Novel : The Wedding Breaker 10,11

1 June 2012  
Kategori: Novel

70,537 bacaan 27 ulasan

Oleh : Evelyn Rose

BAB 10

Tak habis-habis Adam memandang Ariana yang berada di kerusi penumpang. Cantik. Lebih cantik dari sebelum ini, bila Ariana kenakan baju yang lebih sofistikated, dia nampak sangat anggun dengan baju Channel yang ditinggalkan Zatty di rumahnya itu. Ariana pula lebih banyak mendiamkan diri, pandangannya jauh ke luar tingkap. Kali ini Adam sendiri yang memandu. Four wheel drive Hummernya ditinggalkan di rumah, Audi R8 yang menjadi pilihan kali ini. Kalau setakat di Kuala Lumpur Adam lebih selesa menggunakan kereta sahaja. Hilmi dan Dolman juga dah tak mengikut sama.

Dia mengarah ke kawasan Bukit Bintang, menuju ke Pavilion. Adam tak biasa mengucapkan maaf kepada sesiapa. Dia lebih senang membelikan hadiah jika ada teman wanitanya yang merajuk. Biasanya teman-teman wanitanya akan berhenti merajuk atau menjadi semakin manja bila dibawa ke Pavilion, membeli belah barang-barang berjenama. Hati perempuan, semuanya materialistik. Tak satu pun benar-benar sukakan dia. Pasti Ariana pun sama, telahnya.

Usai meletakkan kenderaan Ariana memandangnya pelik, “This is not my home”.

Adam senyum. Senyuman yang mencairkan naluri mana-mana wanita yang memandang. Mungkin kalau gay tengok pun boleh cair juga kot.. Ariana ketap bibir, cuba mengawal perasaannya sendiri.

“Kita makan dulu, you mesti penat kan..” Adam merenungnya tepat pada anak mata seperti mahu memberitahunya lebih dari itu. Membahang mukanya menahan malu dan marah yang bercampur baur.

“ Takde selera. Just send me home ” mana dia nak ada selera? Tengok muka Adam terus dia teringatkan peristiwa semalam. Malu. Jijik. Benci. Pelbagai kemungkinan mula membayangi diri.

Macamana kalau dia pregnant nanti? Nak dibunuh anaknya nanti? Gugurkan? Sudahlah terlanjur itu satu dosa besar, nak membunuh pula? Macamana penerimaan mak ayahnya?

Wait. Terlanjur ? Siapa yang terlanjur? Adam yang ragut kesucian dia! Sekarang ada hati nak ajak dia makan. Muka Adam langsung tak ada riak menyesal mahupun bersalah. Macam suka ada. Makin mengada pun ya.

“ Ok ” Adam keluar dari kereta. Lagak biasa. Ingatkan Adam mahu terus masuk ke dalam tapi sebaliknya dia membuka pintu disebelah penumpang. Bahu Ariana dipegang.

“Jom….“ nadanya seakan memujuk. “I will take care of you, just stay with me”

Stay with him?

Gila. Laki ni memang gila. Tak tahu hukum halal haram. Islam ke apa Adam ni ? Rasa macam nak lempang je muka Adam.

“You tak tahu hukum ke Adam? Tak tahu halal haram?” Ariana bertanya sinis.

Adam mengerutkan dahinya,“Tak ”

Pendek jawapan Adam. Memang dia tak tahu pun. Dia dibesarkan di England bersama kawan-kawan mat salehnya yang terang-terang mengaku tidak mempercayai agama. Dia ingat lagi sewaktu tahun pertama di Eton College. Kawan sebiliknya, Samuel mengejeknya bila dia membaca doa kerana takut untuk tidur;

“Awak berdoa? Kat sape? Tak ada siapalah yang dengar doa awak tu.”
Samuel ketawa sebelum menyambung, “Kuno lah awak ni, orang yang mempercayai agama adalah orang yang ketinggalan 300 tahun ke belakang. Tak kan awak tak tahu revolusi perancis dulu? ”

Dia terasa bodoh bila diejek sebegitu. Pada usia 13 tahun, apa yang dia tahu mengenai evolusi perancis? Lepas malam tu, dia sudah tidak berdoa lagi. Takut diejek oleh Samuel. Lama kelamaan dia mula senang dengan cara hidup Samuel tapi dia tetap percaya Tuhan itu wujud, tapi selebihnya? Dia tak tahu. Semakin lupa. Asas yang dibawanya ke England dulu pun tak sebarapa.

“Jangan main-main Adam” Ariana buat muka bosan. Boleh Adam main-main soal agama.

Adam jungkit bahu. Itu kenyataan. Terpulang pada Ariana mahu menerimanya atau tak. Dia juga rimas disoalkan begitu. Bagai ada batu berat yang menghempap dadanya. Agama sudah jauh dia tinggalkan, untuk berpatah balik mencarinya satu persatu bagaikan sudah terlambat. Sukar.Sesak bagi Adam.

“Stay with me” Adam cuba mengubah topik. Senyuman menggoda dihadiahkan pada Ariana sekali lagi. Cuba mencairkan naluri perempuan itu.

“I H.A.T.E YOU. So stop asking. That will never happen!”

“You like me! Stop the denial Ariana…You blushed when we kissed…or should I say more?”Adam, masih dengan senyum konfidennya. Senyum nakal yang menggoda. Ariana memjegilkan mata. Adam bangkitkan lagi hal semalam. Adam ni tak faham bahasa ke? Semalam tu namanya RAPE, bodoh!

“You pushed me last night! Got that?!” Suaranya ditinggikan dengan tak sengaja. Beberapa pemuda yang melalui kereta Adam memandangnya. Membahang muka Ariana menahan malu, minta-minta dorang tak dengar apa yang Adam cakapkan sedari tadi. Doa Ariana dalam hati.

Adam dijelingnya, pintu kereta ditolaknya kuat, dibiarkan Adam tertolak ke belakang. Sengaja dia mahu Adam tahu perasaannya. Ya, dia marah dan dia benci pada Adam! Laju-laju dia memasuki Pavilion. Reaksi Ariana dibalasnya dengan gelakan sakan.

Dia tidak memperkosa Ariana, dia memaksa tapi tidak memperkosa. Dia memaksa, kemudian menggoda…dan? Adam senyum bila mengingatkan peristiwa semalam. Terpulanglah apa yang Ariana mahu gelarkan dengan apa yang berlaku semalam, kalau benar dia menyentuh Ariana dengan lahap seorang perogol pasti pagi ini Ariana tidak mampu bangun dan berjalan seperti sekarang. Pasti tangisan Ariana bukan tangisan kesedihan tapi tangisan trauma.

Lelaki yang gelojoh dan menyentuh perempuan dengan kasar yang selayaknya dikatakan memperkosa walaupun pada hakikatnya perempuan tu merelakan. Dia? Dia tak perlukan masa yang lama untuk membuatkan mana-mana perempuan jatuh ke tangannya. It’s all about a man’s touch, bisik Adam penuh konfiden.

Dia biarkan Ariana berjalan mendahuluinya tapi masih di bawah pengawasannya. Dia leka memerhatikan gaya Ariana berjalan. Penuh keyakinan, bagaikan dunia dia punya tapi langsung tidak perasankan mata-mata yang leka memerhatikannya. Baju biru terang bila dipadankan dengan kulit Ariana yang putih susu dan rambutnya hitamnya yang mengurai lembut berjaya menarik perhatian mata-mata lelaki disekelilingnya.

Riak cemburu mula menular di hati Adam. Sakit hatinya bila lelaki lain memandang Ariana sebegitu. Nasib baik Ariana tidak mahu memakai dress pendek dan ketat yang dia pilihkan tadi. Kalau tak, dia juga lah yang makan hati bila ramai lelaki meratah pandang susuk tubuh Ariana. Dia melajukan langkah, menarik tangan Ariana dan memeluk pinggangnya.

Ariana terkejut dengan tindakan Adam. Apahal? Mukanya memandang Adam. Dahinya dikerutkan. “Don’t touch me”

“Just walk” Adam senyum dengan suaranya diperlahankan. “If you really want me to send you home.” Sempat lagi Adam mengugut. Nak tak nak dia terpaksa mengikut.

Adam membawanya masuk ke Butik Chopard. Dengan penuh kasualnya dia duduk di kerusi pelanggan. Seorang perempuan cina datang menyambut. Senyumannya tak lekang di bibir. Anak Billionaire datang shopping siapa tak senyum? Ong maa…

Adam pandang Ariana, dia tersenyum. Senyuman memujuk. Ariana buat dek.

“Pilih la apa awak nak” pujuk Adam. Dia harap Ariana tak marahkan dia lagi bila dia belikan barang kemas. Semua perempuan yang pernah dampinginya macam tu.

“Saya tak nak apa-apa dari awak Adam” Ariana mula bangun untuk keluar. Kalau Adam ingat dia boleh dibeli dengan cara itu, mimpi jelah!

Adam mengejar Ariana. Tangan Ariana dicapainya, dan pinggang Ariana dirangkulnya sekali lagi, “Okay, tell me what do you want? Anything”
Nak sahaja dia bagitau Adam supaya kembalikan apa yang dia telah hilang,mahkotanya. Tapi ditelannya ayat itu. Dia tak mahu mengingati peristiwa semalam lagi.

“Hantar saya balik, itu je yang saya minta” bersungguh Ariana memohon. Itu sahaja yang dia mahu. Dia tak mahu berjumpa dengan Adam lagi. Melihat muka Adam lagi.

Adam mengeluh perlahan, “Kita makan dulu, then saya hantar awak balik”
Dia di bawa ke restoran mewah, Al-Amar Lebanese Cuisine, restoran yang menghidangkan makanan Lebanon. Seorang waiter mengiringi mereka hingga ke meja. Senyuman hormat diberikan oleh waiter. Adam buat bodoh je, sombong. Sedekah yang tak perlu keluarkan duit, rugi kalau tak amalkan.

Menu utama dan minuman dipesan oleh Adam tanpa langsung bertanya pendapat Ariana. Selang beberapa ketika hidangan mula sampai.
Dua pinggan shawarma campuran ayam dan daging terhidang di hadapan mereka. Ni je? Tak ada nasi? Walaupun tadi Ariana jual mahal, tapi hakikatnya dia sangat lapar!

Adam mula menyuapkan makanan ke mulutnya. Ariana menguis beberapa kepingan ayam sebelum menyuapkannya ke mulut. Perlahan-lahan dia makan.

Adam memandang tepat pada matanya. Mencari kefahaman dari Ariana, “Is it that bad sampai makan pun awak tak nak?”

Mestilah teruk! Apa Adam fikir? Perkara biasa? Persoalan Adam tak dijawabnya.

Sudu dan garfu Adam diletakkan, tangan Ariana dicapai, “I’m sorry for
what had happen….” Tak sangka terlahir juga perkataan itu dari mulutnya. Tapi dia benar-benar maksudkannya.

Senang kau lelaki. Terlanjur boleh cakap sorry. Perempuan? Boleh naik lori pergi mati. Mengingatkan apa yang dia dah hilang, Ariana jadi sebak. Setitis air mata mengalir jatuh. Perasaannya ditahan. Sedihnya diseka. Air matanya yang mengalir tadi disapu oleh Adam.

” Just eat a little…” sepotong daging bakar disuakan kemulutnya.
Dia cuba mengelak, tapi Adam suakan juga. Memaksa. Ariana buka mulut. Adam suapkan makanan. Ariana kunyah sambil mukanya dah membahang malu. Adam masih memandang wajahnya.

” Sedap ? ”

Kepalanya diangguk. Memang sedap. Nampak macam tak sedap, tapi rempahnya cukup.

” That’s my girl…No more tears, I will take care of you..Hmm?” saat itu wajah Adam memang tak ubah macam Prince Charming yang sangat matang dan protective. Ariana diam. Adam nampak ikhlas.

“Adam…..” Ariana cuba gagahkan diri bertanya.” Erm…macamana kalau…kalau….erm….pregnant ? ”

” It wont happen. Dont worry ” cool je riak wajah Adam. Dia tahu dia langsung tidak memakai protection semalam, tapi kenapa nak sakitkan kepala fikirkan benda yang masih belum berlaku?

” If its happen? ” Ariana tanya lagi. Dia mahukan kepastian. Dia takut dengan sebarang kemungkinan.

“Gugurkanlah. I temankan” Riak wajah Adam tidak menunjukkan sebarang ekspresi. Biasa. Macam perkataan tu langsung tidak membuatkan dia rasa bersalah.

Adam nak dia gugurkan kandungan? Pedih. Ngilu. Adam ingat dia mainan ke?

Tahu tak proses pengguguran tu sungguh menyakitkan? Dia pernah memberi ceramah kepada remaja sekolah mengenai ‘abortion’ , dia tahu prosesnya bagaimana. Sakitnya lebih daripada melahirkan anak secara normal. Adam langsung tak ada perikemanusiaan. Menggurkan kandungan sama seperti membunuh satu nyawa. Hilang habis semua kebaikan yang baru Adam tonjolkan padanya. Adam tetap Adam. The Beast.

Ariana meletakkan sudu dan garfunya. Terasa mahu menitiskan air mata disitu juga, tapi ditahannya. Adam terkejut dengan tindakan Ariana. Ariana yang tak moden. Menggugurkan kandungan tu dah ramai orang buat, Ariana je yang kalut. Budak sekolah menengah pun tahu gugurkan kandungan tak kanlah Ariana yang dah berumur 20 lebih takut? Adam mula fade up. Ariana memang kolot.

” Ariana, dah tu you nak macamana? Nak I kahwin dengan you? ”

Ariana diam. Kalau Adam ni jenis yang bertanggungjawab, memang itulah yang sepatutnya Adam buat. Tak kan dia yang nak sarankan pada Adam macam tu. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong la pulak jadinya.

” I love being around you. I nak you dengan I. I love the fact that I’m the first, and I will make sure that nobody else touch you Ariana…I miss last night like I can’t wait for tonight for it to happen again…but” mata Ariana direnungnya dalam.

” but I cant marry you Ariana. You cantik. The most beautiful woman I had ever met. Thanks God you tak jadi model ke artis ke..but..we are from a two big different status. You stay dengan I, I bagi you apa sahaja yang you nak. Kereta? Duit? Rumah. Just say it. I tahu gaji you as a kerani tak cukupkan?..” lagak Adam yang super confident, memang menyakitkan hati. Berlagak. Sombong. Memang dia bukan kerabat diraja, bukan kaya raya macam Juwita. Macam Adam. Dan dikatanya aku ni kerani? Okay tak salah jadi kerani tapi dia lulusan Master dari Cambridge lah. Cakap pandang-pandanglah Adam.

Ariana buat muka tak berperasaan. Tak guna dia sakitkan hatinya sebab lelaki macam Adam. Saat itu dia tanamkan azam untuk tidak bersangkut paut dengan Adam lagi. Kalaupun dia mengandungkan anak Adam sekali pun, dia tak kan jumpa Adam. Tak kan menghubungi Adam. Tak kan benarkan Adam mendekatinya lagi. Biar hari ini menjadi titik noktah bagi mereka. Biarlah masa depannya kelam, tapi ia akan jadi lebih kelam jika hidupnya berimamkan lelaki seperti Adam, yang tidak tahu halal dan haram. Bergelumang dengan palitan dosa.

” I tak perlukan duit you. Thanks for your offer. Hantarkan I balik, please” Ariana terus bangun. Makanan dipinggannya masih banyak berbaki. Pinggan Adam dah hampir licin.

” Ariana….”

” Please Adam. Remember last night, I can go straight to the police if I want, but I dont. So please send me home, before I change my mind”

Adam bangun. Napkin dihempasnya ke kerusi. Penolakan Ariana telah menyelar egonya sebagai seorang lelaki yang punyai pangkat dan darjat. Digilai. Seorang waiter datang merapati. Adam terus menghulurkan dua keping note RM100.00. Tanpa menunggu baki, lengan Ariana dipaut sebelum mereka beriringan keluar.

” Your choice. My offer will not come twice Ariana”

_____________________

BAB 11

2 bulan berlalu……

Ariana menunggu di kerusi bersandar pada dinding klinik. Sejak peristiwa dia dan Adam…haidnya langsung tidak datang…Sudah dua bulan. Ariana jadi takut. Dia langsung tidak memberitahu sesiapa mengenai apa yang telah berlaku. Biar rahsia itu hanya dia dan Tuhan yang tahu.
Bagaimana kalau dia mengandung?

Adam langsung tidak menghubunginya, tidak mencarinya lagi. Itu sudah cukup melegakan Ariana. Tapi bagaimana dengan anak dalam kandungannya nanti? Perutnya yang masih leper seperti tiada apa-apa di dalamnya digosok perlahan. Betulkah ada janin di dalamnya? Kalau tak ada kenapa sudah 2 bulan haidnya tidak datang?

Matanya dipejam rapat. Menahan pilu. Kalau benar dia mengandung dia perlu pergi jauh. Jauh dari bumi Malaysia yang orangnya tidak mampu dan mahu menerima golongan sepertinya. Masyarakat di sini pasti akan memperlekehkan anaknya. Bukan salah anaknya. Biarlah, biar dia bawa diri jauh dari sini, ke tempat yang tiada orang akan menghukum mereka. Dia dalam proses membuat permohonan kerja di England, dia masih berhubung baik dengan kawan-kawannya sewaktu di university dulu Pete, Matt dan Jess. Matt anak kepada pengusaha kilang makanan Cold Storage mempelawanya bekerja dengan mereka, tapi Ariana perlu menyediakan beberapa dokumen untuk permohonan Visa Tier 1 (Visa untuk pekerja professional) sebelum ke sana. Dia perlukan wang Great Britain Pound 4,000.00 untuk di masukkan ke dalam akaunnya selama 3 bulan, sebagai salah satu kondisi untuk permohonan tersebut. Minggu depan bila dia dapat duit gaji untuk bulan April barulah cukup RM 24,000 dalam akaunnya. Jadi dia perlu menunggu 3 bulan lagi sebelum mula memohon.

Kalau benar dia mengandung…waktu tu usia kandungannya sudah 5 bulan. Hatinya kuat berdoa moga Allah swt membantunya menutup keaiban dirinya. Semoga kandungan tersebut tidak jelas memboyot.

Atau dia mahu ke Kanada? Menumpang Juwita yang sudah sebulan melanjutkan pelajaran di sana? Ariana keliru. Kalau ke sana, pasti Juwita akan bertanya dan bila Juwita tahu pasti dia akan mengamuk dengan Adam. Habisnya semua orang akan tahu, dan yang malunya tetap dirinya juga.

“Cik Ariana Rose..” pintu dikuak dari bilik Doktor. Terpacul kepala seorang perempuan muda yang tadinya berjaga dikaunter.
Ariana bangun melangkah ke bilik doktor. Dadanya berdebar.
Seorang doktor perempuan duduk di kerusi. Tersenyum memandangnya. Ariana turut melempar senyum walaupun terasa janggal kerana hatinya berdentum hebat. Berdebar dan takut.

“Duduk” ucap doktor mesra.Ariana menurut.

“Sakit apa ya?” nilah persoalan yang paling Ariana kurang gemar. Kalau dia tahu dia sakit apa, apa gunanya dia ke klinik? Tapi Ariana jawabkan juga.

“Saya…dah dua bulan tak datang haid doktor…”

“Awak dah kahwin?”

Dah kahwin? Maksudnya dah ditiduri atau diakad nikahkan? Ariana serba salah mahu menjawab.

“Erm…ya doktor” Ariana pasti maksud doktor yang sebenarnya ialah : Awak dah pernah disentuh? Jadi pasti lah jawapannya ialah ya.

Doktor tadi tersenyum, “Mungkin awak pregnant tapi kita masih tak pasti. Tak datang haid ni boleh disebabkan oleh few reasons termasuklah masalah hormone, pregnant kalau yang dah kahwin la kan, stress yang melampau hingga hormone berubah..Jadi, saya sarankan Puan Ariana buat ujian kehamilan dulu”

“Okay doktor..” dia dah pernah buat ujian kehamilan dulu, dengan Adam. Ah, lelaki tu lagi. Menyakitkan hati je ingat nama dia.
“Izah!” laung doktor tadi kepada pembantunya. Izah gadis kaunter tadi muncul lagi. “Awak tolong bawa Puan Ariana ni, dia nak buat pregnancy test”

Izah angguk. Ariana bangun membontoti gadis tadi. Macam dulu juga, pihak klinik melakukan urine test. Dia menunggu di bilik doktor sambil tekanan darah dan beberapa soalan dilontar oleh doktor berkaitan dengan kitaran haid, pemakanan dan gaya hidupnya. Bila Izah membawa keputusan ujian, dada Ariana kembali berdebar.

“Hmmm awak tak hamil Puan Ariana…” muka Ariana dipandangnya. Ariana buat muka kecewa. Tak kanlah perempuan yang dah kahwin tak nak anak kan? Tak kanlah dia nak senyum pula kan?

“Kalau berdasarkan keterangan awak tadi…dan tekanan darah awak, saya yakin awak terlampau stress. Awak mengalami depresi, saya tak tahu apa puncanya..tapi depresi ni jangan dipanjangkan. Tak elok untuk kesihatan kita. Cuba awak beritahu kawan mengenai masalah awak, atau dapatkan khidmat kaunseling…atau pun cuba keluar dari rumah, lakukan aktiviti bersama suami. Bersukan atau bereakreasi…”

Kata-kata doktor di depannya dicerna satu persatu. Memang dia depress, tertekan. Kalau hari-hari dia asyik menanti haidnya datang, tak ke tertekan tu? Dan setiap kali dia menunggu haidnya tetap tak datang. Pelbagai cara difikirkannya jika dia benar-benar mengandung. Yang pasti dia tak akan sesekali menggugurkan kandungan. Itu muktamad.

Tapi…Alhamdulillah, sekali lagi Allah tutup keaibannya. Dia tak mengandung. Alhamdulillah…

“InshaAllah…terima kasih doktor..mungkin kerja di pejabat banyak sangat”

“Saya bagi awak m.c untuk hari ni dan esok ok?”

Ariana angguk. Dapat cuti free siapa tak nak? Lagipun dia mahu keluar, sudah lama dia mengabaikan dirinya. Usai selesai di klinik Ariana memaklumkan mengenai cutinya kepada bosnya di pejabat. Asalnya dia hanya mengambil permohonan keluar pejabat dengan bosnya, dah dapat cuti, apa lagi? Balik lah terus. Beberapa urusan yang tergendala tadi disiapkannya sebelum dia pulang ke rumah.

Kata-kata doktor tadi kembali mengetuk mindanya.

“Awak tak hamil Puan Ariana…”

Ariana senyum lagi. Tak habis-habis dari tadi dia asyik tersenyum. Alhamdulillah mimpi ngeri mengandungkan anak luar nikah konfem tidak akan berlaku. Memang dia takut, dah banyak kes anak luar nikah yang berlaku di Malaysia. Pandangan masyarakat terhadap anak luar nikah juga sangat buruk walaupan nyata bukan salah kanak-kanak tu. Ia salah si ibu dan bapa. Atau salah si bapa kalau macam kes sepertinya.
Diperkosa. Siapa mahu diperkosa? atau sumbang mahram. Sudahlah diperkosa, kemudian dihina pula oleh masyarakat sedangkan itu bukan kemahuan mereka. Jika mengandung tambah lagi kehinaan, kalau digugurkan berdosa. Jika dipelihara anak itu, pasti akan diejek, akan dihina, tapi bila dibunuh, dibuang juga akan dicerca. Akhirnya yang tersepit tetap si perempuan.

Haih, perempuan…perempuan…patut lah orang tua-tua kata jaga anak perempuan ni lagi susah dari jaga sekandang lembu. Bukan sebab anak perempuan ni lagi bodoh dari lembu, tapi anasir jahat yang nak merosakkannya tu banyak…Perempuan pula lembut..macam mentimun dengan durian, sekali hempap habis lah berkecai mentimun tu. Durian tak ada pape, masih dinobatkan King of The Fruit. Mentimun pula dah lenyek hilang masa depan.

” Ariana, nanti ada event makan malam bersama anak yatim. You hadir ye. Ganti saya? ”

Ariana terkejut. Kus semangat!

Wajah bosnya yang tiba-tiba muncul dipandang. Saat dia dok mengelamun tu lah bosnya muncul, saje je bos dia ni. Memo yang disuakan kepadanya dibaca. Majlis anak yatim dianjurkan oleh Kementeriannya dan disponsor oleh beberapa buah syarikat terkemuka.

“Okay bos” nampaknya dapat makan free la dia Khamis nanti . Ariana senyum gembira, memang dia suka makan-makan. Boleh duduk tempat VIP pula tu. Ye lah ganti bos katakan…

” Hmm alang-alang tu you jadi salah sorang pengendali program ni boleh?”

” Ada maklumat lanjut tak bos pasal program ni? Siapa yang tengah uruskan sekarang?”

“Yang ni directly bawah menteri. Ada beberapa wakil dari Bahagian yang berlainan. Alang-alang awak dah pergi untuk perasmian ni,elok awak join jadi urusetia program nanti. Program ni tak silap saya akan ambil masa 6 bulan. Beberapa buah rumah anak yatim dah pun dipilih, rangka program pun dah ada. Sponsor pun dah ada. Cuma salah seorang urusetia program ni berpindah Kementerian, jadi kalau boleh saya cadangkan awak ambil alih. Boleh?”

Sebenarnya bosnya tak perlu tanya boleh ke tak? Kalau diarahkan memang dia akan buat. Dah itulah moto penjawat awam : Saya Yang Menurut Perintah (SYMP)

” SYMP bos ” Ariana senyum.” Siapa ketua program bos? Senang saya catch up”

” Awak call Haris, Pegawai Khas Menteri. Tanya dia detail. Dia ketua program ni”

“Okay, bos” bertambah satu lagi kerja untuknya. Walaupun satu Kementerian, tidak semua yang dia kenal. Encik Haris ni agak popular, tapi dia je yang tidak pernah ambil peduli. Yang mana satu Encik Haris pun dia tidak pasti. Nombor Encik Haris didailnya juga, mencari maklumat untuk program tu nanti sebelum dia balik. Program tu lusa. Esok dia cuti, takut nanti dia tak sempat untuk medapatkan maklumat lanjut jika dia tak bertindak sekarang.

* * * * * * * * * * *

Satu fail diserahkan kepada Tan Sri Tengku Mukhriz. Lelaki yang berdiri dihadapannya dipandang dengan serius. ” Complete?”

Lelaki tadi mengangguk.

Fail tadi dibuka. Beberapa helai kertas mengandungi maklumat mengenai Ariana dibacanya dengan teliti.

Nama : Ariana Rose binti Hussein.

Jawatan : Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Tarikh Lahir : 17 Julai 1987

Status : Bujang

Alamat Rumah Tetap : Lot 8, Jalan Chempaka, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Alamat Rumah Sekarang : Unit 5, Tingkat 11, Blok D, Puteri Palma
Condominium.

Pendidikan : Master of Philosophy in Management and Governance, University of Cambridge.

Nama Waris : Hussein bin Ridhwan Lee (Bapa)

Alamat Waris : Villa Terandak, Lot 13, Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Nama Waris : Nik Asra Binti Nik Kadir (Ibu)

Alamat Waris :Lot 8, Jalan Chempaka, Pengkalan Chepa, Kelantan.

” Kenapa ayah Ariana tak tinggal dengan mak nya? ”

” Dah lama bercerai Tan Sri. Ibunya remarried waktu usianya 6 tahun dan tinggal di Kelantan. Ayahnya kahwin dengan isteri sekarang sebelum mereka bercerai, lepas setahun berpoligami ibu dan ayahnya bercerai. Ayah dan ibu tiri Ariana tinggal di Kuala Lumpur. Ariana tinggal dengan ibunya ”

” Apa nama ayah tiri Ariana?”

” Datuk Wan Jusoh bin Wan Ibrahim. Dia wakil rakyat di kawasan Pengkalan Chepa. Ahli perniagaan di sana. Maklumat mengenai ayah tirinya ada dalam fail, Tan Sri ”

“Ayahnya yang sebenar kerja apa?”

“Juga usahawan. Usahawan gerai franchaise di seluruh Malaysia. Ayah kandungnya ada 4 orang anak dengan isterinya sekarang” lelaki didepannya memberitahu tanpa ditanya.

Tan Sri Adam mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham. ” Good job Razif, ni bayaran untuk kamu” sekeping cek dihulurkan kepada Razif. Lelaki dalam lingkungan 30 tahun itu tersenyum menyambut. Berbaloi dia berhempas pulas menyiasat semua ahli keluarga Ariana Rose Hussein selama dua bulan ni. Dia meninggalkan bilik Tan Sri setelah dibenarkan pergi.

Boleh tahan profile Ariana, fikir Tan Sri Mukhriz. Sekeping gambar Ariana ditelitinya. Cantik. Pandai. Sepadan dengan Adam.

Bilik bacaannya ditinggalkan. Fail tebal yang memuatkan semua informasi mengenai Ariana dan keluarganya termasuklah profail perniagaan kedua ibu bapa Ariana di kendong bersama. Isterinya Puan Sri Lisdania dicari. Biasanya Puan Sri lebih gemar menghabiskan masanya di taman sambil membaca di tepi kolam ikan koi. Dia mahu berbincang dengan isterinya, Lis mengenai rancangannya itu.

Harap-harap isterinya tu setuju….pohon Tengku Mukhriz dalam hati. Bukan tak tahu, Puan Sri Lisdania pun high taste orangnya. Mak rintik anak borek.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

27 ulasan untuk “Novel : The Wedding Breaker 10,11”
  1. evelyn rose says:

    @cahaya : thanks cahaya ! ;)

    @hand : thanks hand! dah submit up to chapter 15, mgkn lepas satu round baru penuslian2u update ;)

    Ita : hehe ada… ;)

    lina : thanks lina ;)

    asupathy : wow thats a cool comment from ya. thanks a lot! ;)

  2. asiko haera says:

    permudahanlah urusan jodoh mereka

  3. rairm2009 says:

    Sekali lagi dan lagi dan lagi… memang novel ini asalnya bahasa Melayu tetapi kalau hendak menggunakan bahasa Inggeris sekalipun, hendaklah betul.

  4. Pazilah says:

    Komen : Gaya penulisan sedikit berbeza tetapi ada tarikan tersendiri, I love it. Dimensi yang dibawa juga setara antara jalan gelap yang dilalui walau apapun sebabnya, dengan pengakhiran yang baik mengikut panduan Islam yang sebenarnya. So touched, terasa kekurangan dalam membimbing diri sendiri, lemahnya kita sebagai hamba. Kita mengharapkan yang terbaik dari Tuhan, tetapi berlebih-kurang dalam melaksanakan tanggungjawab kita terhadap pencipta. Allah sentiasa memberikan yang terbaik, tetapi sejajarkah syukur yang kita panjatkan. Melalui pembacaan novel sebegini, saya lalui sesi indirect learning tentang pelbagai perkara. Thanks, Evelyn Rose!

  5. cahaya aqilah says:

    best……………………………….nak lagi

  6. Rini says:

    It is a very story but I like to read more .. Appreciate it I can read bab 32 dan seterusnya

  7. farhana says:

    Best giler2

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"