Cerpen : Cinta Guru Dan Murid

10 June 2012  
Kategori: Cerpen

21,448 bacaan 60 ulasan

Oleh : Nurul

Seisi kelas terdiam apabila mendengar jeritan seorang murid perempuan. Kelihatan murid tersebut mula menjauhi mejanya. Cikgu Zafran yang kebetulan lalu dihadapan kelas itu terus mendapatkan murid perempuan tersebut.

“Kenapa ni?” tanya Cikgu Zafran prihatin. Gaya dah macam nak boyfriend pujuk girlfriend je.

“Tu…. Ada… Cicak… Atas… Meja…” tersekat-sekat murid perempuan tu menjawab. Walaupun tersekat-tersekat masih ada nada manja di situ. Murid lain yang mendengarnya membuat muka meluat. Siapa tak kenal Amanda, ratu menggedik atau ratu manja tu?

“Siapa yang buat?” tanya Cikgu Zafran kuat. Seisi kelas hanya menundukkan wajah. Amat dah buat muka pelik dah. Ada ke tanya macam tu? Ada ke yang nak mengaku kalau macam tu?

“Mesti kau kan Bella! Kau kan memang tak puas hati dengan aku dari dulu lagi. Kau tak puas hati sebab aku ni ratu popular kan?” tuduh Amanda. Bella membulatkan matanya. Eh? Tadi bukan main gagap nak cakap tapi sekarang ni dah macam kereta F1 cakap.

“Kalau memang aku kenapa? Tolong lah. Sekadar ratu popular dalam sekolah tak ke mana la weh. Lain la kalau ratu popular sedunia. Sisih malaikat 44.” Sinis Bella atau nama sebenarnya Isabella Syazwina membalas.

“Betul ke kamu yang buat, Isabella Syazwina?” tegas suara Cikgu Zafran.

“Betul cikgu yang kami semua sayangi.” Bella membalas selamba. Cikgu Zafran terus menarik tangan Bella dan keluar dari kelas. Seisi kelas terpinga-pinga. Siapa nak mengajar sekarang ni? Geng di belakang sudah membuat mukacuak. Sudah, apa yang akan terjadi pada ketuanya nanti?

*_*_*_*_*

“Apa nak jadi dengan kamu ni Isabella Syazwina?” Bella menundukkan wajahnya. Bukan takut, tapi dia takut terpikat dengan cikgunya sendiri. Masakan tidak, Cikgu Zafran itu seorang guru yang handsome,
muda, single lagi tu. Dah la anak Tan Sri. Dengan matanya yang berwarna seakan kebiruan. Dah macam orang luar negara pula.

“Isabella Syazwina, awak nak saya bagitau parents awak ke?” ugut Cikgu Zafran.

“No, please no. Saya tau la cikgu kenal family saya, butplease. Just don’t.”

“Sebab saya kenal la saya kena bertanggungjawab menjaga awak dekat sekolah ni. Saya…..” belum sempat Cikgu Zafran menghabiskan ayatnya Bella sudah memotong. “I don’t need a bodyguard la teacher.”

“Jangan memotong percakapan saya boleh tak?” keras suara Cikgu Zafran. Bella terdiam. Aik, cikgu marah betul nampak.

“Saya diamanahkan ayah awak untuk jaga awak. Kalau apa-apa yang berlaku pada awak, saya yang dipersalahkan.”

“Okay, bagitau saya apa yang saya perlu buat sekarang ni?” Bella mengangkat muka.

“Minta maaf dengan Amanda. Esok cuti kan?”

“Minta maaf? Hm, tengok la acano. Ha’ah. Kenapa?”

“Keluar dengan saya esok.”

“Hah?!!” rahang bawah Bella terjatuh.

“Tutup mulut la. Lalat masuk nanti. Saya bosan tak tau nak buat apa, temankan saya ek? Kita pergi KL.” Gurau Cikgu Zafran. KL? Syoknya.

“Pukul?”

“10 pagi. Jangan bangun lewat pulak. Anak dara tak elok bangun lewat.”

“Set.”

*_*_*_*_*
Bella membuka matanya perlahan-lahan. Silaunya. Perlahan-lahan dia bangun. Jam loceng di atas meja sebelah katilnya dikerling. Hm, baru pukul 9.30. What?! Matanya yang tadinya sepet kini membulat. Terus dia mengambil tuala dan baju yang ingin dipakai. Dah lambat dah ni. Selesai mandi, terus dia turun ke dapur untuk bersarapan. Biskut cicah teh pun jadi la. Gasak je la. Dah lambat dah ni. Cikgu Zafran yang memang sudah sampai lebih awal melihat Bella yang kelam kabut itu sambil bersandar pada kereta. Huh, awal la sangat. Padahal rumah sebelah-sebelah je.

“Sorry cikgu.” Ujar Bella.

“Apa sorry-sorry? Janji pukul 10 kan? Sekarang pukul berapa?” Cikgu Zafran buat muka tegas. Padahal dalam hati nak tergelak muka Bella yang dah macam asam jeruk. Bella melihat jam tangan Orient yang berwarna merah jambu dikerling. Baru pukul 10:05 minit. Lewat 5 minit je.

“Baru lewat 5 minit la cikgu. Tu pun berkira.”

“Mestilah. Masa itu emas.” Bella memuncungkan bibir. Tau la Cikgu Zafran tu guru Bahasa Melayu, tapi sekarang ni bukan masa yang sesuai. “Dah la, jom la gerak. Karang saya masuk dalam balik sambung tidur baru tau.” Bella menggugut.

*_*_*_*_*

Dari satu kedai ke satu kedai mereka jelajah. Tengok dari jauh dah macam pasangan kekasih je. Plastik beg di tangan tidak terkira banyaknya. Satu plastik ada buku pelajaran, ada komik ada novel, ada baju, ada CD dan lain-lain.

“Cikgu, berhenti makan la dulu. Kakinya saya dah penat dah ni. Nanti pengsan tengah jalan-jalan tak pasal-pasal cikgu kena angkat saya.” Bella ketawa.

“McD okay?”

“Tutti Frutti or Baskin Robbins.”

“Amboi, kayanya. Siapa belanja?”

“Cikgu la.”

“Saya pulak.”

“Mestilah.”

“Okay la, kali ni aje tau.”

*_*_*_*_*

“Eee, comot macam baby.”

“Baby is cute like me okay.” Bella membela diri. Ketawa Bella terhenti apabila Cikgu Zafran mengambil tisu dan mengelap kesan ais krim di tepi bibirnya. Bagaikan terkena kejutan elektrik.

“Thanks.” Muka Bella sudah kemerahan. Kenapa la cikgu ni caring sangat.

“Jom la balik. Tak ada benda nak beli lagi kan?” kata Cikgu Zafran. Bella sekadar menggeleng.

*_*_*_*_*

“Thanks sebab temankan.” Cikgu Zafran senyum. Bella dah melarikan wajahnya. Cikgu, kenapa handsome sangat?

“Thanks sebab belanja dan melayan karenah saya yang kebudak-budakan ni walaupun dah meningkat 17 tahun.” Bella sengih.

“Kira fairandsquare la ni?” Bella sekadar mengangguk.

“Bye bye cikgu. Jumpa cikgu next Monday.” Bella melambai ke arah Cikgu Zafran lalu masuk ke dalam rumahnya.
*
_*_*_*_*

Bella memeluk tubuh. Sejuknya. Hujan masih tidak berhenti lagi. Mana pula Pak Mat ni? Tangannya mengetuk dahinya. Ya Allah! Kenapa aku boleh lupa. Pak Mat kan cuti hari ni. Ada hal keluarga katanya.
Macam mana nak balik ni? Bella risau. Hujan tak nampak mahu berhenti pun. Jam tangan dilihat. Pukul 2. Alamak, terlepas la nanti cerita korea. Someone, please help me! Jerit Bella di dalam hati.

“Aik Bella tak balik lagi?” Bella yang sedang duduk berteduh terkejut mendengar satu suara yang amat dikenalinya menyapa.

“Pak Mat cuti hari ni. Ada hal keluarga katanya. Kena tunggu papa ambil la petang nanti.” Ujar Bella.

“Apa kata, saya tumpangkan aje? Tak kisah kan?” pelawa Cikgu Zafran.

“Betul ke tak menyusahkan cikgu?”

“Tak. Lagi senang hati saya sebab dapat menolong.” Cikgu Zafran senyum. Sekali pandang macam penyanyi korea.

“Okay.” Bella mengangguk.
*_*_*_*_*

“Kenapa cikgu baik sangat dengan saya eh?” Bella bertanya.

“Baik? Maksud awak sebab saya hantar awak balik hari ni?” Bella mengangguk.

“Awak kan anak murid saya.” Zap! Hati Bella sakit. Cikgu cuma anggap aku sekadar murid. Hadapi kenyataan Bella.

“Oh.” Hanya itu yang keluar dari mulut Bella.

*_*_*_*_*

Sejak dari peristiwa hari hujan itu, Bella mula menjauhkan diri daripada Cikgu Zafran. Cikgu Zafran yang menyedari akan hal itu pelik. Dia ada buat salah dengan Bella ke? Kebetulan hari itu Bella tidak turun rehat. Dia pergi ke perpustakaan. Cikgu Zafran yang lihat terus pergi ke arah perpustakaan. Dia perlu tahu apa sebenarnya yang berlaku.

“Isabella Syazwina.” Bella yang sedang mencari buku tersentak. Suara itu. Suara yang amat dirinduinya. Namun, cepat-cepat Bella menangkis perasaan itu. Dia cikgu kau Bella. Kau kena ingat. Satu suara berkata. Tapi tak salah pun kalau anak murid bercinta dengan guru. Satu suara lain berkata juga. Bella pening.

“Bella, saya ada perkara nak cakap dengan awak.” Bella buat tidak dengar. Dia terus mencari buku yang dikehendaki.

“Apa yang cikgu nak cakap?”

“Kenapa sejak akhir-akhir ini Bella menjauhkan diri dari saya?” akhirnya keluar jua soalan yang ingin ditanya Cikgu Zafran.

“Ye ke? Mana cikgu tau? Saya rasa macam biasa je. Perasaan cikgu je la tu.” Bella menafikan.

“Saya tau la sebab selalunya bila awak malas nak rehat mesti awak lepak dengan saya dekat bilik guru ke.” Kata Cikgu Zafran.

“Saya sibuk. Dah tak ada masa nak melepak. Exam dah dekat ni. Cuak saya.” Bella memberi alasan.

“Ke atau sebab hari tu?”

“Hari tu?” Bella angkat kening. Hari yang mana pulak ni?

“Yang saya kata saya baik dengan awak sebab awak tu anak murid saya.”

“Hah… Er.. Mana.. Ada…” tergagap-gagap Bella menuturkan.

“Kalau gagap tu betul la. Kenapa? Awak suka saya ek?” selamba Cikgu Zafran berkata. Bella membulatkan mata. Nasib baik dia berada di kawasan yang tak ramai pelajar. Kalau tidak, habis la.

“Jangan nak perasan. Saya kan cuma anak murid cikgu.” Bella membalas datar.

“Tapi tak salah kan kalau pelajar suka gurunya?” Cikgu Zafran sengih nakal. Wajah Bella merona kemerahan.

“Kalau ye pun kenapa?” Bella mengalihkan pandangan. Sengaja dia mencari buku walhal dia sudah mendapat buku yang dicari.

“Kalau ye, maknanya awak tak bertepuk sebelah tangan la. Sebab saya pun suka dekat awak.” Bella terkedu.

“Tipu.”

“Tak.”

“Tipu.”

“Tak.”

“Tipu.”

“Bella, awak sedar tak bila awak cakap tipu dan saya cakap tak bila diulang banyak kali macam tak tipu. Maknanya saya tak tipu la.” Loyar buruk pula Cikgu Zafran ni. Bella diam.

“Awak sudi tak jadi makwe saya?”

“Hah?”

“Asyik hah hah je. Saya nak ye bukan hah.”

“Kalau saya kata tak?”

“Kalau kan.” Cikgu Zafran menekan perkataan kalau.

“Ye la ye la.”

“Apa maksudnya tu?” Cikgu Zafran sengih.

“Cikgu ni, buat buat tak faham pula. Tarik balik jawapan tu baru tau.” Ugut Bella.

“Okay okay. Saya surrender.”

“Saya, Isabella Syazwina Binti Dato’ Syed Syukur terima cikgu. Okaybye. Masuk kelas dulu. Chow.” Terus Bella keluar. Oh la di da. Hujan rupanya. Loceng berbunyi tepat pada masanya. I love rainy days. Dia senyum kecil.

————————
P/s : Ini karya pertama saya. Memerlukan comment anda semua untuk membaiki kelemahan diri. Enjoy :)




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

60 ulasan untuk “Cerpen : Cinta Guru Dan Murid”
  1. aizizul says:

    kalau buat novel lg best ! :)
    sweet sgt ..

  2. Zeshwa says:

    Kak Nurul sya sgt sukakan cerita ni…. tlog habiskanye ! PAsti saya akan membacanya sebab saya amat tertarik dengannye !

  3. Shalinnana says:

    Sweet ~ Straight gila ayat cikgu tu , tak bertapis langsung “awak suka saya ek?” haha~

  4. wawa says:

    wat la smbungan…best r :D

  5. ckin says:

    umur cg 2 wap0e

  6. Peng'komEn' says:

    best2 , tapi time terima sebagai makwe tu mcam kureng sikit … kan best kalau dua2 pendam2 dulu n satu hari tu cikgu zafran terus masuk minang ~!

  7. Qiang some unhappy, this big fat guy does not leave his mouth a little discreet, if you can be a good thing when pigs fly, look at his eyes and turn Yiyi body, estimated to be in her fantasy of how to do go to bed.

  8. saya says:

    ishh sama macam cerita kita skarang. couple dengan cikgu. Banyak gila cabaran :’)

  9. mas nur athirah says:

    best..but,kalau wat sambung masa diorang couple time dkat school kan best and sweet..btw keep it up!!

  10. BellaBelle says:

    bestnya…kalau ada novel cerita ni…lagi best..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"