Novel : The Wedding Breaker 2,3

18 April 2012  
Kategori: Novel

53,358 bacaan 18 ulasan

Oleh : Evelyn Rose

BAB 2

“ Hilmi, ko pergi siasat siapa betina yang buat hal kat majlis kawin aku. Dapat ko call aku terus. ”

“ Ok, boss. ” pendek jawapan dari bodyguard Adam. Lelaki upahannya memang tak banyak cakap. Bekas komando dari unit perisikan.

Adam mundar mandir di pejabatnya. Tak senang dia mahu berlama-lama di rumah. Tiap kali bertembung dengan ayahnya pasti akan terjadi pertengakaran. Lebih baik dia ke pejabat, siapkan kerja-kerja yang masih bertimbun. Elok juga dia dan dua pupunya Juwita tidak jadi kawin, mereka bukan sama-sama mencintai. Tapi dia juga tiada masalah andai kata mereka dinikahkan, kalau tak bahagia dengan Juwita, masih ada 3 ruang kosong untuk dijadikan isteri. Yang penting kemahuan papanya perlu dituruti, kalau tidak habislah punca rezekinya nanti.

*********

Usai selesai Bengkel Pemerkasaan Dasar 1% Pekerja OKU yang dilaksanakan di Kementerian Kemajuan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Ariana berjalan menyoroti deretan bangunan beberapa kementerian lain sebelum tiba di parkir keretanya.

Banyak yang diperolehinya melalui bengkel tersebut. Kerajaan telahpun menggubal satu dasar untuk menyerap penjawat OKU sekurang-kurangnya 1% daripada jumlah kakitangan kerajaan. Maknanya, akan ada 147,000 penjawat awam OKU.

Empat panel OKU juga dijemput sama hadir memberi penerangan mengenai pengalaman mereka dalam menyandang jawatan sebagai penjawat awam. Salah seorang daripada mereka mengalami cacat penglihatan tetapi berjaya memperolehi Master dalam bidang psikologi dan sudah beberapa tahun menyandang jawatan pegawai pembangunan masyarakat di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hebat.

Ariana sendiri tidak aware dengan isu-isu kemasyarakat seperti itu. Betapa jakunnya dia kerana baru mengetahui yang mereka yang cacat penglihatan boleh menggunakan sejenis perisian yang boleh membantu mereka membaca. Ia dinamakan software JAWS. Yang mana apabila bahan bacaan di scan menggunakan scanner khas, perisian tersebut akan membacakan bahan bacaan tersebut kepada pengguna melalui computer. Begitu juga dengan email atau apa sahaja paparan di skrin computer boleh di baca oleh software tersebut. Jadi, perspektif yang memandang orang kurang upaya tidak berkeupayaan bekerja seperti mereka yang normal adalah tidak wajar lagi. Ariana mencongak balik sesi perbincangan yang disertainya tadi.

“ Piipppppp!!! ” sebuah kereta perdana hitam meluncur laju. Bengang si Ariana bila di hon begitu. Bukannya dia jalan di tengah-tengah jalan pun.

“ Hoi, bodoh ! ” sempat lagi dia melempiaskan marahnya. Tak semena-mena kereta tadi berhenti. Seorang lelaki berbadan sasa keluar dari kereta, “ Cik Ariana Rose?”

Macamana lelaki tu tahu namanya? Ariana sudah semakin kalut. Takut. Semua bercampur baur. Diintainya sekeliling kawasan tersebut, hanya tinggal beberapa buah kereta sahaja lagi. Keadaan juga agak sunyi. “ No, I’m not Ariana. ”

Ariana mempercepatkan langkahnya menuju ke kereta yang di parkir bersebelahan bangunan Peguam Negara. Ni lah kalau menghadiri bengkel, pastinya paring menjadi isu. Kalau di kementerian sendiri, ada parking khas untuk dia.

Lelaki tadi cuba mengekori tetapi Ariana lebih cepat memanggil seorang jaga yang mengawal di hadapan bangunan Peguam Negara. Melihatkan tindakan Ariana lelaki bertubuh sasa tadi terus berpatah balik ke keretanya. Usai lelaki tadi berlalu barulah dia berani memandu pulang.

Sepanjang memandu dia terasa diperhatikan. Mungkin itu hanya fobia, tapi dia tetap perlu berwaspada. Sampai diperkarangan kondonya dia meminta bantuan seorang jaga perempuan untuk menemaninya hingga ke rumah.

***********

Hilmi memandang Ariana dari jauh. Beberapa detail mengenai gadis kecil molek yang diminta oleh bosnya sudah dikumpulkan. Tak sesusah yang dia bayangkan untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai perempuan itu. Dia hanya bertanya pengawal Teratak Bahagia mengenai rupa paras perempuan yang membuat kecoh di majlis perkahwinan bosnya semalam, mereka kurang pasti akan wajahnya, tetapi masih mengingati dengan jelas plat kereta yang dipakai oleh perempuan tersebut. Dari pagi lagi dia sudah mengekori Ariana.

Dia tersenyum puas. Tugasannya sudah selesai. Hanya perlu report pada Tengku Adam dan tunggu arahan selanjutnya. Skrin telefonnya ditekan, dia menanti seketika sebelum panggilannya dijawab.

“ Macam mana Hilmi ? ”

“ Perempuan yang tuan cari tu saya dah jumpa. Ariana Ros Binti Hussein. Dia tinggal di Puteri Palma Condominium, kerja di Putrajaya ”

Adam tersenyum lebar. Tahu lah macam mana dia nak ajar perempuan tu! “ Good job Hilmi, good job. ” Adam ketawa sakan. Sudah terbayang apa yang bakal dia lakukan nanti.

“ Bagi aku detail pasal perempuan tu” arah Adam tegas. Satu persatu maklumat yang dibongkar oleh Hilmi dilaporkan pada Adam.

BAB 3 :

Dua hari tidak ke pejabat, pasti pelbagai dokumen dan surat-surat yang perlu di teliti dan diambil tindakan. Ariana mengeluh perlahan, tanggungjawab sebagai penjawat awam perlu digalas dengan penuh integriti. Mengharapkan gaji tidaklah semewah kawan-kawannya yang lain, tapi kalau diniatkan dengan ikhlas, inshaAllah kepuasan itu wujud.

Keretanya diparkir di basement 2, usai keluar dari kereta dia segera ke lif berhampiran untuk punch card. Masih ada 15 minit lagi sebelum 8.30am,masih awal sempatlah dia menyinggah di cafeteria untuk membeli sarapan.

Masih ramai yang berada di cafeteria. Ariana melintas dengan lagak biasa. Kementeriannya agak besar, tidak semua wajah dikenalinya. Lagipun dia baru sahaja bekerja. Café Mr Butter yang menyediakan sajian inggeris dipilihnya. Sedang dia beratur menunggu giliran beberapa mata memandangnya, terasa pelik tapi dibiarkan sahaja.

Sepanjang dia berjalan dari cafeteria hingga ke departmentnya di tingkat 7 terasa dirinya diperhatikan . Risau pulak dia kot-kot kainnya koyak ke, make up nya pelik ke, tapi apa yang pelik ? Dia hanya mengenakan sunblock, bedak padat dan lipbalm.

Disangkakan bila sampai di pejabat, keadaan akan menjadi normal tapi sebaliknya berlaku. Usai pintu departmentnya di buka beberapa pekerja berkerumun di sofa berhadapan kaunter. Apa yang meriah sangat ? Gumam Ariana sendiri. Lantas kakinya segera mendekati mereka.

“ Hi, guys, selamat pagi ! Ada apa pepagi ni ? ” senyuman selamat pagi shining like the sun dilayangkan. Saleha, Ishak, Adibah dan Liza yang tekun melihat sesuatu memandangnya dengan riak terkejut.

“ Cik Ariana…” suara Saleha bagai tersekat. Ishak memandangnya dengan wajah semacam. Mereka semua segera berlalu meninggalkannya tercongak disitu. ‘ what the hell ? ’bengang pula dia bila pepagi lagi dilayan pelik oleh semua orang.

Senaskhah akhbar yang dibaca oleh mereka tadi dicapainya.

“ OWH MY GOD !! ”

Terpampang wajahnya di muka depan. Berbaju kuning cair di majlis perkahwinan Tengku Juwita. – PEREMPUAN MISTERI MENGAKU HAMILI ANAK TENGKU ADAM KAMIL DI MAJLIS PERKAHWINANNYA –

Bila masa pula ada reporter kat majlis tu ? Owh my God ! Bentak Ariana dalam hati. Langsung dia tak terfikir perkahwinan si Adam Kamil dan Juwita boleh jadi hot topic di surat khabar. Dia hanya tahu Adam Kamil tu sepupu jauh Juwita, manalah dia tahu lelaki tu anak lelaki orang kedua terkaya di Malaysia ! Hot bachelor yang selalu masuk paper. Dia manalah ada masa nak belek ruangan gossip, kalau dibaca pun ruangan bisnes, berita dalam negara dan luar negara.

Ariana segera ke biliknya. Wajahnya ditundukkan sehabis boleh. Dalam hati terus mencongak alasan untuk diberikan pada teman sepejabat dan yang paling utama, bosnya! Pegawai Tadbir dan Diplomatik sepertinya perlu menjaga tatasusila, itu pesanan yang selalu diterima olehnya semenjak bekerja.

Beberapa dokumen yang diletakkan di atas mejanya di baca. Tindakan susulan dimemokan kepada sub-ordinatenya. Terus-terusan dia berdoa agar bosnya tidak membaca akhbar tersebut.

“ Cik Ariana, bos panggil ” keramat. Habis lingkup hidupnya!

Pintu bilik bosnya diketuk. Raihana PA bos membenarkan dia masuk. “ Bos ada kat dalam, masuk je”

Lelaki yang sebaya ayahnya itu memandangnya tepat. “ Duduk Ariana.”

“ Terima kasih bos.” Kerusi di hadapan meja bosnya di tarik. “ Erm..ada apa ya bos?”

Dengan pandangan yang masih tertancap di wajahnya senaskhah akhbar disuakan padanya. Akhbar tadi disambut olehnya dengan wajah selamba. Selepas beberapa ketika dia pura-pura bertanya, “ Kenapa bos? Ada isu masyarakat yang kita tak cover ke? ”

“ Cuba awak tengok betul-betul. Kenapa ada gambar awak kat situ? ”

Secalit senyum dilemparkan olehnya, “ Ni bukan saya ni bos..Iras je kot…manalah saya nak kenal dengan anak billionaire macam dia ni…”

“ Tak kan mata saya yang silap. Bukan mata saya je, semua orang atasan dah tanya saya tau. Awak pasti ni bukan awak ?”

“ Ye bos. Mana ada saya pregnant, bos tengok betul-betul. Saya mana ada pening-pening muntah-muntah..takde bos. Orang lain ni. Reporter tu pun tak tau sapa perempuan ni”

“ Tak pelah kalau bukan awak. Saya pun lega. Kalau tak awak perlu tahu kita ada protokol.” Tegas suara Encik Ibrahim. Sekarang dia dah boleh menarik nafas lega.

Usai berhadapan dengan bosnya dia ke meja pembantunya. “ awak tengok tak paper arini?” Ariana buat –buat bertanya Hidayu.

“ Erm.. Cik Ariana ke perempuan tu ?”

“ Eh mestilah tak. Mana ada saya pregnant, awak pun tahu kan. Untung kalau saya kenal anak billionaire tu. Muka kami ada iras je.Perempuan lain tu” saje Ariana menguatkan suaranya supaya didengar oleh pekerja yang lain.

“ Tapi sama sangat lah Cik Ariana ! Sekali tengok pun dah boleh cam, tu kitaorang pun terkejut” Saleha yang kononnya sibuk menaip menjampuk.

“ Awak terkejut ? Saya lagi lah terkejut Saleha . Kat atas dunia ni kana da 7 muka yang sama. Kalau dapat kumpul 7 tu sah kiamat, ni baru dua.”

“ Hmm tak sangka benda macam ni berlaku….” Perlahan je suara Saleha yang kembali mengadap pc nya. Ariana kembali berbincang dengan Hidayu mengenai tugasan yang baru diberikannya kepada Hidayu sebelum kembali ke biliknya.

Belum sempat dia duduk, telefon bimbitnya berdering sakan.

‘ Ummi ‘ Ariana garu kepala. Ni pasti ummi dan ayahnya dah baca surat khabar tu. Nak tak nak terpaksalah dijawabnya juga. Nanti risau pula orang tuanya.

” Assalamualaikum ummi…”

” Waalaikummussalam. Rose, ummi nak tanya ni, betul ke perempuan yang kat akhbar tu kamu Rose? Ummi terkejut tengok! ”

” Tak…ummi…bukan Rose…ummi kan baru je datang sini last week. Umi nampak kan perut perempuan dalam paper tu kan besar…”

Umminya pandang gambar dalam surat khabar yang dipegangnya. Gambar gadis itu hanya takat bahu. Tak nampak pula perutnya. ” Gambar ni sampai bahu je Rose, mana nampak perut”

” Alah, ummi Rose tak pregnant…Rose mana kenal laki tu…ummi tahu kan Rose mana ada masa nak bercinta ni…”

” Hmmm ye lah. Jaga diri Rose, jangan buat ummi dengan ayah kamu kat kampung ni malu. Minggu depan balik sini, ummi tak suka orang kampung dok bercakap pasal kamu”

” Next week tak boleh ummi, nanti dua ,minggu lagi Rose balik ye. Memang bukan Rose, ummi jangan risau…”

” Ye lah…ummi percaya anak ummi. Jaga diri.”

” Ye ummi, kirim salam kat semua ya.”

‘Oh My God ! What a day….!’ tempik Ariana tapi dalam hati je. Nanti satu ofis dengar tak ke haru? Nombor Juwita di dail, sekejap sahaja dah pun dijawab.

” Juwita !!! “




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

18 ulasan untuk “Novel : The Wedding Breaker 2,3”
  1. ieyra says:

    ada blog??? bg tau la tak sabar nak tahu jln cite ni….

  2. evelyn rose says:

    ieyra: ada…dalam ulasan kat bab 1 ada.tp dh hilang plak ulasan tu,haha.saya cuba sinkronise dgn kat sini jg actually tp bab 4 dan 5 lambat pula keluar kat sini. problem waktu sending aritu…

    http://fairytalesfromevelyn.blogspot.com/

  3. nazhatul shima says:

    WOW,best la cite nie..x sabar nak tunggu yang seterusnya.memang terbaiklah. :D

  4. momot says:

    huhu..da life of a wedding breaker..how is it?

  5. lyora says:

    sy suka novel nie.jalan cerita,best..kalau boleh,sy nak tahu ending cerita nie.hehe.

  6. asiko haera says:

    haha..
    what a drama.
    bez sgat2
    proceed

  7. Tengky Ayeeshah Erness Arumi says:

    Citer nie best,jgn lupe saksikan citer ni diadaptasikan ke drama di tv 3 yg akn mggantikan drama ‘PLAYBOY ITU SUAMIKU’

  8. Ayeeshah erness arumi says:

    Best nye citer nie… Daebak :) :3 :)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"