mengemas memeluknya.Boboy turut tersedar dari khayalannya.Dia cepat-cepat melepaskan Nura Alia.Dia betul-betul terleka tadi.Dia hanya ingin memujuk hati isterinya itu.Tidak di sangka-sangka dia memeluk Nura Alia.

Pangg!Tidak semena-mena pipinya terasa membahang ditampar oleh Nura Alia.Boboy terkaku sambil memandang tepat ke muka isterinya itu.

“Jangan cuba nak ambil kesempatan ke atas Lia lagi!Cukuplah sekali apa yang dah berlaku di resort malam tu.Lia tak nak semua tu berulang lagi.”Selesai mengucapkan itu,Nura Alia meluru masuk ke dalam rumah.Ada juraian air mata membasahi pipinya.Bukan itu yang ingin diucapkan olehnya.Tanpa sengaja dia menampar pipi suaminya itu tadi.Dia betul-betul dah tak tahu nak buat apa lagi.

Boboy memegang pipinya yang masih terasa membahang.Jelas kelihatan pada mata Nura Alia betapa dia sedang bersedih dan tidak gembira dengan semua ini.Boboy tahu dialah punca semua ni.Dia dah libatkan Nura Alia dalam lakonannya ini.Kau harus bertindak sekarang,Azwan.Kalau kau lambat bertindak,jangan menyesal kalau Lia lari tinggalkan kau nanti.

Dia tak boleh membiarkan perkara itu terjadi.Dia harus segera lakukan sesuatu.Tapi apa?Macam mana harus dia mulakan?Segala rancangannya sudah kucar-kacir jadinya.Dia sendiri sudah tidak mampu berfikir lagi.

<<<<>>>>

“Kak Lia tak nak join kitorang ke?Jomlah kak.Seronok ni.”Ajakan Syakira dibalas dengan gelengan oleh Nura Alia.Dia lebih rela duduk atas pondok kecil ini daripada berpanas di tengah-tengah bendang sana.Walaupun jam baru saja menunjukkan pukul 9.30 pagi tapi keadaan di kawasan sawah padi ini agak terang dan cerah bagaikan sudah masuk ke tengah hari.Cuaca hari ini memang baik sekali.

Boboy hanya memerhati isterinya.Selepas insiden tadi,perempuan itu langsung tidak menegurnya lagi.Dan yang lebih parah,Nura Alia seakan-akan tidak sudi lagi memandang ke arahnya.

“Kak Lia ni… Bila lagi Kak Lia nak merasa main dalam bendang macam ni.Jomlah Kak Lia.Boleh kita cari ikan sama-sama.Atau Kak Lia takut lintah.Kak Lia takut lintah ke?”Ada nada ejekan dari suara Syakira.Dia sebenarnya sedang mencabar kakak sepupunya itu untuk turun sama masuk ke dalam bendang ini.Dia tiada niat apa-apa.Dia tidak ingin membiarkan hubungan dingin terus terjalin antara mereka.Dia tahu dia salah.Dia hanya ingin menjernihkan keadaan.

Nura Alia rasa tercabar.Dia segera turun dari pondok.Korang ingat aku tak pernah masuk bendang ke?Aku ni cucu Tok Mak dan Tok Abahlah.Ngomelnya dalam hati sebal.Disingsingkan kaki seluarnya tinggi.Tanpa berfikir panjang kakinya melangkah masuk ke dalam bendang.

“Kak Lia suka makan belut tak?”Nura Alia pantas menggelengkan kepala menjawab soalan Syakira itu.Terdengar saja perkataan belut itu,bulu romanya tiba-tiba naik menegak.Sungguh dia geli dengan spesies itu.Sampai sekarang dia masih belum mampu nak makan benda tu.

Melihat reaksi Nura Alia sebegitu,Syakira semakin galak menyakat.

“Sekarang ni musim belut tau.Time-time macam nilah belut banyak keluar dari tempat persembunyiannya.”Nura Alia menelan air liur.Biar betul budak Kyra ni.Aku lesing kan.Jangan main-mainlah.

Dia ingin keluar dari situ namun kakinya terasa sukar untuk digerakkan.

Boboy menahan tawa melihat wajah gelabah isterinya.Satu fakta yang dia baru tahu tentang gadis itu hari ini ialah Nura Alia tidak suka belut.He he he…

“Kak Lia nak pergi mana?Kyra dengan Abang Boboy belum dapat tangkap belut lagi.Kan abang,kan?”Boboy mengangguk laju.

Nura Alia hanya mampu memandang wajah tersengih Syakira dan Boboy itu silih berganti.Menyesal pulak dia masuk ke dalam lumpur ini tadi.Argh!Bencinya.Tanpa menghiraukan Syakira dan Boboy,dia terus berusaha untuk keluar dari situ.Tapi kakinya bagaikan digam langsung tak boleh gerak.

Tiba-tiba Syakira menjerit.

“Hah!Ni pun belut tu.Yes!Akhirnya Kyra dapat jugak makan sup belut hari ni.”Wajah gadis itu bersinar ceria.Dia menunjukkan belut yang panjang dan sederhana besar itu betul-betul di hadapan muka Nura Alia.Nura Alia pantas memejamkan matanya.

“Janganlah Kyra.Kak Lia tak suka binatang ni.”Bergetar suara Nura Alia ketika itu.Rasa macam nak nangis pun ada.Kesian pulak Boboy tengok wajah ketakutan isterinya itu.

“Alah Kak Lia ni.Bukan belut ni menggigit pun.Tengok ni elok aje Kyra pegang dia.Dia tak gigit pun.”Syakira mengusap-usap tubuh belut yang licin itu.Namun,dek kerana pegangannya tidak kemas,belut itu terlepas daripada tangannya.Serentak itu Nura Alia menjerit kuat.

“Arghhh!!”

Dia cuba lari keluar dari situ.Belut tadi pasti sedang berada di bawah kakinya sekarang.Dia dapat rasa sesuatu.Apabila perasaan takut menguasai diri,macam tulah jadinya.Walhal apa yang dia rasa itu hanyalah perasaan semata-mata.

“Boboy tolong akak.Tolong bawa akak keluar dari sini.Cepatlah!”Boboy terkesima.Hampir satu hari ini dia tidak mendengar panggilan itu dari gadis itu.Sungguh dia rindukan panggilan itu.

“Cepatlah!”Nura Alia terus menjerit meminta tolong.Boboy tersedar daripada lamunannya.Dia segera mendapatkan isterinya.Bersusah-payah dia mengharungi lumpur-lumpur yang sedang menyukarkan perjalanannya.

Syakira tersenyum-senyum melihat telatah kedua-dua pasangan itu.Comel sangat.Perasaan bersalah kembali menjelma dalam hatinya.Andai saja dia tidak pulang lewat petang semalam,pasti Nura Alia tidak merajuk dengan Boboy dan menjadi sedingin tadi.

Setelah berhempas-pulas mengharungi lumpur,akhirnya tangan Boboy dapat mencapai tangan Nura Alia.Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.Hati masing-masing kembali berdegup lagu cinta.Bagaikan ada kuasa cinta,Boboy dengan gagah lagi perkasa cuba mencepung tubuh isterinya.Namun,dek kerana Nura Alia tidak bersedia kerana terlalu asyik menatap wajah Boboy yang handsome itu,kedua-dua mereka terhumban jatuh ke dalam lumpur.

“Boboy!”

Jeritan Nura Alia kedengaran lagi.Dia cuba mengesat mukanya yang terkena lumpur itu.Lumpur yang sedikit pada mukanya menjadi semakin banyak dek kerana tangannya turut bercelup lumpur.Boboy tak mampu lagi menutup tawanya.Dia ketawa berdekah-dekah memandang wajah comel Nura Alia ketika itu.Syakira juga turut ketawa sama.

“Boboy jangan nak gelak-gelakkan akak eh.Boboy pun samalah.Nah ambil lagi masker ni.”Dilumurnya muka lelaki itu dengan lumpur.Boboy berhenti ketawa.Terasa ada lumpur masuk ke dalam mulutnya.Dia pantas meludahnya.

“Kakak!”

Nura Alia hanya menjelirkan lidah.Dia merangkak keluar daripada kotak sawah itu.Boboy membaling lagi lumpur ke arah isterinya.Dia masih belum puas bermain dengan isterinya itu.Syakira mengukir senyuman tatkala melihat kegembiraan dan kebahagian pasangan pengantin baru ini.

“Kenapa Boboy baling akak dengan lumpur ni,hah?Suka-suki dia aje buat kita macam ni.Nah ambik ko!”Nura Alia membalas serangan dengan membaling lebih banyak lumpur ke arah suaminya.Wajahnya tersenyum gembira.Tiada lagi masalah yang merajai hatinya saat ini.Dia gembira dapat meluangkan masa bergurau-senda seperti ini dengan Boboy.Inilah dirinya.Suka menyakat dan membuli lelaki itu.

“Kakak belut kat kaki kakak tu.Eee… geli…”Boboy menghalakan jari telunjuknya ke arah kaki Nura Alia.Tanpa melihat keadaan di kakinya,gadis itu terlebih dahulu melompat dan menjerit.Dia berlari jauh dari situ.

“Ha ha ha ha… Padan muka kakak.Kita gurau ajelah.Bukan ada belut pun.Wekkk…”Boboy menjelirkan lidahnya.Dia turun keluar dari dalam bendang.Dia benar-benar tidak menyangka idea Syakira untuk menangkap belut di sini tadi,betul-betul sudah berjaya mendekatkan kembali dirinya dengan Nura Alia.Semua yang berlaku ini bukan atas perancangannya.Mungkin inilah rancangan Allah Yang Maha Mengetahui.Mengetahui apa yang lebih baik untuk hambanya.

BAB 32

Akhirnya dia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA),Sepang tepat jam sebelas pagi.Perjalanan yang memakan masa selama hampir sepuluh jam ini betul-betul membuatkan dia terasa penat.Namun,dek kerana terlalu teruja kembali ke tanah airnya ini,membuat dia membuang semua rasa penat itu jauh-jauh.

Dia menolak bagasi dalam troli dengan tenang dan bersahaja.Sudah tidak sabar untuk dia membuat kejutan kepada kedua-dua orang tuanya.Rindu kepada papa dan mamanya semakin membuak-buak.Selepas hampir lima bulan di berada di negara orang tanpa kerelaan hatinya,akhirnya dia kembali.Kepulangannya kali ini adalah untuk selama-lamanya.Dia takkan kembali lagi ke Sepanyol.

Matanya meliar mencari teksi.Dia sudah tidak sabar nak berjumpa dengan orang tuanya.Sampai saja dia ke rumah nanti,dia akan memeluk cium mama yang paling dirinduinya itu.Mama,Mie dah balik.Bisik Syed Azmi dalam hati sambil tersenyum ceria.

<<<<>>>>

“Boleh tak Boboy duduk diam-diam?Kalau macam ni sampai bila-bila pun badan Boboy tu tak bersih.Ugh!”Mulutnya membebel sambil tangannya ligat menimba air dari perigi.Boboy pula tersengih-sengih sambil duduk mengcangkung menunggu isterinya memandikannya.Alangkah bahagianya hidup kalau hari-hari dapat mandi macam ni.

“Kakak tak nak mandi sama ke?Best mandi air telaga ni.Sejuk…”Boboy memeluk-meluk tubuhnya yang terasa agak kedinginan.Nura Alia membiarkan soalan suaminya itu tanpa jawapan.Dia masih fokus menimba air lalu menuang air dalam timba itu membasahi tubuh Boboy yang berlumpur itu.

“Kakak,biar kita pulak yang timba air tu.Bak sini…”Dia bangun lalu merampas timba plastik itu daripada tangan isterinya.

Nura Alia tercengang.Dia hanya mampu melihat ketangkasan Boboy menimba air dari dalam telaga.Mana aci,Boboykan lelaki.Mestilah kuat dan tangkas.

“Sejuknya…”Hanya itu yang mampu terluah dari bibirnya saat Boboy menuang air ke kepalanya.Dingin sekali air mata air ini.

“Bestkan kakak dapat mandi kat sini.”Nura Alia angguk kepala seraya tersenyum kecil.Melihat senyuman isterinya,Boboy semakin bersemangat menimba air.Mereka bermandi-manda di telaga berhampiran dapur itu.Pulang saja dari menangkap belut di bendang tadi,mereka berdua terpaksa membersihkan diri menggunakan air dari perigi kerana Syakira terlebih dahulu menempah tiket untuk bersiram dalam bilik mandi.

Boboy terleka menatap wajah ceria isteri.Wajah ceria yang dirindui olehnya.Nura Alia sedar bahawa dirinya diperhatikan.Dia pura-pura tidak nampak.

“Kakak dah maafkan kita,kan?”Tanpa diduga soalan itu meniti di bibir Boboy.Dia menunggu jawapan daripada isterinya.Mungkin sekarang adalah waktu terbaik untunya meminta maaf kepada gadis itu.Meminta maaf atas semua yang dah dia lakukan.

“Kenapa pulak akak kena maafkan Boboy?”Tanya Nura Alia kembali.Boboy mengerutkan keningnya.Dia tidak menyangka perempuan itu akan menanyakan soalan itu.Timba di tangannya diletak perlahan ke tanah.Dia berdiri sambil menghadap wajah isteri kesayangannya itu.

“Kita minta maaf sebab kita tahu kita dah buat kakak sedih semalam.Kita dah balik lambat.Kita salah cakap masa dalam kereta tu.Kita…”Belum sempat Boboy meneruskan kata,jari runcing Nura Alia melekap pada bibirnya.Boboy terdiam sambil matanya merenung anak mata isterinya tanpa berkelip.

“Akak dah maafkan Boboy.Lupakan semua perkara tu,okey?”Sungguh apa yang terucap olehnya ketika ini adalah lahir dari dalam hatinya sendiri.Sungguh dia sudah penat merajuk dan menyulam perasaan sedih ini.Ini bukan dirinya yang sebenar.

Nura Alia yang sebenar tidak cepat melatah apa lagi cengeng seperti beberapa minggu kebelakangan ini.Nura Alia seorang kaki buli kepada Boboy.Seorang yang ceria dan tidak suka merajuk.Dia ingin kembali kepada dirinya yang asal.Mungkin sudah sampai masanya untuk dia berterus-terang sekarang.Berterus-terang mengenai perasaannya pada Boboy.

Ditarik nafasnya dalam-dalam.Kekuatan cuba dikumpulnya.Dia mencapai tangan Boboy lalu menggenggam tangan suaminya itu erat.Boboy terkedu dengan tindakan Nura Alia.

“Lia… Lia ada sesuatu nak bagitahu Boboy.”Dia tidak mampu menatap wajah lelaki itu.Perasaan malu menguasai dirinya.Dadanya terasa berdegup laju.Pipinya terasa panas merona.

“Sebenarnya… sebenarnya Lia… Lia dah…”

“Nora,Wan… Kyra dah siap mandi tu.Kamu berdua pergi mandi sekali lagi kat dalam bilik mandi sana.Guna sabun tu biar wangi sikit badan kamu tu.”Laung Mak long Kiah dari dapur.Nura Alia segera melepaskan pegangan tangannya.Dia cuba melarikan pandangan ke tempat lagi.

“Err… akak… akak pergi mandi dulu.”Niatnya untuk berterus-terang terbantut lagi.Tiba-tiba dia berasa tidak yakin untuk menyatakan perasaannya itu kepada Boboy.Dia takut.Tergesa-gesa dia meninggalkan Boboy di tepi perigi itu.

Boboy memandang sepi ke arah isterinya.Entah apa yang ingin dibicarakan oleh gadis itu tadi.Sebenarnya Lia apa ya?Ah!Sungguh dia dipagut perasaan ingin tahu.Lain benar pandangan mata Nura Alia memandangnya tadi.Bagaikan sarat dengan perasaan indah saja.

Masih ada masa lagi.Dia akan mendesak gadis itu untuk berterus-terang nanti.Gadis itu takkan dapat larikan diri lagi.

<<<<>>>>

Nura Alia melabuhkan punggungnya ke birai katil.Dia duduk diam di situ sambil matanya sesekali melirik ke arah Boboy yang sedang menunaikan solat fardhu Maghrib itu.Entah bilalah agaknya mereka berdua dapat menunaikan solat berjemaah bersama-sama.Mampukah lelaki itu menjadi imam dalam solatnya?Ah!Malas dia nak memikirkan soal tu.

Usai mengerjakan solat,Boboy menadah tangan memohon doa kepada Allah S.W.T.Doanya tidak lain tidak bukan adalah agar Allah memberinya kekuatan untuk berterus-terang dengan Nura Alia dan kedua-dua orang tuanya mengenai perkara yang sebenar.Dia sudah tidak mampu nak berbohong lagi.

“Kenapa kakak tengok kita macam tu?”Tanya Boboy tatkala melihat Nura Alia serius memandang ke arahnya.Nura Alia terkedu.Dia menggelengkan kepala.

“Eh,mana ada akak tengok Boboy solat.Akak tengah check message ni.Tengok ni hah.”Dia menunjukkan telefon bimbitnya ke arah Boboy.Dahi Boboy berkerut hairan.Bila masa pulak aku kata dia tengok aku solat?Lia,Lia… Desis hati Boboy.Dia melipat sejadah lalu duduk di sebelah isterinya.

Nura Alia mengengsot ke tepi sedikit.Suasana dingin malam ini terasa panas tiba-tiba.Jantungnya berdegup tanpa diminta-minta.Apakah petandanya ini?

“Masa kat perigi tadi,akak nak bagitahu kita apa-apa ke?Bagitahulah sekarang.”Boboy rasa ini masa yang sesuai untuk memaksa Nura Alia.Manalah tahu ada perkara penting yang nak disampaikan oleh gadis itu kepadanya.

Gulpp.Sudah.Dia ingat lagi pasal hal tu?Gumam Nura Alia dalam hati.Dia tidak berani memandang wajah suaminya.

“Kakak…”Boboy memaksa.Nura Alia menggelengkan kepala lagi.Dia masih belum bersedia.Aduh!Perasaan takut mula menguasai diri.

“Err… tak ada apa-apa pun.Akak pergi tolong mak long sediakan makan malam dulu ya.Bye-bye.”Jawab dia tergesa-gesa sambil bangun.

Boboy pantas memegang tangan Nura Alia.Nura Alia terduduk kembali.Mata mereka bertembung lagi.

“Lepas makan nanti kakak bagitahu kita eh?Kita nak makan nasi goreng kakak buat boleh tak?”Nura Alia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia dengar.Nasi goreng aku buat?Aku mana reti buat nasi goreng.Tukas dia sendirian.Manalah dia pandai masak-memasak ni.Tapi kalau ada orang ajar boleh pulak dia masak.Pelik,pelik.

“Akak tak pandailah Boboy.Nanti akak suruh Kyra tolong buat nasi goreng untuk Boboy eh.”Boboy semakin mengemaskan pegangan tangannya.Nura Alia terkedu lagi.

“Tak nak!Kita nak kakak jugak yang buat nasi goreng untuk kita.Kalau kakak tak buat,kita tak nak makan!”Dimuncungkan bibirnya tanda merajuk.Dia betul-betul mengidam nak makan nasi goreng dari air tangan isterinya sendiri.Buat apa suruh Syakira masak.Dia tak nak orang lain.Dia nak Nura Alia aje yang masak.

Nura Alia rasa serba-salah.Tapi dia memang tak pandai masak.Kalau macam ni kena minta tolong dengan Kyra lagilah nampaknya.Keluh dia dalam hati lemah.Sikit-sikit minta tolong orang.Rasa segan dah ni.Kalau macam nilah gayanya,lebih baik dia masuk kelas memasak.Lepas dia pandai masak nanti,tak adalah dia minta tolong orang lain lagi.Barulah dia boleh masakan untuk Boboy semua jenis lauk yang best-best.Tingginya angan-angan.

“Alaa Boboy ni.Janganlah merajuk.Okey-okey akak pergi masak nasi goreng untuk Boboy.Tapi kalau tak best,Boboy jangan kutuk tau.Akak tak suka orang kutuk-kutuk masakan akak.Macam Boboy dulu tulah.Hina masakan akak.Padahal akak dah penat belajar masak dengan Kak Jah.Hmm…”

Tiba-tiba dia teringat masa mula-mula dia turun ke dapur untuk menyediakan lauk-pauk untuk dicuba oleh suaminya itu.Tapi Boboy reject makanan tu.Siap kutuk kaw-kaw punya.Sentap giler hati dia masa tu.

Boboy masih ingat pasal perkara tu.Dia tahu dia dah melampau kerana menghina masakan isterinya sendiri.Tapi dia janji dia takkan buat macam tu lagi.Dia akan makan apa saja yang dimasak oleh Nura Alia lepas ni.

“Maafkan kita pasal hal tu kakak.Kita janji kita takkan kutuk kakak lagi.”Ucapan maaf itu lahir dari hatinya sendiri.Kalau boleh dia nak minta maaf pasal semua benda dengan Nura Alia.Perbuatan-perbuatannya,kata-katanya dan sikapnya menunggulkan gadis itu selama ini.Dia ingin mulakan hubungan baru dengan isterinya itu.

“Tak apa.Akak pun dah lupakan pasal semua tu.Erm… akak pergi masak nasi goreng untuk Boboy dulu.”Nura Alia keluar dari bilik.Boboy menghela nafas lega.Entah kenapa,dia dapat rasakan hubungan dia dan Nura Alia bagaikan kembali pulih.Terima kasih Ya Allah.

<<<<>>>>

Syed Azmi menarik nafas dalam-dalam.Dia kini berdiri betul-betul di hadapan pintu pagar banglo tiga tingkat ini.Rumah yang didiaminya sejak dia masih kecil lagi.Rumah yang menyimpan banyak kenangan suka dan duka antara dia dan seluruh ahli keluarganya.Ditekan butang loceng berkali-kali.Jam di tangan dibelek seketika.Baru jam 8 malam.Mama dengan papa pasti tengah makan malam sekarang ni.

Dari KLIA tadi,dia tidak terus balik ke rumah.Sebaliknya dia pergi ke rumah salah seorang kenalannya.Kenalan yang amat dirindui olehnya.Hatinya tergerak untuk ke situ.Dia hanya ingin menatap wajah si dia yang semakin hari semakin bertapak kukuh dalam hatinya.Andai saja masa boleh diundur kembali,dia pasti takkan sia-siakan hubungan persahabatan antara mereka berdua dulu.

Syed Azmi terjaga dari lamunan bila pintu pagar dibuka secara sendirinya.Tanpa menunggu lebih lama dia melangkah masuk ke halaman rumah.Matanya sempat memandang ke sekeliling kawasan banglo itu.Masih sama seperti dulu.Tiada perubahan yang drastik.Susunan pasu-pasu bunga masih di tempat asal.Kolam ikan juga masih dijaga dengan rapi.Rindunya dia pada rumah ini.Tak tertanggung pula rindunya pada papa dan mama.Rindu sangat-sangat.

“Azmi?Mie!”

Datin Maizura meluru mendapatkan Syed Azmi tatkala dia memandang seraut wajah yang dirinduinya itu.Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Mungkin kerana itu hari ini hatinya bagaikan terasa cukup bahagia.Daripada pagi tadi lagi,dia terasa gembira bagaikan ingin bertemu sesorang yang dia rindui.

“Mama rindukan Mie.Mie sihat ke sayang?Jom kita masuk.”Datin Maizura meleraikan pelukannya sambil memaut lengan Syed Azmi untuk masuk ke dalam rumah.

“Abang tengoklah siapa yang balik ni.”Ujar Datin Maizura dari ruang tamu.Datuk Syed Azman berpaling.Wajahnya melemparkan riak wajah terperanjat.Dari meja makan,dia segera melangkah mendapatkan anak lelakinya itu.

“Mie…”Dipeluk kemas Syed Azmi dalam pelukannya.Pipi Datin Maizura mengalirkan air mata gembira.

“Papa apa khabar?”Soal Syed Azmi sambil merungkai pelukan.

“Papa sihat.Mie tak cakap pun nak balik ke Malaysia.Kalau Mie cakap,bolehlah mama siapkan makanan kegemaran Mie.”Mereka bertiga menuju ke meja makan.Datin Maizura masuk ke dapur memanggil Kak Jah.

“Kak Jah…”Syed Azmi segera mendapatkan Kak Jah sebaik saja wanita itu keluar dari dapur.Kak Jah tersenyum sambil menghulurkan tangan.Dia bagaikan tidak percaya melihat Syed Azmi sedang berdiri di hadapannya sekarang.Tak ada angin,tak ada ribut.Tup-tup ada dalam rumah ni.

“Mie apa khabar?Kak Jah tengok Mie dah lain sekarang.”Kak Jah memandang Syed Azmi dari atas hingga ke bawah.Lain benar sekarang.Yang paling ketara ialah imej rambutnya.Dah pendek.Lebih kemas,lebih matang.

“Mie sihat,kak…”Jawab Syed Azmi sambil senyum.Kak Jah meminta diri ke dapur.Datin Maizura menarik Syed Azmi duduk di kerusi makan.Banyak benda yang dia nak tanya dengan anak lelaki kesayangannya ini.Hatinya terasa cukup gembira ketika ini.

“Jom Mie kita makan malam.Kebetulan mama ada masak gulai ketam kegemaran Mie.Mie suka kan makan lauk ni?Makan banyak-banyak ya.Mama tengok anak mama ni macam dah kurus aje.”Datin Maizura menilik-nilik muka Syed Azmi.Dia masih tidak percaya anak yang dirinduinya sedang berada di hadapannya sekarang.Adakah dia bermimpi?

Syed Azmi hanya mampu tersenyum dengan tindakan mamanya itu.Rindu sungguh dia dengan mama dan papa.

“Mie…papa gembira Mie dah balik.”Ucap Datuk Syed Azman sambil menepuk-nepuk bahu Syed Azmi.Dia benar-benar tidak menyangka kepulangan anak lelaki keduanya ini.Beberapa bulan yang lalu,Syed Azmi memberitahunya tentang hasratnya untuk tidak akan pulang lagi ke Malaysia.Alih-alih sekarang lelaki itu terpacak dalam rumah ni.Sungguh dia mengucap syukur dalam hati.Nampak gayanya,Syed Azmi sudah berubah ke arah kebaikan.Syukurlah…

Senyuman pada wajah Syed Azmi terus mekar.Dia sungguh gembira kerana papa dan mama menyambut kepulangannya dengan penuh perasaan sayang seperti ini.Terasa dirinya masih disayangi.Ingatkan papanya akan memarahinya kerana pulang tanpa memberitahu apa-apa.Ini pun dia telah cabut lari dari universiti.Dia sudah tidak betah untuk belajar di tempat orang.Harap-harap papa akan faham isi hatinya ini.Dia tahu dia pernah berniat untuk tidak pulang lagi ke Malaysia.Namun,perasaan rindunya pada keluarga ini membuatkan dia kembali pulang.

<<<<>>>>

“Kak Lia,Kyra ada jumpa cincin ni dalam bilik mandi tadi.Macam cincin kahwin aje.Yang akak punya ke?”Syakira menayangkan sebentuk cincin emas putih ke muka Nura Alia.

Nura Alia mengambil cincin itu.Macam kenal aje cincin ni.Ni bukan cincin Boboy ke?Apasal pulak ada kat dalam bilik mandi?Hisy,mamat nikan.Kalau hilang cincin ni nanti,apa aku nak jawab dengan mama dan papa.Sengal!Bebelnya sendirian.

“Ni cincin Boboy.Nanti Kak Lia bagi kat dia.”Disimpan cincin itu ke dalam poket seluarnya.Syakira hanya menganggukkan kepala.Dia memanjangkan leher melihat apa yang sedang digoreng oleh kakak sepupunya itu.

“Kak Lia buat nasi goreng?Amboi… ni mesti Abang Boboy yang nak makan,kan?”Nura Alia mengangguk seraya tersenyum malu.Disenduk nasi dari dalam kuali lalu dimasukkan ke dalam pinggan.

“Wah,bestnya.Mesti sedap ni.Boleh Kyra rasa sikit?”Syakira melabuhkan punggung ke kerusi.

“Rasalah banyak pun Kyra.Bukan sedap pun.Entah-entah masin aje nasi goreng ni.”Ujar Nura Alia berbasa-basi.Dia sebenarnya tidak sabar menunggu komen daripada Syakira.Masa dia rasa nasi goreng ni tadi,sedaplah jugak nasi goreng ni.Bolehlah makan.Tapi kalau Syakira kata tak sedap,tak tahulah.

Wajah Syakira berkerut-kerut.Mulutnya masih mengunyah nasi goreng buatan kakak sepupunya itu.Dia menggelengkan kepala berulang kali.Nura Alia kaget.Amboi serius aje muka budak ni.Tak bestlah tu.Hmm… Dia mengeluh hampa.

“Abang Boboy!Marilah sini.”Melihat Boboy yang sedang bersembunyi di balik pintu,cepat-cepat Syakira memanggil.Dari tadi lagi dia perasan keberadaan Boboy di situ.Mesti tengah mengintip isteri dia masak.So sweet!

Lambat-lambat Boboy menghampiri meja makan.Dia memandang Nura Alia dengan senyuman.Nura Alia membalasnya malu-malu.Syakira tersengih memandang pasangan pelik ini.

“Cuba Abang Boboy rasa nasi goreng yang Kak Lia masak ni.Kalau best,abang angkat ibu jari.Kalau tak best,abang diam aje.”Syakira menyuapkan sesudu nasi goreng ke mulut Boboy.Boboy memandang seketika ke arah isterinya.Dia takut Nura Alia terasa hati pula melihat Syakira buat macam tu.

Nura Alia hanya senyum bagaikan memberi keizinan untuk Boboy merasa.

Boboy mengunyah nasi goreng tu perlahan-lahan.Dia memandang ke arah Syakira dan Nura Alia bergilir-gilir.

“Apa yang Abang Boboy rasa?”Tanya Syakira.Boboy menggelengkan kepala.Nura Alia mengeluh hampa.Geleng kepala lagi.Tadi Kyra pun geleng kepala.Kenapa ni?Tak sedap sangat ke nasi goreng aku buat ni.Kalau macam ni,malas dah aku buat.Ugh!Nura Alia bergerak meninggalkan meja makan.Namun,tangannya dipegang lembut oleh Boboy.

“Kita belum komen apa-apa lagi.”Ucap Boboy sambil sengih.

“Tak payah nak komen apa-apa.Kalau dah geleng tu maknanya tak sedaplah tu.Akak dah tau dah.”Ada perasaan kecewa menerjah hatinya.Dia memang tak boleh diharap.Tapi seikhlas hati dia memasak nasi goreng itu untuk suaminya.Tanpa bantuan daripada sesiapa pun.

“Ala Kak Lia ni.Belum apa-apa dah nak merajuk.Meh sini Kyra komen.”Syakira menarik Nura Alia untuk duduk atas kerusi.Muka Nura Alia tunduk memandang lantai.Dah tak sedap buat apa nak komen-komen.Buang masa aje.

“Komen pertama.Nasi goreng ni cukup rasa dan bahan-bahannya.Komen kedua…”Belum sempat Syakira menyambung komen-komennya,Boboy terlebih dahulu mencelah.

“Komen kedua ialah… nasi goreng ni memang sangat sedap.Kita tak pernah makan nasi goreng sesedap ni.Betul kakak.Kita tak tipu pun.”Komen Boboy ikhlas.

Nura Alia mendongakkan wajahnya memandang Syakira dan Boboy bersilih ganti.Betul ke apa yang dia dengar ni?Entah-entah sengaja nak menyedapkan hati dia.Ah!Tak mungkin sedap.Kalau sedap kenapa daripada tadi tak komen sedap.Propalah tu!

“Apa yang bising-bising ni?Siapa yang masak nasi goreng kampung ni?Nampak macam sedap aje.”Muncul Mak long Kiah lalu duduk di sebelah Nura Alia.

“Cuba mak rasa dulu nasi goreng ni.”Syakira menyuapkan sesudu nasi goreng ke mulut emaknya.Mak long Kiah tersenyum.

“Sedap.Siapa yang masak?Mak rasa ni bukan masakan Kyra ni.”Telahan Mak long Kiah benar-benar tepat.Hebat betullah wanita tua ni membuat andaian.Syakira tersengih-sengih memandang Nura Alia.

“Betulkan apa yang Kyra cakap tadi.Nasi goreng ni memang sedaplah kak.Kalau mak nak tahu,Kak Lia yang masak nasi goreng ni.Khas untuk Abang Boboy.Kan Kak Lia?”Syakira menyiku pinggang kakak sepupunya.Nura Alia menjegilkan mata.Terasa bahagia betul hati Boboy ketika ini.Akhirnya dia dapat melihat kembali keceriaan di wajah isterinya.

“Kalau macam nilah gamaknya,gemuklah Wan nanti.Mula-mula nasi goreng.Lepas tu lauk-pauk yang best-best belaka.Mak tengok Nora ni ada potensi dalam bidang masakan ni.Tapi kena lebihkan lagi usaha tu.Jangan liat sangat masuk dapur.”Nasihat Mak long Kiah,jujur.

Nura Alia terasa segan pula bila mak long memuji seperti itu.Aku ada potensi dalam bidang masak-memasak?Biar betul mak long ni.

Tapi kalau betul apa yang diucapkan oleh Mak long Kiah itu,dia nekad untuk menghadiri kelas memasak nanti.Pasti ibu bangga dengan aku.Aku dah boleh masak sendiri.Hatinya berbisik riang.Mungkin lepas ni dia perlu memulakan kelas memasak dengan Kak Jah.Kak Jah,tunjuk ajarku sifu!He he he…

Terasa lapang dan bahagia Boboy tatkala melihat kembali senyuman yang terukir pada wajah isterinya itu.Nura Alia memang mudah tersenyum.Tidak suka masamkan muka lama-lama.

‘Abang cintakan Lia.Cinta sangat-sangat.’Luah Boboy dalam hati kecilnya.

<<<<>>>>

Boboy menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.Dia gelisah bagaikan sedang mencari sesuatu.Nura Alia hanya memerhati sambil dia sibuk mengemas pakaian mereka berdua untuk berangkat pulang ke KL esok pagi.Sudah beberapa hari mereka tinggal di sini.Sudah sampai masanya untuk mereka pulang ke Kuala Lumpur.Moga-moga kepulangan mereka kali ini dapat menjadi titik tolak dalam perkahwinan mereka berdua.

“Boboy cari apa tu?”Tanya Nura Alia pendek.Boboy berhenti mencari.Dia memandang wajah isterinya tanpa berkelip.Kalau Lia tahu aku hilangkan cincin tu mesti dia marah.Ah!Aku memang cuai.Boboy duduk di sebelah isterinya.

“Kita… kita…”

Nura Alia menahan tawa.Dia tahu apa yang sedang dicari oleh suaminya itu.Pasti lelaki itu sedang mencari cincin kahwinnya.Berhati-hati Nura Alia mengeluarkan cincin lelaki itu dari poket seluarnya.Dia menyarungkan cincin itu ke ibu jarinya.Lelaki itu masih menundukkan wajahnya tanpa menyedari akan perbuatannya itu.

“Akak tanya Boboy langsung tak jawab.Hmm… tak apalah.”Nura Alia pura-pura merajuk.Dia buat-buat tidak berminat lagi nak tahu.Tangannya masih sibuk melipat baju seluar.Boboy bungkam.Takkan merajuk kut.Alahai… Boboy mendongak menatap wajah isterinya yang sedang tertunduk itu.

“Sebenarnya kakak… kita… kita dah hilangkan cincin kita.Kita tak ingat kat mana kita letak.Tadi ada aje kat jari ni.Lepas tu,kita baru perasan yang cincin tu dah tak ada kat jari kita ni.Kita minta maaf ya kakak… Kita cuai…”Panjang lebar Boboy menerangkan hal sebenar.

Nura Alia terpana buat seketika.Dia tidak menyangka bahawa lelaki itu akan berterus-terang sampai sebegini sekali.Dia fikirkan Boboy akan berdiam diri sahaja seperti kebiasaan lelaki itu buat bila dia buat salah.

Digenggam tangan Boboy erat.Boboy terkaku seketika.Pandangannya bersilih ganti memandang pegangan gadis itu dan wajah gadis itu yang sedang tersenyum manis.Dia bagaikan tidak percaya Nura Alia sedang menggamit tangannya.Jari-jerami mereka bersulam erat.Adakah dia sedang bermimpi?

“Ni ke cincin yang Boboy cari?”Ujar Nura Alia sambil menaikkan tangannya.Boboy memandang tepat ke arah cincin yang tersarung pada ibu jari isterinya itu.Dia mengangguk perlahan.Nura Alia menanggalkan cincin itu dari jarinya lalu menyarungkan cincin emas putih itu kepada jari manis Boboy.

Dia menundukkan kepala mengucup tangan suaminya buat sekian kalinya.Boboy terkesima lagi.Kenapakah pelik benar sikap Nura Alia malam ini?Tak pernah-pernah gadis itu menyalami tangannya sebegini.

Nura Alia mendongak kembali wajahnya lalu menghadiahkan sebuah ciuman pada pipi suaminya.Boboy terkaku menerima kucupan daripada Nura Alia itu.Dia terkejut dengan tindakan spontan gadis itu.Namun,jauh di sudut hatinya dia gembira dengan hadiah ini.Tapi kenapakah gadis itu seberani ini menghadiahinya sebuah kucupan seperti tadi?

“Kenapa kakak cium kita?”Soal Boboy.Nura Alia tertunduk malu.Pipinya terasa membahang.Jantungnya terasa mahu meletup.Aduh!Dia tahu dia dah terlebih sudahhh.Tapi dia juga sudah tidak sanggup lagi hendak berpura-pura dengan perasaan dan keinginannya sendiri.Dia ingin Boboy tahu bahawa dia terlalu mendambakan kasih sayang lelaki itu.Berterus-terang sekarang jugak Lia.Go!

“Akak kiss Boboy sebab akak cintakan Boboy.”Jawab Nura Alia pantas selepas berjeda lama.Dia masih menundukkan mukanya.Sungguh dia tidak sanggup menatap wajah lelaki itu lagi.

Boboy terpana.Betulkah apa yang dia dengar tadi?Betul ke ni?

“Aaa… apa kakak cakap tadi?Cinta?”

Dia masih belum percaya seratus-peratus dengan apa yang dia dengar tadi.Mungkin sekarang dia tengah bermimpi.Boboy mencubit pipinya.Aduh!Maknanya ini semua bukan mimpi tapi realiti.Nura Alia cintakan aku?Betul ke ni?Hatinya bertanya tak percaya.

Perlahan-lahan Boboy memegang dagu Nura Alia untuk meminta gadis itu memandangnya.Nura Alia terpaksa juga bertentang mata dengan Boboy.Dadanya berdegup kuat.Sinar mata Boboy menikam anak matanya.

“Apa kakak cakap tadi?Kakak cintakan kita?Betul ke kakak?Betul ke?”Boboy ingin mendengar sekali lagi kalimah keramat itu diucapkan oleh Nura Alia.Dia takut dia tersalah dengar tadi.Please say it once again,sayang.Pintanya dalam hati berharap.Mungkin dia tersilap dengar tadi.

Anggukan kepala Nura Alia membuatkan Boboy hampir-hampir saja memeluk isterinya itu.Bahagianya terasa hatinya saat ini.Nura Alia mencintainya?Terima kasih,ya Allah.Terima kasih kerana Engkau telah memberi jawapan kepada aku.Boboy semakin mengemaskan pegangan tangannya.

“Tapi cinta tu apa kakak?”Tanya Boboy buat-buat dungu.Dia tahu dia tidak boleh terlalu menunjukkan perasaan terujanya mengetahui akan hakikat ini.Dia harus memainkan wataknya sebagai Boboy yang autistik lagi.Boboy yang tidak mengetahui apa-apa tentang cinta.Kejamkah dia melakukan ini semua?

Nura Alia mengerutkan dahi.Beginikah reaksi suaminya apabila sudah mengetahui tentang perasaannya ini?Bertenang Lia.Mungkin Boboy memang tak tahu apa makna cinta tu.Kau jangan cepat melatah.Yang penting kau dah ungkapkan perasaan kau pada dia.Kau dah berjaya luahankan perasaan yang terbuku dalam hati kau selama ni.Kau memang berani Lia.

Nura Alia cuba berfikiran positif.Dia tidak boleh berpatah balik lagi.Dia ingin mulakan hidup baru dengan lelaki yang dicintainya ini.Biarlah dia harus mengalah walau beribu kali pun.Mungkin ada hikmah di sebalik perkahwinannya dengan lelaki autistik seperti Boboy.

Dia menerbitkan segaris senyuman.Kedua-dua tangannya memegang pipi Boboy.Boboy terpampan lagi.

“Cinta tu maknanya sayang.Akak sayangkan Boboy.Sayang sangat-sangat.Akak nak hidup dengan Boboy sampai bila-bila.”Dah lama dia ingin mengucapkan itu.Perasaan malu harus dibuang jauh-jauh saat ini.Dia memang dah benar-benar yakin dengan perasaannya ini.Cintanya hanya untuk Boboy.

Boboy benar-benar terharu dengan pengakuan isterinya.Abang pun cintakan sayang.Cinta sangat-sangat.Abang nak hidup dengan sayang sampai bila-bila.Hanya sayang akan bertakhta dalam hati abang buat selamanya.Abang janji.Kalaulah dia mampu mengucapkan itu semua pada Nura Alia.Tapi tak apa.Kini,dia sudah pasti akan perasaan Nura Alia pada dirinya.Ternyata mereka berdua memang saling cinta.Alangkah bahagianya hidup andai dia sudah berterus-terang kepada isterinya ini dari dulu lagi.

“Boboy tak suka ke akak sayangkan Boboy?”Soal Nura Alia bila melihat lelaki itu diam tanpa sebarang riak wajah.

Boboy pantas menggeleng.

“Kita suka.Suka sangat-sangat.Kita pun sayangkan kakak.Kita janji kita akan jadi budak baik lepas ni.Kita takkan buat kakak marah-marah lagi.”Boboy mengangkat tangannya bagai sedang mengangkat akur janji.Nura Alia tergelak.Lucu pula dia melihat wajah Boboy ketika itu.Serius giler.

Dipeluk tubuh lelaki itu erat.Boboy diam membatu menerima pelukan daripada isterinya.Jiwanya terasa cukup damai.Bunga-bunga cinta antara mereka bagaikan kian berkembang mekar.Mahu saja dia bertanya sesuatu kepada gadis itu.Adakah perempuan itu sudah memaafkan semua yang dah dia lakukan selama ini?Redhakah Nura Alia dengan apa yang dah terjadi antara mereka di resort hari tu.Tapi mungkin ini bukan masa yang sesuai.Biarkan dulu persoalan itu berlalu.Yang penting sekarang,dia tahu bahawa dia tidak bertepuk sebelah tangan.

“Kakak…”Panggil Boboy perlahan.Nura Alia segera meleraikan pelukannya.

“Kenapa Boboy?Err… maafkan akak sebab peluk Boboy tadi.Akak…”

“Kita dahagalah.Boleh kakak temankan kita minum?”Boboy ingin memanjangkan suasana bahagia ini.Dia ingin mengisi masanya hanya dengan isterinya.Biar malam ini menjadi malam paling bahagia dan bermakna bagi mereka berdua.

“Boleh,sayang.”Nura Alia bingkas turun dari katil.Boboy ikut sama.

“Jom kita pergi dapur.”Ditarik lengan lelaki itu untuk mengikutnya keluar dari bilik.Langkah mereka diatur menuju ke dapur.

Kalaulah dia tahu begini penerimaan Boboy terhadap cintanya itu,sudah pasti dia akan berterus-terang lebih awal dari ni.Tapi inilah takdir Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.Apa-apa pun dia berjanji akan menjadi isteri yang akan sentiasa menyayangi suaminya.Andai ditakdirkan dia mengandungkan anak Boboy,dengan rela hati dia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anak itu nanti.Dia akan menyayangi anak kecil itu sepenuh hatinya.Dan cintanya pada Boboy adalah tulus suci lahir dari hati.Bukan kerana harta atau ingin membalas dendam tapi kerana perasaan sayang yang semakin hari semakin tumbuh mekar untuk lelaki itu.

>assalamualaikum dan slm 1msia semua,,,bab31,32 ni bab terakhir post kat sini,,,ade rezeki e-novel ni akn diterbitkn…FI mengharapkan sokongan followers cite ni,,,teruskn menyokong eh,,,FI dh buat yg the best kot..hehe,,,trm ksih kpd sume yg komen dan follow cite ni,,,mekasihhh!.

Tunggu kemunculan novel ini pada bulan 6 terbitan KARYASENI




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

96 ulasan untuk “Novel : Suamiku tak romantik, tapi autistik 31, 32”
  1. f.n.j says:

    sambung la lagi cite ni…cite dia best la..

  2. aqilah says:

    sambung lah lagi :( best giler :)

  3. WNAWMK says:

    smbg laa lg..bezz nie

  4. sakura says:

    semua cita kat dlm penulisan2u ,trgantung tiada pnghujung rupanya.

  5. imah mohamad says:

    Plezz lh,sambung lg citer ni..best gile citer ni..

  6. nur hanisya says:

    suka sangat berhenti kat cerita yang suspen…nk kene beli lha novel niee..sweet sgt… :D :) :D :) :P

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"