Novel : The Wedding Breaker 4,5

25 April 2012  
Kategori: Novel

63,399 bacaan 45 ulasan

Oleh : Evelyn Rose

BAB 4

Ariana menyanyi perlahan sambil bermain dengan kunci keretanya. Butang lock ditekan dari jauh manakala kakinya membolosi pintu masuk Alamanda di parkir bawah tanah. Tiba-tiba tangannya direntap dari belakang. Terkejutnya dia bukan kepalang, handbagnya yang berisi computer riba terus dihayun kearah lelaki yang masih memegang tangannya dengan kemas.

Sasarannya hampir mengena tapi lelaki itu sempat mengelak. Pucat lesi wajah Ariana bila memandang wajah lelaki yang menyerangnya.

Adam Kamil.

Lelaki yang dah dimalukan olehnya diseluruh pelosok Malaysia. Apa yang Adam Kamil mahu lakukan padanya? Mata Ariana meliar memandang sekeliling, tak kanlah tak ada kelibat manusia lain kot??

“ Lepas lah !!! ” jerit Ariana sekuat hati. Tangan Adam yang masih mencengkam bahunya cuba digigit tapi Adam terlebih dahulu menghentikan niat Ariana. Susuk tubuh Ariana dipeluknya erat, menimbulkan persepsi yang mereka adalah sepasang kekasih kepada mereka yang melihat. Pastinyalah Adam cuba menipu CCTV yang terpasang di situ.

“ Ikut aku kalau kau tak nak benda lebih teruk berlaku ” Adam berbisik di telinga Ariana serentak dengan itu dia rasakan tangan Adam menyelinap masuk ke dalam bajunya. Menyentuh sisi pinggangnya sebelum benda tajam yang sejuk seperti besi mendarat di kulitnya. Ariana kaku. Nafasnya tersekat-sekat menahan takut yang amat. Matanya dipejamkan kejap sambil kepalanya diangguk cepat.

Adam tersenyum puas. Tahu pun takut. Gertak sikit dah takut.Tangannya masih selesa berada dipinggang Ariana. Sebilah pisau yang dibelinya di Switzerland masih kemas dipegang. Sekali pandang mereka bagaikan pasangan kekasih yang masyuk bercinta sedang beriringan kearah kereta.

Adam berhenti di hadapan sebuah Hummer bewarna hitam. Kedua penyiasatnya merangkap pengawal peribadinya sudah sedia berada di dalam kereta. Pintu belakang dibuka dan mereka beriringan memasuki perut Hummer.

“ Apa kau nak buat dengan aku, hah??!! ” Ariani menjerit. Macam-macam kes dipaparkan di akhbar sekarang. Rogol dan bunuh, rogol dan bakar, rogol kemudian dicampakkan dari kereta. Mengingatkan semua kemungkinan, Ariana lebih rela berusaha memboloskan diri kalaupun dia mungkin akan mati kerana mencuba daripada diperkosa!

“ Cameron ” pendek sahaja arahan Adam kepada si pemandu. Lelaki yang berkumis tebal dan becermin mata hitam terus mengangguk dan menekan pedal minyak. Putrajaya semakin jauh ditinggalkan. Ariana meninjau reaksi Adam, dia menunggu masa bila lelaki itu sedikit terleka. Dia berpura-pura tidur. Perlahan-lahan Adam menjauhkan pisau Swiss nya. Ariana dibiarkan nyenyak bersandar pada kusyen.

Hampir sejam dia dibawa pergi. Ariana mengintai dari celahan matanya yang dibuka sedikit. Suasana diluar agak gelap, mereka mungkin dah menghampiri lebuh raya karak. Tak kan nak terjun kat sini? Ariana berkira-kira. Tapi lebih baik kat sini dari dia di bawa di tengah hutan kemudian mereka merogolnya beramai-ramai, mayatnya dicampak kesungai! Ngilu perutnya bila membayangkan semua itu.

Kunci pintu disebelahnya terus dibuka. Bunyi yang dikeluarkan mengejutkan Adam yang berada disebelahnya. Pinggang Ariana lantas dipegang kemas. Ariana meronta-ronta cuba mencapai pembuka pintu.

Badan Ariana dirangkul dan ditolaknya ke atas tempat duduk. Kedua belah tangannya memegang bahu Ariana rapat ke kusyen, dia menindih Ariana agar Ariana berhenti melawan. Wajahnya didekatkan pada wajah Ariana yang kemerah-merahan menahan amarahnya yang semakin menggunung. Matanya dijegilkan.

“Diam!!”

“ Lepaskan aku Adam ! ”

Jarak muka mereka didekatkan hingga hidung mereka bertaut.

“Dont you dare do it again, Ariana”

Badan Ariana semakin menggigil. Demi Allah dia tak pernah berhadapan dengan situasi sebegini. Demi Allah juga dia sangat takut maruah yang dijaganya selama ini diragut oleh lelaki jahat seperti Adam. Matanya dipejam rapat. Air matanya sudah tumpah tanpa diundang.

“ Adam, tolong….Aku minta maaf….” Menggigil bibirnya mahu menyebut perkataan itu.

“ Jangan nak buat drama lah perempuan.” Rambut Ariana yang beralun ditarik oleh Adam. Sakit. Ariana menahan perbuatan Adam yang tak berperi kemanusiaan itu. Sekarang dia langsung tak menyesal memburukkan nama Adam keseluruh negara! Padan muka lelaki itu. Memang dasar lelaki jahat, sumpah Ariana dalam hati. Rambut Ariana ditariknya lagi.

“ Pandang aku! ” Ariana terus membuka matanya. Tidak tahan dengan perbuatan Adam.

Wajah Adam masih tak berganjak. Derus nafas mereka bertaut.

Kacak. Berkulit kuning langsat, matanya sangat enigmatik, alisnya hitam sederhana tebal, hidungnya mancung terletak, bulu matanya juga lebat. Ariana berkira dalam hati. Rasa macam tak betul pulak saat cemas macam ni dia boleh terpukau dengan kekacakan Adam. Gila. Mungkin dia dah mengalami tekanan perasaan yang teramat teruk hingga membuatkan dia sedikit weng.

Sedangkan hakikatnya, Adam juga turut terpukau bila Ariana leka memerhatikannya. Bila Ariana sudah diam dan tidak melawan. Malah memandangnya tidak berkedip dengan matanya yang semakin membundar.Adam semakin mendekatkan wajah mereka.

Nafas mereka bersatu.Bibir mereka bertaut. Lama.

Ariana terpana.

Adam semakin leka.

“ Bos, roadblock ! ” sergah penyiasatnya dari depan.

“ Shit! ” sumpah Adam pada kedua lelaki upahannya. Ariana terkejut dengan apa yang terjadi. Membahang kulitnya bila tersedar dari apa yang mereka dah buat. That was her first kiss ! ‘Ariana.. what have you done?’ tempik Ariana dalam hati. Malu dengan perbuatannya sendiri. Macamana dia boleh terpukau? Ah, berdosa Ariana! Kau berdosa. Malunya dia pada Tuhan…

Badan Adam ditolaknya. Bibirnya terus-terusan disapu dengan hujung lengan baju. Adam segera memerhatikan road block tak jauh dari kenderaan mereka.

“ Buat biasa je” arah Adam.

Pisaunya dikeluarkan sekali lagi, diletakkan tepat dirusuk Ariana. Tangan Adam masih seperti tadi, menyentuh pinggangnya yang sudah terasa seram sejuk dan kegelian.

Pinggang Ariana dirangkulnya kemas. Jarak mereka didekatkan dan kepala Ariana ditolaknya supaya bersandar pada bahunya. Lagaknya seperti pasangan romantik.

“ Ko jangan pandai-pandai minta bantuan Ariana. Kalau kau tak nak tengok adik kau yang paling bongsu diculik macam kau sekarang” serta merta Ariana teringatkan adik bongsunya, Amalina yang baru berusia 11 tahun. Badannya terus kaku. Dibiarkan sahaja Adam merangkulnya erat. Pegawai polis yang mengintai ke dalam kereta dipandangnya kosong. Dia hanya memerhatikan Adam tersenyum pada pegawai polis tadi sebelum kereta mereka meluncur laju membelah malam.

Bila dia tersedar, mereka dah pun berada di hadapan sebuah banglo mewah berkonsepkan English. Taman di hadapan rumah dipenuhi dengan bunga-bunga ros yang sedang mekar. Adam mengarahkannya turun tapi arahan Adam dibiarkan sahaja. Ariana membatukan dirinya di dalam kereta. Adam sudah hilang sabar. Ditariknya Ariana keluar, dipikulnya tubuh gadis itu memasuki rumah tersebut. Ariana meronta-ronta mahu dilepaskan. Dipukulnya tubuh Adam dengan kedua belah tangannya namun langsung tidak memberikan apa-apa kesan pada lelaki itu.

Adam menaiki tangga hingga ke tingkat atas, sebuah bilik yang agak luas dibukanya. Katil yang dihiasi hiasan mewah ditujui Adam. Tubuh Ariana dihempaskannya ke atas tilam. Senak perutnya diperlakukan sebegitu.

Adam terus keluar. Ariana dikurungnya di bilik serba mewah milik keluarganya itu.

BAB 5

Telefon Ariana dibiarkan berdering. Beberapa panggilan dibiarkan tak dijawab. Kebanyakannya dari pejabat. Akhirnya Adam mematikan telefon LG milik Ariana. Takde kelas langsung bisik Adam. Orang sibuk guna Blackberry, Iphone dia guna LG Pink. Surat khabar dibeleknya satu persatu, mencari berita-berita penting terutamanya yang bersangkut paut dengan perniagaannya. Ariana masih dibiarkan di bilik tetamu. Usai dikuncinya perempuan yang dah menyusahkan hidupnya itu, dia berehat di bilik utama hinggalah pagi menjelma.

Sarapan dah pun disediakan oleh pembersih rumah yang diupahnya untuk datang setiap hari. Mak Cik Salmah biasanya akan datang waktu pagi dan berada disitu hingga ke tengah hari. Bila jam sudah menginjak 10 pagi, terdetik di hati Adam untuk meninjau keadaan Ariana. Dia berjalan perlahan ke bilik tetamu yang berada dihujung sayap kiri rumah. Kunci dibukanya dari luar, perlahan dia memasuki bilik itu sambil matanya memerhatikan sekujur tubuh yang masih terbaring di atas katil bersaiz king.

Ariana kelihatan sangat penat. Ada riak sedih diwajahnya yang mulus. Rambutnya yang berombak lembut menghiasi bantal yang mengalasnya tidur. Bantalnya juga ada kesan basah. Mungkin Ariana menangis semalam.

‘Sape suruh cari pasal dengan aku ? ’ bentak Adam, cuba menghilangkan rasa bersalahnya. ‘ What I gona do with her ? ’ niat asalnya mahu membawa Ariana ke Cameron untuk ‘berbincang’ dengan menggunakan caranya sendiri. Dia mahu Ariana menarik balik dakwaan yang mereka pernah tidur bersama, membuat sidang akhbar dan seterusnya membersihkan namanya kembali. Dia mahu tahu apa tujuan Ariana berbuat demikian.

Seulas bibir yang masih basah dan merah diperhatikannya. Mengingatkannya akan ciuman mereka semalam. Dia tak pernah mencium mana-mana gadis seperti dia mencium Ariana. Dia pasti mereka belum pernah tidur bersama. Andai dia pernah meniduri Ariana, dengan tarikan yang ada pada gadis itu, tak mungkin dia boleh melupakan Ariana semudah itu. Tak mungkin.

Jadi apa motif disebalik lakonan Ariana pada majlis perkahwinannya dengan Juwita ?

Badan Ariana digoncang oleh Adam, “Bangunlah.”

Kasar intonasi yang digunakan oleh Adam. Kepala Ariana terasa berat, lambat-lambat dia membuka matanya. Kelopak matanya terasa sungguh berat untuk dibuka. Pandangannya agak berbalam. Lama kelamaan semakin jelas.

Lelaki ni lagi. Dia penuh berharap apa yang berlaku semalam hanyalah mimpi. Bila dia sedar hari ini semuanya kembali seperti biasa. Tapi nyata Adam terpacak dihadapannya.

Adam???

Ariana terus bangun. Gebar selimut ditarik supaya menutupi tubunya. Badannya diraba, cuba memastikan pakaiannya masih ada.

Dia menarik nafas lega. Pakaiannya masih terletak elok seperti semalam. Tiada apa yang berlaku. Adam memerhatikan gelagat Ariana yang kalut semacam.

“ Ko ingat aku dah perkosa kau ke? Aku tak buat benda tu dengan memaksa. Perempuan yang datang offer tubuh dorang kat aku la ” berlagak sahaja riak Adam. Memang itu prinsipnya, dia tak kan memaksa. Hanya loser yang perlu memaksa perempuan untuk meniduri mereka.

“ Bangunlah sebelum aku heret ko ke bilik mandi.” Benci betul Ariana memandang wajah Adam. Dia mencebik. Terus dia melangkah turun dari katil.

“ Tuala mana ? ”

“ Dalam tandas. Ko mandi. Salin pakaian kau tu, dah hapak dah baunya” serentak itu Ariana mencium bau badannya. Hapak dia cakap? Bentak Ariana. “ Pakaian ada dalam bilik mandi tu. Ko ambil je mana-mana yang muat”

Ariana terus ke bilik mandi. Lama dia berendam di dalam bath tub. Itu sahaja caranya untuk menenangkan diri. Menghilangkan semua tekanan yang semakin membelenggu dirinya. Selesai bersiap dia ke tepi tingkap, memerhatikan sekeliling villa indah itu. Villa yang terletak di lereng bukit dikelilingi ladang teh yang memenuhi lereng bukit hingga ke bawah lembah. Anggap saja lah sedang bercuti Ariana, percutian Survivor. Bisik Ariana pada dirinya sendiri.

Adam datang sekali lagi dengan membawa sedulang sarapan. Roti bakar, susu, cornflake, butter dan jem. Ariana memandang Adam dengan pandangan yang dingin. Bencinya pada Adam semakin membara.

“ Makan ” arah Adam sambil meletakkan dulang berisi sarapan di atas meja berhadapan sofa dan tv. Ariana menjeling sekilas. Malas dia nak bercakap dengan Adam. Dia masih terpacak di depan cermin kaca menghadap ladang teh.

“ Ko nak datang sendiri ke nak aku heret ko datang sini ? ” sergahan Adam yang kuat mengejutkan Ariana. Automatik dia mendekati sofa. Sengaja dia melalui jalan jauh supaya tidak perlu melintasi Adam. Roti bakar dicapainya perlahan. Kalau diikutkan dia hilang selera, tapi dia juga perlukan tenaga. Manalah tahu dia perlu bergelut dengan Adam nanti ?

“ Kenapa kau buat aku macam ni Adam ? ” Ariana memberanikan diri bertanya.

“ And the same question goes to you Ariana.. ” Adam merenung Ariana dengan pandangan yang tajam. Serta merta Ariana menundukkan pandangannya. Perlu kah dia memecahkan rahsia Juwita ? Belum tiba masanya.

“ Berapa bulan kandungan kau ? ”

Ariana mengetap bibir. Tak perasankah kah Adam Kamil yang perutnya sangat rata. Taka da benjolan langsung! Ariana menarik nafas. “ 3 bulan” usia kandungan yang paling lojik difikirkannya.

Adam tersenyum sinis. Masih mahu menipu perempuan ni. Dia bangun dari sofa yang didudukinya, mendekati Ariana, dan mula duduk di sebelah gadis itu. Badannya disandarkan pada belakang sofa penuh santai. Sebelah tangannya diletakkan di belakang Ariana.

“ So we have sex last three months ? ”

Terbatuk –batuk Ariana bila Adam bertanyanya begitu. Gila ! Perlu menipu lagi Ariana? Perlukah? Tapi dia sudah berjanji dengan Juwita. Kalau dia memberitahu Adam apa yang akan terjadi? Mungkin dia akan disaman oleh Adam! Lagi teruk keadaannya nanti. Pening!

Sikap kelibut Ariana dah menunjukkan dia menipu. Adam semakin galak mahu melihat reaksi Ariana. Segelas susu dihulurkannya pada Ariana. Cepat-cepat Ariana meneguknya.

“ I miss the time we did it… ” tangan Adam bermain-main dengan rambut Ariana yang ikal dan panjang hingga ke siku. Pipi putih gadis disebelahnya turut diusap perlahan. Terhenti nafas Ariana. Kaku. Adam semakin galak mengenakan.

Wajah Ariana dipegang dengan kedua belah tangannya. Mata mereka bertaut, “ Lets start a family then.” Ariana menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak mahu. Dia tidak rela bersuamikan Adam.

“ Tak kan you nak besarkan baby kita ni sorang-sorang ? ” Adam mula mengusap perut Ariana. Terasa geli geliman, bagaikan ada kupu-kupu yang bermain di dalam perutnya. Mahu saja dia menjerit pada Adam, ‘ Stop it ! It all just an act !!! ’ tapi dia masih belum bersedia memecahkan rahsianya. Kemungkinan tindakan Adam akan menjadi lebih agresif jika mengetahui dia berbohong turut menakutkan Ariana.

“ I boleh besarkan our baby alone, and please stop touching me! ” Ariana menolak tangan Adam yang semakin liar. Dia bingkas bangun menjauhi Adam. Naik rimas dia dibuatnya.

“ I nak kita kahwin ”

“ NO ”

“ You yang cari pasal mengaku kandungkan anak I, satu Malaysia dah tahu. Mestilah I kena bertanggungjawab! ”

“ I tak nak kahwin dengan you ! ”

“ Dah tu apa motif you pergi mengaku macam tu waktu I kahwin? ”

“ Sebab you tu lelaki tak guna yang langsung tak layak dengan Juwita ! Faham ? Kalau setakat nak warisi harta pusaka arwah nenda you, you nak korbankan masa depan Juwita, no way ! ”

“ Kau bersubahat dengan Juwita kan ??? ”

“ Tak. You deserve it Adam. Kau memang tiduri perempuan kan? Those yang pregnant ko support dorang untuk gugurkan kan? ” mata Ariana mencerlung melihat Adam. Benci betul dia memandang wajah Adam, lelaki seperti Adam memang wajar diajar.

“ They want me! Heh, mana ada aku pernah pregnantkan mana-mana perempuan lah! Kau je yang muka tak malu buat pengakuan depan semua orang. Mana maruah kau ? Perempuan bodoh je yang akan bertindak macam kau ni tahu tak?”

Berdesing telinga Ariana dituduh sebegitu. Roti bakar yang masih bersisa di tangannya dibaling ke pinggan. Dia terus berlalu, malas mahu melayan Adam.

“ Aku tak luak sikit pun Adam. Nama kau yang hodoh, bukan aku. People don’t even know me. They know you” Ariana tersenyum sinis.

Hati Adam semakin membengkak bila di api-apikan oleh Ariana. Sengaja cari nahas. Tangan Ariana ditariknya hingga ke laman rumah. Ditolaknya tubuh kecil Ariana sehingga terpelosok di tempat duduk penumpang. Pemandu semalam terkocoh-kocoh menghidupkan enjin bila dipanggil oleh Adam. Adam duduk di sebelah Ariana. Tangannya kemas mencengkam kedua-dua belah tangan Ariana.

“ Ke mana bos ? ”

“ Bandar. Kau jalan je”

Pekan Tanah Rata disiggahi mereka bertiga. Adam mengarahkan Hilmi memberhentikan keretanya di hadapan sebuah klinik. Ariana diheretnya sama. Adam terus ke bilik doktor tanpa mempedulikan mereka yang sedang menunggu giliran. Doktor Rosli adalah Doktor keluarganya di Cameron, penjaga kaunter pun sudah arif mengenai perkara itu.

Doktor Rosli menyambut mereka berdua dengan senang. Adam mengeratkan pelukannya dipinggang Ariana.

“ Uncle, boleh tolong cek girlfriend Adam ni pregnant tak ? ”

Wajah Doktor Rosli berkerut menahan curiga. Adam sudah semakin melampau baginya. Andai papanya tahu pasal ni habislah Adam. Orang muda seperti Adam perlu diajar erti tanggungjawab, bisik Doktor Rosli. Satu bulan dua tiga girlfriend. One night stand perkara biasa. Ariana sajalah perempuan pertama yang dia bawa berjumpa dengan Doktor Rosli. Yang lain entah apa nasibnya.

Ariana semakin cuak. Of course dia tak pregnant! Matanya dipejamkan. Dia perlukan masa untuk berfikir, samada mahu memberitahu perkara sebenar ataupun tidak.

“ Cik cuba buat urine test then datang sini balik. Tandas sebelah kiri.” Suara Doktor Rosli mengejutkan lamunan Ariana. Wajah Adam dipandangnya dengan pandangan mengharap. Mengharapkan agar Adam akan menukar fikirannya.

Selepas 15 minit Ariana kembali. Urine sample diserahkan pada pembantu kesihatan di klinik tersebut. Adam masih tersenyum-senyum. Lepas ni rahsia Ariana, penipuan Ariana akan terbongkar. Dia tahu Ariana tak mengandung, di majlis perkahwinan tak jadinya perut Ariana jelas memboyot tapi sekarang kempis, rata macam model tea kurus.

Ariana mengambil tempat disebelah Adam. Doktor mula menyoal beberapa soalan kepadanya. Semuanya dijawab dengan teliti.

Pembantu tadi mengetuk pintu bilik doktor sebelum memasukinya dan menyerahkan keputusan kepada Dr Rosli.

NEGATIVE

Doktor tersenyum. Sebelah tangannya dihulurkan kepada Adam.

“ Congratulation, son. You are becoming a father ”

Senyum Adam mati. Ariana mati akal.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

45 ulasan untuk “Novel : The Wedding Breaker 4,5”
  1. hmp says:

    jahat giler doktor tu…
    kuang kuang kuang~~!!!!

  2. aida zahira says:

    bgus btol doc 2…

  3. rairm2009 says:

    Ish… geli jugak aku dgn orang yg bercumbu ni.

  4. fafa says:

    Ariana sptotnya nk bls budi bkn cr cmtu.mnjthkn mruah org nmenya,nmpkny ariana sorg yg brani.kne culik cm xbpe tkot pn.ermmm.. i ll continue read the next episode.cm ok gk

  5. isna faiz says:

    sangat berani ariana…..watak sangat mancabar

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"