Novel : Suami Ekspress 3

30 May 2012  
Kategori: Novel

13,660 bacaan 4 ulasan

Oleh : fieyta an nisa’

BAB 3

Pagi itu, Adriana terbangun lewat, dah la kelasnya pada pagi itu jam 8.10 pagi. Kelas Mr. Faris pulak tu. Ni semua gara-gara menonton perlawanan bola sepak bersama Iman malam tadi, Iman tidur di biliknya malam tadi kerana roomatenya pulang ke kampung. Dan akibatnya dia bangun lewat pagi ini, pukul 7.55 baru dia tersedar.

“Habisla aku pagi ni, dah la time subuh pun terbabas. Baru jer 2 minggu belajar, dah lambat pergi kelas” ujar Adriana sambil memakai kasut.

Hari ini dia hanya bersiap ala kadar sahaja. Penampilannya pagi itu sangat simple, dengan memakai baju kurung yang tidak perlu digosok dan dia hanya menyarungkan ‘tudung express’, tidak perlu untuk melilit-lilit shawl bagai. Iman awal-awal lagi sudah surrender mahu ponteng kelas Mr Faris. Terpaksa la dia pergi seorang diri kelas hari itu.

Setibanya di luar bilik kuliah, dia teragak-agak mahu membuka pintu. Dikerlingnya jam di tangan, pukul 8.30!!! Dia sudah terlewat 20 minit. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim dia membuka pintu.

“Assalamualaikum sir, I’m sorry, I’m late” ujarnya sambil memandang kakinya sendiri, bimbang akan dimarahi oleh pensyarah muda itu.

“Now, already 8.32 a.m. Why are you late?” soal Faris memandang pelajar dihadapannya.

“Ermm….. I, I ….” jawab Adriana tergagap-gagap. Masakan dia mahu memberi alasan bangun lewat, gara-gara menonton perlawanan bola sepak malam tadi. Tambahan pula, dia malu apabila pelajar-pelajar lain mula memandangnya.

“You can go now, tapi lain kali jangan ulang kesilapan ini lagi ye.” balas Faris apabila dia melihat gadis itu terkulat-kulat menjawab soalannya. Muka gadis itu jelas kemerahan, pasti malu apabila teman-teman lain sudah memerhati.

Selepas itu, Faris meneruskan proses pembelajaran yang tergendala sebentar tadi. Dia faham dengan ragam dan situasi pelajar-pelajar kerana dia juga pernah menjadi pelajar. Malah, semasa dia belajar dahulu ada di antara teman-temannya yang tidak dapat menghadiri kuliah disebabkan datang lewat ke kelas kerana pensyarah mereka sudah mengunci pintu. Dia tidaklah terlalu kejam mahu menghukum pelajar tanpa memberi peluang kepada mereka terlebih dahulu.

“Ok class, sampai setakat ini sahaja kita belajar untuk hari ini, any problem? Nanti saya akan upload notes and exercises di i-learn” ujar Faris.

“Sir, bila due date untuk submit exercises?” soal Aniq mewakili rakan-rakannya. Sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai class rep ataupun ketua kelas.

“Ohh, hampir terlupa saya, awak semua tak perlu submit exercises but we will discuss the exercises in next tutorial class and make sure you all do the exercises k? I will give an extra marks for those yang buat exercises tu” ujar Faris.

“InshaAllah sir” jawab pelajar-pelajarnya ingin berlalu meninggalkan bilik kuliah tersebut.

Adriana cepat-cepat mahu meninggalkan bilik kuliah kerana dia ingin memulangkan buku yang dipinjamnya di library. Ketika mahu keluar dari bilik kuliah, Faris memanggilnya.

“Adriana, wait.” ujar Faris

“Yes, sir.. can I help you?” soal Adriana

“Nope, nothing just I wanna to ask you, kenapa kawan awak absent hari ni?” soal Faris kerana hanya kelihatan gadis itu berseorangan sahaja hari ini.

“Ohh, you mean Iman Farhana?” tanya Adriana

“Yeah, that girl” jawab Faris pantas.

“Dia headache hari ini” bohong Adriana. Mana mungkin dia mahu jujur mengatakan Iman ponteng kelas kerana mereka sama-sama bangun lewat pagi tadi.

“Ohh, saya harap dia cepat sembuh and don’t forget to tell her about our learning today” jawab Faris ringkas sambil mengingatkan Adriana untuk memberitahu Iman tentang sesi pembelajaran mereka hari itu.

“InshaAllah sir, I will. Saya minta diri dulu” ujar Adriana sopan.

Selepas Adriana memulangkan buku di library, dia singgah sebentar di rumah Iman. Selepas kelas Mr Faris, sebenarnya mereka mempunyai satu kelas lagi iaitu kelas Madam Syazuani. Oleh kerana kelas Madam Syazuani iaitu pensyarah biologi mereka cancel pagi itu, Iman hanya melepak sahaja di bilik.

“Hai cik Iman, kau tahu tak tadi time kelas Mr. Faris, dia tanya aku kenapa kau tak datang kelas dia pagi ni” ujar Adriana sambil melihat Iman yang masih berbaring dan enak sahaja temannya itu memeluk teddy bear.

“Assalamualaikum Riana, dah tu kau jawab apa kat Mr. Faris?” perli Iman, tapi dalam hatinya cuak juga kalau Mr. Faris marah kerana dia ponteng kelas pensyarah muda itu.

“Aku cakap la yang kau ponteng sebab bangun lambat pagi tadi” ujar Adriana bersahaja. Sengaja dia berbohong kepada temannya itu, mahu melihat reaksi yang ditunjukkan oleh Iman. Dan motif utamanya adalah mahu membalas dendam kerana pagi tadi dia sendiri terpaksa pergi jua ke kelas walaupun lewat.

‘Biar kasi pengajaran sikit sama dia. Hehe’ bisik hatinya nakal.

“Biar betul kau ni, sampai hati tak tolong backup aku. So, Mr Faris cakap apa? Dia marah erk?” soal Iman bertalu-talu. Mula dah datang perangai gelabahnya saat ini.

“Dia nak jumpa kau esok, muka dia marah gila time aku cakap kau saja-saja ponteng” ujar Adriana sambil menyembunyikan senyumannya. Kelakar melihat reaksi Iman yang mula gelabah. Hah, padan muka kau Iman, he.. he..

“Ya Allah, habislah aku!!” jerit Iman sambil mencampakkan teddy bear yang dipeluknya tadi. Habislah kalau Mr. Faris nak jumpa. Nak bagi alasan apa ek?

“Ohh, 1 more thing, nanti dia upload notes and exercises kat i-learn. Ok la, aku balik dulu yer, petang nanti jangan ponteng pulak lab physics” ujar Adriana sambil bangun dari katil Iman.

“Yelah petang nanti aku pergi lab physics tu” jawab Iman perlahan.

“Iman, ade lagi yang aku nak bagitaw kau ni” ujar Adriana sebelum membuka pintu bilik Iman, biarlah dia berterus-terang dengan Iman, tak sanggup melihat muka Iman yang sedih itu.

“Apa lagi Adriana” jawab Iman

“Lu kena beb!!! 1-0, hahaha. Jangan marah sayang” ujarnya sambil berlari keluar dari bilik Iman.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Suami Ekspress 3”
  1. ayu najwa says:

    pendeknye cik penulis..x puas baca.. :(

  2. intan says:

    best2…ingin pendapatan sampingan sambil2 on9 sila klik disini http://ik.my/rugi-xklik

  3. na bce kt blog, just klik kat nme sy :D thanks sudi bace..
    ayu: sy akn cuba pnjgkn next n3, btw kt blog da smpai bab 16 :D jemput bce d’blog :)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"