Novel : The Wedding Breaker 14,15

14 June 2012  
Kategori: Novel

64,564 bacaan 32 ulasan

Oleh : Evelyn Rose

BAB 14

Esoknya, Adam disuruh Mommy dan Daddynya untuk pulang ke rumah. Habis waktu pejabat, Adam terus ke rumah mereka di Damansara. Kata Daddynya urgent. Kalau Tengku Mukhriz kata urgent memang maksudnya urgent. Kalau tak, tak berkejar dia ke sana.

Usai sampai tangan mommynya disalami. Jam dah menunjukkan pukul 8.00 malam. Makan malam dah pun siap terhidang, Tengku Mukhriz yang baru selesai solat turun dari tingkat atas. Adam menyapa Daddynya dengan mesra.

” Jom makan ” Tengku Mukhriz mengajak seisi keluarganya untuk makan bersama. Keluarganya bukan ramai pun, dia, isterinya dan Adam. Dia mungkin dikurniakan rezeki yang banyak dari segi wang ringgit, tapi rezekinya dari segi anak-anak tak sebegitu. Apa pun dia bersyukur dikurniakan Adam, seorang anak dah cukup dari tiada langsung.

Lama dia tak makan masakan Mommynya. Mommy pun jarang masak, kecuali dia balik ke rumah. Hari-hari biasa Mak Som atau Yanti yang masak. Adam makan dengan berselera. Entah apalah amanat yang papanya nak sampaikan dia pun tak pasti.

” Isya’ nanti kita solat sama Adam ”

Adam rasa macam tercekik tulang ikan tapi yang dikunyahnya adalah ayam. Perit tekaknya mahu menjawab ajakan Daddynya. Gelas air cepat-cepat disambar, dia minum dengan rakus.

” Adam solat sendiri lah Daddy ”

” Ini arahan Adam ”

Owh My God. Dah bertahun Adam tak solat. Macamana nak solat ? Aduhh pening kepala dia berfikir. Nak makan lagi, nak fikir lagi. Daddy ni pun satu, bangkitkan isu ni waktu makan. Kan dah hilang seleranya.

” Okay Daddy…”

Makanan dalam pinggannya dihabiskan secepat mungkin. Adam mahu naik ke biliknya. Dia nak buka laptop, surf internet cara-cara menunaikan solat sebelum dia ke bilik solat untuk solat Isya bersama ayahnya.

Paparan Youtube ditontonnya dengan penuh khusyuk dan tawadduk. Dia boleh ingat pergerakan solat, tapi doa, surah dia tak mampu mengingat dengan baik. Dia hanya ingat surah Al-Fatihah dan surat Al-Ikhlas. Ingat tu pun jadilah bisik Adam sendiri. Selesai mandi dan menukar pakaian, Adam ke bilik solat atau surau dirumahnya di tingkat satu. Kelihatan Tengku Mukhriz dan Puan Sri Lisdania sudahpun bersedia di tikar sejadah. Seorang ustaz pun ada bersama. Lega rasa hati Adam, dibuatnya Daddynya meminta supaya dia jadi Imam memang nahaslah.

Usai solat Isya’ Ustaz tadi memberikan sedikit tazkirah ringkas mengenai kepentingan solat. Adam dengar acuh tak acuh, tapi sedikit sebanyak dia terasa.

‘ kalau kita tak solat, kita jauh lebih teruk dari syaitan. kenapa? sebab syaitan tak mahu sujud pada Nabi Adam sahaja, tapi syaitan tetap bersujud pada Allah ‘

Maknanya dah 17 tahun dia jadi syaitan, ah bukan syaitan tapi lebih teruk dari syaitan. Seusia 30 tahun dia dah lupa cara solat. Ini lah kali pertama Daddynya mengajaknya solat bersama. Adam meraup mukanya, kata-kata ustaz memang terkesan padanya. Mereka semua bersalaman, Ustaz tadi dijemput untuk minum malam bersama. Usai Ustaz turun mengikut seorang pembantu rumah, Daddynya merapati Adam.

” Ada hal Daddy nak bincang dengan Adam”

” Pasal apa Daddy? ”

” Jumaat dua minggu lagi Daddy akan hantar rombongan meminang ”

” Daddy nak kawin sorang lagi? Mommy tahu ke?”

” Isk budak ni, kesitu pulak. Daddy nak pinangkan anak Datuk Jusoh untuk Adam ”

Adam terkejut. Siapa pula anak Datuk Jusoh? Tak habis dia dipaksa kawin dengan Juwita kali ni dipaksa lagi kawin dengan anak orang lain pula.

” Adam bukan nak melawan Daddy..tapi you see what happen the previous time kan? Kahwin ni perlu ada kemahuan dari kedua-dua belah pihak. ”

” You are saying Juwita pun tak nak kahwin dengan Adam ?”

” I’m saying that….well, yes. Juwita tak nak daddy. That woman yang crashed in my wedding was informed by Juwita about our marriage” Hampir-hampir dia terlepas cakap mengenai lakonan Ariana dimajlis kahwinnya, tapi mengingatkan yang gadis itu sudah hilang mahkotanya dek kerana peristiwa tersebut dia tidak mahu menyusahkan Ariana lagi. Kalau daddynya tahu, sah Ariana akan diheret ke mahkamah dengan Juwita sekali.

Akan terbongkar juga rahsianya meniduri Ariana.

Tapi Ariana yang mengaku mengandungkan anaknya di majlis kahwinnya dulu. Kalau kes ni di bawa ke court rasanya dengan tuan hakim pun pening. Sorang kata mengandungkan anaknya, kemudian lepas tu baru diperkosa? Mana boleh. Tak lojik. Mestilah diperkosa dulu baru mengandung. Kalau Ariana mengaku berbohong dan saja mahu menjatuhkan maruah Adam, dia tetap tak salah sebab Ariana masih lagi mengaku pregnantkan anaknya sampai lah malam tu, pada saat kritikal macam tu baru Ariana nak mengaku menipu. Kalau dah sampai tahap kritikal macam tu lelaki mana pun tak kan mampu hentikan niat mereka. Bukan dia je. Nafsu lelaki ni kan satu je, satu dalam fragment yang besar. Seks. Perempuan.

” Ya Allah Juwita….sampai macam tu sekali…” Tengku Mukhriz menggelengkan kepalanyany.. Nak diberitahu pada Tengku Sidin, memang nahaslah Juwita kalau dia tahu. Juwita walaupun saudara jauh dengan Adam tapi tetap keluarga baginya. Tengku Sidin tu garangnya tak bertempat. Kalau dia dikategorikan sebagai tegas dan garang, Tengku Sidin 50 kali ganda lebih garang darinya.

“Jadi betul lah perempuan tu pregnantkan anak Adam?”

Adam jungkit bahu. Tak mahu menjawab. Ariana pregnant ke? Semalam dia tengok perut Ariana macam flat je lagi. Tapi baru dua bulan…macamana kalau betul-betul pregnant?

Tengku Mukhriz sudah tahu apa jawapannya. Dr Rosli sudah awal-awal memberitahunya. Yakinlah dia Adam memang ada hubungan dengan Ariana dan Ariana nak Adam ke fasa serius. Betul telahan Dr Rosli, bisik Tengku Mukhriz meyakinkan dirinya sendiri.

“Adam. Sekali lagi daddy tahu Adam berzina,daddy tak kan berkompromi lagi. Kalau ada perempuan mengamuk lagi, nak heret Adam ke court ke apa, Adam tanggung sendiri. Daddy tahu daddy silap tak bimbing Adam dulu, tapi Adam dah besar panjang Adam. Cuba usahakan untuk cari cahaya Islam tu balik”

Panjang lebar pula ceramah daddynya. Rasanya baru 3 tahun lepas daddynya berubah insaf. Pada usia 59 tahun baru daddy nya nak cari nur islam. Kalau dia contohi daddynya, dia ada masa 29 tahun lagi untuk teruskan kehidupannya sekarang sebelum mula mencari ustaz untuk ajarkan segalanya pasal Islam. Ikutkan hati nak je dia bagitahu daddy nya macam tu, tapi kang tak pepasal lagi murka Tengku Mukhriz. Bala jangan dicari.

“Okay daddy” Adam jawab acuh tak acuh. Sekadar mahu menghentikan leteran Tengku Mukhriz.

“Lepas ni every night Adam datang sini. Makan malam kat sini, solat Isya sama-sama”

Aduhai nak kene solat pula tiap-tiap malam! Rengus Adam dalam hati, tapi mulutnya mengiyakan sahaja. “Ya daddy, kalau Adam tak ada appoinment”

“Jangan nak tembelang Adam. Daddy akan dapatkan schedule Adam dari Farah. Remember you gona be a husband soon Adam. Daddy tak nak Adam jadi macam daddy dulu….Siap sedialah sekarang Adam untuk bimbing anak isteri Adam…” lemah bunyi suara Tengku Mukhriz, penuh penyesalan.

“Come on daddy….nak Adam kawin juga ke? Is that plan still on?”

“Of course!” tegas Tengku Mukhriz menjawab.

“Who is she? Adam tak kenal pun anak Datuk Jusoh tu….can you give me a choice? At least?”

“Berapa banyak peluang daddy dah bagi kat Adam, cuba Adam ingat balik? Zatty Adam kata tak setaraf, Lisa Adam kata playgirl, Liyana yang tergilakan Adam dulu sampai abangnya Ramzul tu bermusuh dengan kita pun Adam kata tak sepadan juga. Siapa yang sepadan dengan Adam?”

Hadui..makin panas perbincangan mereka. Tak pernah daddy nya mengungkit macam ni. Memang semua perempuan yang daddy nya sebut tu dia tak berkenan. Semuanya model, artis, pelakon. Memanglah cantik, tapi kalau cantik je otak tak ada, tayang tubuh je tahu tak kan lah dia nak ambil buat ibu pada anak-anaknya nanti? Bila berbual pun hanya tahu merengek, ajak dia shopping, tak kanlah dia nak hidup dengan perempuan macam tu sampai ke mati? Lagipun, sangat obvious yang dorang semua tu nak kan hartanya. Siapa nak tanggung kos suntik silikon di dagu kalau bukan dia? Mutual benefit lah. Dia dapat apa yang semua lelaki impikan, bersama perempuan cantik yang popular, dan mereka semua dapat duit, sponsorship darinya.

“Daddy, you know who are they kan? They want my money! I’m not dumb” suara Adam mula meninggi. Tengku Mukhriz buat muka annoying dengan perangai anaknya.

“Okay, this Rose anak Datuk Jusoh kawan papa di Kelantan is your match” suara fakta dri Tengku Mukhriz. Siap dengan tangannya digayakan ala pemidato. Nak ketawa pula Adam melihatnya. Macam tu sekali semangatnya Tengku Mukhriz kali ni.

Rose anak Datuk Jusoh? Entah-entah namanya Rosnah Binti Jusoh. Panggilan glamour Rose. Mengekek Adam ketawa dalam hati. Kalau daddy nya tahu apa yang dia dok fikir, mengamuk orang tua tu.

“Adam tak kenal dia”

“Adam nak kenal dia dulu? Nak jumpa?”

“Not interested. Tunggu majlis kawin lah Adam jumpa. Nak tak nak Adam kena terima kan daddy?”

Terasa dirinya diperli oleh anak sendiri. Tak semena-mena Tengku Mukhriz cuba membela diri, “Ni pilihan terbaik untuk Adam. She is pretty.”

Kepala Adam membayangkan Ariana Rose. Tiada gadis secantik Ariana di matanya.

“She is educated. Graduate Master in Management and Politic from Cambridge University”

Terus nama Ariana padam. Ariana kerani. Penolong Setiausaha kata Hilmi. Sama lah tu macam kerani.

“She did her A-level also in Cambridge, a straight A’s scorer”

Wajah Ariana masih tak mampu timbul kembali. Ariana lulusan SPM. Ye lah, kalau dah kerani lulusannya mestilah SPM.

“Ayahnya politician in Kelantan and owned his own construction company”

Ayah Ariana peniaga gerai.

“Her mom owned a Beauty House and Boutique in Kelantan”

Mak Ariana? Hmm..tak tahulah dia apa kerjanya. Tak pula Hilmi bagitahu.

Ariana hanya menang pada cantik. Yang lainnya tersadung kalah….tapi wajah tu juga yang dia ingat. Wajah tu juga yang buat hatinya tak keruan. Apa ada pada Ariana? Kalau hanya cantik, kekasihnya yang lain supermodel. Cantik juga. Ariana bagaikan magnet padanya. Hatinya berdegup kencang setiap kali berada dengan Ariana..

“Adam dengar tak apa daddy cakap ni?” bengang pula Tengku Mukhriz bila Adam mula melangut. Langsung tak memberi respon.

“Dengar. Okay fine, daddy. Majlis kawin I will see her. For the time being I want my freedom”

Tak berubah-ubah juga Adam ni. Bagi nasihat kat anak terunanya ni macam curah air di daun keladi. Buat habis air liur je. Lantak kau lah Adam! Tengku Mukhriz dah mula marah. Kalau Adam nak jumpa waktu akad nikah, let it be. Dia sendiri pun tak akan sesekali memberikan informasi pada Adam mengenai tunangannya nanti. Pandai-pandai lah nak hidup. Tegar sangat nak jumpa waktu akad nikah. Get what he wish.

“Sure. Majlis tunang 8 Mei 2012. Majlis kahwin 3 months after. 17 August ”

3 bulan? Cepat sangat tu..telah Adam.“What so rush? Client kilang elektronik dari Jepun kan datang sini 8 Mei daddy..”

“Hadir akad nikah je. Tunang tak payah. Bukan elok si terunanya ada sama waktu bertunang. Kita ni kerabat kena ikut adat. Daddy dengan mommy uruskan semua,Adam tak payah nak complaint”

Adam jungkit bahu. Whatever.

“Okay” pendek sahaja balasnya pada Tengku Mukhriz. Cakap banyak pun tak guna. Kalau dah Tengku Mukhriz kata macam tu, macam tu je lah….

“Adam balik dulu la daddy, esok meeting awal. I get your point, August my wedding ”

Adam terus meminta diri. Itu rupanya hal penting yang Daddynya nak bagitahu. Dia meninggalkan Villa Indah dengan perasaan sebal. Asyik-asyik kena paksa kahwin. Baru beberapa bulan tarikh perkahwinannya dengan Juwita, dah ada calon baru. Mukanya dah nampak desperate sangat ke nak berbini?

“Siapa yang sepadan dengan Adam” soalan ayahnya diulang tayang.

Hanya Ariana yang terbayang di benaknya. Tapi sayang …..Dia takut mengahwini Ariana akan menjatuhkan statusnya di mata kawan-kawannya yang lain. Peluang untuk menjadi perempuan simpanannya pula, Ariana tolak mentah-mentah.

Kenapalah dia boleh rindukan gadis itu?

Gadis? Adam senyum sumbing, sudah bukan gadis lagi. Dia orang pertama menyentuh Ariana. Memang nikmat menjadi lelaki pertama, tapi lebih nikmat jika hanya dia sahaja yang menyentuh Ariana. The one and only. Sakit hatinya melihatkan Ariana dengan Harith. Lelaki itu pun boleh tahan kacaknya…Dia mahu mendekati Ariana sekali lagi, tapi perempuan itu langsung tidak heran dengan kehadirannya. Berpura-pura tidak mengenalinya…Kusut kepalanya bila memikirkan Ariana! Hati kata mahu, ego kata jangan, tapi bila jumpa tangan tak boleh nak dok diam! Asal dekat Ariana je, tarikan tu bagaikan magnet. Magnet yang asyik melekat tak mahu lepas.

Adam mendengus.Pedal minyak ditekan, arah laluannya juga berubah. Niat awal untuk terus balik ke rumah dibatalkan. Sebaliknya Audi R8 diarahkan ke sebuah kelab. Dia perlu melupakan Ariana. Kat sana ramai perempuan lain akan membantunya melupakan Ariana. Adam senyum.

BAB 15

Semalam dia mabuk lagi, Zahidah atau nama glamournya Zatty yang membawanya balik ke kondonya. Adam melihat disebelahnya, tiada pula Zatty disitu. Kepalanya terasa berat tapi dia gagahkan juga untuk bangun. Kelibat Zatty dicarinya.

Perempuan bertubuh tinggi lampai, berkulit cerah dan rambut lurus paras bahu sudah siap menyiapkan sarapan untuknya. Wajah Zatty masam sahaja. Merajuk? Kenapa? Soal Adam pelik. Biasanya Zatty akan bawa makanan tu ke bilik. Bed Breakfast yang selalu dibuat bila mereka bersama.

“Hi” tegur Adam sepatah. Kerusi ditariknya untuk duduk. Zatty masih membisu. Mukanya masam mencuka. Buruk bebenor Adam melihatnya.

” You ni kenapa? Pagi – pagi dah tunjuk muka kebebet ni kat I ? ” suara Adam mendatar. Tiada riak mahu memujuk.

” Siapa Ariana?”

” Kenapa you tanya ? ” Kenapa nama Ariana juga yang naik pagi-pagi ni? Dia nak lupakan Ariana, si Zatty ni pula yang naikkan nama perempuan tu. Tak habis-habis.

” Dah dua malam Tengku…” dua malam apa? Apa yang Zatty nak sampaikan ni? Wajah Zatty dicerlungnya. Apa kaitan dua malam mereka bersama dengan Ariana?

” Siapa yang Tengku ingatkan when you are sleeping with me? Jangan gunakan saya when you mind is so flooded with Ariana! Tengku menjatuhkan maruah saya!” Serius Zatty memarahi Adam.Supermodel yang digilai oleh ramai lelaki macam dia boleh diperlakukan sebegitu oleh Tengku Adam.

Apa yang dia dah buat? Adam bungkam.

” I tak fahamlah apa maksud you? You nak nak duit I dah bagi kan? What else? Jangan nak cari pasal dengan I pepagi ni boleh tak? ” spoilkan hari minggunya sahaja. Ingatkan hari Ahad macam ni boleh berehat. Celik mata je dah ada yang nak cari gaduh. Adam merengus.

” Tengku, kalau malam lepas saya boleh tahan. Tapi kalau dah dua kali it happen, I can’t. Tengku carilah perempuan lain untuk Tengku gunakan. Not me. Jijik Tengku. Jijik ! ”

” What is so wrong with you? Sejak bila tidur dengan I dah jadi jijik Zatty? ”

” Sejak you keep on calling Ariana’s name while doing ‘it’ with me! ” Meja makan ditinggalkan. Zatty mencapai handbagnya sebelum terus meninggalkan Adam yang masih tercangak, terkejut dengan apa yang Zatty sampaikan.

- – - – - – - – -

Cuba mencari ketenangan dengan perempuan, makin menyerabutkan kepalanya ada. Lebih baik dia ke Royal Selangor Polo Club, menunggang kuda. Sudah berminggu dia tidak menjenguk Bucephalus, kuda hitam dari keturunan Arab yang dibelinya dari seorang jutawan arab saudi. Bucephalus dinamakan sebegitu kerana fizikal dan kekuatannya seperti kuda hitam milik Alexander The Great yang juga bernama Bucephalus. Dia jatuh hati dengan Bucephalus sewaktu ke rumah kawannya Thoriq Hamdi di Riyadh 8 tahun lepas. Bucephalus diterbangkan ke England untuk tinggal bersamanya di sana, sebelum kemudiannya diterbangkan pula ke Malaysia 5 tahun lepas. Bila dia mengambil keputusan untuk bermastautin di Malaysia atas desakan Tengku Mukhriz.

Bucephalus dijaga oleh pihak Royal Selangor Polo Club, dia membayar kos makan, penjagaan, sewa kandang dan upah penjaga kuda. Encik Azman yang mengendalikan kuda di situ memang boleh diharap. Encik Azman juga penggemar kuda. Dia menyalami Encik Azman sebelum ke kandang di mana Bucephalus ditempatkan.

Kuda hitam yang tinggi dan sasa menjerit sakan bila melihat tuannya datang. Pasti Bucephalus rindukannya. Adam ketawa melihat keletah Bucephalus. Kuda tidak seperti manusia, dia tahu apa yang ada diminda tuannya walaupun tanpa komunikasi yang nyata.

” How are you my little boy…” Kepala Bucephalus diusapnya penuh sayang. Beberapa ketul lobak merah dihulurkan kepada Bucephalus.

Bucephalus makan dengan sakan. Kepalanya digeselkan pada Adam. Gembira dapat kembali melihat tuannya. Sudah berminggu Adam tidak datang menunggang.

” Makan kenyang-kenyang…nanti kita jalan-jalan”

Bucephalus menyahut kata Adam dengan anggukan. Kepala Bucephalus direndahkan, meminta tuannya mengusap. Adam ketawa. Kepala Bucephalus diusapnya lagi. Sebelah lagi tangannya menyuakan makanan.

Bucephalus di bawa keluar dari kandang untuk outride di trail yang telah disediakan oleh pihak Royal Selangor. Hutan kecil dilalui oleh mereka. Terasa tenang bila dapat menunggang di kawasan sebegitu, biasa dia akan menunggang di hutan kecil di England bila kepalanya agak berserabut. Jika dia dalam mood biasa, Bucephalus akan dibawa ke gelanggang untuk berlumba dengan kawan-kawannya.

Adam memberhentikan Bucephalus di bawah sepohon pokok yang agak rendang. Badannya dijatuhkan untuk berbaring di atas Bucephalus. Bucephalus membiarkan sahaja tuannya, dia sudah masak benar dengan perangai Adam.

” Dont you feel lonely, Bucephalus”

” Kau tak ada girlfriend. Tak ada isteri…tak ada anak-anak…Dah 8 tahun kau tinggal dengan aku, tapi aku tak carikan kau isteri pun kan? ”

Bucephalus menggerakkan ekornya, melibas ekornya yang panjang hingga terkena kepada Adam. Adam ketawa. Dia tahu Bucephalus faham apa yang dibualkan.

” Kau nak isteri eh? Nanti aku belikan satu…”

Bila Bucephalus mengeluarkan bunyi, dia ketawa lagi. Terus dia teringatkan Daddynya yang tak habis-habis memaksanya untuk berkahwin..Mungkin perasaan Daddynya sama seperti apa yang dia rasa untuk Bucephalus. Mahukan yang terbaik untuk kudanya itu. Adam sudah tidak pasti samada mahu pasrah dengan pilihan Daddynya, atau…cuba mendekati Ariana.. tapi antara dia dan Ariana tidak mungkin akan terjadi sebuah perkahwinan. Ariana bukan dari golongan sepertinya..nanti dia akan ditertawakan jika memilih isteri yang hanya berkelulusan SPM, anak peniaga gerai? Antara dia dan Ariana ada chemistry yang kuat, hingga sekarang dia masih belum mampu melupakan wajah mulus Ariana Rose. Ariana Rose yang cantik secantik mawar merah, tapi durinya tajam hingga dia tidak mampu menyentuhnya sekali lagi.

” Ehekkkk!!! ” Bucephalus berbunyi kuat, mengejutkan Adam.

Kudanya itu mula berlari anak. Adam terus menegakkan diri. Tali pedal dipegangnya kemas. Larian Bucephalus semakin laju…angin yang menempias mukanya terasa sungguh nyaman. Mereka menuju ke kawasan padang yang lebih luas. Bucephalus menguatkan lagi lariannya. Adam memejamkan mata, Bucephalus dipecutnya hingga dia dan angin mula bersatu.

- – — – – - – - – –

Usai meletakkan Bucephalus kembali ke kandangnya, memberi makan dan membasuh tubuh Bucephalus, Adam ke Coffee House. Meja paling tersorok dipilihnya, dia tidak mahu diberikan perhatian oleh mana-mana ahli perniagaan yang mencari rezeki ditempat sebegini. No Business On Sunday, itu prinsipnya. Berbual kecil mengenai bisnes pun tidak akan dilayan jika hari itu adalah hari Ahad.

Segelas juice dan chicken chop dipesannya. Dalam 15 minit makanannya sudah siap terhidang. Dia mengadap dinding, membelakangkan mata-mata yang memasuki coffee house tersebut. Dia betul-betul tidak mahu diganggu.

“Silakan duduk Miss Rose” bunyi kerusi ditarik agak jelas kedengaran di telinga Adam.

” Thanks” si gadis membalas. Macam pernah didengar suara ini..bisik Adam. Tapi dibiarkan sahaja. Dia terus menyuapkan makanan.

” You nak makan apa? Minum?” si lelaki bertanya lagi.

” Hmm..teh tarik. Minum je”

” Okay..” kedengaran si lelaki memanggil waiter. Kemudian memesan makanan dan minuman.

“Biasanya bila riding session untuk disabled ni diadakan Faizul?”

” Tiga kali seminggu. Selasa, Rabu dan Khamis..dari pukul 10.00am hingga 12 tengah hari. Sekarang ni Hazrin Abdullah yang lead altogether with dua foreigners”

” I nak register untuk one disabled school yang I jaga..but time allotment I tak boleh nak datang pula. Weekdays I kerja”

” Takpe…I boleh tolong jagakan, plus cikgu sekolah tu adakan?”

” Ada….Nanti I minta cikgu in charge contact you dulu ya..I teringin nak volunteer juga..takde untuk weekend?”

Lelaki yang sama ketawa, ” Tak ada…you are very kind Ariana Rose”

Adam tersedak. Cepat-cepat dicapainya juice dragon fruit. Ariana Rose? Memang bayang perempuan ni akan sentiasa mengekorinya. Macam hantu. Itulah buat dosa sangat dengan perempuan tu. Dah buat dosa, tidak mahu bertanggungjawab. Padan muka kau Adam!

Adam mengintai ke belakang. Topinya diturunkan sedikit agar Ariana tidak mengecamnya. Memang jelas, Ariana Rose bt Hussein sedang berbual mesra dengan seorang lelaki muda. Mungkin lewat 20an. Ariana semakin cantik bila wajahnya yang putih menjadi kemerah-merahan. Mungkin baru lepas menunggang. Rambutnya yang panjang diikat tocang.

Lelaki yang dipanggil Faizul tadi sibuk memandang Ariana. Tidak berkelip. Kalau nak berbincang pun tak perlu lah nak pandang lama-lama. Macam tak pernah tengok perempuan cantik. Herdik Adam dalam hati. Kalau ikutkan hati mahu sahaja disuruhnya si Faizul tu ketepi.

” No lah Faizul..I just love being around horses and helping those kids buatkan saya rasa puas. Kalau ada masa awak bolehla lawat dorang. Sekolah dorang area sini je. Saya selalu pergi weekend”

” Menarik juga tu. Next week boleh saya pergi dengan awak” Faizul ketawa lagi. Ketawa yang menyakitkan hati Adam. Bukan nak buat volunteering, nak menggatal sebenarnya tu. Herdik Adam lagi. Chicken Chopnya sudah siap dicincang lumat sambil telinganya sibuk mencuri dengar perbualan Ariana dan Faizul.

“Boleh je…you are most welcome. Nanti saya akan kenalkan awak dengan Mia dan Azri. They are very cute..walaupun keduanya ni ada disability, Mia kena demam panas waktu kecil yang menyebabkan dia hilang suara…Azri pula down syndrome..tapi dorang berdua ni sangat positif dalam hidup dia. Bila awak tengok bagaimana bersemangatnya dorang ni teruskan kehidupan, we will feel so grateful. Hilang habis semua masalah yang terbeban ” Ariana senyum. Faizul semakin cair. Adam semakin membahang menahan marah.

” Jarang saya jumpa perempuan muda macam awak yang sanggup turun padang buat volunteering untuk golongan macam mereka ni Rose, inshaAllah, next week saya pasti akan ikut serta. Boleh kita bincang dengan cikgu sekolah tu about your plan untuk mendaftar. Pasal bayaran, kita boleh carikan sponsor untuk mereka”

“Thanks Faizul…Thanks a lot…riding for disabled ni saya dah mula buat kajian last few months. Waktu saya join Horse Riding di Serdang, ada few kids ada disability ikut therapy ni, and it works for them. Cuma, tak semua orang ada duit kan nak ikuti kelas theraphy macam ni. Kalau ada orang yang sanggup menyumbang that would be great….Saya akan cuba tampung mana mampu” Ariana senyum lagi.

” Okay, inshaAllah. Kita cuba usahakan sama-sama” Faizul senyum meleret. Cuba usahakan sambil mengorat anak orang. Cemuh Adam lagi. Dia bangun. Bahu Faizul ditepuk. Faizul berpaling memandang Adam.

” Hye…! Datuk…!” Faizul menghulurkan tangan untuk bersalaman. Adam menyambut baik. ” Duduk dulu Datuk” Adam mengangguk. Makanannya di bawa ke meja Ariana dan Faizul tanpa malu.

“Do you mind?” dia berpura-pura bertanya Ariana. Tanpa menunggu jawapan, kerusi disebelah Ariana ditariknya.

“Rose, kenalkan ni Datuk Wira Tengku Adam Kamil. Datuk, kenalkan ni Ariana Rose” Ariana hanya mengangguk. Adam pun sama. Masing-masing diam. Faizul terasa canggung dengan perlakuan mereka.

“Mmm korang dah kenal ke?”

“Dah” konfiden jawapan Adam. Ariana pucat. Apa yang akan Adam beritahu kepada Faizul?

“Datuk ada sponsor satu program anak yatim yang Kementerian saya anjurkan” Ariana senyum pada Faizul. Adam dibiarkannya.

” Saya terdengar perbualan korang berdua tadi. Saya agak berminat untuk membantu dari segi kewangan. Kalau Cik Ariana tidak keberatan you can brief me about it.”

Adam sengaja cari pasal, bisik Ariana. Tapi dia memang perlukan sumber kewangan untuk kanak-kanak kurang upaya mengikuti kelas menunggang kuda tu.

“I can brief you now kalau Datuk okay?”

Adam geleng, ” I dont talk about business on Sunday. You can come to my office anytime you are free”

” I won’t be able to make it on weekdays. So…maybe tak ada rezekilah saya nak terima sumbangan dari Datuk”

” You macam tak serious je nak cari sponsor” Adam senyum. Sengaja mahu menduga kesabaran Ariana. Dia tahu Ariana cuba mengelat. Bepura-pura tak kenal konon…tapi cuak, bisik Adam dalam hati sambil matanya tak lepas merenung Ariana. Faizul hanya memerhatikan dari tadi. Macam tak sebulu je dua orang ni, bisik Faizul.

“I am serious. Cuma saya kerja on weekdays”

” Habis kerja?”

“5.30 pm”

“Datang after 5.30 pm then. Saya ada di pejabat. It’s up to you, if you are serious wana help the needy why not pull some effort?” kata-kata Adam ada betulnya. Kalau dia serious mahu membantu anak-anak kurang upaya tu, sepatutnya dia ketepikan masalah dia dengan Adam.

“Okay…Rabu ni lah kalau macam tu. Saya lapang sikit on that day. Ofis Datuk kat mana?” Adam keluarkan business card nya. Tertera namanya, alamat, dan nombor telefon pejabat.

“Call my secretary untuk set appoinment. Rabu 6.30pm?”sekeping kad nama disuakan kepada Ariana. Kad nama disambut.

” Hmm okay, I think I can make it at 6.30pm”

” Okay. See you then”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

32 ulasan untuk “Novel : The Wedding Breaker 14,15”
  1. farra says:

    ohhmy , nak cari novel ni area melaka dan johor . kalau ada tolong bagitahu kay ? Nice karya , Love it !

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"