Cerpen : Benci Akhirnya Jadi Cinta..Haish!

21 May 2012  
Kategori: Cerpen

42,372 bacaan 111 ulasan

Oleh : amka_ahsahs

“Benci aku dengan mamat perasan hensem tu.” Hawa membebel. Nani melihat kebelakangnya. Oh..patutlah. Mood tiba-tiba bertukar, ada mamat hensem kat belakang.

” Bukan perasan hensemlah Wawa, dah dia memang hensem, aku rasa dialah lelaki yang paling hensem kat UPM ni, buktinya, banyak kot yang terkejar-kejar kan budak tu,dahlah kaya.” Berbakul-bakul pujian Hani pada Haikal. Sakit telinga Hawa mendengarnya.

” Wei, kalau nak puji dia boleh sangat-sangat, tapi bukan depan aku, sakit jiwa aku dengar tau tak?”

Sejak insiden 3 hari lepas, Hawa menjadi benci dengan Hamba Allah yang bernama Tengku Haikal Danial, harap muka je hensem perangai, fuh!! Menyakitkan hati.

” Alah wawa, bukanya Haikal tu sengaja pun nak langgar lopak tu.” Nani seakan-akan membela Haikal pula.

Hawa memandang ke arah Nani yang sedang makan.

” Tak sengaja kata kau, jalan raya tu besar, dia sebenarnya boleh elak lopak tu, yang mamat sengal tu nak langgar jugak lopak tu kenapa? Dia tak nampak ke kita kat tepi tu, boleh pulak dia bawa laju. Free-free je kita mandi kat tepi jalan tau.” Hawa membebel panjang. Memandang ka arah Haikal dan kawan-kawanya yang sedang makan tidak jauh daripada mereka.

” Wei,wei, perlahan lah sikit suara kau Wawa, nanti orang dengar.” Nani cuba untuk menutup mulut Wawa.

” Habis kita kalau Haikal dengar tau tak? Dah lah dia tu Presiden MPP, banyak tau mata-mata dia kat sini.” Nani memandang sekeliling.

” Ada aku kisah, lagi bagus kalau dia dengar, berlagak sangat, biar semua orang tau dia macam mana. Dah lah tak reti minta maaf lepas buat salah. Boleh dia sindir-sindir kita. Sakit hati aku tau tak.” Bentak hawa dia menghentak-hentak bukunya di atas meja makan.

” Ehem..ehem..meja tu pihak U yang punya, baik-bak sikit.” Hawa terdiam dan memandang ke arah Nani. Kantoi. Hawa lantas berdiri. Adui, takut sebenarnya tapi alang-alang dah berdiri ni redah je lah. Tingginya mamat sengal ni. Hawa hanya paras bahu Haikal sahaja.

Haikal memandang ke arah Hawa, dan sengaja membuat muka serius. Berani jugak budak ni. Bisik hati haikal. Cantik. Itu yang terlintas di fikiran Haikal.

” Yang kau menyibuk ni apahal suka hati akulah, nak hentak meja ni ke, nak angkat meja nie ke, nak humban meja ni ke, ikut suka hati akulah!” Hawa memandang tajam ke arah Haikal. Namun pandangan itu cuma sejenak sahaja. Tak sanggup rasanya memandang muka Haikal yang hensem ni.Opss! tak boleh, tak boleh..tak hensem pun. Hawa cepat-cepat memperbetulkan tanggapannya.

Boleh tahan jugak minah ni,getus hati Haikal.

” Yang kau marah sangat dengan aku ni kenapa. Siap jeling maut lagi dekat aku. Aku yang duduk sana pun boleh rasa tau jelingan kau tu.” Haikal bertanya kepada Hawa.

” Amboi, kura-kura dalam perahu sudah tahu bertanya pula.” Hawa menyindir Haikal. Entah betula atau tak peribahasa aku ni. bisik Hawa. Ah, lantakalah.

Haikal tersenyum mendengar kata-kata Hawa. Boleh tahan minah ni. Siap main peribahasa lagi dengan aku. Ujar Haikal. Agaknya budak bahasa kot dia ni.

Sejak daripada peristiwa di cafe seminggu yang lalu, Hawa sedaya upaya mengelak daripada bertembung dengan Haikal.

” Nasib baiklah mamat perasan tu naik kereta kalau naik bas rasanya risiko untuk aku bertembung dengan dia sangat tinggi” ujar hawa kepada Nani.

Nani pelik dengan perangai Hawa, dia tidak merasakan apa-apa yang tidak kena pada Haikal. Menurut pandangan Nani, Haikal baik orangnya. Hawa pulak yang lebih-lebih. Jangan-jangan Hawa ni suka dekat Haikal kot?

” Uit, kau fikir apa?” Pelik Hawa melihat Nani yang terangguk-angguk kepala.

” Kau kenal ke dengan Haikal tu?” Tiba-tiba Nani menyoal Hawa. Terkejut Hawa mendengarnya.

” Eh..emm,ya..eh, tak..tak,aku tak kenal” tergagap-gagap Hawa menjawab pertanyaan Nani. Hawa pura-pura membaca buku. Hampir kantoi..Habislah.

” Yang kau tergagap-gagap ni kenapa, jangan-jangan dia tu kawan kau tak?” Tebak Nani kembali.

” Pandai-pandai je kau ek, aku tak kenallah, kau boleh diam tak, kang orang lain terganggu. Kita ni kat library.” Hawa menunjukan isyarat diam pada Nani. Saja nak mengelak daripada disoal oleh Nani.

Nani mencebik memandang kearah Hawa. Nak mengelak lah tu.Getus hati Nani.

” Wawa dah jumpa Haikal tak?” Datin Zakiah memandang ke arah Hawa yang begitu khusyuk menonton rancangan kegemarannya.

Hawa pura-pura tidak mendengar pertanyaan mamanya. Sakit hati Hawa mendengar nama Haikal. Haruslah dia merasa sakit hati pasal Haikal. Ada je benda yang mereka berdua selisihkan setiap kali bertembung.

” Wawa, mama tanya ni.” Datin Zakiah menepuk paha Hawa.

” Alah mama ni, kacau je lah.” Haish, apalah yang bagus sangat dengan Haikal tu.

” Ada tak? Umi Haikal dah tanya dah, bila nak langsungkan majlis Wawa dengan Haikal.”

” Mama, Wawa kan study lagi, Haikal tu tidak mengapalah dah nak habis tahun ni, lagipun Wawa tak jumpa pun lagi dengan Haikal.” Bohong Hawa. Hawa tak sangka ada juga perjanjian-perjanjian yang pelik zaman dulu-dulu. Kalau dia tak menjadi mangsa tidak mengapa juga, ini dia yang menjadi taruhanya. Dengan budak Haikal pula tu. Adakah patut dijodohkan sewaktu dalam kandungan, siap dengan cincin lagi. M engarut!

” Wawa tak payah bohong dengan mama, Umi Haikal dah bagi tau dah , Haikal dengan Wawa dah jumpa dekat U, Haikal yang cakap.” Mamat tu, tak boleh blahlah. Getus hati Hawa.

” Mama, Wawa tak nak kahwin dengan Haikal. Wawa tak suka dengan dia.” Rengek Hawa. Hawa tak boleh bayangkan kehidupanya bersama Haikal.Arggh! Tidak!. Sakit Jiwa Hawa dibuatnya.

” Mama dengan papa dulu pun keluarga yang jodohkan, bahagia je sampai sekarang.” Haih, susah cakap degan mama ni. Kalau membantah habis-habisan takut tak cium bau syurga pulak. Masalah-masalah.

**************************************************************************

Hawa berjalan seorang diri menuju ke perpustakaan. Nani memaklumkan yang dia menunggunya di sana. Tiba-tiba, sebuah kereta Toyota Vios berhenti betul-betul di depan Hawa. Terkejut Hawa dbuatnya. Nasib baik aku bebas daripada penyakit jantung, kalau tak rasanya sekarang ni rohnya dah melayang jauh. Kurang ajar pemilik kereta ni. Marah Hawa.

” Masuk, cepat!” Haikal memberikan arahan pada Hawa. Terkejut Hawa melihat Haikal.

” Yang asyik terkebil-kebil tu kenapa? Aku cakap cepat masuk.” Arah Haikal.

Amboi, suka hati dia je mengarah orang, tak jadi suami aku lagi dah nak lebih-lebih. Bisik Hawa.

” Datang tak bagi salam, suka hati je nak serbu orang ek.” Balas Hawa.

” Nak masuk ke tak nak, aku kira sampai tiga kalau kau tak masuk, aku angkat kau masuk kereta ni.” Haikal cuba menakutkan Hawa.

Hawa terkejut. Biar betul Haikal ni. Hawa melihat sekeliling. Janganlah ada yang mengenalinya ataupun mengenali Haikal. Kalau ada, gosip panas satu kampus, dah lah budak Haikal ni banyak peminat.

” 1, 2..” Haikal mula mengira.

” Yelah-yelah, aku masuk.” Ujar Hawa.

Tau takut. Haikal sebenarnya sekadar bergurau untuk mengangkat Hawa. Nanti tak pasal-pasal ada yang kena lempang oleh umi dengan abinya nanti. Lagipun bukan muhrim kot.

” Kau nak apa lagi?” Hawa memandag tajam ke arah Haikal.

” Aku nak bincang pasal kita.” Ringkas Haikal menjawab.

” Bincang pasal apa? Aku tiada kena mengena dengan hal kau.” Jawab Hawa.

” Pasal rancangan keluarga yang nak jodohkan kita tu.” Haikal memandang ke arah Hawa. Cute juga budak ni, kalau pandang lama-lama.

Hawa pelik melihat Haikal yang memandag tajam ke arahnya. Ya Allah, janganlah dia nak buat jahat dekat aku. Aku tidak ingin dinoda. Waaa..Mama. Tolong Wawa. Jerit Hawa dalam Hawa.

” Kau ni kenapa, gelabah semacam.” Haikal ketawa kuat. Takutlah tu.

” Eh..mana ada..aku biasa je.” Bohong Hawa.

” Kau tak payah takutlah, aku tak kan buat apa-apa dengan kau, lainlah kalau kau dah jadi isteri aku.” Haikal ketawa lagi. Saja nak takut-takutkan Hawa.

” Aku tak nak kahwin dengan kau.” Tiba-tiba terzahir kata-kata yang dipendam oleh Hawa dalam hatinya. Alamak! Terlepas sudah.

Haikal memandang pantas ke arah Hawa.

” Aku on je tapi dah cakap ke dengan mama, lagipun sekarang ni, aku dengar-dengar semua dah siap ditempah , pelamin, baju, hantaran, macam-macam lagi lah.” Haikal mengetuk-ngetuk stereng kereta. Dia menjeling sekilas ke arah Hawa yang menundukan wajah. Haikal melihat titisan air jernih mengalir laju dari pipi mulus Hawa.

Ya Allah, Haikal mengelabah. Tidak tahu hendak berbuat apa.

” Eh, Wawa kenapa ni?” Haikal memusingkan badanya memandang Hawa.

” Aku tak sedia lagi nak kahwin, aku tak nak.” Hawa menangis teresak-esak. Hawa tetap menundukan wajahnya. Malu. Hari ini dalam sejarah Hawa menangis depan lelaki. Depan Haikal pula tu.

” Okey, okey..kita buat perjanjian,amacam?.” Haikal memujuk Hawa. Dengan pantas Hawa mengangkat wajahnya.

” Boleh ke?.” Serta merta tangisan Hawa terhenti.

” Boleh.”jawab Haikal Ringkas.

***************************************************************************

Hari ini merupakan hari bersejarah dalam hidup Hawa. Dia akan bergelar Isteri kepada Tengku Haikal Bin Tengku Haziq. Hawa teringat kembali reaksi Nani apabila dia mengatakan yang dia akan berkahwin dengan Haikal. Melompat kegembiraan kawanya itu. Hati Hawa berdebar-debar saat ini. Dalam tempoh beberapa minit lagi dia akan bergelar isteri dan bertukarlah ketaatanya kepada suaminya bukan lagi kepada mama dan papanya lagi. Hawa terkejut apabila Nani menyiku lenganya dan menunjukan isyarat mengangkat tangan untuk berdoa. Ya Allah, dah nikah ke? Hawa memandang tetamu sekeliling. Semuanya mengaminkan doa.

Hawa memandang ke arah Haikal. Hensemnya suami aku. Eh, amboi Wawa, puji lebih-lebih pulak.Huhu. Dulu bukan main benci dengan Haikal. Apabila Haikal berjalan menghampiri Hawa untuk sesi pembatalan air sembahyang, bagai nak pecah dada Hawa. Semakin Haikal menghampiri semakin kuat degupan jantungnya. Ya Allah, janganlah aku pengsan dekat sini.

” salam.” Bisik Datin Zakiah ke telinga Hawa.

Dengan teragak-agak Hawa menghulurkan tangan dan mencium tangan Haikal. Haikal turut mencium dahi Hawa. Hawa merasakan nak tak nak je Haikal mengucup dahinya. Tak sangguplah tu.Teka Hawa.

Setelah selesai sesi bergambar dan makan beradab, Wawa naik ke biliknya untuk menunaikan solat Asar. Penat juga jadi pengantin ni. Getus hati Hawa. Hawa membuka tudung lantas membaringkan tubuhnya di atas katilnya. Wah! Nikmatnya, nak tidur kejap lah lepas tu baru solat.

Belum pun sampai seminit Hawa terlelap. Kedengaran pintu bilik dibuka. Haikal!

Alamak nak sembunyi mana ni, pura-pura tidur je lah. Lantas Hawa menutup matanya rapat.

” Tak payahlah pura-pura, abang tau wawa tak tidur. Tegur Haikal.

Erkk, Abang? Biar betul Haikal ni. Sakit ke apa. Geli geleman Hawa rasakan apabila Haikal membahasakan dirinya abang. Wawa bangkit dari pembaringanya dan membetulkan rambutnya yang sedikit kusut.

Haikal terpegun melihat keayuan wajah Hawa yang telah sah menjadi isterinya beberapa jam yang lalu. Cantik. Haikal memanjatkan kesyukuran yang dia tidak perlu berkongsi dengan orang lain dengan kecantikan isterinya. Perlahan Haikal menghampiri Hawa. Kecut perut Hawa apabila melihat Haikal yang semakin menghampirinya. Dia Nak buat apa ni, nak tuntut hak ke? Waktu petang-petang begini? Biar betul haikal ni. Haikal duduk di sebelah Hawa dan mengelus rambut lurus Hawa. Hawa hanya mendiamkan diri. Tidak membantah apatah lagi menolak. Kerana Haikal berhak sepenuhnya ke atas dirinya. Haikal perasan dengan perubahan wajah Hawa yang sedikit takut. Haikal menahan ketawanya dari meletus. Baru sentuh sikit dah gelabah, belum lagi aku buat yang lebih advance. Ujar hati Haikal. Haikal merapatkan mukanya ke muka Hawa. Pantas Hawa menutup mata. Haikal tersenyum melihat Hawa.

” Sayang jom solat.” Haikal membisikan ke telinga Hawa. Haikal ketawa melihat telatah Hawa.

Serta merta, mata Hawa yang tadi terpejam terbuka luas. Huh! Kurang asam. Boleh dia main-mainkan aku. Hawa mengambil bantal dan membaling ke arah Haikal. Geram.

***************************************************************************

Telah hampir seminggu Hawa dan Haikal menjadi suami isteri. Kehidupan mereka seperti biasa. Sibuk dengan persiapan untuk peperiksaan akhir. Haikal pula sibuk dengan projek Ilmiah tahun akhirnya.

Di kampus tiada siapa-siapa yang mengetahui Haikal dan Hawa adalah suami isteri. Kadang-kadang, timbul rasa cemburu di hati Hawa apabila melihat Haikal berbual mesra dengan pelajar-pelajar wanita, makan bersama di Cafe. Dalam ingatan Hawa setakat ini mereka berdua tidak pernah makan bersama apatah lagi bertegur sapa apabila berselisih. Jatuh Cinta kah aku dengan Haikal? Bisik hati Hawa. Tapi,haruslah aku jatuh cinta dengan Haikal sebab dia suami aku, pada siapa lagi rasa cinta ini dicurahkan sekiranya bukan kepada suami sendiri.

Haikal melihat Hawa yang termenung jauh. Jarak mereka hanya dipisahkan 4 buah meja makan. Mana Nani? Kenapa Hawa makan seorang diri? . sejak kebelakangan ini, Hawa lebih banyak mendiamkan diri. Kalau dulu ada sahaja benda yang akan mereka selisihkan, tetapi sejak akhir-akhir ini, Hawa lebih banyak mengalah. Ada masalahkah dia?

Haikal sengaja lalu di hadapan Hawa, dan menegurnya.

” Seorang je ke? Nani Mana?” Haikal bertanya.

Terkejut Hawa mendengar suara itu. Baru teringat dah muncul depan mata.

” Eh.. Haikal baju you kotor lah terkena sisa makanan tadi.” Hazlyn mengelap baju Haikal. Hazlyn merupakan Coursemate Haikal,Terkejut Hawa melihatnya. Mesranya. Aku pun tidak pernah buat macam tu.

Haikal terkejut dengan tindakan Hazyln. Haikal cuba mengelak.

” Biar I buat sendiri, tak pe.” Elak Haikal. Haikal memandang serba salah ke arah Hawa. Huh! Hawa menjeling geram.

Hawa lantas mengambil bukunya dan berlalu dengan hati yang sakit. Sejak kebelakangan ini. Hati Hawa mudah tersentuh apatah lagi melibatkan Haikal. Aku benar-benar jatuh cinta dengan suami aku. Luah Hawa. Tanpa sedar air matanya mengalir. Betapa sakitnya rasa ini apabila tidak diluahkan.

Hujan lebat di luar. Hawa kemana?. Haikal mula merasa bimbang. Sejak mereka berkahwin. Hawa tidak lagi tinggal di kolej. Hawa tinggal di rumah keluarganya. Haikal mencuba untuk mendail hanphone Hawa tetapi gagal. Manalah isteri aku ni. Bebel haikal. Agaknya dia dah balik rumah kot. Teka Haikal. Haikal memutuskan untuk balik ke rumah tanpa menunggu Hawa.

Hawa keluar dari libray dan melihat jam tanganya, dah nak jam 7 mana Haikal ni. getus hatinya. Hawa melihat handphonenya. Habis baterilah pula. Macam mana aku nak balik ni, dah lah hujan lebat. Bisik Hawa. Hawa mencari payung di dalam begnya. Tertinggal lah pula. Hawa menunggu Haikal lebih kurang 30 minit tetapi kelibat Haikal masih juga tidak kelihatan. Hawa mengambil keputusan untuk meredah hujan yang disertai kilat itu.

” Haikal, Wawa mana?” Datin Rohani menyoal anak tunggalnya.

” Entah, tadi Haikal tunggu kat Fakulti tak de pun, hanphone pun dia off.” Jawab Haikal. Hujan di luar masih lebat disertai dengan kilat. Timbul rasa bimbang di hatinya.

” Kenapa tinggalkan Wawa macam tu je, macam mana dia nak balik, dia bukanya biasa sangat dengan kawasan ni.” Bebel Datin Rohani.

” Alah umi, pandai-pandailah dia balik sendiri, dia kan dah besar panjang menyusahkan orang je, orang dah cakap tunggu dekat Fakulti, merayap entah kemana-mana.” Tanpa Haikal sedari, Hawa mendengar setiap butir bicara yang diluahkan oleh Haikal. Air mata Hawa menitis laju membasahi pipinya. Bibirnya terketar-ketar, bajuya basah kuyup. Hawa melangkah Masuk ke dalam rumah.

” Assalammualaikum.” Hawa memberikan Salam.

” Ya Allah, Wawa. Kenapa basah kuyup ni.” Datin Rohani laju mendapatkan menantunya. Bibir Hawa pucat.

” Wawa Naik bas tadi, tapi bas tu tak masuk dalam.” Hawa langsung tidak memandang Haikal. Sakit hatinya apabila medengar kata-kata Haikal sebentar tadi.

” Yang kau tercegat kat sana tu Haikal kenapa? Cepat ambilkan tuala untuk bini kau ni.” Marah Datin Rohani

” Eh, takpe Umi, Wawa nak naik atas terus tak solat isyak lagi ni.” Hawa berlalu ke tingkat atas dan sempat menjeling sekilas ke arah Haikal yang mumbuat muka selamba tanpa serba salah. Kecil hati Hawa.

***************************************************************************

Usai solat isyak, Hawa lantas membaringkan dirinya di atas katil. Hawa merasakan macam nak demam je. Perutnya pun terasa sakit, kerana dari pagi tadi dia tidak menjamah sebarang makanan. Lebih baik aku puasa dapat juga pahala. Getus hati Hawa.

Hawa mendengar pintu bilik dikuak dan ditutup kembali. Hawa tidak menoleh kerana sudah diagak siapa yang masuk. Haikal memandag ke arah Hawa. Rasa geram pun ada, rasa kesian pun ada melihat keadaan Hawa yang berselimut itu.

” Lain kali jangan nak merayap, tengok tak pasal-pasal aku yang kena marah dengan Umi.” Sindir Haikal.

Hawa hanya diam. Dia membalikkan tubuhnya agar tidak menghadap Haikal. Hawa takut Haikal melihat air matanya.

“Ada handphone pun tak guna, dimatikan. Boleh tak lain kali kalau kau nak pergi mana-mana bagi tau aku, aku penat tau tunggu kau, dengna hujan lebatnya lagi.” Hawa perasan Haikal tidak lagi mengunakan perkataan Wawa dan abang apabila berbual denganya lagi.

Hawa lantas berpaling dan menghadap Haikal. Terkejut Haikal melihat air mata yang mengalir di pipi Hawa.

” Wawa bukanya pergi merayap, Wawa pergi library dengan Nani, lagipun Wawa dah message abang yang Wawa tunggu kat library bukat kat Fakulti.” Teresak-esak Hawa menangis sambil memandang ke arah Haikal.

Pantas Haikal mengambil handphonenya dan melihat message yang masuk. Ya Allah, Macam mana aku tak perasan. Haikal meraup wajahnya berkali-kali.

” Wawa, abang minta maaf. Abang tak perasan message wawa.” Haikal meluru ke arah Hawa. Haikal cuba memegang tangan Hawa. Hawa pantas menarik tanganya.

” Betullah cakap abang, Wawa ni memang menyusahkan. Kalau dah tau Wawa ni menyusahkan kenapa kahwin juga dengan Wawa, bagus ceraikan Wawa je.” Haikal pantas memeluk Hawa. Hawa meronta-ronta dalam pelukan Haikal. Namun sekuat mana pun dia menolak dia tidak akan mampu melawan kekuatan Haikal. Hawa menangis dalam pelukan Haikal.

” Abang tak tau, macam mana keadaan Wawa berjalan seorang diri dalam hujan lebat dengan kilatnya lagi, Wawa takut sangat, wawa tercari-cari suami Wawa yang sepatutnya menjadi pelindung Wawa.” Teresak-esak wawa meluahkan perasaanya.

” Abang tau tak, seharian Wawa tak makan sebab kecil hati dengan abang, tiap-tiap hari sibuk dengan kawan-kawan perempuan. Wawa ni abang tak pandang pun.” Haikal tersenyum mendengar luahan hati Hawa. Berbunga Hatinya apabila Hawa memangilnya abang.

” Macam mana Wawa tau abang tak pandang Wawa. Tiap-tiap hari abang pandang.” Usik Haikal. Haikal membawa tanganya ke pipi isterinya dan mengelap air matanya.

” Tak payah nak menipu.” Hawa menolak tangan Haikal di atas bahunya.

” Betullah, sebelum abang tidur abang pandang muka isteri abang ni dulu baru boleh tidur tapi kena tunggu tuan punya badan tidurlah dulu, takut nanti kena lempang.” Haikal ketawa. Hawa memukul paha Haikal.

” Sakitlah Yang.” Haikal memegang pahanya.

” Sorry.” Hawa mengusap paha Haikal.

” Abang minta maaf, sebab cakap macam tu dengan sayang tadi. I really love you my dear.” Haikal mencium pipinya.

” Emm..Abang nak cakap something ni, rasanya first kiss sayang dah tak de kot.” Haikal tersenyum-senyum memandang Hawa.

Pantas Hawa menekup bibirnya.

” Abang ambil kesempatan ek. Jahat tak minta Izin pun.” Hawa memukul badan Haikal dengan bantal. Haikal tidak mengelak. Bukanya sakit pun.

” Owh, jadi kalau nak kena minta izin lah dulu ye?.” Haikal mengenyit mata ke arah Hawa

” Sayang, abang nak.” Belum sempat hawa menjawab Haikal sudah bertindak terlebih dulu. Hawa merelakannya kerana dia ingin menjadi isteri kepada Tengku Haikal Danial dalam erti kata yang sebenar.

Dulu Benci sekarang cinta..Haish!. Ya Allah. Titipkanlah kebahagian ke dalam hati kami. Peliharalah ikatan ini agar berkekalan hingga keakhirnya. Hawa tersenyum dalam kegelapan malam.

Percubaan yang pertama..

Maaf kiranya tidak menepati citarasa pembaca..




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

111 ulasan untuk “Cerpen : Benci Akhirnya Jadi Cinta..Haish!”
  1. Aloma says:

    tk best… sbb watak prmpuan dya aq tk suka. watak lelaki dya pun aq tk suka. Kalau boleh cerita dya mcm The Heirs kan bgus

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"