Novel : The Wedding Breaker 8,9

24 May 2012  
Kategori: Novel

74,233 bacaan 33 ulasan

Oleh : Evelyn Rose

BAB 8

Suasana di ofis Panglima Holding agak sibuk. Sudah dua hari bayang bos mereka tak kelihatan. Beberapa mesyuarat penting terpaksa ditangguhkan sehinggalah Datuk Wira Tengku Adam Kamil bin Tan Sri Tengku Mukhriz membuat kemunculan semula. Setiausaha kepada CEO syarikat itu sendiri pun tak pasti kemana Adam menghilang, yang pasti Adam memaklumkan yang dia ada hal penting antara hidup dan mati lah tahap kepentingannya tu.

Mana tak penting kalau Tengku Mukhriz kata ‘Fix it before you REGRET it’ itulah perkara yang terpenting yang dia perlu selesaikan. Kalau Tengku Mukhriz murka, habislah masa depan Adam. Hancur berkecai impiannya untuk mewarisi harta Daddynya yang berbillion ringgit.

Farah selaku setiausaha Adam lah yang paling tertekan bila Adam tiba-tiba je menghilang. Dia lah yang perlu berurusan dengan semua orang yang sudah membuat temujanji dengan Adam. Menelefon mereka semua untuk memaklumkan temujanji dibatalkan. Tengah si Farah khusyuk meneliti jadual Adam, mejanya diketuk.

” Tan Sri…. ! Maaf Tan Sri, saya tak perasan Tan Sri datang…” terkejut Farah bila Tan Sri Tengku Mukhriz tiba-tiba muncul. Adahal penting kah? Sudah 5 tahun Tengku Mukhriz menyerahkan jawatannya kepada Adam dan selama itulah Tengku Mukhriz jarang sekali datang ke pejabat kecuali ada mesyuarat lembaga pengarah.

” Takpe Farah…” Tengku Mukhriz melebarkan senyum. Dia tahu Farah sibuk. ” Adam ada? ”

” Tengku Adam ada hal penting Tan Sri. Dia tak dapat masuk ofis lagi …”

” Kalau macam tu, saya masuk ofis dulu. Awak tolong sediakan satu senarai urusan yang tergendala sepanjang Adam tak ke pejabat. Saya dengar dia dah dua hari tak datang pejabat. Betul ? ”

” Er…ye.. Tan Sri.Hmm..senarai tu nanti saya hantarkan ”

Tengku Mukhriz memeriksa satu persatu urusan yang tergendala sementelah Adam tidak ke pejabat. Doktor Rosli, doktor peribadi mereka di Cameron merangkap teman lamanya ada menelefonnya semalam. Serius suara Doktor Rosli memaklumkan padanya yang Adam ke kliniknya bersama perempuan sama yang memecah masuk majlis perkahwinan Adam. Adam menggelarkan wanita itu sebagai kekasihnya, tetapi Ariana disahkan tidak mengandung seperti yang wanita itu war-warkan sewaktu majlis perkahwinan Adam dan Juwita.

Setahunya Adam tak pernah begitu mengambil berat mengenai mana-mana perempuan. Dia tahu Adam jenis kaki playboy. Budaya One Night Stand itu dipungutnya dari England. Salah dia juga kerana menghantar Adam belajar di luar negara seawal Adam berusia 13 tahun. Usia yang masih mentah, dan usia yang paling kritikal untuk seorang kanak-kanak menginjak ke alam dewasa. Waktu itulah sifatnya dipupuk. Tapi waktu itu jugalah dia melepaskan tanggungjawabnya dengan menghantar Adam untuk diasuh dengan acuan mat saleh.

“Mukhriz, Adam ada datang ke klinik aku semalam. Buat pregnancy test untuk kekasihnya” Dr Rosli membuka bicara. Serius suaranya.

“ Kekasih dia yang mana? ” banyak sangat kekasih Adam sampai Tengku Mukhriz pun dah tak pasti mana satu.

“ Kau ingat tak budak perempuan yang buat kecoh kat majlis perkahwinan Adam dengan Juwita tempoh hari? ”

“ Aku tak ingat sangat muka dia, tapi aku simpan keratan akhbar tu. Kenapa?”

“ Aku pun ada tengok akhbar tu. Memang dialah perempuan yang Adam bawa ke sini semalam. Aku rasa dorang bermalam kat Cameron. Kak Salmah pembantu rumah tu ada juga bagitahu aku Adam ada ke sana dengan seorang perempuan cantik. Mereka bermalam kat sana”

“Astaghfirullah hal ‘azim Adam….makin menjadi-jadi budak tu. Betullah budak tu mengandungkan anak Adam?”

“ Dia tak mengandung Mukhriz…aku terkejut juga bila dapat keputusan ujian tu, tapi aku rasa dia nak Adam bertanggungjawab…Dia nak Adam serius dengan dia. Aku minta maaf la Mukhriz kalau aku tegur sikit, sebenarnya dah banyak kali Kak Salmah mengadu kat aku minta bagitahu kau, Adam dah banyak kali bawa balik perempuan kat banglo tu. Kak Salmah tak nak bersubahat, tapi aku pujuk dia minta stay je kerja. ”

Terasa membahang muka Tengku Mukhriz bila dinasihati teman sendiri berkenaan anak lelaki tunggalnya. Adam memang memalukan keluarga.

” Terima kasih lah Rosli, aku pun dah tak tahu nak buat apa dengan Adam ni. Degil ni bukan main lagi. Bab lain semua dia okay tapi perangai sosial tu je yang tak boleh dikawal. Kau fikir macamana Rosli? Aku dah buntu dengan dia ni”

” Aku rasa elok kau kahwinkan lah dia dengan budak perempuan tu. Boleh selesai kes malu Adam yang orang tengah canang di akhbar tu terus. Budak tu pun nampak macam budak baik-baik.Tak macam perempuan yang aku selalu nampak. Pakaiannya pun sopan… Lagipun yang ni nampak macam Adam yang memaksa dia…Adam pegang tangan dia pun dia marah” panjang lebar nasihat Doktor Rosli. Mereka satu universiti dulu, sama-sama anak perantauan di Princeton, Amarika Syarikat. Dia mengambil jurusan perniagaan sementara Rosli pula dalam perubatan. Persahabatan mereka kekal hingga sekarang

” Kalau kita kahwinkan dorang, tak nampak macam mengiyakan yang budak tu dah betul-betul pregnantkan anak Adam? Yang dorang dah terlanjur?”

” Memang…. Tapi mulut orang Mukhriz, kita tak boleh nak kawal. Yang penting kau jalankan tanggungjawab kau sebagai bapa. Tak pun macam ni la, kau cakap je lah dorang dah lama kawin senyap-senyap kat UK dulu.. Atau terus terang je yang mereka tengah bercinta, kau paksa anak kau tu kahwin dengan orang lain. Itu yang jadi drama tu. Keputusan ujian kehamilan pun aku ada ni, aku boleh bagi kalau kau nak guna sebagai bukti yang dorang tak terlanjur pun, Ariana tak pregnant”

Tengku Mukhriz ketawa, sempat lagi Dr Rosli kenakan dia, ” Sempat lagi ko laser aku ye Rosli? Haha..Nak suruh aku mengaku aku paksa anak teruna aku kahwin? Kau ni…tak pernah dibuat orang lah. Mana aku tahu dia dah ada kekasih yang dia serius. Semua dia buat macam mainan je..pernah aku suruh dia kahwin dengan si Zatty yang dia selalu keluar tu, mati-matian dia tak nak. Kata tak setaraf”

“Dah ada yang dia serius ni, kau masuk meminang terus lah. Tak perlu tanya Adam. Kau kena tolong Adam tu kembali ke pangkal jalan…Tanggungjawab kau Mukhriz untuk bimbing dia, walaupun dia dah besar, tapi waktu dia tengah membesar dulu kau tak ada untuk bimbing dia..sekarang lah masanya. Semua anak yang dilahirkan adalah suci Mukhriz, kita yang membentuk mereka menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi….Apa pun Mukhriz, kau kene tolong Adam jadikan hubungan mereka tu halal….hal media, tabloid, semua tu kan kau boleh hulur duit bawah meja. Senyap la dia orang.Macam kau tak biasa kan? ”

Tengku Mukhriz ketawa lagi. Memang kawan dia sorang ni main sedap mulut je. Tapi betul kata Dr Rosli, terasa berat tanggungjawab yang dipikulnya.

“Setiap anak yang lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (Islam; suci bersih). Maka ibu bapanya lah yang bertindak menjadikan ia Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”
(Hadis riwayat Muslim dan Baihaqi)

Dulu dia sibuk mengejar harta, anak dihantar ke England. Konon nak bagi Adam pendidikan terbaik. Inilah jadinya.Sesak kepalanya fikirkan perangai Adam. Urusan syarikat memang terbaik, tapi bab perangai, soal agama…memang fail! Adam…Adam…dahla anak tunggal..kenapalah buat Daddy macam ni. Bila terkenangkan Adam, serta merta Tengku Mukhriz kembali serius. Dokumen yang di bawa oleh Farah tadi diletakkannya semula ke atas meja. Dia berhenti meneliti. Perancangan Dr Rosli perlu disegerakan, telah Tengku Mukhriz.

Beberapa nombor didailnya. Dari nombor IC dan nama penuh Ariana yang diberikan Dr Rosli, dia mengarahkan anak buahnya menyemak data mengenai Ariana. Dia mahu tahu siapa ibu bapa gadis itu, mana asalnya dan seberapa banyak maklumat yang boleh perolehi.

Sejuk yang mencengkam sudah tidak dirasainya lagi. Dia menjarakkan dirinya dari Adam. Badannya terasa lenguh, kawasan perempuannya juga ngilu. Semalaman mereka berjaga, kepalanya pening tapi digagahkan juga untuk bangun. Terasa jijik berada di situ dengan Adam. Tangan Adam yang melingkari tubuhnya ditolak ke tepi dengan penuh hati-hati. Dia tak mahu Adam terjaga.

Dirinya mahu dibersihkan. Terasa dirinya sangat kotor. Sangat jijik dengan apa yang telah berlaku semalam. Ariana memandang dirinya di cermin kamar mandi. Kesan gigitan pada badannya mengingatkannya pada dosa mereka semalam.

Dosa mereka?

Dosa diakah? Berdosakah dia apabila diperkosa? Itu dosa Adam! Dia adalah mangsa. Tapi masyarakat tak akan memandangnya begitu. Masyarakat akan menghukum dia seperti itu salahnya bukan salah siperogol seperti Adam!

Air matanya mengalir semakin laju.

‘ Kerana mulut badan binasa ‘

Sesuatu berbisik padanya. Mengena tepat pada keadaannya sekarang. Mindanya memutarkan kembali detik lampau.

” Takpe ke Juwita…bohong macam tu..? ”

” Takpe…bohong sunat. Alah kau bukan kenal pun orang dalam majlis tu.. tak ramai pun yang hadir, kaum kerabat kami je. Nak pergi sana ko make up lain kasi nampak lain sikit. Ha, letak taik lalat kan bibir ke, pipi ke..eh? Pleasee…”

” Hish, gila la kau ni Juwita ! Mahu kena tangkap macam mana? ”

” Tak…itu kan rumah aku. Aku tahu la macamana nak uruskan..ek? Ni gambar-gambar Adam dengan kekasih-kekasihnya. Tak kan lah aku nak kawin dengan laki macam ni?? Tak nak lah aku ! ”

Beberapa keping gambar Adam dan perempuan seksi diperhatikannya. Jauh betul peribadi Adam dan Juwita, tak macam satu keturunan, bisik Ariana. Lelaki adalah elemen paling penting dalam kehidupan berkeluarga. Lelaki adalah suami dan ayah yang akan bertindak membimbing seisi keluarga. Perempuan adalah isteri dan ibu yang akan mendidik anak-anak, tetapi didikannya adalah hasil bimbingan suami. Sebelum kesilapan berlaku, dia terasa terpanggil untuk membantu Juwita.

” Okay…. okay….Aku tolong kau.”

Pertolongan yang membawanya ke sini. Yang meletakkannya dalam keadaan begini. Meragut kesucian yang sekian lama dijaganya. Dijaga untuk seorang suami. Dia juga punya angan untuk bersuami, suami yang boleh membimbingnya di dunia dan akhirat. Dia jaga perilakunya, pergaulannya..tapi…Adam telah memusnahkan semuanya!

Dia dah tak ada apa-apa…Harganya sebagai seorang perempuan sudah diragut oleh Adam..Kenapa dosa Adam dia yang perlu menanggungnya? Kalau rahsianya diperkosa diketahui umum, bukan simpati yang akan dia raih, tapi cemuhan. Masyarakat tak kan pernah adil dengan golongan sepertinya.

Air paip yang sudah melimpah dari bath tub ditutupnya. Badannya direndamkan ke dalam air sehingga melepasi paras bahu. Sedikit demi sedikit kepalanya juga turut ditenggelamkan sama. Kadang kala cara itu mampu membuatkan dia lebih tenang. Nafasnya ditahan lama, matanya dipejamkan..mindanya terasa semakin ringan.

Entah berapa lama dia berkeadaan begitu dia pun tak pasti. Usai mandi dan mengambil wudu’ dia keluar dari kamar mandi. Dalam hatinya berdoa agar Adam masih nyenyak tidur. Pintu kamar mandi dibukanya sedikit, dia mengintai dari celahan pintu. Pasti yang Adam masih berada di atas katil barulah dia memboloskan diri. Kamar yang asing baginya itu diperhatikan. Susunan dan pemilihan perabotnya sangat maskulin tapi ringkas. Kerusi Itali bergaya klasik warna hitam gah diletakkan bersebelahan katil, mengadap tingkap kaca menyaksikan panorama Kuala Lumpur. KLCC kelihatan sangat dekat dengan tempat mereka, mungkin kawasan Ampang, bisik Ariana..

Bilik yang memuatkan pakaian Adam digeledahnya, cuba mencari sesuatu yang boleh dia jadikan telekung untuk solat. Dia perlukan sarung kaki, baju yang labuh dan tudung. Sehelai shawl dijadikan tudung olehnya, kemeja dan seluar Adam dipakainya. Baju Adam sudah cukup labuh hingga hampir mencecah lututnya. Dia tak pasti arah solat, tapi dia tahu Allah ada dimana-mana dan dalam keadaan darurat seperti ini dia memohon agar Tuhan menerima solatnya andai arah kiblatnya itu salah.

Usai menunaikan solat Subuh yang di Qada’, dia terus menunaikan solat sunat taubat sebelum disudahi dengan sunat Duha. Semoga Allah SWT mengampunkan dosanya dan menjadikan hari-hari dihadapannya cerah dan lebih baik. Dia perlukakan kekuatan dan dia tahu kekuatan itu datangnya dari Tuhan. Bukan kekuatan fizikal tapi kekuatan dalaman, jiwa.

Pakaian Adam diletakkannya kembali ketempat asal. Dia tidak mahu ada peluang baru untuk lelaki itu memarahinya. Ikutkan hati mahu sahaja dia mengurungkan diri dalam bilik pakaian Adam. Bilik yang agak besar saiznya, kemas dan dipenuhi pelbagai barangan peribadi Adam. Cermin memenuhi ruangan bilik. Memantulkan gambaran dirinya di segenap sudut seperti terdapat beberapa orang Ariana mengelilinginya. Diamatinya wajah-wajahnya di cermin dinding. Bagaikan Ariana mengejeknya.

Terbayang wajahnya ketika menginjak dewasa. Seorang pelajar cemerlang yang tak pernah kalah. Zaman remajanya lebih banyak dihabiskan dengan membaca, mengulangkaji. Ariana yang memegang buku dan disayangi guru memandangnya dengan wajah simpati.

Seorang lagi Ariana mencebik padanya. Berbaju kurung dan lincah di Kolej. Dinobatkan sebagai salah seorang perwakilan pelajar. Disayangi pensyarah. Wajahnya sendiri bagai memandangnya penuh jengkel, bagaikan Ariana itu berkata padanya ‘ is this is what you got after all your sweat in many years? broken’

‘ Is this is how you end up Ariana? ‘

Satu suara lain bergema dari arah belakang. Ariana berpaling mencari arah suara tersebut. Seorang perempuan berwajah sama sepertinya dan berpakaian lebih moden . Itu dia sewaktu di universiti.Ariana didalam cermin itu mencemuhnya, ‘ You are not worth it.’

” Argggghhhhhh!!!!!! ” dia tertekan. Suara-suara itu semakin menyesakkan dirinya. Suara yang datang dari dalam dirinya sendiri. Suara yang memantulkan apa yang terkandung di mindanya, di jiwanya. ” Ini bukan salah aku !!!”

Telinganya ditekup kemas. Dia tak mahu mendengarnya lagi. Cukuplah dia terseksa. Kakinya sudah tidak dapat berdiri lagi, terasa luluh jiwanya, lemah segenap sendinya. Akhirnya dia terkulai di lantai. Air mata bercucuran tak tertahan-tahan lagi, tersesak-esak dia menangis mengenangkan nasibnya sendiri.

‘Bangun Ariana. Bangun! Kau mahu kekalahan jadi titik akhir hidup kau? Is this is what you are living for ? Masa depan kau, kau yang corakkan. Bukan manusia lain Ariana’ bergema suara itu memenuhi ruang bilik. Ariana tercari dari mana datangnya ia, imejnya sudah tidak muncul di cermin-cemin itu lagi. Cermin-cermin itu memantulkan dirinya yang jatuh terkulai layu. Sedang hampir menyembah lantai, dan suara itu datangnya dari jiwanya sendiri. Kekuatannya.

Air matanya diseka. Tangannya digenggam kemas. “Ya Allah tolong kuatkan aku..” dia bangun meninggalkan bilik itu. Saat pintu dibuka tersembul wajah Adam dimuka pintu. Lelaki itu sudah siap bertuala, menampakkan badannya yang agak sasa. Rambutnya masih kusut tapi tetap tidak mencacatkan kekacakannya. Adam mengamati wajah Ariana. Kesan tangisan amat jelas diwajahnya. Dia tersedar bila terdengar suara Ariana menjerit bagaikan histeria. Bimbang kalau-kalau perempuan itu sudah hilang akal dan cuba membunuh diri. Dicarinya di kamar mandi tapi tiada, rupanya Ariana di bilik pakaiannya.

Tangan Ariana dicapainya dan digenggam kemas. ” Are you out of your mind??!”

Ariana membalas pandangan Adam dengan jelingan tajam menikam. Matanya turut sama dicerlung. ” Kau yang gila. Bukan aku. Kau perogol! Lepaskan tangan aku, aku jijik tengok muka kau” badan Adam ditolaknya kasar.

Adam menapak ke depan. Mendekati Ariana dengan senyuman yang masih melekat di bibirnya.

“Don’t you dare come closer!” merah membahang muka Ariana menahan geram dan amarah. Adam masih menapak ke depan, semakin mendekati gadis di hadapannya sehingga jarak antara mereka hanya tinggal sekaki. Dia menunduk, mendekatkan wajahnya pada Ariana, sengaja menambahkan kemarahan gadis itu.

“If I do?”

Pangg! Satu tamparan hampir mengena pipi Adam tapi tersasar ke bahunya.

“I hate you!!!!”

“I hate you!!!!”

“I hate you!!!!”

Adam membiarkan Ariana melampiaskan amarahnya. Beberapa pukulan higgap ke dada bidang Adam. Sakit. Tapi sengaja Adam menahan, biar Ariana melepaskan semua yang terbuku di dadanya. Adam tahu dia silap, semalam dia dapat rasakan Ariana masih suci. Buktinya makin nyata bila kesan tompokan darah terpalit dicadar tilamnya. Dia dah biasa tiduri perempuan tapi tak satupun antara mereka yang masih dara. Semua gadis yang cuba mendekatinya adalah perempuan yang telah rosak, yang menawarkan diri untuk ditukarkan dengan duniawi, duit, harta, kontrak, itu yang membuatkan dia tidak pernah rasa bersalah menggunakan mereka.

Bila pukulan Ariana semakin perlahan dan tangisan Ariana semakin mendayu Adam mendepakan tangannya. Memeluk Ariana.

“You still a virgin… right?”

Ariana tergelak sinis, tubuh Adam ditolaknya sekali lagi. Menjarakkan kedudukan mereka, “Virgin? After what you have done to me last night you said I’m still a virgin?”

“I mean before we did it!”

“Adakah jawapan ya dan tidak aku akan merubah keadaan, Adam? Will it?” Adam terdiam. Kata-kata Ariana tajam menusuk hatinya.

“It’s your fault. You yang mulakan this ‘games’ Ariana. If you didn’t lie it will not happen this way. Bila kau kata kau pregnant kan anak aku, untuk akal yang waras, tu macam mengatakan yang kau dan aku pernah….” Adam terhenti, cuba mencari perkataan yang lebih sopan tapi kelu. “well…pernah buat apa yang kita dah buat semalam” dia menghabiskan juga ayatnya.

‘ kerana mulut badan binasa’

Bisikan itu datang lagi. Ariana memejamkan matanya. Dia terduduk. Bersandar pada dinding dengan tangisan yang berkubur dihatinya. Tiada lagi esak tangis, yang ada hanya penyesalan yang semakin menyesakkan jiwa.

Orang yang melakukan dosa adalah orang yang menzalimi dirinya sendiri. Dosa berbohong mungkin nampak kecil, tapi kezaliman yang dia timpakan ke atas dirinya sendiri begitu besar. Ariana akur, ini semua berpunca dari dosanya sendiri. Dosanya kerana berbohong! Betul kata orang…ada benda yang boleh dibuat gurauan, dan ada benda yang dari gurauan boleh menjadi mimpi ngeri. Tiada istilah bohong sunat. Tiada juga perbuatan haram yang boleh dihalalkan dengan niat.

“Now let me go Adam..! kau dah dapat apa yang kau cari kan? Malah lebih dari itu” lemah suara Ariana. Matanya merenung jauh, menembusi dinding kaca di bilik Adam. Serba salah Adam dibuatnya, tapi Adam tetap Adam. Apa sahaja yang berlaku pada Ariana, dia turut berasa simpati, tapi urusannya masih belum selesai. Dia masih memerlukan jawapan dari Ariana.

“Dah dapat apa yang aku cari ? Belum lagi sayang…Itu hanya bonus….Sekarang cakap betul-betul, kenapa kau malukan aku masa majlis kahwin aku tempoh hari ?! ” giliran Adam pula yang buat hot. Saja menggertak Ariana. Dia mahukan jawapan yang tepat,dan sudah malas mahu memanjangkan kes itu. Apa yang sudah berlaku sudah jauh dari apa yang dia rancangkan sebelum ini.

Ariana gigit bibir. Masih mahu teruskan pembohongan Ariana? Dirinya bersoal jawab. Ariana bangum. Nafasnya ditarik dalam.

” Kau dah rosakkan banyak gadis Adam….Juwita tak patut kahwin dengan kau,dia baik”

“So apa kaitannya dengan kau??”

“Juwita kawan aku! I should be concerned” terlepas juga pekung di dada Ariana. Janganlah Adam salahkan Juwita dalam perkara ini, Ariana berdoa.

“Oh, ni semua sebab Juwita lah ye? ” wajah Ariana yang sudah bertukar pucat diperhatikannya. Wajah itu masih direnung, dia mahukan jawapan dari Ariana. Andai kejadian itu adalah perancangan Juwita, perkara ni lebih mudah untuk diselesaikan. Hal keluarga. Dia kenal bagaimana nakalnya Juwita.Dia sangkakan ada musuh yang cuba menjatuhkan reputasinya. Terutamanya Botak a.k.a Ramzul Aziz. Pesaing yang pernah bekerjasama dengan pihak wartawan untuk membongkarkan sikap playboynya tapi mujurlah waktu itu Daddynya berjaya membayar jumlah wang yang lebih besar kepada syarikat tersebut agar tidak mengeluarkan apa-apa berita mengenainya.

“Jawablah” arah Adam lagi. Badannya disandarkan ke pintu bilik pakaian. Ariana di sebelahnya mula menjarakkan diri.

“Cukup setakat ini Adam. Dah banyak yang kau dah dapat. Lebih dari sepatutnya. Maklumat apa lagi yang kau nak? Dari tadi aku bagitahu kau, the wedding need to be stopped sebab Juwita layak memilih lelaki yang lebih baik dari kau…Can’t you understand such a simple statement? She don’t want the marriage and that was the only way!”

Adam menganggukkan kepalanya. Tak kan lah dia tak faham, mestilah dia faham! Dia pun tahu Juwita pun sama macamnya takdelah suka sangat dengan idea menyatukan mereka berdua semata-mata untuk mewarisi harta pusaka arwah nenda a.k.a moyang mereka berdua. Tapi dia lelaki, Juwita perempuan. Tekanan disebelah Juwita pasti lebih hebat kalau nak dibandingkan dengannya. Dia masih boleh menceraikan atau berpoligami kalau dia mahu. Dia juga kenal sangat dengan Tengku Sidin yang kuat berpegang pada adat. Juwita tak kan diberi peluang bersuara dalam kes ini. Yang jadi mangsanya adalah….Ariana.

‘ Berbaloi kau tolong Juwita ? ‘ ingin saja dia tanya soalan itu pada Ariana. Tak sangka wujud juga teman yang seperti Ariana sanggup memalukan diri sendiri untuk membantu temannya. Lebih teruk, she is messing with me. Ariana sepatutnya selidik dulu dengan siapa dia akan berhadapan, tak belajar kaedah Sun Tzu langsung! The Art of War is to know your enemy first. Ni Tengku Adam Kamil, sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia nak. Darah Tengku Mukhriz mengalir dalam dirinya. Kalau tak tak kan mampu mereka berjaya hingga ke takat ini?

“Send me home. This is over !!!” wajah Ariana masih tegang. Benci. Meluat. Jijik. Malu. Semua berkepuk di dadanya. Tapi masih tetap cantik di pandangan Adam.

“Ok, fine, as you wish. I’ll take a bath first my lady. Care to join me” Adam senyum separuh. Matanya dikenyitkan. Muka gatalnya masih terpempan. Diperhatikan sahaja Adam memasuki kamar mandinya dengan ekor mata.

Fine? Mudahnya jawapan Adam. Dia culik aku, ragut kesucian aku, now he is sending me home like there is nothing happen? Menggigil tangan Ariana menahan perasaannya yang membuak-buak mahu menarik rambut Adam. Memukul-mukul muka lelaki itu sampai kulit Adam yang kuning langsat itu jadi merah! tapi mengingatkan kekuatan Adam, dia tidak berani. Ketinggian Adam pun sudah cukup menggerunkannya. Tinggi Adam mungkin 180cm dan dia? 158 cm…bawah ketiak je. Selagi dia masih di kawasan Adam, lebih baik dia berdiam diri.

————————————–




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

33 ulasan untuk “Novel : The Wedding Breaker 8,9”
  1. dahsyat cerita ni, good job akak Evelyn rose….

  2. aida zahira says:

    sedih btol..
    kesian ariana..

  3. elissasofea says:

    saya baca novel ni sampai bab 8 kat penulisan2u terus saya ajak ibu saya pi kedai buku popular.terus saya jumpa buku the wedding breaker .yeahhh ~ Dua hari kemudian dah habis baca . so happy la baca

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"