Novel : Daerah Hatiku 6

24 May 2012  
Kategori: Novel

400 bacaan 2 ulasan

Oleh : Izz Jaja

BAB 6

“Tolonglah faham Faisal.Aku tak boleh kahwin dalam masa terdekat ni”. Faiqah merayu.Rumahnya terasa bagai jurang neraka.Ada emak yang mendesak itu ini,ada ayah yang yang tidak kisah sahaja dan paling menyerabutkan kepala otaknya ialah kepulangan Farah yang tersenyum kenmenangan melihat raut wajahnya yang penuh duka.Tiada siapa lagi yang ingin membantu.Faisallah harapannya kini.Faisal telah mengambil cuti selama dua minggu untuk urusan perkahwinan.Lalu dalam kesempatan seminggu ini,dia cuba mengambil kesempatan memujuk Faisal untuk menangguhkan pernikahan mereka walaupun dirasakan semua itu hanya sia-sia.

Lelaki yang bertubuh tegap dan berkumis nipis itu mengeluh.Terasa kecewa dengan permintaan Faiqah. “Tak faham aku dengan kau ni Faiq.Bukan setahun dua aku tunggu kau,tapi ini yang kau balas untuk aku”.

“Aku tak pernah suruh kau tunggu aku dan tak pernah pun janji apa-apa pada kau”.

“Apa lagi yang tak cukup pada aku?Cuba kau cakap?Aku akan cuba perbaiki kekurangan aku”.
Faiqah menggeleng. “Ni bukan soal cukup,tak cukup Sal.Tapi soal hati dan perasaan.Aku tak boleh nak suka pada kau dalam dua tiga hari aja.Ini tak adil untuk aku tau”.

“Cubalah kau buka hati kau tu untuk aku.Aku tak minta banyak,sikit pun jadilah.Aku akan cuba jadi suami dan ayah yang terbaik untuk anak-anak kita”.

Faiqah nak termuntah mendengar Faisal berjanji untuk menjadi ayah yang terbaik untuk anaknya. Kahwin pun belum,dah melebih-lebih.Gila agaknya jantan ni.

“Macam mana dengan anak aku,Iqram tu?”Soal Faisal tiba-tiba. Faiqah tarik muka.

“Dia bukan anak kau.Kau tak faham bahasa melayu ke?”Tinggi nada suara Faiqah.Faisal tenang sahaja.Satu-satunya sifat Faisal yang tidak disenangi adalah ketenangan yang dimiliki lelaki itu.Dimarah,diherdik,ditolak cinta,disumpah seranah pun,lelaki itu tenang dan diam sahaja.Kalau pun berubah,hanya nada suaranya yang sedikit kendur.

“Tapi dia akan jadi anak aku….”

“Sudahlah,hantar aku balik sekarang jugak”. Putus Faiqah bengang.
Faisal diam sahaja.Faiqah mengepal penumpuk dalam diam.Kalau tidak difikirkan lelaki itu merupakan temannya,sudah lama dilayangkan buku limanya pada lelaki itu.

Kita tak akan kahwin Faisal.Maafkan aku sebab aku akan kecewakan kau nanti.Getus hati Faiqah.

“AKU rasa baju warna kuning ni lebih sesuai untuk majlis akad nikah then kalau nak bersanding kau boleh pakai baju purple.Kau suka warna purple kan”.Cadang Farah dengan senyum mengejeknya.

Faiqah mengeluh. “Ehm…ikut suka akaklah,Faiq ikut saja”. Faiqah menonong ke dapur. Sebak sekali dia. Dia tersandar di dinding kayu dapur lalu menekup muka dengan telapak tangan.

“Mama buat apa kat sini”.Sapa Iqram.
Faiqah tersentak.Dia mengukir senyum palsu. “Eh,Iqram dari mana ni sayang.Comot aja mama tengok”.

“Iqram main masak-masak dengan Azli and Zura la mama.Best tau”. Iqram teruja.
Faiqah ketawa. “Orang lelaki pun main masak-masak juga ke?Iqram dah sembahyang Asar ke belum ni?”

“Dah!Dengan Pak usu tadi.Mama,ayah tiri tu betul ke jahat”. Soal Iqram.
Faiqah terkesima.Pertanyaan jenis apakah itu?“Kenapa Iqram tanya macam tu?Iqram tak suka pada ayah tiri?”

“Azli cakap yang mak dia kata, nanti Iqram ada ayah tiri.Kalau baca buku cerita ayah tiri dan mak tiri tu jahat ma.Tapi Azura kata ada juga ayah tiri yang baik.Betul ke nanti Iqram ada ayah tiri ma?” Petah bibir Iqram bersuara. Faiqah terdiam.Sekurang-kurangnya dia bersyukur kerana Iqram tidak pesimis tentang kewujudan si ayah tiri.

Faiqah tersenyum sahaja. “Mama tak nak jawab soalan tu.Dah!Iqram pergi main lagi.Tapi jangan letih-letih sangat tau.Malam ni mama ada benda nak buat”. Arah Faiqah.

Tanpa disedari,Farah yang sejak tadi menelinga terasa agak bersalah.Dia seakan-akan dapat merasakan jiwa Faiqah yang sedang merusuh saat itu.Lalu adakah dia yang perlu dipersalahkan?Tetapi mindanya mencerna. ‘Malam ni mama ada benda nak buat’. Apakah yang sedang dirancangkan oleh Faiqah?

FAIQAH menatap sekeping tiket di tangan berselang-seli dengan sekeping kertas yang agak kekuningan menandakan usianya sudah agak lanjut..Ada ketakutan yang menyelinap di sudut hatinya. Seketika kemudian, bola matanya jatuh pada beg pakaian yang sudah terisi dan mendarat pula pada Iqram yang tidur bagaikan ular kekeyangan. Kertas kuning itu dijumpainya dua minggu lepas ketika dia sibuk membersihkan biliknya. Alamat Irah,sahabat lamanya memberinya satu klu untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi raja sehari seminggu lagi. Dia sudah membuat keputusan untuk melarikan diri bersama Iqram malam ini.

Tiba-tiba minda Faiqah menerokai nasibnya sesudah bergelar isteri kelak.Bahagiakah? Sedihkah?Atau muram memanjang?Ah!!Dia tidak sanggup untuk memikirkan sebarang kemungkinan lagi.Tiba-tiba…

“Cepatlah Faiqah,pergi dari sini.Kau tak akan bahagia dengan Faisal.Takkan!!!”.Nafsu jahatnya membentak.

Sekoyong-koyong naluri hatinya membelai…

“Jangan Faiqah!!Kau jangan malukan ibu bapa kau lagi!Terimalah Faisal sebagaimana dia ikhlas menerima kau”.

“Tidak Faiqah !Jangan ikut apa yang kau dengar tu.Ingat!Kau berkahwin kerana cinta pun kau tak bahagia, inikan pulak tanpa cinta”.

Faiqah menggeleng-geleng.Biarpun rasa bersalah,dia tetap dengan keputusannya.Dia mengambil dua helai kertas A4 dan mencoretkan sesuatu.Air matanya menitik satu-persatu.

Seusai itu,dengan perlahan-lahan dia menepuk pipi Iqram Iwadh yang sedang lena.Anak itu merengek perlahan.Marah kerana tidurnya diganggu.

“Kenapa kita nak terjun pulak mama?” Dalam mamai Iqram bertanya apabila Faiqah meminta anaknya itu terjun ikut jendela”.

Faiqah meletakkan jari telunjuk di bibir.“Hiss!Iqram jangan bising-bising tau.Nanti hantu datang ambik. Terjunlah sekejap.Lagipun jendela ni bukannya tinggi sangat pun.Dulu mama dengan Mak long selalu main terjun-terjun kat jendela di tau”.

Satu dua tiga!Fuh kiri,fuh kanan,fuh bawah,fuh atas,Ya Allah,minta-mintalah tak jadi apa-apa kat anak aku ni.
Faiqah menarik nafas lega bila mendapati mereka berdua sudah menjejakkan kaki di tanah.Selipar yang memang diletakkan di situ sejak petang tadi disarung ke kakinya.Iqram juga memakai seliparnya.

“Kita nak buat apa ni mama?Iqram takutlah mama.Gelap-gelap macam ni,tadi mama cakap hantu nak datang ambik,kenapa pulak kita turun kat sini mama.Lagipun Iqram ngantuklah”.Rengek Iqram.

“Kalau Iqram ngantuk.Biar mama kendong atas belakang.Tapi Iqram jangan bising-bising tau”.Ujar Faiqah dalam nada perlahan.Iqram mengangguk.

Iqram terus naik ke atas belakang Faiqah.Jam plastik di tangan direnungnya.Ya Allah!Mana mungkin di sempat untuk ke stesen bas kalau macam ni.

Dengan penuh berhati-hati,Faiqah meneruskan langkah.Biar badai melanda,berpaling ke belakang tidak mungkin baginya.Terasa ada duri tajam yamg menusuk kakinya namun dia tidak menghiraukan kesakitan itu.Iqram di atas belakang sudah lama terlena.Biarpun rasa terbeban,bagi Faiqah, Iqram memudahkannya kerana dia tidak perlu berhadapan dengan seribu satu soalan dari bibir Iqram.

Buat kali terakhir,Faiqah berpaling.Cahaya lampu kalimantang rumahnya kian hilang. Air matanya berderai lagi. Hatinya melafazkan kata.

“Maafkan Faiq Mak,ayah”.

“MASUK dalam kereta sekarang”. Farah menjeling tajam. Faiqah menggeleng.Dia tidak tahu bagaimana Farah boleh menghidu tindakannya malam itu.

Setelah didesak dan diugut,akhirnya Faiqah terpaksa masuk juga.Lena Iqram tidak berganjak.Dengan lenanya dia menyembam muka ke dada Faiqah. Suasana senyap sunyi.Farah dan Faiqah sama-sama membisu seribu bahasa dan perkataan.Tetapi Faiqah terperanjat apabila Farah menghentikan kereta Wira Aerobic hitam itu di hadapan stesen bas.Dia merenung Farah meminta kepastian.

“Ka..kak”.

“Pergilah sekarang sebelum aku ubah fikiran”.Hanya itu yang dituturkan Farah. Faiqah sebak.Tidak disangka Farah menyokong tindakannya.Ingin dipeluknya Farah tetapi Iqram yang lena di atas pahanya membataskan pergerakan.

Farah menghulurkan sepucuk sampul surat. “Bacalah bila kau sampai nanti.Turunlah cepat!Karang kena tinggal dengan bas,baru kau menangis tak berlagu kena kahwin dengan Pak Lembut tu”. Ujar Farah. Faiqah tergelak kecil.Sudah lama dia tidak diusik Farah. Pak Lembut adalah gelaran mereka berdua kepada Faisal yang mengikut cerita Farah tidak berani berdiri di depan kelas.

Tangan Farah digenggam erat. “Terima kasih,kak!”. Faiqah berjalan tanpa berpaling lagi.Air matanya tidak henti-henti membasahi pipi.Pengorbanan Farah tidak ternilai.Farah telah menyelamatkan hidupnya. Kebenciannya atas sikap Farah selama tujuh tahun ini lenyap di atas kebaikan yang tidak terhingga itu.

Di dalam kereta,Farah terhinjut-hinjut menahan tangis.Dia rasa menyesal kerana menyalahkan Faiqah atas semuanya.Sesal yang sememangnya tidak berguna lagi kerana masa mana mungkin mampu diulang. Hanya doa yang dititipkan semoga Allah merahmati perjalanan adiknya.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : Daerah Hatiku 6”
  1. HaS says:

    Alamak, pendek sangat. x sempat nak hayati aoa yg berlaku. more please..

  2. salmiah says:

    pendek sangat.nextt! :D

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"