Cerpen : Taubat Cinta

24 June 2012  
Kategori: Cerpen

13,601 bacaan 39 ulasan

Oleh : Syazmira Azwar

Dengan kepenatan aku turun dari bas dan menuju ke tempat beg. Seusai aku mengambil beg, bahuku ditepuk dari belakang.

“Eh, Sharifah.. buat apa kat sini?” tanyaku setelah menoleh.

“Hype.. aku nak jemput kau la.” jawab Sharifah sambil tersengih-sengih.

“Eh, ye la kau ni. Mana kau tahu aku balik hari ni?”

“Hahaaa.. betul lah aku datang sini nak jemput kau. Sekarang kan dunia IT cik Sara uii. Mesti la aku tahu.. ”

“wahh.. bagusnya lah kawan aku sorang ni kan. Ni mesti kau tahu dari wall FB aku kan? Macam la aku tak tahu kan. Hik hik.. Kau ni betul ke nak hantar aku balik? Ke ada udang disebalik mee..” selorohku.

“Haa.. pandai pun kau. Macam kau tak kenal je aku ni cam ne kan. hii..”

“Sebab aku tahu la ni aku tanya. Kau nak aku teman pergi mana?”

“Hik hik hik.. tak kan ko da lupa kot. Si Dani tak de jemput kau ke kenduri kawen dia hari ni?”

“Haaa..? Hari ni ye? Aku ingatkan minggu depan tau. hmm.. tapi, aku tak nak pergi la kenduri dia. Kau tahu kan aku tak suka kat Dani tu. Aku nak tengok muka dia pun aku tak sanggup.”

“Qaisara.. semua tu kan dah lepas. Jom la kita pergi demi kawan kita tu. Kesian dia kau tak sudi nak datang majlis dia”, pujuk Sharifah.

Aku sebenarnya bukannya tak nak pergi. Aku tak boleh nak berhadapan dengan Dani yang pernah jadi sebahagian dalam hidup aku. Aku jadi malu dengan diri sendiri. Malu dengan dosa-dosa aku yang lepas dengan Dani. Bila aku tengok Dani, semua dosa-dosa aku yang lepas dah jadi macam slideshow kat depan mata aku. Takut sangat..

Ya Allah.. kuatkanlah aku dalam istiqamah menjadi seorang hamba-Mu yang bertaubat. Sebak dadaku teringat akan dosa-dosa semasa “bercinta” dengan Dani yang ternyata lebih menjauhkan aku daripada Pencipta dan keluarga. Astaghfirullahalazim..

“Sara, kita pergi ye. Ok? Dah dah dah. Kau tak ya fikir da yang lepas tu. Allah kan maha penerima taubat. Orang-orang yang bertaubat ni Sara laagi Allah sayang tau. Macam bayi yang dilahirkan putih,suci, bersih. Suci dari dosa-dosa lagi.” jelas Sharifah yang ternyata pandai mengambil hati aku.

Selepas menenangkan diri dengan zikrullah, aku pun mengambil keputusan untuk menghadiri jemputan kawen Dani.

———————————————————————–

Sharifah memecut laju kereta Myvi warna putihnya.

Aku pula sempat menelefon mak untuk beritahu yang aku balik dengan Sharifah.

“Aku tak de apa-apa hadiah untuk dyorang ni. Tak apa ke datang tangan kosong ni Ipah?”

“Ishh.. tak apalah tak ada hadiah pun. Yang penting jemputan tu kita datang ok.”

“Hmmm.. ok..”

Aku melayan lagu Doaku nyanyian Haddad Alwi dari corong radio IKIM.fm di sepanjang perjalanan.

Yaa Robbiy sudilah pandang kami

Terangi jalan gelap ini

Jangan biarkan aku terus sendiri

Mencari mendaki dan berduri

Yaa Robbiy dengarlah doaku ya Robbiy

Hadirlah dalam kehidupan kematian kami

Coba dan uji kan kulalui

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rokhim

“Tak sangka si Dani tu boleh kawen dengan kawan kerja aku. Walaupun dyorang dah banyak kali gaduh putus gaduh putus”, ujar sharifah memecahkan kesunyian.

“Uwhh.. bakal isteri dia kawan kau ke.. Siapa nama kawan kau tu?” tanyaku.

“A ah kawan rapat jugak. Namanya Shamimi. Shamimi tu selalu jugak share masalah dyorang kat aku. Kalau dyorang gaduh aku la jadi tempat dia mengadu. Dah jadi macam doktor cinta pulak. Hahahaa” cerita Sharifah.

“Ko nak tahu tak? Dani dah banyak berubah lepas kowang putus. Kowang putus 5 tahun lepas kan? Haa.. dalam tahun lepas la Dani kenal ngan kawan aku Shamimi tu. Tu pun sebab kitorang duk kat area kerja yang dekat-dekat. Tu yang dyorang makin lama makin rapat. Dani tu yang dulu main bedal je halal haram ni sekarang dia jaga gila semua tu. Dan kebanyakan kalau dyorang keluar Dani akan ajak aku sama. Bagus kan Dani tu? ”

“Ye ke.. kau tak pernah cerita kat aku pun. Alhamdulillah la kalau Dani da betul-betul berubah”, ujarku sambil menyembunyikan rasa terkejut di hatiku.

“Aku bukannya tak nak cerita. Kau kan tak suka kalu aku bukak cerita pasal Dani tu. So tak de la aku nak cerita pada orang yang tak sudi nak dengar kan. Hiii..” ujar Sharifah.

“A ah laa.. Lupa pulak yang aku macam tu kan. Hahaaaa.. Dyorang nikah hari ni jugak ke?” tanyaku.

“A ah hari ni jugak. Bestnya dapat jumpa kawan-kawan lama kita kat kenduri nanti kan.”

“Best best. Aku pun da rindu dendam giler kat dorang semua”, gelak aku dan Sharifah.

——————————————————————

Selepas 30 minit meredah jalan yang sesak pada hari minggu, kami pun sampai di tempat kenduri.

“Ni ke rumah Shamimi? Cantik rumah dia”, tanyaku. “Tapi kenapa macam aku kenal je rumah ni”, monologku sendiri.

“Eh tak la.. ni la rumah Dani. Kau pun da lupa ke rumah Dani ni?” jawab Sharifah.

“Haa? Kenapa kita kat rumah Dani bukan Shamimi? Macam pelik je first majlis kat umah lelaki.”

“Hahaaa.. tu la pasal. Aku pun tak tahu la apa yang Dani fikir. Nanti kau tanya je la dia ye” ujar Sharifah.

Keluar saja dari pintu kereta, lagu Mestica – Layar Keinsafan kedengaran sayup-sayup di telinga.

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Kebiasaan aku kenal Dani dia tak berapa suka lagu-lagu nasyid ni. Yang dia layan lagu-lagu rock, jiwang..

hmmmm..

“Alhamdulillah, semoga Dani betul-betul berubah menjadi lelaki yang bertaqwa.” bisikku.

Dengan perubahan yang diceritakan sharifah betul-betul membuatkan aku bersyukur kegembiraan.

Aku sangat bersyukur pada Allah sebab dah buka pintu hati Dani untuk ke jalan-Nya. Walaupun aku tak mampu nak membuatkan hatinya terbuka namun dengan perpisahan 5 tahun lepas akhirnya berikan hikmah yang tersendiri yang ternyata sangat memberi nikmat Iman kepada Dani. Alhamdulillah..

Sampai saja di bawah kanopi kami bersalam dengan tuan rumah iaitu ibu Dani. Selepas bersalam dengan Ibu Dani tangan aku tidak dilepaskan. Pelik aku.

“Mak cik macam kenal la anak ni. Anak pernah datang rumah mak cik kan?” tanya ibu Dani.

Tersenyum aku, “Saya Qaisara mak cik. Kawan lama Dani. Saya pernah datang dengan keluarga saya raya yang lepas-lepas tu. Mak cik ingat saya lagi?”

Seusai memberikan penjelasan tanganku ditarik lalu dipeluk cium oleh ibu Dani. Aku kaget sebentar kerana terkejut. Sharifah lagi menunjukkan muka terkejutnya.

“ya Allah Sara. Rindunya mak cik kat Sara. Sara tak bawa mak datang sekali Sara? Sara sihat?”, tanya ibu Dani.

“Alhamdulillah, Sara sihat mak cik. Sara minta maaf tak bawa mak sekali. Lagipun Sara baru balik dari Kedah ni mak cik. Tu pun Sharifah yang tolong ambik Sara kat stesen bas,” terang aku dengan rasa terkejut yang masih berbekas.

Rasa bersyukur sangat sebab masih ada insan yang mengingati dan merindui diri aku walaupun sudah 5 tahun kami tidak berjumpa.

Raya 5 tahun lepas keluarga Dani pernah jemput aku sekeluarga beraya di rumah mereka. Selepas setahun berkawan barulah keluarga Dani ingin berkenal-kenal dengan keluarga aku. Perhubungan aku dengan Dani direstui kedua-dua belah pihak. Nampak keluarga aku nagan Dani macam dah ngam sangat sampai ada cadangan-cadangan nakal daripada keluarga Dani untuk menjodohkan kami secepat mungkin. Namun dengan hidayah yang Allah hadirkan pada hatiku membuatkan aku bertindak untuk memutuskan perhubungan kami. Aku tak rela nak berbuat dosa apabila berkawan dengan Dani. Aku jadi malu pada Allah dan keluarga kerana mereka dah banyak berikan kepercayaan kepada kami untuk jaga hubungan kami tapi kami dah kotorkannya dengan dosa-dosa kecil rakusan nafsu kami sendiri. Nafsu yang mengambil ringan akan dosa-dosa kecil apabila lelaki dan perempuan duduk berdua-duaan di tempat sunyi mahupun tempat awam. Seakan diri kami telah dihilangkan sifat malu oleh Allah. Astaghfirullahalazimm….

Sudah puas aku beri penjelasan pada Dani namun dia masih tak nak memahami aku. Aku tak mampu nak bawa dia berubah bersamaku lalu aku tinggalkannya kerana lebih takutkan azab Allah yang nyata. Dengan kekuatan cinta pada Allah, keluarga serta cinta pada diri kami sendiri, aku mengumpulkan kekuatan untuk istiqamah dalam membuat perubahan. Dengan kehadiran rakan baikku Sharifah yang merupakan rakan baikku semasa di tingkatan enam banyak membantu aku di kala aku memerlukan tali untuk berpaut daripada rayuan-rayuan Dani yang menginginkan aku kembali padanya.

Dalam meniti arus perubahan itu aku dengan sendirinya ingin perbaiki cara berpakaianku kepada yang menutup aurat mengikut syariat serta mengamalkan segala apa yang dituntut dan ditegah. Aku berjinak-jinak memakai tudung labuh sehinggalah hari ini.

“Sara.. Sara..” ujar sharifah.

“Haa.. ye..”, tersedar aku daripada lamunan.

“Kau menung apa ni. Nasi kau tu aku tengok tak tersuap pun. Da sejuk da aku tengok nasi tu”, tegur Sharifah.

“Hee.. tak de la. Aku Cuma teringat kisah aku dengan Dani 5 tahun lepas je,” ujarku.

“Ye la.. cinta pertama kan. Aku faham Sara.” pujuk sharifah.

Aku tersenyum kelat.

—————————————————————-

Selepas makan kami berjumpa ex-classmate kami dengan berkumpul di dalam rumah. Sangat happening semuanya. Masing-masing excited giler bercerita tentang kehidupan mereka selepas habis STPM. Sedang asyik berbual ibu Dani memanggil aku dan Sharifah ke biliknya.

“Kenapa mak cik? Pengantin bila nak sampai ni?”, tanya sharifah ingin tahu.

“Shamimi..” jawab ibu Dani sepatah.

“Laa.. kenapa dengan shamimi pulak mak cik?”, Sharifah bertanya lagi.

“Shamimi tak nak kawen dengan Dani. Shamimi da telefon Dani tadi kat masjid. Ya Allah.. ujian apa yang Engkau turunkan pada kami ni ya Allah”, rintih ibu Dani.

“tak nak kawen? Apa hal pulak Shamimi ni.” terkejut sharifah.

“Tak pe la mak cik. Jom kita pergi masjid sekarang jumpa Dani”, ajak sharifah.

Aku? aku lagi terkejut dan tak faham apa yang sedang berlaku. Aku hanya mampu memujuk ibu Dani untuk menguatkan semangatnya saja.

—————————————————————

Di masjid, aku lihat Dani duduk tenang membaca al-Quran. Mungkin dia mengaji untuk menenangkan perasaannya atas apa yang sedang berlaku.

Kami dan ibu Dani pula meluru kepada Dani untuk menguraikan kekusutan.

Apabila Dani menoleh ke arahku ternyata dia juga terkejut dengan kehadiranku di sana. Aku hanya mampu mendiamkan diri dan memalinhkan muka kea rah lain.

“Apa yang kamu buat kat Mimi tu sampai dia tak nak kawen dengan kamu ni ha?” bentak ibu Dani.

Kami yang mengekor tersentap dengan soalan ibu Dani yang ternyata sedang tertekan.

Maka aku dan Sharifah pun tinggalkan Dani dan ibunya sendirian untuk berbincang anak-beranak. Lagipun tak manis la kan kami yang bukan keluarganya sibuk dengar masalah mereka.

Aku dan sharifah hanya mampu memandang antara yang lain dengan pandangan yang penuh persoalan.

Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. Sepatutnya pengantin sudah diarak ke halaman rumah sekarang ni untuk diraikan. Ternyata Allah menurunkan kesulitan pada hari pernikahan Dani untuk menguji keimanan keluarga itu. Aku harap semuanya baik-baik saja. Semoga ada hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang terjadi.

Suasana di luar masjid sangat hingar bingar. Banyak persoalan-persoalan yang tiada jawapan timbul daripada setiap ahli keluarga yang terdekat. Aku dan Sharifah yang penat menunggu lari menuju di ruang solat wanita kerana perbincangan keluarga Dani masih belum selesai. Jam pula menunjukkan pukul 1.00 lebih. Kami pun membuat keputusan untuk mengaji sebelum menunggu waktu zohor setengah jam lagi.

Dalam 15 minit mengaji tiba-tiba bahuku ditepuk orang dari belakang. Aku lihat mak aku dan Sharifah ada di belakang. Sedikit terkejut sebab sharifah yang tadi mengaji bersamaku boleh ada di belakangku.

“Mak?”, terlopong aku.

“Mak buat apa kat sini. Mak datang sini naik apa?”, tanyaku sambil mencium tangan mak serta memeluknya.

Serta-merta pula ibu Dani serta keluarganya datang masuk ke tempat kami duduk anak-beranak.

Ibu Dani melabuhkan duduknya di hadapan aku dan mak. Aku musykil dengan semua perlakuan mereka.

“Bismillahirrahmanirrahim. Nur Qaisara binti Abd Rahman, sudikah Qaisara menjadi menantu mak cik?”, sambil tangannya menghulurkan sebutir cincin.

Aku terkejut. Sangat-sangat terkejut. Aku memandang wajah mak dan Sharifah seakan tidak percaya. Aku malu. Aku tiba-tiba menangis lalu memeluk mak. Semua yang melihat seakan terkejut dengan drama itu. mak pula cuba untuk menenangkan aku. Aku tak tahu kenapa aku menangis. Adakah aku menangis bahagia ataupun aku menangis meneysal. Aku sendiri tiada jawapan untuk itu.

10 minit berlalu. Aku masih di dakapan seorang ibu. Terasa selamat dan nyaman tanpa ada masalah.

“Nur Qaisara,” panggil mak.

Aku mengangkat muka lalu memandang mak.

“Sara terima tak?”, tanya mak.

Lama aku mendiamkan diri. bukan senang untuk memberikan jawapan sepantas kilat macam tu. Perasaan terkejut pun masih tidak hilang lagi. Tidak lama kemudian azan zohor kedengaran. semua seakan faham dan bersurai untuk solat berjemaah.

“Allaahuakbar.”

“Alhamdulillahirabbil alamin… Ar Rahmaanirrahim..”

Seakan aku mengenali suara itu.

“Dani”

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

————————————————————————–
Seusai solat aku membuat solat sunat Isthikarah untuk mengadu kepada Allah yang ternyata Dia lebih mengetahui perkara yang lebih baik untukku yang aku tidak tahu. Aku bermohon agar aku diberikan pilihan yang terbaik untuk agamaku, diriku dan keluargaku di dunia dan akhirat.

Selepas berdoa aku duduk bertafakur untuk menguatkan pilihan jawapan yang akan aku berikan nanti.

5 minit selepas itu aku pun bangun menuju ke tempat duduk sebelah mak.

“Bismillahirrahmaanirrahim..” bisikku dalam hati.

“Saya Nur Qaisara binti Abd rahman terima pinangan mak cik”, jawabku dengan tenang dengan menundukkan kepala.

Tanpa serta merta ramai yang mengucapkan syukur pada Illahi atas keputusan aku itu.

Aku dipeluk cium oleh ibu Dani sekali lagi. Pada saat itu juga aku terlihat senyuman di wajah Dani.

Aku membalas senyumannya.

“Semoga Allah berkati pernikahan kita nanti.” bisikku untuknya.

Selepas kedua-dua keluarga berbincang, keluarga kami membuat keputusan untuk menikahkan kami hari itu juga. Hanya dengan berjubah peace serta bertudung labuh yang aku pakai itulah menjadi baju pernikahan aku. Sangat depress kan. Tak pernah-pernah ada kes kawen segera macam aku. Sebelum dinikahkan, aku juga ditouchup dengan bedak dan lipglos untuk menaikkan seri wajahku oleh rakanku Sharifah.

Saatnya pada jam 3 petang, hatiku berdebar hebat.

Aku menggenggam erat tangan mak.

“Muhammad Irdani Izlan bin Daniel Hakim, aku nikahkan dikau dengan anakku Nur Qaisara Abd Rahman dengan mas kahwinnya RM300 Tunai..”

“Aku Terima Nikahnya Nur Qaisara binti Abd Rahman dengan Mas kahwinnya RM300 Tunai.”

sah.

sah.

sah.

Alhamdulillah..

Dani sujud syukur kepada Allah s.w.t.

Aku pula menangis kesyukuran.

—————————————————————

Allah jadikan segalanya indah pada waktunya. Aturan Allah sangat cantik, trust in Allah ?

——————————————————————–

Malam itu aku merasakan seperti mimpi di siang hari. Dengan satu lafaz saja aku selamat disahkan menjadi isteri orang. Peraturan Allah yang sangat indah dengan menemukan aku dengan suamiku yang baru dengan cara yang berbeza sangat aku syukuri. Oh suamiku..

“Assalamualikum zaujahku..”

Aku menoleh ke arahnya yang sedang menghampiriku. Terasa hebat getaran jiwa yang tidak pernah aku alami sebelum ini.

“Waalaikumussalam w.h.t suamiku..”, balasku dengan senyuman.

Walaupun kami pernah berkenalan dan sangat rapat 5 tahun lepas, namun pada hari ini masing-masing seakan pasangan yang baru berkenalan. Aku terlalu malu untuk menatap wajahnya.

Subhanallah indahnya perasaan ini.

“Terima kasih sayangku sebab terima abang jadi imam sayang”, genggam erat tangannya di jemariku.

“Terima kasih juga kat abang sebab pilih sayang jadi makmum abang”, balasku dengan senyuman yang paling manis untuknya.

“Abang.. ”

“Ye sayangku..”

“Shamimi. Apa yang berlaku sebenarnya?”, tanyaku penuh persoalan.

“Hurmm.. Shamimi banyak berubah lepas terjumpa balik ex-boyfreind dia. Dah lama abang perasan perubahan dia tu. Tapi abang malas nak bersangka buruk. Sampaila malam semalam dia call, dia bagitahu yang sebenarnya dia lebih sayangkan ex dia dari abang. Abang tak tahu nak buat apa. Abang mintak dia lupakan ex dia sebab esok kan dah nak nikah. Abang bagi dia fikir sampai esok. Pagi tadi abang bangun subuh abang dah rasa tak sedap hati. Abang buat solat isthikarah. Time nak nikah dia tak datang-datang jugak. Abang fikir dia mungkin datang lewat sikit. Sampaila dia call abang kata nak putuskan pertunangan. Abang rasa macam nak putus nyawa ni. Tapi lepas abang nampak sayang datang ngan ummi ngan Sharifah abang rasa segala masalah yang abang tanggung semua hilang bila nampak sayang. Umapama abang da dapat udara abang balek. Time tu dalam fikiran abang mungkin Allah nak tunjuk yang abang bukan untuk Shamimi tetapi untuk Nur Qaisara.”

Aku menatap matanya yang penuh keikhlasan.

“Abang sayangkan dia?”

“Pada saat lafaz sakinah petang tadi lagi abang hanya sayangkan isteri abang sorang je”, dia mengemaskan pelukannya padaku.

“Betul ni..?”, tanyaku lagi.

“Iya sayang. tak caya meh belah hati abang ni tengok ada nama siapa”, seloroh suamiku.

“Hakhak.. Pandai abang bergurau ye.. Kalau sayang belah hati abang habisla abang mati. Siapa nak tolong jaga isteri abang ni”, muncungku.

“Allah ada sayang.. Allah akan tolong jagakan buah hati abang Nur Qaisara sorang ni..”

“Hee…” gelakku.

“Sayang.. abang mintak maaf”, katanya tiba-tiba.

“Kenapa?”

“Abang mintak maaf sebab jauhkan sayang dari Allah dulu. Abang syukur sangat-sangat bila sayang yang berubah dulu. Tapi abang je yang ego tak nak akui semua dosa-dosa yang abang ajar pada sayang. Abang rasa malu bila ingat semua tu. Hati abang terlalu kotor sampai Allah pun dah butakan hati abang. Abang malu pada sayang. Maafkan abang yang dulu sayang..” ujarnya hingga menitiskan air mata dan mengenggam erat tanganku.

Aku terkejut kerana dia menangis. Menangis kekesalan. Terasa sebak di dadaku.

“Ya Allah.. aku bersyukur dengan hidayah-Mu yang Kau kurniakan kepada kami ya Allah.. Tetapkanlah iman kami ya Allah. Jangan Kau pesongkan hati kami”, rihtihku memohon pada Allah di dalam hati.

“Abang, semoga Allah menerima taubat kita. Jom kita solat taubat”, kataku sambil mengesat air matanya.

—————————————————————————

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan hanya orang-orang yang terpilih saja Allah memberikan hidayah itu. Bermohonlah kepada Allah agar kita sentiasa tergolong dalam hamba-hambanya yang memperoleh hidayah. Mengertilah juga bahawa Allah itu maha Penerima Taubat. Perbaikilah amalan diri hingga kita peroleh bakal Imam yang turut hebat dalam menjaga agamanya dan Imannya. InsyaAllah..




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

39 ulasan untuk “Cerpen : Taubat Cinta”
  1. Acha says:

    Bez…like,,like,,like…!!!

  2. aishah says:

    besh sgt cter ni…..sume org x perfect n blh berubah dr kisah silam…

  3. hanilalola says:

    Sgt suka…

  4. my cute baby says:

    like sgt tpi tk fhm hahahhahhh…..

  5. Putri Amsya says:

    best sngat2…

  6. Dahlea.Sya says:

    Best , teruskan berkrya . :)

  7. EzZah says:

    Switnye..subhanallah.,
    untgla siapa yg dpt kekasih hati mcm ni.

  8. EIYLAZUKHRUF says:

    ASSALAM..WAH BESTLAH TAHNIAH UNTUK PENULIS..CUBAAN PERTAMA YB TERBAEKK..RUPANYA2 ADER BAKAT MENULIS, BARUU TAU..

  9. fawna says:

    i like this.keep it up writer :D

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"