Novel : Suamiku, Encik ‘Perfect 10′! 4

27 July 2012  
Kategori: Novel

36,549 bacaan 29 ulasan

Oleh : Syamnuriezmil

Zarief membawa Aleeya masuk semula ke dalam KLIA dan menuju ke sebuah kafe. Setelah memesan air, Zarief menarik kerusi dan duduk di sebelah Aleeya. Aleeya merenung kosong. Tak lama kemudian, seorang pelayan membawa sedulang berisi air teh dan sepinggan roti bakar kepada Zarief.

“Enjoy your meal.”

“Thank you.” Ujar Zarief tersenyum.

Aleeya hanya memandang. Masih lagi teresak perlahan.

“Jangan sedih, cuba cerita satu persatu.” Ujar Zarief.

Aleeya diam. ‘Kenapa perlu aku cerita pada dia?’ Soal hatinya.

“Aleeya, kalau awak berdiam sahaja macam ini dan menangis terus, macam mana saya nak bantu?” tanya Zarief. “Minum teh ni. It will calm you down!” suruh Zarief.

Aleeya mengangguk kepalanya dan menghirup sedikit air itu, kemudian dia menarik nafas. Mengeluh! Aleeya tidak berani hendak bertentang mata dengan lelaki itu. Sudahlah tadi dia memarahi lelaki itu, lepas itu muntah pula, sekarang ini pula hendak menagih simpati. Aleeya tiba-tiba bingung dengan keadaan dirinya sekarang ini.

‘Dia ini, memang baik? Atau pura-pura baik?’ Aleeya tidak pasti.

Aleeya hanya mendiamkan diri. Dari tadi hanya air matanya sahaja yang mengalir. Zarief terus menarik kerusinya, duduk berdekatan dengan Aleeya. Dia menarik kerusi Aleeya dekat dengan dia.

“Opps..” Aleeya terkejut, kerusinya ditarik.

Sekarang ini, situasinya bukan sahaja mata bertentang mata tetapi lutut bertemu lutut juga. Sangat dekat! Aleeya yang masih menangis dan terdiam terkejut apabila Zarief mengesat air mata wanita itu. Entah mengapa dia merasa simpati yang amat sangat! Mungkin kerana dia terlalu berjiwa sensitif dan penyayang. Mungkin juga kerana dia bersifat lelaki gentleman dan romantis? Itulah yang selalu disebut oleh Azura Hanim, tunangnya sehinggakan dia dikatakan terlalu mengongkong!

‘Heh.. Azura!’ Bibirnya pantas mengukir senyum apabila menyebut nama tunang yang disayanginya itu.

Tak sabar hendak berjumpa kekasih hatinya yang telah lama menjadi kekasihnya sejak lima tahun yang lepas! Bagi Zarief, wanita perlu dicintai dan disayangi. Itulah yang ditunjukkan Zarief kerana terlalu menyayangi Azura sehingga dikatakan terlalu mengongkong. Mengongkong dan melimpahi kasih sayang… selalu benar disalah erti!

“Hey… dengar sini girl. Apa yang lepas dan sudah berlaku, biarkan ia berlalu. Tapi to get over it, you have to let it go by speak to someone else. Atas bahu ini terlalu banyak beban dan kadang-kadang bahu ini perlu sokongan bahu orang lain juga.”

“To strangers? Patut begitukah?” tanya Aleeya.

Aleeya memandang wajah lelaki itu, bersih seperti pelakon Filipina, Piolo Pascuel, sangat redup matanya. Aleeya mengalih pandangan. Dia tidak mahu lagi tertipu dengan lelaki! Cukup sudah beban yang ditanggung.

‘Ah Aleeya! Masih lagi boleh menilik muka orang?’

Zarief tersengih. “Saya dah kenal awak hampir sehari, awak dah tahu nama saya dan saya dah berbau muntah awak, awak masih anggap saya strangers lagi? Strangers don’t threw up to strangers,” ujar Zarief tergelak.

Aleeya tersenyum. Lelaki di hadapannya ini sangat menjengkelkan tetapi hatinya sering terusik dengan jenakanya yang spontan.

‘Ya!! Sesuatu mesti dilepaskan.’ Bisik hati Aleeya. Dia bersetuju dengan lelaki di hadapannya. Aleeya tekad. Manalah tahu, ada jalan penyelesaian?

“Now, you’re smiling! It’s good, it’s good!” Zarief berani mengesat air mata Aleeya. Aleeya segan. Lelaki di hadapannya sangat perihatin!

“Ceritanya macam ni…” Aleeya menghela nafas.

Zarief menyandarkan badannya ke kerusi. Dia bersedia untuk mendengar cerita wanita asing di hadapannya itu. Wanita yang baru dikenali dan wanita itu sudah berjaya mendapat 110% perhatiannya.

“Teruskan. Saya mendengar.”

Aleeya menarik nafasnya. Dia memulakan ceritanya dengan pertama kali dia berjumpa Syed Muzaffar. Syed Muzaffar seorang yang tinggi, berwajah seperti orang arab dan pada mulanya Aleeya ingatkan dia seorang berbangsa Iran! Rupanya dia Malaysian. Pertama kali berjumpa apabila dia dan Syed Muzaffar terpegang serentak sebotol susu segar di sebuah hypermarket di kota London.

“Opps… sorry! You can have it!”

“Why not, we both have it? I mean, share it! Sharing is caring, right??”

‘Gila ke mamat ni?’ bisik Aleeya dalam hati. “Never mind! There’s plenty over there!”

“Just kidding! It’s yours.”

‘Aik! Main-main pula mamat ni.’ Bila Aleeya nak ambil susu itu, Syed Muzaffar juga hendak mengambilnya. Entah macam mana, terlepas!

“Alamak!!” jerit Aleeya.

“Alapakk…” jerit Syed Muzaffar, tersengih! Sengaja mengejek Aleeya.

“Malaysian!!” ujar mereka serentak dan masing-masing ketawa.

Sejak itu, mereka berkenalan dan bercinta. Itu semua berlaku dalam tempoh lima tahun, Aleeya di sana melanjutkan pelajarannya sebagai seorang doktor. Kini, semua impian Aleeya dan keluarganya berkecai setelah dia mendapat tahu dia sedang mengandung. Mengandungkan anak Syed Muzaffar, anak luar nikah pula tu!

“What had happen?” tanya Zarief.

Air mata Aleeya tiba-tiba mengalir.

“Hushh… if you want to stop, kita stop dulu,” Zarief memegang bahu Aleeya. Dia agak terkejut dengan reaksi spontan itu.

“No… it’s okay!” ujar Aleeya. Aleeya menolak tangan Zarief perlahan.

Aleeya tiba-tiba menjadi sebak apabila teringat peristiwa hitam itu. Entah macam mana kesilapan boleh berlaku di dalam perhubungan percintaan yang terjalin itu. Dia tiba-tiba ternampak dengan Syed Muzaffar dengan wanita lain sewaktu dia dalam perjalanan pulang dari kelas dan menuju ke rumah Syed Muzaffar.

“Siapa perempuan tu?”

“Adik sepupu Far!”

“Betul ke?”

“Iya, sayang!”

Sebelum ini banyak kali Syed Muzaffar kata itu adalah adik sepupunya yang datang melawat dia di London. Pada mulanya Aleeya percaya namun lama kelamaan dia mula meraguinya! Adik sepupu boleh berpeluk dan mencium pipi kah? Mesranya macam bukan adik sepupu. Oleh itu, Aleeya mengambil keputusan untuk mengekori lelaki itu perlahan-lahan dan akhirnya end up dekat rumah milik lelaki itu. Syed Muzaffar mempunyai sebuah rumah di pinggir kota London dan rumah itu milik keluarganya. Aleeya mempunyai kunci pendua rumah itu! Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Syed Muzaffar beraksi melampau di atas katil dengan perempuan yang dikatakan adik sepupunya itu. Mengamuk lah Aleeya!

“Kemudian, apa yang terjadi?”

“Dia pujuk dan merayu meminta maaf. Saya tak mahu! Saya tak mahu maafkan dia. Tapi, satu hari tu, dia merayu juga. Dia kata dia nak balik Malaysia so, dia nak ajak dinner di rumahnya dan dia kata itu last dinner together. So, saya termakan pujukannya dan itu merupakan detik hitam dalam hidup saya! He drugged me and I fell asleep. The next day I woke up, naked and he was laughing at me!”

Aleeya terdiam. Zarief tergamam.

“Kuat… kuat sangat and infact sekarang masih terngiang-ngiang dekat telinga ni.”

Pecah air mata Aleeya sekali lagi. Dia menukup telinganya!

“Aleeya… Aleeya!! Hushh…”

Zarief mengusap bahu Aleeya. Kalau boleh, dia mahu memeluk wanita di hadapannya itu, bukan mahu mengambil kesempatan, tetapi mahu menenangkannya. Nasib baik, wajar fikirannya. Ini Malaysia! Kalau di London, mungkin dia sudah berbuat demikian. Nanti orang kata apa pula. Aleeya yang sedang menangis ini pun, ramai yang memandang. Takut juga Zarief nanti dikatakan memukul atau mencederakan Aleeya menyebabkan Aleeya menangis teresak-esak.

“Aleeya dah malukan ibu! Aleeya dah musnahkan impian arwah abah. Saya malu!! Saya malu sangat. Macam mana kalau ibu tahu saya mengandung? Macam mana nak beritahu saya dirogol? Kalau saya beritahu, Syed Muzaffar akan edarkan semua gambar bogel saya itu! Macam mana? Macam mana sekarang! Takkan nak invisible? Takkan nak gugurkan anak yang tak bersalah ni, Zarief?” ujar Aleeya. Aleeya bingung.

Zarief terdiam. ‘Susah juga!’ detik hatinya.

“Masa saya telefon ibu, saya beritahu ibu yang saya sudah berkahwin. Saya tak tahu nak cakap apa Zarief! Saya agak terdesak. Ibu sangat marah kerana saya dikatakan membelakangkan keluarga. Saya tak boleh nak beritahu alasan apa yang saya sudah mengandung dua bulan! Itu sahaja yang dapat saya fikirkan! Saya mahu beritahu Syed Muzaffar setelah saya dapat tahu saya hamil, tetapi Syed Muzaffar sudah pulang ke Malaysia dan saya langsung tidak dapat menghubungi dia. Sekarang ini, takkan nak beritahu ibu lelaki itu telah meninggalkan saya dan saya mengandung anak luar nikah??”

Aleeya mengambil nafas.

“Saya takut Zarief! Saya takut gambar itu tersebar, saya takut ibu marah… saya takut juga ibu dapat tahu semuanya. Saya juga telah dibuang universiti sebab alahan saya yang sangat teruk dan sering tidak hadir ke kelas. Final year, Zarief!! Semuanya musnah.” Ujar Aleeya, tersedu-sedan.

Zarief terdiam lagi. Dia cuba memikirkan sesuatu. Sesuatu yang boleh menolong wanita di hadapannya ini. Entah macam mana… dia mula terfikirkan sesuatu!

‘Semoga dapat membantu Aleeya!’ bisik hati Zarief.

“Ibu awak tahu tak macam mana wajah dia?” tanya Zarief.

“Siapa? Syed Muzaffar?”

“Ya? Adakah ibu tahu bagaimanakah rupa dia?” tanya Zarief lagi.

Aleeya mengelengkan kepalanya. Aleeya menyimpan kisah percintaannya itu dengan rapi kerana keluarga Syed Muzaffar adalah keluarga yang agak berpengaruh. Sekeping gambar pun tidak boleh disimpan atau diupload ke mana-mana sumber yang membolehkan gambar itu diedarkan. Itu adalah syarat Syed Muzaffar sewaktu bersamanya. Entah mengapa dia boleh tertipu! Itulah orang kata, sekolah tinggi-tinggi, bodohnya berlapis-lapis. Asyik sangat dilamun cinta sehinggakan terlupa logik akal dan tindakan.

“Ibu tahu nama lelaki itu?” tanya Zarief lagi.

“Tak. Saya baru cakap saya sudah berkahwin, ibu sudah melenting! Saya tak sempat hendak memberitahu ibu apa-apa. Sekarang ini apa yang saya nak buat, saya ingat hendak balik sekejap, tunjuk muka dan kemudian nak ke Ipoh. Saya ada kawan baik di situ yang boleh membantu. Tapi… macam mana saya nak balik ke rumah ibu kalau saya tiada suami untuk ditunjuk pada ibu.” Ujar Aleeya.

‘Pasti ibu akan syak yang bukan-bukan!’ bisik hati Aleeya. Dia amat mengenali ibunya yang kuat berprasangka. Lebih-lebih lagi, Aleeya pulang berbadan dua tanpa suami. Mesti nampak pelik! Dan… tak wajar seorang suami meninggalkan isterinya begitu? Kalau ikut secara logiknya, seorang suami akan sentiasa berdamping dengan sang isteri sewaktu berbadan dua pulang ke Malaysia pula tu, tapi Aleeya tidak!

‘Ibu pasti akan berfikir begitu!’ Keluh Aleeya.

“Ipoh?” Zarief mengerut dahi.

‘Cakap pasal Ipoh… hem!’ Zarief tiba-tiba mendapat idea.

“Atau mungkin lari ke tempat lain. Jauh dari keluarga.” Ujar Aleeya. ‘Tapi ke mana?’ Aleeya sendiri tidak pasti.

Zarief terdiam sejenak. Kemudian dia mengambil telefon dari dalam jaket bajunya dan mula mendail.

“Assalamualaikum tok!” Sapa Zarief.

Toh Zaharah menjawab salam itu. “Ya Arief… dah dekat mana ni?”

“Ohh… masih dalam perjalanan. Ni, Arief nak habaq, Arief tak jadi nak balik hari ni.”

“Laaa… awat? Pasai pa, tak balik?” Toh Zaharah sudah mengeluh. Hajat di hatinya, mahu sangat berjumpa dengan cucu kesayangannya itu. Sudah lama tidak bertemu, rindu dan dendam kepada Zarief bukan kepalang! Tapi Zarief tak jadi balik pula. Toh Zaharah sedikit kecewa.

“Mungkin seminggu lagi balik. Pasaii, ingat dak Arief habaq kat tok yang Arief dapat tawaran kerja dekat Ipoh tu? Hah… depa panggil interview.”

“Oh! Tempat yang hang pi praktikal dulu tu ka?” tanya Toh Zaharah. “Habis tu, hang duk dengan siapa?”

“Ya, tok. Tempat dulu. Arief tinggai dengan kawan. Okay, tok jangan risau ya. Arief baik-baik sahaja. Jumpa nanti. Sampai nanti, Arief telefon tok ya. Ini bateri pun sudah nak habis.”

Bunyi tit… tit.. dari telefonnya itu, menandakan baterinya sudah mahu habis. ‘Mana pula nak caj telefon ni pula? Hem!’

“Yelah. Baik-baik ya! Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Klik!!

Zarief tersenyum dan memandang Aleeya. Aleeya mengerutkan dahinya, pelik. Dia memandang Zarief. Mata mereka bertentangan.

“Saya ambil keputusan, saya akan tolong awak, Aleeya!”

Zarief memegang tangan Aleeya.

Aleeya terkejut. Dia menarik tangannya. “Hah! Apa maksud awak?”

“I’ll be your husband.”

“What?? Woooo… it’s too much.” Aleeya serentak bangun dari kerusi! Terkejut dengan keputusan Zarief! Tidak pernah terfikir olehnya tentang cadangan yang disebut Zarief tadi.

“Sekarang saya sudah terjebak. Saya tak boleh berundur lagi. Saya tak mahu awak kena apa-apa and as your friend now… you need help and I’ll help!”

“Awak tak kenal ibu saya!” bentak Aleeya. Aleeya menggelisah!

‘Mana mungkin! Macam tak percaya… Kalau ibu tahu, matilah aku! Tapi kalau tak ada suami pula… aku mati juga!’ Aleeya serba salah!

“Awak boleh beritahu tentang ibu awak dekat saya.” desak Zarief. Dia bersungguh-sungguh mahu membantu Aleeya. Wanita itu mendapat 100% perhatian daripadanya sekarang.

“Awak tak kenal saya!” ujar Aleeya.

“Awak boleh cerita pasal awak dekat saya. We have almost 5 hours nak balik ke Kedah, banyak benda awak boleh cerita tentang awak dan saya, serba sedikit tentang saya.” Ujar Zarief bersungguh-sungguh lagi.

Aleeya terdiam.

“Seminggu, kita pretend to be husband and wife. Lepas tu saya balik rumah saya, awak boleh balik ke Ipoh. Awak selamat! Itu yang penting… awak selamat.”

Aleeya terdiam lagi. ‘Betulkah lelaki ini? Kenapa dia bersungguh benar mahu membantu aku? Apakah aku mimpi?’

“Kenapa awak mahu bantu saya, Zarief? Awak bukannya kenal saya.” ujar Aleeya.

“Anggap sahaja saya ini didatangkan oleh Allah, untuk bantu awak. Saya ikhlas.” Ujar Zarief, dia memandang Aleeya tersenyum.

Aleeya membalas senyuman itu… ‘Alhamdulillah! Doaku dimakbul tuhan…’

“Macam mana dengan tunang awak tu?”

Zarief tidak menjawab soalan itu, tapi bibirnya mengukir senyum. “Jom, it’s long way to go!”

“Errk… makanan ni?” Aleeya melihat roti yang elok saja dibiarkan di atas meja.

“Saya sudah kenyang!” Zarief tersenyum. Aleeya hanya mengelengkan kepala.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

29 ulasan untuk “Novel : Suamiku, Encik ‘Perfect 10′! 4”
  1. Mas Liana says:

    yes…as expected… zarief dan2 kenyang…hehehe

  2. nurul says:

    unexpected..tapi nice answer,zarief.. it’a a long way to go..-p

  3. yasmin says:

    macam x logik sikit pasal zarief nak tolong die tuh
    macam melebih2 pulak sampai sangup jadi laki die

  4. Yama says:

    Macam citer ‘ A Walk In The Clouds’ yang heron ya Keannu Reeve….. Sama jer permulaannya…

  5. mizz hanna comel! says:

    best nye!!
    baik nye hty Zarief nak tolong Aleeya!
    SO…..SWEET!!!

  6. Amanda says:

    yeahh , suka nyaarr bila baca part Zarief kta “I’ll be your husband” / :D

  7. Elle Vee says:

    Haishh sebab aku baca novel yang ada perempuan kena rogol ni lah aku anti ngan lelaki except my family..

  8. jemah says:

    overnya.. terus kawen cenggitu.. igt kawen ni bende senang n memain ke.. agak cliche laaaa.. btw, gud try !

  9. Full Moon says:

    plik btoi cite dia -_-

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"