Novel : Jerat Hati 1

28 May 2012  
Kategori: Novel

4,167 bacaan 5 ulasan

Oleh : tina derika

1

Kring!!! Loceng di kaki lima bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang berkumandang menandakan sudah tibanya waktu rehat bagi para pelajar menengah atas. Tamatlah sesi pembelajaran matapelajaran Matematik untuk setengah hari itu. Hafiza mengemas buku-bukunya yang berselerak di muka meja. Kalkulator disisip ke dalam kocek beg galasnya. Sengaja dia melambatkan pergerakannya memandangkan rakan sekelasnya berpusu-pusu sibuk keluar dari pintu bilik darjah. Dari berebut seperti kambing terlepas dari kandang, lebih baik bertenang mengemas apa yang patut terlebih dahulu.

“Fiza, hari ni kau nak makan apa kat kantin?” tanya Mazni teman karibnya Hafiza sambil meliarkan pandangan ke segenap ruang kelas yang sudah kosong. Nampaknya semua bayang pelajar Tingkatan 4 Fadilah sudah lesap.

“Tengok dulu apa yang ada. Ada makanan best, aku makan. Kalau tak, kuih-kuih pun jadilah.” Perlahan-lahan Hafiza melangkah meninggalkan bilik darjah yang sepi itu bersama Mazni.

Sepanjang langkah ke kantin, mereka berbual kosong, usik-mengusik dan bergurau senda. Hari baik, cuaca baik, hati pun mestilah baik. Bergema ruang tangga dengan suara mereka yang riang berjenaka antara satu sama lain. Mazni pelajar baru di kelasnya. Ya, sikap Mazni yang mesra menyenangkan hati Hafiza untuk mendekatinya sebagai sahabat. Walau belum sampai setahun berkawan dengannya, melalui kemesraan yang ditonjolkan, jelas mencerminkan keperibadian Mazni yang baik hati lagi tegas. Layak digelar sahabat bukannya kawan sekadar kawan.

Mereka tersenyum gembira. Gelagat dua sahabat itu tidak ubah seperti satu keluarga yang amat akrab. Tidak langsung berasa janggal mahupun kekok. Perkenalan pertama mereka umpama perkenalan yang telah menjangkau selama setahun.

“Kau ni Maz, ada ke patut buat kat mamat tu macam tu. Jahat kau ni!.” Ucap Hafiza seraya mencubit lembut lengan Mazni. Dia hanya tergelak besar.

“Dah aku tak suka, dia lagi mau paksa. Bila dah kena, ha baru tahu. Alah, tak apa lepas ni aku janji tak buat lagi dah.” Balas Mazni berbaur gurauan.

Setibanya mereka di kantin, ramai para pelajar beratur untuk membeli makanan. Ruangan kantin separuh padat dek pelajar-pelajar menengah atas. Namun dia dan Mazni terus mengesongkan langkah menuju ke kaunter makanan. Menjenguk aneka kuih-muih yang ada. Khusyuk Hafiza dan Mazni meneliti kuih-muih pelbagai warna, pelbagai bentuk. Tiba-tiba….

“Wei! Agak-agaklah potong barisan orang. Beraturlah elok-elok. Adoi. Tu pun nak kena bagitahu ke?” suara seorang lelaki menegur tinggi di belakang mereka. Hafiza mengerutkan dahi. Dia memalingkan tubuh. Asyraf! Bulat matanya memandang lelaki berkemeja biru itu. Lelaki rebutan pelajar sekolah.

“Erkk…Sorry. Tak perasan.” Hafiza menundukkan wajah. ‘Bila masa pulak aku potong barisan budak lain?’ Tudung dikepala dibetulkan sedikit. Sementara Mazni memeluk tubuh. Bibirnya diketap geram.

“Eh! Mana ada kita orang potong barisan? Dah kita orang sampai sini dulu. Dan-danlah kau nak marah.” Mazni mencelah.

Asyraf bercekak pinggang. Perasaan bengang mula bertapak. ‘Haih minah ni cakap sekali tak nak dengar.’

“Macamlah aku tak nampak. Kau orang berdua baru sampai. Dah pergi beratur kat belakang. Banyak bising lak.”

“Eee! Kau ingat kau pengawas bagus sangat? Poyo.” Jeling Mazni pada Asyraf yang sedang berdiri menjaga barisan agar pelajar tidak berebut membeli makanan. Berlagak!

“Yang kau apa hal? Dah aku pengawas, aku buat kerja akulah. Ah! Tak ada, sekarang kau orang berdua pergi beratur kat belakang.” Asyraf membalas sinis. ‘Padan muka!’ Matanya mencerlung tajam ke arah dua orang gadis itu.

“Apa hal lak kita orang nak kena pergi belakang? Kita orang sampai dulu kot. Kau..” Belum sempat Mazni menoktahkan ayatnya, Hafiza lebih lekas menarik lengannya agar beredar dari situ. Daripada membiarkan berlanjutan forum pertengkaran lebih baik salah seorang mengalah terlebih dahulu sebelum segalanya menjadi retak. Asyraf hanya memerhatikan langkah Hafiza dan Mazni. ‘Huh! Entah apa-apa punya minah.’

Hafiza melabuhkan punggungnya di atas kerusi panjang kantin. Selera makannya langsung mati. Hatinya berdebar-debar setiap kali bertembung Asyraf. Ya, ketua pengawas di sekolah merangkap seniornya. Walau ramai yang mengatakan lelaki itu sombong, tapi bagi dirinya, Asyraf memiliki daya tarikan luar biasa. Daya tarikan? Hafiza menarik nafas dalam-dalam. Mungkin di sebalik sikapnya yang nampak sombong, terselit seribu satu kelebihan yang sukar ditafsir oleh sesiapa termasuk dirinya sendiri. Mungkin juga!

“Ee!! Aku bengang betullah dengan mamat tu. Dia bajet ketua pengawas, bagus sangat ke? Dah kita sampai dulu, ada ke dia cakap kita ni potong barisan orang? Alih-alih kita ni disuruh pergi belakang.” Leter Mazni tidak puas hati. Panas jiwanya melayan lelaki seperti Asyraf.

“Dahlah Maz, perangai dia kan memang macam tu. Satu sekolah kenal dia. Aku malaslah nanti dia buat mulut kat cikgu. Dahlah nama kelas kita dah famous.” Pujuk Hafiza sekadar menyejukkan hati sahabatnya. Bahu Mazni dipaut lembut.

Mazni menggeleng-gelengkan kepala. Entah mengapa semenjak saat pertama kali dia menjejakkan tapak ke sekolah itu, hatinya pasti panas apabila bertemu Asyraf dan kawan-kawannya yang lain. Seakan ada sesuatu aura yang membuatkan mereka tidak sebulu.

“Itu satu hal. Nama kelas kita asyik naik aje kat cikgu-cikgu. Aku tengok budak kelas kita tak adalah jahat pun. Alah, hal kecil pun nak kecoh. Mesti semua sebabkan mamat poyo tu.” gerutu Mazni. Perasaan geram melimpah-limpah ke seluruh rongga paru-parunya. Nafasnya turun naik.

“Sabar jelah Maz. Kita bukan boleh buat apa-apa pun. Hurmm…untunglah dia orang yang jadi pengawas tu. Boleh gila kuasa. Pelajar biasa, jadi bahan jelah jawabnya.” Hafiza menekur lantai. Bait-bait ucapan yang terbit di bibir hanya untuk menutup perasaaan sebenarnya terhadap Asyraf dari dihidu oleh Mazni. Perasaan yang menjentik urat hatinya harus disembunyikan daripada pengetahuan orang lain.

“Fiza, walaupun aku ni tak sampai setahun jagung sekolah kat sini. Tapi, lima bulan cukuplah aku tahankan aje perangai mamat tu.” kata Mazni. Lantai kantin dikuisnya dengan hujung kasutnya. Dia menyambung lagi. “Hei, dia berlagak sekolah ni macam dia punya sebabkan dia tu ketua pengawas, atau sebabkan dia anak Tan Sri?”

Serta-merta Hafiza mendongak. Tidak percaya.

“Anak Tan Sri? Asyraf anak Tan Sri???”

“Kau takkan tak tahu kot?” soal Mazni. Wajah Hafiza dipandang tepat.

“Tak. Dari mana kau dapat tahu dia anak Tan Sri?”

“Adoyai Fiza. Bapak akulah beritahu aku. Masa dia hantar aku ke sekolah, bapak aku dok bertegur dengan ayah si mamat poyo tu. Dari situlah aku dapat tahu.”

Hafiza mengangguk. Anak orang berada rupanya. Tidak hairanlah jika golongan seperti dia mempunyai setengah sikap yang agak kurang menyenangkan. Dia juga sedar bahawa bukan calang-calang orang Asyraf mahu bergaul. Tengok sahaja empat sahabat yang sering bersamanya. Zamarul, Nasir, Ishamudin, dan Aizat. Semuanya golongan cerdik pandai. Maklumlah penghuni tetap kelas Arif. Sudahlah pandai, cara hidup pun tak lari dari gaya hidup orang kaya. ‘Nak ke dia kawan dengan aku nanti?’ Hafiza menyoal diri.

“Ooo…no wonderlah dia ada perangai begitu. Tapi, gaya dia memang ada rupa anak orang berada. Kawan-kawan dia pun, tak kurang hebatnya.” Hafiza menghela nafas. Sepasang kakinya dihayunkan seperti buaian. Bibirnya diketap rapat.

“Berlagak aje dia orang tu semua. Antara mamat lima orang tu bagi aku si Aizat tu je okay. Nampak humble.”

“Kenapa pulak?”

“Kau tak perasan ke, dia orang berlima tu, huh! Bukan main, acting macam kumpulan K-Pop SS501. Masing-masing guna ‘biri-biri black’, tak ‘biri-biri’, I-Phone. Wah! Untunglah orang berduit, kan?”

Hafiza mengerutkan dahi. Kurang mengerti apa yang dituturkan Mazni.

“Biri-biri black? Apa tu?”

“Blackberry lah sayang. Tiap-tiap hari Rabu, bila time kokurikulum je, mesti nampak dia orang berlima dok tekan-tekan biri-biri dia orang. Haih!.” Keluh Mazni sambil menggeleng-gelengkan kepala. Pening jika mahu memikirkan budaya remaja zaman moden kini. Baru digelar pelajar sekolah, namun lagaknya mengalahkan seorang usahawan terkenal. Segalanya mewah. Mana tidaknya, menumpang pangkatlah katakan.

“Bertuahlah dia, duduk dalam keluarga senang. Tapi kan Maz, kau rasa nak ke dia kawan dengan orang macam kita?” tidak semena-mena soalan itu terluncur dari bibirnya Hafiza. Dia menampar nipis mulutnya yang terlepas ucap.

“Hah? Kenapa kau tanya? Kau teringin nak kawan dengan dia ke?” soal Mazni.

Soalannya disambut oleh satu anggukan kecil Hafiza.

“Dah lama aku nak kawan dengan dia. Tapi sampai sekarang, aku tak beranilah nak tegur dia.”

“Kau minat Acap eh? Kau nak kawan dengan dia ke, atau…” Sepasang kening milik Mazni sedikit terangkat.

“Apa?”

“Kau minat dia sebab dia handsome hah? Maklumlah, full package.”

Hafiza bungkam. Lidahnya keras untuk meneruskan bicara. Air liurnya terasa kelat, degupan jantungnya rancak berdetak. Dia sendiri keliru. Mengapa sejak dulu lagi nalurinya menarik-narik perasaannya ingin mengenali lelaki itu dengan lebih dekat. Hingga kini, dia gagal merisik puncanya. Meskipun ramai pelajar sekolahnya mengatakan Asyraf seorang yang sombong dan menyakitkan hati, dia tetap utuh mahu menjalinkan hubungan persahabatan bersama lelaki itu. Rupa? Harta? Pangkat? Ah! Itu semua tiada kena mengena. Taraf hidup manusia semuanya sama sahaja. Yang penting ketulusan hati.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Jerat Hati 1”
  1. ieyka says:

    best…..tak sabar nak tunggu sambungan…
    :)

  2. tina derika says:

    ieyka, boleh baca terus di blog saya dh poskan smpi bab 17 :) thanks

  3. najlaa says:

    wahhh best lahh! nanti saya nak belilahhhh gila best laaaaaaaaaaaaaaaaaa

  4. mai says:

    best ! sempoi je :)

  5. wahida says:

    wahh, seronok sangt……!!!!!!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"