Novel : Mr. Secret Admirer 1

11 June 2012  
Kategori: Novel

13,855 bacaan 57 ulasan

Oleh :SHILA ALISH

BAB 1

“JURURAWAT PERIBADI DIPERLUKAN”
BERMINAT? SILA HUBUNGI…

Zureen tersenyum. Gembira bukan kepalang. Apa yang dicarinya selama ini akhirnya diketemui. Zureen harus cepat bertindak sebelum jawatan itu disambar orang. Semenjak sebulan yang lau, dia menjadi penunggu setia di depan internet gara-gara sibuk mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan yang dimiliknya. Hampir dua bulan dia menjadi penganggur terhormat semenjak menamatkan pengajiannya.

Zureen terus sahaja mencatatkan butiran tentang jawatan yang ingin dipohonnya. Setelah membaca perincian mengenai jawatan itu, Zureen sangat berpuas hati kerana merasakan dia memenuhi syarat yang diperlukan untuk jawatan itu. Kebetulan alamat yang tertera tidak jauh dari rumahnya dan apa yang lebih menarik perhatiannya adalah jumlah gaji yang ditawarkan. Empat angka!

Zureen segera mencapai telefon bimbitnya dan cuba mendail nombor telefon yang tertera di iklan tadi. Berdebar-debar hatinya sementara menunggu panggilannya diangkat kerana dia tidak pasti sama ada pengiklan itu berbangsa apa. Ini kerana tidak dinyatakan pula di dalam iklan itu. Zureen tekad ingin mencuba. Jika bukan melayu, dia akan membatalkan saja niatnya itu. Tidak lama selepas itu, kedengaran suara seorang wanita yang menyambut panggilannya.

“Hello”, agak serius suara wanita itu. Bertambah berdebar hati Zureen.

“Assalamualaikum….”,ucap Zureen lembut. Sekadar menduga.

“Waalaikumsalam”, jawab wanita itu. Alhamdulillah. Islam dan rasa-rasanya berbangsa melayu dari cara wanita itu bercakap.

“Maafkan saya…err…puan..sebenarnya tujuan saya telefon ni sebab saya nak bertanya berkenaan jawatan jururawat peribadi yang diiklankan di internet…”

“Oh, ya…ya memang betul saya ada iklankan jawatan tu di internet. So, awak berminat untuk memohon ke?”, tiba-tiba suara wanita yang serius tadi bertukar girang.

“Ya puan…saya berminat ingin memohon jawatan ini”

“Ooo…ye ke? Bagus…bagus. Err…siapa nama cik?”

“Saya Zureen”

“Ok cik Zureen. Bila cik Zureen boleh datang untuk interview?”

“Bila-bila pun boleh. Terserah pada puan”, jawab Zureen dengan excited.

“Kalau macam tu, hari ni boleh?”, wanita itu turut excited.

Alamak! Hari ini? Ok sajalah. Nanti melepas pulak. Zureen terus sahaja bersetuju.

“Boleh puan. Puan nak saya datang pukul berapa ya?”

“Pukul 3 petang ni. Cik Zureen tahu ke alamatnya di mana?”

“Ya puan. Saya tahu tempatnya di mana.”

“Baiklah. Kita jumpa petang nanti ya. Assalamualaikum..”

“Waalaikumsalam…”.

Zureen menarik nafas lega. Dia segera berlalu ke biliknya. Dikeluarkan semua sijil-sjil yang dimilikinya dan dimasukkan dalam satu folder file. Setelah berpuas hati, dia membuka pula almari pakaiannya dan memilih pakaian yang sesuai untuk dipakai. Dia memilih untuk mengenakan seluar denim biru tua dan blouse ungu muda lengkap dengan tudung bercorak warna sedondon dengan blousenya. Tidak perlu terlalu formal kerana sesi temuduga hanya akan dijalankan di rumah wanita itu.

Zureen berlalu pula ke dapur untuk menjenguk uminya yang sedang menyediakan hidangan makan tengahari. Bau asam pedas mengundang rasa lapar.

“Hmm…..umi sedapnya bau asam pedas umi ni. Terus lapar perut Zureen”, Zureen mencapai senduk dan mengacau-ngacau kuah asam pedas itu.

Dicedoknya sedikit kuah asam pedas itu dan merasanya. Memang sedap! Hingga terpejam matanya. Memang tiada siapa yang boleh menandingi asam pedas uminya, Hajah Aminah.

“Kalau dah lapar sangat, pergilah hidangkan. Boleh panggil sekali baba kamu makan. Dia pun dah lapar tu. Baba kamu tu bukannya boleh lewat makan”, arah Hajah Aminah.

Ligat tangan Zureen menyusun pinggan dan cawan di meja makan.

“Umi petang ni Zureen ada temuduga”, Zureen memberitahu uminya sambil mencedok lauk-pauk ke pinggan.

“Temuduga? Kerja apa?”

“Jururawat peribadi”

“Jururawat peribadi? Amboi, mesti orang kaya. Kalau tak, takkan sampai cari jururawat peribadi? Kat mana tu?”

“Kat Ledang Height”

“Ledang Height? Wah, kawasan orang kaya tu Zureen…maknanya Zureen nak bekerja di rumah orang kaya tu ke?”

“Entahlah mi…Zureen pun tak tahu lagi. Nantilah tunggu masa temuduga nanti baru Zureen tahu”

“Kalau setakat di Ledang Height tu bagus juga. Taklah jauh sangat dari rumah kita. Senang sikit Zureen nak berulang-alik”

“Tula yang Zureen risaukan mi. Kawasan tu rasa-rasanya takde pengangkutan awam. Kalau ada bas pun cuma berhenti kat luar aje”

“Apa nak risau. Baba kan ada. Nanti baba boleh tolong hantar kalau Zureen dapat kerja tu”
“Kalau boleh Zureen tak naklah susahkan baba. Baba tu matanya bukan awas sangat”

“Alah…tak payah risaulah pasal tu. Yang penting Zureen pergi temuduga tu. Kalau dapat kerja tu, nanti kita fikirkanlah sama-sama macam mana. Dah pergi panggil baba makan”, akhirnya uminya memutuskan.

***********************

Seperti yang dijanjikan, tepat pukul 3 petang, Zureen sudah terpacak di hadapan banglo mewah itu. Dia terus menekan loceng di pintu pagar batu . Sementara menuggu dipanggil, Zureen sempat memerhatikan kawasan sekitar banglo itu. Memang sangat cantik. Sesuai dengan harga hartanahnya. Sememangnya Ledang Height yang terletak di Nusajaya adalah kawasan elit. Hanya orang kaya saja yang mampu membeli tanah di situ kerana harganya mencecah hingga jutaan ringgit. Kebanyakan penghuni di situ adalah terdiri dari ahli-ahli perniagaan dan warga Singapura.

Khayalan Zureen mati serta-merta apabila tiba-tiba pagar automatik itu terbuka. Dia teragak-agak untuk masuk kerana tiada sesiapa di situ yang menjemputnya masuk. Dia melangkah juga memasuki perkarangan banglo mewah itu. Dua buah kereta mewah diparkir di perkarangan banglo itu. Sebuah kereta sport dan sebuah lagi MPV.

Kedatangannya disambut oleh seorang wanita Indonesia. Dari pakaiannya dan caranya bertutur, Zureen dapat mengagak mungkin wanita itu adalah pembantu rumah.

“Embak Zureen ya?”, tegur wanita Indonesia itu.
Zureen hanya mengangguk dan tersenyum.

“Silakan embak Zureen. Datin sedang menuggu di dalam”, sambungnya lagi.

Datin? Zureen menuruti langkah pembantu rumah itu. Hatinya sedikit berdebar-debar. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam banglo mewah itu, langkahnya terhenti. Matanya terpaku melihat kecantikan hiasan dalaman banglo mewah itu. Sungguh menakjubkan! Zureen merasakan dia seolah-olah berada di dalam istana.
Bagaikan mengerti perasaan Zureen, pembantu rumah banglo itu tersenyum memandang Zureen.

“Silakan duduk embak Zureen. Sebentar lagi Datin akan turun. Saya mohon permisi dulu”, tuturnya dengan sopan dan segera berlalu meninggalkannya terkulat-kulat di situ.

“Betul ke aku nak kerja kat banglo ni?”, Zureen berbisik.
Zureen terus leka mengamati keindahan ruang tamu itu. Tiba-tiba matanya tertarik untuk melihat frame gambar yang disusun di atas piano. Dia memberanikan diri melangkah ke arah piano itu. Diperhatikan satu persatu gambar-gambar itu.

“Yang mana satu tuan rumahnya? Yang ni kot? Kalau yang ni, memang cantik..tapi…siapa yang sakit? Aku tengok semuanya sihat walafiat aje..”, gumam Zureen sambil terbongkok-bongkok mengamati gambar-gambar itu.

Tiba-tiba Zureen disapa dari belakang. Zureen terkejut dan hampir terlepas frame gambar yang dipegangnya tadi.

“Cik Zureen..”sapa wanita itu. Zureen menoleh.
Sekali lagi dia terpana. Dia terpana sebaik sahaja melihat wanita yang sedang berdiri di hadapannya. Cantik! Mungkinkah wanita ini yang menyambut panggilannya pagi tadi? Zureen terpegun melihat penampilan wanita di hadapannya. Orangnya kelihatan muda disebabkan cara penampilannya.

“Assalamualaikum…err…Datin”, sapa Zureen dengan hormat untuk menutup perasaan malu dan gemruhnya.

“Waalaikumsalam…silakan duduk Cik Zureen”. Pelawanya lembut. Mujurlah perwatakan wanita itu lembut, kalau tidak bertambah gemuruhlah darah Zureen.

“Terima kasih Datin..”

“Datin Raja Fatimah..”, pintas wanita itu

“Datin Raja boleh panggil saya Zureen saja”

Wanita itu tersenyum bila mendengar cara Zureen memanggilnya.

“Tak payahlah berdatin-datin. Panggil auntie saja lagi senang. So…inilah Zureen ya. Hmm…cantik orangnya. Berapa umur Zureen ni?”, lembut sungguh suara wanita itu memujiku.

Zureen tunduk tersenyum. Malu dipuji begitu. Makin kuat hasrat Zureen untuk bekerja di situ kerana semenjak dari rumah tadi, Zureen sudah terbayangkan dia akan berhadapan dengan seorang wanita yang serius dan sombong. Dari cara percakapannya di telefon pagi tadi yang menyebabkan Zureen berfikiran begitu. Ternyata dia tersilap.

“22 tahun Datin…err..auntie”

“Hmmm…muda lagi”

Pembantu rumah yang menyambut Zureen tadi keluar sambil menatang dulang yang berisi dua gelas air dan sepiring kuih.

“Silakan Zureen. Jangan malu-malu”, pelawa Datin Raja Fatimah.

“Kenapa Zureen berminat untuk memohon jawatan ni?”, wanita itu memulakan bicara. Mungkin sesi interview sudah bermula.

“Sebenarnya Datin….sudah hampir dua bulan saya menganggur sebab masih tak dapat lagi kerja yang sesuai dengan kelulusan saya.

Kebetulan pula bila saya cari di internet, terbaca pula iklan jawatan ini. Saya terus mencuba disebabkan saya rasa saya memenuhi kriteria yang ditetapkan”, lancer Zureen menerangkan.

“Apa kelulusan Zureen?”

“Saya ada diploma kejururawatan. Ini sijil-sijil saya”, Zureen terus sahaja menghulurkan failnya walaupun tidak diminta. Wanita itu terus sahaja melihat sijil-sijil yang berada di dalam folder file Zureen.

“Kenapa Zureen tak bekerja di mana-mana hospital atau klinik? Biasanya selepas tamat saja pengajian, bukan ke akan terus sahaja dipostingkan?”

“Saya belajar di kolej swasta Datin…err..auntie. Saya perlu memohon terlebih dahulu sebelum dipostingkan”

“Zureen ada pengalaman menguruskan orang sakit?” tanya wanita itu lagi.

Zureen terdiam seketika. Memang dia tiada pengalaman secara rasmi tetapi pengalaman semasa menguruskan arwah neneknya yang diserang strok dulu adalah.

“Pengalaman secara rasmi memang tak adalah autie tapi pengalaman menjaga arwah nenek saya saja tapi selepas SPM dulu saya pernah bekerja sekejap di sebuah klinik swasta..”

“Arwah nenek sakit apa?”

“Angin ahmar. Dia diserang strok kerana tekanan darahnya terlalu tinggi. Lepas tu terus lumpuh satu badan”, balas Zureen. Masih segar diingatannya di saat dia membantu uminya menyalinkan lampin, memandikan dan memberi makan. Memang itulah tugasnya setiap kali dia cuti semester.

Zureen tertanya-tanya di dalam hatinya. Adakah dia terpaksa menjaga orang tua yang sakit seperti arwah neneknya? Kalau benar, mampukah dia bertahan. Ini kerana menjaga orang yang sakit seperti arwah neneknya memerlukan kesabaran yang tinggi. Dia dulu pun sentiasa merungut dengan uminya apabila terpaksa membersihkan najis neneknya. Asyik ter’uwek-uwek’ saja setiap kali membersihkan. Mujurlah ketika itu, arwah neneknya sudah tidak mengenali sesiapa pun. Kalau tidak mungkin neneknya sudah terasa hati dengan kelakuannya.

“Zureen boleh bersabar ke melayan kerenah orang sakit?”
Soalan Datin Raja Fatimah itu makin menguatkan firasatnya yang dia akan disuruh menjaga pesakit strok. Alamak! Macam mana ni? Nak terima atau tidak? Tapi kalau tak terima, dia merasa rugi pula disebabkan gaji yang ditawarkan agak lumayan. Tambahan pula dia sudah jelak menjadi penganggur.

“Dah jadi tanggungjawab saya auntie. Kalau dah itu tugas saya, saya kenalah banyak-banyak bersabar. Lagi pun saya dah biasa menguruskan pesakit-pesakit sebegini. Masa belajar dulu, saya dah didedahkan dengan pelbagai jenis penyakit”, jawab Zureen untuk cuba meyakinkan Datin Raja Fatimah.

Zureen bertanya dirinya sendiri. Betul ke aku dah biasa? Dia sekadar tersenyum di dalam hati kerana jawapannya itu memang kontra dengan apa yang dirasa. Namun, demi pekerjaan ini, dia harus berkorban. Sampai bila dia harus menganggur?

“Kalau dimarah atau diherdik pun Zureen boleh bersabar?”
Soalan Datin Raja Fatimah menambah goyah hati Zureen. Semakin kuat hatinya meronta ingin tahu dengan siapa dia harus berkhidmat. Pesakit mental ke?

“Saya akan cuba auntie…”, jawab Zureen dengan yakin walaupun hatinya agak goyah.

“Err…auntie..kalau tak keberatan, boleh auntie beritahu saya, siapa yang sakit? Siapa yang harus saya jaga?”, Zureen memberanikan diri untuk bertanya setelah bosan berprasangka.
Datin Raja Fatimah tidak menjawab soalan Zureen, sebaliknya dia hanya tersenyum lalu bangun.

“Jom…mari auntie tunjukkan siapa yang harus Zureen jaga”

“Err..auntie…saya sudah diterima bekerja ke?”, soal Zureen walaupun soalan itu kedengaran bodoh sambil mengekori langkah Datin Raja Fatimah menaiki tangga menuju ke tingkat atas banglo itu.

“Kalau Zureen boleh bersabar….”

Lagi-lagi itu yang diungkapkan Datin Raja Fatimah. Teruk sangat ke pesakit tu? Siapa pula pesakit itu dengan Datin Raja Fatimah? Biasanya yang memerlukan kesabaran yang tinggi bila merawat pesakit strok atau pesakit mental. Yang mana satu ni?

Ketika perasaan Zureen terus berteka-teki, akhirnya mereka sudah berada di hadapan sebuah bilik. Datin Raja Fatimah menoleh sekilas ke arah Zureen sambil tersenyum.

“Are you ready?”

Zureen tidak menjawab sebaliknya hanya mengangguk. Debarannya semakin kencang. Dia sudah membayangkan, sebaik sahaja pintu itu dibuka, kelihatan seorang tua yang sedang terlantar di atas katil atau pesakit mental yang sedang diikat di katil!

Datin Raja Fatimah mengetuk pintu tanda meminta kebenaran sebelum memasuki bilik itu. Zureen sedikit pelik. Kenapa perlu ketuk pintu kalau pesakitnya sedang terlantar di atas katil? Kalau pesakit mental pulak, sudah tentu Datin Raja Fatimah yang memegang kunci bilik itu. Sudah tentu bilik itu harus sentiasa dikunci. Kalau tidak, pesakit mental itu pasti menganggu orang-orang di dalam rumah. Ah! Bingungnya!

“Masuk!!”, kedengaran suara garau lelaki yang menjawab ketukan pintu Datin Raja Fatimah.
Datin Raja Fatimah menolak perlahan-lahan pintu bilik itu. Melihat Zureen masih terpaku di hadapan pintu bilik tidak bergerak, Datin Raja Fatimah segera menegur.

“Mari Zureen….auntie nak kenalkan pesakit yang Zureen nak kena jaga tu..”

Dengan debaran yang masih belum reda, Zureen melangkah masuk ke bilik itu. Matanya terpaku melihat seorang lelaki yang sedang duduk di atas kerusi roda di balkoni menghadap pemandangan luar membelakangkan mereka. Ternyata andaian Zureen silap. Bukan orang tua yang strok atau pesakit mental kerana kelihatan lelaki itu tenang duduk di atas kerusi rodanya.

Datin Raja Fatimah melangkah ke arah lelaki itu. Sebaik sampai, dia terus memeluk bahu lelaki itu dan mencium kepalanya. Zureen seperti patung bernyawa berdiri tegak dan memerhatikan kedua-dua mereka dengan perasaan pelik.

“Zureen…mari sini” panggil Datin Raja Fatimah.

Seperti robot yang dikawal, Zureen menghampiri kedua-dua mereka. Lelaki di atas kerusi roda itu seolah-olah tidak mempedulikan kehadiran Zureen, sebaliknya terus diam merenung ke luar.

“Redza…mama kenalkan, ini Zureen, jururawat peribadi Redza yang baru”

Yang baru? Dah berapa jururawat sebelum ni? Ooo…anak bujang Datin Raja Fatimah rupa-rupanya. Agaknya, apalah sakitnya ye?
Lelaki itu hanya menolehnya sekilas dan menyambung semula memandang ke luar. Memang dia sedikit pun tidak menghiraukan kehadiran Zureen. Zureen dapat melihat sekali imbas wajah lelaki itu. Handsome! Memang patut wajahnya kacak. Melihat ibunya saja sudah jelita. Tidak hairanlah kalau anak bujangnya kacak. Tapi sayang, wajah tidak terurus. Berjambang sana berjambang sini! Entah-entah sakit jiwa. Hishh!! Kalau muka handsome pun tak guna kalau sakit jiwa.

“Boleh ke aku jaga dia ni?”,gumam Zureen.

“Zureen…ini Syed Redza. Anak bujang auntie. Mulai hari ni, Zureen akan jadi jururawat peribadi kepada Redza”, terang Datin Raja Fatimah sambil mengusap-usap bahu anak bujangnya. Huh! Menyampah! Mengada-ngada betul. Dah tua-tua macam ni pun nak dibelai lagi.

“Redza…mama keluar dulu ye. Mari Zureen”

Lelaki itu…err siapa nama dia? Syed Redza…ya Syed Redza masih terus kaku dan beku di atas kerusi rodanya. Tiada reaksi dan ekspresi. Zureen bimbang. Mampukah dia bekerja dengan manusia sejuk beku begitu? Patutlah tak habis-habis Datin Raja Fatimah bertanya dia boleh bersabar atau tidak?

Zureen duduk semula di ruang tamu tadi bersama-sama Datin Raja Fatimah.

“Macam mana Zureen? Boleh jadi jururawat peribadi anak auntie?”
Zureen tidak terus menjawab sebaliknya bertanya.

“Auntie…boleh saya tahu. Anak auntie tu sakit apa?”

Tiba-tiba wajah Datin Raja Fatimah berubah. Dia kelihatan muram dan amat berat untuk bercerita.

“Dia kemalangan jalan raya lima bulan yang lalu. Kaki kanannya patah. Koma selama tiga bulan. Baru lebih kurang sebulan dia sedar. Sebaik dia sedar, dia minta pulang ke rumah. Dia tak mahu tinggal di hospital kerana bosan katanya. Terpaksalah auntie panggil doktor peribadi kami merawat Redza di rumah. Sebab tu, auntie perlukan jururawat peribadi untuk menjaganya 24 jam. Auntie akui, sebelum ni sudah beberapa orang jururawat yang auntie ambil, tapi semuanya tak tahan lama. Mungkin mereka tidak dapat bersabar dengan perangai Redza…”

Datin Raja Fatimah berhenti seketika. Dia kelihatan sebak. Dia menarik nafas seketika dan menyambung ceritanya lagi

“Semenjak sedar dari koma, perangai Redza sudah jauh berubah dari dulu. Dia mudah naik angin dan mengamuk. Sebab itulah dua orang jururawat sebelum ini berhenti. Mungkin tidak tahan dengan sikap Redza”

Zureen diam dan tekun mendengar cerita Datin Raja Fatimah. Mendengar ceritanya, Zureen juga merasa bimbang. Jika jururawat-jururawat sebelum ini tidak tahan, sanggupkah dia berhadapan dengan lelaki itu. Melihat keadaan Redza yang dingin tadi, dia dapat mengagak akan sikap lelaki itu.

“Macam mana Zureen? Boleh ke Zureen tolong auntie rawat Redza?”
Soalan Datin Raja Fatimah agak sukar untuk dijawab oleh Zureen. Dia jadi takut setelah mendengar kisah lelaki itu. Rasa-rasanya belum terlambat jika dia hendak menarik diri tetapi kasihan pula melihat Datin Raja Fatimah yang seolah-olah sangat mengharapkan khidmatnya. Zureen sendiri pelik, jauh di sudut hatinya dia merasa ingin berkhidmat dengan lelaki itu.

“Insyallah auntie. Saya akan cuba bantu merawat anak auntie dan saya akan cuba bersabar”.

Datin Raja Fatimah meluru ke arah Zureen dan memeluknya. Dia menitiskan air mata. Zureen terkaku di situ.
“Thanks Zureen…Auntie tahu, Zureenlah orang yang paling layak merawat Redza. Auntie yakin dan sangat yakin. Zureen cakap saja berapa gaji yang Zureen mahu, auntie sanggup bayar asalkan Zureen sudi bantu auntie untuk merawat Redza”

Zureen turut sayu. Kata-kata Datin Raja Fatimah seolah-olah telah mengikat dirinya untuk bekerja di situ. Bukan disebabkan habuan yang dijanjikan walaupun pada awalnya Zureen tertarik untuk mencuba jawatan itu disebabkan gaji yang ditawarkan, tetapi perasaan belas terhadap Datin Raja Fatimah. Walaupun belum sejam pun dia di situ, tetapi Zureen dapat merasakan keakrabannya dengan Datin Raja Fatimah.

“Tapi….”, kata-kata Datin Raja Fatimah terhenti sebentar sebaik sahaja dia meleraikan pelukannya.

“Tapi apa auntie?”. Zureen pelik.

“Zureen terpaksa duduk di rumah auntie sebab Redza perlu dirawat tidak kira waktu”

Zureen tersentak mendengar kata-kata Datin Raja Fatimah. Tinggal di sini?

“Macam mana Zureen? Boleh?”

Entah kuasa apa yang datang, tiba-tiba sahaja Zureen mengangguk tanda setuju walaupun sebenarnya dia perlu bertanya pendapat orang tuanya terlebih dahulu.

“Thanks sayang…” Zureen dipeluk lagi.

Sayang? Datin Raja Fatimah memanggilnya sayang? Kenapa Datin Raja Fatimah memanggilnya sayang? Dia sengaja atau tidak sengaja? Pelik!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

57 ulasan untuk “Novel : Mr. Secret Admirer 1”
  1. nono70 says:

    memang mcm menarik…baru mula baca..

  2. esya says:

    wow…
    best la..

  3. SHILA ALISH says:

    Thanks nono & esya….teruskan membaca ye….

  4. leyla says:

    best,,xsbr nk bace cite slnjutnye,,,,

  5. SHILA ALISH says:

    Thanks lela di atas sokongan anda….
    teruskan membaca tulisan saya ye….tq

  6. mkeceq says:

    salam,
    Tahniah..usaha yang bagus dan boleh dibaiki
    For an interview like Zureen attended, it’s quite obvious for what Datin Raja did to Zureen is an act@cerita rekaan semata-mata sahaja. It is too obvious for someone acting like that it their first time meeting.
    Just my opinion.keep up the good work and i will cont reading and supporting!!!!
    GO GO GO CHAIYOK CHAIYOK

  7. SHILA ALISH says:

    Thanks mkeceq 4 your opinion…..but in this world nothing is imposible to happen but i admit it rarely happen & 4 your information this is a true story of my friend…..thank u again for your comment…hopefully continue to support me….

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"