Novel : The Wedding Breaker 1

9 April 2012  
Kategori: Novel

77,764 bacaan 35 ulasan

Oleh : Evelyn Rose

EPISODE 1 ::

Tetamu di perkarangan rumah pengantin perempuan semakin ramai. Masing-masing mahu memeriahkan majlis perkahwinan anak orang kenamaan di kawasan itu. Juwita Sidin atau lebih gah dipanggil Tengku Juwita binti Tengku Sidin, anak kaum kerabat di raja Perak. Ayahnya terkenal dengan budi bahasa yang tinggi dan bersifat merendah diri walaupun dengan orang kebanyakan. Sifatnya itu membuatkan keluarga mereka disayangi ramai.

Ariana berjalan perlahan sambil matanya melilau melihat suasana yang meriah tapi terkawal di sekeliling Villa yang dinamakan Teratak Bahagia oleh tuannya. Pintu pagar setinggi 2 meter menghalang pemandangan luar dari kawasan rumah, namun perkarangan villa dua tingkat sudah cukup indah untuk menenangkan sesiapa sahaja yang bermastautin di situ. Tasik kecil, taman nan indah menyambut tetamu dari pintu pagar utama ke pintu rumah, kolam beserta air pancut di tengah-tengah perkarangan rumah yang bertindak seperti round-about , dan binaan rumah yang sejuk mata memandang dengan batu-batu asli serta campuran kayu jati.

“Kawan Cik Juwita ke? ” lamunan Ariana terhenti bila disapa seorang gadis. Dia melemparkan senyuman sambil memerhatikan Ariana.

Ariana mengangguk sambil membalas senyuman. “ Majlis akad nikah sebelah sana. Cik ikut laluan stone patch ni ye.”

Ariana mengikut arah yang ditunjukkan oleh gadis tadi. Tak pula dia sedar ada taman yang agak terselindung di sebelah kanan villa itu. Dia mengikut stone patch yang membelah padang rumput dan membawanya kepada hingar bingar para tetamu di situ. Bayang Juwita dicarinya.

Tetamu yang kelihatan asing dipandangan matanya dilayangkan dengan senyuman manis tanda hormat. Beberapa buah meja dilepasinya sebelum kelihatan Juwita dan bakal suaminya yang sudah siap bersimpuh di atas pagoda kayu. Menunggu waktu untuk diakad kan. Sekitarnya dihias cantik dengan bungaan tube rose dan mawar putih.

“Sama cantik, sama padan,” telah Ariana dalam diam. “ Tapi sayang…” Ariana mengambil tempat paling hadapan di barisan kerusi kecil yang telah disusun rapi di hadapan pagoda. Menunggu saat tok kadi memulakan upacara.

Uncle Sidin dan Tok Man, ayah serta datuk kepada temannya Juwita mula mengambil tempat di atas pagoda yang sama. Diikuti dengan ketibaan Imam Razlan selaku tok kadi hari itu. Imam Razlan memerhatikan kedua-dua mempelai, yakin dengan ketenangan keduanya, dia memulakan dengan beberapa pertanyaan dan nasihat. Akhirnya acara akad nikah dimulakan oleh Tengku Sidin, ayahanda Tengku Juwita.
Saya nikahkan kamu, Tengku Adam Kamil bin Tengku Mukhriz dengan putri saya, Tengku Juwita binti Tengku Sidin dengan mas kawin RM300.00 tunai

Adam Kamil mula menyambut lafaz akad ;
Saya terima nikahnya, Tengku …..

“Tunggu !!! ” Ariana bangun mendekati pagoda.

Tetamu mula hingar berbisik sesama mereka sambil memerhatikan Ariana,gadis kecil molek berbaju kebaya kuning cair yang baru sahaja melaungkan ayat keramat tadi. Adam Kamil memberhentikan lafaz akadnya. Terkejut dengan tindakan gadis cantik berwajah suram di hadapannya.

“ Saya pohon…supaya majlis ini tidak diteruskan….”

“ Kenapa ? ” soal Imam Razlan. Tidak pernah dia berhadapan dengan situasi sebegini.

“ Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian…tetapi sebelum Tengku Juwita memeteraikan ikatan pernikahan dengan Tengku Adam..dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar…” suara-suara tetamu mula membingitkan keadaan sekali lagi. Tengku Sidin bagaikan terkaku disitu. Manakala keluarga Adam menonong melihatkan sketsa tersebut. Hanya Tengku Juwita yang masih tenang.

“ Adam..adalah bapa kepada kandungan saya ” suara Ariana ditinggikan sambil tangannya mengusap perutnya yang sudah memboyot. Titisan air mata mula berguguran. Ahli keluarga Adam dan Juwita sudah terpacak kerana terkejut.

“ Bohong ! Saya langsung tak kenal siapa perempuan ni Imam”

“ Adam…saya tak minta apa-apa dari awak..tapi Juwita patut tahu siapa awak sebenarnya. Kalau Imam dan Tengku tidak percaya ini buktinya ! ” sekeping sampul bersaiz A4 diangkat tinggi sebelum dihulurkan kepada Imam. Tengku Sidin mendekati Imam. Mereka sama-sama melihat isi kandungan sampul yang diberikan. Berpuluh keping gambar aksi panas Adam dan beberapa orang gadis berlainan terkandung didalamnya.

Juwita tak senang memerhatikan tingkah mereka. Dalam kekalutan semua tetamu dan tuan rumah, Ariana terus berlari pergi meninggalkan seluruh tetamu yang masih kaku mendengar kejutan tersebut.

Merah padam wajah Adam Kamil diperlakukakn sedemikian. Dia sendiri tidak mengenali siapa Ariana ? Otaknya masih bingung memikirkan apa yang baru sahaja berlaku. Bila dia cuba mencari Ariana gadis itu sudah tiada lagi.

“ Perkahwinan ini dibatalkan ! ” laung Tengku Sidin. Marahnya tidak terkata. Boleh saja keluarga Tengku Mukhriz menyorokkan perilaku jahat anak teruna mereka dan mahu menjodohkan lelaki seperti itu kepada anaknya? Kalaupun ini kehendak arwah nenda mereka, tetapi perkahwinan ini tidak boleh di teruskan lagi. Buruk nama keluarganya nanti jika dia bermenantukan lelaki yang telah membuntingkan perempuan lain. Menyesal Tengku Sidin kerana tetap berkeras memaksa Juwita untuk bernikah dengan anak Tengku Mukhriz.

*******

“ Haha ! Cool giler kau punye acting Ariana…meleleh aku tahan ketawa”
“ Ni Ariana lah, buat sesuatu mesti bersungguh.hehe. Cun tak perut aku ? ”

“ Mana kau dapat ni ? ” Juwita membelek-belek ‘perut’ palsu yang ditayang Ariana. Dilekapkan kandungan olok-olok itu ke perutnya sambil menggayakannya di depan cermin. Terbahak-bahak keduanya tertawa.

“ Kedai la mana lagi. Masa kat UK dulu aku purchase benda ni, saja macam menarik. Tak tau pulak akan berguna sekarang. Ayahanda kau tahu tak ko datang sini ? ”

“ Aku cakap aku nak release tension, terus aku blah” selamba aje si Juwita mengenakan semua orang. Juwita dia kenal di kelas menunggang kuda di Serdang. Hubungan mereka bertambah akrab selepas Ariana hampir disamun, nasiblah waktu tu Juwita melintasi tempat kejadian. Dia berjalan kaki ketempat parkir kereta, tak semena-mena datang dua lelaki yang mengacukan pisau ke arahnya sambil seorang lagi menarik handbag yang disandang di bahu. Elok-elok waktu tu Juwita melintasi tempat tersebut dengan keretanya, habis kedua-dua penyamun di kejar Juwita dengan kereta. Last-last kedua-dua mamat tak guna tu jatuh longkang dan ditangkap oleh jaga di situ. Kedua-duanya selamat dipenjarakan.

Sejak haritu Ariana agak terhutang budi dengan Juwita. Dia bersetuju dengan rancangan gila si Juwita ni pun atas dasar yang sama. Hutang budi dibalas budi, tapi lepas ni tiada lagi. Langsai hutangnya. Bukan senang nak berlakon macam tadi. Silap – silap dia boleh ditangkap, dipersoalkan oleh Adam Kamil atau ahli keluarganya. Haru biru hidupnya nanti.

“ Thanks Ariana ! ”

“ Not a problem , but next time no more yeah. Aku surrender ! Kesian Adam ko buat macam tu, nasib baik aku tak kenal family ko,family dia. Kalau tak dengan aku sekali malu tau”

Juwita masih tergelak sakan, “ Ya..ya…adegan macam tu tak kan berulang okay. I think ayahanda aku pun dah learn from his mistake. Plus, ko pun tahu kan memang Adam kaki perempuan. Ko nak ke aku kawin dengan laki macam tu? Women have the right to choose the husband and boleh menolak calon suaminya kalau lelaki tu tak mengikut syariah kan? Kau juga yang bagitahu aku haritu. ”

Ariana meletakkan majalah Libur yang sedang di baca. Matanya memandang Juwita,
“ Right.Part of the reason kenapa aku buat all those is the fact dia tu lelaki tak guna. So..I don’t feel guilty anymore. Belanjalah aku makan ke, shopping ke. I just saved your life Juwita! ” Ariana tersenyum lebar, menanti riak Juwita.

“ Jom !” tangan Ariana ditarik. “ Bukit Bintang !”

“ Haha, okay whatever ~ ”

************

“ Adam Kamil. Daddy nak kan penjelasan dari Adam now! Who was the girl ??? ” bulat mata Tengku Mukhriz mencerlung pada Adam Kamil. Nenda dan Mommy serius memerhatikan lagak Adam yang serba tak kena.

“ I don’t know her Daddy! It was a scam! ”

“ Adam jangan nak tipu Daddy. I know how wild your night life were. Lepas kerja Adam pergi mana? Malam balik pukul berapa ? While Daddy and Mommy tak ada what did you do? Adam bawa perempuan balik rumah kan??! ”

Tak terketip Adam bila setiap bait kata ayahnya semuanya betul belaka. Sudah tidak mampu disangkal lagi. Tapi wajah perempuan tu langsung dia lupa! Dan kenapa sudah sekian lama baru perempuan tu nak muncul mengaku yang dia dah tiduri perempuan tu sampai mengandung?? Entah –entah anak lelaki mana yang dikandungnya. Perempuan sekarang bukan boleh pakai, kalau dengan dia pun boleh senang-senang je di bawa tidur, pastilah dengan lelaki lain pun sama.

“ I know Daddy, but Adam memang tak pernah kenal that girl ! I know about protection, Daddy ingat I’m a kid ke nak tidur dengan perempuan without using protection ? ”

“ Jangan nak beralasan Adam. Kalau Adam nak tidur dengan perempuan mana pun Daddy tak nak ambil tahu, but when it happen this way, you are embarrassing me Adam! How you gona pay for this?? Wasiat Nenda Jaafar tidak dapat ditunaikan. Kita hilang penghormatan Adam.”

“ Who cares, Daddy ? Ada duit dah cukup untuk menjadikan kita orang yang dihormati and we have Billions of it. ”

“ Kita dihormati kerana adab dan keturunan kita. Now you had ruined everything. Fix it Adam before I make you regret it” Tegas amaran dari Tengku Mukhriz. Adam anak tunggal keluarga mereka tetapi dia masak benar dengan ketegasan ayahnya. Macam mana dia nak selesaikan masalah ni?




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

35 ulasan untuk “Novel : The Wedding Breaker 1”
  1. Nas says:

    it’s okay kot nak tambah english dalam novel. sikit sikit. skg pun, org kalau bercakap, komfem tambah eng dlm ayat. biasalah, kita mula2 guna eng, memang la tak perfect. tapi awak mencuba. thniah, cik evelyn. awak buat minat saya nak baca novel, berkobar2 balik .:) goodluck !

  2. liza says:

    Hi Evelyn, tajuk memang best, cerita pun macam best walaupun baru baca first chapter. Tapi ada musykil sikit, pagoda tu sama ke macam pergola?

  3. Jessie Kim says:

    Hai,Evelyn!!Selepas I lihat your page,I jadi tertarik untuk beli novel you.When I did,I was like “WOW!!This novel were awesome!!!”.Even I had read it for 5 times or more than that,I still like it.I didn’t gets bored of it even thought I’ve read so many times xD Maybe I can be count as one of your big fan.LOL!!Well,I really hope that you could write another novel just like ‘The Wedding Breaker’ that were full of romance,sweetness and last but not least they really love each other.Don’t judge me by my name thought.I might be an half Korean-American but I live in Malaysia.

  4. Wairah says:

    Wow,it is really interesting,TWB is best.congrats kak Evelyn sbb novel TWB akan ditayangkan ke drama.kak bleh x bgtau apa kesudahannya or letak bab seterusnya kat penulisan2u please.nak beli novel ni tapi xda rezeki lagi.sedihnya.apa blog kak evelyn

  5. dhiah says:

    orang nk decide xnk kawin with someone BEFORE the wedding day, not DURING the wedding, bodoh ke ape memalukan family org macam tu.bg la reason lain kalo nk sgt jd wedding breaker

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"