Novel : Simbolik Cinta Kita 1

16 July 2012  
Kategori: Novel

411 bacaan 1 ulasan

Oleh : Domi Nisa

BAB 1

“Dani, muka kau nampak pucat? Kau okey ke tak ni?” tanya Dany sambil mengerling sekilas pada adiknya itu. Dani tampak segak berbaju melayu berwarna putih bersinar, bersongkok hitam dan bersampin warna yang sama namun wajah adiknya itu pucat dan lesu tidak menampakkan seri pengantinnya.

“Kau masih nak teruskan majlis ni lagi ke Dani? Perempuan tu memang keras hati. Dah tahu kau sakit, masih nak teruskan majlis ni!” Degus Dany betul-betul kesal dengan sikap adiknya tidak mahu mendengar nasihatnya, sebelum mengalihkan pandangnya ke highway.

Dani tersenyum lemah sambil terbatuk kecil. Sebelum bersuara.

“Abang… jangan cakap macam tu pada Dina. Dina betul-betul ikhlas bukan seperti abang maksudkan .” jawab Dani membela gadis yang berjaya mencuri hatinya sejak setahun yang lalu dengan suara lemah cuba menahan sakit.

“Kalau dia ikhlas, sayangkan kau. Dia sepatutunya mengerti keadaan kesihatan kau, bukannya paksa kau kahwin dengan dia.” marah Dany masih tidak berpuas hati.

“Sebabkan dia ikhlaslah Dany, dia mahu cepat-cepat kahwin dengan aku. Dia mahu jaga aku selagi nyawaku masih dikandung badan ni.” Dani cuba memujuk abang sulungnya itu.

“Kau percaya ke dengan dia? Aku takut dia sahaja mahu ambik kesempatan ke atas kau je?” Dany masih menduga adik kandungnya itu.

Dani membiarkan pertanyaan abangnya dengan diam seribu bahasa.

“Cantiknya anak saudara mak su ni. Memang saling tak tumpah dengan arwah kak Salma. Maksu tak sangka akhirnya Dina akan jadi isteri orang sekarang. Lepas ni tanggungjawab maksu dan paksu akan lepaskan pada suami Dina. Terasa berat pula hati mak su nak lepaskan Dina.” Luah mak su berjeda dengan perasaan sebak.

Aku hanya tersenyum tersipu malu dengan pujian mengunung dari mak su. Selama ini paksu dan maksulah orang yang paling banyak menolong aku yang yatim piatu ini, sanggup membelaku dari kecil sampai sekarang walaupun sudah terbeban dengan anak-anak mereka seramai 5 orang.

“Mana taknya Dina dari kecil kami bela kamu. Sekarang kau dan membesar panjang, cantik pulak tu.” usik paksu yang tiba-tiba muncul di sebalik pintu bilikku lalu menuju ke arah kami lantas memeluk kami.

“Paksu bersyukur sebab dapat menunaikan amanah arwah mak dan ayah kamu Irdina.” Luah paksu, adik arwah emak berbaur sebak.

“Alah maksu, paksu lepas ni Dina akan selalu ke sini ok!” janjiku, cuba memujuk mereka. Hatiku bertambah hiba bila maksu sudah mengesat air mata dengan hujung lengan baju kurungnya.

“Dahlah tu, jangan nak buat drama swasta kat bilik ni. Dah, jom turun pengantin lelaki dah sampai dah tu.” Ajak pak su cuba memujuk isterinya yang tercinta sambil tersenyum lirik ke arahku.

Ku balas kembali senyuman itu. Aku benar-benar sedih kerana aku bakal meninggalkan rumah ini. Ku renung susuk tubuh paksu dan maksu yang sudah memakan usia. Orang yang paling saying dan memanjakan diri ini, memandangkan kesemua anak mereka lelaki.

Hatiku berdebar-debar. Sekejap lagi status diriku akan bertukar. Dari sudut rumah paksu aku lihat keluarga dan sanak saudara Dani mulai memenuhi ruang tamu rumah yang tersedia dipenuhi oleh kaum kerabatku. Mereka Nampak, sangat elegan tidak menampakkan ciri-ciri orang kebiasaan seperti kami. Hatiku mula curiga dengan latar belakang bakal suamiku nanti.

Namun perasaan itu ku pendamkan sahaja tatkala anak mataku tepat memandang susuk tubuh Dani semakin susut dan lemah sahaja langkah pergerakannya. Rasa sedihku mula bertapak dihati kecilku.

“Mungkin Dani terlalu menderita untuk menahan kesakitan penyakit barah otaknya itu.” Tekaku dalam hati.

Dengan perlahan-lahan Dani melangkahkan kakinya untuk menuju ke arah Tok Iman yang setia menunggu dirinya untuk diakad nikah dengan bantuan abangnya . Sebaik sahaja dia berada di betul-betul hadapan Tok Iman, Dany sempat menepuk bahu adiknya itu seolah-olah mahu berikan kekuatan kepada Dani. Dani sempat menoleh ke arahku dengan senyuman yang cukup manis. Aku tunduk malu. Panahan anak mata Dani boleh membuatkan hatiku cair.

“JACKS”

Mataku membulat, tiba-tiba Dani membuat pergerakan mulut yang tidak bersuara. Aku tersenyum riang . Ku balas kembali sama seperti kelakuan Dani tadi.

“HACKS”

Maksud itu hanya kami berdua yang mengetahui.

“Macamana semua dah sedia ke? Alhamduillah kalau macam tu bolehlah kita mulakan majlis. Bismillahirahmannirahim aku nikahkan dikau Dani Rizqi bin Razak dengan Irdina Awfa bt Hazim yang berwalikan Amir dengan mas kahwin RM80 ringgit tunai.”

Dengan perasaan berdebar-debar tangan yang sejuk membeku Dani menyambut ijab dari tok Iman selepas mengeluh halus.

“Aku terima nikahnya…. Argh!! Kepala Dani..”

“Daniii!” Laung Dany. Terus meluru untuk mendapatkan adiknya itu diikuti dengan keluarganya yang lain.

Keadaan yang sunyi sepi sebentar tadi tiba-tiba merubah menjadi riuh dan kecoh. Semua yang menyaksikan majlis akad nikah kami mulai menyerbu ke arah Dani yang mengerang kesakitan.

“Dani!! Bangun sayang”. seorang wanita sebaya dengan maksu ku sudah menangis kuat.

“Dani buka mata kau. Kau jangan tinggalkan aku Dani! Wei, Dani bangun!” Dany mengoncang bahu Dani yang masih memegang kepalanya.

Jantungku berdebar hebat. Aku bangkit perlahan-lahan menuju ke arah kekasih hatiku merangkap bakal suamiku nanti. “Tapi masih sempatkah dia menjadi suamiku nanti?” desis hati kecilku.

“Dina sabar sayang. Insya –Allah Dani tak apa-apa .” Maksu turut bangkit untuk memujukku hatiku.

Setiap langkahku bagai tidak tersentuh di bumi. Bila aku berada betul-betul dihadapan Dani, ahli suadara Dani ke tepi memberi ruang kepadaku. Aku melutut di sebelah kanan Dani. Air mataku tidak usahlah kata mencurah-curah keluar dari kelopaknya.

“Cepat panggil ambulans!” pekik perempuan itu lagi. Aku agakkan dialah ibu kepada Dani dan Dany.

“Tak perlu mamy. Da..Dany.” suara Dani bergetar-getar menahan kesakitan dikepalanya.

“ Ye, Dani aku di sini. Kau nak cakap apa? Kita ke hospital, ya?” pujuk Dany.

“Tak. Aku nak..minta sesuatu dari kau.”

“Apa dia? Insya Allah aku akan cuba bantu.”

“Aku .. nak.. kau kahwin dengan..Dina.. boleh..ya Dany.. Ini amanah aku..Kau mesti tolong. Ni permintaan terakhir dari aku.” Rayu Dani sambil merenung anak mataku yang sudah merah berair, sebuah kuntuman senyuman yang tak berseri dihadiahkan kepadaku.

Aku terpana bila terdengar ucapan dari Dani. Lantas aku menggelengkan kepalaku laju-laju. Tak sangka permintaan terakhirnya Dani benar-benar membuat jantungku terhenti sesaat.

“Tolong..tolong ya, bang. Dani harap sangat.” pinta Dani lagi.

“Dina tak nak Dani..Dina tak nak. Dina hanya nakkan Dani sorang tolonglah.” ujarku dengan suara teresak-esak.

Dany juga turut terkesima dengan tindakkan adik yang tidak berasas itu. Dia senyap seribu bahasa. Dia serba salah mahu menurut permintaan terakhir adiknya itu.

“Dany..” Dani menoleh ke arah kirinya untuk mencari abangnya itu sambil menghulurkan tangannya.

“Ya, aku disini.” Jawab Dany sambil megenggam erat tangan adiknya itu.

“Bolehlah Dani.. sebelum ni, aku tak pernah meminta sesuatu dari kau. Kali ini sahaja aku pinta.”

“Dani sudahlah tu. Jangan cakap lagi kita ke hospital, ya?” Dany cuba mengubah topik.

Dany memandang gadis dihadapannya dengan pandangan yang tajam dan tiada perasaan.

“Mampukah aku menjadi suaminya nanti. Tiada sedikit pun perasaan cinta kepadanya. Takkanlah aku boleh hidup dengannya hanya kerana amanah Dani? Arghh.. macamana ni.? Aku sangat sayangkan Dani. Boleh ke?” Dany mula bersoal jawab dengan perasaannya seketika.

“Baiklah, aku setuju.” Dany bersuara selepas membisu seketika.

Aku terpempan bila Dany meluahkan persetujuaanya untuk berkahwin denganku.

“Aku terima nikahnya dengan mas kahwin yang telah disebut.”

“Sah!” tanya tok Iman sambil memandang saksi-saksi yang ada.

Dengan sekali lafaz aku sah menjadi hak milik Danyal Rayyan. Bukannya hak milik Dani Rizqi. Air mataku menitis laju sampaikan terkena wajah Dani yang berada dipangkuanku.

“Dina sayang, Dina menangis ke? Janganlah menangis. Abang yakin Dina pasti bahagia dengan abang Dany.” soal Dani sambil dengan suara yang agak lemah sekali.

“ Kenapa Dani buat semua ni? Mendera perasaan Dina. Biarlah Dina menjaga Dani untuk sekali ini sahaja. Itu janji Dina pada Danikan? Mana perginya janji-janji kita Dani?” tangisanku menjadi-jadi.

“Dina, masa Dani sudah bakal tiba. Hulurkan jari Dina pada abang Dany. Dany mahu menjadi saksi perkahwinan Dina dan abang Dany.” Ujar Dani sebaik sahaja Dany menghampiri kami.

Aku menoleh ke arah Dany sekilas. Mukanya tidak beriak. Sebaik sahaja jari manisku tersarung cincin bertatah permata berlian aku mengucup tangan hangat lelaki yang baru menjadi suamiku sebentar tadi dengan terpaksa. Sebelum sempatku menarik kembali tanganku kembali Dany sempat berbisik sesuatu kepadaku.

“Kau ingat ni! Aku kahwin dengan kau disebabkan adik aku.”

“Allah..Allah..”

Tanpaku hiraukan kata-kata sinis Dany. Aku terus berpaling kepada Dani, nafasnya tersekat-sekat. Belum sempat aku mahu menyentuh tubuh Dani. Dany dengan laju mendapatkan adiknya itu. Aku tahu masa Dani telah tiba. Aku menghampiri Dani dengan tangisan yang semakin melebat. Makeup pengantinku sudah tidak cantik lagi. Hilang segala seri pengantinku pada malam itu.

“Tepi!” Dany cuba menghalauku dari pangkuan Dani.

“ Papa kita bawak Dani ke hospital sekarang cepat!!”

Mereka sekeluarga meninggalkan rumah kami dengan tergesa-gesa. Aku masih belum berganjak dari dudukku. Pergerakkanku kaku.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Novel : Simbolik Cinta Kita 1”
  1. fifi amani says:

    bez la…
    btw,dew blog x???nak link..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"