Novel : Projek Memikat Suami 28

18 May 2012  
Kategori: Novel

94,172 bacaan 164 ulasan

Oleh : Hanina Abdullah

BAB 28

Untuk kesekian kalinya Zahrain keluar makan tengahari dengan Adira. Dari saat dia sampai, tak berhenti-henti model terkenal itu komplen. Jalan jamlah, photo shoot semalam habis lewatlah, juru solek semalam amaturlah, solekannya semalam “Oh-so-yesterday”lah, agensi iklan kedekut bajetlah.

“Kenapalah aku ajak dia keluar makan?” tanya Zahrain kepada dirinya sendiri. Kalau aku nak dengar perempuan membebel, Mama kan ada. Bebelan Adira sudah lama dia abaikan.

“You know, teruk sungguh advertising agency tu. Dahlah staffnya tak reti buat kerja. I really felt like walking away saja. Baru padan muka dia orang. But I have to maintain my professionalism, dah ambil job kan….You can’t belive the lipstick color yang nyah semalam nak suruh I pakai, so eighties……”

Dah 15 minit dia whining, tak reti nak berenti ke? Zahrain sudah naik muak.

“Darling! You dengar tak apa yang I cakap?” tersentak Zahrain bila suara Adira sudah naik satu oktaf.

“You tau I tak pekakkan? Tentulah I dengar,” jawab Zahrain dengan trademark suara mendatarnya. Semakin berapi hati Adira.

“Darling….you ni tak support I langsung,” Adira menukar strategi, suaranya sudah mendayu-dayu manja.

Terangkat kening Zahrain. Support?

“Moral support, darling! Do you know how tough it is to be a model? The competition. The companies, they always want new faces! Fresh, konon,” panjang muncung Adira.

“Adat bekerja begitulah. Mana ada kerja yang senang lenang?” suara Zahrain kedengaran seperti acuh tak acuh.

“Eh, ada,” pendek jawapan Adira, memancing Zahrain untuk bertanya.

Sekali lagi terangkat kening Zahrain.

“Jadi isteri you!”

Ye ke? Zahrain tidak boleh membayangkan Adira memasak, membasuh dan menggosok pakaian, mengemas rumah macam budak tu. 2 hari buat kerja rumah, mesti dia meraung kebosanan.

“You tahu tak? I jealous dengan isteri you, bersenang lenang saja di rumah, tup-tup dapat BMW sebiji. I ni apa yang dapat?”

“Oh kecoh-kecoh ni sebab aku beli kereta untuk budak tu. Dia ini pun macam Mama, pasang spy. Kalau tidak macam mana dia tahu pasal BMW tu? Belum jadi bini dah nak control. Rimas!” getus Zahrain dalam hati.

“Darling, you dengar tak apa I cakap?”

“Adira, soalan tu I sudah jawab tadikan,” perlahan sahaja jawapan Zahrain. Stafnya semua sudah maklum, Bos makin marah, suaranya makin perlahan. Tapi berhati-hatilah, sekali dia sentap, habis semua kena libas.

“Yelah I tanya dua kali sebab you buat-buat macam tak dengar saja,” suara Adira naik satu oktaf lagi.

“I dengar, can we move on?” Zahrain sudah kebosanan.

“Yes, let’s move on. I memang sudah lama nak move on. Sampai bila I setakat nak jadi girlfriend you sahaja,” nyaring suara Adira.

“Let’s not have this discussion. I don’t want any indigestions,” makin perlahan suara Zahrain.

“Well, you know what, Zahrain? I want to have this discussion,” bentak Adira jelas mencabar. Dalam kemarahannya dia tidak sedar Zahrain sudah hilang sabar.

“Adira, I don’t like demanding women,” perlahan sahaja kata-kata Zahrain. Lantas dia bangun dan meninggalkan pinggannya yang penuh berbaki dengan makanan serta beberapa keping not lima puluh ringgit.

“Darling!!” jerit Adira dengan suara manja. Dia baru tersedar yang dia tersalah langkah. Walhal dalam hati ingin saja dia menjerit, “Pergi mampuslah dengan duit you!” Pelanggan-pelanggan di restoran sudah mula memandang ke arahnya dan berbisik-bisik sesama sendiri. Sudu dan garfunya berdenting dihentakkan ke atas pinggan.

- – - -

Memandu keluar dari restoran itu, perut Zahrain berbunyi-bunyi minta diisi. “Damn that woman, buang masa aku saja. Nak mengadap rezeki pun membebel-bebel.” Balik ke pejabat dan mintakan Azlina belikan sesuatu untuk makan tengahari atau…..balik rumah? Sekurang-kurangnya budak tu boleh buatkan sandwich. Entah-entah dia tiada di rumah, pergi gym. Tembak sajalah, keretanya dibelok menghala ke kondo.

Pintu depan rumahnya dibuka. Terdengar muzik kuat dari dapur. Hm, budak tu berkaraoke di dapur lagi, nampaknya. Terbit senyum kecil di bibir Zahrain. Dia melangkah ke arah dapur. Buntang matanya bila tiba di pintu dapur. Budak itu……. sedang masak kek. Okey, bukan itu yang membuat matanya buntang. Sambil membuat kek, dia menari-nari mengikut muzik rancak dari Amerika Latin. Bagai ada magnet, mata Zahrain melekat ke punggung si isteri yang digoyang-goyang macam penari gelek. Punggung yang berbalut seluar pendek, sangat pendek! Ketat, sangat ketat!

Dan halter neck top yang senteng, nampak belakangnya sebab rambutnya ditocang. Nampak juga pinggangnya. Pinggang yang membuat dia tidak selesa bila budak itu memakai kebaya. Pinggang yang impossibly small! Sebesar cekak tangan aku rasanya. Tanpa disedari tangannya sudah mencekak pinggang kecil itu. Salah, besar sedikit dari secekak tangan aku, fikir Zahrain.

Si empunya pinggang, terkejutnya bukan main! Sedang asyik menghias kek cawan dengan butter cream, tiba-tiba ada yang memeluk dari belakang.

Spontan dia menjerit dan berpusing, “Aaaah!” tersembur butter cream dari beg aising dalam tangannya, habis tercalit ke badan dan muka suami.

“Awak! Terkejut saya tahu,” Husna menjerit kecil, berombak-ombak dadanya.

Zahrain tersenyum lebar, Husna kelihatan lucu sekali dengan muka terkejut, mata terbeliak, mulut ternganga. Pecah berderai ketawa Zahrain akhirnya.

“Oh, dahlah awak kejutkan saya, sekarang ketawakan saya pula? If you could see your own face, penuh dengan butter cream, tahu tak? Lagi funny,” Husna pun sudah ketawa kecil. His laugh is so infectious.

“Ye ke?” pendek soalan Zahrain.

Terkebil-kebil mata Husna. Aik, tukar mood pulak? Tadi ketawa terbahak-bahak, sekarang ni buat bedroom voice pula? Baru Husna tersedar, kedua belah tangan Zahrain masih dipinggangnya. Mukanya sudah mula merah meruap. Entah sudah berapa minggu dia tidak melihat Zahrain dalam mode romantik ini, sehingga dia terlupa bagaimana Zahrain dalam mode romantik boleh membuatkan lututnya menggeletar.

“Isteri mesti goda suami,” teringat Husna akan satu lagi tip memikat suami dari Master-ji. Eee, segannya! Tapi kalau kau, isterinya yang sah tidak mengoda, padanlah muka bila girlfriendnya pula yang menggoda. Menggigit jari kau, Una!

“Ye, muka you penuh dengan butter cream. Sini, kat sini….,” Husna menginjatkan kakinya, tangan kanannya memaut leher Zahrain, menarik lembut ke arahnya dan ….perlahan-lahan menjilat butter cream yang tercalit di pipi kiri suaminya. Dia terdengar Zahrain menarik nafas, terkejut.

“Kat sini pun ada…,” bisik Husna sambil menjilat butter cream di pipi kanan suaminya pula. “Sini……., di sini……, sini….”

Setiap bisikan “sini” Husna, dibalas Zahrain dengan bisikan namanya, “Nawwal……, Nawwal……, Nawwal……”

“NOW!”

Alamak, kek cawan aku dalam oven macam mana?

“Errrr, my cupcakes……in the oven.”

“Let them be,” Zahrain sudah menarik Husna ke arah sofa di dapur.

“Nanti hangus…”

“Let them be.”

“Nanti keluar asap, bunyi fire alarm.”

“Nawwal Husna!” terkejut Husna mendengar Zahrain menjerit. Lagi terkejut bila Zahrain menolak dia jatuh ke sofa.

“Stay there, jangan bergerak!” keras arahan Zahrain, sambil menunjukkan jari ke arah isterinya. Husna yang sudah terbaring di atas sofa, mengangkat kedua belah tangannya, bagai orang kalah berperang.

Bingkas Zahrain menuju ke arah oven dan menutup suisnya.

“Alamak, bantatlah kek cawan aku!!” Husna terjerit dalam hati, tak berani hendak menjerit betul-betul. Dia sendiri yang memulakan….

Zahrain sudah berada di depannya semula.

“Nawwal……..now,” bisik suaminya. Tak berani Husna nak menjawab.

Dengan mata yang buntang. Husna hanya dapat menggangguk kecil.

- – - – -

Sejam selepas itu, Zahrain terkocoh-kocoh melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Harap-harap tidak terserempak Papa di pejabat, bimbang kalau Papa bertanya kenapa pagi pakai kemaja lain, tengahari pakai kemeja lain pula.

Rashidah dan Azlina, kedua orang setiausahanya, memandang bos mereka penuh kehairanan. Tidak pernah dia balik dari lunch break selambat ini.

Duduk di kerusinya, barulah dia tersedar, perutnya sudah berkeriut-keriut. Di rumah tadi tak sedar pun lapar, fikirnya sambil tersenyum. Kotak kertas yang dihulurkan oleh Nawwal semasa dia melangkah keluar rumah dibukanya. Ada sandwich, segugus buah anggur dan sebiji kek cawan. Zahrain tersenyum lebar. Rasanya mulai saat ini, setiap kali dia melihat kek cawan, tentu dia tersenyum. Kek cawan itu diambilnya, perlahan-lahan dia menjilat butter cream hiasan.

“Hmm, manis.”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

164 ulasan untuk “Novel : Projek Memikat Suami 28”
  1. sima says:

    yes..yes…dah ada kat p2u…baru kejap ni tadi…thank you!!!

  2. irah says:

    besttt sgtttt….da blog x…sy akn bli nvel nie bli dy kuar…bestt sgt hsil kak nina… :)

  3. lady_d185 says:

    hahaha mantap mmg best…truskn karya ni..baru dia tau pnangan gondaan istri…huhuhu..ego lagi.

  4. ana says:

    bile novel nie nak keluar
    x sabo nak beli jie..
    huhu

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"