Novel : The Wedding Breaker 19,20,21

29 June 2012  
Kategori: Novel

82,925 bacaan 69 ulasan

Oleh : Evelyn Rose

Thanks semua for your support ! Sorry very busy, tak sempat nak hantar karya kat sini.

BAB 19

Ariana menggeliat malas. Hari Ahad biasanya dia habiskan masa di rumah. Mengemas apa yang patut, dan menyediakan pakaian untuk seminggu bekerja. Petangnya pula dia akan membaca buku atau ke Chow Kit untuk membuat kerja amal.

Sepanjang dua bulan dia merana, murung dan sedih dengan apa yang berlaku, melihat kesusahan orang lain dan membantu mereka memberikan ketenangan pada Ariana. Kadang dia rasa bersyukur dengan apa yang menimpa dirinya. Kalau tidak kerana apa yang berlaku dia tak akan menjinakkan diri dengan kerja-kerja amal sebegitu. Dulu dia leka dengan dunianya sendiri, dunia seperti orang-orang lain banyaknya. Hujung minggu keluar shopping atau hang out dengan kawan-kawan…

Bila di ajak oleh seorang rakan yang dia kenali sewaktu belajar di England untuk membuat kerja amal di Chow Kit dia agak sangsi. Chow Kit kan kawasan yang penuh dengan kekotoran. Bukan sekadar kotoran sampah sarap, tapi akhlak warganya. Pelacuran merata-rata, penagih dadah pun melata di jalanan. Peragut pun di situlah. Golongan nyah yang sibuk melacur pun di sana jugalah. Kerja amal apa yang kawannya maksudkan?

Kata kawannya Diana dan Zaini, mereka ke sana untuk berbual dengan penagih, memberikan makanan pada mereka yang merempat. Cuba menyelami hati mereka, sudah ramai yang mahu kembali ke pangkal jalan dengan cara itu. Kadang masyarakat lebih senang menjauhi golongan seperti ini. Menghukum tanpa mengetahui hujung pangkal cerita. Terutamanya kanak-kanak yang merempat di kawasan Chow Kit, ibunya melacur anak dibiarkan entah kemana. Bapa pun tiada. Sekolah pun tidak. Bila balik ke rumah, yang terhidang di depan mata adalah ibunya yang melayan pelbagai lelaki atau ayahnya yang berjinak dengan dadah. Masyarakat sekeliling langsung tidak mahu membantu mereka keluar dari kancah sebegitu, akhirnya kitaran hidup kedua ibu bapa mereka terpalit pula pada mereka.

Bila dia cuba ke sana dengan kumpulan pekerja amal termasuk Diana dan Zaini, dia ditemukan dengan Linda. Gadis berusia 16 tahun yang sudah menjadi pelacur. Awalnya Linda menolak pelawaannya untuk duduk berbual. Kemudian dia menawarkan untuk membayar Linda harga yang sama jika Linda melacur untuk meluangkan masa berbual dengannya. Linda akur bila ditawarkan wang tunai. Bukan banyak, hanya RM50.00 sekali servis. Dia menawarkan harga yang sama pada Linda untuk berbual dengannya selama 30 minit. Mudah bukan?

Setiap hujung minggu dia akan menempah Linda. Membayar RM50.00 untuk berbual dengan gadis itu. Lama kelamaan Linda mula menerima dia sebagai kakak. Mereka keluar bersama, kadang Ariana membelikan pakaian padanya. Lebih sebulan barulah Linda membuka pekung di dada. Rupanya Linda dilacurkan oleh ayahnya sendiri. Ayah Linda seorang pengih dadah, ibunya pula sudah lama meninggal dek kerana kejahatan ayahnya sendiri yang memukul ibu. Jiwa Linda keras, penuh dengan dendam.

Ariana bersimpati pada nasib Linda. Kata Linda sedari usianya 14 tahun dia sudah dilacurkan oleh ayahnya sendiri. Dunianya hanya dikelilingi oleh mereka yang dipenuhi dengan kancah maksiat. Pada siapa dia mahu jadikan model kehidupan?

Jiran sebelah rumah yang juga penagih?

Atau pada Kak Siti yang juga pelacur?

Hidup mereka sama, membuatkan dia langsung tak rasa bersalah atau pelik dengan keadaan dirinya. Hanya Ariana orang luar yang cuba mendekari dirinya tanpa mahukan tubuhnya dan tanpa memandang jijik asal duduknya. Keadaan dirinya. Ramai yang menuding jari menyalahkan tapi tidak ramai yang cuba memahami.

Ariana tidak mahu menggesa Linda untuk berubah. Biar mereka menjadi kawan, biar kemahuan itu datang dalam diri Linda sendiri. Biasanya Linda akan bertanya samada dia datang ke Chow Kit atau tidak, kali ini Linda senyap. Entah kenapa…

“Ding Dong!” loceng rumahnya berbunyi. Pelik. Siapa yang datang pagi Ahad begini? Apartmentnya bukan boleh dimasuki sesuka hati, kecuali mereka tu penghuni di sini. Apek hantar paper kot, telah Ariana. Pintu dikuaknya luas.

Tengku Adam Kamil.

Ya Allah….dia ni lagi. Dia ada tercalit ubat pengasih kepada Adam sampai macam ni sekali lelaki ni cari dia. Hisk, tak mainlah ubat-ubat pengasih ni. Laknat!

Adam tersenyum mesra. Dia tampil santai dengan jeans biru lusuh, t-shirt putih dan jaket kulit nipis warna hitam. Kaca mata Ray Bannya disangkut di kolar baju. Kacak. Persis model antarabangsa. Hisk, ke situ pula Ariana…! Sedar diri sikit, laki ni merbahaya!

“Macam mana Datuk boleh masuk?”

Adam senyum lagi. Bahunya dijongketkan. Tidak mahu memberitahu Ariana yang dia sudah membeli sebuah penthouse di blok yang sama cuma aras yang berbeza.

“Tak nak jemput saya masuk? Penat saya datang ni”

Ariana mula berdebar sakan. Mengajak Adam Kamil masuk bagaikan menjemput buaya, naga dan segala binatang buas lain masuk ke rumahnya. Tidak sesekali.

“Sorry Datuk..tak elok kita berdua-duaan…” Ariana masih mahu buat muka formal. Adam bersandar pada pintu gril rumahnya.

“Kalau macam tu…kita keluar breakfast?” ajak Adam lagi. Tak mahu putus asa.

Degil betul Tengku Adam Kamil ni. Degil dan tak faham bahasa. Baru sahaja Ariana mahu membuka mulut menghalau Adam, telefonnya berbunyi. Tertera nama Linda di situ. Segera dia mengangkatnya. Adam dibiarkan di situ.

“Akak! Akak..! Tolong Linda Kak! Tolong Linda!” suara Linda yang kedengaran sangat cemas mendebarkan dada Ariana. Tangannya mula menggeletar.

“Linda! Kenapa Linda? Linda kat mana?” Ariana turut terpekik. Adam sudah mula berdiri tegak. Dia tahu ada kecemasan.

“Kat Hentian Pudu kak…! Belakang balai polis, Linda menyorok kat sini. Tolong Linda Kak…Linda lari dari rumah tapi ayah kejar Linda. Linda takut kak! Linda takut!”

Tangan Ariana semakin menggeletar. Dia turut cemas. Takut lelaki berhati binatang seperti ayah Linda berjaya menjumpai Linda.

“Linda masuk balai polis! Masuk sekarang! Akak datang sekarang. Linda tunggu kat situ. Akak datang”

“Datang kak…!”

“Ye, dah pergi masuk sekarang!” Ariana terjerit lagi. Suaranya sangat cemas.

Linda terus berlari masuk ke balai polis.

Ariana pula terkejar ke biliknya. Beg tangannya disambar laju. Otaknya sudah tidak boleh berfikir dengan baik. Pakaiannya juga tidak ditukar. Baby tee dengan seluar track. Rambutnya masih disanggul. Pintu rumahnya dikunci dengan cepat. Tag keselamatan disuakan pada scanner, grilnya terbuka.

Adam memandang Ariana dengan pandangan pelik. Masih tertanya-tanya apa yang berlaku. Pandangan Adam langsung tak dipedulikan olehnya. Lengan baju Adam terus dipegang olehnya, mengheret Adam mengikutnya sama.

“Tolong saya” suara Ariana yang bagaikan mahu menangis lebih mencemaskan Adam. Butang lif ditekannya beberapa kali.

“Kenapa Ariana?”

“Linda” kedua belah tangannya diletakkan dikepalanya. Dia cemas.

“Bawa saya ke Balai Polis Hentian Pudu. Sekarang!” suaranya ditinggikan.

“Okay. Sure”

“Cepatlah..!” Ariana mula memarahi lif yang sedang bergerak ke tingkat 6. Aras rumahnya. Usai lif terbuka Ariana terus menarik Adam memasukinya.

“Guna kereta saya” arah Adam. Dia datang dengan Ferrari Spider pasti lebih cepat dari Suzuki Swift Ariana. Walaupun dia masih belum tahu duduk cerita, tapi dia tahu Ariana mahu cepat. Ada kecemasan. Sampai di sana pasti dia akan tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Ariana angguk. Mukanya sudah memerah cemas. Dalam keadaan begitu dia tahu dia tak kan mampu memandu dengan baik. Hatinya cemas. Mindanya sudah kalut semacam.

Bila pintu lif terbuka Adam terus berlari ke keretanya. Ariana menunggu di pintu keluar. Mereka terus memecut ke arah Hentian Pudu. Mujurlah dia ke sana dengan kereta Adam, berpuluh kali ganda lebih cepat dari keretanya sendiri. Tambah pula awal pagi Ahad, manusia masih belum keluar dari rumah. Lima belas minit mereka sudah sampai. Adam memandu macam setan, tapi dek kalut Ariana langsung tidak perasan.

Ariana terus meluru masuk ke Balai Polis bila kereta di hentikan. Adam juga meluru keluar. Kelihatan seorang gadis muda bersinglet hitam dan berseluar jeans paras peha sedang memeluk Ariana. Gadis itu menangis teresak-esak. Seorang pegawai polis berdiri di sebelah mereka.

“Ya Allah….syukur Linda tak apa-apa…” Ariana turut menangis. Rambut Linda diusapnya penuh sayang. Macam adiknya sendiri. Adam tertanya siapa Linda? Nak kata adik Ariana, mukanya jauh berbeza. Pakaiannya lagi lah.

“Terima kasih sebab datang kak…Ayah Linda ada kat sini kak! Dia kejar Linda sampai ke sini. Linda dah tak nak jadi hamba seks lelaki kak….bawa Linda jauh dari sini kak..tolong Linda….”

Gadis muda di hadapannya masih menangis. Sedikit demi sedikit Adam mula faham apa yang berlaku tetapi dia masih belum tahu siapa Linda sebenarnya.

Ariana menarik Linda untuk duduk di kerusi, “Okay Linda. Akak janji akan lindungi Linda. Kita pergi jauh dari sini. Linda duduk kejap akak nak cakap dengan kawan akak”

Linda angguk. Ariana mendapatkan Adam. Dia mula bercerita pada Adam perihal Linda. Dia juga buntu sebenarnya. Kalau panik otaknya memang jam. Dia perlukan Adam untuk tolong dia berfikir. Tangan Ariana yang masih menggeletar di pegang oleh Adam. Digenggamnya kemas tapi segera di tarik oleh Ariana.

“Sorry…” ujar Adam. Memohon maaf dengan perlakuannya tadi. Ariana mengangguk tanda memaafkan. Anak mata Ariana dipandangnya tepat.

” Awak jangan risau.. Sekarang ni kita buat laporan polis mengenai ayah Linda. Kalau dia cuba mengambil Linda atau mengapa-apakan Linda lepas ni, dia akan terus ditangkap sebab kita dah buat laporan polis. Saya percaya, lepas laporan ni dibuat pasti ayah Linda akan dicari dan ditangkap..Linda, kita bawa ke tempat lain untuk perlindungan. Ke rumah saya di Cameron, atau tempat lain yang awak rasa patut..Awak faham?”

Ariana angguk. Lengan baju Adam ditariknya, mereka mendekati Linda. Dia memberitahu Linda perancangan Adam.

“Linda tak nak lapor polis kak….ayah garang…dia ada geng. Nanti Linda pun kena masuk penjara, Linda pelacur kak…bawah umur…”

Tangan Linda dipegangnya kemas, “Linda, Linda masih di bawah umur…dan Linda di paksa oleh ayah Linda. Polis takkan tangkap Linda. Apa-apa yang berlaku kakak dengan Abang Adam ada. Kalau perlu gunakan peguam akak akan bayarkan untuk Linda. Ya?”

“Akak janji akan tolong Linda?” anak mata Ariana direnungnya mencari keikhlasan.

“Ya, Linda. Akak janji” rambut Linda diusapnya lagi. Linda mengangguk setuju.

Mereka membuat laporan polis mengenai apa yang telah berlaku pada Linda. Pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut. Linda juga disoal siasat. Segala butiran yang diberikan oleh Linda dicatat dalam laporan yang dibuat. Maklumat lanjut mengenai ayahnya serta tempat tinggal mereka juga diberikan.

Hampir petang barulah kes mereka selesai. Linda masih berpimpin tangan dengan Ariana. Adam setia mengekori mereka menuju ke Ferrari Spider bewarna merah garang. Tak sangka ada juga manusia yang hidup seperti Linda. Yang lebih teruk ialah ayahnya. Adam terasa ketinggalan, seperti dirinya sangat mementingkan diri sendiri selama ini. Perempuan seperti Ariana sanggup turun ke tempat-tempat merbahaya begitu, tapi dia lebih senang menghabiskan masa dengan perempuan-perempuan murahan yang kononnya glamour. Glamour menjual diri, Adam mencebik.

Hilmi, Dolman, dan 3 orang upahan mereka sudah sedia menanti di perkarangan balai polis dengan four wheel drive Hummer Adam. Adam yang mengarahkan mereka datang. Mereka pengawal peribadi berlesen yang boleh memegang senjata. Dia tidak mahu ayah Linda yang kononnya ada geng menyerbu datang dan mula buat hal. Lebih-lebih lagi bila Ariana ada bersama.

Mereka memasuki perut Hummer. Dolman memandu Ferrari Spider dengan seorang lagi pengawal peribadinya. Hilmi dan 2 orang lagi mengikutinya dengan Hummer. Ferrari Spider yang dipandu Dolman membelah jalan diikuti oleh Hummer.

Linda mahu membawa diri ke pusat pemulihan akhlak sebenarnya, tapi kehilangannya terlebih dahulu dihidu oleh ayahnya. Belum sempat dia menaiki bas ke Kedah, ayahnya dan konco-konconya datang mencarinya. Mujurlah dia sempat bersembunyi dan melarikan diri dari mereka. Hinggalah Ariana dan Adam datang menyelamatkan dirinya.

Ariana yang masih memeluk bahu Linda diperhatikan oleh Adam. Dia duduk disebelah Ariana. Linda pula di sebelah tingkap. Dua pengawalnya di depan, dan seorang lagi di tempat duduk belakang.

“Linda” Adam memecahkan kesunyian.

Linda angkat kepala. Memandang Adam.

“Linda nak ke pusat pemulihan akhlak?”

Linda angguk.

“Kalau abang hantar Linda ke Sabah, bersekolah di sekolah agama di sana Linda nak?” dia tahu ada sekolah agama yang agak bagus untuk budak-budak seperti Linda di sana. Sekolah yang menaikkan balik semangat mereka, mengajar mereka ilmu agama dan membentuk mereka menjadi menusia yang berguna.

Linda termenung panjang. Dia tak kenal sesiapa di sana. Duit pun dia tiada.

Bagai memahami apa yang terbuku di minda Linda, Adam bersuara lagi, “Abang akan bayar yuran pengajian Linda kat sana. Semua kos penerbangan pun abang akan uruskan. Duit saku pun abang akan bagi. Abang kenal dengan pengetua kat sana, dia kawan abang. Kalau nak kita ke sana petang ni?”

Ariana terus memandang Adam tak berkelip.

Petang ni?

Sekarang dah pukul 1.00pm. Biar betul Adam ni. Baru dia terperasan baju yang dipakainya. Mukanya yang sememeh tak bermekap langsung. Bangun tadi dia langsung belum mandi. Ya Allah….malunyaa….! Nasib lah badannya tak berbau.

Linda angguk bersetuju. Dia pun dah tak betah mahu berada di sekitar Kuala Lumpur. Takut kalau-kalau ayahnya datang mencarinya. Pihak polis pun belum berjaya menangkap ayahnya.

“Hilmi, kita terus ke airport” arah Adam terus. Hilmi menelefon Dolman memberitahu perubahan arah tujuan mereka. Kereta dihalakan ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Ariana merapatkan diri pada Adam. Dia berbisik sesuatu. Adam senyum, nak tergelak pun ada. Rupanya selama mereka keluar Ariana langsung tak perasan apa yang dia pakai. Baru sekarang dia tersedar. Baju t-shirt kecil yang sendat menonjolkan bahagian dada Ariana. Adam membuka jaketnya, dipakaikan kepada Ariana. Sedari tadi dia tak rela membiarkan mata-mata lelaki lain memandang susuk tubuh Ariana.

“Kat sana kita beli pakaian ya? Untuk Linda sekali” Adam cuba menahan senyum. Dia berpaling memandang keluar tingkap takut Ariana terasa kalau dia ketawa.

“Thanks Adam”

Adam? Baru dia perasan dia memanggil Adam dengan panggilan Adam, bukan Datuk. Haiyooo! Hilang sudah formaliti yang dijadikan benteng antara mereka selama ini. Ariana….Ariana…kalau kalut macam tu lah dia.

* * * * * * * * *
Adam membelikan 3 tiket kapal terbang ke Sabah yang akan bertolak dalam masa dua jam lagi. Kawannya yang berada di Sabah juga ditelefonnya terlebih dahulu.

Masuk ke balai berlepas, Adam belikan Ariana dan Linda beberapa helai pakaian. Alat kelengkapan harian, bag bagasi juga dibelikan kepada Linda. Bagaikan mahu menghantar adiknya ke sekolah asrama pun ada. Mereka menunggu di Business Class Lounge, Linda menyalin pakaiannya kepada pakaian yang lebih sopan. Seluar slek dan blaus longgar. Ariana pula mengambil keputusan untuk mandi terlebih dahulu. Malu juga dia pada Adam, tapi lebih baik dia mandi dulu sebelum terbang ke sana. Seharian dia tak mandi, dah rasa macam kambing dah. Rambutnya juga di basahkan. Dia menyalin pakaiannya, memakai jeans dan blaus longgar bewarna putih jenama Levi’s yang dipilih oleh Adam. Dia tahu, Adam sengaja memilih warna senada dengannya.

Ariana nampak lebih segar dari tadi. Wajahnya yang baru disiram air nampak lebih pucat dari tadi. Lebih mulus dimatanya. Rambutnya dibiar lepas. Dia mengambil tempat di sebelah Linda. Adam masih setia memerhatikan mereka. Ariana bersandar pada sofa di situ, memejamkan matanya. Dia terus terlena kerana kepenatan.

Adam yang tadinya duduk disofa berhadapan dengan Ariana dan Linda mengambil tempat di sebelah Ariana. Bahu Ariana dipeluknya sebelum menyandarkan kepala Ariana pada bahunya. Membiarkan Ariana tidur begitu. Linda memerhatikan layanan Adam pada Ariana. Dia juga penat, tapi matanya tidak mahu tidur. Hatinya masih tak keruan.

“Abang ni…kekasih kakak ye?” Linda memberanikan diri bertanya.

Adam senyum, dia mengiyakan. Linda mengangguk faham. Dia juga turut tersenyum.

“Bertuah abang..Kak Ariana baik bang…jaga dia elok-elok ya”

Bahu Ariana dipeluknya kemas. Adam angguk. “Abang akan jaga dia sepenuh hati abang”

* * ** * ** * * * *

Bila Ariana bangun Linda berada didepannya. Sedang memandang siling, mungkin termenung jauh, fikirnya.

Linda kat depan dia?

Dahtu bahu siapa yang dia bersandar penuh asyik sedari tadi? Ariana berpaling. Tengku Adam Kamil masih memeluk bahunya kemas.

” Dah bangun ? ” Adam senyum. Senyuman ikhlas, tidak nakal seperti biasanya. Turun sikit suhu darah Ariana bila Adam tersenyum begitu.

Tubuh Adam ditolaknya perlahan.

” Berapa lama lagi nak berlepas ? ” suara serak-serak basah Ariana membuatkan Adam ketawa nakal. Pipi Ariana dielusnya perlahan. Ariana menepis malas. Dia masih mamai lagi sebenarnya. Penat tahap tujuh petala langit bila terpaksa berhadapan dengan kes sebegini. Adam nampak masih bertenaga.

” 45 minutes. Wana have a drink ? Or get back to your slumber sleep ? Either one, I’m here to serve you ” Adam masih tersenyum, tapi sekarang sudah hilang senyuman ikhlasnya, yang ada adalah senyuman nakal yang sungguh ikhlas. Dia mengarahkan pandangannya pada bahunya. Mengisyaratkan Ariana untuk tidur di bahunya seperti tadi.

Ariana masih menggeleng. Dia tak larat nak bergaduh dengan Adam. Nakal tapi sudah banyak berjasa pada dia dan Linda. Nakal tapi baik dan tidak lokek membantu.

” Coffee please…I feel like I will collapse at anytime. Need a lil’ bit of caffeine ”

” Okay sweety ” Adam bangun mendapatkan kopi untuk Ariana. Sempat lagi dia mencuit dagu Ariana sebelum berlalu. Ariana buat muka tak-larat-nak-layan.

” Sayang betul abang Adam kat akak…” Linda tersengih memandang Ariana. Ariana jungkit bahu. Kalau lah kau tahu apa yang berlaku antara kami dik…you’re not gona say that..telah Ariana dalam diam.

* * * * ** ** * * *** *

Selepas 45 minit krew kapal mula memanggil. Mereka berlepas ke Sabah. Di sana kawan Adam, Zulfadli sudah sedia menunggu. Mereka di bawa ke rumah Zulfadli. Adam pernah membuat urusan bisnes dengannya. Dia juga salah seorang rakan perniagaan Adam dalam perhotelan di Brunei, Labuan dan Kota Kinabalu. Lewat petang barulah mereka ke rumah pengasih yang menempatkan remaja perempuan yang yatim piatu atau mereka yang mahu memperbaiki diri. Ada 10 orang ustazah ditempatkan di situ dan beberapa pekerja lain yang membuat urusan pentadbiran.

Kawasan persekitaran sekolah yang tenang dan penerimaan kawan-kawan dan ustazah yang baik membuatkan Linda mudah menerima tempat baru itu. Dia berasa lebih tenang untuk memulakan hidup baru. Keresahan dan pelbagai persoalan mengenai kebajikannya di sana sebelum ini mula berkubur.

Mereka berpisah selepas solat Isya’. Penerbangan ke Kuala Lumpur pukul 10.30 malam. Penerbangan terakhir ke Kuala Lumpur. Ariana sempat berpesan agar Linda sentiasa menghubunginya. Jika perlu Adam dan Ariana akan terbang ke sana lagi. Ariana meninggalkan Linda dengan perasaan berat, tapi dia bersyukur, akhirnya Linda mengambil keputusan yang sangat berani untuk berubah.

Awal pagi, dalam pukul 1.30 pagi barulah mereka mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Pengawal peribadi Adam sudah sedia menunggu di pintu keluar balai ketibaan. Mereka menghantar Adam dan Ariana ke apartment Ariana. Hari yang memenatkan, keluh Ariana. Tapi berbaloi senyumnya. Adam sudah tercegat di depan pintu rumahnya. Ariana tetap tidak mempelawanya masuk.

“Thanks Adam. Thanks a lot”

” My pleasure ”

Adam masih tercegat di muka pintu. Ariana angkat kening. Adam mempamerkan senyuman nakal.

Ariana menggelengkan kepalanya beberapa kali. Bila lah Adam betul-betul nak berubah. Solat dah…tapi gatalnya ada lagi.

‘What do you expect Ariana ? For him to change like an actor changing his role ? Adam is human. Normal human being’ kata hatinya berbunyi. Ariana akui, perubahan tidak mungkin berlaku 100% in a split second. Hanya tongkat sakti Fairy God Mother dalam cerita Cinderella yang mampu melakukannya. Itu pun terang-terang dilabelkan sebagai Fairy Tales – kisah dongeng.

” Have a safe ride Adam…” Ariana melambaikan tangannya pada Adam sebelum perlahan-lahan menutup pintu. Mengharapkan Adam balik dulu, sampai ke pagi esoklah gayanya.

“Take care Ariana..ada apa-apa call saya ya?” wajah Adam berubah serius. Risau akan keselamatan si gadis pujaan hati.

Ariana angguk. Adam nampak concern. Ikhlas, matang dan protective. Hatinya berbunga bahagia. Pelik, kenapa semakin mudah dirinya menerima Adam kini tapi perasaan itu disangkalnya jauh-jauh. Dia tidak akan benarkan dirinya menyayangi Adam. Tidak akan. Pintu rumahnya segera ditutup rapat. Dia tidak boleh berlama-lama begitu dengan Adam.

BAB 20

Bila matanya dibuka, masih terasa seperti baru sekejap tadi dia melambaikan tangan pada Tengku Adam Kamil. Terlampau banyak yang berlaku dalam tempoh yang singkat.

Banyakkah ?

Atau ia terasa banyak dan sesak kerana Adam sering muncul dalam kehidupannya. Tengku Adam kamil yang dia cuba lupakan dulu, muncul dan mengasak tidak mahu hilang.

Ariana bangun dari tidurnya. Duduk di atas katil sambil termenung panjang. Betulkah tindakannya membenarkan Adam kembali hadir dalam hidupnya setelah detik hitam dulu berlaku ? Keliru dengan reaksi dirinya setiap kali bertemu dengan Tengku Adam Kamil…

Salah dia yang menfitnah atau salah Adam yang bernafsu ?

…dan ingatlah (angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh…(al-Baqarah: 191).

Kerana fitnahnya maruah Adam dipijak dan dijaja ke seluruh negara. Kerana fitnahnya juga dua buah keluarga sudah tidak bersua muka mahupun bertegur sapa. Kerana fitnahnya syarikat Adam merosot prestasinya dan kerana fitnahnya jugalah peristiwa hitam itu menimpa dirinya.

Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya dia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana… (an-Nisa: 111)

Jadi salah siapa ?

Atau pentingkah dia memerah otak dan sekali lagi cuba menuding jari? Sedangkan satu jari menuding ke depan empat lagi kembali ke arahnya sendiri.

” It’s been written Ariana…It’s been written… Learn your lesson and live your life like it never happen unless you wana die regretting, and unless the regret can undo the damage done ” suara hatinya bermonolog lagi. Menasihati dirinya sendiri. Badannya hanyalah pinjaman, yang kekal hanya rohnya, jiwanya. Suara yang menasihatinya, yang sering bermonolog dengannya. Itu suara rohnya yang pernah berjanji pada Tuhan untuk menjadi hamba yang taat setia sebelum dipinjamkan badan berbentuk manusia untuk diguna pakai di bumiNya. Bila suatu masa hatinya hitam dan kelam pasti suara-suara nasihat itu akan hilang, yang ada hanya nafsu yang beraja di jiwa. Ah, nauzubillah Ya Tuhan !

” Bangunlah Ariana ! Just avoid him, settle your problem. What’s so hard ? ” dia terjerit sendiri. Kadang dengan diri sendirilah yang banyak kena memaksa. Nak mandi kena paksa, nak baca buku kena paksa, kadang yang paling teruk, nak solat pun kena paksa! Tambah lagi kalau solat Subuh, ya solat Subuh….Haih, terus Ariana Rose bangun dari katilnya dengan rengusan kasar. Jam di dinding sudah menginjak ke pukul 6.30 pagi. Sikit lagi matahari mengintai kang dah tak cantik Subuhnya tu. Subuh gajah.

Habis mandi dan menunaikan solat dia bersiap untuk ke pejabat. Sarapannya pun hanya cereal, buah anggur dan susu segar. Susu kambing ya bukan susu lembu. Susu kambing yang dimasak dengan cinnamon stick untuk mengelakkan bau yang kurang enak. Ariana Rose bukanlah diajar untuk minum susu kambing sedari kecil, tapi dia memilih susu kambing berbanding susu lembu atas sebab khasiat yang ditawarkan. Lebih mirip kepada nutrisi yang mampu dibekalkan oleh susu ibu, mampu melindungi kestabilan DNA, mengandungi oligossaccharides yang mempunyai komposisi seperti oligossaccharides di dalam susu manusia yang mana bertindak sebagai probiotic dan macam-macam lagi kebaikannya. Scientifically proven by the way, selagi dibuktikan secara saintifik memang Ariana Rose akan menerimanya sepenuh hati.

Sebelum keluar sempat lagi dia berdoa dengan ayat pelindung diri ;

“Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.

Walaupun dia tahu dia tidak memelihara kehormatannya seperti saranan Tuhan, menutup aurat sebaiknya. Sepenuhnya, tetapi doa tetap dibacanya. Entah bila Ariana Rose mahu mula menutup rambut yang menjadi beban dosa bagi dirinya…Kemejanya juga mengikut bentuk tubuh, tambah satu lagi beban dosa kepada dirinya..ah, bukan dirinya seorang, juga dosa kepada papanya…tapi kaki tetap melangkah keluar, sedia menerima dosa yang mendatang. Ilmunya berkepuk di dada tapi nak mengamalkannya dipilih-pilih….Orang macam dia lebih teruk dari si Adam Kamil yang baru nak mengenal Tuhan, dosanya dibuat atas kejahilan. Sedangkan dia ? Sudah tahu saja je tempah maut, konon macho boleh punggah dosa. Konon umur panjang sampai masa taubatlah dia dengan dosa satu tu.

Hmm…Adam Kamil juga yang dia banding kan. Bangun-bangun dah fikir pasal Adam, si Datuk muda kacak persis model. Kepalanya diketuk berkali-kali, ” Keluarlah Adam from my mind…! ” dia bertutur sendiri. Kalau orang tengok sah kata tak betul.

Cepat-cepat dia berdoa dalam hati supaya tidak lagi bertemu dengan Tengku Adam Kamil. Tidak lagi dikejar jejaka kacak dan sukar ditafsir itu. Cukup sudah beberapa hari hidupnya bagai menaiki roller coaster, sekejap bahagia, sekejap bimbang, sekejap terasa diawang-awangan. Terbukti juga dirinya sudah tidak boleh dipercayai lagi, bila bersua dengan Tengku Adam Kamil pasti hatinya tidak mampu membenci.

Melt. Melt. Melt and Mad. Yes, mad sebenarnya….

You are MAD Ariana Rose.

* * * * ** * * * * * ** * ** *

Suasana aras 7 di Kementerian Pembangunan Keluarga dan Wanita di pinggir tasik Putrajaya agak damai. Cuma terdengar bunyi panggilan telefon yang bersahutan. Ramai sangat orang awam menelefon, pegawai pun kadang tidak menang tangan. Di Kementerian Kebajikan macam tu lah gayanya. Belum lagi bertugas di Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah-daerah, kalau tak lagi sibuk gayanya. Setiap hari ada je kes.

Beberapa dokumen yang perlu dihantar kepada bosnya dipegang kemas. Dia teringatkan pesanan umminya tempoh hari yang memintanya pulang Jumaat nanti. Umminya pun satu cubalah minta dia balik hari Sabtu ke Ahad ke…possible lah sikit. Ariana bangun ke bilik bosnya, mahu memohon cuti dan menghantar dokumen yang disiapkannya sedari Jumaat lepas.

Pintu bilik diketuk, dia hanya masuk bila bosnya menyuruh.

” Bos, ni dokumen yang bos minta” beberapa dokumen yang sudah elok diletakkan di dalam folder dihulurkannya. “Erm..bos…Saya nak pohon cuti Jumaat nanti, bolehke?”

“Jumaat…” bosnya membelek kalendar, mungkin menyemak bebanan kerja pada hari itu.

“Hmm okay. Awak hantar borang rasmi cuti melalui sistem HRMIS, nanti saya luluskan. Balik kampung ke?” pandai pula bosnya meneka. Ariana senyum.

“Ya bos. Mak saya telefon, katanya ada hal penting ”

“Owh..okay…Oh ya Ariana, mesyuarat dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat esok awak dah uruskan dah?”

“Dah bos..minggu lepas lagi saya dah settlekan. Tinggal handout je lah tunggu maklumat daripada agensi ”

“Okay, that’s good. Ni ada surat daripada Kementerian Sumber Manusia, awak tolong sediakan draf surat maklum balas” surat yang dihulurkan disambutnya. Dia meneliti kandungan surat sebelum bersetuju.

“Okay, nanti saya hantar draf tu pada bos” bilik bosnya ditinggalkan. Biasanya mengarang surat ni dia hanya perlu ambil masa beberapa minit sahaja, tetapi yang melambatkan urusan ialah mahu mengumpulkan maklumat yang dipohon.

Bila dia kembali ke biliknya, seorang lelaki sedia menunggu dimeja. Membelakangkan pintu masuk. Memang kerusi tetamu diletakkan sedemikian.

Siapa?

Lelaki itu berpaling ke arahnya. Harith rupanya…

“Ariana…”

“Encik Harith….Ada apa-apa ke ni?” Ariana segera ke tempatnya. Pasti hal program anak yatim, telahnya.

“Saya saja je datang jumpa awak” Harith tersenyum manis. Patutlah Harith digilai gadis-gadis yang masih bujang di tempat kerjanya, dengan pangkat yang dia ada dan usia yang masih muda perempuan mana yang tidak tertawan? Di tambah pula dengan rupa paras yang menawan..hmm memang gila bayang lah semua yang memandang.

“Owh..YB Menteri tak ada ke boleh datang melepak kat sini ni?” Ariana ketawa. Memecahkan kepelikan yang mencengkam rasa.

“YB ke Australia…melawat anaknya kat sana. YB pun nak rehat juga kan?” gadis di depannya diperhatikan. Terasa berat mahu mempelawa Ariana untuk menemaninya ke majlis makan malam, tapi dia perlu mencuba nasib. Nak seribu daya, ulangnya dalam hati.

“Er….Ariana..awak free tak Rabu malam this week?”

Ariana mencongak kalendar. Kenapa dengan Rabu malam? Ada apa waktu tu? Takkan la Harith mahu mengajaknya dating. Perasan betul Ariana ni!

“Free…kenapa Encik Harith?”

“Kita wakil Program Anak Yatim ya untuk majlis makan malam amal? Syarikat OpticalTech yang anjurkan untuk tambah dana program kita. Syarikat ni salah satu daripada syarikat yang terlibat dalam program yang kita anjurkan”

Urusan rasmi lah kiranya ni? Kalau urusan rasmi dia memang akan pergi. Dia jenis yang komited dengan kerja.

“Okay, bolehje..Pukul berapa dan dekat mana Encik Harith?” Harith dah pun senyum lebar mendengar jawapan Ariana.

“Dekat Palace of Golden Horses, pukul 8.30 start. Ada dress code tau”

“Wah, dress code lagi. Macam program makan-makan orang kaya je…”

Memang majlis makan malam golongan elite pun. Itulah cara mereka menambah dana sambil menambah network perniagaan. Tapi Harith tidak mahu Ariana terkejut, dia diamkan sahaja.

“Wakil syarikat la yang banyak nye Ariana..tapi makan malam biasa je, awak jangan risau. Apa-apa pun saya ada dengan awak malam tu” Harith senyum lagi. Murah senyuman betul Encik Harith ni.

“Okay Encik Harith, jumpa kat sana la nanti. Saya call Encik Harith kalau dah sampai kat sana. Lambat lagi pun kan? Lusa”

“Lusa tu dah dekat Ariana…Ballroom attire ya?”

Ballroom attire?

Dress? Suit?

Amboi, kemain majlis pungut derma ni, bisik Ariana. Rasanya lagi banyak habis dekat sewa hotel dari menambah dana kalau macam ni.

“Hish…takut saya dengar majlis ni Encik Harith, siap kena pakai dress bagai ni”

Harith menunjukkan riak risau. Dia tidak mahu Ariana menarik diri, “Makan-makan je…dress code tu biasa lah kan, tuan rumah minta macam tu kita ikut..”

“Okay…Encik Harith pakai baju apa nanti?”

“Saya pakai suit la.Black suit, so dress awak nanti terpulang pada awaklah warna apa. Semua warna match dengan black kan?”

Bagus juga Encik Harith ni. Mudah kerjanya nak pilih dress. Mujurlah umminya buka butik, dia memang banyak dress labuh yang cantik-cantik. Ada satu dress yang masih belum dia pakai. Dress dari kain sari chifon ungu tua dengan batu permata warna amber. Kain tu umminya beli di India sewaktu ke sana dengan ayah. Harga kain sahaja pun dah cecah RM1500.00 atau dalam India Rupeenya Rs15,000.00.

Ariana mengiyakan pendapat Encik Harith.

” Saya fetch awak nanti?”

Hmm, dah macam nak buat date ni. Segan pula Ariana.

“Susahkan Encik Harith je…”

“Takpe…nanti senang bila sampai sana nanti..Okay ye? Awak tinggal kat mana?”

“Putri Palma Condominium.. Tak jauh ke dari rumah Encik Harith nanti?” soal Ariana tulus. Bimbang menyusahkan Encik Harith, sedangkan dia pegawai biasa sahaja. Encik Harith tu orang kanan Menteri.

“Tak jauh la. Rumah saya area sini je. Set ya?” kalau jauh pun, untuk Ariana dia sanggup!

“Set..!” balas Ariana dalam senyuman. Hilang pula formality mereka selama ini.

” Okay, thanks ya Ariana ! Don’t dress up too much nanti susah saya nak halang taycon-taycon tu dari mengorat awak ” gurau Harith dalam ketawanya.

” Hah ? ” Ariana buat muka menonong. Memang dia tidak faham pun maksud Harith. Kata majlis amal rasmi.

” Owh…takde pape… Lusa ya ! See you next time ”

Terus Harith meminta diri, bimbang makin lama dia di situ makin melalut cakapnya nanti. Yang penting Ariana pergi. Riangnya dia bukan main lagi bila Ariana dah bersetuju. Jumpa di tempat kerja ni memang terhad lah sikit tindak tanduknya. Semuanya ada protokol, tambah-tambah dengan jawatan dia dan Ariana, tak manis kalau asyik bersama di pejabat. Dia pun tidak selalu ada di pejabat, dia akan mengikut ke mana sahaja YB Menteri pergi kecuali atas urusan peribadi la. Kalau urusan peribadi pun dia ikut, tu dah jadi bodyguard, bukan pegawai khas!

Usai Harith keluar, telefonnya berdering. Nama Datuk Adam Kamil terpapar di skrin. Dia biarkan tak berjawab. Tidak mahu terus-terusan berhubung dengan Adam. Dia takut hatinya akan berubah. Dirinya sendiri memang tidak boleh dipercayai lagi bila bertemu dengan jejaka idaman malaya itu.

* * * * * *

Harith menegur beberapa pekerja dalam perjalanan keluar dari department Ariana. Mata-mata cemburu menghantarnya hingga ke pintu depan.

“Hebat lah Cik Ariana ni kan? Hari tu keluar gossip dengan anak billionaire, sekarang Encik Harith pula yang datang cari….” Saleha yang masih bujang di situ dan sangat tergilakan Harith memendam rasa dengan perhatian Harith kepada Ariana.

Hidayu pembantu Ariana tidak senang dengan cakap-cakap Saleha. Sepanjang dia bekerja dengan Ariana dia masak benar dengan perhatian yang diberikan oleh lelaki kepada Ariana, tapi satu pun tidak dilayan. Kalau Encik Harith tergilakan bosnya, apa dia nak buat? Biarkan je lah.

” Leha…kalau orang tergilakan dia, dia nak buat macam mana? Nak marah? Nak maki hamun orang tu?”

Saleha tarik muncung. Ada-ada je Ayu ni…asyik membela bosnya je. Saja lah tu, kipas angin.

“Tak de lah…aku okay je orang nak tergilakan dia.Tapi pokok tak kan bergoyang lah kalau tak ada angin. Kalau dia tidak menggatal , tak melayan tak de lah orang tercari sampai ke sini.”

“Cik Ariana tu cantik Leha..pandai pula tu…tak payah menggatal, tayang peha tayang betis pun lelaki dah melutut minta perhatian tau”Hazrul yang diam sedari tadi menjampuk.

Memang hakikat apa yang dia kata. Memang dia sendiri pun terpukau dengan kecantikan Ariana pertama kali mereka bertemu, tapi dia sedar statusnya tak sama. Ariana bos, dia ni staf biasa je.
“Hmm lelaki memang buta, nampak yang cantik je..” Arfah yang agak kamceng dengan Saleha cuba membela kawannya.

“Kalau cantik sahaja tapi perangai teruk, hati jahat, hah tambah-tambah yang mulut macam longkang, lagi lah kita orang tak mahu!”

Ayat pedas dari Hazrul mendiamkan Saleha dan Arfah. Ayu tersenyum sinis, macam-macam yang orang boleh tak puas hati. Sampai ke cantik pun boleh jadi isu. Jadi cantik pun satu ujian sebenarnya. Ujian untuk menjaga maruah dari ketaksuban menjadi lebih cantik, ujian bila mendapat pelbagai perhatian dan tawaran dan ujian bila dibenci oleh kaum sendiri. Itu kata Cik Ariana padanya dulu. Kata Cik Ariana, adalah lebih bermakna dicintai oleh seorang lelaki yang dicintainya dari dicintai oleh seribu lelaki yang dia langsung tiada perasaan terhadap mereka.

Yang penting perlu bersyukur dengan apa yang dikurniakan Tuhan. Kalau asyik mengejar sesuatu yang kita tak ada, kita takkan nampak kelebihan yang kita ada!

Ayu mula menyambung tugasannya. Beberapa maklumat perlu dihantar kepada bosnya

BAB 21

Sudah dua hari Adam asyik menelefon dan setiap kali tu jugalah dia tidak akan menjawab. Kalau berdepan dengan Adam je hatinya berlembut. Mana hilang kebenciannya pada Adam sebelum ini. Memandangkan dirinya sendiri pun sudah tidak boleh dipercayai lagi, jadi perkara yang terbaik adalah cuba mengelak daripada berhubung dengan Adam lagi. Biarlah kalau Adam kata dia cuba ambil kesempatan sekalipun, dah dapat duit donation terus cabut, angkat kaki. Adam dulu lagi teruk, dah dapat mahkotanya sebagai seorang gadis, dia dibiarkan penasaran sorang-sorang.

‘ Serve you right Datuk Adam Kamil ‘ – Ariana mencebik sendiri. Tiba-tiba marahnya pada Tengku Adam semakin menjadi-jadi. Kebaikan Adam hilang sedikit demi sedikit. Selagi mereka tidak bersua selagi itulah dia boleh kekal mengingati apa yang Adam telah lakukan padanya dulu.

” Hey…kau nape mencebik sorang-sorang ni ? Haha ” tergelak Irfan melihatkan perlakuan Ariana Rose. Elok-elok duduk sorang-sorang pun boleh mencebik macam tu. Nasib baiklah cun, tak adalah orang kata tak betul pula.

Ariana tengok kawan sepejabatnya dengan muka kosong, ” Ganggu imaginasi aku la kau ni. Ni kenapa masuk bilik orang tak ketuk pintu dulu ? ”

Irfan ketawa lagi. Ariana ni asyik buat muka toya je akhir-akhir ni.

” Alah kau ni, macam tak biasa ”

Irfan masih tersenyum memandang gadis di hadapannya.

” Kau kenapa….senyum-senyum…? Apa hal ? Aku curious ni ”

” Kau ni aku saja je nak amati kecantikan kejadian Tuhan, salah ke ? ”

Ariana mencebik lagi. Hee, kalau dilayan si Irfan ni melalut memang boleh sampai ke bulan. Ke bintang pun boleh.

” Tidak salah…tapi ko ingat pandang ni tak kena bayar ke ? Ha, nak masuk ofis aku tadi pun ada tol tau ? ”

Irfan ketawa lagi. Ariana…Ariana….dah setahun mereka bekerja, sekali pun tidak nampak Ariana keluar dengan mana-mana lelaki. Bila di ajak bercinta pun Ariana tolak. Katanya tidak minat. Kadang tertanya juga, kot-kot Ariana ni lesbian ke…Atau perempuan kat depannya ni minat dengan yang kaya-kaya je. Macam si Harith tu, ada la juga dia dengar gosip-gosip liar pasal Ariana dan Harith. Dulu ada desas desus Ariana dengan anak billionaire sampai termengandung tapi habisnya gosip tinggal gosip. Kalau kata Ariana mengandung memang dia tak percaya, tiap-tiap hari jumpa si Ariana ni, tak nampak langsung macam orang mengandung. Bersentuhan dengan lelaki pun tidak.

” Jom keluar lunch ” ajak Irfan bersahaja.

” Kau terlambat 20 minit ”

Irfan angkat kening. Apa maksud Ariana ?

” Aku ada lunch date lah ” bersahaja Ariana bangun. Tas tangannya diambil dari dalam kabinet. Bersedia untuk keluar.

Irfan turut bangun. Macam tak percaya Ariana keluar date. What a surprise bisiknya. Terdetik rasa cemburu di hatinya dengan lelaki yang berjaya melembutkan hati Ariana Rose. Sudah setahun dia cuba menggoda Ariana tapi sekali pun tak berhasil.

” With who ? ”

” Eh, biarlah rahsia…” Ariana ketawa mengusik. Pintu biliknya dikunci sebelum mereka menuju ke lif. Ariana berjanji dengan Harith untuk makan di luar. Kata Harith dia dan kawannya ada projek kemasyarakatan yang agak best untuk dibuat, kalau Ariana berminat boleh dia beritahu mengenai projek tu waktu lunch ni memandangkan petang nanti Harith tidak ada di pejabat.

Ariana memang menjarakkan hubungannya dengan Irfan. Dengan mana-mana lelaki pun sebenarnya. Dia hanya keluar bila ada hal rasmi atau penting. Kalau tak, jangan haraplah. Lagipun si Irfan tu dah ada kekasih. Tak silapnya baru 3 bulan bercinta. Daripada jadi bahan amukan kekasih Irfan lebih baik dia jarakkan pergaulan mereka.

Bila sampai di lobi mereka berjalan beriringan sebelum Ariana ke sofa di kawasan menyambut tetamu dan Irfan ke café. Ariana mengambil tempat di sofa sambil membelek majalah tahunan Kementerian.

” Kring…Kring…! Kring…! Kring !” telefon yang berbunyi meminta perhatian turut mendapat perhatian beberapa tetamu yang berada di lobi. Disangkakan Harith, rupanya si Datuk muda. Ariana garu-garu kepala yang tak gatal.

‘ Nak angkat ? Ke tak nak ? ‘

Habis-habis berfikir diangkat juga. Kalau dah 2 hari ada 60 misscall yang dia dapat, lebih baik dia jawab panggilan Tengku Adam Kamil yang tak tahu cara nak berputus asa tu. Darah pahlawan mana la yang Tengku Adam kutip..menyusahkan orang betul, telahnya.

” Hello. Ariana ! ” suara Adam kurang sabar.

Ariana buat muka. Call orang, lepas tu nak marah-marah, apahal ?

“Assalamualaikum…” sengaja Ariana memerli.

” Waalaikummussalam ” sempat lagi Ariana memerlinya, telah Adam. ” Jom, lunch ”

Lunch ?

Bukan ke Adam kerja kat Kuala Lumpur. Jauh betul datang lunch.

” Tak boleh ”

” Why can’t you ? ”

Wah..wah…ajak orang lepas tu paksa-paksa pula lelaki ni. ” Ada date ”

Menyirap darah Adam. Dah la dia call berpuluh kali tak reti-reti Ariana nak angkat.
Ingatkan lepas keluar siap ke Sabah bagai haritu hati Ariana dah berubah. Memang berubah, berubah jadi dingin pula. Susah betul nak faham jiwa perempuan ni. Kalau perempuan lain, haramlah dia nak ajak keluar makan macam ni, sanggup datang dari Kuala Lumpur pula tu.

” Dengan siapa ? ” nada suara Adam yang berbaur cemburu sangat jelas kedengaran di telinga Ariana.

” Datuk…Thanks for inviting me, tapi honestly Datuk, please respect my privacy. Bye ” hampir-hampir dia mematikan panggilang suara Adam masih bergema memanggil namanya.

” Ariana….Wait… ”

” Yes … ? ” malas-malas Ariana menjawab. Susah betul nak melepaskan diri dari cengkaman Tengku Adam Kamil. Dia memang tidak boleh memberikan peluang pada Adam. Dia tahu dirinya cepat berlembut bila dengan lelaki itu. Marahnya sekejap, selebihnya mulalah mencair bila lelaki berdarah Tengku itu menunjukkan segala jenis kebaikan dan romantikanya.

” Ariana. Don’t go out with other guy ” tegas suara Adam. Terasa seperti ada satu perasaan pelik di jiwanya, tapi siapa Adam nak mengarahnya macam tu ?

” Ariana ! Sorry, dah lama tunggu ?? “belum pun sempat dia menjawab suara Harith terlebih dahulu menyapanya.

Dia menjauhkan telefon bimbitnya dari telinga. Membiarkan Adam ditalian.

” Owh tak adalah, baru je ” Ariana bangun berdiri di sebelah Harith yang sudah sedia menunggu.

” Let’s go ” Harith tersenyum manis padanya.

Ariana membalas senyuman sambil kakinya berjalan seiring dengan Harith, telefon bimbitnya ditekapkan ke telinga. Tanpa mendengar butir bicara dari Adam dia terus mengucapkan selamat tinggal dan mematikan talian.

Adam memandang telefonnya. Skrin telefon dipandangnya lama. Bagai tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Ariana Rose benar-benar keluar dengan lelaki lain dan persoalan yang maha besar yang berlegar di benaknya ialah ‘ siapa lelaki itu ? ‘

Memang tak boleh jadi, fikir Tengku Adam Kamil. Tadi dia duduk di sofa di lounge area di Pullman Hotel, sekarang dia sudah bangun mundar-mandir tak tahu nak ke mana. Terbayang-bayang Ariana Rose di bawa oleh lelaki lain. Makan bersama. Berkongsi makanan dan minuman ? Ya lah orang tengah angau bercinta, makan sikit pun kenyang asal dapat berkongsi.

Ni memang tak boleh jadi. Tingkasnya lagi. Baru Sabtu lepas mereka main suap-suap, kongsi makanan, sekarang Ariana buat semua tu dengan lelaki lain pula ? Ariana cuba mainkan dia ke apa ?

” Er…Sir…are you okay ? ” sapaan seorang petugas hotel mengejutkan Adam. Nampak sangat dia dah macam orang gila berbaris dalam Pullman. Adam buat muka bodoh, perangai sombongnya datang balik.

” I’m okay. Thanks ” jawabnya pendek.

Terbatal niatnya untuk makan. Dia terus berjalan ke tempat meletakkan kenderaan. Usai keluar, bangunan Kementerian Ariana yang merentas tasik Putrajaya dipandangnya. Bila dia kembali memandang ke depan elok-elok sebuah kereta Mercedes CLK200 berhenti di hadapannya. Nasib baik dia masih tercangak di situ, kalau dia jalan sambil mata melilau ke bangunan kerja Ariana tak ke dah kena langgar sekarang ni ? Mati dalam kisah cinta yang tragis…Adam menggeleng-gelengkan kepala bila monolog dalamannya sudah jauh ke laut.

Seorang perempuan turun dari kereta manakala kereta tadi berlalu mencari tempat meletakkan kenderaan. Dia pandang sipi-sipi sahaja perempuan yang berjalan ke arah pintu masuk hotel. Malas dan tidak berminat, tapi entah kenapa bagai ditarik-tarik keinginannya untuk melihat perempuan tersebut dengan lebih jelas.

Gadis sederhana tinggi, berbaju kurung moden ikut tubuh warna pink lembut dengan rambut hitam pekat yang beralun cantik mengurai hingga ke siku. Adam senyum.

Ariana Rose menunduk sehabis boleh. Harith pula elok-elok pergi berhenti di hadapan Adam, dan sebanyak-banyak restoran di Putrajaya dia pilih Pullman Hotel. Nasib baiklah bila dia turun Adam bagaikan tidak melihatnya. Laju-laju dia cuba membolosi pintu masuk hotel.

Ariana tersentap bila tangannya dipegang tiba-tiba. Bulat matanya memandang, siapalah yang berani main sentuh-sentuh dengan dia ni ?

” Ariana, you come ! ” Tengku Adam Kamil yang dia cuba mengelak sudah terpacak di hadapannya. Memandangnya dengan senyuman lebar.

Ariana terkedu.

Tengku Adam Kamil ingat dia datang Pullman untuk makan tengah hari dengan dia ke ? Ya Allah….silap besar. Silap besar. Gumam Ariana dalam gundah yang teramat.

” What’s wrong guys ? ” serentak dengan itu jugalah Harith datang entahlah sebagai penyelamat atau Harith pun tak cukup kuat mahu melawan Tengku Adam Kamil. Bukan lawan gusti, ni lawan kuasa.

Adam pula yang tersentak. Wajahnya bertukar tegang. Matanya melirik tajam ke arah Ariana. Bertambah berdegup jantung Ariana bila dipanah mata Adam.

‘Ya Allah…janganlah kau biarkan aku mati kerana heart attack ya Allah…’ sempat lagi Ariana berdoa pada Tuhan. Tuhan sajalah yang mampu membantunya tika ini.

Harith yang tidak tahu jalan cerita terus tersenyum bila melihat Datuk Wira Tengku Adam Kamil ada di situ. Laju sahaja dia menegur, ” Datuk…buat apa kat sini ? ”

Tangan Harith yang menghulurkan salam disambutnya acuh tak acuh. Dia senyum sekilas. Berat benar rasanya mahu mengalihkan pandangan dari merenung wajah kaget Ariana Rose. Jadi lelaki ini lah teman lelaki Ariana ? Patutlah sedari awal lagi nampak mesra. Memang ada hubungan rupanya.

” I suppose to have a date with my….sleeping partner ” Adam pandang Ariana. Saja mahu melihat apa reaksi perempuan itu.

Sleeping partner ?

Peluh sejuk mula merintik di badannya. Wajahnya yang sudah merona merah membuatkan Adam tidak sanggup untuk mengenakannya lagi. Harith pula tercengang tanpa kata.

Tiba-tiba Adam ketawa. Bahu Harith ditepuk-tepuk, ” I was joking ! ”

Tawa Harith pula yang pecah di situ. Lawak ke ? Soal Ariana. Lawak ke kalau buat orang macam tu ? Buat lawak dengan kisah silam mereka. Ariana jeling pada Adam. Tajam. Dalam sinar kemarahan ada riak kesedihan dalam anak mata hitam itu. Adam telan liur. Dia sudah terlebih kata, terlampau mengikut perasaan cemburu dan marahnya dengan sikap Ariana.

” Jom Datuk, join us ” ajak Harith selamba. Ariana bertambah gusar.

” Do you mind ? ” Adam berpura-pura bertanyakan pendapatnya. Ariana pandang Harith, kalau boleh dia tidak mahu Adam ikut sama. Setiap kali berjumpa pasti perasaannya turun naik macam naik roller coaster. Dia mahukan ketenangan seperti dulu !

Tapi demi satu imej professional yang setia dibimbitnya Ariana melayangkan seulas senyuman, ” No, of course not. Please join us ”

Adam senyum tanda kemenangan. Jarang orang mahu melepaskan peluang mengajaknya makan bersama. Itulah untungnya ada pangkat dan darjat. Kalau dia orang kebanyakan ada Harith nak ajak dia bersama ? Adam senyum sinis dengan aturan alam. Walaupun bertuah kerana dilahirkan dengan kemewahan, dikurniakan pangkat dan darjat, tapi semua itu menyukarkannya untuk membezakan antara yang ikhlas dan yang cuba menangguk dari kuasa yang dia ada.

Mereka beriringan masuk ke dalam hotel menuju ke Restoran B’s yang menyiadakan pelbagai jenis makanan di situ . Harith setia di sebelah Ariana. Adam menyaksikan dengan hati yang ngilu. Ngilu bila perempuan yang dia dambakan lebih dekat dengan lelaki lain. Teman lelakinya sendiri. Baru teman lelaki, bukan suami, bisik Adam dalam diam.

Sampai di pintu masuk pelayan restoran sudah sedia menyambut mereka. Adam siap sedia memilih buffet untuk 3 orang sekaligus membayar harga makanan.

Jejak je dalam restoran, memang macam-macam ada! Terus meleleh saliva Ariana memandangnya. Ariana yang sentiasa dengan pretty-face-image akan kalah bila berhadapan dengan makanan. Adam senyum, sikap Ariana sudah boleh dihidu olehnya.

Ariana mengambil tempat di sebelah Harith, Adam pula memilih untuk berada di hadapan Ariana. Sengaja dia buat muka tak malu. Harith memandangnya pelik tapi lelaki itu hanya pendamkan. Nampak sangat ke dia cuba mengorat Ariana ? Kalau nampak lagi bagus, detik hatinya.

” Awak dengan Ariana dah lama ke kenal ? ” soal Adam sejurus selepas punggungnya mencecah kusyen tempat duduk.

Harith senyum. Ariana buat-buat tak dengar.

” Saya dah lama kenal dia…dia je lah yang baru kenal saya ”

Ariana pandang Harith. Apa maksud si pegawai khas Menteri ni ? Bunyinya macam dah lama Harith intai dia. Intai lah sebab tengok dalam diam. Tegurnya tidak.

” Eh nama awak satu Kementerian tahu kot Encik Harith…Teruk sangatlah kalau saya tak kenal…” Ariana bertutur lembut.

‘ Encik Harith ‘ – pandai Ariana nak kelentong dia. Ada ke teman wanita yang memanggil kekasihnya Encik ? Bukan kah Encik tu satu panggilan formal ? Adam senyum lagi. Ariana makin gusar. Terus terang, Tengku Adam Kamil adalah satu-satunya lelaki yang dia tidak mampu membaca gerak geri dan fikirannya. Lelaki yang sentiasa buat dia berdebar, fikirannya bercelaru dan tindak tanduknya langsung tidak mengikut akal yang waras.

” Awak pun famous Ariana…awak je yang tak tahu…” Harith jeling Ariana. Jeling manja gitu. Adam capai gelas berisi air sejuk yang dituangkan oleh pelayan tadi. Terus diminumnya dengan rakus. Panas !

” Tak nak ambil food ke ? ” soal Adam memotong perbualan keduanya. Makin dilayan makin sesak dadanya.

” Owh..sorry ! Lupa tadi ” balas Harith. Adam sudah bangun dari duduk. Harith turut mengikut.

” Ariana, shall we ? ” soal Harith lagi sebelum Adam sempat membuka mulut untuk mengajak Ariana. Sekali lagi geramnya semakin bertambah.

” Tak pe…tak pe…you guys jalan dulu. Saya nak ke washroom sekejap ” Ariana terus bangun menuju ke washroom. Dia gugup berhadapan dengan Adam. Sangkanya mereka tidak akan berjumpa lagi. Hatinya terpaut dengan kebaikan Adam, tapi egonya menentang atas apa yang sudah Adam lakukan ke atas dirinya dulu. Walaupun Adam sudah semakin berubah tapi….sejarah tidak mungkin dapat diubah.

Ariana membasahkan sedikit rambutnya di bahagian dahi supaya mudah dia berfikir dengan baik selepas ini. Penampilannya disemak sebelum keluar dari washroom.

‘Perfect’ – bisik Ariana sebelum melangkah keluar.

” Ariana ” suara lelaki menyapanya seraya dia membuka pintu tandas.

Ya Allah, terkejutnya ! Membuntang matanya memandang empunya suara. Adam siap bersandar pada dinding di sebelah pintu utama washroom.

” Washroom lelaki kat depan Datuk ” ujar Ariana masih beriak tenang. Walhal dalam hati bergoncang hebat.

Langkahnya terhenti bila Adam menghalangnya. Ariana berhenti. Tangannya disilangkan ke dada. Wajah Adam Kamil diperhatikannya sepenuh hati.

” What ? ”

” Harith bukan boyfriend you kan ? ”

” Datuk tak ada hak nak tahu …” Ariana cuba melewati tubuh Adam yang masih menghadangnya tetapi Adam lebih cepat mengubah kedudukan.

” I want to know and I need the answer ”

” If yes so what ? and if no then what ? ” Ariana bertanya mencabar.

Adam mendekati Ariana. Ariana mengundur ke belakang sehingga badannya tersentuh dinding lorong memasuki washroom. Tangan Adam mengepung tubuh gadis di hadapannya.

” Answer me ” Adam memaksa. Memaksa dan mengugut. Mukanya serius.

” Not yet ”

Adam senyum sinis. Not yet maksudnya akan jadi pasangan, tapi sekarang tidak lagi. Dalam proses mengenali.

” Never Ariana or you will regret it.. ” serius suara Adam. Ariana telan liur. Bergetar jiwanya. Menyelinap perasaan takut, tapi ah, malas dia mahu ambil pusing.

” Datuk Wira Tengku Adam Kamil, I don’t want to create a show here, okay. You know how drama queen I can be right ? And saya lapar ni ! Its almost 2.00 p.m ! Saya nak masuk pejabat lagi. Datuk tak apa lah, bos. So can you please appreciate our time ? ”

Adam ketawa lembut, ” Kalau kena pecat, awak kerja lah dengan saya. It’s not a big deal ”
Ariana buat muka. Adam ketawa lagi.

Apa yang lucunya ? Benci betul dengan gelagat Tengku Adam Kamil yang suka berlagak macam dia hak Tengku Adam sedangkan tidak. Dia tahu selagi dia berkeras selagi itulah Tengku Adam akan menghalangnya.

” I’m not interested ”

” Saya bagi awak three times than your current salary ”

” No but I have a better offer ”

Wah, Ariana pun dah pandai buat deal ? Adam senyum nakal. Adam menanti butir bicara Ariana. Kalau Ariana setuju untuk ada hubungan dengan dia sanggup dia membayar berapa sahaja yang Ariana mahu. Bukan untuk dibawa ke bilik tidur sekali pun.

” We can stay as a friend. So shall we get in and eat ? Saya kalau lapar saya makan orang ! Ha…”

” Promise me that you will answer my call next time ? ”

” Yes Datuk Adam…as long as Datuk tak call saya setiap 10 minit sekali okay? Just for something important, saya akan jawab ”

Ariana cuba bergerak lagi, Adam berjalan beriringan dengannya. Tangannya dipegang. Ariana mengerutkan muka, tidak suka dengan perlakuan Adam.

” Let me go ”

” Stop calling me Datuk. Dulu tak pula awak nak panggil saya Datuk ” Adam memandangnya penuh makna.

Dulu ?

Adam maksudkan sewaktu dia diculik dulu ?

Sewaktu ‘perkara’ tu berlaku ?

Ariana ketap bibir. Sabar wahai hati….perkara tu tidak pernah berlaku. Tidak pernah ! Jerit hatinya lagi.

” Okay Adam let’s go ” Ariana membalas dalam geram. Dia terus melangkah pergi dengan Adam cuba berjalan beriringan dengannya. Kaki Adam yang panjang memudahkan dia mengejar Ariana.

Bila sampai di meja makan Harith memandang mereka dengan penuh curiga. Ariana buat muka selamba. Pinggannya juga sudah berisi makanan. Pasti Harith yang mengambil untuknya.

” Sorry…tadi my mom call then bump on Datuk ”

” Owh…Risau juga tadi ingatkan kenapa lama ”

Ariana buat-buat ketawa. Adam hanya mendengar penipuan Ariana. Ariana masih memanggilnya Datuk dan dia tidak suka.

” Saya dah ambilkan food untuk awak Ariana. Hope you like it ” Harith tersenyum manis. Ariana pula nampak macam control ayu. Dengan dia tak pula Ariana ni nak control ayu..Makanan dalam pinggan Ariana diperhatikannya. Daging dan ayam, Ariana lebih sukakan makanan laut.

” She likes seafood better ” bersahaja Adam menjawab. Ariana menjelingnya tajam. Harith terpaku sekali lagi.

” Owh…don’t worry. He was jesting with you. This smells nice. Thanks a lot ! ”

Ariana menghadiahkan senyuman manis pada Harith. Harith kembali tersenyum walaupun hatinya terasa semakin gusar. Ragu-ragu dengan hubungan antara gadis yang dia cuba dekati dengan lelaki di hadapannya, Tengku Adam Kamil. Jutawan dan kerabat diraja, malah jauh lebih berpengaruh darinya sendiri.

Cepat-cepat Ariana menyuapkan makanan di mulutnya. Cuba menenangkan suasana. Dia membiarkan Adam dan Harith berbual sesama mereka. Harith memberitahu mengenai projek yang diperkatakan kepadanya awal tadi. Bunyi menarik, tapi hari minggu memang dia sudah ada program lain.

Perlahan-lahan Ariana makan, masih banyak yang berbaki. Dia memang kurang suka masakan pedas tapi demi menghormati encik Harith dia cuba habiskan. Adam yang sibuk bercakap sesekali menjeling Ariana.

” Dah, let me finisih it. Take mine…kalau tak suka cakap je awal-awal…you like seafood and something sweet and not spicy kan ? ” Ariana terkedu. Adam sudah mencapai pinggannya. Ditukar dengan pinggan Adam. Menonong Ariana memandang Adam. Harith pula ternganga. Terkejut sangat kot.

” No.. ” Ariana cuba menolak. Malu dia dengan Harith.

” Ariana, we even share more than this ” ayat statement maut dari Adam.

” Uhuk! !! ” Harith yang sedang makan terus terbelahak. Ariana pula tertunduk diam. Laju-laju dia menyuapkan makanan. Mahu cepat habis. Cepat balik ! Mahu mati terkejut kalau dia berlama-lama dengan Harith dan Adam di situ. Bila jam sudah mencecah pukul 2.00 pm Ariana sengaja buat-buat sibuk menyemak jam tangan.

” Eh, dah dekat pukul 2.00…Kami minta diri dulu la Datuk..” Harith yang baru tersedar akan hakikat waktu terus meminta diri.

Adam pandang Ariana. Lama. Berat hatinya mahu melepaskan Ariana pergi tapi dia tahu Ariana bekerja. Harith ternantikan jawapan Adam. Dia tidak perlukan persetujuan Adam untuk pergi, tapi dia tidak mahu kelihatan seperti orang yang tidak pandai menghormati orang lain. Tindak tanduk Datuk Adam yang memandang Ariana bagai tidak mahu melepaskannya disedari olehnya. Hatinya bertambah gusar. Bimbang. Adakah bunga yang cuba dipetiknya sudah milik orang ? Adakah mereka ada hubungan terlarang atau hubungan dalam diam ? Dia juga tahu reputasi Datuk Adam yang punyai ramai perempuan. Dia bimbang Ariana akan terpedaya dengan sikap Prince Charming Datuk Tengku Adam.

” Okay ” jawapan Datuk Adam mengembalikan lamunan Harith.

” Thanks ” Ariana sempat bersuara sebelum mereka berlalu keluar. Adam masih menikmati makanannya. Dia hanya mengangguk. Mood Adam sudah berubah menjadi dingin dan Ariana malas mahu ambil pusing. Dia tidak akan pernah memahami Tengku Adam Kamil.

” Er..awak dah lama ke kenal Datuk Adam Kamil ? ” soalan Harith sewaktu mereka dalam perjalan pulang ke pejabat membuatkan Ariana tersentak. Dia tidak mungkin akan berterus terang. Ariana berpura-pura tenang. Mukanya yang sedari tadi memandang ke luar beralih untuk memerhatikan Harith yang sedang memandu.

” First time waktu perasmian tu ” dia senyum sebelum menyambung ” then kebetulan kawan saya di Polo Club kenalkan dengan Datuk Adam. Dia berminat untuk donate anak-anak kurang upaya…so ni baru kali ke tiga kitaorang jumpa ”

” Owh…” Harith menarik nafas lega. Gaya macam dah kenal lama, tapi dia diamkan sahaja.
Bila Harith sudah tidak bertanya mengenai Adam, Ariana terasa lebih tenang. Bila sampai di pejabat mereka terus menaiki lif ke pejabat masing-masing. Harith sempat bertanya mengenai majlis yang mereka akan hadiri esok. Ariana memang akan pergi. Bajunya pun sudah tersedia.

Baru sahaja dia melabuhkan punggung di kerusi kerja, telefonnya berdering lagi.

Mesej.

‘ I wil forgive you this time Ariana..but no second time. No one can touch you but me, remember ? ‘ – Datuk Tg Adam Kamil

Ugutan lagi ! Mendidih suhu darah Ariana. Telefonnya terus dimatikan. Benci !




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

69 ulasan untuk “Novel : The Wedding Breaker 19,20,21”
  1. nona manes says:

    ada blog x? hope kuar novel. xsabar nak baca smpai abes :)

  2. anihannah says:

    seronok dan teruja sekali membaja cerita ni, tak sabar nk tunggu episod seterusnya…

  3. mia says:

    mane episod 22 dah ta sabar ni..

  4. evelyn rose says:

    nona : thanks ;) blog ada google je tajuk novel ;) atau tengku adam kamil

    anihannah : thanks a lot ani ! ;)

    mia : ep 22 rasa dah kuar dah tapi 23 tak kuar lagi. menunggu juga ni.lol

  5. jie says:

    cepatlah sambung…best nak tau ending

  6. nusaibah says:

    kat mne nk cri ep 22 ek?

  7. anie aziz says:

    best memang x sabar nak tahu akhirnya

  8. anie aziz says:

    x sabar ni.. Please Sambungan sambungannnnn….

  9. rairm2009 says:

    Gila agaknya si Datuk tu. Menyampah betul dengan ayat dia,” No one can touch you but me.” Macamlah dia tu suami Ariana yang sah.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"