Novel : Bila Papa Jatuh Cinta 1

10 May 2012  
Kategori: Novel

3,894 bacaan 7 ulasan

Oleh : Dinie_Dania

BAB 1

Titis – titis hujan masih membasahi kawasan persekitaran tempat letak kereta pusat membeli belah Batu Pahat Mall. Walaupun kelihatan tidak lebat, namun masih bisa melembapkan baju yang dipakai jika tidak berpayung. ‘Jam ni la nak hujan.’ Rungut Dhani sebaik memakir keretanya betul – betul pada petak parkir yang telah ditetapkan. ‘Astaghfirullah..bukan ke hujan tu salah satu nikmat Allah.’ Sambungnya lagi, menyesal diatas ketelanjuran katanya tadi.

‘Nasib baikla hari ni birthday Najla..kalau tak takde makna nak pergi mall ni sorang – sorang. Beli buku pulak tu. Tapi untuk anak papa..apapun papa sanggup.’ Gumamnya sebelum bergegas kekedai buku yang terletak ditingkat 2 pusat membelibelah itu. Janjinya pada Najla Kaisara, puteri kesayangannya itu wajib ditunaikan. Tidak boleh tidak. Dhani sebolehnya tidak mahu melihat puteri kesayangannya itu merajuk. ‘Novel..novel..kalau dah namanya perempuan. Tak ada lain. Itu la kerjanya. Tak makan pun tak apa, janji dapat beli novel. Orang bagi duit belanja suruh buat makan. Ini tak, dikumpul buat beli novel..Najla..Najla. perangai tak ubah macam mama..dan..kalaulah mama ada sekarang..tentu mama bangga melihat kejayaan Najla sekarang. Insyaallah papa akan sentiasa doakan mama..dan kejayaan kakak. Papa akan pastikan kakak mendapat pendidikan sebaik mungkin..walaupun tanpa mama disisi, sedaya papa, papa akan tunaikan… Papa janji!’ getus Dhani lagi sebelum langkahnya laju menuju kedestinasi yang dituju. Tajuk dan nama penulis novel yang dipesan Najla puteri tunggalnya yang berusia 13 tahun itu disebut berulang kali. ‘takut lupa.’

“Ingat papa..novel tu best seller tahun 2011.. kalau tak jumpa..err..tak papa mesti cari sampai jumpa. Cari tau, Najla nak sangat baca novel tu.” Masih terngiang – ngiang lagi suara manja Najla ketika menghubunginya petang semalam. “Najla tak nak apa – apa dari papa, cukuplah novel tu…” kenangnya lagi. Najla dititipkan ke asrama atas alasan mahu melihat anak gadisnya itu berdikari. Tambahan sejak kehilangan mamanya Dhani merasakan Najla memerlukan sesaorang yang boleh diajak berbual dan berkawan. Dia yang sibuk berkerja adakalanya tidak sempat melayan karenah anak tunggal kesayangannya itu. Baginya Najla adalah segalanya. Selepas kehilangan isterinya, Balkish 10 tahun lalu, hidupnya seakan kosong..sepi..sunyi dan mujur kenangan cinta teragung mereka dipatrikan dengan kehadiran puteri yang bagi Dhani cukup bermakna dalam hidupnya.

Dhani sibuk memerhatikan gelagat manusia yang berlegar – legar dipusat membelibelah itu. ‘Ramai pula orang hari ni..oh, mungkin sebab hari ni hari sabtu kot.’ Telahnya sendiri dan terus melangkah ke eskulator yang sedang bergerak perlahan. Pandangan matanya masih memerhatikan gelagat pengunjung pusat membelibelah itu. Suara bingit sekumpulan pelajar perempuan yang masih berpakaian sekolah menarik minatnya untuk terus memerhatikan mereka. ‘Apa agaknya yang mereka bualkan. Seronoknya..kalaulah hati ini boleh gembira macam tu..’ Sekumpulan pelajar itu kelihatan begitu gembira, bertepuk tampar tanpa mempedulikan orang ramai disekeliling yang memerhatikan mereka. Begitu asyik dengan perbualan yang Dhani sendiri tidak dapat mendengar apa yang mereka bualkan. Tetapi yang nyata hanya hilai tawa yang kedengaran.

‘Bingit! Buruk betul perangai. Anak siapa la ni agaknya. Pakai baju kurung. Baju sekolah, pakai tudung. Tapi.. ya Rabbi. Cubala berperangai elok sikit. Tak malu agaknya. Kalaulah anak aku..ya Allah Dhani..apa kau cakap ni. Astaghfirullah.’ sedarnya.

“Ok lepas pergi kedai buku ni..kita pergi makan! Amacam? Ok?” tanya salah seorang dari empat gadis itu. ‘Mungkin itu mastermind mereka.’ Telah Dhani dalam hati sebelum menyambung. ‘Tengok macam ganas semacam. Cakap tak nak kuat pulak. Sampai bagi satu mall ni dengar..suara tu kan aurat! Lengan baju disinsing sampai keparas siku. Subhanallah..anak – anak zaman sekarang..mujur Najla dekat asrama..’ getus Dhani dan tidak sanggup meneruska kata – katanya lagi.

“Ok! Jom! Kita mulakan pencarian kita. Kau orang cari sebelah sana, aku pergi cari kat belakang. Cepat! Siapa tak jumpa kena bejanja makan.” arah Dinie. Sementara rakan – rakannya yang lain bertempiaran menurut sahaja arahan yang Dinie berikan. Dhani masih memerhatikan kaletah mereka. Dan mula berbisik kembali. ‘Apa nak jadila agaknya. Betul – betul tak tahu malu. Kalau tak nak jaga maruah diri tu tak apa la..cuba fikirkan mak bapak kat rumah tu..menyangka anak elok pergi sekolah berlajar. Tapi rupa – rupanya. Dok berpeleseran kat mall ni..Astaghfirullah Dhani..sekali lagi kau..hehehe. buat apa la aku nak fikirkan sangat dosa – dosa orang. Dosa sendiri pun belum tentu – tentu lagi.. tak cuma tumpang sedih melihat keadaan remaja zaman sekarang. Kononnya bertudung tapi..ah! bukankah aku ada misi yang harus dilunaskan segera. Ya! Novel Najla!’

“Oh..yang tu ke encik..stock untuk cetakan ke-6 baru sampai minggu lepas. Tapi cerita tu best seller encik. Cuba encik cari kat rak depan sana tu. Kalau rezeki encik ada..adala. kalau tak ada terpaksa tunggu cetakan ke-7 la.” Jelas jurujual kedai buku panjang. Dhani terus menuju ketempat yang dimaksudkan dengan harapan yang menggunung. Jika dikira termasuk kedai buku ini, sudah tiga kedai buku lain diterjahnya, namun novel yang dikehendaki Najla tidak jua ditemui. Harap – harap ada la…kesian Najla.’

“Yes! Ada pun..” ucap Dhani perlahan. Tangannya pantas mencapai novel yang kebetulan hanya tinggal sebuah.

“Sorry, ladies first! Saya dapat dulu..” ucap seorang gadis yang tidak dikenalinya. Di belakangnya kelihatan 3 orang yang lain, lagaknya tak ubah seperti pengawal peribadi yang mengawal seorang puteri. Dhani memandang mereka dengan pandangan yang sukar digambarkan. Tadinya dia gembira dan sekarang. ‘Mereka ni gadis – gadis eskulator tadi kan! Ah!’ rengusnya geram. Namun masih bisa mengawal perasaanya ketika itu.

“Maaf adik, tapi saya yang capai novel ni dulu.” Terang Dhani sekadar berbasa – basi. Dalam hati, demi Tuhan, aku tengah marah ni.’ Bisiknya sambil tersenyum sumbing.

“Ofcorsela awak yang capai dulu, tapi saya yang dapat dulu kan..” balas Dinie, si gadis esculator. Senyumannya mewakilkan ejekannya pada Dhani. ‘Awak aku panggil dia..pak cik la Dinie. Ye ke pak cik, tapi macam..’

“Tolonglah cik..adik. saya perlu sangat novel ni. Tak apa ..err..macam mana ya..ok! saya sanggup bayar adik dua kali ganda kalau adik bagi saya novel ni.” Dhani mula tawar menawar. Semuanya demi Najla..

“Boleh, tapi bagi saya 10 sebab kukuh kenapa saya mesti beri novel ni kat awak…err..pak cik..” terang Dinie membuatkan Dhani menggaru – garu kepalanya yang tidak gatal. ‘macam mana nak jelaskan. Complicatednya situasi ini. Kenapala aku ditakdirkan berjumpa dengan sekumpulan geng budak sekolah ni.’ Bisik Dhani. Satu persatu ayat disusun, supaya kelihatan realistic dan bombastic.

“Sekarang ni..disebuah asrama sebuah sekolah..seorang gadis sunti sedang bersedih..diatas kehilangan mamanya..sedang menunggu – nunggu khabar gembira dari seorang ayah.” Jelas Dhani. Cuba berkias. Dinie dan rakan – rakan memandang Dhani dengan pandangan pelik. ‘apa pak cik ni melalut? Cakap dah macam sasterawan ke angkasawan. Pak cik ke? nampak macam muda lagi. Takkan nak panggil abang kot. Ok fine, sekarang apa motif dia cerita anak dia kat asrama pula. Apa kena mengena dengan novel ni. Sah nak auta aku la tu.’ getus Dini geram. Lama dia berfikir.

“Apa kaitannya novel ni dengan gadis tu? Saya tak faham la.” Jelas Dinie tanpa menghiraukan pengunjung kedai buku lain yang turut sama membeli buku.

“Sebab hari ni..hari lahir gadis itu..dan dia meminta saya menghadiahkan novel ini untuknya..” terang Dhani lagi sebelum menyambung..” dah 3 kedai saya cari..Summit..Carrefour..Giant. dan sekarang disini. Tapi tak apa, kalau adik keberatan , saya boleh tunggu next copy punya keluaran.” Terang Dhani lagi sebelum melangkah meninggalkan Dinie dan rakan – rakannya yang seakan terpukau dengan ketampanan Dhani. ‘betul ke cerita abang, eh! Pak cik ni? Abang ke pak cik? Ah lantak la! Mungkin muda lagi kot, Cuma dah matang. Ah! Sudah..tak nak fikir.’

“Ish! Kau orang ni apa hal pulak. Kaku. Dah macam patung je aku tengok.”

“Hansome..” ujar Arisya sambil tersenyum simpul. Dan yang lain masih terlopong.

“Jom cepat.” Arah Dinie lagi. Sebelum yang lain mengekorinya.

“Abang! Eh, pak cik!” teriak Dinie sebaik melihat Dhani sudah melangkah hampir ke pintu utama kedai buku. ‘Adoi, takkan tak dengar pulak pak cik ni.’ Kali ini mereka sepakat, seperti selalunya. Ya sepakat membawa berkat!

“Pak cik!!”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

7 ulasan untuk “Novel : Bila Papa Jatuh Cinta 1”
  1. bunga matahari says:

    hahhaahahah…lawak berhabis…best sngt…..cpt sambung..

  2. isme_ana says:

    best..best..kui3x..

  3. huda says:

    ade blog x?

  4. d_d says:

    best ke? first time menulis. banyak lagi kelemahan. saya tak ada blog, menulis pun just for fun n nak release tension kerja.=)

  5. aida says:

    belum di buku kan ke..ingat nak beli…

  6. d_d says:

    aida : xdinovelkan lagilah. hehehe. xsesuai kot nak dinovelkan. tunggu jelah kat p2u saya dah up date sampai bab 8. selamat membaca semua ;)

  7. sarimah bt sulaiman says:

    memang best..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"