Novel : Izinkan Aku Menyintaimu 5

12 July 2012  
Kategori: Novel

4,660 bacaan 3 ulasan

Oleh : FifiNurina

BAB 5

Nurin masih mendiamkan dirinya di sudut bilik yang penuh dengan pakaian Syahmi setelah penat bertengkar dengan Syahmi sebentar tadi. Pergaduhan mulut antara mereka berlarutan sehingga hampir pukul 7.00 malam. Itupun setelah Syahmi tersedar yang dia masih belum menunaikan solat Asar. Puas sudah dirinya diherdik oleh lelaki tersebut yang naik pelik dengan perangainya. Nurin juga akui, dia sendiri tidak tahu daripada mana datangnya keberanian dalam dirinya sehingga dia boleh muncul dengan idea spontannya yang berani mati. Sejak melihat profil diri lelaki itu petang tadi, dia dengan berani serta bersahaja mengajak lelaki yang betul-betul naik angin terhadap dirinya untuk mendirikan rumah tangga.

Nurin masih ingat lagi petang tadi sementara dia menunggu untuk menunaikan solat Asar, dia terjumpa satu fail profil diri pekerja yang lengkap di atas peti televisyen. Dengan yakinnya dia mencapai fail tersebut dan diamati satu persatu.

MEWAH MEGA HOLDING SDN.BHD

OFFICER : MOHD SYAHMI BIN ABDULLAH

Fullname

:

Mohd Syahmi bin Abdullah

NIRC No.

:

840718-06-6531

D.O.B

:

18th July 1984

P.O.B

:

Temerloh, Pahang

Academic Level

:

Bachelor of Business Administration, Universiti Sains Malaysia

Position

:

Head of Marketing Department

Contact No

:

012-3459876

Ext. No

:

03-34567891(3456)

Entah kenapa, saat dia membaca satu persatu profil lelaki berkenaan, terus terdetik dihatinya untuk menjadikan lelaki tersebut sah menjadi miliknya. Bagai ada satu aura yang membuatkan dia ingin terus berada di situ.

Nurin tersenyum sendirian lagi tatkala teringatkan peristiwa tadi. Habis-habisan Syahmi menuduhnya yang dia sengaja berada di situ dan semuanya telah dirancangkan olehnya. Nurin hanya mendiamkan diri, malas untuk mempertahankan dirinya. Biarlah lelaki di hadapannya menghabiskan hujah-hujahnya. Akhirnya setelah puas dia melihat Syahmi mengherdiknya, dia dengan tiada rasa bersalah bangun dan mencapai fail profil pekerja di atas peti televisyen yang terkandung segala profil lelaki tersebut kepada Syahmi. Terdiam Syahmi seketika apabila tangannya dengan lemah mencapai fail profil pekerja miliknya itu. Nurin tersenyum tetapi sempat dia menaikkan amarah Syahmi buat kali terakhir pada petang itu.

“Itulah, suka sangat tuduh melulu. Kang tak pasal-pasal dah kering tekak. Nak air tak? Ambil sendiri tau. Ini kan rumah awak, saya ni tetamu saja kat sini.”

“Sedar pun kau ini rumah aku, yang kau pandai-pandai sentuh barang peribadi aku ni kenapa? Banyak lemak betul kau ni kan! Tu baju aku tu, aku tak basuh pun lagi tu. Kau tak geli ke? Tadi kau cakap rumah aku ni busuk, so, baju tu pun busuk la kan?”

“Baju ni tak busuk sebab ada bau downy.”

Jawab Nurin bersahaja sambil tangannya ligat menukar rancangan televisyen. Hatinya berbunga-bunga, entah kenapa, dia sendiri tidak tahu kenapa!

Syahmi sekadar menghempaskan fail profil miliknya itu ke atas meja. Lantas dia terpandangkan jam yang sudah menunjukkan hampir pukul 7.00 petang.

“Kau ni kan memang cari nahas dengan aku! Tak apa, malam nanti kita selesaikan hal ni. Aku nak naik mandi dengan sembahyang Asar. Ini semua kau punya pasal. Hampir aku terlepas Asar aku!”

Marah Syahmi sambil kakinya laju melangkah naik ke tingkat atas. Namun langkahannya sekali lagi terhenti apabila Nurin dengan selambanya menjawab,

“Saya tak salah pun, awak yang salah. Dah tahu dah lewat, ajak lagi saya bergaduh. Salah sendiri, tak nak mengaku. Susah betul.”

“Kau memang cari nahas lah perempuan!”

Jerit Syahmi dan dia terus melangkah meninggalkan Nurin yang masih tersengih sendirian. Entah kenapa, Nurin berasa sangat bahagia dan tenang walaupun dia tahu, haram hukumnya berada berdua-duaan di dalam satu rumah.

“Allahuakbar Allahuakbar”

Lamunan Nurin terhenti tatkala terdengar laungan azan daripada masjid yang berhampiran. Terus dia bangun dan keluar daripada bilik itu untuk berwuduk dan segera menunaikan solat maghribnya usai dia membaca doa selepas azan. Nurin menunaikan kewajipannya kepada ALLAH dengan penuh khusyuk, bagaikan tiada masalah yang sedang menimpanya.

Selesai mandi dan solat maghrib, Syahmi turun ke ruang tamu di tingkat bawah. Hatinya sedikit lega apabila perempuan yang bernama Nurin itu tiada di ruang tersebut. Langkahnya diteruskan ke dapur untuk mengisi perutnya yang sudah terasa pedih. Hajat di hatinya untuk pulang awal untuk memasak dan makan dengan tenang akhirnya telah dihapuskan oleh penangan daripada Nurin. Sedang Syahmi ingin mengeluarkan sebungkus sosej di dalam peti sejuk, tiba-tiba pintu bilik bawah yang berhampiran dengan ruang dapur itu dibuka perlahan.

“Ya ALLAH”

Syahmi terkejut apabila terpandangkan wajah Nurin yang masih dalam pakaiannya tiba-tiba muncul dari dalam bilik tersebut.

Nurin yang turut sama terkejut lantas menyepak kuat kaki Syahmi.

“Woi perempuan!”

Jerkah Syahmi. Nurin menekup mulutnya dengan kedua belah tangannya.

“Eh awak ke? Minta maaf penghulu gua. Minta maaf.”

Nurin meminta maaf sambil merapatkan kedua-dua tangannya. Syahmi menyeringai kesakitan.

“Sakit ke awak?”

Tanya Nurin dengan nada yang bersahaja, tidak sedikit pun dia ingin meminta maaf sebenarnya. Syahmi menjegilkan matanya apabila gadis di hadapannya bertanyakan soalan yang boleh disifatkan sebagai bodoh itu. Nurin dilihatnya sebagai satu zarah yang sangat seni, yang boleh ditelannya hanya dengan sekali telan.

“Bingai! Sakitlah. Kau nak try kena tak? Mehla kalau nak try. Mehla sini.”

Tanya Syahmi sambil terhenjut-henjut mengejar Nurin yang terlebih dahulu melarikan diri ke dalam bilik berhampiran dapur tesebut.

“Ceh, tadi bukan main berani. Ini baru sikit dah mencicit lari. Pehal!”Sempat Syahmi mengutuk perbuatan Nurin di dalam hati. Tiba-tiba akal nakalnya tiba, terus diketuk pintu bilik tersebut dengan perlahan.

“Kalau kau bagi aku try freekick kau macam kau buat dekat aku tadi, aku setuju kahwin dengan kau. Macam mana, okey?”

Jerat Syahmi daripada luar sambil tangannya masih mengetuk pintu bilik tersebut. Dalam hatinya pasti bahawa gadis itu tidak akan berani menyahut cabarannya. Syahmi terus mengetuk pintu bilik tersebut. Setelah penat, dan pasti bahawa gadis itu sudah mengaku kalah, Syahmi ingin melangkah ke bahagian dapur untuk mengambil gelas dan menggalas perutnya dengan air memandangkan misi sebenarnya untuk memasak sudah dihancurkan sekali lagi oleh Nurin.

“Dasar perempuan!” Sempat Syahmi mengutuk di dalam hatinya.

Namun, baru sahaja kakinya ingin melangkah, pintu bilik itu telah dibuka daripada dalam.

“Betul ni awak setuju nak kahwin dengan saya kalau awak freekick saya? Ha, freekick lah, saya rela.”

Syahmi bagaikan ingin pitam setelah mendengar ayat berani mati yang terpancul daripada mulut gadis yang benar-benar mencabar kewibawaannya itu!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Izinkan Aku Menyintaimu 5”
  1. asupathy says:

    salam buat penulis….sangat menarik ceritanya…memang lain dari yang lain and i salute Nurin sebab idea dia yang berani nie….hope syahmin setuju dengan idea Nurin….WELL DONE satu karya yang menarik.

  2. memey says:

    Jalan cerita yang menarik . Something different in this novel . Teruskan usaha untuk berkarya sekaligus menarik minat pembaca . GOOD LUCK ! :)

  3. Aliah Mohd Salleh says:

    Best……best ….best.Tunggu sambungan.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"