Novel : Bila Papa Jatuh Cinta 8

6 July 2012  
Kategori: Novel

2,941 bacaan 9 ulasan

Oleh : Dinie_Dania

BAB 8

Dinie memerhatikan keadaan sekeliling sebaik tiba di perkarangan rumah banglo dua tingkat milik Dhani. Ada dua buah kereta lagi yang terpakir kemas di garaj, sebuah Myvi Lagi Best dan Toyota Alphad yang keduanya berwarna putih. Fikirannya mula ligat berfikir. Kenapalah diorang duduk berdua je ek? Dengan rumah sebesar ni. Patutla si Najla tu bosan. Rumah sebesar alam ni duduk berdua je..carila orang gaji, senang sikit..boleh aku bersenang lenang. Ish! Kenapalah aku yang jadi mangsa kena temankan budak kecik ni..tak pasal – pasal kang..kang..hehehe..’ Dinie sudah mula tersenyum jahat, sejahat nenek sihir dalam siri Sinetron Indonesia, sebelum dikejutkan dengan teguran Dhani. ‘Glup!’

“Jemput masuk Dinie..jangan malu – malu. Naja bawak kakak naik atas. Tunjuk bilik.” Kata – kata Dhani mematikan anganan jahatnya. Dinie berlalu tanpa mamandang kearah Dhani. Selangkah Dinie berjalan dia terhenti. Mengangkat wajahnya yang sedari tadi tunduk. ‘Malu! Ya ampun. Gediknya.’

“Err..pakcik..kalau Dinie nak duduk sebilik dengan Najla boleh kan?” ‘oh ada suara rupanya budak ni, ingatkan tadi tak sudi nak cakap dengan aku.’ Senyumnya seperti biasa. Melekat dihati sesiapa sahaja yang memandangnya. Termasuklah aku. Bisik Dinie.

“Boleh..ikut selesa Dinie. Buat macam rumah sendiri. Pak cik tak kisah.” Jelas Dhani lembut. Sebaiknya dia mahu Dinie selesa disini. Menemani Najla yang kesunyian..’aku sunyi tak apa..dah biasa.’ Bisik hatinya sebelum berlalu kedapur.

‘Apa nak masak malam ni ya? Ke nak makan dekat luar..tapi badan di rasa letih sangat. Seharian dekat site tadi, cuaca pun ya Tuhan panas..’ Peti ais dibuka perlahan, ‘nasib baik minggu lepas baru berlanja dapur. Nasib kaulah Dhani..suruh ambil bibik tak nak. Berlagak sangat..semua nak buat sendiri. Kan dah penat. Alamak! Kain tak angkat lagi. Nasib baik ingat.’ Bebelnya sendiri.

Sesampainya di bilik Najla..

“Kak Dinie. Inila bilik Najla.” Sekali lagi Dinie terpegun. ‘wow!!’

“Cantiknya Najla..” mulutnya masih mengannga terlopong. ‘Jakunkah aku?’

“Hehehe. Cantik kan? Kakak nak tahu siapa yang bina rumah dan bilik Najla ni?”

”Siapa?”

“Papa la siapa lagi..hehehe. tapi papa design ajela. Orang lain yang bina.” Terang Najla seakan berbangga dengan hasil kerja papanya. Sama sekali Dinie tidak menyangka bilik gadis berusia 12 tahun secantik itu. Dengan kemasan kayu jati disetiap sudut menggamit pandangan Dinie untuk terus memerhati setiap ceruk bilik itu. Selesa, cukup selesa. Nasib baik Najla tak masuk bilik aku tadi. Sembahyang pun kat bilik tamu je. Kalau tak malu dengan bilik aku yang bersepah macam sarang tikus tu. Bisiknya sambil terus memerhati. Katil kayu jati bertiang yang dihias cantik, beberapa almari berkaca, juga jati yang menjadi tempat pengumpulan novel – novel koleksi Najla. ‘Wah..Kenapalah ayah tak buat bilik aku secantik ini. Tengok tu siap ada bilik air cermin. Ops, tak malu ke nanti nak mandi. Heheh. Dengan tab mandi lagi. Ni yang aku jeles ni. Baru bilik Najla, agak – agak bilik pak cik tu macam mana ye? Hehehe.’

“Papa? Papa Najla yang buat..” Dinie menelan air liur. ‘betul – betul terror. Dahla hansome. Ops!! Hehehe.’ Tambahnya lagi.

“Iye..cantikkan? Kak Dinie, Najla nak mandi dulu ye. Nanti Najla tolong kak Dinie kemas barang – barang kakak. Ok?” tanya Najla. Apabila pertanyaannya tadi tidak disambut.

“Ok..” balas Dinie, mulutnya yang ternganga dikatup cepat – cepat. Langkahnya laju menuju ke balkoni bilik Najla yang berkeluasan lebih dua kali ganda dari biliknya itu. Memerhati sekeliling kawasan rumah Dhani dari balkoni. Pandangannya tertancap pada kelibat seseorang sedang menganggkat kain di ampaian. Ampaian besi yang sengaja diletakkan dibelakang rumah itu terus diperhatikan Dinie.

“Pak Cik angkat kain?” dia bertanya sendiri. Betullah agaknya. Kan dia duduk berdua aje, kalau bukan dia siapa lagi. Kenapa Najla tak tolong ye? Omel Dinie lagi sambil matanya tidak lepas memerhatikan sekujur tubuh yang tekun menganggkat jemuran itu dengan gaya tersendiri. Kesian, tak fasal – fasal kena buat kerja rumah sendiri. Hatinya terus terusan bertanya. Pelik pun iya sebenarnya. Sama sekali tidak menyangka. Orang berkerjaya seperti Dhani mampu melakukan semua ini. Untunglah siapa jadi isteri dia esok. Goyang kaki je. Tak payah buat kerja. Hehehe. Agak – agak orang pemalas macam aku ni layak tak. Hai Dinie? Berminat ke? gumamnya dalam hati. senyumannya masih meleret memandang Dhani yang sudah berdiri memerhatikan gelagat gediknya.

Apahal la budak ni senyum sorang – sorang. Aku angkat kain jemuran aje kot. Apa yang kelakarnya. Fikir Dhani sendiri. Wajah Dinie yang ternyata masih diawangan terus diperhati sehinggalah Dinie tersedar dan..alamak! cepat – cepat dia menyembunyikan diri disebalik tabir bilik Najla. Aduhai..dia nampak ke tadi? Tulah kau Dinie, suka sangat berangan. Marahnya pada diri sendiri.

Seusai menunaikan solat maghrib Najla dan Dinie beriringan kedapur. Bau masakan berlegar di ruang udara. ‘siapa yang masak?’ soal Dinie sendirian.

“Ha, dah turun pun, papa baru nak panggil makan.” Ucap Dhani. Dia yang kemas berkain pelikat dan t-shirt polo sibuk menghidang makanan. ‘Dah macam bibik je aku tengok pak cik ni, ha! Gelaran baru Mr. Mama. Hehehe. Hilang kehansomannya. Tapi tak apa..aku tetap suka. Wah..tadi angkat kain jemuran. Sekarang masak pulak. Rajinnya dia. Tak penat ke buat semua ni sorang – sorang?’ Ucapan Dinie yang tidak terluah. Ada tersembunyi rasa simpati disudut hatinya melihat keadaan keluarga yang serba kekurangan ini. Mungkin jika dilihat dari mata kasar mereka kelihatan bahagia dengan harta yang bertimbun, namun jika difikirkan semula, ada sesuatu kekurangan yang sengaja tidak diisi Dhani. apa ya? Soalnya dalam diam.

“Papa, kenapa papa masak..Najla dengan kakak baru nak turun masak. Tapi tak apala..lagipun dah lama tak makan masakan papa. Mesti sedap.” Dinie masih berdiri keras. ‘apa aku nak buat ni..takkan nak berdiri keras macam ni aje? Aduhai..malu malu malu!’

“Dinie, dudukla. Jemput makan sama – sama. Uncle masak cincai – cincai je..tak tahula sedap ke tak.” Pelawa Dhani. Perlahan – lahan Dinie menarik kerusi untuk duduk. Masih tunduk seperti setibanya di sini tadi. Kenapalah aku berada dalam situasi ni. Dan kenapalah aku mesti berdepan dengan uncle hansome ni..

“Tak usah malu Dinie kat sini. Tak ada siapa pun. Ada Najla dengan uncle je..terima kasihla sebab sudi temankan Najla kat rumah ni. Uncle tak tahu nak ucap terima kasih macam mana lagi. Uncle hargai sangat..” ucap Dhani bersungguh seakan mengerti isi hati Dinie yang sememangnya sedang kemaluan. ‘pak cik..eh uncle ni. Macam tau – tau je.. cukupla tu..jangan merayu macam tu. I tak boleh dengarla..’

“Tak apa pak cik..uncle. Dinie tak kisah..Dinie pun suka tamankan Najla.” ‘ok! Serius statement tadi aku tipu. Sebenarnya aku nak cakap macam ni. Tak pak cik memang saya tak suka tinggal dekat sini..mama yang paksa saya datang..tapi disebabkan pujuk dan rayuan pak cik tadi..saya cair..’ Dinie tersenyum kambing. Langsung tidak mengendahka kedua beranak yang sedang galak memerhatikannya.

“Kak Dinie. Jemput makan.” Ajak Najla perlahan. Dinie masih dengan angannya. Dhani hanya memandang sekilas. ‘Kenapala budak ni. Petang tadi pun macam ni jugak. Sekarang pun sama. Confius betul aku. Kok ya pun suka kat aku, janganlah nampakkan sangat. Naja ada kat depan tu.’ Gumam Dhani sendiri.

“Kak Dinie!” panggil Najla sekali lagi. Kali ini sedikit keras.

“Ha? Ya ada apa Najla?” Dhani hanya tersenyum melihat gelagat Dinie. ‘macam – macam kalau dah nama pun budak – budak..macam ni kau nak jadikan bini..Dhani..Dhani. bini?’

“Dah..papa pun nak senyum sorang – sorang juga ke?. Kenapa semua orang Najla tengok pelik je..” sergah Najla. Mungkin belum dapat mengagak apa yang sedang berlaku disebalik senyuman penuh maksud tersirat papa dan kakak pengasuh barunya itu.

“Dah, makan. Sejuk nanti lauk tu.” Ucap Dhani sekadar mahu berdalih. Dihatinya Tuhan sahaja yang tahu. Betapa malunya beliau ketika itu. ‘buruk betul perangai, depan anak pun nak angau. Angau? Angau dengan siapa..’ sesekali pandangannya tidak lepas memandang Dinie yang tunduk menikus, ‘mungkin malu..tapi kalau malu..kenapa dia datang..mungkin malu tapi mahu kot..hahaha.’ gelaknya jahat. ‘Ya Allah Dhani..kenapala kau jadi senakal ini..mungkin sebab lama tidak menggatal kot..tak apala bagila chance.’ Bisiknya. Ayam goreng dan sayur campur yang terhidang dimakan dengan hati yang bahagia. Tiada hari yang lebih membahagiakan selain dari hari ini.

“Bang..betul ke apa yang kita buat ni?” soal puan Zanariah kepada suaminya yang merangkap ayah kepada Dinie.

“Apa yang betul? Dan apa yang tak betul?” soalnya kembali.

“Ish orang soal dia, dia soal orang balik pulak. Fasal Dinie..betul ke apa yang kita buat ni..tak salah ke..encik Dhani tu boleh dipercayai ke..” terangnya lagi, seakan masih ragu dengan keputusannya siang tadi.

“Oh pasal tu..cakap tu lain kali biar terang..apa yang salah pula..betul la macam tu. Tak salah pun. Apa salahnya kita saling bantu membantu. Lagipun kesian abang tengok encik Dhani tu..setiap hari dia terkejar – kejar nak balik jengok Najla kat rumah masa cuti ni. Dia tak percayakan orang gaji. Jadi apa salahnya kita tolong dia, sementara dia percaya kat kita..”

“Tapi bang..saya risaula..anak kita tu anak dara..cantik pulak tu..takut – takut..”

“Ish awak ni, sampai ke situ pulak fikirnya. Abang kenal encik Dhani tu lama. Dekat 5 tahun. Kalau dia nak buat macam tu..tak payah nak tunggu anak kita. Sepuluh tahun dulu pun dia boleh buat kalau dia nak. Awak tak kenal dia lagi. Dia baik..memang baik.” Terang ayah Dinie. Kali ini pujianya melambung – lambung. Kopi yang dihidang dihirup perlahan sebelum menyambung.

“Sebenarnya abang kasihan tengok Encik Dhani tu. Dia tu muda lagi..Cuma itulah, disebabkan terlalu sayangkan arwah isterinya dulu dia jadi macam tu. Tak terurus sikit hidupnya. Jambang tu pun jarang bercukur. Sibuk sangat katanya, tak sempat. Pernah juga abang cadangkan, cari calon isteri. Ubati luka dihati tu. Tapi jawabnya..nantilah bang..belum jumpa yang berkenan katanya. Belum jumpa yang serasi dengan Najla tu. Tapi bila abang nampak dia berbual dengan Dinie semalam. Hati abang mula terdetik..eh? dah terbuka semula ke pintu hati dia untuk diisi wanita lain selain isterinya dulu. Abang tengok muka pun masing – masing ceria dan teruja je. Abang apa lagi..tolong masukkan jarumla.” Jelas ayah Dinie panjang. Senyumannya meleret apabila terkenangkan anak gadis dan majikannya itu saling teruja semalam.

“Macam tu ke..kira macam takdir dah pertemukan Dinie dengan encik Dhani la ye bang.”

“Yela, awak ni pun..macam tu pun tak faham. Encik Dhani tu muda lagi. Baru 35 tahun, cuma jambang dia je tu yang buatkan rupa dia dah macam sebaya kita..hahaha nanti kalau dah trim, Aaron Aziz pun kalah nampak gayanya.” Seloroh encik Khairil lagi.

“Abang ni macam – macam la. Oh..jadi kahwin mudalah dia dulu ye bang?”

“Ye..time tu dia dapat melanjutkan pengajian kat London. Iyelah peluang dah ada depan mata takkan nak tolak. Tu yang dia berkahwin awal. dibawa isterinya tu sekali ke London, tapi sayang. Tamat saja pengajian dan dapat kerja dekat sana isteri Encik Dhani tu disahkan menghidap kanser payudara tahap empat..dah tak boleh nak tolong sebab isterinya tu rahsiakan semua tu dari pengetahuan dua. Tu yang sampai sekarang Encik Dhani tu rasa bersalah sangat..tapi abang selalu pesan kat dia..semua tu dah ketentuan Illahi..kita tak boleh nafikan..menidakkan. Najla pun dilahirkan di sana. Selepas mama Najla pergi mereka pulang semula ke tanah air..banyak sangat kenangan indah mereka di sana katanya..segenap inci kota London menjadi saksi cinta mereka. Itu sebab encik Dhani tinggal dan berkerja di sini semula.” Cerita encik Khairil panjang lagi.

“Kesian kan bang..elok la kalau macam tu. Saya pun tak kisah..esok – esok Najla balik asrama, kita angkutlah Dinie balik ye bang..”

“Betul, abang pun setuju. Encik Dhani tu baik..solat pun tak pernah tinggal. Biarlah..sekurang – kurangnya dapatlah sedikit sebanyak mengubah tabiat anak awak yang pelik dan pemalas tu..”

“Eh apa pula anak saya, anak kitala..” rajuk puan Zanariah.

“Hehehe..iyelah..”

‘Sukarnya mata ni nak lelap..aik..macam selalu je aku cakap macam ni. Diam tak diam dah dua malam aku kat sini. Ermm. Setakat ini semuanya berjalan lancar, mengikut piawaian yang mama tetapkan. Hehehe. Macam mama selalu cakap, jaga kelakuan, sopan..oklah setakat ni aku boleh ikut. Sopan ke? Hehehe. Kacau Najla best juga ni. Khusyuk je dia buat kerja sekolah. Entah ye entah tak buat kerja sekolah..entah – entah baca novel..hehehe. tak baik Dinie serkap jarang.’ Bisiknya jahat sebelum bangun mendapatkan Najla.

“Najla buat apa tu?” Sergahnya dari belakang.

“Kak..tak tidur lagi ke. Najla buat latihan ni sikit..karangan bahasa jepun.” Dinie memandangnya pelik. ‘patutla satu patah haram aku tak faham apa yang dia tulis, bahasa Jepun rupanya..hehehe, betul la dia buat kerja sekolah. Jahatnya aku tadi fikir yang bukan – bukan.’

“Bahasa jepun? Sekolah Najla ada belajar bahasa Jepun ke?” soal Dinie lagi. Dengan nada pelik lagi jakun.

“Ada kak..tahun ni tambah lagi 1 bahasa. Bahasa Jerman. Tapi Najla lebih suka bahasa Jepun sebab nanti bila dah habis SPM Najla nak continue study kat sana..” terangnya gembira.

“Wah, bestla sekolah Najla tu. Nanti bolehla ajar kak Dinie bahasa Jepun.” Teruja Dinie mendengarnya.

“Boleh. Tapi Naja pun bukan pandai sangat. Pun baru nak belajar. Yang basic – basic tu taula.” Terangnya lagi. Gigi berbraces yang comel sengaja disuakan.

“Tak apalah kak Dinie tunggu Naja pandai dulu, hehehe. Oklah kakak tidur dulu.” Ucap Dinie setelah beberapa kali menguap.

“Ok..konbanwa kakak. Hehehe.”

“Ha? Apa tu?” Soal Dinie pelik. Asing benar bahasa yang digunakan Najla.

“Wakanarismaska?” Sekali lagi.

“Iyela..mentang – mentang kakak tak faham..mengata kakak la tu..” Rajuk Dinie.

“Dalam bahasa jepun konbanwa tu maksudnya selamat malam dan bila kakak cakap apa tu, Naja cakap wakanarismaska?. Maksudnya faham tak? Hehehe. Saje je nak buat gempak. Lagi satu Najla nak sangat belajar bahasa Jepun ni sebab Najla suka sangat tengok kartun dari jepun. Shin chan dan Detaktif Conan. Tapi, baru mula belajar. Tak pandai lagipun. Nanti kalau Najla dah pandai..Naja jadi cikgu kakak. Hehehe.”

“Oh..macam tu ke..bagus la Najla ni. Rajin dan bersemangat. Tak macam kakak, pemalas.” Dinie mengaku kelemahannya.

“Janganla cakap macam tu..kak Dinie ok apa..Najla suka kawan dengan kak Dinie. Kak Dinie baik..mama pun baik.” ‘Iyela aku baik. Tak tahu lagi perangai sebenar aku ni macam mana. Kalau kau tahu, haram kau tak nak kawan dengan aku. Hehehe. Tapi hari tu dah janji dengan mama nak berubah…tengokla macam mana nanti. Kalau keadaan, masa dan sama waktu dengannya sesuai. Aku berubahlah. Boleh macam tu?’

“Terima kasih sebab sudi terima kami sebagai sebahagian dari family Najla..kak Dinie hargai sangat.”

“Tak..Najla yang patut cakap terima kasih..Najla dah susahkan kakak. Dah ganggu hidup seharian kakak. Maafkan Najla.” ‘aduhai..sekali lagi..budak kecik ni.’

“Eh bahasa Jepun yang Najla belajar ni ada masuk periksa ke?” soal Dinie cuba berdalih.

“Tak kak..just bahasa tambahan je. Tapi bahasa Arab wajib lulus. Semua subject 9 dan PMR semua mesti skor semua A.” Terangnya lagi..’wah..bagusla budak kecik ni..’

“Waw..bertambah kagum kak Dinie macam ni. Kak Dinie, bahasa inggeris pun sangkut – sangkut, apa lagi bahasa Arab. Cayalah Najla ni. Akak salutelah.” Ucap Dinie lagi.

“Kak Dinie tak usahla puji Najla macam tu..Najla malula..” ucap Najla sambil menangkup kedua belah tangannya ke muka.

“Hahaha..betul apa kak Dinie cakap..” Najla bangun dan mendapatkan Dinie. Seperti ada sesuatu yang ingin di sampaikan. Dinie tidak dapat mengagak apa yang ingin Najla sampaikan. ‘lain macam je budak ni. Glupp!’

“Kak Dinie..kalau Najla tanya kak Dinie marah tak..” ‘alamak suspensenye..sejak datang rumah ni dari petang semalam..perasaan suspense ni asyik datang mengganggu je..apa maksud semua ni ye?’

“Apa dia? Najla tak tanya lagi..macam mana kak Dinie nak marah.” Wajah Dinie mula serius. Tidak seperti tadi.

“Ok, kak Dinie dah ada boyfriend?” soal Najla. ‘la ingatkan nak tanya apa tadi. Macam – macam la budak ni. Boyfriend tu tak ada lagi..tapi bakal suami tu dah ada kot! Haip! Hehehe..’

“Oh…belum kenapa?” soalnya pendek.

“Tak ada? Orang secantik kak Dinie tak ada boyfriend?” soal Najla terkejut.

“Betul la..takkan akak nak tipu pulak..” kali ini suaranya mendatar. Malas melayan soalan merapu Najla dimalam hari.

“Hehehe..yes! yes. Ok, Najla nak tidur dulu.. konbanwa..” ucap Najla sebelum merebahkan dirinya keatas tilam empok. ‘Sawan ke apa budak ni?Pelik, tadi beriya tanya aku macam – macam. Sekarang tidur pulak dia..’ bisik Dinie sambil ekor matanya buntang memerhatikan Najla yang sudah berselimut.

‘Alhamdulillah..sekarang baru Najla faham. Apa maksud senyuman kak Dinie dan papa dimeja makan tadi..Najla terima kak Dinie, kalau memang itu pilihan terbaik papa. Terima Kasih Allah kerana mendengar doa Najla selama ini.’

Bab ni macam panjang sikit. Jangan bosan jemu dan jelak ye. D_D




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Novel : Bila Papa Jatuh Cinta 8”
  1. nurul adha zahrah says:

    lagi panjang lagi bagus!!
    boleh baca puas2!!!

  2. rhuzzanna says:

    Bbeessstttt hhaha kcm akak lak.bcintoooo

  3. bunga matahari says:

    bestttt…..smbung cpt yee…

  4. d_D says:

    nak sambung..tunggu jek ek. da hantar sampai bab 11. enjoy semua..tq sbb sudi bc cte kebudak-budakan saye ni =)

  5. suhaila says:

    best cerita ni. tapi yg kat bahasa jepun tu je yg tak berapa kene sikit. sebab orang jepun akan sebut masa nak tidur oyasuminasai bukan konbanwa walau pun maksudnya selamat malam. kerana saya juga mengajar bahasa jepun.

  6. sarimah bt sulaiman says:

    memang bagus,tak bosan dan santai…best3

  7. rosmpkmn says:

    ok good job

  8. myo_kun says:

    cept sambung….

  9. D_d says:

    alamak!! maaf. Najla baru belajar bahasa jepun. jd x berapa nak pandai lagi. dia tahu yg basic2 je. tq cikgu suhaila sebab menegur. mungkin lepas ni sy akan lebih berhati – hati. tq semua =)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"