Novel : Izinkan Aku Menyintaimu 7

25 July 2012  
Kategori: Novel

4,342 bacaan 5 ulasan

Oleh : FifiNurina

BAB 7

Seperti yang dijanjikan, Syahmi mengikut Nurin pulang ke rumah keluarga Nurin. Puas dipujuk agar Nurin membawa sekali semua bajunya bersama, namun gadis itu tetap berdegil tidak mahu membawanya. Akhirnya, Syahmi terpaksa mengikut kerenah gadis itu.

Syahmi masih tenang memandu keretanya. Terpaksa membawa Nurin bersama menaiki keretanya memandangkan kereta gadis itu masih belum dibaiki dan tersadai di hadapan rumahnya. Rancangannya, setelah dia menghantar gadi situ pulang ke pangkuan keluarganya, dia akan menghantar kereta gadis tersebut ke bengkel dan seterusnya meminta pekerja bengkel tersebut menghantar pulang kereta tersebut kepada pemiliknya. Itulah rancangan yang sedang bermain di benaknya sekarang. Sempat dikerling sekilas ke arah Nurin yang sedang melayan perasaannya ditemani dengan lagu Inggeris lama yang terpasang di radio keretanya.

Hiding from the rain and snow
Trying to forget but I won’t let go
Looking at a crowded street
Listening to my own heart beat

So many people all around the world
Tell me where do I find someone like you girl

Take me to your heart take me to your soul
Give me your hand before I’m old
Show me what love is – haven’t got a clue
Show me that wonders can be true

They say nothing lasts forever
We’re only here today
Love is now or never
Bring me far away

Take me to your heart take me to your soul
Give me your hand and hold me
Show me what love is – be my guiding star
It’s easy take me to your heart

Standing on a mountain high
Looking at the moon through a clear blue sky
I should go and see some friends
But they don’t really comprehend

Don’t need too much talking without saying anything
All I need is someone who makes me wanna sing

Take me to your heart take me to your soul
Give me your hand before I’m old
Show me what love is – haven’t got a clue
Show me that wonders can be true

Tanpa Syahmi tidak sedar, Nurin memandangnya penuh dengan harapan seiring dengan lagu tersebut. “Please take me to your heart!” Jeritnya kuat, namun itu hanya bergema di dalam hatinya sahaja.

Bagaikan terasa satu aura, Syahmi turut memandang ke arah gadis di sisinya. Mereka saling bersabung pandang, terasa debar yang semakin memuncak di dalam dada masing-masing.

“Erm, jauh lagi ke rumah kau ni?”

Tanya Syahmi sekadar untuk menyembunyikan perasaannya. Keretanya dipandu laju menuju ke arah Taman Melawati. Terkejut juga dia pada permulaannya apabila diberitahu destinasi yang akan dituju oleh mereka. Setahunya, Taman Melawati merupakan kawasan perumahan elit. Kalau dikira, jarak perjalanan daripada rumah sewanya di Pandan Indah, Ampang itu ke taman Melawati itu jika melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 tidaklah terlalu jauh, kira-kira 30 minit sahaja setelah dicampur dengan aspek kesesakan jalan raya yang wajib berlaku di kotaraya ini. Namun dirasakan keretanya bergerak amat lambat pada ketika itu. Entah kenapa, Syahmi merasakan debaran yang amat kuat untuk bertemu keluarga Nurin.

“Awak belok kanan, rumah saya yang kedua daripada hujung.”

Ujar Nurin sambil menunjukkan jalan kepada Syahmi. Tidak sampai dua minit kemudian, mereka tiba di sebuah banglo mewah yang lengkap dengan taman bertemakan hutan rimba. Syahmi mematikan enjin keretanya. Nurin mendahului langkah menuju ke dalam perkarangan banglo mewah itu. Syahmi yang pada mulanya ragu-ragu, tidak ingin keluar, namun setelah diyakinkan oleh Nurin, dia kemudiannya turut melangkah masuk ke arah banglo mewah tersebut.

“Rumah siapa yang kau bawak aku ni?”

Tanya Syahmi keras sambil matanya meliar ke sekeliling banglo mewah tersebut. Amat sukar untuk dipercayai kata-kata Nurin sebentar tadi. Tidak mungkin ini rumah milik keluarga Nurin. Nurin, gadis misteri yang dikenalinya itu kelihatan naif, lagak seperti orang kampung sepertinya, yang hanya memandu MyVi bewarna jingga, suka menaikkan darah dan pandai memasak! Satu fakta yang tidak dapat Syahmi nafikan.

“Rumah family saya, awak. Marilah masuk.”

Ujar Nurin, namun sedikit hambar.Sempat dikerling jam di tangan. Jarum jam baru menunjukkan pukul 8.15 malam. “Mungkin ibu dan abah masih belum keluar ni. Kereta ada ni,” Bisik Nurin di dalam hati sambil melangkahkan kakinya ke dalam banglo tersebut. Syahmi bagai terpukau dengan keindahan perkarangan banglo tersebut, ditambah lagi dengan deretan empat buah kereta mewah yang sememangnya langsung tidak menghubungkan ikatan antara apa yang dilihat sekarang dengan gadis yang berada di hadapannya.

“Assalamualaikum,”

Ujar Nurin perlahan. Syahmi turut memberi salam, namun Cuma di dalam hati. Matanya terpaku kepada hiasan di dalam banglo mewah tersebut. Sangat mewah! Syahmi cukup kagum dengan panorama indah di hadapannya sekarang. Dalam pada hatinya tidak sudah-sudah melahirkan rasa kagum terhadap ciri rekaan dalaman dan luaran banglo me3wah tersebut, tiba-tiba,

“Baru reti nak balik rumah? Pejabat tak pergi hari ni, semalam lari entah ke mana, tup-tup malam ni tiba-tiba muncul dengan jantan! Apa nak jadi dengan kau ni hah Nurin!”

Jerkah satu suara wanita daripada ruang tamu banglo mewah tersebut. Syahmi terkejut, lebih terkejut apabila Nurin tiba-tiba sahaja memegang erat tangannya.

“Dah buat salah tapi masih tak malu nak tunjuk depan mak ayah! Apa nak jadi dengan kau ni Nurin?”

Jerkah wanita itu lagi. Syahmi melihat wajah Nurin sudah mula berubah. Namun, gadis itu sedikitpun tidak melawan balik kata-kata wanita di hadapannya itu. Dengan perlahan, Nurin melepaskan pegangannya yang erat pada lengan lelaki itu dan terus bergerak perlahan ke arah wanita yang jelas pada pandangan Syahmi, sangat tidak mesra dengan Nurin. Dua wanita berbeza di hadapannya, seorang gadis muda yang bertudung, dan seorang wanita yang usianya mungkin mencecah 50 tahun dengan rambut mengerbang dan diwarnakan perang.

“Ibu.”

Sungguh Syahmi terkejut tatkala Nurin memanggil wanita berambut perang itu “IBU”. Dua figura yang cukup berbeza. Dilihatnya Nurin cuba untuk bersalaman, tetapi ditepis oleh wanita yang dipanggil “IBU” oleh gadis itu sebentar tadi. Syahmi tergamam.

“Kan aku dah cakap semalam, kau bukan anak aku lah! Jangan memandai nak panggil aku ibu bagai.”

Tersentak Syahmi apabila Nurin ditengking sedemikian. Dia semakin tidak faham dengan apa yang berlaku di hadapannya sehinggalah sesusuk wajah lelaki tua turun daripada tingkat atas.

“Nurin.”

Panggil lelaki tua itu lagi. Nurin pantas menoleh dengan juraian air matanya.

“Abah, Nurin nak minta izin abah.”

Jawabnya sambil berjalan perlahan ke arah lelaki itu. Tangan dihulur, lelaki tua itu menyambutnya dan Nurin tunduk mencium tangan lelaki itu. Namun, bagi pandangan mata Syahmi, lelaki tua yang dipanggil “ABAH” oleh Nurin itu bagai melemparkan satu senyuman yang palsu.

“Kau nak minta izin apa?”

Tanya lelaki tua itu lagi. Sempat dikerling sekilas kepada sesusuk tubuh lelaki di ambang pintu. Mata tuanya menangkap figura tersebut. Syahmi turut bersabung pandang dengan lelaki tua itu. Syahmi mengamati lama, cuba mengingati kerana sesusuk tubuh lelaki tua yang menjamah pandangannya itu bagai dikenali.

“Ya ALLAH, ini Dato’ Malik, antara pemegang syer dalam Berjaya Group!” Desis hati Syahmi. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Nurin mempunyai kaitan yang sangat rapat, namun kurang mesra dengan orang yang sedang bekerjasama dengan syarikatnya. Syahmi makin gemuruh, namun dia pasti yang Dato’ Malik tidak mengenalinya kerana tidak pernah sekalipun dia berurusan secara terus dengan usahawan tersebut.

“Nurin nak kahwin, abah,”

Terang Nurin tenang. Dato’ Malik turut tenang, begitu juga dengan Datin Salina. Syahmi makin tidak faham dengan situasi yang berlaku.

“Kau nak kahwin dengan siapa?”

Tanya Dato’ Malik lagi sambil menuruni tangga.

Nurin tidak menjawab tetapi hanya menuding ke arah Syahmi. Syahmi terkedu, nampaknya rancangan yang sdauh diatur cantik, tidak menkadi sama sekali. Rasa menyesal menyelubungi dirinya kerana pada mulanya, dialah yang mencadangkan agar Nurin membawa dia berjupma ahli keluarganya. Sungguh tidak dia menyangka, lain yang dirancang, lain pula yang menjadi. Tambahan lagi, gambaran keluarga Nurin yang digambarkan pada malam semalam sangat berbeza sama sekali!

“Over here young boy!”

Panggil Dato’ Malik tenang. Syahmi menurut sahaja dan melabuhkan punggungnya di atas sofa mewah tersebut. Inilah kali pertama dia merasa duduk di kerusi empuk.

“How long have you been with her?”

Tanya Dato’ Malik tegas sambil memandang ke arah Nurin yang duduk di sofa di sebelahnya.

“Err…saya baru kenal dengan Nurin, Dato,”

Jawab Syahmi teragak-agak. Mana mungkin dia akan menceritakan apa yang berlaku sebenarnya dalam keadaan sekarang.

“ Just get them married, honey. Bolehlah si Nurin ni tak menyemak dalam rumah ni. Menghabiskan duit mak bapak je!”

Sampuk Datin Salina sambil mengilapkan kukunya.

“May I know your name? Age? Academic level? Workplace? Your position? Your very own family?”

Tanya Dato’ Malik panjang. Walaupun hubungannya dengan Nurin tidak rapat setelah dia kematian isterinya yang pertama, namun sedikit sebanyak dia turut ingin yang terbaik buat anak gadisnya itu.

“Saya Mohd Syahmi bin Abdullah, 28 tahun, berasal dari Temerloh, Pahang. Dulu saya belajar di USM, Major dalam Pengurusan Perniagaan. Sekarang saya bekerja di Mwah Mega Holding sebagai Pegawai Pemasaran.”

Terang Syahmi jujur. Entah kenapa, lancar sahaja mulutnya untuk berterus-terang walhal dia tidak rela dan mati-mati hatinya membangkang.

“So, you are working with Datuk Rashid is it?”

Tanya Dato’ Malik lagi. Syahmi hanya mengangguk. Namun dalam hati dia maish sempat memerli Dato’ Malik yang sungguh tidak sayang akan bahasa kebangsaannya.

Nurin yang berada di sebelahnya direnung seketika. Gadis itu cuma berdiam diri, sangat berbeza perwatakannya ketika berada di sini dan di rumah sewanya.Air teh yang masih berasap di hadapannya juga dibiar begitu sahaja setelah dihidangkan oleh pembantu rumah itu tadi.

Usai Mak Yam menghidangkan air tadi, sempat Nurin bersalaman dan berpelukan dengan pembantu rumah itu. Jelas Syahmi dapat melihat deraian air mata yang mengalir jatuh membasahi kedua-dua pipi insan tersebut. Mereka pastinya agak rapat pada perkiraan awal Syahmi.

“Baiklah Nurin, kau boleh kahwin. Tetapi ada syaratnya.”

Tersentak Syahmi mendengar kata-kata Dato’ Malik. Semudah itu? Dikerling tajam ke arah Nurin di sebelahnya yang kembali bersuara.

“ Apa dia abah?”

“Kamu berdua kahwin hujung bulan ni. Just simple wedding. Is it ok for you? Abah akan walikan kau tetapi abah tak mahu perkara ni heboh kepada pihak media. Perkara nikah kahwin ni bukan untuk tontonan umum”

Cadang Dato’ Malik. Nurin hanya mengangguk. Dia tahu abahnya sengaja tidak mahu mewar-warkan pernikahannya memandangkan Syahmi hanya orang biasa! Jika tidak, pasti abahnya mahu menunjuk-nunjuk jika dia berkahwin dengan mana-mana anak VVIP yang lain.

“And one more thing, you dont have to go the office after this.”

Nurin terkedu apabila mendengarkan ayat yang baharu sahaja keluar daripada mulut abahnya itu. Namun, sedaya upaya disorokkan kesedihan itu. Dia hanya mengangguk dan memandang ke arah Syahmi yang jelas terpinga-pinga memandangnya.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Izinkan Aku Menyintaimu 7”
  1. wan faridah hanam wan salleh says:

    sedih dgnnasib nurin…kenapa kebencian itu…kena terus membaca nih…

  2. fatimahzahra says:

    Lah sedihnyer…….knp org lelaki selalu lupa anak bile dpt org baru?……..bkn semualah

  3. asupathy says:

    so sad la n3 kali nie…x paham kenapa nurin have to face dis! Hope syahmin will be the best for her…..nx n3 plz…..WELL DONE BEB!

  4. syamimi says:

    tlg lanjutkan ceritenye,,x sabar dah nie

  5. Aliah Mohd Salleh says:

    Apalah nasib Nurin ni dapat kelluarga macam tu .Apa pun ceriter ni best.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"