Novel : Suamiku, Encik ‘Perfect 10′! 2

25 July 2012  
Kategori: Novel

37,688 bacaan 16 ulasan

Oleh : Syamnuriezmil

Zarief Danial mengeluh. Habis bajunya dibasahi dengan muntah perempuan itu! Baunya… busuk betul. Terseksa hidungnya! Ini kalau basuh pakai sabun paling wangi dalam dunia pun belum tentu hilang baunya. Rungut Zarief. Daripada banyak-banyak hari, kenapalah hari yang baik ini pula bertukar menjadi malang baginya! Geram Zarief dibuatnya.

‘Yerkss… Najis mughalazah sungguh. Apa kenalah dengan minah tu! Hishh…’ Zarief mengelengkan kepalanya.

‘Mungkin tak sedap perut agaknya.’ Bisik hatinya lagi.

Zarief mulanya berniat untuk marah, tetapi disabarkan juga. Salahnya juga, dia yang mendesak sangat. Kalau dia tak paksa perempuan itu untuk membuka mulutnya, sudah tentu perkara ini tak jadi seperti ini.

‘Terpaksalah buang! Nak pakai buat apa lagi, nanti teringat-ingat pula. Berbau hemm..’

Zarief mencampakkan baju itu ke dalam tong sampah. Hajatnya berpakaian kemeja yang diberikan oleh tunang kesayangan itu tidak kesampaian. Dia mahu tunangnya melihat dia dengan baju itu. Tapi dengan situasi yang begini, bukan boleh disimpan lagi, dah kena masuk dalam tong sampah! Tong sampah atas udara lagi… Tempat yang terhormat!

‘Sayangnya…’ Zarief mencebik. Nak menangis pun ada. ‘Haiii nasiblah kau baju!’

Nasib baik tunangnya, Azura Hanim tidak jadi hendak ambil Zarief di KLIA. Zarief keluar dari bilik air dengan baju yang lain. Dia menuju ke tempat duduknya tadi dan melihat Aleeya sudah bersiap seperti hendak berpindah tempat.

Aleeya memandang Zarief. Dia tersentak! Terkejut tiba-tiba Zarief di belakangnya. Melihat Zarief sudah bertukar baju yang lain, dia terdiam.

“Saya duduk tempat lain. Awak duduklah sini,” ujar Aleeya, bersungguh-sungguh mahu pindah tempat duduk.

“Ehhh… tak apa. Duduk sahaja. Saya janji tak kacau dah,” Zarief mengangkat tangannya. “I’m sorry, I insist!” ujar Zarief lagi. ‘Kasihan pula nak pindah-pindah, nak bawa barang yang berbondong-bondong. Nampak macam tak sihat sangat pula perempuan ni…’ bisik hati Zarief.

“Betul ke ni?” tanya Aleeya.

“Betul… betul.” Jawab Zarief mengangguk-angguk.

Aleeya kembali ke tempat duduknya. Zarief tersenyum dan menyimpan kembali begnya ke tempat bagasi kemudian mengambil tempat duduk disebelah Aleeya.

“Sorry pasal tadi,” ujar Aleeya. ‘Nanti tak minta maaf, nampak rude pula! Orang Malaysia kan ramah tamah!’ bisik hati Aleeya.

“Tak apa,” ujar Zarief sambil tersenyum sikit. Rasa nak marah tadi serta merta hilang kerana Aleeya sudah meminta maaf kepadanya.

Aleeya tidak pandang pun. Pandangannya masih ke luar, lebih terpesona pada awan biru yang semakin memekat. Sikit-sikit terdapat kepul-kepul awan putih yang membuat awan biru itu lebih menarik. Namun pandangan sebenar di hadapan matanya, tiada yang menarik. Semuanya itu hambar dan kosong! Entah apa yang dilihatnya, Aleeya tidak peduli. Apa yang jadi tadi, dia malas nak tahu atau bercakap apa-apa. Cukuplah sudah, dia meminta maaf. Aleeya mengerling lelaki di sebelahnya. Teringat baju warna merah jambu yang Zarief pakai tadi, sudah bertukar menjadi kemeja biru, Aleeya sudah rasa serba salah.

‘Agaknya baju itu sudahpun dibuang dia? Kasihan!’ bisik hati Aleeya. “Nanti saya ganti baju awak tadi tu,” ujar Aleeya sedikit kuat. Kuatir kalau-kalau suaranya tidak didengar Zarief.

“Tak perlu. Baju tu tiada gantinya,” ujar Zarief perlahan.

‘Hem… bukan susah pun nak cari baju yang begitu? Kemeja yang biasa saja!’ bisik hati Aleeya.

“Banyak lagi baju lain,” ujar Aleeya.

“Tak sama!” ujar Zarief.

Aleeya mengerut dahi. “Kalau macam tu saya bagi duit.”

Aleeya mengeluarkan dompet dari beg tangannya, dia mahu mengambil beberapa not wang Euro dan mahu diberikan kepada Zarief. Dia sudah jadi serba salah. Nanti, diungkit-ungkit, Aleeya malas. Biar perkara ini selesai dan tidak perlu diperkatakan lagi. Habis di sini, selesai di sini juga.

“Ehh… tak perlu.” Zarief menolak tangan Aleeya.

“I insist,” ujar Aleeya.

Zarief mengelengkan kepalanya.

“Betul ni?” Aleeya memandang Zarief memohon kepastian. Dia tidak mahu terhutang apa-apa dengan lelaki asing di sebelahnya itu.

“Betul. Baju tu pun sebenarnya tunang saya bagi dan baru pertama kali saya pakai. Sebenarnya baju tu saya tak berapa suka pun, tapi sebab dia yang berikan tiga tahun yang lalu, saya masih simpan dan niatnya untuk pakai bila dia jemput saya di airport nanti. Dan sebenarnya amat berterima kasih dengan awak sebab merosakkan baju itu!” ujar Zarief, berterus terang betul.

“Erkk…” Aleeya tersentak. ‘Pulak?!!’

“Erkk… is it too much information? Hemm… I did it again! Sorry…” Zarief menekup mulutnya.

‘Aduh banyak cakap pula aku ni! Nanti dimuntahkan lagi, macam mana?’ bisik hati Zarief.

“Ermm… Memang warna pink itu tak sesuai dengan awak.” Ujar Aleeya selamba.

Zarief ketawa. Aleeya tersengih!

“Manis juga awak tersenyum macam ni. Menangis pun tak ada gunanya! Kita dah beribu kaki jauh dari kota London. Lainlah kalau awak ada keberanian nak…” Zarief mendekatkan bibirnya ke telinga Aleeya dan berbisik.. “hijacked the plane and back to London!” Zarief tersenyum. “Well.. that word sooo sensitive! Faham sajalah…” Zarief ketawa.

Aleeya agak terkejut dengan tindakan itu… kemudian tersenyum juga akhirnya.

‘Arrghh… lelaki ini! Macam-macam…’ Aleeya mengelengkan kepalanya sedikit. Pelik!

“Awak memang banyak cakap?” tanya Aleeya.

“Aduhh… saya sudah melanggar janji saya pada awak! Sorry, my mistakes,” Zarief memukul mulutnya perlahan.

‘Kenapa banyak cakap pula ni? Selalunya aku tidak berperangai begini?’ Zarief berkata di dalam hati. Pelik!

Aleeya hanya tersenyum. Diam seketika. Ketika diam inilah, fikirannya menjalar kepada perkara lain dan terutama kepada nama itu!! Syed Muzaffar! Aleeya mengetap bibirnya. Sedih, geram, marah dan benci semuanya bersatu. Namun dari jauh sudut hati, sayang itu masih ada! Bagaimana mahu menghilangkannya? Sepatutnya perlu dibuang jauh-jauh sayang itu dengan apa yang Syed Muzaffar telah lakukan! Bodoh betul mengenangkan hal itu. Kolam matanya mula bergenang dek air mata. Aleeya kembali bersedih.

‘Bodoh! Aku ini bodoh memikirkan dia!’ geram Aleeya, menyalahkan dirinya sendiri.

“Saya sebenarnya tak banyak cakap. Tapi mungkin duduk di sebelah perempuan cantik macam awak, saya agak terpesong dari karakter saya yang asal,” ujar Zarief dengan nada yang bergurau. Sengaja dia mewujudkan suasana itu kerana tak mahu Aleeya berasa asing dan dia tidak mahu masa yang lama dihabiskan di dalam kapal terbang ini hanya dengan tidur!

“Cantik? Tunang awak mungkin lagi cantik!” ujar Aleeya.

Perkataan cantik itu bagaikan fobia bagi Aleeya. ‘Hemm… lelaki!’ bisik hati Aleeya. ‘Mulut saja kata manis, tetapi perangai? Hishh!!’ Aleeya mengucap panjang.

“Dia wanita paling cantik dalam dunia saya dan mustahil awak tak ada yang punya!” ujar Zarief. “Ohhh… saya buat lagi. Jangan jawab soalan tu ya, just ingored.”

“Kenapa lelaki semua sama? Tidak pernah puas dengan satu, mahu lebih dari itu? Kenapa? Kalau boleh dihalalkan perempuan di dunia ini, boleh kahwin sampai beratus walaupun tak mampu, agaknya beratur sang lelaki! Kalau tak boleh dapat apa yang berkehendak… rog…” Aleeya terdiam! Dia tidak mampu untuk meneruskan ayat itu. Pecah terus kolam air matanya yang tadi cuba ditahan.

Zarief terdiam. Dia agak tergamam. Perempuan itu tiba-tiba berang dan menangis!

“Excuse me…” Aleeya serentak bangun dan menuju ke bilik air.

‘Erkk… apa aku dah buat?’ Zarief menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dalam hati dia rasa serba salah pula.

‘Ini semua kerana kelancangan mulut aku… hishhh!!’ Zarief memukul mulutnya. Dia mengeluh dan bangun menuju ke bilik air tadi. Aleeya sudah mengatup pintu dan dia tidak sempat untuk menghalangnya. Nak tak nak, Zarief terpaksa menunggu di hadapan bilik air yang dimasuki oleh Aleeya.

30 saat.. tiada maklumbalas.

1 minit sudah berlalu.. Zarief masih menunggu.

Hampir 3 minit, kaki Zarief sudah lenguh! Lama Zarief menunggu di hadapan pintu bilik air itu. Masih pintunya tidak terbuka. Zarief mengeluh. ‘Takkan nak ketuk pula?’ Dia sudah serba salah.

“Sir, this one is available.” Peramugari itu menunjukkan bilik air yang kosong.

“Thanks but no thanks, it’s okay. Errr… my wife inside. She’s not feeling very well. Do you mind if I’m waiting here for a while?”

“It’s okay. If you need anything, just inform me.”

Zarief mengangguk-angguk. Peramugari itu berlalu. Dan dia masih lagi setia menunggu! Akhirnya, kesabaran itu hilang dan Zarief… “Are you okay, Aleeya?” Panggil Zarief dan dia mengetuk pintu bilik air itu.

Hampir 5 minit Zarief menunggu di luar, akhirnya Aleeya membuka pintu bilik air itu. Aleeya tersentak.

“Apa buat dekat sini?” Terkejut Aleeya apabila melihat Zarief di hadapannya. Mata dan hidungnya merah, akibat tangisan yang masih belum boleh berhenti.

“Awak okay ke? Saya minta maaf.” ujar Zarief. Betul-betul minta maaf.

Aleeya diam. Dia seraya bergerak ke tempat duduknya kembali. Zarief di belakang mengekorinya. Setelah duduk, tiba-tiba peramugari tadi datang menghampiri mereka.

“Your husband is worried about you. Are you okay now? Do you need anything? I know… how pregnant lady’s condition are, it’s not that comfort being in a long journey.”

Aleeya mengerut dahi. “Hah?!” Aleeya terkejut.

Aleeya mahu bertanya lebih lanjut maksud yang dicakapkan oleh peramugari itu tetapi Zarief lebih cepat bertindak menyatakan keadaannya baik-baik sahaja. Setelah peramugari itu pergi, Aleeya memandang tajam ke arah Zarief. Minta penjelasan!

“Tadi saya tunggu awak dekat pintu tu, dia macam tak bagi. Saya cakap awak tak sihat.”

“So, where did the husband came from?”

“Err… saya cakap awak isteri saya,” ujar Zarief teragak-agak.

Mata Aleeya membulat. Suka hati buat cerita sendiri!

“Kalau tak, dia tak bagi saya tunggu dekat situ!” ujar Zarief lagi! Dia bertindak membela dirinya sendiri. ‘Nanti dianggap pervert pula, tak pasal!’

“And how she knows that I am pregnant??” tanya Aleeya. Dia agak terkejut apabila peramugari itu menegurnya tentang perkara itu. ‘Siapa yang beritahu?’ bisik hati Aleeya, tertanya-tanya.

“Erkk, saya tak tahu! Are you pregnant?” tanya Zarief.

Aleeya tersentak. Ternyata Zarief tak tahu keadaannya begitu. Aleeya menekup mulutnya. Dia sudah terlepas cakap! Aleeya lantas terus terdiam. Zarief juga berdiam namun di dalam hatinya, di dalam kepalanya, penuh dengan pelbagai persoalan tentang wanita misteri itu disebelahnya.

‘Kalau betul dia mengandung, mana suaminya? Hemm….’ Zarief tertanya dalam hati. Akhirnya, beberapa jam lamanya perjalanan itu dihabiskan dengan tidur dan persoalan yang tidak masih tidak berjawab.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

16 ulasan untuk “Novel : Suamiku, Encik ‘Perfect 10′! 2”
  1. lailazana says:

    hope u akn cpt update next chp.. cant wait.. congrats, nice intro.. i keep thinking what will happen next..

  2. daney says:

    dah lama tunggu citer nie sambung… nape x sambung jek ngan n3 baru? citer nie best… x sabar nk tnggu sambungan lepas dia balik kg 2…

  3. afzan says:

    terbik lah
    ada blog x?

  4. Mas Liana says:

    oh..aleeya pregnant??? hohoohoo…

  5. aida zahira says:

    da agak aleeya pregnant..
    mesti zarief hero dy…

  6. Cik Liey says:

    em… xsbr nak baca episode seterusnya….

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"