Novel : Cinta Pandang Kedua? 1

9 July 2012  
Kategori: Novel

6,761 bacaan 4 ulasan

Oleh : Siti Naimah

“Mom, I just got back from Paris. Tiba-tiba aje nak suruh orang kawen. Mom, please.. will you think about this betul-betul?,” pujuk Danial Mikhail yang baru saja tamat daripada menyambung pelajarannya di Paris. Alih-alih…balik je Malaysia dah paksa kena kahwin.

“No Danial! Mom dah fikir benda ni masak-masak. Habis masak dah mom fikir, sampai nak rentung dah. Either awak sendiri yang cari or mom yang carikkan calon untuk awak. You have no choice young boy…” ujar Datin Marliana tegas.

“Dad please? Tolonglah pujuk mom..” rayu Danial setelah kelibat Datin Marliana hilang ke dapur.

Dato’ Nazri yang sejak dari tadi diam hanya menangkat bahu tanda tidak mahu masuk campur dalam urusan kahwin paksa ni!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Jemputlah minum Encik Kamal, Puan Noraini, Syaz. Saya nak naik atas kejap ye, nak panggilkan Danial,” sempat Datin Marliana berbalas senyuman bersama bakal besannya, Puan Noraini sebelum berlalu pergi. Manakala, Encik Kamal dan Dato’ Nazri kembali menyambung perbualan mereka yang kelihatan tergendala tadi..

“Danial! Danial! Keluar kejap saying.. mom ada something nak cakap ni,” ketukan pintu yang bertalu-talu membuatkan Datin Marliana bimbang jika sesuatu terjadi kepada Danial. Mungkinkah Danial akan melarikan diri seperti yang selalu ditayangkan di televisyen? Ah! Drama betul..

Tiba-tiba….

“Yes mom? Why? Ada apa? Sorry Danial tak dengar tadi sebab tengah dengar lagu. Hehe,” Alasan!

“Cepat! Jom turun. Mom nak kenalkan Danial dekat someone,” terus Datin Marliana menarik lengan Danial ke ruang tamu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“ So, macam mana kiranya jadilah ye.. kita nak buat wedding terus ke or nak bertunang dulu?,” soal Datin Marliana tidak sabar-sabar untuk bermenantukan Ainur Syazwani.

“Awak ni pun.. cuba Tanya pengantin-pengantinnya dulu.. ni main aci redah aje…,” tegur Dato’ Nazri dengan niat hanya ingin menegur perbuatan Datin Marliana.

Semua yang berada di situ tertawa melihat telatah mereka suami isteri. Tetapi tidak Ainur Syazwani , mahupun Danial Mikhail!

‘Minah ni boleh tahan jugak, tutup aurat? Tu memang ciri-ciri yang aku nak. Comel, simple, pandai, lemah lembut and paling penting tak control ayu..tapi hati aku ni ada problem sikit!’ bisik hati kecil Danial. Lima tahun dulu Danial Mikhail pernah kecundang dalam cerita cintanya. Mungkin disebabkan itulah dia susah sikit nak kamceng dengan perempuan. Mungkin!

‘Gila handsome woi mamat ni! Kalau haku jadi dia, aku pun taknak kawen dengan aku ni hah! Siap ada lesung pipit lagi! Haku rasa, model pun dia boleh try ayat ni.. mesti dapat punya!’ puji Ainur Syazwani jujur di hati kecilnya.

“Danial Mikhail! Macam mana dengan soalan mom tadi? Syaz? Hmm?,” soal Dato’ Nazri buat kali kedua setelah dilihatnya kedua-dua bakal pengantin sedang asyik berangan!

“Tengah berangan duduk atas pelamin lah tu kot!,” gurau Puan Noraini diiringi gelak tawa suaminya dan bakal besannya.

Secara automatik! Darah merah menyerbu ke muka Danial dan Syazwani.

“Okayy…,” jawab Danial acuh tak acuh.

Syazwani hanya tersenyum nipis. ‘Ni mesti kes kahwin dengan aku kena paksa jugak!’

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Seperti yang dijanjikan, tepat pukul 3.00 petang, Syazwani sudah tercongok macam patung Cendana di hadapan pintu masuk MidValley.

“Wehh! Sorry lambat. Jam gila!,” tiba-tiba muncul Danial mengejutkan lamunan Ainur Syazwani.

“Okay. Takpek, Asal kau nak jumpa aku?,” soal Syazwani acuh tak acuh sebaik sahaja mereka duduk di sebuah meja yang agak terpinggir daripada orang ramai di dalam restoran itu. Memandangkan ini kali pertama mereka berjumpa selepas ‘mesyuarat keluarga’ tempoh hari, mereka lebih selesa ‘beraku-engkau’ Kekok!

“Aku tanak kawen dengan kau,” jawab Danial pendek.

“Eh biawak! Kau fikir aku nak sangat ke kawen dengan kau hah?! Muka pun macam katak..!” Amboi amboi.. Biawak? Katak? Ni yang haku panas ni!

“Ee, kau ni kan.. dah bertudung, muka sikit punya cantik! Cuba jaga sikit mulut tu. Kau ni memang tak saying mulut eh?,” tegur Danial sekadar ingin menasihati.

“Eh ikut suka akulah! Mulut aku! Nyibuk aje.. Aku pun taknak kawen dengan kau lah! Ni semua sebab parents aku yang suruh. Aku kesian aje dkt diorang sebab aku satu-satunya anak diorang, apa salahnya kali ni aku dengar cakap diorang..,” jawab Syazwani jujur.

“Boyfrengg kau cemana?,” soal Danial ingin tahu. Kang tak pepasal mata aku lebam sebelah!

“Dah break,” jawabku pendek.Malas mahu berbahas.

“Terpaksalah jugak.. kita kawen..,” jawab Danial kedengaran sedikit kecewa.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Seperti yang dipersutujui oleh Datin Marliana dan yang lain-lain, Danial Mikhail dan Ainur Syazwani akan terus dinikahkan! Tak payah bertunang, membazir masa, membazir duit nak buat dua kali. Ahhh! Alasan mom!!!

Hari ini, mereka harus, sunat wajib! Mencari baju pengantin.. terpaksalah minta off day hari ni.. Hmmm

Sesampainya di sebuah butik terkemuka di Bandaraya Kuala Lumpur ini, Butik Iman Sofia. Ainur Syazwani terus sahaja meluru masuk ke dalam dan mencapai sepasang gaun labuh yang dihiasi manik-manik merah jambu di dada. Cantik!

“Weh, kalau yang ni cantik tak? Maksud aku baju ni.. kalau aku, dah memang cantik! Ha ha ha ha!,” masuk bakul angkat sendiri betul minah ni!

“Perasan gila kau ni! Eee, kau ni elok aku campak dekat Tanjung Rambutan laa. Itu pun kalau diorang terima. Takut kau sampai aje dekat sana semua pengsan! Hahahahaha!!” Gurau kasar Nampak bang..

“Eh biawak! Kira okaylah lagi duduk dekat Tanjung Rambutan! Daripada kau! Kalau jadi orang gila, aku tinggalkan kau tepi jalan sorang-sorang lagi lawak weh! Ha..ha..ha..hi..hi..hi..” Niat Syazwani yang hanya ingin bergurau membuatkan Danial ketawa geli hati.

‘Comel jugak dia ni bila gelak! Plus kecomelan dia, plus lagi dengan gigi besi dia tu..’ detik hati kecil Danial.

“Termenung apa kau? Kau tengah bayangkan aku duduk atas pelamin pakai gaun ni kan? Mesti kau bangga sebab dapat bini yang sikit punya cantik ni nanti! Ha..ha..,” ujar Ainur Syazwani setelah sedar yang dirinya diperhatikan Danial Mikahil lama.

“Berangan lebih!,” ujar Danial sambil mencuit hidungku.

Aku terpanar.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Penat bangett!,” rungutku keletihan sebaik sahaja melabuhkan punggungku di sebuah restoran yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman.

“Eeeee! Indon rupanya kau ni! Tanak ah haku kawen dengan kau!,” gurau Danial.

“Kau jangan buat gila! Aku dah cakap kat satu office..kang tak jadi malu haku wehh! Mana aku nak letak muka haku yang comel niiiii!,” marahku.

Danial hanya ketawa kecil melihat telatahku.

Aku rasa selesa bila bersamanya, Ainur Syazwani. Adakah ini cinta pandang kedua? Setelah lima tahun aku kecundang dengan kisah cinta monyet aku dulu?Perwatakannya yang seakan anak-anak kecil, manja, senyumannya yang manis dan cara dia berpakaian menggambarkan betapa tingginya peribadinya. Danial… mengaku ajelah yang kau memang dah jatuh cinta!

“Ainur Syazwani..,” Aikk lain macam aje.. siap panggil nama penuh aku lagi tu! Aneh.. aneh..

“Gapo mu?,” soalku sedikit kasar. Makanan dalam mulut pun penuh lagi! Tak senonoh betul!

Danial hanya tersenyum manis menampakkan sebaris giginya.

“Catch me because I’m already falls for you.” Eleh! Haritu kemain tanak kawen dengan aku!

“Er..err.. takkan baru tiga kali jumpa kau dah syok kat aku kott? Kau ni pelik ah!,” ujarku sedikit gugup.

“I don’t even know why, but my heart beat so fast when I look into your eyes.” Perghh! Sekali ayat marvelous dia kasi kat aku.

“Ainur Syazwani, will you be mine and I will be yours? Forever..” Alamak aih.. apa wa nak cakap ni?!!

“There’s nothing much that I can say but please.. take good care of me once we had married, can you?,” jawabku lembut.

“I will Syaz..,” jawabnya diiringi lesung pipit di kiri dan kanan ppipinya. Comel!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Cinta Pandang Kedua? 1”
  1. Am says:

    memule mcm nk jadik musuh.. tp rupe2 nyer masing2 loving couple.. tp ape kesudahan nyer ek?? aduii.. mcm x sabar nk tau kisah lanjut nie.. hu3

  2. sya says:

    Ni novel baru nak tulis kan?? hihi. menarik. tapi kan tajuk cinta pandang kedua ni dah ade kuar novel dah. ganti tajuk lain la. :P

  3. radie says:

    ok..good2x…
    best…
    kisah selanjut mna..

  4. hanis says:

    mana sambungan?? cerita mcm best..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"