Novel : Yusuf dan Zulaikha prolog

9 April 2012  
Kategori: Novel

3,715 bacaan 13 ulasan

Oleh : insanbiasa

‘Yusuf dan Zulaikha’ mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Hana Zulaikha yang telah dijodohkan dengan Engku Yusuf Irham atas perjodohan keluarga.Pertama kali melihat Zulaikha,Yusuf sudah jatuh hati.
Di sebalik nama Hana Zulaikha itu,tersembunyi sebuah kisah duka yang ingin dan cuba dilupakan oleh Zulaikha.Dia tidak ingin seorang pun yang tahu tentang masa lalunya.

Bagi Engku Yusuf pula,di sebalik perkahwinannya dengan Zulaikha,tersembunyi sebuah ‘agenda’ yang bakal menguntungkannya pada satu ketika nanti.Dia memang jatuh hati dengan Zulaikha tapi bukan jatuh cinta!Apa lagi dia bukanlah seorang yang percayakan cinta.
Masing-masing menyembunyikan satu rahsia.Mampukah tembok rahsia itu diruntuhkan apabila cinta hadir dalam hati mereka berdua?Mampukah pesona ZULAIKHA menggamit hati Engku YUSUF?

PROLOG
Tanpa peneman di sisi,Zulaikha menyusuri pantai sambil berpeluk tubuh.Suasana pagi yang nyaman dan dingin di sepanjang Pantai Port Dickson itu mendamaikan hati dan fikirannya.Sambil melangkah,hati Zulaikha bertasbih memuji keagungan Ilahi.Sebagai manusia yang hina dan dina,kita seharusnya lebih banyak menghayati alam di sekeliling kita.Hal ini kerana ia dapat menerbitkan rasa kerdilnya kita dalam dunia yang dicipta oleh Tuhan Yang Maha Esa ini.

Zulaikha menghentikan langkahnya.Dia berpaling menghadap lautan yang terbentang luas di hadapannya.Sekali lagi,dia memuji kebesaran Ilahi.Subhanallah.Pemandangan matahari terbit di ufuk timur itu benar-benar menghanyutkan rasa dan jiwanya.Tiba-tiba saja satu figura wajah manusia terlintas dalam benaknya.Rasa rindu menjelma dalam hati.

Seandainya rasa rindu itu satu dosa,dia akan tetap menyimpan rasa ini dalam hatinya.Biarlah dia menanggung ‘dosa’ merindu seseorang yang dia cintai itu.Sekarang pun dia sudah menanggung dosa yang maha berat.Seandainya saja dia memiliki ketabahan seperti srikandi-srikandi pada zaman An-biya’ dulu.Seandainya saja dia memiliki sekeping hati yang tidak ‘berfungsi’ untuk menyimpan setiap rasa yang dianugerahkan oleh Ilahi.Seandainya saja dia mampu memaafkan dan melupakan kesalahan ‘si dia’ yang sering menghiris hatinya.Seandainya Zulaikha memiliki semua itu,mana mungkin dia berada di sini hari ini.

Sedaya upaya dia mencuba untuk menjadi seorang wanita solehah.Seindah hiasan adalah wanita solehah,bukan?Dia ingin membahagiakan syurga dalam rumahtangganya.Dia ingin memiliki sebuah keluarga yang barakah,warahmah dan sakinah.Namun,apakan dayanya untuk menidakkan ujian daripada Allah S.W.T.Setinggi mana pun impian Zulaikha itu,dia tetap diuji dengan kekerasan dalam hatinya.

Dia sudah cuba untuk melupakan setiap kata-kata penghinaan dan perbuatan keji yang telah dilakukan oleh ‘si dia’.Dia cuba menelan setiap yang berlaku dengan hati yang ikhlas dan redha.Zulaikha mencuba!Tapi semakin dia mencuba,semakin kuat ujian yang ditimpakan padanya.Allah S.W.T sedang mengujinya.

Andai cinta itu satu anugerah dari Ilahi,Zulaikha menerimanya dengan penuh rasa kehambaan.Sebolehnya dia tidak ingin menjadi hamba cinta yang terlalu mengagungkan cinta manusia.Bak kata orang,bila jatuh cinta mandi pun tak basah,makan pun tak kenyang dan tidur menjadi tidak lena.Kuatnya penangan cinta yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T itu.

Dan penangan itu akhirnya terkena pada diri Zulaikha sendiri.Hatinya sentiasa membisikkan satu nama.’Si dia’ adalah cinta pertama bagi Zulaikha.Dan Zulaikha memohon kepada Tuhan agar ‘si dia’ juga menjadi cinta terakhir dalam hatinya.

Namun,masa yang terindah itu semakin berakhir.’Si dia’ berubah tidak menjadi seperti dulu lagi.Zulaikha dipandang hanya dengan sebelah mata oleh ‘si dia’.Zulaikha akhirnya terpaksa akur apabila cinta ‘si dia’ telah membuatkan dia sedih dan tak berdaya.

Buat masa sekarang,Zulaikha nekad untuk menjauhkan diri daripada ‘si dia’.Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam bukan untuk disakiti.Begitu juga dengan Zulaikha.Dia tidak ingin disakiti oleh ‘Adamnya’.Buat masa sekarang dia perlukan masa untuk berfikir.Atau mungkin juga cuba melupakan terus perasaannya pada ‘si dia’.Kerana Zulaikha tahu,’si dia’ tidak berkongsi rasa yang sama dengannya.Apakah harus diteruskan lagi perkahwinan antara mereka berdua?Zulaikha tidak tahu jawapannya.Dia hanya mmapu berserah kepada Allah Yang Maha Esa.Agar Allah S.W.T menuntun hatinya kembali.

***********

Dalam perjalanan pulang ke bilik hotel,Zulaikha terserempak dengan seorang sahabat yang baru sahaja dikenali olehnya.Seorang gadis yang berusia dalam lingkungan 20-an yang happy go lucky dan peramah orangnya.Zulaikha menyenangi sikap gadis itu.

“Assalamualaikum,kak!”
Laung Hajar dari kejauhan.Kelihatan gadis itu sedang melangkah ke arah Zulaikha yang sedang menunggu di depan lif.

“Waalaikumussalam,Hajar.Hajar baru sampai ke?”Tanya Zulaikha sambil mengulum senyuman.Tangan dihulurkan kepada Hajar.Hajar menyambutnya seraya tersenyum.

“Wanginya tangan Kak Ika ni.He he he… Ha’ah kak.Orang baru sampai ni.Lepas ni nak breakfast kejap.Erm,Kak Ika dah breakfast ke belum?Kalau belum,jomlah kita ‘pecah laju’ sama-sama.Hik hik hik…”Ada-ada saja lawak yang keluar dari mulut Hajar.Tertawa kecil Zulaikha mendengarnya.

“Akak tak ada seleralah dik.InsyaAllah lain kali kita sarapan sama-sama,okey?”Zulaikha menolak dengan penuh berhemah.Dalam keadaan sekarang,dia memang tak ada selera nak makan.Masalah yang sedang dihadapi olehnya sedang membelenggu jiwa.
Hajar berasa agak kecewa dengan penolakan daripada Zulaikha itu.

“Alaa… Kak Ika ni.Kak Ika selalu sangat tolak ajakan orang.Orang betul-betul nak belanja akak sarapan ni.Nanti bila Kak Ika dah balik KL,mungkin kita tak berkesempatan hang-out lagi.Hmm…”
Serba salah pula Zulaikha mendengarnya.Hajar memang pandai buat muka kesian.

“Yalah-yalah… Akak temankan Hajar sarapan,ya?Janganlah buat muka macam budak tadika pulak.”Ada tawa di hujung ucapannya.
Hajar tersengih manja.

“Macam nilah kakak orang.Dah,moh kita gerak sekarang.”Ditariknya tangan Zulaikha untuk mengikutnya.Zulaikha hanya menurut.Lega hatinya apabila melihat kembali senyuman Hajar.Sebolehnya dia tidak ingin mengecilkan hati sesiapa saja yang dia kenali.Dia ingin menjadi seorang manusia yang disenangi oleh orang lain.
Mereka berdua mengatur tapak menuju ke café.Sudah hampir tiga hari Zulaikha menginap di Glory Beach Resort.Entah bila dia akan melangkah keluar dari hotel ini.Ke mana lagi dia ingin tuju?Masihkah ada tempat dan ruang untuk dirinya?
Sesampai saja di café,Zulaikha dan Hajar mengambil tempat di bahagian hujung café.Ruang itu lebih tersembunyi dan tak ada ramai orang.

“Kak Ika nak makan apa?Orang nak makan….erm…hah!Orang ingat,orang nak makan nasi lemaklah hari ni.Dah lama betul tak makan nasi lemak.”Hajar tersengih-sengih sambil menyelek helaian buku menu.
Apabila tiada respon daripada Zulaikha,Hajar pantas menyergah kakak angkatnya itu.

“Kak Ika!!”Sergah Hajar seraya menepuk bahu Zulaikha.
Zulaikha tersentak dari lamunannya.Berkelip-kelip matanya memandang ke arah Hajar di hadapannya yang sedang memandangnya dengan bingung itu.

“Orang tengok Kak Ika ni kan suka benor mengelamun.Akak berangan kat siapa?Berangan pakwe eh… Pakwe Kak Ika mesti handsome,kan?Kak Ika kan cantik.”Zulaikha hanya geleng kepala tanpa membalas kata-kata daripada Hajar itu.
Perbualan mereka terhenti buat seketika bila pelayan perempuan datang menghampiri meja mereka.

“Hoi,Hajar!Amboi makan kat café pulak dia hari ni,ya?Banyak duit kau.Bolehlah belanja aku pergi pasar malam hari ni.He he he…”Tegur Nabilah sambil menggerak-gerakkan kening nipisnya.

“Banyaklah kau belanja pergi pasar malam.Aku tengah pokai ni tau.Alah sekali sekali aku nak makan kat sini bukan tak boleh kot.Kalau aku tak mampu nak bayar nanti,aku pegilah cuci pinggan mangkuk kat dapur tu.Kau ni Bella macam tak biasa pulak!”Balas Hajar seraya meletakkan tangan di dada dan menggerakkan matanya ke atas.Dah ala-ala Nabil Raja Lawak dah.
Nabilah tergelak kuat.Melihat ekspresi muka Hajar membuatkan dia tidak mampu mengawal tawanya.Zulaikha turut ketawa melihat body language yang dilakukan oleh Hajar tadi.Budak ni memang lawak kot.

“Kak Ika nak makan apa?Kau pulak nak makan apa,Hajar?Cepat-cepat,Miss Bella banyak kerja lagi ni.”Ujar Nabilah sambil bersedia mengambil pesanan.Borak-borak jugak,tapi kerja jangan dilupakan.Walaupun mereka bertiga saling kenal,tidak seharusnya Nabilah melayan kawan-kawannya itu dengan sambil lewa.Di café ini,dia tetap seorang pelayan.

Zulaikha dan Hajar akhirnya memesan makanan masing-masing.Hajar memesan nasi lemak dan kopi o.Zulaikha pula hanya memesan roti bakar dan air suam.Cukuplah tu mengalas perut.Selesai mencatit,Nabilah bergerak masuk ke ruang dapur.Ditinggalkan Hajar dan Zulaikha yang kembali menyambung perbualan mereka tadi.

“Kak Ika tak panas ke pakai purdah tu?Orang ni pakai tudung pun dah rasa meruap tau.Kalau tak mengenangkan syurga neraka,orang dah cabut tudung ni.He he he… Biar open air sikit.”Ujar Hajar bercanda.Dia mengemaskan tudung Awningnya.Hari ini dia mengenakan tudung merah jambu yang sedondon dengan baju kemeja kotak-kotaknya.Tudung dan baju warna pink,seluar jeans pulak warna hitam.Okeylah tu!
Zulaikha memandang wajah tersenyum Hajar.Sudah agak ramai orang yang bertanya tentang soalan tadi.Tak panas ke pakai purdah?Ada jugak yang menuduhnya menunjuk-nunjuk nak berlagak alim dan terlebih solehah.MasyaAllah tidak pernah terlintas di hati dan fikiran Zulaikha untuk menunjuk-nunjuk.Apa yang dia lakukan adalah dari hatinya sendiri.Bukan untuk dirinya dan orang lain tapi untuk penghambaannya kepada Allah Yang Maha Esa.Salahkah dia?

“Akak tak tahu nak jawab macam mana soalan Hajar tu.Bagi akak,mula-mula memanglah panas dan rimas.Tapi bak kata orang,alah bisa tegal biasa.Panas-panas manja aje kot.”Jawab Zulaikha seraya tersenyum.Matanya mengecil.

“Kenapa Kak Ika pakai purdah eh?Apa sebabnya?Pakai purdah ni sunat aje kan,kak?”Tanya Hajar lagi.Kali ini wajah gadis itu lebih serius.
Zulaikha menarik nafas panjang.Soalan ini juga sudah ramai yang bertanya kepadanya.

“Akak rasa tak layak pulak nak bersoal jawab tentang hukum ni.Ya,bagi akak berniqab(berpurdah) ni sunat.Tapi mungkin ‘tidak’ bagi orang lain.Ada yang kata wajib dan ada jugak yang kata haram.Macam-macam.Tapi bagi akak,ia tetap sunnah.Siapa yang pakai purdah,insyaAllah akan mendapat ganjaran besar dari Allah S.W.T.”

“Tapi sunnah kan apa yang dari Nabi Muhammad.Takkanlah Nabi…”Hajar seakan-akan sedang membayangkan sesuatu.Mungkin lelaki memakai purdah.
Zulaikha ketawa kecil.

“Memanglah Nabi S.A.W tak pakai purdah sayang oi.Tapi isteri-isteri dan anak-anak perempuan baginda pakai niqab.Mengikut sahabat dan sahabiyah itu juga sunnah,sebab mereka hanya melakukan apa yang Nabi S.A.W redha dan mereka pasti akan tinggalkan apa yang baginda larang.Kesannya,di dunia lagi Allah S.W.T dah bagi “title” yang hanya di perolehi oleh ahli syurga di syurga kelak.

“Title?Ahli syurga?Apa dia,kak?”Hajar mencelah ingin tahu.Dia semakin berminat.

“RadiaAllahu’anhu waradhu’anh… Allah redha ke atas mereka,dik.”Jawab Zulaikha tenang.

“Jadi,akak pakai purdah sebab nak mencari keredhaan Allah?”Tanya Hajar lagi.Semakin dia mengenali wanita di hadapannya ini,semakin dia mengaguminya.Setiap kali berbual,wanita itu pasti akan memberi kata-kata nasihat.Hajar semakin menyenangi dan menyayangi kakak yang baru tiga hari dikenali olehnya ini.

“Allah pernah berfirman.Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar.Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu.Barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.Surah Al-Ahzab ayat 70 dan 71. Tekankan pada ayat yang terakhir itu,dik.Besarnya rahmat Allah ni.Mentaati Allah dan Rasul akan dapat kejayaan yang besar. Itu janji zat yang mencipta kita. Dialah yang mengetahui kejayaan sebenar buat kita. Bukan kejayaan biasa pulak tu. Allah janji kejayaan yang besar lagi.Tapi yang paling penting Hajar,kita tunaikan dulu apa yang wajib.Kewajipan kita sebagai umat Islam.Itu yang paling utama dalam mencari keredhaan Allah.”
Hajar terdiam mendengarnya.Rasanya dia telah mendapat sesuatu yang bermanfaat di pagi yang mulia ini.Terima kasih kepada Kak Ika.

“Subhanallah,Maha Suci Allah.Allah ni pemurah kan,kak?Sedangkan orang kafir pun Allah bagi kejayaan dan kesenangan di dunia.Tapi yang pasti,selagi mereka tidak mendapat hidayah Allah,mereka takkan selamat di akhirat kelak.”Hajar melontarkan sedikit pendapatnya.Dia pun bukanlah alim sangat pasal ilmu agama ni.Tapi itulah hakikatnya.Allah S.W.T memberi rezeki kepada semua makhluknya.

“Kita yang Islam ni pun belum tahu nasib kita kat akhirat kelak,Hajar.Jadi walau apapun yang terjadi,kita wajib mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.Biarlah kita jadi seorang hamba yang bersyukur.Betapa kerdilnya kita…banyak dosa…”Zulaikha tidak jadi meneruskan katanya.Hatinya menjadi pilu.Mengenangkan dosa-dosa yang pernah dia lakukan dulu,membuatkan Zulaikha termenung panjang.Hanya Allah yang tahu betapa dia khilaf sekarang.Syukurlah Allah S.W.T masih menyayanginya.
Zulaikha tersedar dari lamunannya tatkala merasa tangannya dipegang.

“Terima kasih,Kak Ika.Terima kasih sebab berkongsi banyak ilmu dengan orang.Walaupun baru beberapa hari kenal dengan Kak Ika,orang rasa macam dah kenal lama dah.Orang harap persaudaraan yang baru terjalin ni tak terputus lepas akak balik KL nanti.Orang mesti rindu kat Kak Ika nanti,kan?Hmm…”Hajar menundukkan wajahnya.

Sungguh dia bersyukur dan berbesar hati dapat mengenali seorang wanita sebaik Kak Ika.Pada awal perkenalan,mereka sudah pun rapat.Sikap Kak Ika yang agak peramah dan suka menegur membuat Hajar merasa senang dan gembira menjadi sahabat kepada wanita yang bernama Hana Zulaikha ini.Tanpa ada rasa segan-segan,dia menyunting Kak Ika menjadi kakak angkatnya.Anehnya pertemuan yang Allah takdirkan ini.Tak kenal lama tapi macam dah kenal lama.Yang kenal lama pulak makin hari makin tak mengenalinya lagi.
Walaupun dia tidak pernah melihat wajah ‘sebenar’ Kak Ika,bagi Hajar melihat daripada anak mata saja dia sudah dapat mengagak bahawa Kak Ika seorang yang cantik.Wanita itu memiliki sepasang anak mata hazel yang cukup mempesonakan.

“Tengoklah sekarang siapa pulak yang mengelamun ni.”Zulaikha berdeham-deham.Dia tertawa kecil bila melihat Hajar yang baru tersedar dari lamunan pendeknya itu.Tangan Hajar ditepuk-tepuk.

“Mana ada orang mengelamun.Orang sebenarnya tengah bayangkan wajah sebenar Kak Ika macam mana.Mesti cantik persis model kan?Kalaulah orang ada peluang tengok muka Kak Ika yang cun ni.”Hajar mencuba nasib.Manalah tahu kalau-kalau ada rezeki untuknya melihat wajah wanita itu.

Mata Zulaikha mengecil.Dia sedang tersenyum.

“Muka akak biasa-biasa ajelah,dik.Jauh sekali persis macam model.Hajar lagi cantik dari akak tau.Eh,dahlah… Mana Bella ni.Lambat jugak kena tunggu makan kat sini,ya?Akak baru first time makan kat sini.”Zulaikha mengalih topic perbualan.Memang dia agak tidak senang apabila ada yang memujinya seperti itu.Dia merasa tidak layak.Jangan terlalu memuji.Mungkin,di lain hari kita bakal dikeji. ‘Si dia’ juga kerap memuji.Tapi kerana satu dosa di masa silamnya,Zulaikha sentiasa menerima kata-kata kejian daripada ‘si dia’.Itulah lumrah kehidupan kita di dunia yang fana ini.

Hajar akhirnya terpaksa akur dengan permintaan kakak angkatnya itu.Dia meminta diri untuk mencari Nabilah di bahagian dapur.Boleh dikatakan dia dah agak biasa di café ini.Yalah,diakan seorang pekerja hotel di sini.Hampir semua pekerja di sini Hajar kenal.Kamceng pulak tu.
Apabila Hajar meninggalkannya sendirian,Zulaikha menghela nafas berat.Hatinya menahan sebak.Matanya berkaca menahan air mata daripada jatuh berguguran.Kalau sebentar tadi,dia memberi nasihat kepada Hajar mengenai ilmu agama.Bercakap tentang hukum Allah S.W.T.Kini,ada perasaan bersalah yang menggunung menghuni hatinya.

‘Ya Allah,ampunkanlah hamba-Mu ini.Aku manusia yang lemah,ya Allah.Lembutkanlah hatiku untuk memaafkan dan melupakan kata-kata penghinaan daripada dia.Aku tahu,aku sudah melanggar hukum-Mu.Aku nusyuz.Aku sudah lari daripada suamiku sendiri tanpa keizinannya.Kuatkanlah hati aku untuk kembali kepadanya,ya Allah.Dan aku sentiasa berdoa agar Engkau mengurniakan hidayah kepada suamiku.Hanya dengan hidayah-Mu saja yang dapat menyelamatkan dia daripada terus bergelumang dengan dosa.Makbulkanlah permohonan hamba-Mu ini…’Air mata hangat akhirnya menitis juga ke pipinya.

Dari kejauhan,Hajar hanya diam memerhatikan kesedihan yang sedang mendiami hati kakak angkatnya itu.Sepertinya,wanita itu sedang menyembunyikan sebuah kesedihan dan rahsia duka yang maha hebat.

**********

Selesai bersarapan dengan Hajar,Zulaikha terus naik ke bilik.Sudah tiga hari dia mendiami bilik ini.Rasa berdosa semakin menghimpit jiwanya.Setiap detik yang terluang,bibirnya sentiasa basah menyebut kalimah istighfar.Hanya dengan beristighfar saja dia dapat merasa sedikit ketenangan.Dia tahu,dosa nusyuznya tidak akan terampun selagi sang suami tidak redha dengan perbuatannya ini.

Tapi apakan dayanya.Dia juga manusia biasa yang tetap mempunyai rasa kecewa dan merasa sakit apabila dilukai.Zulaikha tetap lemah dan kecundang dalam ujian ini.Hatinya terlalu terhiris dengan setiap yang pernah ‘si dia’ lakukan.Baginya,perbuatan ‘si dia’ tidak mampu diterima oleh akal fikiran dan hatinya.

Wujudkah seorang suami dalam dunia ini yang sanggup meminta lelaki lain meniduri isterinya?Ya Allah,suami jenis apakah itu?!Zulaikha tidak pernah menyangka hidupnya akan ditimpa ujian seperti ini.Selama ini,dia mengimpikan untuk memiliki seorang suami yang mencintainya setulus hati.Dia juga mengimpikan seorang suami yang boleh membimbing untuk sama-sama menuju Jannah Allah di akhirat kelak.

Tapi inilah realiti hidup seorang wanita yang bernama Hana Zulaikha.Kerana masa silamnya,dia dihukum oleh hukuman manusia.Sedangkan Allah Azza wa jalla telahpun memberinya sinar hidayah dan insyaAllah sinar keampunan.Mengapakah manusia suka menghukum seseorang daripada masa silamnya?Adakah seseorang yang mempunyai masa silam yang kelam dan penuh dosa tidak layak untuk menjadi lebih baik serta memiliki masa depan yang penuh bahagia?Siapakah kita untuk menjatuhkan hukum itu?!
Zulaikha terduduk di birai katil.Ditinggalkan purdah dan tudung berwarna hitam yang dipakainya.Rambut ikal mayang yang disanggul kemas dilepaskan.

Telefon di atas meja segera dicapainya.Sengaja ditinggalkan telefon bimbit ini di dalam bilik.Sudah hampir tiga hari dia mematikan telefon.Dia tidak mahu diganggu oleh sesiapa.Dia kini ibarat seorang pelarian.Melarikan diri daripada seorang ‘musuh’.Seorang musuh yang dicintainya.

Mulut Zulaikha agak melopong apabila matanya terpandang jumlah panggilan yang tidak dijawab yang terpapar pada skrin telefon.Ada panggilan daripada Ummi,Abi,Ibu,Abah dan ‘si dia’.Ah!Untuk apa lagi dia cari aku.Desis hati Zulaikha sinis.
Tanpa mahu menambahkan dosa yang sudah ada,akhirnya Zulaikha akur untuk menelefon Ummi tercintanya.Dia tahu,dia langsung tidak memberitahu apa-apa khabar kepada ahli keluarganya.Pelariannya tidak diketahui umum.Biarlah dia pergi membawa diri dan membawa hati yang terhiris ini.
Tapi bila melihat panggilan yang diterima olehnya itu,hatinya menjadi terdetik untuk menelefon Ummi.Sudah pasti Ummi dan Abi risau tentang kehilangannya selama tiga hari ini.

“Assalamualaikum,Ummi…”Ucap Zulaikha setelah panggilannya dijawab.

“Waalaikumussalam,Ika… Ya Allah,Ika… Ika kamu pergi mana,nak?Puas Umi telefon kamu.Kenapa kamu matikan telefon?Kamu hilang ke mana ni,Ika?Jawab sayang… Sampai hati kamu buat Ummi dan Abi macam ni.”
Zulaikha menahan sebak.Sedaya-upaya dia menahan nada suaranya.Dia tidak ingin menangis lagi.Sungguh dia tidak ingin Ummi mengetahui keadaannya sekarang.Biar dia saja yang menanggung derita ini.

“Maafkan Ika,Ummi… Ika terpaksa hilangkan diri buat seketika.Ika perlukan masa dan ruang untuk tenangkan fikiran Ika.Ummi janganlah risaukan Ika.Ika tak apa-apa.Ika kat sini baik-baik saja.Ummi dan Abi jangan risau,ya?Ika okey…”

“Tak!Ummi tahu anak Ummi tak okey.Ummi kenal anak Ummi macam mana.Ummi mintak sangat Ika balik ke rumah hari ni jugak.Pulanglah sayang… Pulanglah sebelum semuanya terlambat.Yusuf… Dia kemalangan sayang.”Terang Ummi di hujung talian dengan nada tangisannya.
Anehnya,Zulaikha tenang menerima berita itu.Dia tidak terlalu terperanjat atau merasa cemas dengan berita ini.Mungkin hidayah Allah S.W.T telah tiba.Pintu hidayah untuk insan yang bernama Engku Yusuf Irham sudah pun terbuka.

“Pulanglah sayang.Keadaan suami kamu sekarang tenat.Doktor cakap peluangnya untuk hidup 50-50 saja.Seandainya kamu ada di sisi dia,Ummi yakin,dengan izin Allah,Yusuf dapat mengharungi keadaan kritikalnya.Ika balik,ya?”Pujukan Umi semakin mengcengkam hati Zulaikha.

Benarkah dia diperlukan berada di sisi lelaki itu?Mungkin saja lelaki itu tidak menginginkannya berada di sana.Siapalah Zulaikha dalam hati Yusuf.Tapi antara mereka berdua masih ada ikatan yang sah.Tempat seorang isteri memang di sisi suaminya walau apa saja keadaannya.Tapi…

Zulaikha menarik nafas panjang.

“Maafkan Ika,Ummi.Yusuf mungkin tak perlukan Ika di sisi dia lagi.Ika akan doakan dia dari jauh.Doa Ika sentiasa mengiringinya,Ummi.Ika… Ika kena minta diri dulu.Maafkan Ika,Ummi.Assalamualaikum….”
Panggilan telefon segera dimatikan.Terasa sesak nafas Zulaikha saat itu.Adakah Ummi sedang terasa hati dengan kedegilannya tadi?Adakah Ummi juga tidak akan meredhai kepergiannya ini?Ya Allah,kenapa hati aku semakin keras?Kenapa aku tak boleh lupakan apa yang telah Yusuf lakukan pada aku?Anugerahkan rasa khilaf dalam hatiku,ya Allah.Lembutkan hatiku untuk redha dengan ujian-Mu ini.Hati Zulaikha merintih pilu.
Seandainya dia sudah tidak berkesempatan lagi untuk menemui Yusuf selepas ini,adakah dia akan menanggung dosa nusyuz itu selama-lamanya?Bukankah tujuannya hidup di dunia ini adalah untuk mencari redha Ilahi?Akankah menjelma redha Ilahi seandainya Yusuf tidak meredhai kepergiannya ini?Hati Zulaikha berbolak-balik.

>>cerita ni tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang dh meninggal dunia.hanya rekaan semata2…kalau tersalah kat mana2,silalah tegur ya…tq semua..
p/s:heroin berpurdah tu mungkin terkena penangan 7 petala cinta kot….hehehe




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

13 ulasan untuk “Novel : Yusuf dan Zulaikha prolog”
  1. ika says:

    walaupun berkarya penulis menyelitkan unsur2 ketuhanan.dan itu memberikan keinsafan kepada saya…semoga anda terus berjaya..:)

  2. zulaikha june says:

    keep on writing..semoga berjaya..

  3. shakee says:

    novel ni dah da kat pasaran ke??

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"