Novel : Izinkan Aku Menyintaimu 4

6 July 2012  
Kategori: Novel

4,067 bacaan 4 ulasan

Oleh : FifiNurina

BAB 4

Syahmi memandu perlahan membelok ke arah simpang menuju ke rumahnya. Hatinya yang sudah tenang tadi tiba-tiba terus berubah kepada moodnya pada pagi tadi apabila terpandangkan MyVi jingga itu masih terparkir elok di hadapan pagar rumahnya.

“Perempuan ni tak reti-reti ke nak blah daripada rumah aku ni? Tak kan tak faham bahasa melayu kot.”

Marah Syahmi sambil membuka kunci pintu rumahnya dengan keras. Amarahnya semakin memuncak apabila terpandangkan gadis itu dengan wajah yang tidak bersalah dengan menonton rancangan televisyen di kaca televisyen di ruang tamu rumah sewanya itu.

Nurin yang sedang asyik menonton televisyen itu sedikit tersentak dengan bunyi pintu yang dibuka dengan kasar. Lantas dia berpaling ke belakang dan terpancullah wajah bengis pagi tadi sedang membuka dan menutup pintu rumah itu dengn kuat. Nurin menahan debarnya dengan tersenyum dan dia sempat menunjukkan tanda “peace” kepada lelaki tersebut yang nyata terkejut dengan apa yang menghiasai pandangannya sekarang.

Syahmi makin naik angin, langkahnya diteruskan ke arah sofa yang diduduki oleh gadis itu. Dan, sekali lagi dia terkejut,

“Ya ALLAH, yang kau pergi pakai baju dengan kain pelikat aku ni buat apa hah perempuan?”

Tengking Syahmi kuat, dia sudah tidak mampu untuk menahan sabar lagi. Amarahnya harus dilepaskan saat ini juga, andai tidak, pasti pada keesokan harinya, ada lagi staf bawahannya yang akan dilampiaskan kemarahannya.

Nurin yang pada ketika itu masih menahan debarnya, hanya tersengih, tidak tahu untuk menjawab.

“Kenapa kau diam?’

Syahmi menengking lagi.

Jeda seketika. Nurin menundukkan wajahnya ke kakinya yang sedang dikuis-kuis pada karpet biru itu.

“Hoi! Aku tanya ni, kenapa kau diam? Kau dah bisu ke apa?”

Syahmi sudah tidak dapat menahan marah, suaranya makin meninggi.

Tiba-tiba,

“Jom, kita kahwin.”

Nurin menuturkan kata-katanya serius. Terkejut Syahmi dengan kata-kata yang baru sahaja keluar daripada mulut gadis yang sedang duduk di hadapannya, dan lebih tepat lagi, sedang memakai kain pelikatnya dan baju miliknya.

“Kau gila ke apa perempuan? Berani-beraninya kau ajak aku kahwin? Kau kenal aku ke?”

Tanya Syahmi sambil ketawa.

“Tak!”

Jawab Nurin tegas. Dengan beraninya dia memandang ke arah lelaki di hadapannya.

Syahmi menarik nafas panjang sebelum menyambung hujahnya.

“Ha, kalau kau tak kenal aku, kenapa kau berani ajak aku kahwin? Nama kau pun aku tak tahu, nama aku pun kau tak tahu, asal-usul kau aku tak tahu, aku tak tahu apa-apa pasal kau, kau pun tak tahu apa-apa pasal aku, okey!”

“Saya suka duduk rumah ni. Lagipun kereta saya rosak. Sebab tu saya nak kahwin dengan awak.”

Terang Nurin berani. Tidak tahu datang daripada mana keberanian itu, dia sendiri pun tidak tahu. Yang pasti dia merasa selamat berada di situ. Lagipun tidak salah untuk seorang wanita meminang lelaki, dapat pahala lagi ada. Namun, jauh di sudut hatinya, dia amat yakin bahawa, lelaki di hadapannya yang sedang menahan marah terhadap dirinya ini mampu melindunginya daripada keluarganya yang pincang itu.

“Kau ni memang dah gila la perempuan oi!”

Marah Syahmi lagi. Dia lantas menuju ke pintu rumahnya dan berhajat untuk keluar. Tiba-tiba langkahannya yang laju itu berhenti mendadak setelah mendengar kata-kata daripada Nurin.

“Kalau awak tak mahu berkahwin dengan saya, saya akan buat laporan polis dan saya akan putar belitkan keadaan. Saya akan cakap awak dah mencabul kehormatan saya. Awak perlu tahu, saya seorang pelakon teater tersohor di UKM tau!”

“Pergilah, pergi. Kau ingat aku takut ke dengan ugutan kau tu? Ugutan taik kucing! Pelakon teater tak laku ya kat sini!”

Balas Syahmi dengan geram. Nurin masih tidak mahu mengalah, dia bangun dan berpeluk tubuh.

“Kalau awak tak nak juga, saya akan hebohkan kepada majikan awak. Siapa tu ya, Datuk Rashid Al-Attar kan? Pemilik Mewah mega Holding kan? Senang je tu, sekarang juga saya call Datuk okey. Wait for a minute”

Terang Nurin berani. Dicapainya Iphonenya yang berada di atas meja dan mencari nama Datuk Rashid Al-Attar yang merupakan kenalan abahnya. Syahmi yang masih tercegat di situ hanya tertawa melihat gelagat Nurin yang pada sangkaannya hanya memainkan dirinya dengan harapan agar dia takut.

“Hish, Datuk Rashid Al-Attar ni tak nak angkat pula. Dia sibuk ya dekat pejabat tadi? Ha, bolehlah kan saya cakap awak kunci sekali saya dalam rumah sewa awak ni kan. Bukti kukuh ni. Isi penting, wajib masuk”

Tanya Nurin serius sambil mencuba untuk kali kedua. Syahmi hanya senyum mengejek, namun hatinya berdebar apabila teringatkan perihal kunci mengunci. Memang khilafnya apabila kebiasaannya memakan diri sendiri!

“Banyaklah kau punya Datuk Rashid Al-Attar. Dah kau call penyangak lain, memanglah Datuk Rashid Al-Attar tu tak angkat! Kau tunggulah penyangak yang kau call tu angkat panggilan kau! Ha, kalau dah tahu aku kunci pintu tadi, kenapa kau tak cuba guna sahaja kunci yang selonggok atas meja ni? Ada otak, tak nak guna!”

Syahmi mengejek lagi dan ideanya timbul apabila terpandangkan segugus kunci di atas meja di ruang tamu itu, walhal kunci itu bukanlah kunci rumah tersebut. Nurin hanya tersenyum sambil membalas

“Entah, otak tak berfungsi pagi tadi sebab rumah awak ni busuk sangat.Jap ye, penyangak ni dah angkat.” Nurin sempat menunjukkan ibu jarinya ke arah Syahmi yang masih senyum mengejek.

“Busuk dia cakap rumah aku?Eh tapi kenapa rumah aku ni macam terlebih kemas pula hari ni ya?” Syahmi bercakap di dalam hati sambil matanya melailau ke sluruh bahagian rumahnya.

“Assalamualaikum Uncle Rashid. Ha, Nurin la ni. Uncle apa khabar? Hurm, tak lah, Nurin tak layak lagi kerja dekat Mewah Mega tu.”

Dan Syamil terpana apabila dia turut mendengar perbualan antara majikannya dengan gadis yang baru diketahui nama di hadapannya itu apabila gadis itu membuat loudspeaker. Dan apabila Nurin ingin berkata yang…

“Uncle kenal tak pekerja uncle yang bernama Mohd Syahmi…”

Pantas perbualan telefon itu dimatikan dan Iphone itu terus diswitch-off oleh Syahmi yang nyata tidak menyangka gadis di hadapannya itu benar-benar mengotakan kata-katanya.

“Damn! Who are you!”

Tempik Syahmi, Nurin hanya tersenyum kemenangan. Dia yakin, dia semakain hampir ke garisan permulaan untuk segala yang dirancangkan.

“Saya cuma minta encik kahwin dengan saya. Itu sahaja.”

Dan Syahmi terus terlopong tatkala mendengarkan kata-kata yang keluar daripada mulut gadis itu.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Izinkan Aku Menyintaimu 4”
  1. eunhae87 says:

    ade blog x??

  2. eisya says:

    ade…fifinurina.blogspot.com

  3. Aliah Mohd Salleh says:

    Ceriter makin menguja pembaca Best. tunggu next entry.

  4. nedie says:

    hahahaha lawak2.. pelakon tersohor UKM..xboleh blah..ktawa sorag =)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"