Novel : Izinkan Aku Menyintaimu 3

26 June 2012  
Kategori: Novel

5,127 bacaan 4 ulasan

Oleh : FifiNurina

BAB 3

Mood Syahmi benar-benar tidak elok pada pagi itu. Setiausahanya, Liza tidak berani untuk menegurnya seperti selalu. Sejak keluar daripada bilik bosnya itu pagi tadi, Liza terus menekur di tempat duduknya, tidak seperti hari-hari sebelumnya yang asyik keluar masuk ke bilik bosnya tanpa perlu dipanggil terlebih dahulu. Dia yang sememangnya sampai seawal jam 8.30 pagi ke pejabat sangat terkejut apabila semasa dia membuka pintu pejabat milik bosnya itu, kelihatan Syahmi sudah berada di atas kerusinya sambil bersandar ke belakang. Teringat Liza akan insiden pagi tadi yang membuatkan dia sangat serik untuk ke bilik itu lagi pada hari ini!

“You ni kenapa dah tak reti nak ketuk pintu dulu ke sebelum masuk bilik I hah?”

Tengking Syahmi tatkala wajah Liza terpancul di hadapan pintu biliknya semasa dia sedang menenangkan jiwanya.

“Errr…bos…Saya…Saya…”

Liza tergagap-gagap untuk menjawab kemarahan bosnya. Dia tidak menyangka bosnya akan sampai lebih awal daripadanya. Pada kebiasaannya, Syahmi hanya akan berada di pejabat lima minit sebelum jam 9.00 pagi. Tapi ini baru jam 8.35 pagi!

Syahmi mendengus lagi.

“Semua perempuan ni betul-betul menyusahkan aku la! Dah, keluar, jangan ganggu aku hari ni. Batalkan semua appointment!”

Tengking Syahmi lagi. Liza masih merenung lantai di hadapannya.

“Kau tunggu apa lagi Liza? Kau nak aku pecat kau dulu ke baru kau nak keluar?”

Marah Syahmi lagi, tersentak dengan kelancangan Syahmi pada pagi itu, Liza pantas keluar daripada bilik bosnya. Makin lama dia di situ, makin tinggi tahap kemarahan bosnya. Liza sedikit pelik, kerana sepanjang bekerja di situ, belum pernah dia dimarahi sebegitu rupa. Padahal Syahmi sendiri yang berpesan agar sesiapa yang ingin berjumpanya, hanya perlu masuk dan tidak perlu mengetuk pintu terlebih dahulu. Jika dia tidak mahu diganggu, dia akan mengunci pintu biliknya daripada dalam. “Lagak kematian bini pulak bos aku pagi ni. Eh, dia belum kahwin lah.” Keluh Liza sendirian sambil melabuhkan punggungnya ke atas kerusi di meja yang memang dikhaskan untuknya. Tangan Liza pantas membuka komputer ribanya dan meneruskan kerjanya untuk hari itu. Tujuannya masuk ke bilik Syahmi pada pagi itu untuk mengemas, dilupakan sahaja. Memang dia tidak akan melangkah ke bilik itu pada hari ini, itu tekadnya.

Sementara itu, Syahmi yang berada di dalam biliknya sudah merungkaikan ikatan tali lehernya dan mencampaknya ke aras meja kerjanya. Entah kenapa amarahnya begitu memuncak sejak gadis yang dipanggilnya Miss X itu memarahinya sebelum dia ke tempat kerja pada pagi itu. Hatinya mendongkol tiba-tiba. Entah apalah yang merasuknya pagi itu, padahal ini bukan pertama kali dia dimarahi perempuan. Pada kebiasaannya dia masih lagi mampu tersenyum, tetapi entah kenapa, apabila gadis itu begitu lancang memarahinya, dia berasa sangat sakit. Sakit yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Syahmi meraup wajahnya buat kesekian kalinya. Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, dia memulakan kerjanya pada hari itu, tanpa mengisi perutnya terlebih dahulu seperti kebiasaannya.

Jam sudah menunjukkan pukul 1.00 petang, pejabat Mewah Mega Holding di bahagian pemasaran itu sudah sunyi daripada ketukan pada papan kekunci komputer pekerja-pekerjanya dan suara-suara mereka. Kesemua mereka mengambil kesempatan untuk makan tengah hari, berehat dan menunaikan solat Zohor. Syahmi masih di biliknya menyiapkan slaid terakhir untuk pembentangan bersama Berjaya Group sebentar lagi. Tiba-tiba,

“Tok…tok…”

Pintu biliknya diketuk perlahan daripada luar. Tanpa mengalihkan pandangannya daripada skrin komputer ribanya, dia menyuruh gerangan yang mengetuk pintu biliknya masuk.

“Ehem…ehem…Sibuk benar kawan aku ni?”

Sepantas kilat Syahmi memandang ke arah wajah yang menegurnya itu. Sempat dia menekan randa disket di komputernya, naya kalau hilang semua slaid itu. Dipusingkan badannya berhadapan dengan teman baiknya, Fikri.

“Sejak bila kau main ketuk-ketuk dulu pintu bilik aku ni? Biasanya kau main redah je kan? Kenapa pelik sangat kau hari ni? Alin mengandung lagi ke?”

Soalnya memulakan bicara tanpa menjawab soalan Fikri tadi. Fikri hanya ketawa mendengar soalan yang keluar daripada mulut Syahmi itu.

“Hahaha…Kau ni Mi, agak-agakla weh! Ingat aku buruk lantak sangat ke? Alin tu dalam pantang lagi, tak kan lah mengandung lagi. Hahaha.”

Ujar Fikri berseloroh, Syahmi cuma hanya menyeringai menampakkan senyumannya.

“Manalah aku tahu, kau bukan boleh percaya. Ha, apa hal kau datang ni? Dah lah ketuk bilik bagai ni. Peraturan mana kau pakai hari ni?”

Syahmi memandang ke arah kawannya itu, dan dalam pada masa yang sama sempat dikerlingkan pada jam di dinding. Sudah jam 1.12 petang. “Hurm, patutlah Fikri datang.” Desisnya di dalam hati.

“Aku memang nak rempuh masuk je tadi Mi, tapi tadi masa aku nak naik sini, aku jumpa Liza dengan Damia baru turun ke bawah. Aku tanyalah kau ada ke tak. Terus Liza cakap mood kau tak elok hari ni. Awal-awal pagi dia dah kena marah. Habis spoil mood dia nak kerja hari ni dia cakap.”

Seloroh Fikri sambil menggayakan reaksi Liza sewaktu bertemunya di lif di tingkat bawah sebentar tadi.

“Dia siap pesan dekat aku lagi, Encik Fikri , jangan lupa ketuk pintu dulu tau sebelum masuk bilik bos saya. Karang tak pasal-pasal Encik Fikri pun kena halau macam saya pagi tadi tau. Haiiii, hantu apa yang merasuk kau hari ni Encik Mohd Syahmi bin Abdullah oi?”

Fikri masih tergelak memandang wajah temannya yang sudah menarik muka itu. Syahmi mengeluh dan berkata,

“Tak ada apa lah Fikri. Weh, jom pergi makan. Jam 2.30 aku ada presentation dengan Berjaya Group. Kita makan dekat-dekat sudah. Jom.”

Lantas kedua-duanya mengatur langkah menuju ke lif dan seterusnya melangkahkan kaki ke arah kafe yang terletak di bahagian bawah bangunan perniagaan itu. Kedua-dua mereka bukanlah daripada bahagian yang sama. Fikri merupakan seorang akauntan yang bertugas di bahagian kewangan manakala Syahmi pula merupakan seorang pegawai pemasaran dan bertugas di bahagian pemasaran Syarikat Mewah Mega Holding itu. Namun kedua-duanya sangat rapat memandangkan mereka berdua sudah berkenalan sejak pada zaman universiti lagi. Kedua-duanya merupakan graduan universiti tempatan iaitu Universiti Sains Malaysia.

Suasana di kafe itu amat sesak memandangkan sekrang adalah waktu tengah hari. Beberapa pekerja bawahan mereka hanya menundukkan wajah apabila terpandangkan kedua orang pegawai tersebut melangkah menuju ke arah kafe tersebut. Sememangnya kedua-dua mereka amat ramah dan mesra dengan semua pekerja yang membuatkan mereka tidak merasakan seperti pekerja bawahan. Namun, mereka tetap menghormatinya sebagai ketua.

Setelah meliarkan matanya, akhirnya Syahmi terpandangkan meja kosong di bahagian hujung kafe tersebut. Mereka berdua terus melajukan langkah ke arah meja tersebut dan terus membuat pesanan makanan memandangakan waktu rehat semakin habis. Tidak sampai 10 minit kemudian, makanan yang ditempah oleh mereka sudah terhidang dan tanpa membuang masa kedua-duanya menikmati makanan tersebut tanpa menghiraukan hiruk pikuk sekeliling.

Syahmi sampai di biliknya tepat jam 1.50 petang. Tergesa-gesa dia menunaikan solat zohor memandangkan dia perlu berada di bilik mesyuarat utama pada jam 2.15 petang. Nasibnya agak baik kerana biliknya dilengkapi dengan sebuah bilik air kecil yang memudahkannya untuk membuang air dan mengambil wuduk. Jam sudah menunjukkan jam 2.05 petang tatkala dia menyudahkan bacaan wirid dan doanya. Sempat dia meneliti segala fail dan proposal yang akan dibawanya bersama, sesudah memastikan semuanya lengkap, dia bergegas ke lif dan menuju ke tingkat 5, di mana bilik mesyuarat utama Mewah Mega Holding berada.

Mewah Mega Holding, sebuah syarikat milik usahawan ternama di Malaysia, Datuk Rashid Al-Attar sudah lima tahun beroperasi di kota besar itu. Berkongsi bangunan dengan syarikat perniagaan yang lain, syarikat tersebut berada di sayap kiri kompleks perniagaan itu dan memonopolinya daripada tingkat satu hingga enam sayap kiri bangunan tersebut.

Sesampainya di bilik mesyuarat tersebut, kelihatan Datuk Rashid Al-Attar sudah berada di kerusinya sambil meneliti beberapa dokumen di tangannya. Sofea, pembantu peribadi merangkap setiausaha sulit majikannya itu turut berada di situ sambil memegang Ipadnya. Syahmi memberi salam kepada kedua-duanya dan salamnya dibalas disertai dengan senyuman oleh kedua-duanya. Sikap mesra majikannya itulah yang membuatkan Syahmi merasa sayang untuk beralih tempat kerja dan dia sangat senang berkhidmat di sitiu. Masuk tahun ini, sudah empat tahun dia dan Fikri bekerja di syarikat tersebut setelah sama-sama menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia dulu.

Setelah membuat pembentangan dan bermesyuarat lebih kurang dua setengah jam, akhirnya sesi itu bersurai. Pujian demi pujian diberi kepada Syahmi di atas pelan strategik pemasaran yang berjaya menarik minat Berjaya Group itu. Jam sudah menunjukkan jam 5.00 petang dan Syahmi berhajat ingin pulang awal pada hari itu. Sungguh, dia merasa sangat penat dan hanya ingin tidur sahaja. Namun, dia sangat gembira dan sungguh dia terlupa akan masalah yang membelenggunya pagi tadi.

Sementara itu, di rumah Syahmi, Nurin baru sahaja siap menunaikan solat asar. Bukan niatnya untuk menyelongkar, tetapi dia wajib menunaikan kewajipannya kepada Ilahi. Tadi, setelah terjaga daripada tidurnya, dirasakan pening di kepalanya semakin berkurangan, namun dia berasa sangat lapar. Sudah tidak dipedulikan rumah siapa pada ketika itu, tangan Nurin cekap membuka peti sejuk dan mencari bahan yang boleh dijadikan makanan. Bagiakn sudah biasa dengan letak atur setiap barangan di rumah itu, tangannya lincah memasak nasi goreng bagi mengisi perutnya yang sudah pedih menahan lapar.

“Nanti aku ganti baliklah makanan dia ni, dah lapar sangat ni. Siapa suruh dia pandai-pandai kunci aku dalam rumah dia ni.”

Getus Nurin sendirian sambil tangannya lincah memaska nasi goreng tersebut. Selepas itu, dia makan dengan lahapnya tanpa memikirkan masalah yang akan datang.

Setelah siap mengemas, Nurin meletakkan baki nasi goreng yang dimasaknya di dalam ketuhar yang berada di dapur itu. Nurin termenung seketika dan berfikir tentang solatnya.

“Subuh tadi aku dah terlepas, macam mana aku nak solat ni?”

Keluh Nurin sendirian di meja makan itu. Tiba-tiba matanya terpandangkan gumpalan baju-baju yang belum dilipat di dalam bakul. Nurin pasti itu adalah baju yang telah siap dibasuh berdasarkan kepada haruman downy yang keluar daripada gumpalan baju-baju tersebut. Tanpa membuang masa, Nurin terus ke bilik air untuk mandi setelah berjaya “meminjam” tiga helai kain pelikat, sehelai baju tshirt berwarna hijau gelap dan sehelai tuala. Dan hasilnya, dia telah berjaya menunaikan solat-solatnya dengan memakai kain pelikat yang dililit di badan kecilnya menyerupai telekung.

“Hihihihi. Besarnya baju dia ni.”

Ketawa Nurin seorang diri tatkala melihat baju milik lelaki itu tersarung di badannya. Entah apa anginnya petang itu, habis satu bakul pakaian lelaki itu dilipatnya, baju yang belum berbasuh juga dibasuh sekali dengan baju-bajunya, ruang tamu rumah yang pada pandangannya itu pastinya rumah bujang dikemasnya dan tanpa ragu-ragu, dia membasuh bilik air dan mengemop seluruh bahagian bawah rumah sewa milik Syahmi itu!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Izinkan Aku Menyintaimu 3”
  1. diya says:

    best.. teruskan… x de blog kew???

  2. fazzieyna says:

    Ingin menambah sumber pendapatan tetapi segan bertemu orang ramai untuk jual
    produk?Memiliki kepakaran dalam IT? (facebook, blog, twitter dan
    sebagainya, itu pun sudah cukup bagus)24jam menghadap laman sosial di internet,
    cukup bulan bayar bil. Sia- sia bukan? Alangkah bagus jika sambil
    berfacebook, duit masuk dalam akaun. Menarik bukan?Sertai kami sekarang http://ik.my/klikdulu

  3. eisya says:

    ade..fifinurina.blogspot.com

  4. Aliah Mohd Salleh says:

    Best. Tunggu next episod.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"