Novel : Tomboi + Ustaz? 1

21 May 2012  
Kategori: Novel

7,222 bacaan 19 ulasan

Oleh : iera sabri

BAB 1

Argh! Aku dah lambat!! Macam mana boleh tak sedar ni. Aduh dah pukul 8.00 pagi kot. Ya Allah, tolonglah hamba Mu ini. “Cik Ainatul Ulfah, dah tau hari ni ada kelas yang awak buat air liur basi lama lama tu pehal?”

“Alah yang Kak Intan tak kejut saya tu kenapa? selalu macam tu. Jual ikan betullah Kak Intan ni. Selfish.” Kak Intan hanya mencebik ke arahku. Aku tau secuit pun Kak Intan tak terasa dengan aku. Bukan dia tak kenal siapa aku. Dah nak dekat tiga semesta dah dia kawan dengan aku. Mulut aku yang takat pedas pedas asam pedas ni, dia dah lali dah pun. Dan lagi satu, dia tau kalau dia merajuk pun dah confirm-confirm aku tak kan pujuk punyer. Eii… tak sior teman nak layan jiwang karatz ni.

“ Akak kan baru balik dari masjid. Tolong serba-sikit gotong-royong di masjid tu. Awak jangan nak salahkan akak pulak eh. Nak harapkan awak datang tolong? Hmm… entah bilalah agaknya…” sayu je aku dengar ayat Kak Intan yang akhir tu. Aduhai Intan Wardina bt Solihin, aku dahlah dah lambat, dia nak main sedih medih pulak.

“Akak, kalau akak nak sayu-sayu tunggu saya balik kelas eh. Saya dah lambat ni kelas start pukul lapan setengah.” Aku yang baru keluar bilik mandi cepat-cepat menyarungkan pakaian yang sesuai untuk tubuhku. Biasalah seluar jeans yang sedang- sedang dan baju t-shirt warna merah berlengan panjang yang sememangnya sedang elok dengan kelangsingan tubuhku.

Aku keluar bilik dan terlihat kelibat Kak Intan yang sedang duduk sambil membelek majalah Solusi. Sebuah majalah yang selalu aku pandang sipi-sipi sahaja selama ini. Rambut separas bahu, ku ikat tocang satu di belakang. Okeyh, siap. Kak Intan hanya memandang sayu ke arahku. Entah apa kata hati kak Intan terhadap penampilanku ini selama ini. Sebelum keluar aku mengucapkan salam kepada Kak Intan. Almaklumlah Kak Intan tu naib pengerusi Masjid Solahuddin, satu-satunya masjid kat universiti aku belajar ni. Sedangkan aku? Tak layak kot nak berkawan dengan orang baik-baik ni.

Mana tidaknya setiap kali aku berjalan dengan Kak Intan, mesti ade je mulut-mulut takde insurans nak cakap yang Kak Intan ni tak pandai pilih kawan. Walaupun Kak Intan sikit pun tak menampakkan yang dia terusik dengan kata-kata tu tapi aku tau dia rasa malu. So, aku buat keputusan takkan berjalan dengan Kak Intan bila kat dalam universiti ni. Biarpun Kak Intan terasa dengan tindakan ku ini tapi aku buat buat ‘ade ku kesah?’ last-last Kak Intan faham jugak situasi apa yang kitorang hadapi sekarang.

Hai, jauhnya aku mengelamun mengenangkan hubungan aku dengan Kak Intan yang tak sudah-sudah mengajak aku ke jalan yang lebih lurus pasal jalan yang aku guna sekarang ni bengkang bengkoknya mengalahkan ular kena palu. Hai,..sampai pun.

“Amboi awal sampai akak tomboi kita ni”. Dah mula dah mamat sekor ni. “ Kau Daniel jangan nak cari pasal dengan aku eh aku tak de mood ni”. Ujarku dalam nada yang lemah. Entah, tiba tiba aje aku rasa nak hangin dengan mamat sorang ni.

“ Rilekslah beb, aku Tanya je pun kan ko jangan lah marah-marah pulak. Hadoyai ni mesti datang bulan lah ni.” Daniel yang duduk dihadapanku menongkat dagu merenung kearahku. Apehal lak mamat ni, hei walaupun aku ni korang kategorikan sebagai tomboi tapi aku tetap dara tau.

Wajahku sudah memerah menahan malu dek tekaan si Daniel yang melulu ni. “wei, ko ni Danny, janganlah kacau awek aku ni. Tengok muka tu dah blusher dah tu.” Hah ni sorang lagi, dah sibuk sibuk cakap aku tomboi boleh pulak mengaku aku ni awek dia. Airil yang tadi berdiri sedikit jauh dari ku dan Daniel mula melangkah mendekati aku dan melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan denganku.

Sememangnya waktu tutorial baru sahaja habis. Tapi kami bertiga masih melepak di dalam kelas. Sementelah sekarang pun baru pukul 11.00 pagi. Aku sememangnya rapat dengan dua orang lelaki sahaja di universiti ini. Ahmad Daniel dan Airil Faiz. Dimana ada aku, di situ ade mareka terkecuali bilik dan bilik mandilah yerk. Kedua-duanya lelaki idaman Malaya cuma aku je yang hati batu bila tengok diorang. Dan disebabkan itulah semua gadis kategori gediks dekat universiti cemburu tahap gaban bila aku asyik berkepit dengan dua orang mamat ni. Dan disebabkan itu jugalah aku digelar tomboi, peremuan tak sedar diri, perempuan murahan dan lain-lain. Tapi…. do I care?

“Hey, petang ni korang ade plan apa-apa tak?” Airil bertanya silih berganti memandang wajahku dan Daniel.

“Erm..aku no hal. Nape ko nak belanja tengok wayang ke? Kalau itu.. kecil tapak tangan sebesar universiti ni aku tadahkan.”senyuman Daniel meleret membuatkan aku tersengih sedikit. Kalau itu aku pun nak. Hai rezeki datang takkan nak tolak kan.

“Memang tak lah tiap- tiap minggu aku nak belanja korang kan. Lingkuplah aku. Tak… sebenarnya macam ni mummy aku ade buat makan-makan sikit kat rumah tu. So kalau korang tak malu jemputlah datang eh.”

“oo..pasal makan ke kalau pasal makan memanglah aku ni jenis yang tak tau malu” jawab Daniel. Aku masih lagi mendiamkan diri.

“Eh, Ulfah, kau ni kenapa, diam semacam je, kau sakit ke?” ade jugak timbang rase kawan aku sorang ni. Kulihat Airil tayang muka risau.

“Tak de apa-apalah aku okey je cuma …entahlah aku rase tak de semangat je hari ni. Erm korang aku ingat nak baliklah.” Aku menjawab dengan nada yang lemah. Entah, aku sendiri bingung. Tak tahu kenapa aku tak de mood je hari ni. Samada sebab aku period atau aku sedikit terkesan dengan kata-kata Kak Intan pagi tadi. Entahlah malas nak fikir.

“Lah awalnya nak balik, lepaklah dulu dengan kitaorang..” Daniel menunjukkan muka merayu. Argh ..tak layan, aku dahlah takde mood, takde masa aku nak melayan rayuan kau tu lalu kuberkata “ rayuan ditolak.”

Aku terus keluar dari kelas meninggalkan dua jejaka idaman Malaya itu. Pelik aku dengan mereka berdua tu. Muka boleh tahan, perangai pun elok sembahyang tak tinggal bukan macam aku sembahyang macam biskut. Cuma aku pelik kenapa diorang suka lepak dengan aku yang separuh jantan separuh perempuan ni daripada bercanda dengan gadis-gadis jelita yang lain. Hemm pelik binti ajaib.

‘Besar jugak u aku ni. Hisy dah nak dekat tiga sem duk kat sini baru kau perasan? Ulfah..Ulfah. sudah terang lagi bersuluh dunia kau selama ni hanyalah dewan kuliah, kelas tutorial, dan padang bola. Aku berjalan perlahan menuju ke pintu pagar universiti. Maklumlah rumah sewa kat luar u. dah senior lah katakan, haha.

Sambil berjalan melihat kehijauan alam dan menenangkan jiwa yang berserabut, tiba-tiba aku terpandangkan Kak Intan yang sedang berbual dengan seorang lelaki berkopiah putih di serambi Masjid Solahuddin. Apa Kak Intan buat kat masjid ni. Pagi tadi baru datang sini, sekarang datang lagi, wah muslimahnyalah aku tengok Kak Intan ni. Jauh panggang dari api kot aku nak jadi macam ni. tapi siapa tahu kot-kot nanti aku dapat suami alim, tup tup ha jadi ustazah aku..hihi. berangan ajelah aku ni.

Dalam sibuk senyum sendirian sambil melintasi masjid…tiba-tiba namaku di seru. Ah, sudah siapa pulak buat drama ku seru kat sini.
“ Ulfah.. dengar tak akak panggil ni? Ulfah?”

“Alahai Kak Intan rupanya…ingatkan siapa tadi.” Aku menghela nafas sebaik Kak Intan melangkah mendekatiku.

“Pehal suara Kak Intan sayup je saya dengar.”

“Akak sakit tekaklah, dik. Ulfah dari kelas ke ni. dah nak balik dah ke”

“Tak Ulfah dari Johor nak ke Negeri Pahang singgah masjid sekejap nak ambik akak.” Aku berloyar buruk

“hmm…loya tekak akak ni dengar loyar basi kamu tu Ainatul Ulfah. Akak serius ni, kalau nak balik jomlah sekali tapi tunggu sekejap akak nak kasi duit ni dekat akhi tu.

Ku lihat dengan penuh tatatertib seorang muslimah Kak Intan mendekati lelaki yang dipanggil akhi itu tadi. Nama lelaki tu akhi ke? Hensemnya dia. Muka putih bersih, tinggi lampai,..Cuma ada janggut sejemput kat dagu dia. Confuse seketika aku di situ samada janggut tu menampakkan dia macho atau macam kambing. Hisy jahatnya otak aku berfikir. Apanya macam kambing sempurna aje aku tengok mamat tu. Tenang jiwa raga. Kalaulah ni jodoh aku… hisy stop Ulfah. Nonsense je kau ni mana layak kau dengan dia. Kau tomboi, dia pak ustaz …lain lah kalau Kak Intan tu, 99.99% cocok .

Lamunan ku terhenti saat lelaki yang dipanggil akhi oleh Kak Intan itu mengerling sekilas kearahku. Namun cepat-cepat kualihkan pandangan ku ke arah lain. Ulfah..,Ulfah kenapalah kau boleh termenung lama-lama kat muka ustaz tu tadi mesti dia ingat aku suka dia. Eh,tak,tak pak ustaz tak mudah parasan. Jadi mustahillah.

“Ulfah, awak tak sihat ke? Dari tadi akak panggil, awak tak jawab pun. Ulfah sakit eh. Kalau sakit Ulfah baliklah dulu, biar akak sorang je yang beli lauk.” Teguran Kak Intan mematikan lamunan kecilku itu.

“ Eh tak akak Ulfah sihat. Urusan akak dengan lelaki tu dah beres ke?” soalku meminta kepastian walaupun sudah gaharu memandangkan kelibat ustaz tadi dah hilang dari pandangan.

“Dah sudah. Bukan apa pun bagi duit hasil kutipan derma untuk masjid ni aje.” Tersenyum Kak Intan menjawab pertanyaanku menampakkan kemanisan di wajahnya. Ayunya Kak Intan ni mesti ustaz tadi dah terpikat dengan Kak Intan ni. Tapi dalam ayu-ayu ada tegasnya dan ada gila-gilanya. Ha itulah dia Kak Intan.

Sambil berjalan menjinjit lauk-pauk menuju kerumah sewa, aku dan Kak Intan berbual kosong yang tak berapa kosonglah. Almaklumlah bercakap dengan orang yang penuh ilmu didada ni pasti ada sahaja nasihat yang terselit di setiap ucapannya. Bilalah aku nak jadi macam ni.

“Kak, nama lelaki kat surau tadi tu akhi ke?” hai mulut kenapalah gatal bertanya. Harap- harap Kak Intan tak salah anggaplah dengan pertanyaan aku ni.

“Eh taklah, akhi tu panggilan untuk saudara lelaki bukannya nama dia.”

“Habis, apa nama ustaz tadi tu?”soalku sambil tangan ligat mencari kunci rumah memandangkan kami dah sampai di rumah sewa kami.

“Akhi tu bukannya ustaz tapi dia tu pengerusi Masjid Solahuddin. Namanya Muhammad Qaisy Mustaqim. Kenapa tanya akak ni, dah jatuh hati ke?” soal Kak Intan sambil tersenyum sumbing ke arahku.

Aduh, ni yang malas aku nak tanya lebih-lebih ni. mulalah dapat soalan-soalan cepumas lepas ni.

“Hisy akak ni dah mula dah. Dah mula dah. Akak, saya ni sekadar bertanya untuk pengetahuan am bukannya nak masuk meminang.”aku mencebik ke arah Kak Intan yang sedang sibuk mengeluarkan lauk pauk yang di beli di kedai mamak tadi. Aku hanya duduk di atas kerusi di meja makan berhampiran dengan Kak Intan.

Kak Intan menghampiriku sambil menatang mangkuk berisi kari ayam lalu diletakkan di atas meja makan. Dia mula menghenyakkan punggung di kerusi sebelahku.

“ Akak gurau ajelah dik.”

“Kak Intan, janganlah panggil saya ni adik. Rasa macam …tak bestlah.” Aku memang tak suka orang panggil aku adik ke sayang ke dan apalah yang sewaktu dengannnya. Eii… gelilah weh.

Kak Intan yang dah sedia maklum dengan permintaanku ini akur sahaja.

“Iyalah, sorilah yerk akak lupa pulak. Macam manalah awak nak kawin nanti kalau tak bagi suami panggil sayang. Itukan romantik namanya Ulfah.”

“Kak Intan Wardina, saya ni tak layanlah romantik bagai ni. Buang karan aje.”

“hmm.. buang karan eh? Takpe kita tengok nanti kalau ulfah dah kahwin nanti siapa yang layan jiwang karat ni lebih-lebih ye.” Kak Intan tayang muka penuh riak sindiran. Aku pulak buat muka takde perasaan. Malaslah nak bercintan cintun ni. serabut kepala otak aje.

“ oklah jom makan. Layan borak aje nanti perut berdangdut pulak. Ulfah nak makan apa ? meh akak cedokkan.” Kak Intan dah mula angkat pinggan untuk sendukkan nasi untuk aku. Namun lantas ku tahan tangan akak serumah sewa aku ni.

“kak Intan, saya ingat tak naklah makan tengah hari ni. sebab dah plan nak pergi rumah Airil petang ni. mak dia ada buat makan-makan sikit.”

“tapi kan itu petang nanti. Makanlah sikit sekarang ni buat alas perut sampai petang nanti. Banyak lauk akak beli ni.” lemah aje suara Kak Intan aku dengar.

Aduyai ni yang aku lemah ni. bila Kak Intan dah tayang muka seposen dia tu, mulalah hormon kesian aku ni keluar. Memanglah aku ni perangai ganas tapi dalam hati ada sungai… bukan taman .. tak mau jiwang-jiwang eh.

“oklah tapi sikit je tau. Ha..dah cukup sikit aje akak oi.. buang sikit. Ha.. ok bolehlah tu.” Aku sambut huluran pinggan berisi nasi dari Kak Intan . ku lihat Kak Intan tersenyum lebar melihat aku penuhi permintaanya. Aku bukannya apa, ingat nak dietlah sikit. Badan rase macam dah naik sikit ni. ni semua Airil dengan Daniel punya pasallah ni. selalu belanja aku aiskrim dengan coklat. Yang aku ni pulak berpegang pada prinsip ‘rezeki datang jangan di tolak’. Ha sudahnya lemak datang tanpa diundang.

Assalamualaikum, hai ini adalah post pertama saya di sini. sambungannya InsyaAllah secepat yang mungkin, selamat membaca.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

19 ulasan untuk “Novel : Tomboi + Ustaz? 1”
  1. mia mia says:

    best sgt . .

  2. BEST :D Hihi x) Menarik

  3. siti says:

    sgt bezt!! teruskan usaha…tak sabar nak baca lagi…

  4. misS yaniE says:

    nice =) monolog yg best, tak skema sgt, tak ksar sgt.. so.,
    i’m waiting 4 da next chapter! keep up da gud work.,

  5. AinaaAzlan says:

    best sngt100 !! :D

  6. sarimah bt sulaiman says:

    menarik n buat kita tersenyum bila baca…tu yg best

  7. izzatul mohamed says:

    jalan crite mcm ok je…harap nanti bli puas la baca…

  8. didiey says:

    da aura best,nak sambung baca lagi

  9. salina says:

    Cerpen nie akan dibukukan ek??

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"