Novel : Encik Suami Mat Salih Celup? 1

4 July 2012  
Kategori: Novel

6,714 bacaan 12 ulasan

Oleh : Yumi Hyra

Bab 1

Wajah Along yang sudah merah padam menahan marah, kupandang sekilas dan kemudian anak mataku beralih pula pada Angah yang sedang menenangkan Mama yang masih menangis tersedu-sedu. Kini anak mataku beralih arah pada buah epal merah yang kupegang dari tadi dan terus kugigit sedikit epal tersebut. Tawar!

“Papa, Papa tengoklah anak bongsu Papa ni. Dia buat kita semua kelam-kabut and sekarang ni she’s enjoying her sweet time eating apple !”suara kasar Along kedengaran kuat.

“Along,kenapa tengking-tengking adik macam tu?” tegas suara Papa kedengaran. Aku masih mengunyah buah epal dengan tenang.

“Iman dah cuba slow talk dengan Naim tak?” soal Angah, lembut. Berbeza dengan Along, Angah lebih lembut dan tenang perwatakannya. Pantas aku mengangguk sambil mengunyah epal.

“Kita tengah serius discuss pasal dia, dia sibuk mengunyah buah epal tu,”sindir Along.

“Irfan!” kali ini suara Papa bertambah keras. Along terus terdiam.

‘’Iman, Iman cubalah pujuk Naim tu. Kenduri kahwin korang dah tak lama, tak sampai sebulan pun. Preparations semua dah nak siap,” lirih suara Mama.

Aku mengeluh lagi. Rumah keluargaku ini nyaris-nyaris terbalik sebaik sahaja menerima kunjungan ibu Naim petang semalam yang membawa hajat untuk membatalkan ikatan pertunangan antara aku dan Naim. Terus ingatanku mengimbau apa yang terjadi malam semalam, teringiang-ngiang setiap patah perkataan yang dituturkan oleh Naim.

“Patutlah dah lama saya perasan yang awak tak serius langsung pasal preparations wedding kita. Rupa-rupanya awak memang nak batalkan terus,” tuturku bersahaja, cuba mengawal perasaan marah yang meluap-luap.

“Kan saya dah kata yang kita tak serasi. Berapa kali saya nak mention yang saya nak kahwin dengan Dora!” keras suara Naim bersuara.

‘Huh! Dora? Doraemon ke? Takpun dorayaki, makanan kegemaran Doraemon’komenku di dalam hati.

“Sepatutnya awak discuss dengan saya elok-elok, Naim. Dulu kita bertunang dengan cara elok kan? Saya tak tahu apa-apa, suddenly ibu awak datang rumah dan bagitahu awak nak mintak putus tunang,” tambahku tegas.

“Kau ni, tak faham-faham bahasa ke apa? Kan aku dah cakap aku tak serasi dengan kau, aku tak ada apa-apa lagi perasaan kat kau. Itu pun susah nak faham ke ?’’ jerkah Naim. Aku tersentak diherdik sedemikian rupa. Sedaya upaya, aku cuba menahan air mata daripada mengalir jatuh.

‘’Tapi dulu, awak janji macam-macam dengan saya. Awak janji yang awak takkan berubah hati walaupun nama awak akan melonjak naik,” balasku. Sehingga sekarang aku masih ingat janji Naim sebelum dia memulakan penglibatannya dalam bidang modeling.

“Isy, minah ni! Kau ni memang lembap eh? Itu dulu, ini sekarang. Kau jangan jadi lurus bendul sangat boleh tak ? Eh, aku dah glamour sekarang, nama aku sedang naik. Cuma Dora je yang faham dan serasi dengan aku. Cuma dia aja yang sesuai bergandingan dengan aku,’’

Wajah bongkak Naim kupandang lama, cuba mengumpul semangat yang hilang dari tadi. Kedua-dua belah mata, aku pejam-celikkan untuk menahan air mata daripada gugur.

‘’Fine, do as what you want. Pergilah dengan Doraemon awak tu. Cincin dan semua benda saya akan pulangkan pada ibu awak. Tapi sebelum saya pergi,” aku berhenti bercakap dan menarik nafas. Naim memandangku pelik dan kemudiannya jatuh terduduk dengan tumbukan padu yang singgah di perutnya.

“Jangan menghina orang sesuka hati awak. Kita ni manusia biasa, bila-bila masa Allah boleh tarik segala kemewahan dan kelebihan yang kita miliki hari ini. Assalamualaikum,” aku terus berlalu dengan air mata yang berlumba-lumba turun membasahi pipi. Akhirnya, cinta anak-anak sekolah tidak bertahan jugak.

“Iman,” suara lembut Mama mengembalikan aku ke alam realiti.

Wajah basah Mama kupandang dengan perasaan yang berbaur. Aku sudah penat menangis, mengadu nasib kepada Allah Yang Maha Kuasa. DIA yang lebih mengetahui.

“Mama anggap Iman tiada jodoh dengan Naim. Pasti ada lelaki yang lebih baik untuk Iman, insya-Allah,” tutur Mama sambil memelukku erat.

“Tapi, tarikh wedding Iman dah dekat ni. Kad-kad semua kita dah edarkan, catering dah bayar deposit, banyak benda dah settle. Macam mana ni?” soalku. Aku boleh membayangkan betapa Mama dan Papa menanggung malu jika perkahwinanku ini dibatalkan. Pasti akan keluar pelbagai cerita yang pastinya mengandungi pelbagai perasaan.

Suasana sunyi seketika. Papa kelihatan termenung jauh, begitu juga kedua-dua abangku. Aku melepaskan satu keluhan yang berat.

**************************************

Fail-fail berwarna hitam yang tersusun kemas itu kupandang tanpa minat. Niatku untuk meneliti aliran wang tunai bulan lepas kubiarkan. Aku mengeluh lagi. Sesekali aku membuang pandang ke arah Maya and the Gang yang sedang ceria menyusun stok bunga telur di satu sudut.

“Iman!”

Sergahan yang kuat itu membuatkan aku tersentak. Tuan punya suara itu sudah tersengih mengalahkan kerang busuk!

“Kau tak reti-reti nak bagi salam? Kerjanya menyergah orang aje,’’ bebelku geram tetapi Firas hanya ketawa dan menarik kerusi untuk duduk di hadapanku.

‘’Sorrylah. Kau tau, dari luar butik pengantin kau ni aku dah boleh feel sense of darkness. Seram ! ‘’

‘’Banyaklah kau punya sense of darkness !’’

“Ala, aku gurau je lah. Itu pun nak tersentap,’’ usik Firas. Teman seuniversiti merangkap kawan baik ketika aku menuntut di Cardiff University dahulu masih tidak berubah. Tiba-tiba ingatanku melayang kepada dua lagi sahabat baik kami di Cardiff dulu, Auni dan Hafiy. Sudah lama juga kami berempat tidak berjumpa. Aku masih ingat lagi gelaran “The Quartet” yang diberi oleh Prof. Smith dahulu kerana kami berempat selalu sahaja ke mana-mana bersama.

“Iman, kau okey tak ni?” soal Firas, kali ini riak wajahnya bertukar serius.

“Aku okeylah. Takkan aku nak meraung pulak kan?” jawabku tenang.

“Naim tu memang bimbo lah! Kalau aku ada kat situ time kau jumpa mamat tu, dah lebam bijik mata model yang kononnya terhangat di pasaran tu !’’

‘’Kau ni, tak ubah-ubah dari dulu. Ikut suka engkau je nak panggil orang bimbo, ‘’ komenku berserta tawa kecil.

‘’Bimbo lah, sebab dia buat kau macam ni. Kawan aku ni bukan main comel lagi, dia nak jugak dekat Dorayaki tu,’’

‘’Eh, kau ni ! Sekarang ni siapa yang putus tunang ? Aku ke kau ? Kau pulak yang over terlebih eh ?’’ usikku.

“Kau jangan cakap macam tu. Aku sayang Nadia tu tau. Patutnya, lepas wedding kau, wedding kitorang pulak. Kau dah promise nak sponsor bunga telur kan?” balas Firas.

“Bila masa pulak aku janji nak sponsor bunga telur wedding kau?” usikku.

“Kau ni kan! Suka menabur janji palsu. Jangan nak buat-buat nyanyuk pulak, hari tu kau dah janji nak sponsor bunga telur,’’ bebel Faris.

‘’ Kalau bab benda free, memang memori kau kuat memanjang. Kau kahwin aku kena sponsor bunga telur. Nanti bila Auni or Hafiy punya turn pulak, mesti diorang tuntut kat aku jugak,”

“Kitorang kan kawan kau,”

“Yalah, kawan yang bikin business kawan bankrup!” Firas hanya ketawa senang.

“Weyh, kau nak aku sponsor 50% wedding kau tak?” soalku tiba-tiba membuatkan kedua-dua belah kening Firas bertaut.

“Kau jangan main-mainlah, Iman Amani. Hari ni bukan April fool,” jawab Firas.

“Aku kalau nak prank kau tak payah tunggu April fool, lambat sangat,”

Firas masih memandangku dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya. Aku hanya tersenyum apabila membayangkan reaksi Firas apabila idea di dalam kepalaku ini akan kusuarakan pada lelaki berwajah Chinese look ini.

“Kau jangan buat evil smile kau tu. Aku rasa seram sejuk tau tak,’’ tutur Firas. aku hanya ketawa kecil memandang telatah Firas yang sudah tidak senang duduk.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

12 ulasan untuk “Novel : Encik Suami Mat Salih Celup? 1”
  1. Sya says:

    Bagus,teruskan usah……..

  2. AliahMohdSalleh says:

    Buat permulaan bab ceriter ni best,ceriter telah ‘hook’ mbaca siap-siap.Best.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"