Novel : The Wedding Breaker 12,13

7 June 2012  
Kategori: Novel

65,648 bacaan 38 ulasan

Oleh : Evelyn Rose

BAB 12

Awal pagi, usai habis solat subuh di rumahnya Tengku mukhriz sudah keluar jogging. Sudah menjadi tabiatnya, bila ada satu urusan atau projek yang besar dan berat pengendaliannya, dia pasti akan melakukan senaman terlebih dahulu supaya badannya lebih aktif, mindanya lebih cergas. Barulah kebarangkalian untuk berjaya tu lebih tinggi. Habis sepuluh kali dia berlari mengelililingi tasik di taman kawasan rumahnya, Tengku Mukhriz melabuhkan punggung di bangku berhampiran tasik. Matanya dipejamkan sambil hidungnya menghirup udara segar di situ. Jiwanya terasa lapang.

“Boboy…! Jangan main-main kat situ, nanti jatuh!”

Suara seorang wanita mengganggu ketenangan Tengku Mukhriz. Dia berpaling mencari suara tersebut. Kelihatan seorang perempuan muda dan seorang kanak-kanak dalam usia 4 tahun berada tidak jauh dari tempatnya. Anak lelakinya yang dipanggil Boboy berlari ke arah tasik, ibunya mengejar dari belakang.

Nakal. Getus Tengku Mukhriz sambil mengelus senyum.

Ibu kanak-kanak tadi berjaya merangkul anaknya. Boboy dipeluk dan dicium oleh ibunya. Keduanya tertawa bahagia. Sepasang lelaki dan perempuan yang sebaya dengannya turut menghampiri ibu dan anak tadi. Boboy mendepakan tangan kearah lelaki yang sebaya dengannya, “Atuk! Nak dukung…!”

Lelaki yang digelar atuk segera mendukung Boboy. Boboy dipeluk penuh kasih sambil diperhatikan oleh wanita sebaya dengannya tadi. Mereka bermain-main dengan Boboy.

Bahagianya…bisik Tengku Mukhriz.

Hidupnya sangat sunyi sebelum ini. Bila wang mendahului segala kepentingan, banyak momen hidupnya lebih terarah pada kerja. Sedari dulu dia tidak dapat meluangkan banyak masa dengan anak tunggalnya, Adam. Dia dan Puan Sri lebih banyak menghantar Adam ke nursery dan pelbagai macam kelas semata-mata mahu memenuhkan jadual Adam. Dia dan Puan Sri keluar seawal 8.00 pagi, Adam juga sama. Dia ke nursery sehingga tengah hari. Tengah harinya pula dia bawa oleh driver ke kelas piano, kelas renang, kelas menunggang kuda atau memanah bergantung kepada jadual kelasnya. Bila malam Adam makan dengan bibik, kadang dengan isterinya, dia jarang sekali berada di rumah. Zaman itu adalah zaman dia mengumpul harta, mencipta sejarah kejayaan untuk dirinya sendiri. Sebagai seorang kerabat dia memang punyai wang pusaka yang banyak tapi tidak mampu menjadikan dia lelaki ke dua terkaya. Untuk menjadi luar biasa, dia perlu hidup di luar norma manusia lainnya.

Bila usia menjelang senja, barulah dia terkedek-kedek mencari sinar kebahagiaan. Mengupah seorang ustaz untuk membimbing keluarganya. Kalau dia mampu mengupah doktor peribadi kenapa tidak mengupah seorang ustaz sebagai penasihat kepada keluarganya? Mahu dicedok ilmu agama dalam sekelip mata dia tak mampu, jadi lebih baik bertanya pada yang pakar. Berdamping dengan ustaz, sedikit sebanyak ilmu agama itu tertumpah juga padanya. Cuma….satu lagi kebahagiaan yang ingin dicapainya. Kebahagiaan menjadi seorang datuk kepada cucu-cucunya nanti.

Bila bangun je sudah riuh dengan suara kanak-kanak. Malam pun sama, kan bahagia tu?

“Pap!”sebiji bola tergolek ke kakinya. Menyentap lamunan Tengku Mukhriz. Kanak-kanak tadi berlari mendapatkan bolanya. Tengku Mukhriz membantunya mendapatkan bola tersebut sebelum menyerahkannya kepada Boboy.

“Sorry atuk…tu mama yang lempar, bukan Boboy. Boboy tukang tangkap je ” Boboy yang baru pandai bercakap sudah pandai membela diri.

“Tak pe…” Tengku Mukhriz ketawa sambil tangannya menggosok kepala Boboy.

Ibu kepada Boboy datang merapati, “Boboy cakap terima kasih kat atuk”

Boboy menurut arahan ibunya, “Terima kasih atuk”

“Sama-sama…”

Boboy dan ibunya berlalu dari situ. Tengku Mukhriz mengiringi keduanya dengan pandangan mesra. Kehadiran Boboy menguatkan lagi motivasinya untuk menyatukan Ariana dan Adam. Baru cepat dia merasa pegang cucu, Tengku Mukhriz senyum lagi. Dia terus mengarah ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari taman tersebut.Dia mahu bersiap ke Panglima Construction, salah satu anak syarikat Panglima Holding. Berbincang dengan Pengurus Syarikatnya di situ, Encik Hamid mengenai rancangannya untuk membuat usahasama dengan JR Company, syarikat milik Datuk Wan Jusoh.

* * * * * * * *

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kelantan hanya mengambil masa 45 minit. Tak begitu memenatkan bagi Tan Sri Tengku Mukhriz dan Puan Sri Lisdania. Usai sampai mereka terus ke rumah Datuk Jusoh bapa tiri kepada Ariana.

Pengurus syarikatnya sudahpun menghubungi Datuk Wan Jusoh mengenai perancangan mereka dan dari situ Tan Sri Mukhriz mula menghubungi Datuk Wan Jusoh. Kononnya dia mahu ke Kelantan, saja mahu melawat negeri Cik Siti Wan Kembang sambil-sambil meninjau kawasan yang ingin dibangunkan bandar baru mengikut perancangan mereka itu. Datuk Wan Jusoh dan keluarga menyambut baik kedatangan mereka. Datuk Wan Jusoh, Datin Asra dan beberapa orang wakil syarikatnya datang menjemputnya di lapangan terbang, membawa mereka ke kawasan yang ingin dibangunkan, membeli belah di Nordin Batik, sebelum akhirnya ke rumah Datuk Wan Jusoh di Pengkalan Chepa.

Usai sampai di rumah Ariana, mereka memang disambut baik. Datin Asra ibu kepada Ariana memang cantik orangnya. Lemah lembut dan berbudi bahasa. Datuk Jusoh pun tak kurang hebatnya, budi bahasanya tinggi. Memang berkenan habis Tengku Mukhriz nak berbesan dengan mereka. Usai panjang lebar mereka berbincang soal perniagaan, Tengku Mukhriz memulakan rancangannya. Sedari tadi dia dok terintai-intai potret keluarga Ariana yang tergantung di ruang tamu rumah.

” Cantik ya anak perempuan Datin ni ” Puan Sri Lis memulakan bicara. Pandangannya masih tertancap pada gambar keluarga Datuk Jusoh. Potret keluarga yang diambil tahun lepas diamati. Datuk Jusoh duduk ditengah bersama dengan Datin Asra, Ariana berdiri di belakang bersama adik lelakinya dalam usia awal 20an, dan seorang kanak-kanak perempuan berada ditengah-tengah antara Datuk Jusoh dan Datin Asra.

” Owh.. Rose…Dia kat Putrajaya sekarang…” Datin Asra senyum bila anaknya dipuji.

“Mesti dah berpunya kan…punyalah cantik orangnya” usik Puan Sri lagi sekadar berbasa basi. Dia tahu Ariana masih belum berpunya.

Datin Asra hanya senyum, itulah telahan yang selalu dia dengar semenjak anaknya pulang dari belajar di England. Tapi telahan yang dibuat memang semuanya salah.

“Rose ni biasa-biasa je Puan Sri…asyik sibuk bekerja, tu yang single lagi tu ”

“Kalau dapat bermenantukan Rose ni…Untung saya.” celah Tan Sri Tengku Mukhriz. Datuk Jusoh dah mula kembang kempis. Orang sebaik Tan Sri ajak berbesan, bodohlah dia kalau menolak.

” Anak kami ni biasa-biasa je Tan Sri… takut tak sepadan dengan anak Tan Sri..” Datuk Jusoh pula pura-pura merendah diri. Berbudi bahasa lah kononnya.

” Eh siapa kata tak sepadan? Kalau ayah ibunya bagi green light, rombongan kami terus bersedia untuk datang meminang”

Mahu tersedak Datuk Jusoh mendengarnya. Serius ke pasangan Billionaire kat depan dia ni? Tak kan tengok gambar terus berkenan. Hisk, tapi buat apa ditanya. Rezeki, jodoh semua tu ditangan Tuhan.

“Kami ni Tan Sri…Kalau Rose dapat mertua macam Tan Sri dengan Puan Sri memang bertuah badan budak tu ”

“Macam tu kata Datuk, dua minggu lagi kami datang bawa rombongan ya?”

“Betul ke ni Tan Sri? ” cepat juga sebenarnya tempoh tu. Mana nak tempah baju, mana nak siapkan khemah, catering, pelamin…

“Datuk Jusoh…saya bila masa tak serius? Boleh ke kami datang bawa rombongan nanti?”

“InshaAllah…kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan Tan Sri…tapi…dua minggu….tak sempat kami nak bersiap Tan Sri…sebulan lagi macamana?”

“Hmm…kita buat ala kadar je Datuk Jusoh, lebih afdal kan? Antara family je. Tak perlu macam nak buat kenduri kawin tu, yang penting berkat betul tak?” berat Tan Sri Mukhriz mahu memanjangkan tempoh, kalau dipaksa juga, nampak sangat gelojohnya. Tapi dah dua bulan rancangannya tergendala, tak kan nak panjangkan lagi sebulan.

Datuk Jusoh mengangguk, mengiyakan.“Saya setuju sangat dengan Tan Sri tu, yang penting berkat kan?..Baiklah kalau macam tu, inshaAllah 8 Mei ni la kan? Jumaat”

“Ye, dua minggu lagi, 8 Mei” Tan Sri Mukhriz ketawa sambil menepuk-nepuk bahu kawan barunya, “Sudahlah panggil saya Tan Sri…dah nak berbesan kita ni ”

Pecah tawa mereka berdua. Hati berbunga ceria. Tengku Mukhriz yang lega bila risikannya diterima, dan Datuk Jusoh yang berbunga-bunga hatinya dapat berbesan dengan Billionaire. Ingat senang nak dapat?

Dalam suasana ceria peluh hilai tawa, ada hati yang gundah. Datin Asra menjeling suaminya. Senang-senang je Datuk Jusoh bersetuju. Memang Tan Sri dan Puan Sri baik, tapi pendapat Ariana Rose perlu ditanya juga. Anak perempuannya tu bukan boleh dijangka. Kalau ramai gadis-gadis yang mahu berkahwin dengan anak orang kaya Ariana lebih senang buat dek je. Sudah beberapa orang yang datang merisik ditolaknya mentah-mentah.

Usai habis berbual mesra dan berbincang tentang rombongan meminang, Tan Sri Tengku Mukhriz dan Puan Sri Lisdania memohon diri. Limousine yang disewa dari airport sudah siap menanti di perkarangan rumah Datuk Jusoh. Datuk Jusoh menawarkan diri untuk menghantar mereka di lapangan terbang tetapi ditolak dengan baik oleh Tan Sri Tengku Mukhriz. Dia tak mahu menyusahkan keluarga Ariana. Keputusan Datuk Jusoh untuk menerima rombongan mereka pun dah cukup menggembirakan. Dua bulan dia tertunggu hasil siasatan Razif semata-mata mahu menyatukan Ariana dan Adam. Sekarang misinya semakin hampir…

* * * * *

Adam masih lagi di pejabat. Berbincang dengan Pengurus dari Unit Komunikasi dan Tanggungjawab Sosial Korporat dan Pengurus Bahagian Kewangan syarikat. Sebagai sebuah syarikat konglomerat gergasi di Malaysia, penglibat langsung syarikat dalam tanggungjawab sosial memainkan peranan penting dalam membawa imej syarikatnya yang positif. Selama 5 tahun dia mengendalikan urusan syarikat ayahnya, semakin banyak sumbangan dan penglibatan sosial Panglima Holding. Adam tidak lokek memberi, lagipun cara itu juga dapat mengurangkan jumlah cukai yang dikenakan kepada syarikatnya. Selain menaja pelajar-pelajar berpotensi ke luar negara, Adam biasanya memilih untuk menaja program kebajikan yang ada publisiti dan program alam sekitar yang giat dipromosikan kini.

Senarai penglibatan Panglima Holding dalam program yang berbentuk tanggungjawab sosial serta program-program yang berpotensi diperhatikan Adam. Pengurus Bahagian Kewangan juga melakukan perkara yang sama. Masing-masing sibuk meneliti. Membandingkan antara peruntukan kewangan dan jumlah kos pembiayaan untuk setiap projek yang sedang berjalan dan akan berjalan.

“ Jumlah terbesar untuk sosial responsibility is spent on a new project anak yatim under Dato’ Seri Zahra ye? What so good about the projek? Program ni makan masa lama juga saya tengok, tak bersifat one off macam yang lain” Adam bertanya pengurusnya Encik Asrul. Wajahnya masih serius menunggu jawapan dari Encik Asrul, lelaki yang sudah berusia 40 tahun itu.

“First of all I should say it is a very good project it terms of pelaksanaan dan it is actually designed with objective. Kalau Datuk tengok program yang telah diatur oleh penaja it is not just a donation but it tries to help those anak yatim to be in better condition. We not just give them money and just let them be. We can see their progress from month to month” bersemangan Encik Asrul menerangkan. Adam khusyuk mendengar. Kertas kerja yang memuatkan butiran lanjut program disuakan oleh Encik Asrul kepada Adam. Adam menyambutnya dan terus membelek satu persatu.

“Siapa yang contact awak untuk program ni?”

“Encik Harith, pegawai khas menteri. Projek ni directly bawah Dato’ Seri Zahra and since Dato’ Seri ada hubungan baik dengan Tan Sri Mukhriz dan Puan Sri Lisdania, mereka bagi kita priority untuk jadi penyumbang terbesar. Laipun it’s good for our publicity since this project do get wide coverage from media”

“Okay, good then” Adam senyum. Encik Asrul memang boleh diharap bab-bab publisiti dan projek-projek sebegini. Dia tak kisah kalau tak mendapat publisiti, tapi kalau dapat, itu bonus.

“Total cost is 250,000 ringgit and we are sponsoring 50% from it?” Encik Zamri yang sedari tadi hanya mendengar mula bertanya. Bab apa lagi kalau bab kewangan. Dia yang jaga, perlu lah.

Encik Asrul angguk mengiyakan.

“The rest? Dah ada sponsor” Encik Zamri yang mula bimbang kalau-kalau sponsor tak cukup nanti mereka lah yang kena tanggung. Pasti boleh membiayai, tapi lari lah sikit dari peruntukan yang dah ditetapkan serta forecast kewangan yang mereka dah buat.

“Dah…semua sponsor akan hadir malam ni. Datuk konfem datang kan untuk majlis perasmian? Tiga saluran TV akan ada kat sana”

Bab masuk TV tu yang dia tak suka. Tapi untuk company terpaksalah. Tambah pula Dato’ Seri ada sama. “Konfem. Saya pergi. Awak dengan siapa lagi yang hadir sama Asrul?”

“Saya dan Azwani, Datuk”

“Okay. I think we can dismiss now. Jumpa malam ni lah kalau macam tu. Thanks Asrul and Zamri”

Encik Asrul dan Encik Zamri bangun dari kerusi perbincangan. Bilik CEO Panglima Holding ditinggalkan. Encik Zamri kembali ke departmentnya di aras 23 manakala Encik Asrul terus ke aras bawah untuk pulang. Dia perlu bersiap untuk majlis makan malam bersempena perasmian program anak yatim malam ni. Masuk TV mestilah kena bergaya.

Bosnya tak apa, surau, bilik air semua dah ada kat bilik. Muka pun dah handsome habis, pakai apa pun meletop. Kereta pun bukan sebarang kereta, sekali pecut dah sampai, boleh la balik lambat atau pergi ke sana langsung dari pejabat. Kalau macam dia ni, memang kena touch up dulu. Pakai segak-segak. Kalau tak sememeh orang pandang, jatuh imej company. Habis-habis dia juga la yang kena nanti.

BAB 13

Perkarangan Hotel Marriot Putrajaya dimasukinya. Ariana berdandan sehabis cantik. Lama dia tak berdandan. Sejak kejadian diculik oleh Adam, dia memang murung. Sedih. Pakaiannya pun sememeh je bila ke pejabat. Bila dia ditegur oleh doktor beberapa hari lepas, barulah dia perasan yang dia dah terlampau mengabaikan dirinya sendiri. Adam dah merosakkannya tak kan dia juga mahu terus merosakkan dirinya sendiri ? Sejak hari itu dia nekad mahu melupakan semua yang dah berlaku. Dia nekad mahu menyayangi dirinya sendiri. Kalau bukan dia, siapa lagi?

Dua hari lepas, pulang dari pejabat di terus ke gim. Semalam dia menghabiskan masanya di Equestrian Putrajaya, menunggang kuda dan petangnya pula dia ke spa. Mendapatkan balik semangat dan serinya yang telah hilang.

Usai meletakkan kenderaan, Ballroom Grand Putrajaya 1 dimasukinya. Acara baru sahaja bermula. Seorang penyambut tetamu menunjukkan tempat kepadanya. Meja VIP yang terletak disebelah kiri dewan ditujui mereka.

Ariana mengambil tempat setelah dibawa oleh penyambut tetamu tadi. Beberapa orang VIP lain turut memenuhkan meja. Acara dimulakan bila YB Menteri dan perwakilan syarikat memasuki dewan. Mereka semua ditempatkan di meja tengah,bersebelahan dengan meja Ariana. Meja khas untuk VVIP itu langsung tak dipandangnya. Beberapa acara bermula, dimulakan dengan persembahan, kemudiannya ucap cara YB Menteri di Kementeriannya, dan pemberian sumbangan oleh YB Menteri dan perwakilan syarikat. Wakil media yang berada disebelah kiri dewan sibuk mencatat dan yang mewakili stesen televisyen pula sibuk merekod. Live katanya. Haih, peduli apa aku, bisik Ariana.

Ariana tekun menghadap makanannya. Kadang-kadang dia melayan bicara Encik Harith yang mengambil tempat di sebelahnya. Asalnya tempat itu dikhaskan untuk Ketua Bahagian, tetapi Harith memohon tempatnya ditukarkan dengan Encik Osman yang asalnya ditempatkan di sebelahnya.

“Ariana, ini lah penyumbang terbesar untuk program kita, ” tegur Encik Harith bila satu nama dipanggil untuk naik ke pentas.

Datuk Wira Tengku Adam Kamil bin Tan Sri Tengku Mukhriz.

Sesusuk tubuh yang amat dia kenali diperhatikan. Harith turut sama melempar pandang pada Adam yang sedang bangun dari tempat duduknya. Mata mereka bersatu. Ariana mula gundah. Peluh sejuk sudah memercik didahinya. Matanya dilarikan, berpura-pura tidak mengenali Adam. Senyuman hormat dilemparkan untuk Adam sebelum dia menyambung makan.

‘You don’t know him Ariana! You don’t know him!’ hatinya melaung kuat. Dia tidak mahu mengingati peristiwa itu lagi. Sudah sedia dimasukkan dalam kotak hitam memorinya. Kenapa Tengku Adam muncul lagi? Mahu merobek memori lama? Mencungkil apa yang sedaya upaya dia kuburkan?

“Muda-muda lagi dah jadi Datuk..hebatkan dia ni?” Harith mencelah lagi. Kalau Harith boleh bagi dia masa untuk bertenang, itu lebih baik sebenarnya.

” Pangkat tu boleh dibeli Encik Harith”

” Hisk, awak ni..dia anak billionaire, tapi banyak aktiviti amal yang dia support. Lagipun keluarganya banyak menyumbang pada pembangunan ekonomi negara. Cuba awak kira, dia ada lebih dari 10 buah syarikat besar dari aktiviti perladangan, perkapalan, elektronik, perumahan, perhotelan, dan macam-macam lagi. Dah berapa banyak peluang perniagaan yang mereka boleh sediakan? Tak termasuk cukai yang dibayar kepada kerajaan yang digunakan semula untuk pembangunan negara? Itu sebabnya dia dapat gelaran tu…”

“Biasalah tu Encik Harith, yang kaya senang nak jadi lebih kaya. Kalau macam saya ni, idea ada duit tak ada. Nak buka perniagaan apa? Last-last macam ni lah juga. That is why kalau Encik Harith baca laporan ekonomi negara, hanya 20% golongan yang terkaya di Malaysia yang mengalami pembangunan taraf hidup yang pesat, dan paling teruk adalah golong 40% di bawah. Tiada kemajuan langsung” Encik Harith ketawa mendengar pendapat Ariana. Ariana gadis yang agak lain dari yang lain. Pendapatnya kadang tajam tapi bernas.

“Awak salahkan siapa? Kerajaan?” duga Encik Harith lagi.

“Bukan…maklumat ni kerajaan juga yang keluarkan. Dari situlah kita tahu yang jurang ekonomi antara yang kaya dan yang miskin semakin teruk..dan sebab itu jugalah sekarang ni kita bagi banyak insentif kepada rakyat, macam bantuan duit, laptop, rumah. Banyakkan kemudahan pinjaman, macam program 1Azam tu supaya lebih banyak perniagaan kecil dan sederhana ditubuhkan..Tu semua kan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, tapi sayang…bila kita bagi pertolongan kewangan banyak yang salah guna…” beriya Ariana memberitahu. Kalau dah namanya pegawai tadbir dan diplomatik, gaya bahasanya pun mengganas. Macam nak berdebat di parlimen je. Harith semakin terpesona dengan Ariana. Bukan sahaja cantik, malah bijak dan pandai berkata-kata.

“Encik Harith senyum sorang-sorang ni kenapa? Angau ke?” soal Ariana, pelik dengan lelaki yang sedari tadi asyik memandangnya. Tiba-tiba pula senyum-senyum semacam.

“Awak memang beriya ye bab-bab negara ni?” Harith masih tak lekang tersenyum.

“Nak kata saya beriya ke poyo?” terhambur ketawa Harith. Seisi dewan memandangnya. Harith buat-buat batuk. Jatuh reputasinya sebagai pegawai khas menteri. Laju-laju dia memandang ke depan, buat-buat fokus ke pentas.

- – - – - – - -

Kemesraan Ariana dan Harith Iskandar, Pegawai Khas Menteri mendapat perhatian Adam. Hatinya bagai dipagut gelisah, bagai ditusuk sembilu melihatkan kemesraan Ariana dan Harith. Kenapa dengan dia? Sudah dua bulan dia biarkan Ariana. Melawan egonya dari mencari perempuan yang telah dirosakkan olehnya. Sangkanya egonya telah menang, tapi tak semudah itu. Kehadiran Ariana dengan lelaki lain mencengkam perasaan cemburunya.

Walaupun dia sibuk di atas pentas, berdiri sebaris dengan Y.B Menteri, dirakam oleh stesen-stesen TV dan disiarkan secara langsung, matanya tak lepas dari memandang ke bawah. Ke arah Ariana. Ariana yang duduk dimeja VIP. Sedari tadi Adam memerhatikan Ariana. Meja untuk pegawai perwakilan dari Kementerian. Tak mungkin kerani seperti Ariana menjadi perwakilan Kementerian. Apa profesion Ariana sebenarnya?

“Er Datuk…” Adam pandang lelaki yang menegurnya. Keningnya diangkat tanda bertanya kenapa? Lelaki muda di sebelahnya takut-takut menjawab, “Dato’ Seri dengan yang lain dah nak turun dah tu..” matanya dikerling ke arah Dato Seri yang sudah menjejak tangga. Tinggal dia je yang asyik memerhatikan Ariana sampai tak tersedar apa yang berlaku. Malu je Adam oi! Dah la masuk tv. Perlahan dia memarahi dirinya sendiri. Laju-laju dia mengikut Dato’ Seri dan Ketua Setiausaha Kementerian.

Usai selesai acara pentas. Adam bangun, cuba mendekati Ariana. Dia berpura-pura mahu bersalaman dengan semua wakil Kementerian dan anak-anak yatim. Bila tiba di meja Ariana, Harith pegawai yang banyak berhubung dengan syarikatnya yang menyambutnya terlebih dahulu. Dia mempamerkan riak biasa, tidak mahu sesiapa perasan dengan niatnya yang sebenar. Usai berbual dengan Harith, Adam beralih kepada Ariana.

Huluran tangannya untuk bersalam tidak diendahkan oleh Ariana. Sebaliknya perempuan itu hanya membalas dengan senyuman.

” Terima kasih Datuk atas sumbangan dan komitmen Datuk untuk program ini. Anak yatim sebelah sana ye Datuk ” pendek sahaja ayat yang dituturkan oleh Ariana. Jarinya menunjukkan kearah meja anak yatim di belakang mejanya sebelum dia duduk dan menyambung makan. Mata-mata yang memerhatikannya tidak diendahkan. Dia tahu perbuatannya itu agak biadab, dan mungkin dia akan ditegur nanti. Pedulikan! Hilang kerja pun dia rela.

“Rugi tau awak layan dia macam tu. Bukan senang nak jumpa anak Billionaire” usik Harith yang juga tidak menyangka Ariana langsung tidak tertarik dengan lelaki kaya dan kacak seperti Adam. Bukan kaya yang biasa, anak Billionaire!

Ariana mencebik, “Bayar sejuta pun saya tak hingin Encik Harith”

Perlahan sahaja Ariana mengucapkannya, tetapi masih mampu didengar oleh Adam. Adam geram bila perempuan itu melayannya penuh formal, profesional seperti antara mereka tak pernah bersua muka. Tak pernah berkongsi katil. Adam jadi geram bila tidak diendahkan oleh Ariana, dah la terang-terang memberitahu Harith yang Ariana tak ingin pun kat dia tapi geramnya disimpan. Dua bulan dia cuba melupakan Ariana, kerana ego dia biarkan Ariana sendirian. Tidak mahu mengganggu gadis itu lagi. Elok-elok malam ni, Ariana muncul kembali. Yang memedihkan hatinya ialah Ariana datang dengan lelaki lain. Wajahnya semakin cantik, berseri, bagai apa yang berlaku dulu langsung tidak memberikan kesan pada Ariana.

Adam masih mempamerkan riak professional walaupun Ariana biadap dengannya. Dia terus bertegur sapa dengan beberapa ahli meja yang menempatkan anak-anak yatim.

Habis sahaja acara, Adam keluar terlebih dahulu bersama-sama dengan YB Menteri dan beberapa orang tetamu VVIP lain. Mereka berbual dia VIP lounge room sebelum masing-masing membawa haluan sendiri. Adam menunggu Ariana meninggalkan Ballroom, dia memerhatikan dari lounge area.

Usai Ariana melintasi lounge area, dia terus mendekati. Beberapa mata memerhatikan mereka. Terutamanya perwakilan Kementerian yang lain. Harith tiada dengan Ariana, lelaki itu terpaksa mengikuti YB Menteri.

Ariana yang leka berjalan tidak perasan akan kehadiran Adam. Dia sangkakan Adam dah lama meninggalkan hotel. Sengaja dia tunggu setengah jam baru dia keluar dari Ballroom. Ariana berjalan santai keparkir keretanya diseberang jalan. Terasa seperti dirinya diekori tapi Ariana malas nak perasan. Lagipun ramai yang turut berjalan keluar bersama dengannya.

Remote control kunci keretanya ditekan dari jauh. Ariana terus memasuki perut kereta. Pintu disebelah penumpang turut sama dibuka. Ariana menjerit. Adam cepat-cepat menutup mulutnya dan memintanya diam. Membuntang matanya melihat Adam yang sudah berada disebelahnya.

” Ariana, apa you buat kat sini ? ”

Adam memandang Ariana yang masih cantik dengan sanggul melayu dan baju kurung kain songket warna merah.

Ariana menarik nafas dalam-dalam, cuba mengawal emosinya. Dia perlu bijak kali ini. Tidak mahu dan tidak akan kalah dengan permainan Adam.

Kau dan dia tak pernah berjumpa Ariana. Tak pernah. Tak pernah. Tak pernah! – bisik Ariana kuat bergema kuat dibenaknya. Menggetarkan jiwanya.

” Sorry Datuk, apa Datuk buat dalam kereta saya. I think it is not appropriate if people see you sneaking into my car ”

Adam buat muka pelik. Apa kena dengan Ariana? Hilang ingatan ke?

“Come on Ariana, jangan buat tak kenal lah ”

“Memang kita tak pernah kenal ” Ariana melemparkan senyuman manisnya. Berpura-pura formal.

” Ariana ”

“Ya Datuk? Saya hormati Datuk sebagai sponsor utama event Kementerian saya, tapi saya pohon Datuk hormati privasi saya. Bolehkan Datuk ? ”

“Apa jawatan you kat sini ? ”

“Kerani ” Ariana sengaja nak memulangkan paku buah keras pada Adam. Sedap-sedap kata dia kerani.

“Kerani yang duduk dimeja VIP. Hebat ” Adam turut membalas sinis.

“Ya, saya memang hebat ” selamba sahaja Ariana menjawab. Adam dijelingnya sekilas. Lelaki itu menggelengkan kepalanya bagaikan tak percaya dengan layanan Ariana.

“Can you stop this Ariana. Dah la berpura-pura.Does it hurt so much to remember me? ” puaka mulut Adam. Bukan puaka, tapi celaka! It hurts a lot to remember you! Bentak Ariana, tapi dalam hati sahaja. Dia tak kan kalah dengan permainan Adam.

” Maaf Datuk, saya memang tak kenal Datuk. So please, leave.”

Adam ketawa sinis. Patutlah Ariana langsung tak mencarinya, ada lelaki lain..Hatinya kembali dicengkam resah. Dipagut cemburu.

“Maybe this will cure your memory”

Leher Ariana dipaut oleh Adam. Mendekatkan wajah perempuan itu dengannya. Bibir mereka hampir bertaut tapi pantas Ariana menolak Adam dengan sekuat tenaganya. Hon kereta dibunyikan dengan kuat. Adam terus melepaskannya. Terkejut dengan tindakan Ariana yang lebih agresif dari dulu.

“I will not let anyone touch you EXCEPT me”pintu penumpang dibuka. Adam berjalan laju meninggalkan kawasan parking. Dari jauh kelihatan dua orang pengawal datang kearah keretanya. Ariana membuka cermin kereta dan mengangkat tangan. Keretanya dikeluarkan dari tempat parking, dia berhenti disebelah pengawal.

” Sorry saya tertekan hon tadi ”

Pengawal tadi tersenyum. Perempuan yang bawa kereta, memang macam-macam. Ariana terus memecut laju meninggalkan perkarangan hotel. Malam itu dia tak berani untuk bermalam dirumahnya seorang diri. Kenapa Adam muncul lagi? Baru sahaja dia mahu berasa lega dengan perkhabaran dua hari lepas, Adam datang lagi dalam kehidupannya. Tak habis-habis!

Ariana menghubungi kawan sepejabatnya Lailatul, dia mahu menumpang rumah Laila. Tidak berani untuk kembali ke rumahnya. Dia tahu setakat mana kemampuan Adam. Awal-awal pagi nanti dia akan terus balik sebelum ke pejabat.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

38 ulasan untuk “Novel : The Wedding Breaker 12,13”
  1. freda wan salleh says:

    semoga terus berkarya n finish this wonderful story…can’t wait to know what happens to Adam n Ariana…good job

  2. Dad says:

    Hmm.. dah mula ada babak cubaan BERCIUM antara watak Adam & Ariana yg belum berkahwin. Mungkin ada potensi jika 2 watak ni bernikah kemudian, aksi ransangan 18sx secara halus akan ada nanti.

    Saranan, elakkanlah.

  3. noor wahida says:

    xde ke novel ni kat pasarn..sure i beli..cpt la keluaran novel ni

  4. noor wahida says:

    best sgt…xde ke novel ni ka pasaran..nti dah kuar plase inform me

  5. fiza says:

    cter nie sgt best… x sbo2 nk tggu next entry…

  6. shikinshafinaz says:

    miss rose!!!i’m waiting for ur next entry.ble nk kuar complete novel ni.cant wait

  7. evelyn rose says:

    thanks shikin, fiza,nor wahida and ! tgh siapkan manuskrip :) doakan dapat siapkan pretty soon ;D

    @Daddy : whats coming later is what u need to find out urself by reading it. not gona say much about the plot. but dont be too judgmental in generalizing things. I mean seriously. hwever thanks for ur advise and iAllah :)

  8. diena says:

    lmbt lg ker smbgn cter ni…da xsbr2 nk bc…..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"