Novel : Kahwin wasiat 12

17 May 2012  
Kategori: Novel

20,672 bacaan 23 ulasan

Oleh : serra

Bab 12

Mesej berbunyi,lelaki itu mula melihat di skrin telefon bimbitnya. Hampir gugur jantungnya selepas melihat nama yang sudah lama tidak terpampang di srin telefon bimbitnya,Cinderella. Ingatannya kembali berputar beberapa tahun yang dahulu..

“bi?” suara halus itu berbunyi sambil bermain-main menyentuh rambut lelaki yang berada di atas pehanya.
“ya sayang?”jawab lelaki itu sambil melihat alam maya yang begitu indah di hadapannya.Tangan kasarnya mula menjamah jari jemari gadis itu lalu di kucupnya . Alangkah bahagianya mereka saat itu.
“boleh sayang tanya sesuatu?”soal gadis itu.

“boleh . ada apa sayang?”jawab lelaki itu dengan lembut.Orang di sekeliliing mereka tak henti-henti melihat mereka berdua. Mungkin pasangan itu terlalu secocok. Mereka tidak pedulikan itu semua.Baginya dunia itu hanya milik mereka.

“bi sayang tak sayang?”soal gadis itu lembut.
“mestilah sayang”jawab lelaki itu dengan lembut.Dia mula memegang erat tangan lembut gadis itu.

“emmm katakanlah kalau tiba-tiba je kita tak bersama, bi nak buat apa ye?”soal gadis itu. Pantas lelaki itu menegakkan dirinya. Dia memalingkan tubuh gadis itu menghadapnya,kali in wajahnya benar-benar serius .

“kenapa sayang cakap macam tu? You know that I love you so much? You are my lady,my girl, my Cinderella tak mugkin kita akan berpisah. I love you ok? You are my everything. I would never ever leave you ,percayalah.”kata lelaki itu dengan nada sayu.

Gadis itu tergamam melihat kesungguhan lelaki itu. Terkeluar juga sebutir berlian dari matanya kini membasahi pipinya.Lidahnya kelu untuk berkata-kata.

“kenapa? Sayang nak tinggalkan bi ke?”soal lelaki itu bertubi-tubi .Sesungguhnya dia akan lakukan apa saja demi gadis di hadapannya asalkan mereka tidak berpisah. Air mata wanita idamannya itu di seka lembut.

“Bi, I love you so much and I know that you love me a lot, but please let me go, lepaskan I Rayyan”lembut suara gadis kacukan Melayu dan English .

Rayyan meraup wajahnya dia benar-benar buntu dengan kata-kata gadis kesayangannya itu.

“Natasya Stephanie Moore binti Abdullah Moore, apa yang you cakap ni? Ha? Tell me?! You nak tinggalkan I ? tapi sebab apa? Hmm?”soal Rayyan bertubi-tubi. Die merenung anak matanya yang berwarna biru itu.

“My dad called last week, my grandma sakit tenat,I kena balik london.Bi,you tahu kan I sayang sangat dekat my grandma ,she’s my everything after my mom died two years ago.And my dad pulak dah berubah lepas my mom meninggal.Dia dah ada perempuan lain.Sekarang ni tak ada orang boleh jaga my grandma,jadi as her granddaughter I kena jaga dia. You fahamkan bi?”kata Natasya sambil memegang erat tangan lelaki yang yang cukup disayanginya.

Rayyan mengeluh.
“Jadi I ni bukan siapa-siapa lah bagi you?”soal Rayyan serius ,wajahnya sedikit pun tidak berubah.

“bi, kenapa cakap macam tu.I sayang you dan you are my everything.But now family is more important kan?? Rayyan? You faham kan? Hmm?”ujar Natasya lembut .

Rayyan mengeluh dan akhirnya dia mengangguk.

Peristiwa lama itu di imbas kembali. Natasya,gadis pujaannya malah kekasih hatinya dulu.Tapi itu dulu sekarang bukan lagi .Dia cukup benci dengan wanita itu. Sayang seribu kali sayang namun akhirnya benci yang terjadi. Dia tidak menyangka gadis itu sanggup menipu dirinya.Kononya akan balik seminggu selepas itu tapi langsung tidak, hari-hari dia menanti gadis itu namun hampa. Dua tahun sudah berlalu dia mula benci dengan gadis itu. Dia mula sedar gadis itu memainkan perasaanya,hatinya pilu terluka lagi-lagi melihat wajah gadis cantik itu berkahwin dengan seorang bangsawan di England. Kini dirinya tersimpan dendam,dendam yang ingin membalas perbuatan gadis itu. Dia mula pergi ke kelab malam , malam pertama haslina,kedua Maria,ketiga Linda dan malam-malam yang seterusnya . Dia betul-betul nekad memainkan perasaan wanita. Baginya kaum itu yang menyebabkan hatinya pedih dan luka sedih dan parah. Kini hatinya sudah tertutup,Natasya adalah gadis yang pertama dan stop! Sampai disitu saja. Hati itu tidak mahu lagi mengisi anak benih cinta yang akan datang. Perempuan?! Aku benci kau!.

“Rayyan? I lapar la”lunak saja suara itu menyapa lembut telinganya. Terus hilang perasaan marah tadi.Dia cuba mengukir senyuman.Sarah mula menepuk lembut paha Rayyan. Itulah kali pertama dia menyentuh Rayyan dengan rela hati. Pantas jari Sarah digenggam erat .

“hmmm.. dah pandai sentuh I nampak?”kata Rayyan sambil memandang sinis.Sarah mencebikkan bibirnya .Lantas cuba meregangkan tangannya.Rayyan hanya memandang.

“you tengok apa? Lepaskan lah tangan I ni!”jerit Sarah sambil meronta .Rayyan tersengih entah mengapa dia sering nak tergelak setiap kali melihat gelagat gadis itu.Sedikit sebanyak meredakan kemarahannya tadi.

Sarah mula berang dengan Rayyan .Dia tahu Rayyan begitu seronok membulinya.Akhirnya dia menyerah kalah.Pipinya mula di basahi air mata,bukan saja Rayyan malah budak-budak lain sering kali membulinya.Ketika di sekolah rendah dulu dia sering di buli menyuruh dia membuat kerja sekolah mereka. Mentang-mentanglah keputusan Sarah sentiasa cemerlang mereka lantas menyuruhnya membuat kerja sekolah mereka,jika tidak dia akan di pukul dan di panggil gemuk oleh setiap pelajar di sekolahnya.Namun keadaan mula berubah apabila Dinie menyelamatkan keadaan. Dinie sering memberikan kata-kata semangat untuk dia terus hidup malah menghadapi cabaran.

Dia juga sering mempertahankan Sarah di hadapan pelajar di sekolah.Sarah kemudian berani melawan kata-kata agar dirnya tidak senang-senang di pijak. Maruah perlu di perlihara itu lah kata-kata Dinie yang sering Sarah ingati sehingga sekarang.

Tapi entah mengapa setiap kali berhadapan dengan lelaki ini,dia sering lemah untuk berdiri,mulutnya terkunci setiap kali ingin membalas kata-kata Rayyan.

Sarah berani melawan anak mata Rayyan semuanya berlaku dalam gerakan yang perlahan.Rayyan menatap mata hazel Sarah.Wajah Sarah semakin dekat dengan Rayyan.

“ehem.. you buat apa ni? Tadi kata lapar kan? Jom makan”kata Rayyan sambil menarik tangan Sarah. Merah padam wajah Sarah.

‘ aduh malunya,kenapa la aku ni gatal sangat !’ molognya dalam hati. Sarah hanya mengatur langkah mengekori Rayyan dari belakang.

thank you for supporting kahwin wasiat!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

23 ulasan untuk “Novel : Kahwin wasiat 12”
  1. flora says:

    serra,saya x dapat tgk kat blog awk coz dia kata for invited readers only.huhu

  2. anna says:

    Serra, bila blh baca epidod 13? Sy xdpt masuk blog awak….. sy dpt baca sampai episod terakhir tak dalam laman Penulisan?

  3. June Ed says:

    lame dah tunggu sambungan novelni,Serra mcm mane nak bce bab seterusnye?

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"