Novel : We Got Married 8,9

14 June 2012  
Kategori: Novel

6,462 bacaan 18 ulasan

Oleh : Nabila Zaini

Bab 8

Rit dan aku tiba di rumah mami aku hampir lewat malam. Rit beralih melihat aku yang sedang nyenyak tidur. Dia keluar dari perut keretanya dan membuka pintu disebelah pemandu.

Perlahan-lahan dia mengendong tubuh aku lalu masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat milik keluargaku. Pembantu rumah sudah sedia membuka pintu untuk mereka.

“Terima kasih, Mak Ta.” Rit senyum pada pembantu rumah yang berusia dalam lingkungan 40-an itu. Rit pantas berjalan memanjat tangga. Dia meletakkan aku di atas katil yang bersaiz king itu.

Kemudian dia turun ke bawah dan terserempak dengan tokwan di meja makan.

“Awat dengan Har tu?” Tanya tokwan.

“Kaki dia tergeliat masa nak balik asrama tadi. Dah alang-alang, Rit bawa dia balik rumah mami terus la. Kan dah lama dia tak balik sini. Lagipun kalau dia duk sana bukan boleh buat apa. Kalau dia balik sini boleh juga pergi mengurut.” Jelas Rit.

“Em, macam tu la cucu tokwan yang soqang tu. Sibuk memanjang. Tak pa la cu, tokwan nak masuk bilik dah ni. Hang tu pun pi la masuk tidoq. Hang konfom letih punya bawa qeta jauh.” Kata tokwan dalam pelat Pulau Pinang.

“Baiklah, tokwan. Rit masuk bilik dulu. Assalamualaikum.” Kata Rit, kemudian dia menyalami tokwan dan berlalu masuk ke kamar.

Rit memerhati diriku yang sedang nyenyak tidur. Berhati-hati dia mencabut tudung di kepalaku dan membelai rambut ikal mayangku.

‘Indah sungguh ciptaan Tuhan yang satu ini. Lagi –lagi tanpa tudung dikepalanya. Aku bersyukur pada Mu, Ya Allah kerana mengurniakan aku seorang isteri yang solehah.’

Rit bangun lalu mencapai tuala lantas terus memboloskan diri ke dalm bilik air. Dia ingin membersihkan diri dan menunaikan solat Isya’.
Selesai doa dipanjatkan kepada Ilahi, dia meletakkan sejadah dan songkok ditempatnya lalu Rit menuju ke katil dan merebahkan tubuhnya di sebelahku. Sebelum dia melelapkan mata, tubuhku diselimut dengan comforter dan mengucup lembut dahi licinku. Lantas dia menarik aku ke dalam pelukannya.

***

Aku terjaga dari tidurku setelah kedengaran azan subuh berkumandang. Aku ingin bangun dari pembaringanku, tetapi aku merasakan ada sesuatu yang menghalangku.

‘Eh, ni macam tangan orang ni? Bukan selama ni aku tidur sorang-sorang ke? Macam mana pula ada pula ada orang tidur sebelah aku ni? Takkan Qiela kut?’ Terus aku menoleh ke sisiku untuk melihat siapa yang sedang enak memeluknya.

Macam nak terkeluar biji mataku melihat gerangan orang itu. Terus aku menjerit.

“Argh! Perogol! Tolong! Tolong!” Rit pantas bangun dari tidurnya.

“Mana? Mana?” Tanya Rit kalut.

“Kau la. Siapa kau?” Soalku pula.

“Ish, buat terperanjat orang je. Nasib tak ada heart attack. Kalau tak dah janda you sekarang ni tau.” Rit terus baring semula. Menyambung kembali tidurnya.

“Macam mana kau boleh ada sebelah aku ni? Kejap-kejap, kita dekat mana ni?” Aku terus menyalakan lampu tidur di sebelah katilnya. ‘Macam pernah tengok bilik ni.’ Gumamku.

“Rumah sendiri pun lupa ke? Tu la, lama sangat tak balik sini. Sampai bilik sendiri pun dah tak cam.” Kata Rit dalam keadaan mata terpejam.

‘Ouh, rumah aku rupanya. Ish, apa la aku ni, rumah sendiri pun tak kenal. Cup-cup. Macam mana aku boleh sampai dekat rumah mami ni? Bukan semalam aku on the way balik hostel ke?’

Ingatanku menggostan(undur) kembali apa yang telah terjadi padaku semalam. Semalam aku on the way balik hostel. Kemudian aku rasa macam ada orang ikut aku. Lepas tu kaki aku terseliuh. And than, mamat ni tarik aku bawa masuk kereta dia. Last-last, bila mata aku celik, aku dah ada dekat rumah mami.

Ah, lantak la macam mana pun kejadiannya. Apa yang penting sekarang aku nak mandi, nak solat. Tapi macam mana nak bangun kalau tangan mamat ni elok je peluk aku.

“Assalamualaikum cik abang. Tak mau bagi orang bangun ke?”

“Nak bangun, bangun la. Jangan bising boleh tak? Nak tidur pun tak senang.”

“Dah tangan kau elok ja peluk aku ketat-ketat, macam mana nak bangun?” Pantas Rit melepaskan pelukkannya dipinggang aku.
Namun, malang tidak berbau. Masa Rit melepaskan pegangannya itu, aku turut terjatuh dari katil. Rasa macam nak patah tulang berulang aku ni.

“Oit. Sakit la. Dah lama hidup ke? Suka-suki kau je ek lepas aku. Ce aku lempar kau tengok, sakit ke tak. Ni macam mana aku nak bangun pergi bilik air ni?”
Rit tidak jadi menyambung tidurnya. Dia terus bangun menuju ke arahku.

“Weh, weh, kau nak buat apa ni mari dekat dengan aku. Kau jangan buat macam-macam.” Sekelip mata saja tubuhku sudah diangkat olehnya.

“Banyak bunyi la you ni. I kiss baru diam kut mulut tu.” Terus aku menekup mulutku dengan kedua tapak kaki. Eh, silap. Tapak tangan. Rit membawaku ke bilik air.

***

Selesai mandi dan solat subuh, aku turun ke bawah untuk membantu mami menyiapkan sarapan.

“Ha, Har. Bilanya hang sampai? Tup-tup dah terjengoi depan mata ni. Awat pula dengan kaki tu? Terhencut-hencut. Hang balik dengan sapa ni? Tak dak kelas ka hari ni?”
Tanya mami aku sekali nafas.

“Tu dia aih mami. Semput cek dengaq soalan mami ni. Macam machine gun. Ce tanya satu-satu mami.”

“Hai, Har. Buat macam baqu haqi ni hang kenai mami hang.” Sampuk tokwan yang baru tiba di dapur.

Aku hanya menganggukkan kepala. “Cek sampai semalam dengan Rit. Kaki ni tergeliat. Jatuh semalam masa nak balik asrama.”

“Rit… Rit… Cuba hang hormat sikit laki hang tu. Panggil la abang ka… Nana ka… Ni dak, panggil nama ja.”

“Ei, tak mau cek. Geli-geleman aih.” Terus aku menunjukkan reaksi seperti nampak katak puru je gamaknya.

“Ish, aku katok dengan senduk ni, baqu ada akai(baru ada akal).” Terus aku berlari menyorok belakang tokwan.

“Sudah la tu Cik Bibah oi. Oqang dalam qumah ni semuanya dah lapaq sangat ni. Bilanya nak siap? Sat lagi kalau bapak pi makan dekat kedai hang maqah.” Kata tokwan.

“Awatnya yang nak pi makan dekat kedai? Tau dak makanan dekat keai tu semuanya tak berkhasiat. Tak sedap. Ni cek masak lagi sedap. Sudah la, pak pi duduk dekat meja.
Dah siap ni. Cuma nak hidang ja. Har, panggil laki hang turun makan.”

“Rit!” jerit Har dari dapur.

“Ooo mak hang meloncat.” Latah Puan Habibah. Terpelanting sudip yang berada ditangan Puan Habibah.

“Ish, budak ni. Loklaq betoi. Terkejut mami. Bertuah punya anak. Pi la panggil dia dekat atas. Bukannya jerit dari bawah ni.” bebel Puan Habibah. Aku berjalan menuju ketangga.

“Ha, tu nak pi mana pulak tu?” Tanya Puan Habibah.

“La, tadi kan mami suquh cek pi panggil menantu kesayangan mami kan? Ni nak pi la ni.”

“Sebelum pi, hang tolong amik sudip mami tu. Hang punya pasai la ni. bagi mami terkejut. Cepat amik. Nak angkat cucuq udang ni. Sat lagi hangit pulak.” Aku hanya menurut arahan mami tanpa bantahan. Dan terus berlalu ke bilik aku.

Bab 9

Qiela pantas berjalan menuju ke kelas Qil. Apabila kakinya menghampiri kelas tersebut, dia terdengar perbualan antara tiga sahabat itu. Dia menadah telinga untuk mendengar perbualn mereka.

“Korang ada nampak Rit?” tanya Qarl.

“Entah la. Hari ni sehari suntuk tak nampak dia. Mana dia menghilang ek?” Ash menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Qil hanya berdiam diri.

“Qil, aku dengar semalam kau hantar orang untuk usik kawan si Qiela. Betul ke? Soal Qarl.

“Em.” Pendek jawapan Qil.

“Macam mana? Berhasil?” Tanya Ash pula. Qil hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

“Kau ni kenapa? Senyap je dari tadi. Kenapa tak berjaya semalam?” belum sempat Qil menjawab, Qiela sudah merempuh masuk.

“Mana Har?” Tanya Qiela tenang.

“Mana aku tahu. Kawan kau kan? Asal yang kau tanya aku?” jawab Qil selamba.

“Eh, kau ingat aku tak dengar perbualan korang tadi? Kau yang menyebabkan kehilangan Har. Sekarang aku nak tahu mana kau sorok kawan aku.” Suara Qiela masih tenang.

“Eh, kau pekak ke? Aku cakap aku tak tahu, maknanya aku memang tak tahu.” Suara Qil meninggi.

“Aku tanya mana Har?” Qiela masih tenang. Manakala Qarl dan Ash hanya jadi pemerhati dan tidak berani mengeluarkan suara.

“Eh, pompuan! Kau ni tak faham Bahasa Melayu ke? Aku cakap tak tahu, tak tahu la. Yang kau duk ulang soalan yang sama kenapa? Tak faham aku dengan kau ni. Lama-lama boleh jadi gila aku layan kau.”

Qiela menggengam kuat walkman kesayangannya. Kemudian dia mengangkat tinggi benda alah itu sepertinya mahu dilayangkan ke arah Qil.

“Astagfirullahhalazim. Qiela!” jerit Mai cemas, apabila tubuh Qiela rebah tiba-tiba. Qil, Qarl, dan Ash pantas berpaling apabila terdengar jeritan Mai.

“Ya Allah.” Ucap Qil. Mereka berlari mendekati Mai yang sedang pangku kepala Qiela yang tidak sedarkan diri itu.

“Apa yang kau dah buat ni Qil?” tanya Qarl.

“Mana aku ada buat apa-apa dengan dia.” Kata Qil cemas.

“Habis tu, macam mana dia boleh ada dekat sini?” tanya Rai sedikit bengang dengan Qil.

“Sudah la Rai, sekarang ni bukan masanya nak bertekak. Apa yang patut kita buat sekarang ni ialah selamatkan Qiela ni. Rai, tolong aku angkat Qiela ni.” kata Mai.
Qarl dan Ash ingin menolong tetapi dihalang oleh Rai. Mereka melihat Qil. “Asal korang tengok aku?” tanya Qil hairan.

“Kau yang menyebabkan dia pengsan. So, pergi la tolong.” Kata Ash perlahan ditelinga Qil.

“Bila masa pula yang aku menyebabkan dia pengsan? Er, tak kuasa aku.” Qarl dan Ash terus menolak tubuh Qil mendekati Mai dan Rai. Mai dan Rai pelik melihat Qil.

“Dah la, meh sini aku tolong. Aku tahu korang pun bukannya larat angkat dia ni. Dah la berat.”

“Kalau tak ikhlas, tak payah tolong. Biarpun patah tulang kami ni, kami sanggup. Sebab Qiela kawan kami.” Bidas Rai.

Qil tidak peduli dengan kata-kata Rai. Dia pantas mencempung tubuh kecil Qiela. Sebenarnya taklah berat sangat tubuh Qiela ni. Qil membawa Qiela ke bilik sakit yang terdapat di kampus mereka

***

Setelah selesai bersarapan, aku dan Rit bergerak masuk ke bilik.

Aku mencapai telefon bimbit yang terletak dimeja solek untuk menelefon sahabatku. Apabila aku melihat skrin telefon banyak sekali panggilan tak dijawab. Hampir 80 panggilan rindu special buat diri aku. Mesej pun tak kurang hebatnya memenuhi inbox aku. Ni mesti dari Qiela.

Memang sah! Semuanya dari Qiela, Mai, dan Rai. Apa aku nak jawab dengan diaorang ni. Laju tangan aku mendail number Qiela. Tetapi tidak berjawab. Kemudian aku mendail pula number Mai.

“Assalamualaikum.” Orang di sana memberi salam.

“Waalaikumussalam. Mai, aku ni. kau dekat mana ni? Kenapa aku call Qiela tak angkat. Aku minta maaf Mai sebab tak jawab call korang. Aku balik rumah mami.”

“Ya Allah, Har. Kitaorang punya risau dengan kau. Kitaorang ingat kau hilang. Aku dekat kampus ni. Qiela pengsan. Dia pergi jumpa Qil tadi. Dia syak, Qil punya kerja. Kalau tak, semalam lagi dia nak pergi cari Qil. Tapi kitaorang tahan dia sebab dah lewat malam sangat. Lepas tu, dia nangis tak henti-henti sebab risau terjadi sesuatu yang buruk ke atas diri kau.”

“Astagfirullahhalazim. Mai aku minta maaf sangat-sangat. Aku tak sangka sampai macam tu sekali Qiela risau pasal aku. Semalam masa aku on the way balik hostel, aku rasa macam ada orang ekori aku. Lepas tu aku lari la. Tiba-tiba aku terjatuh, kaki aku pula terseliuh.”

“Habis, siapa yang bawa kau balik rumah mami?” tanya Mai hairan.

“Er… Er… tak apalah Mai. Nanti kalau kaki aku dah sembuh, aku balik sana yer. Kau kirim salam pada Qiela dan Rai. Cakap dengan diaorang yang aku tak apa-apa.” Salam diberi sebelum aku mematikan talian.

Fuh! Lega. Nasib tak kantoi. Omel aku sendirian. Kebetulan ketika itu Rit baru keluar dari bilik air.

“Yang you dok cakap sorang-sorang kenapa? Gila ke?”

“Eh… suka hati… argh!” jerit aku lantas menutup mata.

“Asal you ni? Demam ke sekejap cakap sorang-sorang, sekejap jerit.”

“Yang kau tak pakai baju dalam bilik air kenapa?” soalku.

“I dah biasa macam ni. Ala, bukannya haram pun. Mana baju I.”

“Ada tangan, ada kaki kan? Pergi jalan dekat almari tu, ambil sendiri.”

Rit berjalan menghampiri aku. Aku langsung tidak menyedari yang Rit berjalan menghampiri aku. Aku bangun dari kerusi dan berpaling untuk keluar dari bilik. Alangkah terkejut biawak aku apabila Rit berada begitu hampir dengan aku. Aku rasa biawak pun tak terkejut macam mana aku terkejut ni.

“Apa kau ni. Kau ingat aku almari ke? Almari dekat sana.” Kataku berani. Rit semakin menghampiri aku. Aku terus melangkah kebelakang sehingga belakang badan aku mencium dinding.

“Aku kau, aku kau. Cuba la hormat sikit suami awak ni. Ni tak asyik nak gelar I lembu ja. Cow. Cow. Letih tau tak dengar. Dosa tau gelar suami macam tu. Tak bau syurga nanti.”

Nah ambik kau Qistina Harisya. Kan dah kena tazkirah percuma dari suami sendiri. “Suka hati aku la. Bila masa pula aku panggil kau lembu? Maksud aku, K to the A to the
U. Bukannya C to the O to the W.” Jawabku berani. Rit telah mengepung aku dengan cara kedua belah tangannya melekap didinding. Mukanya semakin hampir dengan muka aku.
Apa la mamat ni nak buat dengan aku pula ni. Mati aku kali ni. “Kau… kau… nak buat apa ni?”tanya aku tersekat-sekat.

“You rasa apa yang I akan buat?” suara Rit kedengaran begitu romantis sekali ditelingaku. Meremang bulu tengkuk, bulu kaki, bulu tangan dan seumpama dengannya.

“Aku mana boleh jangka perbuatan kau.”

Cupp! Satu kucupan singgah dipipi aku. Tergamam aku.

“Kan I dah cakap, I tak suka dengar aku kau keluar dari mulut you.”

“Eh, mulut aku. Aku punya suka la. Bukan kau yang bayarkan insurans mulut aku yang comel ni.” Aku masih berani melawan.

“Comelkan mulut you.” Rit tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Dan senyuman itu membuatkan jantung aku dup dap dup dap tak henti-henti.

“Mestilah comel. Tengok orangnya la…” kataku perlahan, tapi mampu didengari oleh telinga Rit.
Mata aku terbuka luas apabila bibir Rit telah meragut kesucian bibir aku. First kiss aku tu. Rit melepaskan kucupan lantas berbisik ke telinga aku.

“Lain kali I tak nak dengar lagi perkataan aku kau keluar dari bibir you yang comel ni. Kalau nak kena yang lagi dahsyat daripada ni, buat la.” Rit mengetuk lembut bibirku dengan jari telunjuknya. Dia senyum lagi dah terus berlalu ke almari untuk mendapatkan pakaiannya.

Tok! Tok! Terdengar ketukan dipintu bilik mereka membuatkan aku tersedar dari kejadian yang tidak diduga sebentar tadi.

“Har! Cepatlah. Sat lagi merket(market) tutup.” Laung mami dari luar.

“Sekejap mami. Pakai tudung jap.” Setelah siap aku mengenakan tudung dikepala, aku menoleh ke arah Rit.

“Nak keluar ikut mami pergi pasar.”

“Tak payah la. Kaki you belum sembuh lagi.”

“Ala, dah janji dengan mami.”

“Tak apa. Biar I yang bawa mami pergi pasar. You duduk je dekat rumah.”

“Em.” Rit terus keluar dari bilik mereka.

“Mami, biar Rit yang bawa mami pergi pasar. Kaki Har tak sembuh lagi tu.”

“La, mami lupa la pula yang kaki dia tergeliat. Tak pa la. Jom kita pi la.” Rit menganggukkan kepalanya.

“Tokwan mana mami?” tanya Rit.

“Hurm. Tokwan hang. Lepas dapat tau yang mami tak jadi ajak dia pi merket, cepat-cepat laqi naik atas. Lepas tu dia buka lagu, buat aerobik.” Rit hanya tertawa.

Aku hanya melihat kereta Rit berlalu keluar dari perkarangan rumah dari jendela bilik kami.

Bosannya. Baru ingat nak shopping dengan mami hari ni. Yang kaki ni pun, kenapa la nak terseliuh time-time ni. Kacau line betul la. Daripada aku duduk sorang-sorang dalam bilik ni, lebih baik keluar, bergosip dengan tokwan. Ada juga faedahnya.

Tudung dikepala aku cabut dan gantung ditempatnya. Dengan kaki terjengket-jengket, aku keluar dari bilik.
Mana lah tokwan aku tersayang ni. Selalu baca surat khabar dimeja makan. Ni tak ada pun.

Tiba-tiba telinga aku menangkap bunyi alunan muzik. Dari tingkat atas. Takkan tok wan kut. Aku berjalan memanjat tangga untuk ke tingkat atas. Apabila sampai ditingkat atas, melopong aku melihat tokwan.

Amboi! Sakan tokwan aku sorang ni. Aerobik! Siap pasang lagu Gee nyanyian Girls Generation. Cayalah tok wan. Berjiwa K-Pop rupanya tokwan aku ni. Aku menggeleng-gelengkan kepala melihat tingkah tok wan.

Pakaian tok wan aku pun dah bertukar. Kalau tak, jubah sepanjang masa. Tapi hari ni tokwan pakai seluar tracksuit, t-shirt, key ikat dikepala. Jiwa remaja betul la tokwan aku ni. Macam-macam gerakkan aku tengok tokwan buat. Sesekali aku ketawa melihat pergerakkan tokwan yang aku anggap lucu.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

18 ulasan untuk “Novel : We Got Married 8,9”
  1. Ekin Hamzah says:

    bez2..huhu..

  2. weeda wahi says:

    waaaa…..hahaha
    k-pop tuh yg x than ..
    siot lawak…

  3. choco horlick says:

    nk lg smbungannya :)

  4. eka says:

    best la crite nii
    nk smbungan cepat2..

  5. aida says:

    best2..
    bla nk smbung????

  6. haan says:

    macam mana saya nak baca sembungan novel ni… ada blog x…

  7. aida says:

    cik penulus saya x bley bkk blog awk pon :-)
    cptlah smbung sweet la cite nie :-)

  8. fitry97 says:

    sumpah best..macam mana nak tgk smbng dia lagy..saya cari kat kedai x da pon..please! bg taw mcm mana nak beli novel nie ~~

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"