Novel : The Wedding Breaker 16,17,18

22 June 2012  
Kategori: Novel

73,091 bacaan 43 ulasan

Oleh : Evelyn Rose

BAB 16

Satu folder yang memuatkan kajiannya mengenai Equine Assisted Therapies dimasukkan ke dalam tas tangan. Ariana terus ke lot parking, sebelum memandu laju menuju ke Wisma Panglima di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Lalu lintas di lebuhraya agak lancar, tetapi sangat sesak bila tiba di pusat bandar. Setengah jam dia bersesak dalam lalu lintas, usai sampai di hadapan Wisma Panglima jam sudah pun menginjak ke pukul 6.45pm. Harap-harap Adam masih menunggu…

Wisma Panglima yang gah mencecah langit dimasukinya. Dia ke kaunter, memberitahu tujuan kedatangannya kepada gadis melayu yang bertugas di situ. Kad pengenalannya diberikan kepada gadis tersebut sebelum dia diberikan pas pelawat untuk ke tingkat 38 tempat letaknya pejabat Adam. Tergesa-gesa dia ke lif, bertembung dengan beberapa orang pekerja yang baru hendak pulang ke rumah.

Sampai ke tingkat 38, dia memasuki satu lagi pintu. Pas keselamatan di scan sebelum pintu dibuka. Canggih. Macam-macam peringkat perlu dilalui untuk bertemu anak Billionaire ni. Seorang gadis resepsi menyambutnya mesra. Gadis tersebut menelefon setiausaha kepada Adam sebelum meminta dia ke bilik Adam a.k.a CEO Panglima Holding. Aras tersebut hanya menempatkan bilik Adam, bilik penasihat kepada CEO, tiga bilik mesyuarat, tandas, surau, dan bilik utiliti.

“ Cik Ariana Rose ?” kedatangannya disambut oleh Farah, setiausaha Adam. Cantik orangnya, masih muda. Entah kenapa menyelinap rasa cemburu di hatinya.

“ Ya, saya.” Ariana melemparkan senyum. Tangan Farah disalaminya.

“ Bos ada kat dalam, Cik masuk je ye. Dia dah maklum”

Pintu Adam diketuknya sebelum dibuka. Kalau nak dengar Adam kata “masuk” baru dia nak masuk sah dia tak kan dengar sebab pintu tu memang tebal!

Bilik Adam sangat luas. Siap ada tandas dan surau lagi kat dalam. Sekeliling bilik dipenuhi tingkap kaca dari lantai hingga ke siling. Rak buku juga memenuhi dinding tepi sebelah kiri. Meja bincang di hujung menghampiri tingkap, sofa bersebelahan tempat dia berdiri sekarang. Dia masih tercegat di situ. Adam masih khusyuk membaca beberapa dokumen di mejanya. Mukanya diangkat, serius.

“Duduk Cik Ariana, sebelum tu tolong tutup pintu” pintu yang di kuak seluasnya tadi ditutup perlahan.

Ariana berdebar. Hanya ada Adam dan dia di bilik tersebut. Tingkat 38, yang hanya ada bilik Adam di sayap kiri, dan bilik penasihatnya di sayap kanan. Nasib baik Farah masih ada. Dia ada mengajak Dewi, cikgu di sekolah kanak-kanak OKU untuk datang bersama tapi Dewi terpaksa menarik diri di saat akhir.

Baru je dia nak mulakan mukadimah, Adam mengangkat tangan tanda mahu dia tunggu. Telefonnya didail. “ Farah, kalau you nak balik dulu you balik lah”. Diam. “Okay, thanks Farah”. Gagang diletakkan. Adam kembali memandangnya.

“ Teruskan”

Adam yang serius. Ariana jadi gugup.

“Thanks Datuk for giving me this oppurtunity..” Ariana berhenti sejenak. Matanya memandang Adam memohon kebenaran untuk terus dengan briefing. Adam mengangguk barulah Ariana teruskan butir bicaranya, “Untuk pengetahuan Datuk, projek yang saya sedang usahakan ni melibatkan kanak-kanak kurang upaya di sekitar Kuala Lumpur yang berdaftar dengan Training Centre for Handicapped Children di Ampang. Ada 30 orang kanak-kanak kurang upaya yang mengikut latihan kat sana.”

“ Dah lama awak in charge kat sana ? ” soal Adam. Matanya memandang Ariana tepat pada anak matanya. Dada Ariana berdegup kencang bila pandangan mereka bertaut. Cepat-cepat dia melarikan pandangan. Sudah tidak berani melihat wajah kacak itu lagi.

“ Last two months ” jawab Ariana perlahan. Matanya tertancap pada skrin computer ribanya yang memaparkan slide proposal yang sedang dia kemukakan pada Adam. Dua bulan lepas. Dua minggu selepas Adam Kamil menodainya. Dia yang hilang punca kekuatan mula kembali mencari kekuatan tersebut dengan melakukan kerja-kerja amal. Melihat anak-anak kurang upaya mengingatkannya tentang erti syukur.

Seperti memahami gelodak jiwa Ariana, Adam cuba menukar topik, “ Hm…apa jenis kecacatan dorang ? For example ? ”

“ Jenis-jenis kecacatan ni pelbagai Datuk, termasuk kecacatan fizikal macam cacat penglihatan, kurang pendengaran, bisu dan kecacatan mental macam down syndrome, autistik dan dyslexia. However, one thing you should know, tahap kecacatan setiap individu ni berlainan. Keupayaan juga berlainan, jadi untuk mengklasifikasikan keperluan setiap orang berdasarkan jenis kecacatan is not that possible.”

Ariana nampak lebih bersemangat bila bercerita mengenai kanak-kanak di sana. Adam meneruskan persoalannya tentang projek yang Ariana cuba usahakan.

“Okay, so how that riding therapy gona help them?”

“For horse riding therapy, it has Equine-Facilitated Psychotherapy, Hippotherapy, Therapeutic Driving and Therapeutic Riding which, each of them will cover different area of disabilities.”

“Such as?”

“In this case saya akan fokuskan on Therapeutic Riding, Equine-Facilitated Psychotherapy dan Hippotherapy which is being offered by RDA di Selangor Royal Polo Club. Tapi untuk memahamkan Datuk, saya ambil contoh Hippotherapy. Therapy ni digunakan untuk kecacatan fizikal dan kebolehan bertutur especially untuk kanak-kanak yang ada autism, cerebal palsy, arthritis, multiple sclerosis, head injury, stroke, spinal cord injury, behavioral disorders and psychiatric disorders. When the children ride a horse, this three dimensional movement imitating human movement which will help them improve their neuromotor and sensory dysfunction.”

Bersemangat Ariana memberitahu siap dengan gayanya lagi. Adam rasa macam nak senyum tapi ditahannya. Dia tak mahu Ariana kekok dengannya.

“Peratusan kejayaan?”

“It’s been widely acknowledged Datuk..all over the world. Started from Germany then it’s being spread out sampai lah ke Malaysia..I will show you this one successful case.

It’s about Melanie a little girl yang dilahirkan tidak boleh berjalan. Doctor said it’s not possible for her to walk, then her parent bring her for Hippotheraphy, for two years..and now she can walk! Many cases like this had happen Datuk..” sedari tadi Ariana sibuk menjukkan slide dan video yang dia sediakan di skrin notebooknya. Wajah Adam langsung tidak dipandangnya.

“Okay…interesting. Cik Ariana, next time kalau you buat presentation,look at your audience not the screen. Kalau awak ni pekerja saya, saya akan minta awak ulang balik.”

Ariana tunduk. Membahang mukanya, malu bila ditegur begitu. Kalau lah dia boleh pandang muka Adam macam antara mereka betul-betul tiada apa-apa. Tidak pernah bersua. Totally professional. Dia tidak seperti Adam, Adam bijak menyorokkan rasa, atau memang apa yang berlaku langsung tidak terkesan di hati Adam?

“Okay Datuk..saya minta maaf…So apa keputusan Datuk?” Wajah Adam dipandangnya. Lelaki kacak idaman malaya. Datu Wira Tengku Adam Kamil…lelaki sama yang memainkan perasaannya. Meragut mahkotanya, memijak maruahnya..dan wajah itu masih serius memandangnya.

“I think we are not done yet Cik Ariana. Saya masih ada beberapa pertanyaan”

“ Maaf Datuk. I’m listening”

“ Berapa kos rawatan untuk setiap kanak-kanak tu? Berapa lama sesi yang awak plan untuk diberikan kepada mereka atas sponsorship dari company saya?”

“ Untuk permulaan, give them 10 sessions Datuk…Kos untuk therapy untuk 10 sessions is RM 1500.00 perperson”

“ How many kids?”

“ Untuk permulaan 10 Datuk, untuk mereka yang betul-betul tak mampu…” mata Adam direnungnya penuh mengharap. Ada riak sedih dimata Ariana Rose..Riak yang berjaya melembutkan hati Adam.

“Okay..saya setuju, tapi dengan satu syarat”

Syarat lagi…

“ Saya nak tengok sendiri kanak-kanak tu nanti”

“Owh…Boleh Datuk.. Tak ada masalah. Ni alamat mereka. Biasanya beroperasi pada pukul 8.00 hingga 5.30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, dan pukul 8.30am hingga 2.00pm untuk weekend” satu brosur dihulurkan kepada Adam. Adam menyambutnya.

“I will go there with you”

Nak je dia kata NO tapi dia perlu ketepikan kepentingan peribadi. Masa depan kanak-kanak tu lebih penting dari kemahuannya sendiri. Akhirnya Ariana mengangguk bersetuju.

“ Sabtu ya Datuk, pukul 8.30 pagi saya dah ada kat sana”

“Faizul ada sama?” Ariana angguk. Kalau faizul ada sama lagilah dia kena pergi sama, bisik Adam.

“Kalau takde pape lagi, saya pergi dulu Datuk” Ariana bangun. Menolak kerusinya ke belakang. Adam turut sama bangun.

“ Kita turun sama its almost 8.00, saya stay pun sebab awak Ariana”

“Dah pukul 8.00? Surau level mana ya Datuk?”

“ Solat kat sini je. Kat surau di bilik saya, awak ambil telekung Farah kat meja dia kat luar. Saya siapkan kerja saya dulu sementara tunggu awak”

“Tak pe lah Datuk…”

“Ariana, surau kat bawah tu dah gelap. Awak nak ke sana sorang-sorang?”

Takut pula dia kalau gelap. Dia memang takut gelap. Terasa lemas, semacam ruang-ruang menghimpitnya. Terus dia geleng. Telekung Farah diambilnya.

“ Datuk tak nak solat sama? Boleh berjemaah” boleh dapat pahala 27 kali ganda. Walaupun dia tahu Adam bukannya sembahyang, tapi diajaknya juga. Sekurang-kurangnya di akhirat kelak Adam tak boleh nak salahkan dia tak mengajak nanti. Hisk, tak ikhlas kau Ariana!

Adam pandang muka Ariana. Pertama kali dia sembahyang dengan Ustaz Hakimi dan keluarganya minggu lepas. Sejak hari tu dia berjemaah dengan keluarganya, tu pun atas desakan Tengku Mukhriz.

Selepas solat biasanya Ustaz Hakimi akan memberikan tazkirah ringkas, pelajaran baru untuk mereka. Baru dia tahu apa hukum berzina. Dia tahu ianya satu dosa, tapi tidak pula dia tahu beratnya dosa berzina. Ustaz Hakimi pernah memberikan tazkirah kepada mereka mengenai zina. Katanya zina ada 4 jenis, zina hati, zina mata, zina telinga dan zina perbuatan.

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”.

(Surah An- Nur ayat 2)

Hukuman zina sangat besar. Disebat 100 kali atau direjam hingga mati. Orang yang memperkosa juga dijatuhkan hukuman yang sama tetapi wanita yang diperkosa adalah tidak berdosa dan tidak dikenakan hukuman. Orang yang berzina adalah dia, dan yang memperkosa juga dia. Berat tanggungannya di akhirat kelak….Kenapa sekarang baru dia tahu ?

Yang lebih teruk, dia langsung tidak mandi junub selepas bersetubuh dulu. Kali terakhir adalah dengan Zatty, dia ingat tu. Mengikut kata Ustaz, dalam satu riwayat mengatakan yang orang yang tidak mandi hadas apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka. Dulu dia tidak pernah sembahyang, mandi junub atau tidak langsung tiada beza baginya. Caranya pun dia tidak tahu. Dia terpaksa berjumpa dengan Ustaz Hakimi secara sendirian untuk bertanya, nak bertanya secara terang-terangan depan mommy dan daddy, dia malu. Kata Ustaz Hakimi, tak susah nak mandi junub. Praktis yang terbaik ialah dengan mengikut cara Rasulullah s.a.w.

Munurut hadis di sisi al-Bukhari yang diriwayatkan daripada Maimunah r.ha;

“Rasulullah SAW apabila mandi jenabah, Baginda mulakan dengan membasuh

kedua-dua tangannya. Kemudian Baginda menuang dengan tangan kanannya daripada

tangan kirinya, lalu Baginda membasuh kemaluannya. Kemudian Baginda berwuduk

sebagaimana wuduk sembahyang. Kemudian Baginda memasukkan jari-jarinya ke

dalam air lalu menyelati dengannya pangkal-pangkal rambutnya. Kemudian Baginda

mencurahkan air di atas kepala sebanyak tiga cebok tangannya ke seluruh badannya.

Kemudian Baginda mencuci kedua-dua kakinya.” (Riwayat Muslim)

“ Datuk … ”

Adam pandang wajah Ariana. Jauh dia mengelamun membiarkan Ariana ternantikan jawapan darinya, “Hmm ye lah, awak gunalah washroom tu dulu”

Adam tahu sembahyang? Satu kejutan buat Ariana. Jangan pandang sebelah mata Ariana! Kau bukan Tuhan nak adili manusia…Ariana terus ke washroom, tanggalkan make up dan ambil wuduk. Dia tunggu Adam di surau yang agak luas. Usai dia selesai solat sunat, Adam masuk. Sejuk hati tengok Adam yang masih basah dengan air sembahyang. Adam mengimamkan solat Maghrib. Bacaannya tiada cacat celanya, walaupun dia hanya membaca surah pendek tapi itu dah cukup bagus untuk lelaki seperti Tengku Adam Kamil.

Mereka masih duduk bersimpuh di atas tikar sejadah. Adam Kamil berpaling ke arahnya.

“Doa sendiri – sendiri ya Ariana..saya tak reti nak berdoa guna bahasa Arab. Solat ni pun saya baru je belajar..” jelas muka Adam sedikit tegang. Mungkin malu. Ariana membalasnya dengan senyuman lembut. Kesian pada Adam…

“Tak apa Datuk, bahasa apa pun yang Datuk guna, Allah tetap faham…”

Senyuman dan penerimaan Ariana melembutkan hati Adam. Terasa detik dan waktu itu sangat menenangkan baginya. Rupanya solat boleh berikan ketenangan yang jauh lebih baik dari ke Kelab..solat bila tidak dipaksa. Bila datang dari kemahuannya sendiri…..

* * * * * * * * * *

Adam dan Ariana berjalan beriringan meninggalkan Aras 38. Butang lif ditekan dan terus terbuka. Lif VIP memang lah terus terbuka, tak payah tunggu.

“ Thanks Ariana”

“For?”

“For bringing in a different dimension in my life…” Agak pelik bunyinya bila Adam berkata begitu. Ariana kurang faham, tapi dia buat-buat faham. Kata-kata Adam hanya dibalas dengan anggukan kecil. Dia tak betah berdua-duaan dengan Adam dalam ruang kecil seperti itu.

“Kita dinner dulu before awak balik?”

Aduhai..nak dipanjangkan lagi ke perjumpaan ni? Telah Ariana. Dia bimbang, bimbang hatinya akan berubah menyukai Adam. Adam is not a very bad person indeed. Makin dia kenali peribadi Adam, semakin pudar kebencian dia pada lelaki itu. Kadang terasa kasihan pada lelaki yang berdiri di depannya itu, solat pun Adam baru belajar ? Apa latar belakang Adam ? Teringin untuk dia tahu…tapi Ariana pendamkan kemahuannya.

“Tak pe lah Datuk..Saya makan kat rumah je”

“Please….” Adam dah buat muka anak kucing kesian. Aduhai hati…sikit lagi cair lah kau. Perlu perisai Ariana! Dia memang kena tolak ajakan Adam sebelum keadaan jadi lain.

“Sorry…but saya ada paper nak siapkan. Need to go now. Takut jalan jam. Next time ye? Sabtu ni ke?”

“I will take that as a promise”

Iyakan sahaja Ariana! Yang penting lari dulu untuk kali ini, sebelum jantungnya mula berdegup memanggil nama Adam.

“Okay, Datuk. Sabtu ye. My treat, I promise”

Adam senyum lebar bila Ariana berjanji begitu. Janji yang pasti akan dituntut! Dia menemani Ariana hingga ke kereta, melambai pada gadis itu sehingga Ariana tiada lagi di hadapan matanya.

‘Congratulation Adam! Kau dah berjaya control yourself when being around her’ ucap Adam pada dirinya sendiri. Susah juga nak control tangannya dari menyentuh Ariana. Dari mengusap wajah mulus perempuan yang dia sentiasa rindui. Sentiasa mimpikan. Tapi hari ni dia dah berjaya!

BAB 17

- – - – - – - – - – - – -The Wedding Breaker Bab 17 – - – - – - – -

Datin Asra membelek-belek baju yang baru disiapkan oleh Kak Peah, pembantunya di Butik. Warna wine pink lembut dipilihnya untuk baju pertunangan Ariana dan Adam Mukhriz anak kepada kawan suaminya. Baju potongan dress labuh, A-line cut memang sesuai untuk Ariana. Datin Asra sendiri yang merekanya. Taburan mutiara juga diletakkan di tangan dan sekeliling high-waist, menaikkan lagi seri pemakai.

Hiasan pelamin pun dah ditempah dari Bridal Gallery milik kawannya. Mekap pula memang tiada masalah, Beauty House nya memang menyediakan khidmat mekap untuk pengantin. Barang hantaran masih dalam proses pembelian. Cuma dia perlu menempah katering, tapi tetamu tidaklah ramai. Dia hanya menjemput keluarga dekat sahaja manakala rombong Puan Sri sekitar 10 orang sahaja. Pertunangan ni elok dirahsiakan, kalau sekiranya tidak jadi kedua-dua belah pihak tidak menanggung malu. Itu adat dan hukumnya. Bakal menantunya tidak akan hadir, kata besannya mahu mengikut rencah tradisi meminang yang sebenar. Dari sisi Islam pun lebih elok si lelaki tidak hadir bersama, cukup dengan keluarganya sahaja.

Cuma…Tuan empunya badan masih belum dimaklumkan mengenai pertunangannya sendiri. Datin Asra pasti yang Ariana masih belum ada teman istimewa. Anak gadisnya ni pelik sikit daripada gadis-gadis lain. Dia sibuk dengan kerja, ramai yang cuba mengorat pun dia buat dek je..Betul juga kata suaminya Datuk Jusoh, kalau dibiarkan Ariana tu cari sendiri, memang sampai kesudah la anak gadisnya tak berkahwin. Sekarang dah umur 25 tahun, tahun depan dah 26 tahun. Tidak terlalu tua, tapi kalau dibiarkan lagi 2 atau 3 tahun, memang jadi tua lah si Ariana ni. Datin Asra mencari peluang terbaik untuk memberitahu Ariana. Dia masak benar dengan sikap Ariana, kalau diberitahu awal, pasti ada sahaja alasannya. Kali ni, Datin Asra nekad mengikut perancangan suaminya. Biar Ariana balik dulu barulah mereka akan memberitahu Ariana mengenai pertunangannya nanti.

” Jauh mengelamun Datin, ingat Datuk ke?” usik Kak Peah.

“Peah ni….terkejut akak! Haih, nasib baik tak ada lemah jantung tau. Kalau tak, tak menyempat akak nak tengok Ariana tu kahwin…”

Kak Peah tergelak sakan dengan keletah bosnya. Datin Asra ni rendah diri orangnya. Akhir-akhir ni suka benar dia mengelamun entah ingatkan siapa.

“Tak sabar nak timang cucu ye Datin?”

“Mestilah Peah…akak ni dah dekat 50 tahun dah. Nak lah juga jadi macam orang lain..dok berehat kat rumah, main dengan cucu…”

“Mengelamun Ariana kawin la tu ye?”

“Hehe kamu ni Peah, sudah geharu cendana pula”

“Saja..buat-buat tanya…! Datin tak nak bagitahu ke nama bakal menantu?Orang mana? Handsome tak?”

“Isk kau ni Peah, sempat lagi tanya handsome ke tak…Akak pun tak tahu Peah. Kalau dia ikut mak atau ayah dia tu, handsome la gamaknya..Dia bukan orang sini…anak kawan Abang Jusoh..”

Kak Peah sibuk menyiapkan gubahan hantaran sambil diperhatikan oleh Datin Asra. Fatimah pula uruskan baju-baju kat situ.

“Datin dah pilih ke hiasan pelamin nanti?”

“Akak ambil warna pearl cream, masuk dengan baju tunang tu nanti, wine pink. Akak pilih yang ada hiasan bunga rose besar-besar tu, sesuai la dengan nama Ariana Rose..akak pun panggil dia Rose…Mutiara tu dia suka, letakkan jugala mutiara untuk hiasan hantaran nanti..”

” Mutiara betul ke Datin? ” terlopong mulut Kak Peah, kalau mutiara betul memang pertunangan of the year lah.

” Tak…kamu buat la dengan gabus tu..buat bentuk bulat, lepas tu spray kan. Atau beli je jingle bell besar tu yang warna cream. Letak pink roses sekali ya”

“Owh…yang tipu la ni..ingat bebetol..okay Datin nanti saya cuba gubah dulu ye”

“Okay, terima kasih Peah”

Kak Peah yang masih khusyuk menggubah ditinggalkan di situ sementelah dia ke pejabatnya di hujung Butik, sebelah dalam. Mundar – mandir Datin Asra memikirkan cara terbaik mahu mengajak Ariana Rose pulang ke kampung 8 Mei nanti. Tak lama, 5 hari je lagi. Ariana ni kalau tak dibook dari awal, macam-macam alasannya nanti. Meeting sana, meeting sini, program anak yatimlah, projek Chow Kit lah. Sejak dua bulan ni Ariana langsung tak balik, kalau ditanya jadualnya asyik penuh je. Puas berfikir akhirnya dia dapat satu idea!

Nombor telefon Ariana ditekan. Hari Sabtu sebegitu biasanya Ariana di Pusat Latihan Kanak-kanak Kurang Upaya. Pukul 10.00 pagi waktu rehatnya. Telefon berdering beberapa kali sebelum diangkat.

” Hello…” Suara lelaki menjawab panggilan. Musykil Datin Asra, tak kanlah Ariana keluar dating? Ariana menyorokkan teman lelakinya ke?

“Hello…Assalamualaikum..”

“Waalaikummussalam…Nak bercakap dengan Ariana ke?” Tengku Adam Kamil pura-pura bertanya, sekadar berbasa-basi. Di sangkanya lelaki, tertera perkataan ‘My Love’ dipaparan skrin telefon bimbit Ariana tadi.

“Ha ah, boleh tolong panggilkan dia tak? Bagitahu umminya call”

“Owh…Ummi…Nanti saya panggilkan ye..” ummi Ariana rupanya. Bakal mak mertua yang menelefon, Adam terus mendapatkan Ariana yang leka melayan kanak-kanak down syndrome, Azri, Raymond dan Fakrul. Dia merapati Ariana, telefon masih ditelinganya.

“Sayang…ummi call”

Selamba sahaja muka Adam bila berkata begitu. Dah la telefonnya masih dengan dia, sah-sah umminya dengar. Adam memang sengaja cari nahas, bentak Ariana. Telefonnya dirampas dari Adam. Matanya dijegilkan.

“Ummi…Assalamualaikum…”

“Waalaikummusslam….Rose kat mana ni Rose?” umminya bertanya cemas.

“Kat Pusat Asuhan Kanak-Kanak ni ummi..kat Ampang. Macam biasala ummi..”

“Siapa yang jawab telefon tadi?” Ariana tahu, pasti umminya akan bertanya, dan part ni lah yang paling dia malas mahu menjawab.

“Ada budak baru daftar tadi ummi..Dia ada kecacatan mental…” suara Ariana diperlahankan. Tidak mahu Adam mendengarnya. Tapi Adam dah siap-siap berdiri di belakang Ariana. “Dah besar panjang dah..tapi ummi tahu lah, terbantut…Rose letak phone atas meja tadi, dia dok main Rose tak perasan”

Tercengang Adam mendengar butir bicara Ariana dan umminya. Sampai hati si Ariana kata dia terencat dan terbantut? Memang nak kena…

“Owh….” suara umminya menunjukkan kelegaan. “Ummi ingat boyfriend Rose…terkejut ummi…”

Ariana ketawa. Si Adam bofriend dia? Tak mungkin. Dia tak mungkin memilih Adam Kamil yang kaki perempuan. Yang dah tak suci. Dah tak ada terunanya. Macamlah dia masih suci ? Hakikat itu membuatkan dia kembali muram.

” Tak de lah ummi…Rose mana ada boyfriend..sape lah nak kan perempuan macam Rose ni….” lain maksud yang ingin disampaikan oleh Ariana, tapi dia tahu umminya tak kan faham. Dia pun tak mahu umminya faham. Biarlah lara itu dia sendiri yang tanggung.

Adam sibuk mencuri dengar. Dia dapat mengesan kesedihan dalam suara Ariana dan dia faham benar apa yang Ariana maksudkan. Bagi Ariana hilang kesucian bagaikan hilang masa depan untuk bersuami, baginya fikiran Ariana tu singkat. Dia membesar dalam suasana yang berbeza 180 darjah! Bagi kawan-kawannya sewaktu di England, perempuan yang masih dara pada usia 17 tahun adalah loser. Ramai perempuan di universitinya yang tertekan jika mereka masih belum mempunyai pengalaman melakukan hubungan kelamin, sedangkan kawan-kawanya yang lain rata-rata sudah jauh berpengalaman. Tapi terus-terang jika dia diberi pilihan antara yang masih suci dan yang sudah banyak kali diguna pakai, dia akan memilih yang masih suci. Untuk ego seorang lelaki bergelar suami, untuk kepuasan, dan untuk sebuah kepercayaan.

” Okay, ummi…Rose balik la kalau macam tu….Hmm okay…..” suara Ariana mematikan lamunan Adam. Dia menyambung dengar.

“Take care ye ummi..kirim salam kat ayah dengan Lin. Bye..Assalamualaikum..” taliannya dimatikan. Ummi mahu dia pulang ke Kelantan awal pagi Jumaat nanti. Tiket penerbangannya pun ummi dah uruskan.Dia perlu memohon cuti dari bosnya, harap-harap bosnya akan benarkan. Kata umminya kecemasan. Ariana mengeluh panjang, entah apalah yang ummi cuba rahsiakan darinya. Hatinya berdoa agar ummi dan ayahnya dalam keadaan sihat. Janganlah mereka cuba sorokkan hal-hal yang tidak enak didengar.

Ariana terus berpaling ke belakang, mahu menyambung tugasnya mengajar Azri, Raymond dan Fakrul mengenal huruf tapi badannya merempuh objek tinggi yang berada di belakangnya. Adam. Adam terundur ke belakang, terpijak mainan Azri dan terus terjatuh menghempap lantai. Belum sempat dia mengaduh sakit, Ariana pula yang landing di atasnya. Sakitnya boleh tahan.

Tapi melihatkan Ariana yang elok-elok berada di atasnya terus hilang segala kesakitan. Yang ada hanyalah momen indah dipeluk Ariana, walaupun tanpa rela. Ariana mengaduh sakit, dia cuba untuk bangun, tetapi sukar. Tulang belakangnya bagaikan ditusuk-tusuk bila dia cuba bangun. Pedih. Muka Ariana sudah memerah menahan sakit.

Pergerakan Ariana untuk bangun bergesel dengannya secara langsung merangsang mengocak naluri lelaki Adam, tapi ditahannya demi menjaga hubungannya dengan Ariana. Kalau diikutkan hati mahu saja dia peluk gadis yang masih tertiarap di atasnya atau sekurang-kurangnya membelai susuk tubuh itu.

“Ariana, bangunlah. Kalau you tak bangun I tak boleh nak bangun”

Ariana mengangkat mukanya. Menongkat dagu di atas dada bidang Adam. Semakin kuat dugaan kesabaran terpaksa Adam hadapi bila melihatkan muka Ariana yang sangat comel dengan matanya yang bundar sedang memandangnya.

“You ingat I nak ke peluk you macam ni, hah?? I tak boleh bangun…pinggang I sakit!” Adam tergelak sakan melihatkan reaksi Ariana. Patutlah sedari tadi tak bangun-bangun, ingatkan Ariana suka bila dapat memeluknya.

Ariana kembali membenamkan wajahnya ke dada Adam. Bahunya terasa dicuit.

“Abang Adam dengan Akak tengah bercinta ya…” Azri dan kawan-kawannya ketawa. Comel.

Adam yang galak ketawa terhenti bila Azri, Raymond dan Fakrul mula mengerumi mereka. Terasa malu dengan kanak-kanak itu, Adam segera memeluk Ariana untuk memusingkan posisi mereka supaya Ariana yang berbaring di lantai. Dia bangun sebelum mengangkat Ariana ke sofa berdekatan.

Mujurlah bilik mengajar itu agak jauh dari bilik-bilik lain. Sekurang-kurangnya tidaklah memalukan sangat. Ariana masih mengaduh kesakitan. Sepatutnya Adamlah yang beriya sakit, ini dah terbalik. Dia pula yang over. Nak buat macamana dah nasib badan, manja sangat.

“Azri, akak dengan abang terjatuh la…” Ariana menghulurkan tangannya pada Azri. Raymond dan Fakrul sudah kembali ke meja bulat di tengah-tengah bilik. Azri mendekati Ariana. Pipi Ariana dielusnya.

“Akak sakit ke? Akak jangan nangis ek….”

“Akak sakit kat mana?”

Ariana senyum, tangannya menyentuh pinggangnya yang masih sakit.Azri memandang Adam.

“Abang urutlah pinggang akak…Azri kalau sakit, mama selalu urutkan” dia mengangguk-anggukkan kepalanya mengiyakan pendapatnya sendiri. Adam masih memandang Azri. Walaupun Azri ni Syndrom Down tapi dia betah bercakap. Walaupun patah perkataannya keluar satu persatu dan agak perlahan.

Adam yang berada di hujung sofa mendepakan tangannya untuk mengurut pinggang Ariana yang sakit. Usai tersentuh je Ariana terus memberikan amaran, “Datuk jangan nak mengada!”

“Dahtu awak nak saya dukung awak balik nanti?”

“Tak pe Faizul ada. Tak perlu susahkan Datuk”

“Faizul dah balik lah, dia ada urgency tadi di Polo Club”

“Kenapa Datuk tak bagitahu saya??”

“Awak tu cikgu kat sini, tak payah nak menggatal dengan Faizul. Dia beritahu saya tadi, sekarang ni saya cakaplah kat awak. Tadi awak sibuk mengajar kan? Saya dengan Faizul yang bincang dengan pengetua.”

Tanpa mempedulikan kedegilan Ariana, Adam tetap mengurut pinggangnya. Terasa lebih melegakan, tapi tak kan dia nak biarkan Adam menyentuhnya lagi? Tangan Adam dikuisnya.

“Dah….jangan sentuh saya lagi! Saya tak suka lah!”

Azri muncul sekali lagi di depan Ariana. “Akak…jangan nakal-nakal….” pipinya diusap sekali lagi. Ariana merangkul Azri mendekatinya.

“Akak benci abang ni….dia aniaya akak…” air mata Ariana tumpah juga. Peristiwa yang dia tak mampu ceritakan pada sesiapa. Tak mampu meluahkan rasanya pada sesiapa, tapi pada Azri, dia tahu Azri tak memahaminya tapi Azri akan setia mendengar luahannya.

Air mata Ariana yang masih mengalir disapu oleh tangan comel Azri. “Shhh mama kata tak elok nangis….” Azri mengeluarkan sebatang lollipop dan menghulurkannya pada Ariana. “Kalau akak berhenti menangis Azri kasi ni!” Azri sengih.

Ariana tertawa dengan gelagat anak muridnya. Air matanya diseka dan badan Azri dipeluknya seerat mungkin. Kanak-kanak seperti Azri dan Kim Sit Wong yang banyak memotivasikan dirinya sejak peristiwa hitam antara dia dan Adam berlaku. Kim dilahirkan tanpa tangan yang sempurna tapi dia seorang kanak-kanak yang sangat ceria. Kim tidak pernah menyusahkan sesiapa untuk mengangkatnya, dia berjalan dengan mengengsot, dia makan dengan menggunakan kakinya dan setiap hari dia tidak pernah merungut. Baginya dia dilahirkan cukup sempurna dan istimewa. Walaupun ibu bapanya membuangnya sedari kecil dan dia tinggal di rumah anak yatim, Kim tetap ceria. Tetap positif. Kalau hendak dibandingkan antara apa yang menimpanya, dengan apa yang berlaku pada Kim, apalah sangat ujian Tuhan buat dirinya? Kakinya masih ada, tangannya masih boleh digunakan, wajahnya juga masih tiada cacat cela…

Adam leka memerhatikan Ariana dan Azri. Kasih sayang Ariana tiada had dan batasan. Bertuah sesiapa yang memiliki Ariana. Terdetik dihatinya untuk memiliki gadis itu secara sah, tapi egonya masih berkuasa. Dia bimbangkan pandangan kawan-kawannya terhadap pilihan hatinya untuk menjadi suri hidup, pandangan kaum kerabatnya jika Ariana dipilih untuk menjadi Datin Ariana Rose, isteri Datuk Wira Tengku Adam Kamil. Apa reaksi kawan-kawan socialatenya nanti bila mereka bersua muka di majlis-majlis keraian? Jika Ariana menerima tawarannya dulu untuk menjadi perempuan simpanannya, dia pasti akan menatang Ariana bagai minyak yang penuh. Kalau perbuatan itu salah, mereka boleh kahwin diam-diam. Tanpa ada sesiapa tahu. Tapi mahukah Ariana disorokkan begitu?

Adam yang membatu sedari tadi ditegur oleh Ariana, terasa bersalah pula bila dia melayan Adam sebegitu,”Datuk, tolong ajarkan Azri, Raymond dan Fakrul…”

Mata Ariana direnungnya dalam,”Saya cuba…”

Adam bangun, membimbing tangan Azri ke meja. Dia duduk bersila dan mula mengajar kanak-kanak tersebut. Mengajar mereka tidak sesusah yang dia jangka.

Ariana asyik memerhatikan Adam yang semakin leka melayan kanak-kanak bertiga itu. Sesekali mereka tertawa dengan jenaka Adam. Adam pula kelihatan bahagia melayan kerenah mereka. Satu sisi Tengku Adam Kamil yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Ariana leka memerhatikan mereka hingga dia tidak perasan bila dia tertidur….

——————The Wedding Breaker Bab 18 ——————-

Bila Ariana bangun, pinggangnya sudah kembali kepada normal. Ada bau minyak angin disekitarnya, yang mana pada telahannya telah disapu pada pinggangnya yang sakit.

Siapa yang menyapunya?

Persoalan itu dibiarkan tak berjawab. Baginya tidak mengetahui jawapan untuk persoalan itu adalah lebih baik dari mendapat tahu Adamlah yang mengurutnya.

Dia turun dari sofa, berjalan perlahan keluar dari bilik kecil yang dijadikan tempat mengajar anak-anak kecil tadi. Azri, Fakrul dan Raymond sudah tiada di situ. Adam juga tidak ada bersama. Suasana rumah dua tingkat yang dijadikan pusat latihan lebih sunyi dari biasa. Tidak mungkin sudah pukul 2.00pm? Tak kanlah begitu lama dia tertidur? Malu dia pada pengetua sekiranya pengetua tahu dia ke sana hanya untuk tidur.

Jam di tangan diperhatikannya. 2.30 pm.

Ya Allah! 2.30 petang? Biar betul? Kenapa mudah sangat dia tertidur kalau Adam ada bersama? Satu tabiat yang sangat pelik dan sangat merbahaya untuknya. Dia biasanya akan mudah tertidur bila suasana tenang dan bila dia rasa selamat. Tapi selamatkah berada bersama Adam? Lelaki itu yang memalitkan noda hitam dalam kamus hidupnya dulu.

Pintu utama diintainya dari dalam. Suara kanak-kanak ketawa jelas kedengaran. Pengetua, Cikgu Melinda, Cikgu Dewi , Adam dan beberapa orang kanak-kanak yang masih belum di jemput oleh ibu bapa mereka ada bersama di tengah-tengah halaman pusat latihan.

Apa yang mereka buat? Khusyuk je sorang-sorang…

Ariana berjalan mendekati mereka. Cikgu Melinda yang menghadap ke arahnya terperasan akan kehadiran Ariana terus menegur. Adam berpaling memandangnya, bangun dan mula merangkul pinggangnya persis menbimbing orang yang sakit. Awalnya Ariana mahu menolak, tetapi dibatalkan. Biarlah, dia tidak mahu memalukan Adam di hadapan semua orang.

“Dah sihat dah Ariana ?” Cikgu Dewi menegurnya bila dia sampai ke meja taman di halaman. Adam membawanya duduk di sebelahnya. Ariana mengikut tanpa banyak soal.

“Dah…Dah lega dah” dia senyum. Lega bila sakitnya sudah hilang. Raymond datang mendekati mereka.

“Abang Adam…tolong urutkan akak…tadi…” Raymond mendekati Adam lalu didudukkan di atas ribaannya. Azri yang melihat terus datang kearah Ariana. Sepinggan ayam KFC ditinggalkannya di atas rumput.

“Ha ah kak, abang Adam…pandai..”

Membahang muka Ariana menahan malu. Dah la pengetuanya tu lelaki, Mr Lim suaminya Melinda.

“Thanks Datuk…” Ariana tersipu malu. Muka Adam langsung tidak di pandangnya. Cepat-cepat dia mungubah topik perbualan, “Ni jamuan apa ni? Patut lah khusyuk je semua orang. Saya ingat saya dah kena tinggal tadi”

“Haha you are funny la Ariana. Datuk tak kan tinggalkan you la. Tadi pun dia nak angkat you turun sama tau…tapi I kata tak payah…Tengah makan pun asyik pandang kat rumah tu je….” terburai ketawa semua orang. Yang malunya Ariana lah juga….

“Abang Adam belanja…KFC….” Raymond mengangkat peha ayam yang sedang dimakannya dan menunjukkan pada Ariana. “Sedap….”

Pipi Raymond dicuitnya geram. “Owh tak nak ajak akak makan ke…?”

“Tu..kat sana…” Raymond menunjukkan ke arah bakul KFC yang sudah kosong. Siapa lagi yang menghabiskannya kalau bukan Azri yang sudah kembali bersila di tempatnya tadi. Raju, Hakim dan Diana juga ada bersama.

“Okay..nanti akak makan ya…” Ariana berkalih pandang. Dia memandang Mr Lim, mahu bertanya soal Kim dan Mia, “Mr Lim, kenapa Kim dengan Mia tak datang hari ni?”

“Dia punya rumah anak yatim ada program lain ini hari..Itu sebab tidak dapat datang..You jangan risau, I tahu you sayang sama Kim dan Mia. Tapi dia okay…tak ada apa-apa lah..”

“Owh..Risau saya tadi..” Ariana kembali tersenyum. Lega mendengar penjelasan Mr Lim. Mereka kemudiannya berbincang mengenai perancangan Ariana untuk menghantar kanak-kanak di situ ke kelas Hyppotheraphy di Polo Club. Semua dah pun bersetuju, Mr Lim pun sudah berbincang lanjut bersama Adam dan Faizul pada sebelah pagi. Sesi therapy yang pertama akan bermula dalam dua minggu lagi, selepas selesai urusan pendaftaran dan assessment pertama untuk mengetahui tahap keperluan kanak-kanak tersebut.

Selesai berbincang, Ariana memohon diri untuk menunaikan solat terlebih dahulu. Satu lagi keajaiban berlaku, Adam dengan sukarelanya menawarkan diri untuk menjadi imam. Kecil tapak tangan nyiru Ariana tadahkan! Kali ini bacaan lain yang diperdengarkan oleh Adam. Tetap surah yang pendek, tapi itu pun sudah cukup untuk menunjukkan progres Adam.

Usai habis solat, mereka meninggalkan Pusat Latihat Kanak-Kanak OKU Ampang. Mereka berjalan ke arah kereta yang diparkir di luar pagar pusat latihan. Ariana dengan Suzuki Swiftnya, manakala Adam dengan Porsche Panamera.

“Datuk…” Adam bersandar pada keretanya sambil memerhatikan Ariana membuka pintu kereta. Adam menjongket bahu dan mengangkat kening tanda bertanya ‘kenapa?’

Pintu kereta yang sedikit terbuka di tutup kembali, dia merapati Adam “Thanks for making them happy ” satu ucapan yang ikhlas dari hatinya. Dia langsung tidak menyangka Adam punyai personaliti sebegitu. Terhapus sedikit kebenciannya pada Adam.

“Thanks for bringing me here…” setakat itu sahaja yang mampu Adam tuturkan. Waktu dan duitnya dulu banyak dihabiskan untuk berhibur, kegembiraan yang dicari cepat sekali habis. Semuanya untuk sementara, dan esoknya dia perlu mengulanginya lagi untuk kekal gembira. Tapi di sini, kegembiraan itu datang dengan kepuasan. Kegembiraan yang lahir dari hati yang maha dalam, yang membuatkan dia tenang. Ariana telah banyak membawanya ke dunia baru.

Dunia Ariana…

Mata Ariana direnungnya, terasa seperti mahu menggenggam erat tangan gadis itu, tapi dia tidak mahu merosakkan hubungan baik antara mereka. Tangannya digenggam untuk mengelakkannya dari bertindak menyentuh Ariana.

“It’s good to know you like this place” Ariana senyum. Dia melangkah ke belakang,bersedia untuk pergi. “Are you joining the therapy session?”

“Had love to…but I’m afraid I couldn’t” dia perlu ke German untuk satu urusan perniagaan.

“Drive carefully Ariana”

Ariana senyum lagi, senyuman yang menenangkan jiwanya. “You too!”

Adam meninggalkan pusat latihan setelah Ariana sudah jauh meninggalkan pusat tersebut. Panggilan dari Lisa yang mengajaknya keluar juga tidak dilayan. Semua perempuan yang dia kenali mahukannya,ah, bukan mahukan dirinya, tapi wangnya kecuali Ariana Rose. Adam tersenyum bahagia bila mengingatkan Ariana. Lagu Jason Mraz dipasangnya dan dia turut sama menyanyi;

And it takes no time to fall in love

But it takes you years to know what love is

And it takes some fears to make you trust

It takes those tears to make it rust

It takes the dust to have it polished

(Jason Mraz: Life Is Wonderful)

Telefon Adam bergetar minta perhatian. Nombor Ariana. Terus Adam mematikan CD player dan segera menjawab panggilan.

“Assalamualaikum, Datuk”

“Yes, Ariana?” Adam senyum. Gembira.

“I promised you a meal before remember?” Ariana kalau dah berjanji perlu ditunaikan. Kalau tak nanti dia termasuk dalam golongan munafik. Lagipun Adam memang sedikit berbeza dari dulu.

“Yes!!” Adam bersorak dalam hati. Tangannya diangkat tanda bersorak gembira. Nasib baik cermin gelap, tak ada orang nampak. Kalau tak…hm…sah orang kata over.

“Datuk?”

Adam cepat-cepat menyedarkan diri, “Ya…ya…boleh. I thought you dah lupa” dia baru sahaja membantai 2 ketul ayam KFC, tapi demi Ariana, makan sekali lagi pun tak apa.

“Tadi I lupa, now I remember. Dah jauh ke Datuk drive?”

Jauh ? Kalau dah guna Panamera, tekan pedal minyak sikit pun dah jauh dia bergerak tapi untuk makan dengan Ariana dia sanggup patah balik.

“Nope. Where are you now?”

“I….dropped by dekat pasar malam kejap…jumpa papa I…”

“Papa you?”

“Oh yes, dia buka gerai kat sini” suara Ariana ceria memberitahu.

Ariana langsung tidak malu memberitahu yang ayahnya peniaga gerai di pasar malam? Soal Adam dalam hati. Betul lah siasatan Hilmi, Ariana memang anak peniaga gerai…satu sebab kenapa dia agak khuatir mahu mengambil Ariana menjadi isterinya secara sah. Status yang berbeza.

“Datuk?” sekali Ariana memanggil. Adam ni asyik diam je. Bisu ke dah hilang suara? Sama je kan dua-dua tu?

Adam buat-buat ketawa. Nak cover malu. “Sorry…sorry…so where shall we meet?”

“Up to you”

Kalau ikutkan hati dia, tempat terbaik mestilah apartmentnya. Ada privasi, makan malam dia boleh masakkan untuk Ariana. Tapi sah Ariana tak mahu. Nak cari nahas? Elok je hubungan mereka baru nak baik..

“Hmm…” dia mahukan tempat yang agak privasi. “ The Ritz-Carlton? Jalan Imbi”

The Ritz-Carlton Hotel? Melampau betul permintaan Adam. Nasib baik duit gaji ada lagi. Tak cukup duit gaji terpaksa la di swap kredit card. Hisy, Tengku Adam Kamil, yang nak belanja ni pekerja kerajaan yang gaji ciput la! Bentak Ariana. Tapi dah janji, pergi je lah.

“Er…okay..Jumpa kat lobi ye. Saya gerak dalam 15 minit lagi ye”

* * * * * ** ** *

Usai sampai, Adam sudah siap menunggu. Wajahnya manis menyambut Ariana. Senyum tak lekang di bibir lelaki itu. Ariana masih berlagak profesional.

Adam membawanya ke Lobby Lounge, salah satu restoran hotel tersebut yang menghidangkan pelbagai menu daripada negara Jepun, Melayu dan Inggeris. Suasana Lounge sangat mewah dengan susunan kerusi kulit gaya Inggeris, bunga lily dan Daffodil tersusun di dalam pasu mewah. Ariana telan liur, mesti harga makanan pun hebat. Sakit jantung dia nak bayar nanti. Perlukah dia buat-buat pengsan atau pura-pura ke tandas dan meninggalkan Adam sendirian nanti? Owh, Ariana..dont be naughty!

Adam menarik kerusi, mempelawa Ariana untuk duduk. Mereka mengambil tempat berhampiran piano. Sausana Lounge agak lengang, tak ramai yang datang. Ya lah, kalau harga meletop macam tu siapa yang berani masuk?

Waiter yang sedari tadi mengiringi mereka mula bertanyakan order. Seperti biasa, Adam akan membuat pesanan tanpa bertanya Ariana terlebih dahulu.

“One Lobster Linguine, one Shepherd’s Pie, one Grilled Salmon Steak, two Vanilla Crème Brûlée, and a pot of English tea please” buku menu dikembalikan kepada waiter. Adam senyum pada waiter, sebelum mengalih pandang pada Ariana. “Saya selalu dine kat sini, it’s a pleasurable place and shepherd pie kat sini is the best!” Adam senyum lagi.

Ariana buat-buat senyum. Banyak gile kot Adam pesan. Ayoyo…habislah ongkos….

Bila hidangan sampai, semuanya nampak sangat menyelerakan! Terus Ariana terlupa tentang harga dan bayaran. Pinggan Lobster Linguine di letakkan di hadapan Adam, pinggan Grilled Salmon Steak pula diberikan kepada Ariana, manakala Shepherd’s Pie diletakkan tengah-tengah antara mereka. Pencuci mulut akan tiba lepas mereka habiskan menu utama. Memang tertib.

Dah lama Ariana tak makan Salmon, kalau di England harganya tak semahal di Malaysia. Jadi kalau dia malas nak membeli ayam atau daging halal, dia beli salmon atau ikan mackerel sahaja dari pasaraya. Arwah Daniel teman baiknya sewaktu di England juga sukakan masakan Ikan Salmon masak merah. Bila teringatkan Daniel, terukir senyuman di bibir Ariana. Lelaki yang tiada galang gantinya di dunia…

“Kenapa senyum sorang-sorang?” Adam perasan rupanya dia dok mengelamun. Ariana angkat muka. Matanya memandang Adam.

“Just…remember someone..a one good friend of mine”

Adam tertanya siapa orang tu? Ingin sahaja dia bertanya tapi dia matikan hasratnya, tidak mahu cemburunya merosakkan makan tengah hari mereka. Tengah hari? Entah tengah hari atau petang, dia pun tak pasti. Kalau jadi makan malam pun boleh.

“Sedap tak that salmon steak?”

Ariana mengangguk, “So and very delicious”

Adam senyum, dia tahu pilihannya tepat. Lobster yang sedang di makannya dipotong dan disuakan kepada Ariana, “Try this one”

Main suap-suap pula Adam ni…Merah muka Ariana menahan malu. Ye lah, waiter dua tiga orang sok senyum-senyum sambil memandang mereka berdua. Adam je lah yang buat bodoh.

Ariana senyum berkira-kira, “Tak pe..just put in my plate”

Adam tetap menyuakan padanya. Adam ni…memang tak makan saman! Macam haritu, bila dia buka mulut, Adam suapkan. Memerhatikan dia mengunyah dan bertanya ok ke tak? Memang sedap, terasa macam nak minta lagi je dengan Adam tapi dia malu.

“Can I try that steak?”

“Yep, sure” steak salmon di potong. Ariana mengangkatnya mahu diletakkan dalam pinggan Adam tetapi lelaki itu lebih dulu menahan.

“Ariana, tadi I suapkan you. Now it’s my turn..you owe me one” serius sahaja muka Adam. Ariana buat bodoh. Adam masih memandangnya. Ariana suap makanan di mulutnya sendiri. Adam masih memandangnya. Haih, mogok pula mamat ni! Tak padan dengan Datuk Wira, masih nak merajuk.

“ You still want me to donate kan ? ”

Mak aih, dia ugut pula…

“ Owh..tak ikhlas la ni nak bantu kanak-kanak tadi ? ” sengaja Ariana mempersoalkan niat sebenar Adam. Kalau duit Adam dilaburkan hanya kerana mahu dia menurut apa sahaja kemahuan Adam, memang Adam silap.

Adam buat muka menjauh hati. Lama dia diam memandang makannya di dalam pinggan. Nak sahaja dia paksa Ariana, tapi sekali lagi dia tidak mahu hubungan baik mereka hancur begitu sahaja.

Riak muka Tengku Adam Kamil, businessman terkemuka yang monyok memandang pinggannya sendiri diperhatikan oleh Ariana. Terasa kesian pula. Tapi permintaan Adam tu memang mengada-ngada. Dia ajak makan dan nak belanja pun dah cukup bagus. Ritz Carlton lagi tu. Ariana mencebik.

Bila agak lama Adam masih begitu, Ariana jadi bertambah kesian. Macam budak-budak la getusnya. Mana hilang kemachoan Adam Kamil ni?

“ Kenapa tak makan ? ”

“ Tak pelah I dah kenyang … ” balas Adam berjauh hati.

Mak aih, dia merajuk pula. Tak padan dengan umur, telah Ariana. Malas-malas dia suakan sepotong Salmon ke mulut Adam.

Adam terus tersenyum membuka mulutnya. Salmon dikunyahnya penuh nikmat. Menjadi juga trick tadi. Ariana memang akan tetap cair dengannya, telah Adam. Mereka kembali menyambung makan. Ariana, kalau makan memang senyap. Nak lagi kalau makanan sedap. Bila hampir separuh makanannya di makan, Adam ambil pinggan Ariana. Ariana terkejut. Keningnya diangkat.

“Share la…tak kan you nak habiskan semua?”

Ariana tak terkata. Dia tengok je Adam menukar pinggan. Dah macam…..kekasih je..tapi….lobster tu memang sedari tadi dia dok intai-intai Adam makan. Nak pesan lagi satu takut bil melambung. Rezeki, hadap je Ariana!

Sudu dan garfu yang digunakan Adam tadi dicapainya. Ariana makan dengan berselera, memang bestttt….jatuh cinta dia dengan Lobster Linguine!

“ First time you makan lobster ke ? ”

Hehe…Ariana angkat muka. Sangat obvious ke dia makan dengan lahap ?

“ Er…Saya…mana ada duit nak makan benda mahal macam ni… ”

Adam ketawa. Comel je muka Ariana. Makannya memang khusyuk. Bercakap pun tidak. Bila habis menu utama, pelayan menghantar pencuci mulut. Juga menyelerakan.

“ Erm…you ada boyfriend ? ”

“ Uhukk!!! ” tersedak Ariana bila ditanya. Air yang dihulurkan oleh Adam dicapainya cepat-cepat. Kalau dia ada boyfriend, rasa-rasanya dengan apa yang berlaku, boyfriend dia nak lagi tak kat dia ? Pastinyalah tak ! Apa punya bodohlah soalan Adam. Cool down Ariana…cool down….pujuknya pada diri sendiri. Sekali dah berlakon tak kenal, seumur hidup lah dia kena berlakon tak kenal.

Adam senyum nakal sambil matanya tak lepas memerhatikan wajah yang selalu didambakan olehnya. Kelakar dengan reaksi Ariana.

“ Kring…! Kring….!….Kring!…Kring!”

Adam mengerutkan dahi. Bunyi apa macam tu? Apa punya kuno bunyi telefon cenggitu..Dipandangnya Ariana yang kalut-kalut membuka beg tangannya. Telefon di jawab.

Owh My God…its her mobile’s rington….telah Adam dalam diam sambil matanya tak lepas memerhatikan tindak tanduk Ariana.

“ Hello…assalamualaikum Encik Harith ”

Diam. Muka serius.

“ Mmm…I’m occupied currently…”

Mata pandang siling sambil gigit kuku.

“ Hm…malam ni….Macam can’t make it je…Next time ya? ”

Ketawa

“ Okay…sorry…but inshaAllah next time I promise I will… ”

Talian dimatikan dan telefon diletakkan di sisinya. Baru je dia tanya pasal boyfriend hantu kedua selepas Faizul dah pun muncul. Macam diseru-seru! Menyakitkan hati je….gumam Adam. Nasib baik dia suruh Faizul balik dulu tadi, tinggalkan dia dan Ariana sahaja di pusat asuhan tadi. Kalau tak mahu dia makan hati kerana cemburu.

“ Kenapa ? ” tanya Adam.

“ Tak ada pape… ” Ariana senyum. Bos super kacak menelefon ajak makan malam kat Ampang Point View. Bukankah itu sungguh indah ! Tapi dia tidak boleh menerima ajakan Harith…Game of love is, to play hide and seek. Kalau sekali ajak dia dah kata ya, it will not be fun. Lagipun dia tak adalah berminat sangat dengan Encik Harith. Entah kenapa hatinya memang hambar, tidak berperasaan selepas apa yang berlaku dulu. Selepas kematian mendiang Daniel. Ariana takut untuk menyintai dan menyayangi. Takut hatinya terluka lagi…

Hmmph, tak ada apa-apa konon…getus Adam dalam hati. Dia tak kan lepaskan Ariana Rose. Jangan haraplah nak keluar makan dengan lelaki lain! Hati Ariana perlu dicairkan. Adam menanam azam.

“Ariana, who’s your favorite singer?”

Wow, out of the blue Adam bertanya. Tanpa perlu berfikir panjang Ariana menjawab, “Adele and Christina Perri”

“Nice..you tahu lagu Beethoven?”

Beethoven pemuzik lagenda dari eropah tu? Siapa tak kenal Beethoven dengan master piecenya yang hebat-hebat, yang lagi mengkagumkan Beethoven adalah lelaki yang cacat pendengaran atau bahasa kasarnya ialah pekak. Orang pekak yang boleh bermain piano dan bermain dengan sedap. Gila kan?

“Tahu. Suka.” Ariana senyum, bibirnya mengekang senyum sambil tangannya menyedok Vanilla Crème Brulee. Teringatkan Daniel yang sering memainkan lagu Fur Elise untuknya dulu.

Adam bangun. Berdiri sebelah Ariana. Bahu gadis itu dipegang, meminta Ariana turut sama bangun. Nak saja dia marahkan Adam, tapi dia kan berpura-pura baru mengenali Adam. Kenapa pula nak melenting bila adam buat baik padanya? Ariana menurut. Adam bawanya ke piano besar yang berada di situ. Dia duduk dan menyuruh Ariana duduk disebelahnya.

“This is for you…”

Satu lagu dimainkan oleh Adam.. Dia tidak tahu lagu apa, tapi dari apa yang dimainkan oleh Adam, bunyinya sangat merdu, meruntun jiwa dan menyentuh perasaan. Lebih baik dari Fur Elis yang selalu di dengarnya. Adam bermain dengan khusyuk, penuh perasaan. Ariana pula asyik merenungnya. Macam Daniel, bisiknya.

Ariana sebak. Kalau Adam itu Daniel pasti dipeluknya lelaki itu. Tidak akan sesekali dia lepaskan dan biarkan lelaki itu pergi selamanya…

Bila Adam berhenti bermain,Ariana sudah sebak menahan tangis. Adam pelik.

“Why?”

“It’s a beautiful piece….what song is it?”

Adam senyum, ikhlas dan tenang, “A song from my heart. For you”

Adam mula menyentuh piano seawal usianya 3 tahun. Mommy nak sangat dia pandai main piano. Ye lah, mommy mahukan anak perempuan, dapat anak lelaki pun dia rembat ajarkan juga. Nasib baik mommy tak hantar dia menari ballet. Kalau tak cik aww la Adam sekarang ni. Tapi lama-kelamaan piano dan Adam sudah sebati. Lagu biasanya datang dari hati, tak perlukan not – not tertentu untuk diingati.

“When you hear a song, you can play it. When you hear your heart singing, you change it into tunes and that is what my heart sings about you”

Romantik. Sangat romantik bisik Ariana. Kalau dia jumpa Adam pada ketika ini sebelum dia jumpa Adam dalam keadaan dulu, pasti dia sudah jatuh cinta dengan Adam seperti gadis-gadis lain, tapi pengalaman mengajarnya untuk lebih berhati-hati. Tengku Adam Kamil tak kan sesekali mengambilnya sebagai isteri. Kata-kata Adam berputar kembali di benaknya;

” I love being around you. I nak you dengan I. I love the fact that I’m the first, and I will make sure that nobody else touch you Ariana…I miss last night like I can’t wait for tonight for it to happen again… but I cant marry you Ariana. You cantik. The most beautiful woman I had ever met. Thanks God you tak jadi model ke artis ke..but..we are from a two big different status. You stay dengan I, I bagi you apa sahaja yang you nak. Kereta? Duit? Rumah. Just say it. I tahu gaji you as a kerani tak cukupkan?..”

“Thanks….” Itu sahaja ayat yang mampu Ariana tuturkan. Dia mahu katakan lebih dari itu, tapi suaranya tersekat dikerongkong.

Adam mengangguk, dia tersenyum sebelum tangannya lincah memainkan satu lagi lagu.

Lagu Fur Elise.

Ariana terpana. Bagaikan Adam dapat membaca hatinya. Lagu dia dan Daniel….Daniel yang sudah jauh meninggalkannya…Terbayang Daniel yang memainkan lagu itu padanya. Ariana mengelus lembut rambut Adam..

Adam terhenti. Mukanya dipalingkan.

Adam.

Ariana kembali ke alam nyata. Adam. Itu Adam Kamil, bukan Daniel Robinson. Mendiang Daniel Robinson…

“Sorry” cepat-cepat Ariana memohon maaf.

Adam memandangnya dengan senyuman nakal. Macam tu rupanya nak lembutkan hati Ariana? Dengan lagu, dia tersenyum lagi.

Ariana cepat-cepat bangun. Tersentak dengan tindakannya sendiri. Keliru. Dia tak kan membuka ruang hatinya pada Adam. Tidak mungkin.

“Shall we go?” soal Ariana tegas.

Adam masih senyum-senyum, memandangnya penuh makna. Penuh bahagia. Dia mengangguk. Ariana memanggil pelayan untuk membayar bil, tapi Adam terlebih dahulu menyuakan kadnya.

Ariana diam membisu, tidak mahu dirinya keliru lagi. Mereka berlalu meninggalkan Hotel Ritz-Carlton. Adam ke rumah Daddy dan Mommynya manakala Ariana terus ke rumah temannya Laila. Bercakap dengan Laila yang gila-gila mampu membuatkan dia melupakan apa yang terlah berlaku antara dia dengan Adam tadi.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

43 ulasan untuk “Novel : The Wedding Breaker 16,17,18”
  1. luffyduffy says:

    i don’t mean to hurt anyone but don’t you think it’s a little illogical for a woman who has a traumatized experience with a guy (especially when that guy raped her) to treat that guy like nothin’ had happened?seriously?despite of everything that you kindly elaborated on her ..cambridge grads and all …it comes the other way round for me.i would say she’s a total dumbfreak.i know you meant it to be nice and chic and cutting edge kind of story,but please rationality is also an important key to a successful story,won’t you agree with me?this a first malay story that i read after a while i left it behind.poor my expectation i have to say.and also you to be aware of the wrong usage of grammar .make some research a least to know the basic English.it’s a little outlandish it sounds.i’m sorry but you got to try harder. but it’s also a bit unfair if i just point out your flaw instead your flair.well it’s a good thing you insert a little religion lesson there.tq

  2. rairm2009 says:

    I totally agree with you, luffyduffy. If English is used, even for only few parts in the novel, shouldn’t it still be properly written? To make an outstanding article or novel, language must be mastered at the first place. Just to critic a little but please do keep that in your mind, dear writer.

  3. chenta says:

    sejak bila manusia sgt mjaga tatabahasa dlm berkata2? broken english is okey la.. bg sy, grammar ain’t needed to be concern too much.. feel free to speak any languages wif no correct grammar as u wish.. kecuali la part2 penerangan tu… dialog boley la broken english, broken malay pon.. hek eleh.. korang duk bash si writer sbb broken english.. writer lain yg gne broken malay tu ap kes? JULANG ENGLISH KETEPIKAN BAHASA MELAYU?

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"