Novel : Izinkan Aku Menyintaimu 2

19 June 2012  
Kategori: Novel

4,604 bacaan 8 ulasan

Oleh :FifiNurina

BAB 2

Syahmi mengetuk cermin kereta itu berulang kali.

“Lena betul perempuan ni tidur ni. Tak boleh jadi ni.”

Sambil berkata di dalam hati, Syahmi terus mengetuk cermin kereta pemilik seorang gadis yang berada di dalamnya itu. Setelah berkali-kali Syahmi mengetuk cermin kereta itu, akhirnya Nurin tersedar. Tersentak dia apabila melihatkan seorang pemuda sedang berdiri di tepi keretanya. Nurin teragak-agak untuk membuka pintu keretanya setelah Syahmi menunjukkan isyarat agar dia keluar daripada keretanya. Nurin menggigil ketakutan, sekilas dia memandang ke arah jam di dashboard.

“Ya ALLAH, dah pukul 12 lebih. Ya ALLAH, selamatkanlah aku daripada bala Ya ALLAH.”

Nurin hanya mendiamkan diri dan berdoa di dalam hati. Sementara itu Syahmi yang sudah naik berang dengan kelakuan Nurin pantas menuju ke arah keretanya. Dibuka pintu keretanya kasar dan lantas dia mengambil sebatang marker dan sehelai kertas yang memang selalu ada di dalam keretanya yang bersepah itu. Syahmi menulis sesuatu di atas kertas itu dan beredar ke bahagian depan kereta milik Nurin.

Hei perempuan!Alihkan kereta kau lah. Aku nak masuk parking dalam rumah aku lah!

Nurin membaca nota yang terdapat pada kertas tersebut. Kecut perutnya saat terpandangkan wajah Syahmi yang nampak menyinga ketika itu. “Pasti rumah ni rumah dia”, Desis Nurin di dalam hati. Cepat-cepat Nurin menghidupkan keretanya. Entah apalah nasibnya pada ketika itu, kereta yang masih belum dua tahun usianya itu tidak mahu hidup walaupun sudah berulang kali dia cuba untuk menghidupkannya. Syahmi yang masih tercegat di hadapan kereta Nurin sudah naik angin. Dihampiri kereta Nurin dan diketuk sekali lagi cermin kereta itu dengan Nurin. Nurin lantas menurunkan cermin keretanya dan memandang wajah itu dengan takut-takut.

“Maaf encik, kereta saya tak nak hidup.”

Terang Nurin sambil memandang ke arah Syahmi yang sudah naik angin itu.

“Kau keluar sekarang, sebelum aku naik angin. Aku tengah lapar dan penat sekarang ni. Nanti kau pula yang aku makan. Keluar!”

Tengking Syahmi, perlahan tetapi cukup tegas. Nurin cepat-cepat membuka lock keretanya dan melangkah keluar. Syahmi terus masuk ke dalam kereta Nurin sambil membebel perlahan namun cukup untuk didengari oleh Nurin.

“Aku dah lah lapar, balik rumah pun tak sempat nak relax. Ada je malaun yang buat hal. Tak senang hidup betul la.”

Tangan Syahmi masih sibuk memeriksa kereta Nurin yang sedang berpeluk tubuh di sisi keretanya. Malam yang semakin dingin dan kelam itu menambahkan rasa pening di kepalanya. Nurin cuba menahan, namun dia sudah tidak berdaya lagi, kepalanya semakin memberat bagaikan ada batu yang menolaknya. Nurin rebah di situ. Syahmi yang terdengar bunyi sesuatu benda yang jatuh terus menoleh.

“Haish, apa bala lagi ni!”

Keluh Syahmi kesal. Dirapatinya tubuh gadis itu, ragu-ragu dia untuk menyentuh tubuh gadis yang tidak dikenalinya itu. Tatkala tangannya tersentuh tangan milik gadis itu, dia dapat mearasakan satu getaran hebat bergetar di dalam dadanya. Syahmi cuba mengusir getaran tersebut, dia hanya ingin menyelamatkan gadis itu. Sekali lagi Syahmi cuba untuk menyentuh gadis tersebut untuk mengejutkannya. Ternyata suhu badan gadis di hadanpannya sangat panas. Syahmi lantas menutup kembali bonet kereta gadis itu serta menguncinya. Dia bergeggas ke keretanya dan mencapai apa yang patut sahaja. Dalam keadaan kelam kabut begini, Syahmi memang tidak terfikir sebab dan akibat, namun dia sempat merungkai dan meletakkan tali lehernya ke tempat duduk belakang keretanya. Sikapnya yang kelam kabut kadang-kadang memakan dirinya! Syahmi lantas mencempung gadis kecil molek itu ke dalam rumahnya. Dia mungkin lupa, mereka bukan muhrim!

Syahmi meletakkan tubuh kecil molek itu ke atas sofa berangkai tiga di ruang tamu di tingkat bawah rumah sewanya itu. Dia kemudiannya bergegas naik ke biliknya dan mengambil sehelai tuala. Bagai tidak menjejak kakinya ke bumi, Syahmi berlari ke arah dapur. Dicapainya sebiji besen kecil dan diletakkan air sehingga separuh penuh. Setelah itu, dia kemudiannya melangkah laju menuju ke arah Nurin yang masih belum sedarkan diri.

Syahmi lantas merapikan air dengan menggunakan tuala kecil tadi ke seluruh wajah gadis tersebut. Mata gadis yang membengkak itu menarik perhatian Syahmi. Berulang kali dia merapikan air ke seluruh wajah itu. Perutnya yang berkeroncong tadi sudah tidak dipedulikan lagi. Nyawa gadis di hadapannya lebih penting. Syahmi semakin gusar, gadis itu langsung tidak menunjukkan sebarang tindak balas. Syahmi bangun lantas mencapai telefon bimbitnya, niat mahu mendail nombor seorang teman rapatnya, Doktor Aidil, namun saat panggilan itu ingin disambung, dia mematikan panggilan tersebut.

“Gila kalau orang tahu aku bawa masuk perempuan dalam rumah.”

Keluh Syahmi sambil menggeleng-gelengkan kepalanya dan dia terus meletakkan telefon bimbitnya kembali ke atas meja kopi di hadapannya. Dikerling sekilas ke arah gadis yang masih belum sedarkan diri itu. Dia sangat penat, dia hanya ingin berehat, dia ingin tidur. Pandangannya semakin berbalam-balam, dan buat seketika, Syahmi sudah berada di alam yang lain. Tanpa sedar, Nurin sebenarnya sudah sedar daripada pitam Cuma dia takut untuk bangun apabila terpandangkan Syahmi, yang disangkanya masih memarahinya itu sedang menutup mata di sofa berangkai dua berhampiran dengannya. Nurin cuba untuk melelapkan matanya kembali, memandangkan rasa penat, sedih dan takut yang bercambur baur serta keadaan keretanya yang pastinya masih belum dapat dihidupkan. Dalam ketakutan, Nurin hanya mampu berdoa dan menyerahkan kepada takdir andai ada yang tidak elok bakal berlaku kepada dirinya. Serasa air matanya mengalir perlahan menuruni lekuk wajahnya tatkala teringatkan perihal keluarganya, Mak Yam serta keadaan dirinya sekarang.

“Ya ALLAH, selamatkanlah hambamu ini daripada segala malapetaka Ya ALLAh. Hanya kepadaMu aku berserah Ya ALLAH.’

Doa Nurin di dalam hati. Dia hanya bertawakal dan menutup kembali matanya. Kepalanya yang masih pening ditambah dengan putaran kipas yang dilihatnya bagai ingin menelan dirinya, Nurin kembali terlelap. Akhirnya kedua-dua mereka terlena, hanyut dibuai mimpi.

Syahmi menggeliat berulang kali. Terasa lenguh badannya. Dicapai telefon bimbit yang berada di atas meja. Dalam keadaan yang masih mamai, matanya yakin melihat jam sudah menunjukkan pukul 6.15 pagi.

“Nasib baik masih awal. Aduh…sakitnya badan.”

Syahmi yang ingin melelapkan matanya kembali, tiba-tiba bangun dalam keadaan yang terkejut.

“Eh, kenapa aku tidur kat bawah ni?”

Tanya dirinya sendirian. Tambah mengejutkan, terdapat sekujur tubuh yang turut terlena di atas sofa berangkai tiga berhampiran dengannya. Syahmi menggeleng-gelengkan kepalanya berulang kali.

“Ya ALLAH, apa aku dah buat ni? “

Syahmi meraup tangannya ke seluruh wajah. Cuba kembali tersedar daripada alam tidurnya, cuba mengingati siapa sebenarnya figura yang terlena di sofa rumahnya itu.

“Perempuan semalam!”

Jerit Syahmi perlahan. Sedikit menyesal dengan tindakannya membawa masuk gadis yang tidak dikenalinya itu ke dalam rumah. Sepatutnya dia membawa gadis itu ke klinik atau hospital, tetapi dalam keadaannya yang kelam kabut itu, dia tanpa berfikir panjang terus membawa gadi situ masuk ke dalam rumah bujangnya itu. Diraup tangan ke wajahnya sekali lagi. Dia beristighfar di dalam hati, menyesali perbuatannya. Lantas, dia bangun dan terus menaiki tangga menuju ke biliknya.

Syahmi terus mandi dan menunaikan solat subuh. Awal dia bangun pada hari ini. Pada kebiasaannya pada jam 6.40 pagi baru dia akan tersedar daripada tidurnya memandangkan waktu bekerjanya bermula jam 9.00 pagi. Jarak daripada rumah ke tempatnya tidaklah sebegitu jauh, namun kesesakan jalan raya menuntut komitmen seluruh warganya untuk bergerak pergi ke tempat kerja masing-masing lebih awal. Satu sikap Syahmi, dia tidak suka melengeh-lengahkan waktu. Dia cuma mengambil masa 40 minit untuk mandi, bersolat dan menyiapkan dirinya. Perihal barang kerjanya, memang sudah menjadi amalannya dia akan menyiapkan segalanya pada waktu malam. Begitu juga dengan pakaian kerjanya, selonggok pakaiannya akan digosok pada hujung minggu bagi mengelakkan dia akan lebih kelam kabut apabila bangun lewat pada waktu pagi. Pada hari-hari yang lain, jika dia tersedar pada jam 6.40 pagi, dia pasti sudah memanaskan enjin keretanya pada pukul 7.30 pagi.

Sesudah memakai tali leher, Syahmi bergegas turun ke bawah. Jarum jam baru menunjukkan jam 6.55 pagi.

“Masih awal ni.”

Getus Syahmi perlahan. Dia lantas turun ke bawah dengan niat untuk mengejutkan gadis yang sedang terlena di sofa di rumahnya itu. Sesampainya ke tangga terakhir, dia terlihatkan aekujur tubuh sedang berdiri di tepi tingkap memandang ke arah luar.

“Ehem…ehem…”

Syahmi berdehem beberapa kali. Nurin lantas memalingkan tubuhnya ke arah suara itu. Dia hanya menundukkan wajah tatkala terpandangkan wajah bengis semalam tercegat di hadapannya.

“So, miss X. What makes you parked your very own orange frog in front of my very own house. I meant, rented house?”

Syahmi hanya memanggil Nurin dengan panggilan Miss X memandangkan dia tidak mengetahui nama gadis di hadapannya itu. Nurin yang memang terkenal dengan ketegasannya tidak mahu mengaku kalah, mencerlung tajam ke arah Syahmi yang kelihatan bersahaja sambil tangannya sibuk mengemas ruang tamu yang agak bersepah itu.

“I do have a name, okay! And please, its an Orange MyVi! Not an orange frog! I think you have to do something with your very own two oldish eyes!”

Sela Nurin tegas sambil menahan geram. Syahmi hanya tergelak kecil.

“Gila agaknya perempuan ni. Dah la menumpang, aku yang tuan rumah ni pula kena marah. Ini siapa tuan rumah, siapa tetamu tak diundang ni?”

Syahmi hanya berkata di dalam hati. Diperhatikan lagi figura di hadapannya, cantik, manis, lagak seperti masih muda, mungkin masih dalam lingkungan 25 tahun ke bawah. Yang paling menarik minatnya, soal pakaian gadis tersebut. Lengkap bertudung ekspres berwarna tona biru muda dan biru gelap yang memang popular pada zaman sekarang, berjeans hitam dan memakai t-shirt lengan panjang juga dari rona yang sama, berwarna biru.

“Lawa juga budak ni, macam ok juga, bertudung segala, tetapi kenapa pula dia ada depan rumah aku? Dia ingat aku boyfriend dia ke? Menangis bagai malam semalam?”

Desisnya perlahan, hampir tidak didengari oleh sesiapa namun telinga Nurin lebih tajam, dia dapat mendengar sebiji-sebiji perkataan yang keluar daripada mulut lelaki di hadapannya itu. Nurin makin geram. Lantas dibalasnya kata-kata Syahmi panjang lebar.

“Encik yang ada mulut, encik tak perlu membebel seorang diri kalau saya depan ni boleh dengar. So kalau saya cari boyfriend saya pun, encik peduli apa? Tak berkait dengan encik pun ya. Mata saya, ikut suka saya lah nak menangis ke , nak pejam ke, nak celik ke, nak apa ke? Yang encik sibuk sangat nak komen segala pasal saya kenapa?”

Terkedu Syahmi apabila mulut Nurin lancang memarahinya.“Perempuan ni dah lebih ni”. Desisnya di dalam hati. Tanpa menunggu lebih lama dan menyesakkan kepalanya, Syahmi terus bangun dan menuju ke arah pintu utama rumahnya namun dia sempat melemparkan kemarahannya kepada Nurin yang sedang bercekak pinggang, sedia untuk membalas setiap kata-kata yang bakal dihamburkan olehnya.

“Hei perempuan! Kau ni memang jenis tak sedar diri diuntung! Kau sedar tak kau sekarang kat mana? Sudah lah menyusahkan aku, kau boleh marah aku balik? Kalau kau tak parking katak orange buruk kau depan rumah aku semalam, tak adanya masalah ni semua timbul. Paham! Aku balik petang nanti, aku tak nak tengok muka kau dalam rumah aku lagi! “

Syahmi menghempaskan kemarahannya pada pintu, dikuncinya pintu grill utama dan pintu lungsur rumahnya dengan kuat. Dilajukan langkahnya ke arah keretanya yang berada di luar pagar. Sempat kakinya menyepak kuat rim kereta milik gadis yang baru sahaja menaikkan darahnya pada pagi itu. Tanpa memanaskan enjin, Syahmi terus memandu keretanya dengan laju. Berdecit tayar keretanya menghiasi kesunyian pagi yang masih belum menampakkan sinar yang banyak. Sempat dikerling jam di dashboard. Jam baru sahaja pukul 7.10 pagi, tetapi Syahmi sudah berada di jalan raya, membelah kesesakan yang nampaknya tidak mengira waktu di kota besar itu. Dalam hatinya dia masih menyumpah perempuan yang digelarnya Miss X itu. Syahmi terus menghampiri destinasi yang ingin ditujunya, tanpa menyedari yang dia mengunci segala pintu yang ada di rumahnya, seperti kebiasaan dia keluar bekerja tanpa memikirkan cara Nurin untuk keluar daripada rumahnya.

Sementara itu, di rumah Syahmi.

“Ya ALLAH, apa yang aku dah buat ni Ya ALLAH. Kenapa aku boleh berada di sini? Aku kat mana ni? “

Tangis Nurin seorang diri. Dia mahu keluar daripada rumah itu, dilajukan kakinya mendekati pintu lungsur rumah tersebut. Dibukanya dengan kasar.

“Ya ALLAH, pintu utama ni berkunci. Macam mana aku nak keluar ni?”

Tangisnya lagi setelah mendapati pintu grill utama itu berkunci, hanya pintu lungsur sahaja yang dapat dibuka daripada dalam. Dia lantas menuju ke arah tingkap, juga bergrill. Nurin lantas ke arah dapur, dibukanya perlahan pintu, namun, apa yang dibimbangkannya ternyata benar. Semua pintu di rumah itu bergrill. Nurin terjelopok jatuh berhampiran pintu dapur itu. Dia menangis lagi. Lantas dia teringatkan kedua ibu bapanya.

“Mungkin ini balasan untuk aku.”

Tangisannya makin berlagu. Teringat kata-kata Mak Yam pada suatu ketika dahulu, apabila dia bertanyakan kenapa abah dan ibunya melayannya sedemikian rupa, selalu balik lewat malam dan yang paling menjadi kesedihan kepadanya kenapa kedua ibu bapanya tidak menunaikan kewajipan kepada ALLAH s.w.t.

“Nurin, seburuk mana pun ibu bapa kita, mereka tetap abah dan ibu Nurin, Nurin wajib mentaati mereka, nak. Syurga Nurin masih berada di bawah telapak kaki ibu Nurin selagi Nurin tidak berkahwin, nak.”

Nurin masih tersedu-sedan di situ, dan dalam tidak sedar, matanya semakin melayu dan akhirnya dia tertidur di tepi pintu dapur tersebut.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

8 ulasan untuk “Novel : Izinkan Aku Menyintaimu 2”
  1. wan faridah hanam wan salleh says:

    nice plot semoga akan bertambah menarik lagi…dan segera dibuat sambungan seterusnya…

  2. faz says:

    best la cerita nie.penulis ada blog x?

  3. fifinurina says:

    ade…fifinurina.blogspot.com

  4. fifinurina says:

    ade…fifinurina.blogspot.com…sila lah tgk…:)

  5. eisya says:

    sangat best!

  6. Aliah Mohd Salleh says:

    Best cerita ni.Tunggu next episod.

  7. oren meoww says:

    jalan cerita yang amat menarik…. dan tidak membuatkan pembaca merasa bosan di awal penceritaan. terbaik….

  8. manja chomel says:

    best and x bosan

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"