Novel : The Wedding Breaker 6, 7

14 May 2012  
Kategori: Novel

68,440 bacaan 37 ulasan

Oleh : Evelyn Rose

BAB 6

Wajah Dr. Rosli dipandang oleh keduanya. Dr. Rosli masih mempamerkan baris giginya yang putih kepada dua anak muda di hadapannya.

” Shall I tell your Daddy Adam?”

“No! Of course not” Gila nak bagitahu pada Tengku Mukhriz? Adam menggelengkan kepalanya dengan laju. Bala jangan dicari, bisiknya.

Ariana yang masih tercengang di sebelahnya diheret bangun. Tangan Adam ditolaknya, memaksa Adam untuk melepaskan rangkulan. Depan Doktor pun nak buat adegan ke? Dah la kejutan dikatakan mengandung masih tak hilang.

” Thanks Uncle. Adam pergi dulu.”

Ariana pandang wajah Dr. Rosli seperti memohon untuk dia perbetulkan keputusan yang baru diumumkan, tapi pandangannya dibalas dengan senyuman ramah dari Dr yang sudah separuh usia itu. Ariana membalas senyum sebelum turut meminta diri.

Keduanya berjalan menyoroti baris kedai bersebelahan klinik Dr Rosli. Suasana sunyi. Adam tidak berbunyi, Ariana pun jauh tenggelam dalam benaknya sendiri. Hilmi yang mengekori mereka sedari tadi hanya memerhatikan gelagat tuannya yang berubah 180 darjah. Ikut ajalah…Dah tu tugas dia.

“ Pregnant ? Sentuh lelaki pun tak pernah, inikan pula nak tidur sekatil ? Ah, takkanlah kena cium dengan Adam semalam dia dah pregnant ? Impossible…Aku belajar hukum biologi apa dulu ! ” bentak Ariana dalam hati.

“ Last three months … who slept with me? Lisa…Zatty…Adam garu kepala. “ Who else ??? I was busy last few months..nak ke club pun susah. Ada tak aku bawa perempuan balik rumah masa mabuk ? Hmm…” Adam berkira-kira. “ No. I’m positive I never met Ariana. If we had been sleeping together I had keep her. ” Adam berkata sendiri.

Mereka berhenti dihadapan Hummer yang diparkir selang beberapa lot kedai dari Klinik. Adam berdepan dengan gadis yang sedang memporak porandakan kehidupannya.

“ Apa motif you Ariana ? We never sleep together and you know it ” dia cuba berdiplomasi. Anak mata Ariana direnungnya penuh makna. Serba salah jadinya bila Adam bereaksi tenang dan matang. Tak sanggup bertentang mata lama-lama dengan Adam, Ariana tunduk.

” You might not remember…..” perlahan sahaja tutur bicara Ariana.

” I remember who I slept with very well. And” Adam merapati Ariana. Dagu Ariana diangkat supaya memandangnya. “I used condom. You know what it means right. So quit the game Ariana. Before I become fade up”

Ariana masih membatukan diri. Takut tersalah cakap, takut juga untuk bercakap.

” You know it well, I am pregnant and this baby is yours..”

“Okay, I bagi you one last chance. Tell me the truth. Clean my name and I will let you go. Tell the tabloid it was a prank, that’s it. Senang kan? Dont complicate this Ariana. Just stop playing this game”

Senang bagi Adam tapi susah baginya. Membuat kenyataan akhbar, memberitahu kepada seluruh Malaysia termasuk ummi dan ayahnya yang dia sengaja memecah masuk majlis perkahwinan kerabat di raja untuk satu ‘prank’? Satu ‘prank’ yang kononnya Adam Kamil anak Billionaire yang kedua terkaya di Malaysia telah tidurinya dan dia hamil?

Mana ayah dan umminya nak letak muka kalau semua orang tahu anak gadisnya dah buat kerja bodoh yang memalukan muka macam tu, kemudian baik hati nak mengaku, buat sidang akhbar :

” Hye Press! Sorry, that was just a joke! Gotcha!”

Gila. Itu kerja gila.

Dia telan liur. Pahit. Satu ayat dilemparkan juga kepada Adam, ” That IS the truth ! ”

Ariana masih lagi berdegil. Masih tidak mahu berganjak dari pendiriannya. Adam pasti dia memang tidak meniduri Ariana. Dia juga pasti perut Ariana jelas kelihat memboyot sewaktu majlis perkahwinannya tapi sekarang ramping. Kenapa Ariana masih galak berbohong ? Kenapa Ariana masih mahu dia percaya yang anak itu adalah anaknya? Harta ? Harta dia yang Ariana kejar ? Adam tersenyum sinis. Perempuan macam Ariana tak layak melahirkan pewarisnya. Harapkan muka je cantik, tapi sundal. Tidur dengan lelaki lain, perasan nak jadikan dia ayah pada bayi yang entah benih dari mana.

” Fine” pendek sahaja jawapan Adam. Dia sudah tak kuasa mahu berdiplomasi.

Adam mengarahkan Ariana memasuki perut Hummer. Hilmi yang masih setia mengawasi mereka segera menaiki kenderaan usai keduanya sudah selamat berada di dalam. Dia diarahkan untuk singgah di Villa sebentar, mengemas barang-barang Adam dan mengambil Dolman sebelum mereka kembali ke Kuala Lumpur.

Mendengarkan keputusan Adam untuk kembali ke Kuala Lumpur Ariana terasa lapang. Mungkin tragedi hari ini akan berakhir tak lama lagi. Adam lebih banyak mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Mereka hanya berhenti di Hentian Karak untuk membeli makanan, itu pun dibungkus oleh Hilmi. Kemudian menyambung perjalanan ke Kuala Lumpur, lelaki itu hanya menawarkan minuman kepadanya sebelum dia terus terlena.

———————————–

BAB 7

Tubuh Ariana yang dicempungnya dibaringkan di atas katil. Ariana masih lagi lena dibuai mimpi. Adam tersenyum sinis. Baru sebiji pil tidur dia masukkan ke dalam minuman Ariana gadis itu terus tak sedarkan diri sampai sekarang. Niatnya tadi hanyalah mahu mengelakkan dari diketahui Ariana arah tujuan mereka tapi lenanya sungguh panjang. Sampai diangkat hingga ke apartmentnya pun Ariana masih selesa dibuai mimpi.

Wajah Ariana diamatinya. So fair, so strikingly beautiful.Bisik Adam. Kulit Ariana yang putih melepak bila dipadankan dengan rambutnya yang hitam pekat, alisnya yang terbentuk dan bulu matanya yang lebat membuatkan dia kelihatan sangat menarik. Macam Snow White. Kecantikan yang membuatkan dia terpanggil untuk menyentuh keindahan yang terbentang di depan matanya.

Ariana bermati-matian mahu dia percaya yang dia mengandungkan bayinya. Tak ke macam mengiakan yang mereka berdua mempunyai hubungan intim seperti suami isteri sebelum ni? Pasti perempuan di hadapannya tak kisah kalau dia menidurinya. Perempuan seperti Ariana sanggup menjual tubuh untuk status dan kedudukan. Untuk harta. Sudah ramai perempuan jenis itu yang dijumpainya.

‘ Rezeki datang mengadap, tunggu apa lagi ? ‘ bisik suara jahat kepada Adam.

‘ Only loser do such thing Adam…’ suara yang lain berbisik perlahan. Adam menjarakkan diri daripada Ariana. Dia berundur setapak demi setapak ke belakang. Matanya masih tak lepas memandang gadis yang dikatakan mengandungkan anaknya itu. Tegar Ariana membohonginya, ada hati pula mahu memerangkap dia untuk menjadi bapa kepada anak dalam kandungannya yang datang entah dari mana. Marahnya kembali menerjah. Adam membatukan diri di hadapan pintu bilik. Berkira-kira samada mahu keluar atau tidak.

Dia kembali ke sisi katil yang menempatkan si gadis cantik yang menjadi tawanannya. Antara kemahuan dan prinsip seorang lelaki. Adam semakin keliru dengan pertimbangan akal dan pertimbangan nafsu.

‘ She wants you! Dia yang datang cari kau. Mati-mati kata pregnantkan anak kau. Perempuan macam dia memang bersorak gembira lah kalau kau bagi perhatian Adam! ’ syaitan berbisik sakan. Tak mahu kalah.

Adam ketawa kecil, Rambut Ariana dibelainya. Diusap wajah gadis yang masih nyenyak di alam mimpi, cantik. Akhirnya Adam tewas, tewas dalam sumpahan nafsu lelakinya sendiri..seperti tumpasnya Adam dengan kecantikan Hawa…dek bisikan syaitan yang sama.

* * * * * * * * * * *

Kepala Ariana terasa seperti di awang-awangan. Badannya terasa berat seperti ditindih sesuatu. Badannya juga terasa lebih hangat dari biasa. Walaupun matanya tertutup dan dia hanya separuh sedar, tapi dia dapat rasakan dengan jelas ada sesuatu sedang menjalar di tubuhnya. Dia menggagahkan diri untuk membuka mata.

Pandangannya yang kabur semakin jelas. Adam begitu dekat dengannya. Sangat dekat bagaikan langsung tidak terpisah ! Tubuh Adam terus ditolaknya, dia cuba untuk meleraikan rangkulan Adam tapi ternyata kudrat perempuan bertubuh kecil sepertinya tidak mampu untuk menolak badan Adam yang jauh lebih besar saiznya.

Mereka bergelut tapi kudrat Ariana tetap takkan mampu memisahkan Adam darinya. Lelaki itu sudah tenggelam dalam nafsunya. Tangisan dan rayuan Ariana juga sudah hilang maknanya di telinga Adam. Pasrah, Ariana berhenti melawan. Dia membatukan diri, air matanya laju mengalir.

Bagaikan baru tersedar dari rasukan, Adam turut sama berhenti.

Rambut Ariana digenggamnya. Memaksa Ariana memandang anak matanya tepat.

” Kenapa Ariana ? Kau nak sangat pregnantkan anak aku kan? Now you can get it. Anak dalam kandungan kau sekarang anak jantan lain! ”

“Please Adam…I’m not pregnant.. Aku mengaku aku tipu..! Stop this now, please! The doctor was wrong! ”

“Doctor can’t be wrong. Ko saja nak merosakkan nama aku kan??? ”

Ariana tak mampu menjawab persoalan Adam. Teresak-esak dia menangis. Dia sangkakan Adam bukan jenis begini. Menyesal dia membantu Juwita.

” Siapa yang hantar kau ? ”

Ariana geleng. Adam semakin berang.

“Cakap !”

” Nobody sent me!” jerit Ariana.

” Kau jangan bohong Ariana..Kau perempuan simpanan Botak kan?? Gaji ciput tinggal di Puteri Palma… Kau ingat orang tak tahu? ” terbayang musuh ketatnya. Ramzul Aziz yang berkepala botak. Banyak tender yang mereka rebutkan sebelum ini. Berlumba menggunakan cara kotor, itu sifat Botak yang sangat jelas.

Botak ? Siapa botak ? Memang gajinya tak sebesar pendapatan Adam. Tapi kondominiumnya adalah pemberian papanya! Keji tuduhan Adam.

” No….Aku tak kenal dia…! Lepaskan aku Adam…Lepaskan..!! ” badan Adam masih cuba ditolaknya. Masih gagal. Rangkulan Adam dikemaskan.

” Perempuan kotor macam kau ni jangan nak berlagak sucilah. Bukan kau tak pernah tidur dengan jantan lainkan? Tapi satu Malaysia kau jaja cerita aku yang rosakkan kau! As you wish…Ariana” Adam senyum puas melihatkan Ariana yang semakin takut. Ariana mahu dia berhenti sekarang? Tidak mungkin. Dia tidak sekuat itu untuk melawan nafsunya sendiri. Kalau siang tadi Ariana mengaku perkara seperti ini tidak akan berlaku.

” No….Adam…No!..Please Adam…” air mata dan rayuan Ariana sudah tak berguna lagi. Andai masa boleh diputar, Ariana tak sepatutnya merosakkan nama baiknya sedari awal lagi.

” Too late Ariana” Satu kucupan lembut hinggap di ubun-ubun Ariana, ke pipinya dan terhenti di telinganya. ” Dont mess up with me again, sayang…”

—————————




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

37 ulasan untuk “Novel : The Wedding Breaker 6, 7”
  1. nadfiz says:

    adam jahat! sian ngn Ariana.. tapi nak wat cmne kan..Ariana yg start the game dlu.. die yg cari psl.. i mmg follow je cite ni writer! tak sabar tgu versi cetak..thumbs up!

  2. esah says:

    interesting story…sambung lg….

  3. evelyn rose says:

    lol thanks nafidz and esah ;)
    really appreciate ur support.

  4. fie says:

    sambung la cepat…best sgt… :)

  5. evelyn rose says:

    thanks fie !

  6. irma@atikah says:

    best giler citer nieyh…x rugi baca..terbaekkkkk lah..thumb up…bila nk kuarkan y cetak punye???x sbr nk p beli n taw dia punyew ending cam aner…:)

  7. manusia says:

    best……………………………………..nk lagi =)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"