Novel : Izinkan Aku Menyintaimu 1

11 June 2012  
Kategori: Novel

6,793 bacaan 5 ulasan

Oleh :FifiNurina

BAB 1

“Kenapa harus aku dipersalahkan sedangakan aku tak tahu apa-apa!”

Jerit Nurin sendirian di kamarnya. Sudah kering air matanya menangis sejak tiba di rumah itu petang tadi. Mak Yam, orang gaji keluarga Dato’ Malik itu menggelengkan kepalanya berulang kali setelah mendengar jeritan Nurin daripada biliknya di bahagian atas banglo dua tingkat itu. Mak Yam tahu, bukan Nurin penyebabnya, namun hati tua itu tidak kuat untuk berkata benar, takut sekiranya bala yang menimpa dirinya.

Sementara itu, Nurin menghamburkan barang-barangnya di bilik. Sudah lunyai dikerjakan anak patung kesayangannya ekoran terlalu geram. Dia amat yakin dan pasti bahawa pada ketika itu, tiada seorang pun di dalam banglo mewah itu memandangkan abah dan ibunya ke Hotel Hilton Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan makan malam. Dia juga amat pasti bahawa Nurina, adik bongsu kesayangan kedua ibu bapanya itu turut keluar berfoya-foya dengan teman-teman seusianya. Pasti yang tinggal hanya pembantu rumahnya, Mak Yam.

Nurin melirik ke arah album di sisi katilnya. Sambil teresak-esak, dia menghampiri meja kecil itu dan mencapai album lama itu. Dibelek-beleknya album itu, dilarikan jari-jemarinya ke suatu wajah yang amat dirinduinya.

“Abang Naufal, abang di mana? Kenapa tak balik sampai sekarang? Ayin rindu. Semua orang dalam rumah ni tak suka Ayin, Abang baliklah.”

Tutur Nurin sendirian dengan juraian air mata yang semakin laju membasahi pipinya. Jarum jam dikerlingnya sekilas. Sudah hampir 10.35 malam. Nurin nekad, walau apa pun yang akan berlaku, dia perlu lari daripada kepompong hidup keluarganya yang semakin hari semakin pincang itu. Nurin bingkas bangun daripada katilnya dan terus mencapai beg sederhana besar. Dibuka almari pakaiannya keras dan dicapai beberapa helai baju dan seluar. Kemudian dia beralih kepada almaru yang mengandungi tudung dan pakaian dalamnya, dicampur-adukkan semua pakaiannya. Nurin sudah tidak peduli lagi, yang dia tahu, dia hanya mahu keluar daripada rumah yang penuh membawa penderitaan kepadanya. Laju kakinya melangkah ke arah pintu utama banglo mewah tersebut. Tanggannya sempat menyambar album gambar yang dilihat sebentar tadi dan dibawanya bersama. Dengan tangan kanan mengheret beg berisi pakaian dan beg tangannya di tangan kirinya, langkahannya semakin laju. Tiba-tiba,

“Nurin…”

Panggil Mak Yam. Langkahan Nurin terhenti. Jeda seketika. Namun Nurin tidak mempedulikan panggilan tersebut, diteruskan langkahan kakinya ke arah pintu utama banglo tersebut.

“Nurin…”

Panggil Mak Yam untuk kedua kalinya. Mata Mak Yam sudah berkaca-kaca tatkala melihat beg pakaian yang berada di tangan Nurin.

“Jangan cakap apa-apa Mak Yam. Biarkan Nurin pergi Mak Yam. Di sini bukan tempat Nurin, Mak Yam sendiri dengar kan tadi, Mak Yam lihat kan tadi, dengan telinga dan kepala Mak Yam sendiri?”

Soal Nurin tanpa melihat wajah tua itu. Dia tahu dia akan kalah jika dia berpaling dan melihat seraut wajah yang sering membantunya itu.

“Nurin…”

Panggil Mak Yam untuk kesekian kalinya. Terdengar esakan kecil keluar daripada seraut wajah tua itu. Nurin yang sudah tidak mampu menahan perasaannya terus berpaling dan berlari memeluk Mak Yam.

“Mak Yam janganla menangis, Nurin pergi tak lama, Nurin nak cari siapa diri Nurin. Nurin nak lari daripada kepompong ni Mak Yam. Restui Nurin Mak Yam, tolong Mak Yam.”

Nurin dan Mak Yam berpelukan seketika dengan juraian air mata. Sesaat kemudian, Mak Yam merenggangkan pelukan mereka.

“Jangan lupa solat, jangan lupakan Mak Yam.”

Ujar wajah tua itu tersekat-sekat sambil mengelus lembut pipi Nurin. Nurin hanya mampu mengangguk. Sungguh dia kalah dengan air mata wajah tua itu. Namun, hatinya sudah nekad, dia ingin keluar, keluar mencari siapa dirinya yang sebenar. Perlahan-lahan dia tunduk menyalami tangan Mak Yam, memohon restu agar mengiringi perjalanannya.

“Nurin pergi dulu Mak Yam.”

Ujar Nurin sambil berpaling dan melangkah laju menuju ke arah keretanya yang diparkir di bawah sebuah garaj di hadapan banglo mewah itu. Tanpa menoleh lagi, Nurin terus memecut laju keretanya ke destinasi yang masih belum difikirkannya.

Malam semakin kelam, langit semakin gelap. Suasana di Kuala Lumpur pada saat ini amat mencemburuinya. Syahmi masih setia di pejabatnya. Terdapat satu tender besar yang memerlukan proposal yang lengkap perlu disiapkan pada malam itu juga memandangkan syarikat milik usahawan ternama di Malaysia, Datuk Rashid Al-Attar itu bersaing hebat dengan syarikat-syarikat ternama yang lain. Berulang kali Syahmi menggeliat kepenatan.

“Krukkk…krukkkk”

Syahmi mengeluh. Ternyata dia amat lapar ketika ini. Perutnya sudah mengeluarkan isyarat. Masakan dia tidak lapar, hanya makan tengah hari yang sempat diambilnya. Kemudian secawan kopi yang ditinggalkan oleh setiausahanya sebelum pulang. Memang dia tidak berhajat untuk meminta Liza, setiausahanya itu menemaninya memandangkan malam semakin larut.

Syahmi memerhatikan skrin lomputer ribanya, nampaknya tinggal sedikit sahaja slaid yang perlu disiapkan. Dia kemudiannya meneruskan taipannya. Kusyuk Syahmi menyiapkan kerjanya. Dalam tidak sedar, akhirnya sejam kemudian, Syahmi berjaya menyudahkan slaid untuk pembentangan proposal itu pada keesokan harinya.

“Alhamdulillah, siap juga akhirnya.”

Ucap Syahmi gembira setelah usahanya menyiapkan proposal tersebut berjaya. Dikerling sekilas jam yang berada pada dinding pejabatnya.

“Sudah hampir jam 11.00 malam. Ya Allah, patutlah aku lapar sangat ni.”

Syahmi berkata sendirian sambil tangannya makin laju mengemas semua barang di atas mejanya. Lima minit kemudian, dia sudah berada di dalam keretanya. Dipanaskan enjin Satria Neonya sambil memasang radio kegemarannya, Era.fm. Setelah membaca doa , Syahmi memandu keretanya dengan tenang menuju ke arah rumah sewanya di Pandan Indah yang disewanya berseorangan. Bukan dia tidak mahu berkongsi sewa, tetapi rakannya yang menyewa bersamanya sebelum ini, Hafiz baru sahaja mendirikan rumah tangga dua minggu yang lepas. Syahmi masih belum berkesempatan untuk mencari penyewa yang lain.

Syahmi melajukan keretanya. Dalam mindanya sudah terbayang akan keenakan Mee Maggi Hot Cup yang memang menjadi stok makanannya. Terfikir juga dia untuk berumah tangga, namun serunya masih tidak sampai. Sudah naik muka ibunya menyuruh dia berkahwin namun hanya senyuman yang mampu diberikan kepada ibunya.

Elok-elok Syahmi sampai di rumahnya jam sudah menunjukkan pukul 12.10 malam. Namun apa yang lebih memeranjatkannya, tersergam sebuah kereta MyVi jingga yang tidak dikenali betul-betul di hadapan pagar rumahnya.

“WUA 3390…kereta siapa pula ni. Tak kenal ni.”

Desis Syahmi pelik. Lantas dia turun daripada keretanya dan menuju ke arah kereta Myvi jingga yang terparkir elok betul-betul di hadapan pagar rumahnya.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Izinkan Aku Menyintaimu 1”
  1. Aliah Mohd Salleh says:

    Permulaan yang menaik.nak tunggu Bab 2.

  2. Eyqa Mazura says:

    ya..sgt2 best. Terbaek..truskan usaha!

  3. Amnie Madiha Zahariman says:

    Lenggok bahasa yang menarik.

  4. finaz says:

    ok! x sbr nak tunggu bab ke 2

  5. Aliya says:

    Best2.. Teruskan usaha.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"